Anda di halaman 1dari 5

GARIS PANDUAN

PENILAIAN BACAAN AL-QURAN MURID BEKEPERLUAN KHAS (MBK)

Pendahuluan

Pembelajaran al-Quran yang diajar dalam sukatan asuhan Tilawah al-Quran dalam
kurikulum Pendidikan Islam Pendidikan Khas hanya menjurus kepada kebolehan
mengenal huruf dan membaca sahaja. Manakala aspek makhraj huruf, sifat huruf,
wakaf, ibtidak dan hukum tajwid kurang dititik beratkan kepada para murid. Oleh itu,
murid hanya dapat menguasai bacaan tanpa mengambil kira hukum-hukum bacaan
al-Quran. Bagi mengenalpasti murid dapat menguasai bidang al-Quran ini secara
menyeluruh guru perlu mengadakan penilaian bacaan yang lebih terperinci dan
dapat dipraktikkan di dalam bilik darjah.

OBJEKTIF

1. Memudahkan guru untuk membuat penilaian tahap penguasaan bacaan al-


Quran murid.
2. Mengenalpasti murid Pendidikan khas berkefungsian rendah, sederhana dan
tinggi terhadap penguasaan bacaan al-Quran.
3. Memudahkan guru membuat intevensi terhadap murid yang lemah dalam
penguasaan bacaan al-Quran.

KAEDAH PENILAIAN BACAAN AL QURAN

1. Guru perlu terlebih dahulu mengadakan penilaian diagnostik bacaan al-Quran


berpandukan set soalan diagnostik berdasarkan pencapaian buku Iqra' yang
sedang dikuasai oleh murid.
2. Guru dikehendaki membuat penilaian bacaan al-Quran murid berpandukan
set soalan bacaan berdasarkan pencapaian buku Iqra' yang sedang dikuasai
oleh murid.
3. Guru hendaklah melaksanakan penilaian bacaan al-Quran kepada semua
murid terlibat mengikut perancangan pihak Pengurusan pihak sekolah.

4. Pemarkahan adalah berdasarkan kriteria markah yang disediakan.


KRETERIA PEMARKAHAN

80 100 A - sangat baik

60 - 79 B - Baik

40 59 C - Memuaskan

20 39 D - Kurang memuaskan

0 - 19 E - Lemah

Kreteria Penilaian

1. Membaca dengan suara yang jelas

2. Membaca huruf/kalimah/ayat dengan bacaan yang betul.

3. Membaca huruf/kalimah/ayat dengan makhraj yang betul

4. Membaca huruf/kalimah/ayat dengan bertajwid

Keterangan Penilaian Bacaan

1. Membaca dengan suara yang jelas


1.1 Membaca dengan suara yang terang dan lantang
1.2 Cermat dalam bacaan

2. Membaca huruf/kalimah/ayat dengan bacaan yang betul


2.1 Menyebut huruf dan lafaz
2.2 Tidak menambah atau mengurangkan huruf dalam bacaan
2.3 Membaca dengan lancar

3. Membaca huruf/kalimah/ayat dengan makhraj dan sifat yang betul


3.1 Menjaga makhraj huruf
3.2 Menjaga sifat huruf
4. Membaca huruf/kalimah/ayat dengan bertajwid
4.1 Menjaga hukum-hukum mad
4.2 Menjaga hukum nun sakinah, mim sakinah dan tanwin
4.3 Menjaga hukum mim dan nun shaddah
4.4 Menjaga waqaf dan ibtida'
4.5 Menjaga bacaan kalimah alif dan lam
4.6 Menjaga bacaan hukum qalqalah

SOALAN DIAGNOSTIK

Peranan Ujian Diagnostik

Untuk membuat pengukuran bagi membolehkan Guru Pendidikan Islam Pendidikan


Khas (GPIPK) mengesan punca dan kelemahan secara terperinci yang dihadapi
oleh seseorang murid.

Tujuan Ujian Diagnostik

1. Membantu GPIPK mengenalpasti secara khusus kesulitan yang dihadapi oleh


murid dalam menguasai bacaan ayat al-Quran.
2. Membantu GPIPK mengenal pasti punca kegagalan murid untuk menguasai
kemahiran membaca ayat al-Quran.

3. Membantu GPIPK mengenal pasti kumpulan murid tertentu mengikut


kebolehan dan kawasan-kawasan kesukaran yang dihadapi oleh murid dalam
menguasai bacaan al-Quran.
4. Membantu GPIPK merancang program pengajaran bacaan al-Quran yang
khusus pada individu atau kumpulan Murid Bekeperluan Khas (MBK) dengan
lebih tepat dan sistematik.

Pelaksanaan dan Panduan Mentadbir Ujian Diagnostik

1. Ujian diagnostik hendaklah dilaksanakan setelah GPIPK mengenal pasti MBK


yang dipilih mengikuti program j-QAF Pendidikan Khas.
2. Ujian diagnostik lisan dilaksanakan secara individu.
3. Ujian ini disediakan mengikut turutan kognitif yang paling rendah kepada yang
paling tinggi berdasarkan kepada panduan bacaan Buku Iqra.
4. Ujian ini hendaklah diberhentikan sekiranya seseorang murid yang di uji itu
didapati gagal menjawab (membaca) semua item dengan betul dalam 3
soalan bacaan berturut-turut.
5. Setiap jawapan (bacaan) murid dalam ujian lisan hendaklah direkod.
6. Keputusan ujian diagnostik dapat memberi panduan kepada GPIPK untuk
menyusun satu program pengajaran kepada murid tersebut
7. Berikan masa yang cukup kepada MBK untuk menjawab soalan supaya
mereka dapat menjawab dengan tenang dan selesa
8. Memberi tumpuan terhadap kebolehan menyebut dan membaca huruf dan
kalimah al-Quran yang MBK pelajari.
9. Semua jawapan hendaklah diteliti oleh guru supaya guru tahu apa yang murid
tidak tahu dan di mana kesilapan mereka
10. Setiap kesalahan dan kesilapan murid hendaklah direkodkan untuk menjadi
panduan kepada guru pada waktu pelaksanaan tasmik.

SOALAN BACAAN

Untuk membuat penilaian tahap penguasaan bacaan al-Quran MBK berdasarkan


bacaan buku Iqra 1 hingga buku Iqra 6 bagi membolehkan Guru Pendidikan Islam
Pendidikan Khas (GPIPK) meletakkan gred/markah bacaan al-Quran.

Tujuan Ujian Bacaan

1. Ujian bacaan al-Quran bertujuan untuk membantu GPIPK menilai tahap


penguasaan bacaan al-Quran murid.
2. Ujian bacaan al-Quran bertujuan untuk membantu GPIPK membuat penilaian
secara berkala 4 kali setahun bagi memantapkan menguasaan bacaan al-
Quran MBK.

3. Ujian bacaan al-Quran bertujuan membantu GPIPK membuat pengisian


markah pencapaian MBK untuk rekod pencapaian. Bagi rekod pencapaian
bacaan bulan Jun dan Oktober boleh diisi menggunakan format e-pelaporan
j-QAF Pendidikan Khas.
Pelaksanaan dan Panduan Mentadbir Ujian Penilaian Bacaan

1. Ujian bacaan al-Quran hendaklah dilaksanakan oleh GPIPK empat kali


setahun iaitu bagi bulan Mac, Jun, Ogos dan Oktober setiap tahun.
2. Ujian bacaan al-Quran dijalankan secara individu melalui talaqqi dan
musyafahah.
3. Ujian ini disediakan mengikut turutan kognitif yang paling rendah kepada yang
paling tinggi berdasarkan kepada panduan bacaan Buku Iqra. Sekiranya
murid telah membaca al-Quran penilaian hendaklah menggunakan bacaan
Buku Iqra 6 atau bacaan Muqaddam.
4. Ujian ini hendaklah diberhentikan sekiranya seseorang murid yang di uji itu
didapati gagal menjawab (membaca) semua item dengan betul dalam 3
soalan bacaan berturut-turut.
5. Keputusan ujian penilaian bacaan al-Quran hendaklah direkodkan
menggunakan borang Analisa dan Target Bacaan al-Quran
6. Berikan masa yang cukup kepada MBK untuk menjawab semua soalan
supaya mereka dapat menjawab dengan tenang dan selesa
7. Memberi tumpuan terhadap kebolehan menyebut dan membaca huruf dan
kalimah al-Quran yang MBK pelajari.
8. Semua jawapan hendaklah diteliti oleh guru supaya guru tahu apa yang murid
tidak tahu dan di mana kesilapan mereka
9. Setiap kesalahan dan kesilapan murid hendaklah direkodkan untuk menjadi
panduan kepada guru pada waktu pelaksanaan tasmik.

Borang Analisa dan Target Pencapaian Bacaan al-Quran

1. GPIPK merekodkan markah pencapaian ujian diagnostik dan ujian 1 hingga 4


murid di dalam kelas menggunakan Borang Analisa dan Target Pencapaian
Bacaan al-Quran (ATPBA 1)
2. Ketua Panitia Pendidikan Islam merekodkan pencapaian keseluruhan bacaan
al-Quran MBK menggunakan Borang Analisa dan Target Pencapaian Bacaan
al-Quran (ATPBA 2 )
3. Analisa keseluruhan penguasaan bacaan al Quran MBK berdasarkan buku
Iqra direkod menggunakan Borang Pencapaian Penguasaan Bacaan al-
Quran (PPBA)

Anda mungkin juga menyukai