Anda di halaman 1dari 7

BUKU PANDUAN

DASAR, PELAKSANAAN DAN


PENGURUSAN KURIKULUM
DAN KOKURIKULUM PROGRAM j-QAF

j-QAF

DISEDIAKAN OLEH

BAHAGIAN KURIKULUM PENDIDIKAN ISLAM DAN MORAL


JABATAN PENDIDIKAN ISLAM DAN MORAL
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
Cetakan pertama 2004

Cetakan kedua 2005

Cetakan ketiga 2006

Cetakan keempat 2007

 Jabatan Pendidikan Islam dan Moral

Kementerian Pelajaran Malaysia

Hak cipta terpelihara. Kecuali untuk pendidikan yang tidak ada kepentingan komersial,
tidak dibenarkan mengeluar atau ulang cetak mana-mana bahagian artikal, ilustrasi
dan isi kandungan buku ini dalam apa juga bentuk dan dengan apa cara juga sama
ada secara elektronik, fotografi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat
izin bertulis daripada Pengarah Bahagian Kurikulum Pendidikan Islam dan Moral,
Jabatan Pendidikan Islam dan Moral, Kementerian Pelajaran Malaysia.
FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah lebih


memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu
untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani,
emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.
Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang
berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab
dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan
terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.
FALSAFAH PENDIDIKAN ISLAM

Pendidikan Islam adalah suatu usaha berterusan untuk menyampaikan ilmu,


kemahiran dan penghayatan Islam berdasarkan al-Quran dan al-Sunnah,
bagi membentuk sikap, kemahiran keperibadian dan pandangan hidup
sebagai hamba Allah yang mempunyai tanggungjawab untuk membantu diri,
masyarakat, alam sekitar dan negara ke arah mencapai kebaikan di dunia
dan kesejahteraan abadi di akhirat.
KATA PENGANTAR

Kurikulum persekolahan kebangsaan mendukung hasrat murni negara bagi menyediakan


pendidikan bertaraf dunia kepada generasi masa kini dan akan datang. Pelaksanaan cita-cita
yang murni ini diteruskan dengan pelbagai usaha dan cara antaranya, dengan penyemakan
kurikulum baru KBSR dan KBSM. Tujuan penyemakan ini antara lain ialah memantapkan Akta
Pendidikan, memenuhi semangat Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan mempersiapkan murid
dengan cabaran-cabaran semasa dan akan datang pada abad ke-21.

Program j-QAF adalah antara usaha memperkasa Pendidikan Islam dalam Pelaksanaan
Kurikulum Semakan Pendidikan Islam. Program j-QAF ini merupakan hasil idea YAB Perdana
Menteri Malaysia yang berhasrat melahirkan murid di sekolah rendah yang khatam al-Quran.
Beliau juga menyarankan bahasa Arab diwajibkan, asas-asas fardu ain dihayati dan jawi
diperkukuhkan bermula di sekolah rendah.

Tanggungjawab untuk melaksanakan program ini dipikul oleh Kementerian Pelajaran Malaysia
dan usaha merealisasikannya oleh Jabatan Pendidikan Islam dan Moral. Sesungguhnya pro-
gram j-QAF yang dicadangkan adalah sebahagian daripada pengisian kepada konsep ‘Islam
Hadhari’ yang disarankan oleh YAB Perdana Menteri.

Adalah diharapkan model-model yang dicadangkan seperti Kelas Pemulihan Jawi, Model Tasmik
dan Model 6 Bulan Khatam al-Quran, Peluasan Bahasa Arab Komunikasi dan Model Bestari
Solat akan dapat dilaksanakan dengan jayanya di sekolah-sekolah rendah mulai tahun 2005
secara berperingkat-peringkat sehingga terlaksana sepenuhnya pada tahun 2010. Ini bagi
memastikan matlamat program j-QAF dapat dicapai.

Kementerian Pelajaran merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada pihak yang
terlibat sama ada secara persendirian atau mewakili insitusi tertentu atas sumbangan kepakaran,
idea, masa dan tenaga sehingga terhasilnya program ini.

Sekian, terima kasih.

TAN SRI ABDUL RAFIE BIN MAHAT


Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
PENDAHULUAN

Segala puji bagi Allah Tuhan pencipta alam, selawat dan salam ke atas junjungan Nabi
Muhammad s.a.w..

Matlamat Pendidikan Islam adalah untuk menghasilkan Muslim yang berilmu, beriman, beramal
soleh, beradab dan berakhlak mulia berdasarkan al-Quran dan al-Sunnah. Untuk memastikan
matlamat ini tercapai, maka satu program diperkenalkan hasil daripada ilham YAB Perdana
Menteri yang dikenali sebagai “PROGRAM j-QAF” yang bertindak memperkasa pengajaran
dan pembelajaran Pendidikan Islam di sekolah.

Program j-QAF ini berfokus kepada Jawi, al-Quran, bahasa Arab dan fardhu ain untuk
membolehkan murid dapat khatam al-Quran pada tahun 6 sekolah rendah, di samping
meningkatkan penguasaan dalam tulisan Jawi, menghayati amalan fardu ain dan boleh
berkomunikasi dengan perkataan-perkataan mudah dalam bahasa Arab.

Buku ini mengandungi garis panduan pelaksaan kurikulum dan kokurikulum program j-QAF
yang perlu dijadikan panduan oleh pihak sekolah dan guru dalam melaksanakan program ini
dengan jayanya.

Saya berdoa semoga program j-QAF ini benar-benar berhasil dan mencapai matlamat yang
ditetapkan. Ucapan terima kasih disampaikan kepada pihak-pihak yang telah menyumbangkan
idea, pemikiran dan kepakaran sehingga konsep Program j-QAF ini dapat dibina dan
dilaksanakan di sekolah-sekolah mulai tahun 2005.

HAJI DANGIRAN BIN HAJI MUSTAPA


Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran
Jabatan Pendidikan Islam dan Moral
KANDUNGAN

Muka Surat

Hak Cipta
Falsafah Pendidikan Kebangsaan
Falsafah Pendidikan Islam
Kata Pengantar
Pendahuluan

1. PANDUAN DASAR DAN PELAKSANAAN j-QAF

❑ Pendahuluan 1

❑ Konsep Program j-QAF 1

❑ Objektif 1

❑ Kepentingan Program j-QAF 2

❑ Model-Model Program j-QAF 3

❑ Pelaksanaan Program j-QAF 5

❑ Penutup 10

2. PENGURUSAN KURIKULUM DAN KOKURIKULUM DI SEKOLAH

❑ Pendahuluan 11

❑ Tujuan 11

❑ Pengurusan j-QAF di Sekolah 12

❑ Carta Organisasi 12

❑ Program Kokurikulum j-QAF 17

❑ Tugas-Tugas Lain Guru j-QAF 21

❑ Kemudahan Infrastruktur 21

❑ Penutup 21

❑ Pekeliling 22

Anda mungkin juga menyukai