Anda di halaman 1dari 2

Rational: Tugasan ini dijalankan untuk melatih pelajar guru menghubungkaitkan teori pembelajaran Matematik dengan rangka pembelajaran

kanak-kanak dengan nombor, pecahan, perpuluhan dan peratusan melalui pengajaran mikro/makro. Pelajar guru hendaklah berupaya mengukuhkan konsep Matematik kanak-kanak dengan dalam tajuk nombor, pecahan, perpuluhan dan peratusan melalui aktiviti bercerita. Seterusnya, pelajar guru dikehendaki untuk melaksanakan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan dalam tajuk yang dipilih sama ada nombor, pecahan, perpuluhan atau perpuluhan.

REFLEKSI Disediakan oleh: SITI NORROSNI BINTI KAMARUDDIN Seorang pendidik bukan sahaja berhadapan dengan murid-murid secara fizikalnya tetapi juga bermain dengan hati dan jiwa murid-murid. Hubungan antara guru dengan murid haruslah mempunyai tautan hati supaya proses pengajaran dan pembelajaran berjalan lancar dan mencapai objektif yang hendak dicapai. Oleh itu, pada semester ini, saya telah didedahkan dengan pedagogi mengajar nombor, pecahan, perpuluhan dan peratus. Melalui tugasan kali ini, saya bersama-sama ahli kumpulan saya dikehendaki membina bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran yang bersesuaian dengan tajuk pecahan dan menggunakan kaedah bercerita. Pada pendapat saya teknik bercerita merupakan suatu teknik yang menarik kerana guru menggunakan imej dan visual yang menarik melalui buku yang dihasilkan. Selain itu,

Anda mungkin juga menyukai