Anda di halaman 1dari 5

PROGRAM PENAJAAN

1. LATAR BELAKANG PROGRAM PENAJAAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN


MALAYSIA

1.1. Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menawarkan program


penajaan/Cuti Belajar kepada Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP)
untuk mengikuti pengajian di peringkat pascasiswazah (Ijazah Sarjana dan
Kedoktoran) bertujuan untuk membangunkan warga pendidik yang
kompeten bagi memenuhi keperluan strategik pendidikan negara demi
memartabatkan Profesion Keguruan selaras dengan Pelan Pembangunan
Pendidikan Malaysia (PPPM) Tahun 2013-2025.

1.2. Setiap tahun, perancangan penajaan dan kelulusan Cuti Belajar bagi PPP
adalah diselaraskan oleh Bahagian Profesionalisme Guru (BPG) serta
Bahagian Biasiswa dan Pembiayaan (sebelum ini Bahagian Tajaan
Pendidikan) bertepatan dengan Perancangan Strategik Penajaan Dalam
Pembangunan Profesionalisme PPP “Strategic Canvas”.

2. PENGENALAN PROGRAM PENAJAAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN


MALAYSIA

2.1. Bahagian Biasiswa dan Pembiayaan, Kementerian Pendidikan Malaysia


(KPM) menawarkan program penajaan Hadiah Latihan Persekutuan bagi
Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) untuk melanjutkan pengajian
di peringkat pasca siswazah sama ada di institusi pengajian tinggi terpilih di
dalam atau luar negara secara sepenuh masa atau separuh masa
mengikut bidang dan pengkhususan yang telah ditetapkan.

2.2. Pemberian penajaan atau kemudahan cuti belajar juga merupakan satu
bentuk penganugerahan dan pengiktirafan kepada PPP yang telah
menunjukkan prestasi cemerlang dan berpotensi untuk menyumbang idea
baharu serta kreatif dan berinovasi khusus dalam bidang yang diperlukan
oleh KPM.

2.3. Pegawai yang mengikuti program penajaan akan diberikan Cuti Belajar
Bergaji Penuh sebagaimana yang diperuntukkan di dalam Perintah Am Bab
‘C’ Perkara 36. Sepanjang tempoh cuti belajar ini, pegawai mengisi Jawatan
Latihan Bahagian Biasiswa dan Pembiayaan, KPM. Tempoh cuti belajar ini
layak diambil kira bagi tujuan perkiraan faedah-faedah persaraan. Pegawai
layak unyuk menerima Elaun Biasiswa serta penajaan Yuran Pengajian.

2.4. Pegawai - pegawai yang diperakukan untuk mengikuti program ini


hendaklah mempunyai pengetahuan, kemahiran, pengalaman, minat dan
sahsiah yang baik serta sesuai bagi menentukan kejayaan dalam pengajian
dan seterusnya akan mendapat memberi manfaat ke arah meningkatkan
keberkesanan perkhidmatan dan organisasi.
2.5. Antara program penajaan yang ditawarkan adalah seperti berikut:

(i) Cuti Belajar Bergaji Penuh Dengan Biasiswa (CBBP DB) atau
juga dikenali sebagai Hadiah Latihan Persekutuan (HLP);

(ii) Cuti Belajar Bergaji Penuh Tanpa Biasiswa (CBBP TB);

(iii) Hadiah Latihan Persekutuan Separuh Masa/Sambilan (HLPS);

(iv) Program Ijazah Sarjana Kaunseling (Penyalahgunaan Dadah)


[SPADA]; dan

(v) Hadiah Latihan Persekutuan Bagi Program Khas Yang


Menyokong Industrial Revolution (IR) 4.0. [IR 4.0]

2.6. CBBP DB dan CBBP TB merupakan program yang dibuka tawarannya


kepada PPP untuk mengikuti pengajian secara sepenuh masa di Universiti
Awam di dalam dan luar negara.

2.7. Di bawah program CBBP DB, PPP yang berjaya akan menerima penajaan
yuran pengajian serta elemen biasiswa sepanjang tempoh pengajian.
Manakala, CBBP TB pula tidak ditawarkan sebarang elemen biasiswa sama
ada pembiayaan yuran pengajian ataupun biasiswa sepanjang tempoh
pengajian.

2.8. HLPS pula adalah program penajaan yang ditawarkan kepada PPP yang
berhasrat atau sedang melanjutkan pengajian secara separuh masa atau
sambilan di universiti awam. PPP yang menerima tawaran HLPS
berkelayakan untuk menerima penajaan Yuran Pengajian, Elaun Buku dan
Elaun Tesis.

3. PELAKSANAAN PROGRAM PENAJAAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN


MALAYSIA

3.1. Bagi tahun 2020, KPM membuka permohonan penajaan / Cuti Belajar
kepada PPP untuk melanjutkan pengajian dalam bidang dan pengkhususan
berdasarkan ketetapan dan keperluan KPM (Rujuk Senarai Bidang
Pengajian Tahun 2020).

3.2. PPP perlu memastikan bidang yang dimohon adalah berkaitan dengan
kelayakan akademik yang telah dimiliki, kesesuaian opsyen atau
pengalaman perkhidmatan serta perancangan peningkatan kerjaya pada
masa akan datang. PPP juga harus mematuhi ketetapan KPM untuk
mengikuti pengajian dalam dua (2) pilihan mod pengajian iaitu Mod
Campuran (Kerja Kursus Dengan Disertasi/Tesis) atau Mod Penyelidikan
Sepenuhnya bagi pengajian Ijazah Sarjana serta Mod Penyelidikan
Sepenuhnya bagi Pengajian Ijazah Kedoktoran.
3.3. PPP yang berhasrat untuk memohon kemudahan penajaan / Cuti Belajar
digalakkan untuk membuat persediaan dan perancangan awal termasuk
mengenalpasti universiti-universiti yang menawarkan bidang pengajian
yang ingin dimohon (bidang perlu selaras dengan ketetapan KPM sewaktu
penawaran dibuka) dan pensyarah yang berkelayakan serta berkepakaran
untuk dilantik sebagai penyelia sewaktu pengajian kelak.

3.4. KPM akan meneliti dan memilih PPP yang terbaik dan memenuhi kriteria
yang ditetapkan untuk dipanggil temuduga. Sehubungan itu, PPP yang
berjaya dipanggil temuduga dinasihatkan untuk membuat persediaan yang
baik sebelum menghadiri temuduga termasuk membuat permohonan
kemasukan ke Universiti Awam Dalam Negara bagi peringkat Sarjana
dan Kedoktoran atau Universiti terkemuka Luar Negara yang
ditetapkan KPM bagi peringkat Kedoktoran berdasarkan bidang yang
dimohon bagi mengelak kegagalan mendapat tempat untuk kemasukkan
sesi September 2020 sekiranya berjaya ditawarkan penajaan / Cuti Belajar
kelak.

3.5. PPP perlu menyediakan KERTAS CADANGAN PENYELIDIKAN (dalam


Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris untuk pengajian Dalam Negara dan
Bahasa Inggeris bagi pengajian Luar Negara) yang berkualiti dan ASLI
bersesuaian dengan bidang yang dimohon beserta SLAID pembentangan
yang dibawa semasa sesi temuduga.

3.6. PPP yang berjaya temuduga akan menerima Surat Tawaran Bersyarat
dan WAJIB menghadiri Program Persediaan bagi suatu tempoh yang akan
ditentukan oleh pihak KPM serta LULUS ujian bertulis yang diadakan
semasa Program Persediaan tersebut. Kegagalan PPP untuk menghadiri
Program Persediaan berkenaan boleh mengakibatkan penawaran terbatal.

3.7. PPP yang menerima kemudahan penajaan / Cuti Belajar adalah terikat
dengan kontrak perkhidmatan dan tertakluk kepada terma-terma yang
terkandung di dalam perjanjian. Selain itu, PPP bertanggungjawab
terhadap pengajian dan WAJIB menamatkan pengajian dalam tempoh Cuti
Belajar yang diluluskan (Graduate On Time (GOT)).

3.8. Sepanjang tempoh Cuti Belajar yang diluluskan, PPP akan mengisi
Jawatan Latihan Bahagian Biasiswa dan Pembiayaan (BBP), KPM dan BBP
merupakan Ketua Jabatan baharu yang berperanan untuk menguruskan
hal-hal perkhidmatan PPP sepanjang tempoh tersebut. Tempoh Cuti
Belajar ini juga layak diambil kira bagi tujuan perkiraan faedah-faedah
persaraan. Selain itu, diingatkan bahawa PPP boleh dipertimbangkan untuk
kenaikan pangkat (Time-Based Berdasarkan Kecemerlangan) dalam
tempoh mengikuti kursus tersebut sekiranya telah memenuhi syarat dalam
skim perkhidmatan berkenaan.

3.9. PPP akan kembali berkhidmat setelah tamat tempoh Cuti Belajar sekaligus
perlu memanfaatkan sepenuhnya ilmu dan kepakaran yang dimiliki untuk
kemajuan diri dan organisasi (pulangan ke atas pelaburan). PPP yang
melapor diri akan ditempatkan ke dalam ekosistem pendidikan mengikut
keperluan semasa Kementerian serta bersesuaian dengan bidang
kepakaran dan kekosongan tempat bagi membolehkan KPM melaksanakan
perancangan pembangunan sumber manusia secara berkesan.

4. CARTA PROSES PERMOHONAN CUTI BELAJAR BERGAJI PENUH BAGI


PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN

Perkara Tanggungjawab

PPP yang berkhidmat di sekolah perlu mengemaskini maklumat di dalam


Pegawai sistem e-Operasi manakala PPP yang berkhidmat selain di sekolah perlu
Perkhidmatan mengisi maklumat permohonan terus ke dalam system ePenawaran.
Pendidikan (PPP)
PPP mengemukakan permohonan secara dalam talian melalui sistem
17 hari ePenawaran.
15 Jan – 31 Jan 2020*
Semua permohonan yang lengkap akan dihantar ke Pegawai Penyokong.

Pegawai penyokong melaksanakan proses sokongan mulai 27 Januari 2020


hingga 7 Februari 2020.
Pegawai Penyokong
(Ketua Jabatan 1) Pegawai Penyokong perlu memasukkan id pengguna dan kata laluan yang
akan diterima daripada BBP melalui alamat e-mel rasmi.
14 Hari
Pegawai Penyokong perlu membuat penilaian terhadap SETIAP permohonan
27 Jan – 9 Feb
yang diterima dan mencatatkan ulasan di ruangan disediakan. Maklumat
2020**
yang diisi oleh calon juga perlu dipastikan tepat, benar dan sahih.
Kesemua permohonan yang telah disokong, tidak disokong atau tiada
tindakan seterusnya dihantar secara dalam talian kepada Pegawai Peraku.

Pegawai Peraku melaksanakan perakuan dalam tempoh 14 hari mulai 10


Februari 2020 hingga 24 Februari 2020.
Pegawai Peraku
(Ketua Jabatan 2) Bahagian / Institusi / Jabatan adalah dicadangkan untuk menubuhkan satu
jawatankuasa latihan yang dipengerusikan oleh Pegawai Peraku / Ketua
14 Hari Jabatan bagi mempertimbang dan memperaku permohonan calon. Pegawai
10 Feb – 24 Feb Peraku boleh juga mempertimbang dan memperaku pegawai yang TIADA
2020** TINDAKAN oleh pegawai penyokong.
Pegawai Peraku perlu memasukkan id pengguna dan kata laluan yang akan
diterima daripada BBP melalui alamat e-mel rasmi.

Jawatankuasa perlu membuat penilaian terhadap SETIAP permohonan yang


diterima dan mencatatkan ulasan di ruangan disediakan.

Kesemua permohonan yang telah diperaku dan tidak diperaku dihantar ke


BBP secara dalam talian.
* Sebarang perubahan / pemakluman terkini berkenaan permohonan dalam talian akan dimaklumkan
melalui portal rasmi KPM.
** Pemakluman kepada Pegawai Penyokong / Pegawai Peraku akan dikemukakan melalui e-mel.
4.1. Calon - calon yang berminat hendaklah memohon secara atas talian
sepenuhnya di pautan berikut : https://epenawaran.moe.gov.my atau
melalui portal rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia (rujuk Pautan
Pantas > Permohonan / Semakan Dibuka). Permohonan akan dibuka
mulai 15 Januari 2020 (Rabu) jam 5.00 petang hingga 31 Januari 2020
(Jumaat) jam 5.00 petang.

4.2. Permohonan yang tidak menepati syarat yang ditetapkan, mengandungi


maklumat yang tidak benar, tidak lengkap atau borang permohonan yang
lewat diterima tidak akan dipertimbangkan. Hanya pemohon yang layak dan
melepasi tapisan sahaja akan dipanggil untuk urusan temuduga.

4.3. Kementerian berhak membuat pindaan terhadap syarat-syarat


permohonan, program yang ditawarkan, senarai bidang kursus dan tempat
pengajian yang dibenarkan.

4.4. Calon hanya boleh mengemukakan SATU permohonan sahaja dalam


tempoh tawaran permohonan ini dibuka.

5. PERTANYAAN

5.1. Sebarang pertanyaan mengenai hebahan tawaran ini, boleh menghubungi


pegawai berikut:

Cawangan Penawaran
Bahagian Biasiswa dan Pembiayaan
Kementerian Pendidikan Malaysia
Aras 2, No. 2, Menara 2,
Jalan P5/6, Presint 5
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62200 PUTRAJAYA
(u.p. : Cik Nur Amalina Alyani binti Sajat / Cik Nurhafifah binti Rosli / Puan
Jamilah binti Yahya / Puan Badauyah binti Abdul Rahim / Encik Asri bin
Asmuni)

No. Telefon : 03-8888 1616 / 03-8870 6375 / 03-8870 6442 /


03-8870 6369/03-8870 6000 samb. 4416 / 4950
Faks : 03-8870 6839
E-mel : penawaran.bb@moe.gov.my

Untuk masalah teknikal borang permohonan, sila hubungi :


E-mel tm.bbp@moe.gov.my
: (mohon dikemukakan bersama e-mel screen-shot masalah
teknikal borang permohonan yang dihadapi)

Anda mungkin juga menyukai