Anda di halaman 1dari 6

KERTAS KERJA

LAWATAN KE BALAI BOMBA SIMUNJAN


KADET BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA

TARIKH :
19 JULAI 2017(RABU)

TEMPAT :
BALAI BOMBA SIMUNJAN

ANJURAN :
BADAN BERUNIFORM KADET BOMBA DAN PENYELAMAT
MALAYSIA
(SMK SIMUNJAN NO.1)

1
1.0 Pengenalan
2.0 Objektif
3.0 Rasional
4.0 Matlamat
5.0 Lokasi
6.0 Tarikh
7.0 Sasaran/Penglibatan
8.0 Pengangkutan
9.0 Guru-guru Pengiring
10.0 Kewangan
11.0 Jadual Aktiviti
12.0 Jawatankuasa
13.0 Jangkaan Hasil Lawatan Kepada Pelajar
14.0 Penutup

1.0 PENGENALAN

2
Lawatan ke Balai Bomba Simunjan merupakan salah satu aktiviti yang dirancang oleh
Badan Beruniform Kadet Bomba dan Penyelamat Malaysia sebagai aktiviti pembelajaran
serta aktiviti tahunan bagi tahun 2017. Aktiviti kali ini lebih fokus dalam melatih pelajar-
pelajar untuk mencuba dan menguasai kemahiran-kemahiran dalam menghadapi situasi
kebakaran.

2.0 OBJEKTIF
2.1 Dapat mengenali jentera-jentera yang digunakan dalam operasi menyelamat.
2.2 Membantu guru-guru penasihat menjelaskan kepada pelajar-pelajar tentang
langkah-langkah untuk menghadapi situasi kecemasan dan dapat bertindak secara
bijak dan rasional.
2.3 Membina ketahanan diri, disiplin diri, keyakinan diri, bertanggungjawab kepada
tugas dan peraturan.
2.4 Menunjukkan sikap positif, semangat kecintaan dan kesedaran sivik yang tinggi
dalam jiwa individu.
2.5 Memupuk peribadi mulia dan perkembangan daya intelek serta amalan nilai-nilai
murni selaras dengan wawasan pendidikan.
2.6 Menggunakan pengalaman untuk diaplikasi dalam pembelajaran.

3.0 RASIONAL
Guru-guru penasihat dan kadet-kadet Bomba SMK Simunjan No.1 bertanggungjawab
untuk memahami tentang prosedur-prosedur keselamatan bangunan, bilik darjah dan
laluan kecemasan serta teknik mencegah kebakaran. Lawatan ke balai bomba merupakan
laluan yang paling sesuai untuk mendapatkan maklumat tersebut. Oleh itu, dengan
lawatan ilmiah ini dapat memantapkan lagi proses pengajaran dan pembelajaran dalam
bilik darjah.

4.0 MATLAMAT

3
Membentuk dan melahirkan guru-guru dan pelajar-pelajar yang mempunyai sahsiah
bersepadu, sikap yakin diri, bertanggungjawab, berdisiplin, berani, hormat-
menghaormati, memahami dan bertolak ansur, bersikap prihatin, serta seimbang melalui
perkembangan jasmani, mental, emosi dan estetika. Mereka dapat menyesuaikan diri
dalam apa jua situasi dan dapat bertindak secara bijak dan rasional.

5.0 LOKASI
Balai Bomba Simunjan

6.0 TARIKH
19 Julai 2017 (Rabu)

7.0 SASARAN/PENGLIBATAN
Guru-guru penasihat dan ahli Kadet Bomba dan Penyelamat Malaysia SMK Simunjan
No.1

8.0 PENGANGKUTAN
Kereta guru-guru penasihat Kadet Bomba dan Penyelamat Malaysia

9.0 GURU-GURU PENASIHAT


Cikgu Jemahri Bin Sapiee
Cikgu Yong Siew Hung
Cikgu Dunstan Jackson Ak Makiu
Cikgu Roslan Bin Mohamad

10.0 KEWANGAN
Semua kos ditanggung oleh pelajar dan sekolah

11.0 JADUAL AKTIVITI

4
19 Julai 2017
3.00pm – bertolak dari sekolah
3.15pm – tiba di Balai Bomba Simunjan
3.20pm – taklimat oleh Pegawai Bomba
- lawatan di balai
4.30pm – lawatan dijangka tamat
4.45pm – sampai sekolah

12.0 JAWATANKUASA
12.1 Ahli Jawatankuasa Pelaksana :
Penasihat : Cikgu Irwandy Anak Japit (Penolong Kanan Kokurikulum)
Pengerusi : Cikgu Khalic Bin Abdul Hamid (Pengetua)
Penyelaras : Cikgu Jemahri Bin Sapiee
(Guru Penasihat Kadet Bomba dan Penyelamat Malaysia)
Penolong
Penyelaras : Cikgu Yong Siew Hung
Setiausaha : Cikgu Roslan Bin Mohamad
Bendahari : Cikgu Dunstan Jackson Ak Makiu
AJK : Muhammad Nazri Bin Bokhari (5D)
Mohamad Nazhiif Fahmie Bin Norudin(3B)
Mohamad Isma Raziey Bin Joblie (3B)
Mohammad Asyraf Ubai (2B)

13.0 JANGKAAN HASIL LAWATAN KEPADA PELAJAR

13.1 Mengenali dan mengendalikan alat-alat memadam api.


13.2 Menguasai kemahiran memadamkan kebakaran dengan menggunakan prosedur-
prosedur yang betul dan tepat.
13.3 Membantu dalam menghadapi situasi kecemasan dan dapat bertindak secara bijak
dan rasional.
13.4 Membina ketahanan diri, keyakinan diri, bertanggungjawab kepada tugas dan
peraturan.

5
13.5 Menunjukkan sikap positif, semangat kecintaan dan kesedaran sivik yang tinggi
di dalam jiwa individu.
13.6 Memupuk peribadi mulia dan perkembangan daya intelek serta amalan nilai-nilai
murni selaras dengan wawasan pendidikan.
13.7 Menggunakan pengalaman untuk diaplikasi dalam pembelajaran.

14.0 PENUTUP

Semoga aktiviti ini akan mendapat sokongan daripada pihak sekolah, ibu bapa serta
Pejabat Pendidikan Daerah Simunjan .

Dicadangkan oleh,

_________________________
(CIKGU JEMAHRI BIN SAPIEE)
Guru Penasihat Kadet Bomba dan Penyelamat Malaysia
SMK Simunjan No.1

Disokong oleh,

______________________________
(CIKGU IRWANDY ANAK JAPIT)
Penolong Kanan Kokurikulum
SMK Simunjan No.1

Diluluskan oleh,

_______________________________
(CIKGU KHALIC BIN ABDUL HAMID)
Pengetua
SMK Simunjan No.1

Anda mungkin juga menyukai