Anda di halaman 1dari 2

Esei pendek i. Pengaruh perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi menjadi satu cabaran kepada sistem pendidikan negara.

Bincangkan kesan dan akibat terhadap sekolah, guru dan pelajar.

Pengenalan Penyataan misi Wawasan 2020 menyatakan Menjelang tahun 2020, Malaysia akan menjadi sebuah negara bersatu padu, mempunyai sebuah masyarakat Malaysia berkeyakinan, tertanam dengan nilai moral dan etika yang kuat, hidup dalam sebuah masyarakat demokratik, liberal dan toleran, penyayang, adil dan saksama dari segi ekonomi dan berdaya saing, progresif dan makmur dan memiliki sepenuhnya suatu ekonomi yang berdaya saing, dinamik, teguh dan tidak mudah luntur. Perspektif 30 tahun itu memberikan fokus jangka panjang bagi usaha pembangunan nasional kita. Wawasan 2020 juga telah menambah kepada keperluan mengambil tindakan segera terhadap tugas-tugas berada di hadapan yang memerlukan penilaian semula situasi masa kini dan penilaian yang dijangkakan bagi keperluan masa depan. Ia memerlukan suatu pendekatan baru terhadap perancangan, melaraskan objektif sosiopolitik dengan matlamat pertumbuhan dan menggunakan semua faktor pengeluaran utama. Tidak disangsikan lagi bahawa permintaan terhadap Sains dan Teknologi bagi mencapai sasaran tersebut menjadi perkara yang amat penting. Dewasa ini, perkembangan dan perubahan dalam bidang teknologi sudah menjadi satu elemen asas kepada kehidupan manusia yang merangkumi penggunaan produk berteknologi tinggi sama ada di rumah, sekolah, pejabat ataupun di tempat rekreasi. Melalui pembangunan ICT dalam pendidikan bagi 10 tahun akan datang pula bermatlamat untuk meningkatkan pembangunan infrastruktur ICT, memperluas kurikulum berasaskan ICT, meningkatkan sistem pentaksiran dengan menggunakan ICT, menekankan pengitegrasian ICT dalam pengajaran dan pembelajaran, meningkatkan pengetahuan dan kemahiran ICT di kalangan pelajar dan guru, meningkatkan penggunaan ICT dalam pengurusan

pendidikan, dan meningkatkan kerjasama antara institusi pendidikan dengan masyarakat dalam membantu memperkembang ICT dalam pendidikan. Justeru, guru dan pelajar, agen sosialisasi yang paling asas, sudah tentu akan dipengaruhi oleh perubahan pesat teknologi dalam masyarakat. Semakin maju dan berkembang teknologi dalam sesebuah masyarakat bermakna semua agen dalam ekologi sekolah perlu lebih prihatin dalam melihat impak dan akibat yang berlaku semasa proses adaptasi dan penyesuaian yang berlaku di kalangan warga sekolah melalui cabaran-cabaran yang wujud di dalam sistem pendidikan.

Anda mungkin juga menyukai