Anda di halaman 1dari 17

-KONSEP -PANDUAN

PELAKSANAAN

Model 6 Bulan Pendidikan Islam Tahun Satu ialah program yang menumpukan kepada penguasaan kemahiran membaca Iqra pada 6 bulan pertama Tahun Satu

Setelah mengikuti proses P&P Tilawah AlQuran( Iqra )murid dapat :


Mengenal,menyebut bunyi huruf-huruf tunggal berbaris di atas. Mengenal,menyebut bunyi berbagai baris dan tanda. Menyebut dan membaca potongan ayat dengan betul. Membaca Al-Quran mengikut sukatan. Khatam Al-Quran di skolah rendah.

Murid Islam Tahun Satu sekolah rendah.

Murid tahun satu mengikuti aktiviti Model Bacaan Iqra selama 6 bulan pertama setiap tahun. Bagi bulan berikut dan seterusnya mereka akan mengikuti kurikulum Pendidikan Islam berdasarkan sukatan pelajaran sedia ada.

MATA PELAJARAN
Tilawah Al-Quran ( Iqra )

JUMLAH WAKTU

4 waktu seminggu

Jawi / Pemulihan Jawi

2 waktu seminggu

Murid tahun satu pada enam bulan pertama hendaklah menggunakan buku Iqra 1 hingga 6 dengan berdasarkan Agihan Bacaan Iqra Model 6 Bulan Khatam Al-Quran. Proses Pengajaran dan Pembelajaran ini bermula dengan penentuan tahap pencapaian murid melalui satu ujian ringkas untuk tujuan diagnostik.

Ujian ini boleh dilakukan dengan menggunakan instrument yang disediakan oleh pihak sekolah. Berdasarkan hasil ujian guru membahagikan murid kepada beberapa kelompok mengikut tahap kebolehan masing-masing.Bagi murid yang belum membaca Iqra dimulakan dengan Iqra 1 manakala murid yang telah membaca Iqra dan menguasainya mereka menyambung bacaan Iqra yag seterusnya.Murid-murid yang telah menguasai bacaan Al-Quran boleh meneruskan dengan aktiviti khatam AlQuran.Murid yang telah khatam akan mengulangi bacaan untuk tujuan peningkatan mutu bacaan Al-Quran.

Pengajaran dan Pembelajaran dijalankan secara individu menggunakan pendekatan talaqqi dan musyafahah. Proses talaqqi dan musyafahah dalam kelas dikendalikan oleh Guru Pendidikan Islam (GPI) dan guru-guru j-QAF.Proses ini dilakukan secara langsung oleh guru untuk setiap murid.Untuk membolehkan murid khatam AlQuran guru hendaklah menetapkan target minima lima minit masa bacaan untuk setiap murid bagi setiap waktu P & P.Bagi kelasyang ramai murid target ini sukar dicapai, oleh itu guru boleh meminta dua orang murid yang berkebolehan membaca secara serentak.

Penilaian hendaklah dilakukan pada setiap bulan pengajaran dijalankan. Laporan penilaian Iqra hendaklah dilengkapkan dengan menggunakan borang penilaian Al-Quran. Jika terdapat murid yang tidak mencapai tahap yang diharapkan dalam tempoh tersebut pemulihan mesti dijalankan agar tidak ada murid yang tercicir. Selepas tamat tempoh 6 bulan satu lagi bentuk penilaian keseluruhan hendaklah dibuat bagi mengenal pasti semua murid dapat membaca Al-Quran dengan baik.

Penilaian bacaan Iqra perlu dilakukan pada setiap bulan kepada murid bagi mengesahkan murid tersebut benar-benar menguasai bacaan yang direkodkan oleh Guru Pendidikan Islam dan guru j-QAF.Laporan penilaian hendaklah dilengkapkan dengan menggunakan borang penilaian Al-Quran seperti yang digunakan dalam Pelaksanaan Program Jawi dan Al-Quran Enam Bulan Pertama Tahun Satu 2004.

Dalam tempoh 6 bulan pertama jawi diajar selama 2 waktu seminggu.Murid yang dapat menguasai kemahiran membaca dan menulis jawi akan berada bersama guru Pendidikan Islam di dalam kelas.Kemahiran akan di ajar mengikut sukatan yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran manakala murid yang belum dapat menguasai jawi dengan baik akan di tempatkan di kelas pemulihan jawi bersama guru j-QAF.

Memastikan unit j-QAF di bawah Panitia Pendidikan Islam yang dipengerusikan oleh Guru Besar Jawatankuasa Pelaksana bermesyuarat bagi memutuskan perkara berikut:
-

Mengenalpasti murid-murid yang keciciran melalui ujian khas atau maklumat daripada guru yang mengajar.Jumlah murid bagi satu kelas pemulihan hendaklah di antara 6 hingga 10 orang. Penyediaan tempat yang sesuai bagi pelaksanaan kelas pemulihan jawi. Penyediaan bahan bantu mengajar.

Melaksanakan Kelas Pemulihan Jawi mengikut agihan kemahiran dan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang telah ditentukan. Proses pengajaran dan pembelajaran akan menekankan kaedah permainan dan nyanyian yang menyeronokkan.

Membuat penilaian dan merekodkan pencapaian murid setiap kali kelas dilaksanakan. Menjalankan Ujian Pengesanan sebelum murid mengikuti kelas Jawi sedia ada.

Penilaian dibuat oleh guru setiap kali kelas dijalankan.Guru hendaklah menilai dari sudut kemahiran mengenal,membaca dan menulis huruf-huruf dan suku kata-suku kata yang dipelajari.Hasil penilaian hendaklah direkod ke dalam Borang Penilaian Kelas Pemulihan Jawi.

PEMANTAUAN BERTERUSAN OLEH SEKTOR PENDIDIKAN ISLAM LAPORAN PETUNJUK PRESTASI GURU DAN MURID SERTA KEKANGAN MASALAH LAPORAN PRESTASI PENCAPAIAN MURID

Anda mungkin juga menyukai