Anda di halaman 1dari 20

Konsep & TEKNIK

Pembelajaran
Sirah

Allah s.w.t berfirman yang bermaksud:


Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu
pada diri Rasulullah itu uswahtul
hasanah (contoh ikutan yang terbaik)
iaitu bagi orang yang sentiasa
mengharapkan (keredhaan) Allah dan
balasan baik di akhirat.

Pendahuluan
Membincangkan tentang konsep dan
TEKNIK pengajaran dan pembelajaran
sirah
TEKNIK ini akan digunakan untuk
melaksanakan kurikulum yang dibentuk
supaya dapat berkembang mengikut
matlamat yang ditentukan
Memudahkan guru pendidikan Islam dalam
melancarkan proses pengajaran mereka.

Kepentingan
Pendidikan sirah merupakan salah satu
bahagian dalam mata pelajaran
pendidikan Islam
Penghayatan pelajar terhadap ajaran
Islam akan lebih mudah difahami
Menggalakkan pelajar untuk terus
mencintai mereka, meneladani sifat dan
akhlak mereka yang terpuji dan amalan
cara hidup Islam .

Sambungan..
Mewujudkan dalam jiwa pelajar agar
menjadikan Rasulullah s.a.w. dan tokoh2
Islam sebagai idola

Mempelajari sejarah lalu untuk


bermuhasabah terhadap diri, iaitu
adakah mereka mengikut langkah
kejayaan atau mengikut langkah
keutuhan tamadun yang lalu

Konsep

Konsep
Konsep pendidikan yang bersatu(unified)
berdasarkan konsep ilmu yang bersepadu
(integrated) membawa kepada
keseimbangan antara akal dan wahyu.

Berlawanan dengan konsep barat yang


memisahkan ilmu kepada dua bahagian
yang disebut theology dan science atau
religious knowledge.

TEKNIK

Bercerita
Pandang dan dengar.
Latih tubi
Perbincangan kumpulan
Kuliah atau penerangan
Projek
Simulasi
Pengurusan grafik
Tunjuk cara atau demonstrasi
Forum
Meramal masa depan
Lain-lain

TEKNIK bercerita
Rasulullah s.a.w juga menggunakan TEKNIK
bercerita dalam menyampaikan ajaran
sirahnya
satu TEKNIK yang dapat menarik perhatian
pelajar ketika proses P&P berlaku kerana
bersesuaian dengan sifat semula jadi manusia
menerapkan nilai murni ke dalam diri pelajar.
Bahkan ayat-ayat al-Quran juga diturunkan
dalam bentuk cerita supaya manusia
meneladaninya

Pandang dan Dengar


dapat melihat bukti peristiwa lampau
dan riwayat hidup seseorang tokoh
melalui gambaran yang sebenar.

bahan atau pengajaran disampaikan


melalui perantaraan media elektronik
seperti television, LCD dan video.

Projek
TEKNIK ini berdasarkan teori bahawa
pelajar akan mudah untuk memahami isi
pelajaran dengan mengalami dan
membuatnya sendiri .

memperoleh pengalaman yang lebih


luas dan dapat mengembangkan potensi
diri mereka secara global dan
menyeluruh.

contoh TEKNIK projek pengajaran


sirah
Daya ingatan seseorang pelajar adalah berbeza-beza.

Sesuatu pengajaran yang disampaikan tidak


semestinya mudah untuk pelajar mengingatinya.
Sesetengah pelajar lebih gemar menghafaz sesuatu
pengajaran yang berbentuk fakta dengan
menggunakan pelbagai cara. Antara yang yang efektif
adalah berbentuk hiburan (Ahmad, 1997: 179)

Dalam kes ini guru boleh menyuruh pelajar

melaksanakan sebuah projek mencipta lirik lagu


tenang riwayat hidup Rasulullah s.a.w. Dengan cara
ini, pelajar mudah mengingat fakta penting di
samping melahirkan pelajar yang kreatif dan inovatif.

TEKNIK Lawatan
Aktiviti susulan yang dapat memberikan
pendedahan kepada pelajar selepas
selesai mempelajari sesuatu topik

Lawatan yang dibuat boleh menimbulkan


minat para pelajar untuk mengetahui
dengan lebih lanjut lagi tentang lagi
tentang sesuatu perkara yang tidak dapat
dilihat dengan jelas semasa proses P&P

Sambungan.
Pelajar akan dapat mencari maklumat dan
bahan P&P melalui pemerhatian dan
pengkajian
Cerapan secara terus ini akan membuka
minda para pelajar
Seperti kata pepatah Melayu Jauh
perjalanan luas pengalaman. Rasulullah
sendiri juga mengamalkan TEKNIK ini dalam
pengajaran sirah sejajar dengan firman AllaH
s.w.t:

Sambungan.
Terjemahan: Katakanlah, Mengembaralah
kamu di muka bumi, serta lihatlah
bagaimana Allah memulakan ciptaan
makhluk dari asal jadinya: kemudian Allah
akan memulakan ciptaan itu semula (pada
hari akhirat) dalam bentuk kejadian yang
baharu. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa
atas tiap-tiap sesuatu.
(Al-Ankabut, 29:20)

TEKNIK Syarahan,
Kuliah atau Khutbah
Melibatkan guru sebagai penyampai
maklumat melalui huraian, penjelasan serta
penerangan kepada pelajar
Melahirkan perasaan hormat dan sanjungan
pelajar kepada guru dan ini menimbulkan
perasaan kasih sayang antara pelajar dengan
guru
TEKNIK ini juga menjadi lebih menarik
apabila diselitkan dengan cerita atau kisah
teladan.

Sambungan.
Kadangkala menyebabkan para pelajar
mengantuk dan berasa bosan
Rasulullah S.A.W tidak menggalakan khutbah
atau syarahan yang disampaikan dengan masa
yang panjang sebagimana sabdanya yang
diriwayatkan oleh ammar (muslim, 2001; 303)
Guru perlu mempelbagaikan teknik serta cara
dengan menggunkan alat bantu mengajar
seperti slaid, projektor, poster, papan hitam,
gambar dan sebagainya

TEKNIK Lakaran
Melibatkan simbol untuk memberikan kefahaman

terhadap sesuatu maksud


Ini boleh dilihat apabila rasulullah sendiri pernah
menggunakan TEKNIK ini dalam menyampaikan
dakwahnya. Sabda Rasulullah (Ahmad, 1994: 2536)

Terjemahan; Daripada Ibn abbas katanya: Rasulullah


s.a.w melakar di atas tanah empat garisan. Baginda
s.a.w bertanya, Tahukah kamu apakah ini? lalu para
sahabat berkata, Allah dan Rasul-Nya lebih
mengetahui(maksudnya). Kemudian Rasulullah s.a.w
menjelaskan bahwa wanita terbaik ahli syurga adalah
Khadijah bt Khuwailid, Fatimah bt Muhammad, Asiah bt
Mazahim iaitu isteri firaun dan Maryam Ibnat Imran r.a

Sambungan
TEKNIK ini bolah dipelbagaikan dengan
penggunaan grafik seperti menara
induktif, pemetaan minda, rajah tulang
ikan, carta organisasi, pusingan
rentetan, pemetaan cerita dan carta
masa atau kronologi

Rumusan
Sesuatu pengajaran yang tidak dirancang
boleh menyebabkan pengajaran menjadi
tidak sempurna dan tidak tersusun.
Setiap TEKNIK yang digunakan dalam
pengajaran sirah mempunyai
kepentingannya yang tersendiri. Justeru,
diharapkan guru dapat mengaplikasikan
TEKNIK yang dicadangkan dalam bab ini
bagi mencapai objektif PdP Pendidikan
Islam di sekolah masing-masing.

Anda mungkin juga menyukai