Anda di halaman 1dari 8

GGGD5022 SEKOLAH DAN MASYARAKAT

LAPORAN AKTIVITI GOTONG ROYONG

PENSYARAH : DR NURWINA AKMAL BINTI ANUAR

Ahli Kumpulan:

 Afiq Umairul Hakimi Bin Rosli (P124322)


 Muhammad Syafiq Shazwan bin Zulkifli (P124444)
 Mohamad Zul Luqman Bin Mohd Zulkefli (P122731)
 Ilani Binti Ab Rahman (P123593)
LAPORAN AKTIVITI GOTONG ROYONG

TARIKH : 07 DISEMBER 2022

TEMPAT : TABIKA TAJUL URUF

ANJURAN : PELAJAR-PELAJAR DPLI EKSEKUTIF UKM (IPG KOTA BHARU)

1.0 PENGENALAN

Program gotong royong adalah salah satu antara program amal yang sangat
memberi manfaat terutama kepada mahasiswa. Program ini diadakan adalah salah
satu sebagai untuk mencapai matlamat dan objektif yang ditetapkan antaranya
merapatkan hubungan di antara mahasiswa dan masyarakat melalui pengisian yang
lebih padu dan berkesan serta menanam semangat kesedaran yang tinggi di
kalangan seluruh masyarakat dan golongan yang pro-aktif tentang peranan mereka
dalam masyarakat. Sokongan dan kerjasama yang diterima daripada pihak luar
terutamanya pihak yang memberikan penajaan dan kerjasama terhadap program ini
amat membantu dan juga membanggakan. Masalah yang timbul telah diatasi
dengan baik kerana kewujudan kerjasama antara satu sama lain dalam kalangan
mahasiswa, guru dan murid. Program ini dapat memberikan pengetahuan,
pengalaman dan kemahiran kepada para mahasiswa tentang cara-cara merancang,
melaksanakan dan mengendalikan sesebuah program untuk melahirkan graduan
berkualiti dari segi akademik dan kemahiran insaniah. Program ini merupakan
sebuah platform yang baik untuk mahasiswa berlatih dan mengasah bakat
kepimpinan, kemahiran komunikasi dan kemahiran-kemahiran lain dalam
persediaan untuk menempuh alam pekerjaan kelak.
2.0 OBJEKTIF

Antara matlamat program ini adalah seperti berikut:

1. Menceriakan serta membersihkan kawasan sekitar tabika untuk mewujudkan


suasana tabika yang lebih kondusif.
2. Memberi peluang kepada siswa melatih kemahiran dan
kebertanggungjawaban sosial terhadap diri sendiri dan masyarakat sekeliling.

3. Mengeratkan hubungan antara siswa dalam melakukan aktiviti kerja amal dan
gotong- royong.

3.0 KUMPULAN SASARAN

Siswa DPLI, guru, pembantu dan murid tabika.


4.0 AKTIVITI YANG DIJALANKAN

Program ini telah dijalankan selama satu hari dimana bermula dari pukul 9.00
pagi sehingga 12.15 tengahari. Program ini melibatkan kerja pembersihan tabika
kemas di Pasir Mas. Program ini juga melibatkan beberapa sukarelawan siswa
dimana kerja pembersihan tabika dilakukan bersama murid-murid tabika.

Pada pukul 9.00 pagi para siswa berkumpul di depan kawasan tabika.
Setelah semua siswa selamat sampai ke destinasi. Ini kali pertama siswa berjumpa
secara bersemuka dan mengenali antara satu sama lain. Kemudian, siswa
mengambil sedikit masa untuk beramah mesra dengan guru dan pembantu tabika
sebelum memulakan aktiviti gotong royong. Dalam masa yang sama, murid-murid
tabika diberi tugas mengikut kumpulan. Tepat jam 9.30 pagi, program dimulakan
dengan membersihkan kelas, dapur, bilik air dan pejabat tabika. Pada awal
pembersihan, siswa memulakan dengan membersihkan kipas, menyusun rak buku
serta menyapu lantai. Siswa bersama murid-murid menyusun atur barang yang ada
dalam kelas tersebut. Guru dan pembantu tabika juga turut serta dalam mengemas
bahan bantu mengajar.

Seterusnya, jam menunjukkan pukul 11.30 pagi, siswa membersihkan


kawasan sekitar tabika. Murid-murid tabika bersemangat dalam membantu siswa
dengan menyusun selipar dan kasut ke atas rak yang disediakan. Kerja
pembersihan luar tergendala akibat hujan yang lebat. Jadi siswa mengambil langkah
untuk menyusun atur pasu bunga yang terdapat di depan tabika tersebut.

Setelah selesai kerja yang dilakukan, para siswa dihidangkan makan


tengahari oleh pihak tabika. Pada pukul 11.50 pagi, semua yang terlibat menjamu
selera (makan tengahari). Pembahagian hadiah kepada murid-murid dilakukan
semasa mereka menjamu selera. Sebelum bersurai kira-kira jam 12.00 tengahari,
semua berkumpul dalam kelas dan majlis penyampaian hadiah cenderahamata
kepada guru dan pembantu tabika.
Kemudian, diteruskan dengan sesi bergambar bersama. Secara
keseluruhannya, aktiviti gotong-royong ini memakan masa lebih kurang 3 jam.
Program ini berakhir pada pukul 12.15 tengahari setelah para siswa mengucapkan
terima kasih kepada semua yang terlibat dan bersurai.

Disediakan oleh,

ILANI AB RAHMAN
…………………
(ILANI AB RAHMAN)
Setiausaha,
Program Gotong Royong
Tabika Kemas Tajul Uruf
5.0 LAMPIRAN

Anda mungkin juga menyukai