Anda di halaman 1dari 5

Jurnal yang bertajuk What barriers exist when transitioning to work or post-secondary

education following high school? University of Western Ontario: School of Communication


Sciences and Disorders hasil tulisan Spurrell, K. pada tahun 2012 adalah satu kajian untuk
mengenal pasti faktor-faktor yang menyumbangkan kepada halangan bagi menjalankan
program transisi bagi murid bermasalah pendengaran kepada dunia kerjaya dan pendidikan
selepas sekolah menengah.

Wujudnya cabaran kepada golongan bermasalah pendengaran apabila melalui transisi


kepada pekerjaan atau pendidikan selepas sekolah menengah adalah sudah diketahui umum
(Warick, 1994). Hal ini kerana, semasa di sekolah golongan bermasalah pendengaran
walaupun belajar di aliran perdana seperti murid biasa akan menerima akses sokongan seperti
guru bantuan yang mahir dengan murid bermasalah pendengaran, alat bantuan pendengaran,
pakar pertuturan, penterjemah lisan dan pencatat nota elektronik (Warick, 1994). Apabila
melanjutkan pelajaran ke peringkat tertiari atau bekerja, golongan bermasalah pendengaran
tidak lagi boleh bergantung perkhidmatan sokongan yang biasanya mereka terima.

Berdasarkan kajian ini, lebih daripada separuh responden mengatakan bahawa mereka
mengalami masalah untuk mengadaptasikan diri dengan suasana kerja apabila berdepan
dengan persekitaran di tempat kerja tidak memahami golongan bermasalah pendengaran serta
kesukaran menggunakan telefon di tempat kerja. Manakala, beberapa faktor lain yang turut
dicatatkan didalam kajian ini ialah kesukaran untuk berkomunikasi dengan orang baharu,
berdepan dengan pandangan negatif masyarakat terhadap golongan bermasalah pendengaran
serta cabaran untuk bekerja dalam kumpulan. Responden menyatakan bahawa sukar untuk
mereka turut terlibat aktif di dalam perbincangan berkumpulan sehingga pada akhirnya,
responden berasa sukar, kecewa dan meletihkan lalu memilih untuk bersikap pasif. Turut
dinyatakan bahawa kesukaran untuk berdepan dengan masyarakat yang kurang pengetahuan
tentang golongan bermasalah pendengaran merupakan faktor halangan transisi yang paling
kerap diutarakan oleh responden.

Manakala di universiti pula, responden yang melanjutkan pelajaran ke peringkat yang


lebih tinggi biasanya berdepan masalah apabila berada di bilik kuliah. Factor yang diutarakan
ialah berdepan kekecewaam terhadap sikap dan tingkah laku pensyarah. Responden
menyatakan bahawa pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan adalah di dalam bahasa
asing yang jarang dipraktikkan sewaktu mereka di sekolah menengah. Pensyarah juga tidak
menggunakan mikrofon sehingga mengakibatkan percakapan pensyarah menjadi kurang
jelas. Malah, tingkah laku pensyarah yang selalunya bercakap sambil berjalan atau bercakap
sambil menulis di papan hitam juga menimbulkan kesukaran kepada golongan bermasalah
pendengaran untuk mendengar dan memahami pengajaran pensyarah kerana kebanyakkan
responden menggunakan teknik bacaan bibir untuk memahami percakapan pensyarah.
Kekurangan kontak mata mengakibatkan responden tidak dapat mengikuti sesi pembelajaran
dengan baik. Selain itu, pensyarah juga biasanya tidak akan mengulangi soalan, jawapan dan
respon pelajar lain. Hal ini menyebabkan golongan bermasalah pendengaran ini sekali lagi
menghadapi kesukaran untuk memahami apa yang diajar dengan baik. Sehinggakan ada
responden yang terpaksa belajar sendiri apabila gagal mengikuti pembelajaran yang efektif
akibat sikap dan tingkah laku pensyarah sewaktu kuliah dijalankan.

Oleh itu berdasarkan kajian ini dapat disimpulkan bahawa faktor utama yang
menyebabkan wujudnya halangan kepada golongan bermasalah pendengaran sewaktu transisi
kepada institusi pendidikan selepas sekolah menengah atau dunia pekerjaan ialah sikap,
kemudahan dan aksesibiliti. (Halpern, 1993) remaja bermasalah pendengaran tidak diambil
bekerja dan menghadapi kesukaran di tempat kerja seperti kesukaran menyesuaikan diri
dalam komuniti, kesukaran mendapatkan pendidikan lanjutan apabila mereka menamatkan
persekolahan, kesukaran membentuk hubungan sosial serta mengalami perasaan kesunyian
yang teruk. Akibatnya, transisi golongan bermasalah pendengaran daripada sekolah
menengah kepada universiti atau alam pekerjaan menjadi sukar dan membebankan golongan
berkenaan.

Di Malaysia, pelaksanaan program transisi masih kurang jelas. Hal ini disebabkan
ketidakpastian terdapat peraturan yang memerlukan program transisi dilaksanakan kepada
pelajar-pelajar bermasalah pendengaran di sekolah. Pelaksanaan transisi di sekolah pada hari
ini adalah merupakan program intergrasi pendidikan khas yang hanya dijalankan atas inisiatif
penyalaras program (Ab Rahman, 2003). (Tang, 2004) pula menyatakan bahawa pelajar
bermasalah pendengaran boleh memperolehi kemahiran pra vokasional melalui program
transisi, walau bagaimanapun hal ini belum dilaksanakan secara menyeluruh di Malaysia.

Fokus transisi seharusnya melibatkan kualiti hidup sebagai matlamat utamanya iaitu
dengan mengambil kira peranan individu bermasalah pendengaran sebagai orang dewasa dan
memperbaiki strategi pengajaran untuk memastikan pelajar bermasalah pendengaran
mempunyai kemahiran dan kecekalan diri untuk mencapai matlamat hidup berdikari
(Halpern, 1993). Oleh itu, bagi menyediakan golongan bermasalah pendengaran di Malaysia
menghadapi halangan kepada sewaktu transisi ke dunia pekerjaaan atau pengajian peringkat
universiti pelaksanaan reka bentuk kerjaya yang berorientasikan pendidikan rehabilitasi aural
wajar dipraktikkan. Rehabilitasi aural ialah program yanag akan mengesan tanda-tanda
masalah pendengaran sebelum membuat pemeriksaan lanjutan dan pengesahan masalah
pendengaran. Mereka yang bermasalah akan disarankan untuk memasang alat pendengaran
dan dirujuk untuk terapi. Seterusnya, mereka akan dinilai semula bagi melihat keberkesanan
alat bantuan serta tinda susulan yang bersesuaian. Hal ini adalah penting bagi memastikan
mereka menerima bantuan pendengaran yang benar-benar sesuai dengan tahap kekurang
pendengaran yang dialami.

Golongan bermasalah pendengaran juga sewajarnya didedahkan dengan strategi dan


kemahiran yang efektif untuk berdepan dengan masyarakat luar apabila melalui transisi
melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi atau memilih untuk memulakan
pekerjaan. Pengalaman pekerjaan, kemahiran akademik, kemahiran sosial, dan kemahiran
mencari pekerjaan memperbaiki lepasan sekolah dalam mendapatkan pekerjaan (Punch,
Creed&Hyde,2005). Oleh itu, persediaan seperti keperluan, kemahiran komunikasi secara
agresif yang asertif, kemahiran menyelesaikan masalah, serta konsep rundingan perlu
diterapkan kepada mereka supaya perkara-perkara ini dapat membantu mereka untuk lebih
cepat dan berjaya mengadaptasi dengan suasana baharu sama ada di tempat belajar mahupun
tempat kerja. Pelajar bermasalah pendengaran perlu didedahkan dengan kemahiran yang
sewajarnya seperti kemahiran-kemahiran pra vokasional, kemahiran sosial dan kemahiran
kehidupan harian ke arah mendapatkan pekerjaan dan hidup berdikari (Meese, 2001). Inisiatif
ini juga dilihat mampu membantu golongan ini untuk menangani masalah sewaktu menjalani
pembelajaran yang tidak menyokong kekurangan pendengaran mereka seperti halangan tidak
dapat melihat pergerakan bibir pensyarah dan aktiviti kerja berkumpulan.

Pendedahan situasi sebenar kepada golongan bermasalah pendengaran tentang bila dan
bagaimana untuk berdepan masalah yang mungkin berlaku kepada mereka apabila melalui
transisi kepada universiti atau alam pekerjaan adalah antara langkah lain yang boleh
dilaksanakan sebagai indikator mengurangkan halangan transisi pelajar. Pendedahan ini juga
adalah satu latihan advokasi diri yang amat penting dan sejajar dengan tujuan program
transisi yang merupakan satu siri aktiviti yang berguna bagi memastikan pelajar-pelajar
mempunyai kemahiran, peluang dan sokongan yang diperlukan untuk memasuki alam
pekerjaan dan melibatkan diri dalam aktiviti sosial masyarakat (Taylor, 2000).
Selain itu, bagi mengurangkan faktor halangan transisi murid bermasalah pendengaran
adalah amat penting untuk memberikan maklumat mengenai alat bantuan pendengaran,
tanggungjawab di tempat kerja dan meningkatkan kemudahan di pusat pengajian tinggi.
Perkembangan kemahiran pekerjaan, dan pengalaman kerja dengan sokongan yang baik akan
menyebabkan pelajar-pelajar bermasalah pembelajaran konsisten dalam pekerjaan di sektor
swasta (Leuking dan Fabian, 2000). Oleh itu, adalah amat penting bagi pusat pengajian dan
majikan untuk memahami dan meningkatkan kemudahan kepada golongan ini bagi
membantu mereka untuk menikmati kehidupan seperti masyarakat luar yang lain.

Perkara ini bagaimanapun tidak akan berjaya jika sebarang inisiatif tidak dilaksanakan.
Justeru itu, seluruh masyarakat bermula daripada golongan bermasalah pendengaran, pihak
berkuasa sehinggalah kepada masyarakat luar perlu bersama-sama berusaha membantu bagi
memastikan pelajar bermasalah pendengaran berjaya melalui transisi ke dunia pekerjaan atau
ke pusat pengajian tinggi.
Rujukan

Ab. Rahman Hamdan. (2003). Satu kajian mengenai program transisi bagi pelajar
berkeperluan khas. Projek Sarjana. Universiti Kebangsaan Malaysia : Malaysia.

Halpern, A. (1993). Quality of life as a conceptual framework for evaluating transition


outcomes. Exceptional Children. 59(6): 486-498.

Leuking, R.G. & Fabian, E.S. (20l0). Paid internship and employment success for youth in
transition. Career Development for Exceptional Indiviuals. 23:205-221.

Meese, R. L. (2001). Teaching learners with mild difficulties: Integrating research and
Practice. Belmont, CA: Wadsworth/Thompson Learning.

Meese. R.L. (2001). Teaching learners with mild disabilities : Intergrating research practice.
Ed. ke -2. Wadsworth : USA.

Punch, R., Creed, P.A. & Hyde, M. (2005). Predicting career development in hard-of-
hearing adolescents in Australia . Journal Deaf Studies and Deaf Education, 10(2), 146-
160.

Tang Suk Peng. (2004). Kajian kemahiran kebolehpercayaan perolehan kerja bagi golongan
kurang upaya di Wilayah Persekutun Kuala Lumpur dan Selangor. Projek Sarjana.
Universiti Kebangsaan Malaysia : Malaysia.

Taylor, R.L. (2000). Assesments of exceptional students : Educational and psychological


procedures. Ed. ke-5, Boston: Allyn & Bacon.

Warick, R. (1994). A profile of Canadian hard-of hearing youth. Journal of Speech Language
Pathology and Audiology, 18(4), 253-259.

Anda mungkin juga menyukai