Anda di halaman 1dari 30

Panduan Dasar dan Pelaksanaan j-QAF 1

PANDUAN DASAR DAN PELAKSANAAN J-QAF

1. PENDAHULUAN
Program j-QAF berasaskan idea YAB Perdana Menteri Malaysia yang telah
dinyatakan secara khusus semasa lawatannya ke Kementerian Pendidikan Malaysia
(KPM) pada 30 Disember 2003. Cetusan idea ini telah diperhalusi di peringkat
Kementerian Pelajaran melalui satu seminar j-QAF pada 3 hingga 5 Mac 2004.
Program j-QAF telah dilaksanakan secara uji kaji dalam projek rintis selama 3 bulan
dan berakhir pada Julai 2004. YAB Perdana Menteri telah bersetuju program ini
dilaksanakan mulai tahun 2005.

2. KONSEP PROGRAM j-QAF


Program j-QAF adalah suatu usaha memperkasakan Pendidikan Islam (PI) melalui
penekanan khusus dalam pengajaran Jawi, al-Quran, bahasa Arab dan fardu ain
yang dilaksanakan di peringkat persekolah rendah. Pelaksanaan program ini
menggunakan kurikulum serta model dan modulnya yang tersendiri. Tenaga guru
yang khusus digunakan untuk pemulihan, bimbingan, kemahiran, pengukuhan,
pengayaan dan penghayatan murid. Pelaksanaannya menggunakan peruntukan
jadual waktu sedia ada.

3. OBJEKTIF PROGRAM j-QAF


Setelah program ini dilaksanakan dengan baik dan berkesan semua murid Islam
sekolah rendah akan dapat:

a. menguasai bacaan dan tulisan Jawi;


b. khatam al-Quran;

c. menguasai asas Bahasa Arab Komunikasi; dan


d. memantapkan dan menghayati amalan fardu ain.

4. KEPENTINGAN PROGRAM j-QAF


Program j-QAF menjadi lebih penting sebagai suatu usaha ke arah memperkasakan
PI yang sedia ada supaya semua bidang dalam PI iaitu bidang Tilawah al-Quran,
Akidah, Ibadah, Sirah Nabawi, Akhlak dan Jawi lebih berkesan dan dapat dihayati
dan diamalkan dalam kehidupan.
2 Panduan Dasar dan Pelaksanaan j-QAF

4.1 Kepentingan Pemulihan Jawi

Jawi adalah sebahagian daripada komponen pendidikan Islam dan mula


dilaksanakan pada tahun 2003 dengan pendekatan pengajaran 2 waktu
seminggu pada 6 bulan pertama di tahun Satu. Laporan pemantauan
mengenainya mendapati penguasaan bacaan dan tulisan jawi perlu dibaiki
lagi. Ini bermakna jawi dalam pendidikan Islam semata-mata masih belum
mencukupi dan berkesan. Oleh itu pemulihan Jawi dalam j-QAF menjadi
keutamaan khasnya kepada murid tercicir supaya semua murid boleh
menguasai Jawi setelah diberi bimbingan secara berterusan.

4.2 Kepentingan Khatam al-Quran

Al-Quran pula telah diajar sebagai sebahagian Pendidikan Islam dalam bidang
Asuhan Tilawah al-Quran pada masa ini. Namun ia tidak menekankan
pembelajaran sehingga khatam al-Quran kerana ia memerlukan bimbingan
berterusan daripada bilangan guru yang sesuai dengan nisbah murid yang
menepati pendekatan talaqi dan musyafahah (iaitu satu kaedah pembelajaran
secara bersemuka dengan guru bagi mendengar, membetul kesalahan dan
menyebut semula dengan baik dan lancar). Oleh itu Pendidikan Islam pada
masa ini hanya menjurus kepada kebolehan membaca sahaja manakala
aspek khatam tidak ditekankan di sekolah tetapi menyerahkannya kepada
masyarakat.

4.3 Kepentingan Bahasa Arab

Status Bahasa Arab Sekolah Rendah pada masa ini sebagai mata pelajaran
bahasa tambahan. Ia diajar di sekolah-sekolah rendah secara berpilih dan
terhad. Tidak semua murid berpeluang mempelajarinya.

4.4 Kepentingan Fardhu Ain


Ramai ibu bapa masih belum berpuas hati dengan tahap pencapaian dan
penguasaan anak-anak mereka terhadap amalan fardu ain terutama dalam
hal ibadah mendirikan solat.

5. MODEL-MODEL PROGRAM j-QAF


Untuk pelaksanaan 2005 lima model telah dikenalpasti iaitu 4 model pengajaran dan
1 model kokurikulum. Model-model berkenaan adalah seperti berikut:

a. model Kelas Pemulihan Jawi;


b. model Tasmik;
Panduan Dasar dan Pelaksanaan j-QAF 3

c. model 6 bulan Khatam al-Quran;


d. model Pelaksanaan Perluasan Bahasa Arab Komunikasi;

e. model Bestari Solat (kokurikulum).

Pengukuhan program j-QAF hendaklah dilaksanakan melalui kelab, persatuan dan


aktiviti seperti berikut;

a. Kelab Seni Tulisan Jawi;

b. Kem Bina Juara;


c. Ihtifal Khatam al-Quran;
d. Kem Literasi al-Quran; dan

e. Persatuan Bahasa Arab.

6. MODEL-MODEL j-QAF

6.1 Model Kelas Pemulihan Jawi


Model Kelas Pemulihan Jawi diperjelaskan dalam Buku Panduan Pelaksanaan
Model Kelas Pemulihan Jawi. Ia akan diajar oleh guru khas pemulihan jawi
dalam waktu yang sama dengan kelas jawi biasa di semua sekolah dengan
menggunakan modul pengajaran dan pembelajaran (P&P) yang disediakan
oleh Kementerian Pelajaran. Semua sekolah hendaklah menubuhkan Kelab
Seni Tulisan Jawi dan menjalankan aktiviti pengukuhan di peringkat sekolah
dengan menyediakan bahan-bahan bacaan tambahan yang bersesuaian serta
mempertingkatkan penggunaan kemudahan ICT sedia ada.

6.2 Model Khatam Al-Quran


Model-model khatam al-Quran diperjelaskan dalam buku Panduan
Pelaksanaan Program Khatam al-Quran Model 6 Bulan dan buku Panduan
Pelaksanaan Program Khatam al-Quran Model Tasmik.

6.2.1 Model 6 Bulan dilaksanakan mengikut garis panduan yang telah


ditetapkan dengan menggunakan peruntukan waktu PI sedia ada.
Model ini akan menggunakan pendekatan talaqi dan musyafahah
(iaitu satu kaedah pembelajaran secara bersemuka dengan guru bagi
mendengar, membetul kesalahan dan menyebut semula dengan baik
dan lancar). Murid yang belum menguasai bacaan al-Quran dibimbing
dengan kaedah IQRA ’, sementara yang telah menguasainya
diteruskan menggunakan model khatam al-Quran modul 6 bulan.
4 Panduan Dasar dan Pelaksanaan j-QAF

6.2.2 Model Tasmik pula dilaksanakan di luar waktu persekolahan normal


mengikut kesesuaian, keupayaan murid dan waktu guru tasmik yang
terdiri daripada guru j-QAF, GPI, guru-guru mata pelajaran lain yang
berkemampuan. Guru tasmik tersebut hendaklah dilantik secara rasmi
oleh pihak sekolah.

6.3 Model Perluasan Pelaksanaan Bahasa Arab Komunikasi


Bahasa Arab Komunikasi (BAK) yang sedang dilaksanakan secara terhad
pada masa ini di sekolah-sekolah kebangsaan akan diperluaskan
pelaksanaannya di semua sekolah. Status mata pelajaran ini adalah sebagai
mata pelajaran pilihan dan murid bukan Islam dibolehkan mengambil BAK
sekiranya tidak mengambil mata pelajaran bahasa Cina Komunikasi dan
bahasa Tamil Komunikasi. Peruntukan waktu adalah 60 minit seminggu dan
diajar oleh guru Bahasa Arab yang dilantik khusus. Model ini diperjelaskan
dalam Buku Panduan Peluasan Pelaksanaan Bahasa Arab Komunikasi.

6.4 Model Bestari Solat


Model Bestasi Solat diperjelaskan dalam Buku Panduan Pelaksanaan Kem
Bestari Solat. Pelaksanaannya selama dua hari tanpa bermalam dengan
kekerapan 4 kali setahun. Ia dikategorikan sebagai aktiviti kokurikulum PI dan
dimasukkan dalam takwim sekolah. Pelaksanaannya juga memerlukan
kerjasama semua pihak terutama penglibatan PIBG, guru-guru sedia ada di
sekolah dan tidak semata-mata diserahkan kepada guru pendidikan Islam.

7. PELAKSANAAN PROGRAM j-QAF

Program j-QAF akan dilaksanakan secara berperingkat-peringkat mulai 2005


sehingga 2010 dengan unjuran pelaksanaannya seperti dinyatakan dalam jadual 1.
Bagi maksud ini sebanyak 1221 buah sekolah akan terlibat pada tahun 2005. Adalah
dijangka pada tahun 2010 bilangan sekolah akan menjadi sebanyak 7835 buah.
Panduan Dasar dan Pelaksanaan j-QAF 5

7.1 UNJURAN PELAKSANAAN PROGRAM j-QAF DI SEKOLAH RENDAH

Jadual 1

Tahun 2005 2006 2007 2008* 2009* 2010*

Peringkat
penyertaan

Tahun 1 1221 1235 1247 827 766 762

Tahun 2 1221 1235 1247 827 766

Tahun 3 1221 1235 1247 827

Tahun 4 1221 1235 1247

Tahun 5 1221 1235

Tahun 6 1221

Bilangan 1221 2456 3703 4530 5296 6058


penyertaan

* Unjuran baru oleh Bahagian Sumber Manusia, Kementerian Pelajaran Malaysia.

7.2 GURU j-QAF

Jawatan guru j-QAF diwujudkan bagi pelaksanaan program j-QAF. Unjuran


bilangannya seperti dalam jadual berikut:

UNJURAN BILANGAN GURU j-QAF DI SEKOLAH RENDAH

Tahun 2005 2006 2007 2008 2009 2010

Bilangan guru

Tahun 1 3663 3705 3741 3780 3819 4797

Tahun 3 1221 1235 1247 1260


(Tambahan
guru)

Tahun 3 1221 1235 1247


(Tambah 1 guru
bahasa Arab)

Jumlah Kumulatif 3663 7368 12330 18566 24867 32171


Guru j-QAF
6 Panduan Dasar dan Pelaksanaan j-QAF

7.3 SASARAN
Sasaran program ini ialah murid-murid di Sekolah Rendah. Mulai tahun 2005
semua murid Tahun 1 di sekolah-sekolah yang terpilih akan melaksanakannya
terlebih dahulu. Murid-murid yang lain akan meneruskan pembelajaran sedia
ada dan dilibatkan dalam Ihtifal Khatam al-Quran bersama-sama murid Tahun
1. Sebanyak 1221 buah sekolah dengan 4,861 buah kelas dan seramai
141,725 orang murid akan terlibat pada tahun 2005. Pada tahun 2006 jumlah
sekolah yang melaksanakan program j-QAF ialah 1,235 buah sekolah yang
melibatkan seramai kira-kira 93,783 murid.

7.4 PENJADUALAN
7.4.1 Kelas Pemulihan Jawi dijalankan serentak dengan waktu pengajaran jawi
murid-murid biasa. Dalam tempoh 6 bulan pertama Tahun Satu jawi
diajar selama 2 waktu seminggu. Selepas itu ia diajar selama 1 waktu
seminggu pada 6 bulan kedua Tahun Satu dan keseluruhan Tahun Dua
hingga Tahun Enam dan dirumuskan seperti jadual berikut:

AGIHAN WAKTU PEMULIHAN JAWI

Tahun 6 bulan pertama 6 bulan kedua


Tahun 1 2 waktu seminggu 1 waktu seminggu

Tahun 2 1 waktu seminggu

Tahun 3 1 waktu seminggu

Tahun 4 1 waktu seminggu

Tahun 5 1 waktu seminggu

Tahun 6 1 waktu seminggu

7.4.2 Bagi Peluasan Pelaksanaan Bahasa Arab Komunikasi ia akan


dilaksanakan sepertimana pelaksanaan BAK sebagai bahasa
tambahan di SK pada masa ini, iaitu selama dua waktu seminggu. Ia
diajar bersama-sama dengan mata pelajaran Bahasa Cina Komunikasi
dan Bahasa Tamil Komunikasi.

7.4.3 Model 6 Bulan Khatam al-Quran akan menggunakan waktu PI


sebanyak 4 masa dalam tempoh 6 bulan pertama Tahun Satu hingga
Tahun Enam. Pada masa yang sama bagi murid yang belum
menguasai bacaan al-Quran akan meneruskan kaedah IQRA’. Pada
Panduan Dasar dan Pelaksanaan j-QAF 7

6 bulan kedua Asuhan Tilawah al-Quran menggunakan 3 waktu untuk


Tahun Satu dan 2 waktu pada Tahun Dua hingga Tahun Enam dan
dirumuskan seperti jadual berikut:

AGIHAN WAKTU KHATAM AL-QURAN DAN ASUHAN TILAWAH


AL-QURAN

Tahun 6 bulan pertama 6 bulan kedua


(Khatam al-Quran) (Asuhan Tilawah
al-Quran)

Tahun 1 4 waktu seminggu 3 waktu seminggu

Tahun 2 4 waktu seminggu 2 waktu seminggu

Tahun 3 4 waktu seminggu 2 waktu seminggu

Tahun 4 4 waktu seminggu 2 waktu seminggu

Tahun 5 4 waktu seminggu 2 waktu seminggu

Tahun 6 4 waktu seminggu 2 waktu seminggu

7.4.4 Bagi Model Tasmik pelaksanaannya adalah di luar jadual waktu


persekolahan.

7.4.5 Model Bestari Solat akan dilaksanakan di luar jadual waktu


persekolahan. Ia dilaksanakan 4 kali setahun.

7.5 LATIHAN GURU

Urusan latihan perguruan dan pengambilan guru-guru pelatih j-QAF


dilaksanakan oleh Bahagian Pendidikan Guru Kementerian Pelajaran Malay-
sia. Bagi meningkatkan tahap profesionalisme guru-guru j-QAF, Kementerian
Pelajaran akan mengadakan latihan kepada mereka dari semasa ke semasa
di dalam dan luar negara.

7.6 PENGIKTIRAFAN

Pihak KPM akan mengadakan satu program pengukuhan kepada program j-


QAF sebagai satu cara memberi galakan dan pengiktirafan kepada guru,
murid dan masyarakat. Program tersebut dinamakan dengan Ihtifal Khatam
al-Quran Sekolah-Sekolah. Program ini akan diadakan di semua peringkat;
sekolah, daerah, negeri dan kebangsaan.
8 Panduan Dasar dan Pelaksanaan j-QAF

7.7 BAHAN DAN KEMUDAHAN


Bahan-bahan asas yang disediakan dalam program ini adalah Buku Panduan
Dasar, Pelaksanaan dan Pengurusan Kurikulum dan Ko-Kurikulum program
j-QAF, buku panduan pelaksanaan model-model pengajaran j-QAF, dan
bahan-bahan contoh untuk pengajaran dan pembelajaran Kelas Pemulihan
Jawi. Selain itu mushaf al-Quran, buku dan CD Iqra’, Buku Rekod Bacaan,
buku aktiviti jawi, buku teks Bahasa Arab Komunikasi, buku aktiviti Bahasa
Arab, bahan bantu belajar pemulihan jawi, perisian komputer bagi keempat-
empat komponen j-QAF, bahan-bahan bacaan tambahan, tafsir al-Quran,
kamus bahasa Arab, buku latihan khat Jawi, makmal j-QAF bilik khas j-QAF
dan peralatan ICT amat diperlukan bagi pengukuhan dan pengayaan program
j-QAF supaya keberkesanannya berterusan.

7.8 PENTAKSIRAN
Pentaksiran berasaskan sekolah wajar dilaksanakan kepada program j-QAF.
Pihak sekolah hendaklah menyediakan sijil khas yang akan diselaraskan oleh
Lembaga Peperiksaan Malaysia.

7.9 PEMANTAUAN DAN BIMBINGAN

Pegawai-pegawai j-QAF peringkat pusat dan negeri akan menjalankan


pemantauan secara berterusan untuk memberi bimbingan bagi menjamin
keberkesanan pelaksanaan program ini. Laporan pemantauan akan dibuat
dari semasa ke semasa mengikut keperluan bagi mengenal pasti kelemahan
dan kekuatan program tersebut untuk diambil tindakan sewajarnya.

7.10 PELAKSANAAN DI SEKOLAH PENDIDIKAN KHAS

Murid-murid istimewa dalam sistem pendidikan khas akan dilibatkan dalam


program j-QAF. Kertas perancangan secara khusus telah disediakan oleh
Jabatan Pendidikan Khas. Pelaksanaan ini memerlukan tenaga guru yang
khas, bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran, bahan-bahan sokongan
dan serta kemudahan-kemudahan lain.

8. PENUTUP
Adalah menjadi harapan KPM agar para pendukung j-QAF memahami hasrat pro-
gram ini dan mematuhi garis panduan yang ditetapkan. j-QAF boleh berfungsi
sebagai tonggak baru dalam memperkasakan Pendidikan Islam untuk membina jati
diri insan mukmin di samping merealisasikan hasrat Falsafah Pendidikan Islam
dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Panduan Dasar dan Pelaksanaan j-QAF 9

PENGURUSAN KURIKULUM j-QAF DI SEKOLAH

1. PENDAHULUAN

Program j-QAF merupakan satu usaha bagi memperkasakan pendidikan Islam


sesuai dengan kehendak perubahan masa, era teknologi tinggi yang menjadi teras
kepada kurikulum pembelajaran di Malaysia kini. Pengurusan program ini perlu
dirancang dan dilaksanakan dengan baik sesuai dengan peraturan yang ada dan
keperluan semasa. Panduan ini merangkumi pengurusan j-QAF di sekolah,
organisasi dan fungsi, dokumen pentadbiran dan pengurusan, serta penjadualan dan
pekeliling-pekeliling yang berkaitan.

2. TUJUAN

Kertas ini bertujuan:

2.1 Mempertingkatkan pemahaman mengenai struktur organisasi, fungsi dan


tugas panitia j-QAF di sekolah.
2.2 Mempertingkatkan kerjasama dan muafakat guru-guru j-QAF untuk
merancang, melaksanakan, menyelia dan memantau keberkesanan semua
program dan aktiviti yang berkaitan.
2.3 Menggembleng tenaga guru j-QAF dalam melaksanakan aktiviti-aktiviti panitia.
2.4 Menggalakkan usaha secara muafakat untuk mencari penyelesaian masalah,
kekangan dan hambatan dalam pengajaran dan pembelajaran yang berkaitan
dengan motivasi, sikap dan tabiat belajar.
2.5 Mempertingkatkan pendokumentasian data/maklumat berkaitan dengan j-QAF.
2.6 Membolehkan pencapaian objektif program j-QAF.

3. PENGURUSAN j-QAF DI SEKOLAH

Sesuatu organisasi akan menjadi kemas dan teratur apabila pengurusannya tersusun,
teratur, mempunyai bidang tugas yang diselaraskan. Panduan pengurusan memberi
tumpuan kepada aspek organisasi kurikulum sekolah, fungsi panitia mata pelajaran,
organisasi kokurikulum dan fungsinya serta penjadualan mata pelajaran j-QAF. Amat
mustahak pihak pengurusan sekolah menjadikan program j-QAF sebagai satu program
sekolah yang perlu diberi perhatian secara menyeluruh. j-QAF sebagai satu usaha yang
memperkasa Pendidikan Islam dalam konteks sekolah sukar memberi impak yang wajar
jika tidak mendapat penglibatan pihak pengurusan sekolah dan semua warga sekolah.
Di bawah ini dijelaskan kedudukan guru j-QAF dalam konteks organisasi pengurusan
sekolah dalam hal kurikulum dan kokurikulum.
10 Panduan Dasar dan Pelaksanaan j-QAF

4. CARTA ORGANISASI KURIKULUM SEKOLAH

4.1 JAWATANKUASA KURIKULUM SEKOLAH RENDAH

GURU BESAR
(PENGERUSI)

NAIB PENGERUSI NAIB PENGERUSI NAIB PENGERUSI


(Penolong Kanan) (Penolong Kanan HEM) (Penolong Kanan KOKO)

SETIAUSAHA

AHLI
• Semua Ketua Panitia
• Guru Penyelaras Jadual Waktu
• Guru Penyelaras Pusat Sumber
• Setiausaha Peperiksaan
• Kaunselor
• Guru Data
• Guru Penyelaras Etems
• Penyelaras ICT

4.2 BIDANG TUGAS JAWATANKUASA KURIKULUM SEKOLAH RENDAH

a. Merancang aktiviti kegiatan kurikulum sekolah dalam jangka pendek dan


jangka panjang.
b. Menentukan dasar dan peraturan kurikulum sekolah serta melaksanakan
arahan kementerian.
c. Mengadakan mesyuarat jawatankuasa sekurang-kurangnya 4 kali
setahun.

d. Menentukan takwim dan jadual aktiviti kurikulum sekolah.


e. Memastikan penghayatan pelajar dalam kurikulum menyeluruh.
f. Memastikan sekolah mengambil bahagian dalam kegiatan kurikulum
peringkat zon/daerah dan negeri.
g. Memastikan semua guru mematuhi takwim dan jadual aktiviti yang
ditetapkan.
Panduan Dasar dan Pelaksanaan j-QAF 11

h. Menentukan tarikh-tarikh utama kegiatan kurikulum seperti mesyuarat


panitia, penilaian dan lain-lain.

i. Menilai kegiatan dari semasa ke semasa dan menyediakan laporan


tahunan.
j. Membuat anggaran belanjawan dan mencari sumber kewangan.

k. Memberi pengiktirafan kepada guru dan murid yang menunjukkan


prestasi cemerlang.

4.3 CARTA ORGANISASI JAWATANKUASA PANITIA

GURU BESAR
(PENGERUSI)

PENGERUSI
(KETUA PANITIA PENDIDIKAN ISLAM)

NAIB PENGERUSI
(GURU j-QAF/GPI)

PENOLONG SETIAUSAHA
(GURU j-QAF/GPI)

BENDAHARI
(GURU j-QAF/GPI)

AHLI JAWATANKUASA
(GURU j-QAF/GPI)

4.4 PERANAN PANITIA MATA PELAJARAN


a. Memperoleh sukatan dan huraian sukatan pelajaran yang terkini.

b. Menyedia dan menyelaras rancangan pelajaran.


c. Memilih dan mencadangkan buku teks dan buku kerja jika perlu kepada
pihak jawatankuasa kurikulum.
12 Panduan Dasar dan Pelaksanaan j-QAF

d. Memilih dan mencadangkan buku bacaan tambahan untuk kegunaan


panitia mata pelajaran dan pusat sumber sekolah.
e. Mengadakan mesyuarat panitia mata pelajaran.
f. Merancang dan melaksanakan program peningkatan prestasi akademik.
g. Menyelaras soalan ujian dan peperiksaan, menganalisis keputusan
peperiksaan dan menyusun strategi mengatasi kelemahan murid.
h. Meningkatkan pengetahuan dan kemahiran ahli panitia mata pelajaran
yang berkaitan dengan proses pengajaran dan pembelajaran.
i. Menyedia dan memperoleh bahan bantu mengajar.
j. Merancang program khas murid bermasalah 3M.
k. Menyedia dan memastikan prosedur keselamatan dipatuhi.
l. Memastikan bilik khas berada dalam keadaan kondusif untuk pengajaran
dan pembelajaran.
m. Menyediakan anggaran perbelanjaan untuk pelaksanaan kurikulum.
n. Mengurus perolehan mengikut tatacara kewangan.
o. Mengurus dan menyemak buku stok.
p. Memastikan fail-fail panitia berada dalam keadaan kemas kini.

4.5 PERANAN JAWATANKUASA PANITIA (j-QAF)


Peranan utama berkaitan j-QAF adalah seperti berikut:

4.5.1 Penasihat (Guru Besar)


a. Memastikan AJK j-QAF sekolah dibentuk.

b. Memastikan agar pengurusan dan pelaksanaan j-QAF sekolah


berjalan berdasarkan kurikulum dan kokurikulum j-QAF
Kementerian Pelajaran Malaysia.

c. Memberi khidmat nasihat terhadap setiap pelaksana program/


aktiviti persatuan.

4.5.2 Pengerusi (Ketua Panitia Pendidikan Islam)


a. Merancangkan aktiviti j-QAF sekolah bersama JK Induk.
b. Mempengerusikan setiap mesyuarat, perjumpaan dan taklimat.
c. Membantu dan bekerjasama dengan semua AJK persatuan agar
ia lebih efisyen dan sistematik.
Panduan Dasar dan Pelaksanaan j-QAF 13

d. Melaksanakan aktiviti yang telah dirancang.


e. Membuat penilaian aktiviti untuk pelaporan.

4.5.3 Naib Pengerusi (Guru j-QAF/Guru PI)


a. Menjalankan tugas-tugas pengerusi semasa ketiadaannya.
b. Membantu pengerusi dalam melaksanakan tugas-tugasnya.

4.5.4 Setiausaha (Guru j-QAF/Guru PI)


a. Membuat surat panggilan mesyuarat dan lain-lain urusan surat
menyurat.
b. Mencatat dan menyediakan minit mesyuarat.
c. Menyediakan laporan dan dokumentasi.
d. Membantu dan berhubung rapat dengan pengerusi dan AJK.
e. Menerima arahan daripada pengerusi dari semasa ke semasa.

4.5.5 Penolong Setiausaha (Guru j-QAF/Guru PI)


Membantu tugas-tugas setiausaha dan lain-lain tugas yang disahkan
oleh pengerusi dari semasa ke semasa.

4.5.6 Bendahari (Guru j-QAF/Guru PI)


a. Mengurus hal ehwal kewangan persatuan dan menyediakan
laporan penyata laporan kewangan.
b. Memikirkan usaha-usaha untuk mengisi tabung persatuan
bersama-sama AJK yang lain.

4.5.7 Ahli Jawatankuasa (Guru j-QAF/Guru PI)


a. Melantik pengerusi dalam setiap aktiviti.
b. Bekerjasama dengan guru penasihat dan AJK Induk dalam
aktiviti yang melibatkan kependidikan seperti Program Kem
Literasi Al-Quran, Kem Bina Juara, Kelab Seni Khat dan Kem
Bestari Solat.
c. Melaksanakan arahan daripada pengerusi dari semasa ke semasa.
d. Menyediakan peralatan yang sesuai seperti kerusi meja
penceramah dan peserta, persiapan pentas dan lain-lain.
e. Mengurus dan membuat tempahan tempat untuk melaksanakan
aktiviti sesuai dengan keputusan mesyuarat.
f. Mengemas dan membersih semua peralatan yang digunakan.
g. Mengendalikan aktiviti luar.
14 Panduan Dasar dan Pelaksanaan j-QAF

5. PROGRAM KOKURIKULUM j-QAF


Program Kokurikulum dilaksanakan melalui persatuan/kelab.

5.1 OBJEKTIF PENUBUHAN PERSATUAN/KELAB j-QAF DI SEKOLAH


RENDAH
a. Murid dapat memantapkan penguasaan kurikulum j-QAF iaitu merangkumi
Jawi, al-Quran, bahasa Arab dan fardu ain Bestari Solat.
b. Murid dapat pengalaman menguruskan organisasi secara lebih berkesan.
c. Murid dapat mengukuh dan menerapkan nilai-nilai Islam dalam j-QAF di
kalangan mereka.
d. Murid dapat meningkatkan dan memantapkan ilmu, amal dan akhlak.

5.2 CARTA ORGANISASI KOKURIKULUM SEKOLAH RENDAH

GURU BESAR
(PENASIHAT

GURU PENOLONG KANAN KOKURIKULUM


(PENGERUSI)

PENYELARAS KELAB DAN PERSATUAN


(SETIAUSAHA)

PENYELARAS BADAN PENYELARAS KELAB PENYELARAS SUKAN


BERUNIFORM DAN PERSATUAN & PERMAINAN

AJK (MURID) AJK (MURID) AJK (MURID) AJK (MURID)


Panduan Dasar dan Pelaksanaan j-QAF 15

5.3 BIDANG TUGAS JAWATANKUASA KOKURIKULUM SEKOLAH RENDAH

a. Merancang aktiviti kegiatan ko-kurikulum sekolah dalam jangka pendek


dan jangka panjang.

b. Menentukan dasar dan peraturan ko-kurikulum sekolah serta melaksanakan


arahan kementerian.

c. Mengadakan mesyuarat jawatankuasa sekurang-kurangnya 4 kali


setahun.

d. Menentukan takwim dan jadual aktiviti ko-kurikulum sekolah.

e. Memastikan penghayatan pelajar dan ko-kurikulum menyeluruh.

f. Memastikan sekolah mengambil bahagian dalam kegiatan kokurikulum


peringkat zon/daerah dan negeri.

g. Memastikan semua guru mematuhi takwim dan jadual aktiviti yang


ditepati.

h. Menentukan tarikh-tarikh utama kegiatan ko-kurikulum seperti sukan


tahunan, merentas desa, perkhemahan dan lain-lain.

i. Menilai kegiatan dari semasa ke semasa dan laporan tahunan.

j. Membuat anggaran belanjawan mencari sumber kewangan.

k. Memberi pengiktirafan kepada guru dan murid yang menunjukkan prestasi


cemerlang.
16 Panduan Dasar dan Pelaksanaan j-QAF

5.4 JAWATANKUASA KELAB DAN PERSATUAN (PERSATUAN j-QAF)

PENAUNG
(GURU BESAR)

PENYELARAS
(GURU PENOLONG KANAN KOKURIKULUM)

(GURU j-QAF – JAWI) (GURU j-QAF – AL-QURAN) (GURU j-QAF – B.ARAB)


PENASIHAT PENASIHAT PENASIHAT

(PENGERUSI) (PENGERUSI) (PENGERUSI)


(MURID) (MURID) (MURID)

(NAIB PENGERUSI) (NAIB PENGERUSI) (NAIB PENGERUSI)


(MURID) (MURID) (MURID)

(SETIAUSAHA) (SETIAUSAHA) (SETIAUSAHA)


(MURID) (MURID) (MURID)

(PEN. SETIAUSAHA) (PEN. SETIAUSAHA) (PEN. SETIAUSAHA)


(MURID) (MURID) (MURID)

(BENDAHARI) (BENDAHARI) (BENDAHARI)


(MURID) (MURID) (MURID)

(AJK) (AJK) (AJK)


(MURID) (MURID) (MURID)
Panduan Dasar dan Pelaksanaan j-QAF 17

5.5 BIDANG TUGAS JAWATANKUASA KELAB DAN PERSATUAN (j-QAF)


a. Memastikan AJK j-QAF sekolah dibentuk.
b. Memastikan agar pengurusan dan pelaksanaan Persatuan j-QAF Sekolah
berjalankan berdasarkan kurikulum dan kokurikulum program j-QAF
Kementerian Pelajaran Malaysia.
c. Memberi khidmat nasihat terhadap setiap pelaksanaan program/aktiviti
persatuan.

6. TUGAS-TUGAS LAIN GURU j-QAF

Semua guru yang bertugas di sekolah tertakluk kepada tanggungjawab sampingan


yang sememangnya wujud di sekolah. Tugas sampingan adalah untuk memantapkan
pelaksanaan pengurusan sekolah oleh pihak pentadbir. Tugas-tugas ini adalah tugas
yang selain daripada tugas kurikulum dan kokurikulum seperti terlibat dengan
jawatankuasa PIBG, jawatankuasa komuniti, jawatankuasa surau atau masjid,
Jawatankuasa Keselamatan Kampung dan sebagainya. Oleh itu guru-guru j-QAF
juga tidak terkecuali daripada tanggungjawab ini sepertimana guru-guru lain
khususnya Guru Pendidikan Islam.

7. KEMUDAHAN INFRASTRUKTUR

Pelaksanaan program ini akan memerlukan beberapa kemudahan infrastruktur yang


sesuai. Secara jangka panjang perkara ini akan dipertingkatkan. Pada masa ini
pihak sekolah melalui jawatankuasa kurikulum dan panitia Pendidikan Islam perlu
menyesuaikan kemudahan yang ada bagi membolehkan program j-QAF berjalan
lancar dan mencapai objektif.

8. PENUTUP

Buku Panduan Pengurusan kurikulum dan kokurikulum program j-QAF ini diharap
dapat menjadi panduan asas untuk rujukan para guru j-QAF dalam melibatkan diri
dalam alam persekolahan secara realiti. Meskipun begitu masih banyak lagi perkara
yang perlu dilalui dan dipelajari oleh para guru di sekolah untuk menjadikan mereka
lebih matang dan berpengalaman. Pengurusan j-QAF yang lebih licin dan lancar
secara profesional adalah amat diperlukan agar matlamat dan cita-cita penubuhan
j-QAF ini dapat dicapai dengan jayanya.
18 Panduan Dasar dan Pelaksanaan j-QAF

PEKELILING-PEKELILING

Lampiran 1

Pekeliling Pengurusan Panitia Mata Pelajaran

Bahagian Sekolah-Sekolah,
Kementerian Pendidikan Malaysia,
Tingkat 12—14,
Bangunan Bank Pertanian,
Leboh Pasar Besar,
50604 Kuala Lumpur Telefon: 03-2922066
Kawat: Pelajaran

Ruj. Kami: KB (BS) 8591/Jld.II(44)


Tarikh: 13 Mac 1986

Semua Pengarah Pelajaran Negeri Malaysia.


YB Datuk/Tuan,

Per: Surat Pekeliling Ikhtisas


Bil. 41986 Panitia Mata Pelajaran

Dalam menjalankan kerja-kerja penyeliaan sekolah-sekolah oleh Jemaah Nazir Sekolah,


jabatan Pelajaran Negeri dan Pejabat Daerah, salah satu perkara yang hendak diselia
adalah tentang kewujudan dan keberkesanan panitia mata pelajaran di sekolah-sekolah.
Adalah didapati bahawa ada sekolah-sekolah yang telah menubuhkan panitia mata
pelajaran dan dapat berfungsi dengan baik dan ada pula di sebaliknya. Walau
bagaimanapun, sama ada panitia mata itu berfungsi atau tidak, Kementerian Pelajaran
difahamkan bahawa pihak-pihak yang telah membuat penyeliaan ini telah ditanya oleh
pihak sekolah, atas dasar atau arahan manakah, panitia mata pelajaran ini perlu
ditubuhkan.

2. Oleh yang demikian, surat pekeliling ini dikeluarkan dengan tujuan untuk
memberitahu pihak sekolah tentang perluanya penubuhan panitia mata pelajaran, supaya
dengan ini, penubuhan dua hala di antara pihak sekolah dengan pihak-pihak yang
membuat penyeliaan dapat diadakan dengan lebih berkesan lagi.
Panduan Dasar dan Pelaksanaan j-QAF 19

3. Berikut adalah panduan mengenai panitia mata pelajaran dan pihak sekolah adalah
dikehendaki menubuhkan atau memperkemaskan lagi panitia mata pelajaran supaya
keberkesanan pengajaran-pengajaran di sekolah dapat ditingkatkan.

3.1 Latar Belakang

Kebanyakan para pelajar dalam pembelajaran dan motivasi serta minat mereka
terhadap sesuatu mata pelajaran yang dipelajari mempunyai hubungan rapat
dengan kebolehan dan kekesanan guru yang mengajar. Guru tidak ragu-ragu
lagi mempunyai peranan yang penting dalam menentukan sama ada matlamat
pencapaian akademik para pelajar di sekolah tercapai atau tidak.

Menyedari hakikat ini, maka ada wajar bagi guru yang terlibat atau mengajar
sesuatu mata pelajaran yang sama, menggembleng tenaga mereka dan
menyelaraskan aktiviti-aktiviti dan/atau tugas-tugas mengajar sebagai pendidik.
Mereka juga harus mempunyai semangat bekerjasama, saling membantu dan
berkongsi fikiran, pengalaman serta kepakaran untuk memperbaiki lagi
kecekapan dan kekesanan mereka. Dengan demikian, guru yang mengajar
sesuatu mata pelajaran berpeluang untuk bekerjasama dan menyelaraskan
usaha mereka dengan lebih terkelola dan bersepadu. Dengan wujudnya badan
ikhtisas seumpama ini, guru yang menganggotainya juga berpeluang untuk
mencari penyelesaian kepada masalah-masalah, bukan sahaja dalam bidang
pengajaran, bahkan juga masalah yang berhubung dengan motivasi, sikap dan
tabiat belajar pelajar.

3.2 Struktur dan Organisasi

3.2.1 Panitia mata pelajaran adalah sebuah badan ikhtisas yang dianggotai
oleh semua guru yang mengajar mata pelajaran yang sama di
sesebuah sekolah. (Sekolah-sekolah kecil yang bilangan gurunya
sedikit adalah difikirkan tidak perlu menubuhkan pelbagai panitia mata
pelajaran);

3.2.2 Badan ini hendaklah dipimpin dan dikendalikan oleh Guru Besar atau
Pengetua Sekolah;

3.2.3 Semua Ketua Panitia mata pelajaran adalah secara automatik menjadi
ahli-ahli Jawatankuasa Kurikulum Sekolah. Pelajaran masing-masing
di dalam Jawatankuasa tersebut dan menjadi sebagai penghubung di
antara ahli panitia dengan Guru Besar atau Pengetua Sekolah;
20 Panduan Dasar dan Pelaksanaan j-QAF

3.2.4 Keputusan-keputusan yang diambil oleh tiap-tiap panitia di dalam


perjumpaan-perjumpaan berhubung dengan isu-isu masalah-masalah
kurikulum dan pengajaran perlu dibawa oleh ketua panitia kepada Guru
Besar atau Pengetua atau Penolong Kanannya, sama ada untuk
mendapat penyelesaian atau makluman;

3.2.5 Di sekolah-sekolah di mana Jawatankuasa Kurikulum Sekolah belum


ditubuhkan, Ketua panitia masih memainkan peranan penting untuk
berhubung dengan Guru Besar atau Pengetua bagi membentangkan
masalah-masalah atau isu-isu yang sedang dihadapi dan mensyorkan
segala cadangan atau permintaan ahli-ahli panitia berhubung dengan
keperluan pengajaran dan pembelajaran.

3.3 Tujuan Panitia Mata Pelajaran

Berikut adalah di antara beberapa tujuan yang dikenal pasti untuk panitia mata
pelajaran:

3.3.1 Memperbaiki dan meningkatkan mutu dan kekesanan pengajaran-


pembelajaran;

3.3.2 Berikhtiar dan berusaha untuk mendapatkan strategi-strategi mengajar


yang inovatif dan boleh mendorong sera menggerakkan kecenderungan
para pelajar terhadap pembelajaran;

3.3.3 Memperbaiki prestasi pelajar di dalam peperiksaan (berasaskan


sekolah dan awam) dalam mata pelajaran berkenaan berpandukan atau
berasaskan kepada prestasi/target yang ditunjukkan dalam rancangan
akademik sekolah;

3.3.4 Mewujudkan semangat kerjasama di antara panitia mata pelajaran


dengan persatuan kelab akademik.

3.4 Peranan Panitia Berikut adalah di antara perkara yang dianggap perlu
dilaksanakan oleh panitia, sejajar dengan peranannya sebagai sebuah
badan ikhtisas.

3.4.1 Memperolehi sukatan pelajaran yang terbaru atau kemas kini untuk
kegunaan ahli-ahli panitia;

3.4.2 Menyediakan rancangan mengajar untuk ketiga-tiga penggal dalam


tahun persekolahan. Rancangan mengajar ini diselaraskan di antara
Panduan Dasar dan Pelaksanaan j-QAF 21

guru dalam sesuatu tingkatan/darjah dan juga di antara tingkatan/darjah


di mana ada kaitan;

3.4.3 Memilih dan mencadangkan kepada pentadbiran sekolah buku


teks untuk digunakan oleh pelajar berdasarkan kepada kesesuaian
buku itu dari segi kehendak sukatan pelajaran dan tahap kebolehan
mereka;

3.4.4 Memilih dan mencadangkan buku rujukan atau bahan bacaan


tambahan yang sesuai dengan keperluan pembelajaran para pelajar
dan kegunaan guru untuk dibekalkan di pusat sumber sekolah;

3.4.5 Menyelaraskan soalan-soalan ujian dan peperiksaan (berasaskan


sekolah) yang disediakan bagi tiap-tiap tingkatan atau darjah dan jika
perlu, menubuhkan bank soalan;

3.4.6 Mengkaji dan menganalisa keputusan peperiksaan pelajar dalam tiap-


tiap peperiksaan berasaskan (khususnya peperiksaan pertengahan dan
akhir tahun) dan mengambil langkah-langkah untuk mengatasi
kelemahan-kelemahan pelajaran dan pembelajaran;

3.4.7 Mengadakan mesyuarat panitia secara berkala sekurang-kurangnya


sekali sepenggal dan mengadakan perjumpaan secara ‘ad-hoc’ jika
perlu;

3.4.8 Mengatur perjumpaan atau mesyuarat dengan ahli-ahli panitia (secara


formal atau tidak formal) untuk memikirkan dan membincangkan
masalah-masalah atau isu-isu yang berkaitan seperti maslaah-masalah
yang berhubung dengan kaedah mengajar serta mencari penyelesaian
kepada masalah atau isu tersebut;

3.4.9 Bertukar-tukar pengalaman dan pengetahuan baru yang diperolehi


setelah mengikuti kursus atau seminar dengan ahli-ahli lain;

3.4.10 Mewujudkan semangat saling bekerjasama dengan persatuan di


sekolah dan menjalani hubungan kerja yang boleh membantu bagi
mencapai matlamat pengajaran dan pembelajaran;

3.4.11 Bekerjasama dan bertukar-tukar fikiran, pengalaman dan kepakaran


dengan panitia-panitia di sekolah-sekolah berhampiran atau
sekawasan;

3.4.12 Bekerjasama dengan lain-lain panitia dan membantunya dalam usaha


22 Panduan Dasar dan Pelaksanaan j-QAF

ke arah memajukan pelajar yang lemah dalam mata-mata pelajaran


tertentu;

3.4.13 Melantik seorang setiausaha dari kalangan ahli untuk menyediakan


minit mesyuarat dan mengedarkan minit itu kepada semua ahli panitia;

3.4.14 Menyelenggarakan fail-fail panitia dan semua minit atau laporan


mesyuarat, surat menyurat dan rekod-rekod yang berkenaan.

4. Harap Y.B. Datuk/Tuan memaklumkan kandungan Surat Pekeliling ini kepada semua
sekolah.

Sekian.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menurut perintah,

t.t.
(HAJI JUMAAT BIN DATO’ HAJI MOHD. NOOR)
Bahagian Sekolah
Ketua Pengarah Pendidikan,
Kementerian Pendidikan Malaysia.
Panduan Dasar dan Pelaksanaan j-QAF 23

Lampiran 2

Struktur Organisasi, Fungsi dan Tugas Panitia j-QAF

Lampiran 2.1: Sampel Organisasi Panitia j-QAF

2.1.1 Penaung – Guru Besar

2.1.2 Penasihat – Penolong Kanan Kurikulum

2.1.3 Ketua Panitia

2.1.4 Penolong Ketua Panitia

2.1.5 Setiausaha

2.1.6 Bendahari

2.1.7 Penyelaras Makmal Bahasa

2.1.8 Penyelaras Buku Analisis Peperiksaan

2.1.9 Penyelaras Bank Soalan

2.1.10 Penyelaras Papan Kenyataan

2.1.11 Penyelaras Pameran dan Pertandingan

2.1.12 Penyelaras Kalimatus Sobah

2.1.13 Penyelaras Hubungan Luar

2.1.14 Penyelaras Mini Perpustakaan


24 Panduan Dasar dan Pelaksanaan j-QAF

PEJABAT KETUA PENGARAH PELAJARAN MALAYSIA


KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
ARAS 8, BLOK ES
KOMPLEKS KERAJAAN PARCEL E
PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN,
62604 PUTRAJAYA
Tel: 03-8884 6077
Faks: 03-8889 4548
Web: http://www.moe.gov.my

Rujukan kami: KP(85) 8591/Jld. XVII(13)


Tarikh: 30 Disember 2004

Semua Pengarah Pelajaran Negeri

Y.Bhd. Datuk/Dato’/Tuan/Puan,

SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL. 13/2004


PELAKSANAAN PROGRAM j-QAF DI SEKOLAH RENDAH

Surat Pekeliling Ikhtisas ini dikeluarkan dengan tujuan memaklumkan bahawa Program
j-QAF akan dilaksanakan mulai 2005 yang akan melibatkan semua murid Tahun 1 di
sekolah-sekolah rendah terpilih. Pelaksanaan program ini akan diikuti oleh sekolah-
sekolah lain pada tahun-tahun berikutnya secara berperingkat-peringkat.

2. Program j-QAF adalah suatu usaha untuk memperkasakan Pendidikan Islam melalui
penekanan khusus kepada pengajaran Jawi, Al-Quran, Bahasa Arab dan Fardu ‘Ain.
Peruntukan jadual waktu Pendidikan Islam dan Bahasa Arab Komunikasi sedia ada akan
digunakan untuk menjayakan program ini.

3. Pelaksanaan Program j-QAF menggunakan kurikulum dan model tersendiri yang


merangkumi:

3.1 Model Kelas Pemulihan Jawi

Model Kelas Pemulihan Jawi dijalankan oleh guru j-QAF untuk memulihkan
murid yang keciciran dalam Jawi. Ia dilaksanakan serentak dengan waktu
pengajaran Jawi murid-murid biasa. Murid yang keciciran dalam jawi ini
hendaklah diasingkan dan dididik di tempat yang bersesuaian. Dalam tempoh
Panduan Dasar dan Pelaksanaan j-QAF 25

6 bulan pertama tahun 1, Jawi diajar selama 2 waktu seminggu. Manakala 6


bulan berikutnya diajar selama 1 waktu seminggu. Jumlah bilangan murid bagi
Model Kelas Pemulihan Jawi hendaklah di antara 6 hingga 10 orang.

3.2 Model 6 bulan Khatam al-Quran

Model 6 Bulan Khatam al-Quran akan menggunakan 4 waktu Pendidikan Islam


dalam tempoh 6 bulan pertama di Tahun 1. Manakala pada 6 bulan kedua,
pengajaran al-Quran menggunakan 3 waktu untuk Tahun Satu dan 2 waktu
untuk Tahun 2 hingga Tahun 6. Proses pengajaran dan pembelajaran
hendaklah menggunakan pendekatan talaqi dan musyafahah (iaitu satu kaedah
pembelajaran secara bersemuka dengan guru bagi mendengar, membetul
kesalahan dan menyebut semula dengan fasih dan lancar).

3.3 Model Tasmik Khatam al-Quran

Model Tasmil Khatam al-Quran dilaksanakan di luar jadual waktu persekolahan


dan hendaklah dijalankan sepanjang tahun persekolahan. Guru j-QAF
bertanggungjawab melaksanakan model ini. Pihak sekolah boleh melantik guru
Pendidikan Islam dan guru mata pelajaran lain yang berkebolehan dan sesuai
untuk menjadi pembimbing dalam melaksanakan model ini apabila diperlukan.

3.4 Model Peluasan Pelaksanakan Bahasa Arab Komunikasi

Model Peluasan Pelaksanakan Bahasa Arab Komunikasi (BAK) akan


dilaksanakan seperti mana pelaksanaan Bahasa Arab Komunikasi sebagai
bahasa tambahan di sekolah kebangsaan pada masa ini, iaitu 2 waktu
seminggu. Pengajaran dan Pembelajaran bagi mata pelajaran Bahasa Arab
Komunikasi hendaklah dimasukkan dalam jadual waktu rasmi persekolahan
seperti mana yang dijelaskan dalam Surat Pekeliling Ikhtisas: Bil. 8 Tahun
2002 KP (BS) 8591 jilid XVII (8) bertarikh 1 Oktober 2002: Penawaran Mata
Pelajaran Bahasa Tambahan di Sekolah Kebangsaan (SK).

Status mata pelajaran ini adalah sebagai mata pelajaran pilihan. Walau
bagaimanapun murid hendaklah memilih BAK sekiranya tidak mengambil mata
pelajaran Bahasa Cina Komunikasi atau Bahasa Tamil Komunikasi.

3.5 Model Bestari Solat (Kokurikulum)

Model Bestari Solat adalah model kokurikulum yang dilaksanakan di luar jadual
waktu persekolahan. Program ini hendaklah dilaksanakan 4 kali dalam tempoh
26 Panduan Dasar dan Pelaksanaan j-QAF

setahun. Satu Jawatankuasa Pelaksana di peringkat sekolah hendaklah


dibentuk untuk mengendalikan Kem Bestari Solat tersebut.

4. Guru-guru yang terlibat dalam pelaksanaan Program j-QAF adalah guru j-QAF dan
guru Pendidikan Islam. Guru-guru lain boleh dilibatkan sama berdasarkan keperluan
sekolah.

5. Pihak pentadbir sekolah hendaklah menyusun jadual waktu pengajaran dan


pembelajaran dengan terancang supaya program ini dapat dilaksanakan dengan lancar
dan teratur. Empat waktu bagi pengajaran Khatam al-Quran dan 2 waktu bagi Pemulihan
Jawi hendaklah dimasukkan ke dalam jadual waktu pada 6 bulan pertama di Tahun 1.
Manakala 3 waktu Khatam al-Quran dan 1 waktu Pemulihan Jawi dijalankan pada 6 bulan
kedua Tahun 1. Contoh Jadual waktu dan Panduan Penjadualan boleh dirujuk dalam Buku
Panduan Dasar dan Pengurusan Kurikulum dan Kokurikulum terbitan JAPIM, dan diberi
percuma kepada sekolah-sekolah yang terlibat.

6. Surat Pekeliling Ikhtisas ini hendaklah dibaca bersama dengan Surat Siaran KPM
Bil. (JAPIM) 5206/4/4/1. Jld. 2 (4) bertarikh 03 Januari 2003: Pelaksanaan Jawi dan
al-Quran dalam Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Islam KBSR/KBSM Tahun
2003.

Sila maklumkan kandungan surat pekeliling ikhtisas ini kepada pegawai yang
bertanggungjawab di Jabatan Pelajaran Negeri, Pejabat. Pelajaran Gabungan Daerah,
Guru-Guru Besar sekolah-sekolah yang terpilih di bawah pentadbiran Y.Bhg. Datuk/Dato’/
Tuan/Puan.

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

TAN SRI ABDUL RAFIE BIN MAHAT


Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia
Panduan Dasar dan Pelaksanaan j-QAF 27

s.k

1. Y.B. Dato’ Sri Hishammuddin Bin Tun Hussein


Menteri Pelajaran Malaysia

2. Y.B. Dato’ Noh bin Omar


Timbalan Menteri Pelajaran

3. Y.B. Dato’ Hon Choon Kim


Timbalan Menteri Pelajaran

4. Y.B. Puan Komala Devi


Setiausaha Parlimen Kementerian Pelajaran

5. Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran

6. Timbalan-Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran

7. Timbalan-Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran

8. Ketua-Ketua Bahagian Kementerian Pelajaran

9. Ketua Nazir Sekolah

10. Penasihat Undang-Undang

11. Pegawai Perhubungan Awam


28 Panduan Dasar dan Pelaksanaan j-QAF

BAHAGIAN KEWANGAN
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
ARAS 6, 7 & BLOK E12
KOMPLEKS KERAJAAN PARCEL E
PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN
62604 PUTRAJAYA Telefon: 03-8884 6000
Fax No: 03-88847679

Ruj. Tuan : KP.1602/900/A-1/SJ.6 Jld.1/(79)


Ruj. Kami :
Tarikh : 30 Oktober 2006

Pengarah
Bahagian Sekolah

Pengarah
Jabatan Pendidikan Teknikal

Pengarah
Jabatan Pendidikan Khas

Pengarah
Jabatan Pendidikan Islam dan Moral

Pengarah
Jabatan Pendidikan Jasmani dan Sukan

Semua Pengarah Pelajaran Negeri

Tuan,

TATACARA PERAKAUNAN UNTUK PERUNTUKAN PROGRAM j-QAF KEMENTERIAN


PELAJARAN MALAYSIA

Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.


2. Peruntukan j-QAF telah disalurkan oleh Jabatan Pendidikan Islam dan Moral
(JAPIM) kepada Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) untuk diagihkan kepada sekolah-sekolah
di bawah kawalan masing-masing.
3. Sehubungan dengan itu, tatacara perakaunan bagi peruntukan j-QAF adalah seperti
berikut:

Kumpulan Wang Lajur Buku Tunai Akaun Subsidiari Sekolah

Kerajaan Pelbagai j-QAF Semua sekolah


rendah dan
menengah
Panduan Dasar dan Pelaksanaan j-QAF 29

Pihak sekolah dikehendaki memasukkan peruntukan j-QAF yang diterima di bawah lajur
(column) Pelbagai dan menyelenggara akaun subsidiari bagi peruntukan tersebut. Pihak
tuan diminta untuk memaklumkan kepada sekolah-sekolah di bawah kawalan tuan
mengenai tatacara perakaunan ini.

5. Sekiranya pihak tuan mempunyai sebarang masalah atau kesulitan, pihak tuan boleh
menghubungi Unit Akaun Sekolah di talian 03–8884 7548 / 7508 / 7553.

Sekian, terima kasih.

‘BERKHIDMAT UNTUK NEGARA’

‘TINGKATKAN PRODUKTIVITI KURANGKAN KOS’

Saya yang menurut perintah,

(KAMARUDIN B HJ ABD GHANI)


Bahagian Kewangan
b.p Ketua Setiausaha
Kementerian Pelajaran Malaysia

No. Tel : 03-88847445


No. Faks : 03-88886240

s.k

Setiausaha
Bahagian Kewangan

Setiausaha
Bahagian Audit Sekolah

Timbalan Setiausaha
Cawangan Bajet

Timbalan Setiausaha
Cawangan Perancangan dan Sistem

Timbalan Setiausaha
Cawangan Pentadbiran Kewangan

Fail Timbul
Unjuran baru penyertaan sekolah m ulai 2008–2010 untuk program j-QAF yang dicadangkan oleh BSM pada 3 Oktober 2006 di Hotel de Palma Ampang
30

Negeri Unjuran Penyertaan Sekolah 2006–2010 JUMLAH SEKOLAH MELAKSANA


PROGRAM J-QAF HINGGA
2005 2006 2007 2008 2009 2010 TAHUN 2010

PERLIS 14 15 16 12 5 5 TAHUN BIL SEKOLAH

KEDAH 98 99 100 60 40 16 2005 1221

PULAU PINANG 51 52 53 24 24 26 2006 1235

PERAK 132 133 133 75 75 75 2007 1247

SELANGOR 128 129 129 97 97 96 2008 827

WP KUALA LUMPUR 43 44 45 10 10 14 2009 766

NEGERI SEMBILAN 52 53 54 37 40 49 2010 762

MELAKA 40 41 41 23 24 25 6058

JOHOR 143 144 144 115 115 114

PAHANG 83 84 84 100 100 155

TERENGGANU 69 70 71 44 44 45

KELANTAN 89 90 91 64 64 16

SABAH 147 148 151 100 63 62

SARAWAK 128 129 132 63 63 63

WP LABUAN 4 4 3 3 2 1

JUMLAH 1221 1235 1247 827 766 762


Panduan Dasar dan Pelaksanaan j-QAF

Anda mungkin juga menyukai