Anda di halaman 1dari 6

730524025669 NPQEL A2/2016 (SRU3)

TUGASAN WAJIB MODUL 6

SOALAN 1
Berdasarkan artikel yang dibaca, kenalpasti 10 nilai-nilai murni yang diamalkan oleh
seseorang pemimpin.

Berdasarkan artikel yang dipaparkan iaitu bertajuk Warkah Saidina Ali Ibnu Abi Talib
kepada Malik bin Al-Ashtar, terdapat nilai-nilai yang perlu ada pada seseorang pemimpin.
Nilai-nilai kepimpinan perlu diimplementasikan dan diterap semasa melaksanakan
tanggungjawab yang diamanahkan sebagai seorang pemimpin yang baik. Nilai-nilai yang
dikenalpasti dalam artikel tersenut sebanyak 10 nilai murni. Antaranya adalah :

1. Amanah dan jujur


2. Adil dan saksama
3. Ikhlas
4. Bertanggungjawab
5. Kerja satu pasukan
6. Bersih
7. Prihatin terhadap orang bawahan
8. Berdisiplin
9. Bersyukur
10. Kasih sayang terhadap orang bawahan

SOALAN 2

Merujuk kepada jawapan anda di atas, huraikan TIGA nilai murni yang boleh anda
aplikasikan dalam organisasi berserta contoh.

1. Amanah dan jujur

730524025669 NPQEL A2/2016 (SRU3)

Amanah bermaksudboleh dipercayai. Dalam bahasa Arab, ia juga membawa makna


Ketenteraman hati atau pun ketenangan hati. ini kerana amanah menunjukkan kepada
kepercayaan yang melahirkan rasa ketenteraman. Contoh sikap amanah adalah :

Ketika kita berjanji kepada orang lain, harus kita menepatinya.

Kita tidak boleh berbohong, menipu, ingkar atau pun khianat.

Kita hendaklah bersikap jujur.

Kita tidak boleh bersikap dusta.

Ita harus menjaga amanah yang disampaikan orang lain.

Contoh lain, dalam kehidupan seharian seperti dalam sesebuah organisasi pemimpin yang
bersikap amanah dan jujur perlu diterapkan agar sentiasa dihormati orang bawahannya.
Semua tugas pentadbiran akan dilaksanakan denga baik tanpa menimbulkan sebarang
masalah. Sebagai seorang pemimpin adalah wajib mengamalkan nilai murni amanah dengan
tidak berbohong dan tidak bersikap dusta.

Jujur adalah sikap yang menerminkan kesesuaian antara hati, perkataan dan tingkah laku.
Kejujuran berkaitan rapat dengan soal hati nurani. Sikap kejujuran dapat membawa
kebenaran. Sebagai seorang pemimpin yang bertanggungjawab, nilai amanah dan jujur amat
penting untuk seeorang itu menjalankan tugas dengan baik. Sikap amanah dan jujur ini juga
dapat mengelakkan seseorang pemimpin melakukan penyelewengan dalam pengurusan dan
pentadbirannya.

2.

Bersyukur

Salah satu ciri manusia beriman adalah sentiasa bersyukur atas segala nikmat yang
telah dikurniakan Tuhan Yang Maha Esa. Rasa syukur berbeza dengan rasa terima
kasih. Rasa syukur dilahirkan atas rasa menghargai apa yang ada. Beberapa bentuk
syukur yang dapat kita lakukan dalam kehidupan seharian kita. Antaranya adalah :

730524025669 NPQEL A2/2016 (SRU3)

Melaksanakan ibadah sesuai agama yang dianuti

Menjaga kesihatan jasmani dan rohani

Mengembangkan bakat dan minat untuk masa depan

Memanfaat potensi untuk membantu sesama

tidak menyebabkan penderitaan orang lain

Seseorang pemimpin perlu mempunyai kesedaran nilai bersyukur ini supaya dapat
meningkatkan kesejatheraan organisasi yang dibawah pentadbrannya. Selain itu, hati akan
menjadi tenteram dan tenang, dan seterusnya mendapat kepuasan hidup. Contohnya di
sekolah, sekiranya guru besar sekolah itu asyik mencungkil kelemahan cikgu-cikgu, maka
emosi dan ketenangan jiwa cikgu akan terganggu dan berasa tertekan semasa menjalankan
tugas khasnya semasa menjalankan PdP, mungkin cikgu tersebut akan melepaskan geram ke
atas murid-murid.eadaan ini akan mendurarat sekiranya tidak diuruskan dengan baik. Dalam
erti kata lain, seseorang guru besar yang sentisa berasa syukur dan menghargai cikgucikgunya, cikgu-cikgu akan hilang rasa risau dan akan berasa seronok menjalankan tugas. Ini
secara tidak langsung suasana tempat bertugas menjadi selesa, tenang dan tenteram. Dengan
ini, PdP dan tugasan harian cikgu-cikgu dapat dilaksankan dengan elok malah meningkatkan
prestasinya. Jadi, adalah penting seseorang pemimpin mempunyai nilai murni bersyukur ini.

3.

Adil dan saksama

Walaupun adil terdiri daridua suku kata sahaja, tetapi ia membawa berjuta kesulitan
untuk melaksanakannya. Banyak di dalam kehidupan harian kita harus meletakkan
keadilan seperti menetapkan keputusan dan sebagainya. Saksama bermakna semua
dipandang sama, diberi hak sama rata tanpa mengira tahap atau peringkat. Sebagai
pemimpin sesebuah organisasi, wajib mempunyai nilai adil dan saksama dalam setiap
bidang kepimpinannya terhadp orng bawahannya. Contohnya, seseorang guru besar
perlu ada sikap adil dan saksama dalam pentadbirannya kerana ia merupakan satu
teras kepada orang hawahannya patuh akan segala arahan dan memberi komitmen
yang sepenuhnya dalam menjalankan tugas. Sifat guru besar yang adil akan
memotivasikan semua staf untuk bertindak posisif dan bekerja dalam sepasukan serta

730524025669 NPQEL A2/2016 (SRU3)

menjadi role model kepada staf. Pentingnya keadilan dalam penyelenggaraan


pemerintahan merupakan hal yang mutlak diperlukan meskipun keadilan pada
umumnya sukar diperolehi. Untuk memperoleh keadilan biasanya diperlukan pihak
ketiga sebagai penegak, dengan harapan pihak tersebut dapat bertindak adil terhadap
masalah yang timbul.

SOALAN 3
Huraikan TIGA implikasi bagi setiap perkara berikut dalam melaksanakan kepimpinan dan
pengurusan organisasi.

a)

Pengurusan Rohani dan Emosi

Emosi merupakan suatu ekspresi pearasaan daripada naluri yang kuat seperti sayang,
gembira, malu, sedih, takut dan sebagainya. Pengurusan emosi ialah satu reaksi dalaman yang
mempunyai kualiti ekspresif dan mempengaruhi pemikiran, perasaan dan tingkahlaku
individu. Emosi boleh mempengaruhi tingkahlaku seseorang individu dan individu terbabit
juga mampu untuk mengawal reaksi emosinya.Pengurusan rohani lebih kepada merujuk
perkara-perkara yang berkaitan dengan roh. Pengurusan rohani dan emosi tidak didasarkan
bagaimana pintarnya seseorang itu menekankan ciri tingkah laku yang dimilikinya. Tiga
implikasi pengurusan rohani dan emosi dalam melaksanakan kepimpinan dan pengurusan
organisasi adalah :

i. Mempunyai konflik dalam sikap dan tingkahlaku sebagai pemimpin. Walaupun sudah
menjadi pemimpin yang tertinggi tetapi masih bersikap seperti guru biasa, tidak

730524025669 NPQEL A2/2016 (SRU3)

mempamerkan sikap seorang pemimpin.

ii. Keliru tentang peranan sebagai pemimpin sekolah, tidak mengenali siapa diri yang
sebenar dan di mana peranan yang sebenar.

iii.

Tidak berupaya untuk menampilkan diri sepenuhnya sebagai seorang pemimpin

organisasi.
Cara penampilan dan komunikasi seperti orang kampung yang berbual di warung.

b)

Pengurusan Pengetahuan

Pengurusan pengetahuan secara umumnya dapat dibahagikan kepada dua kategori iaitu tacit
dan explicit. Pengetahuan tacit mendorong seseorang individu tersebut untuk memahami
sesuatu masalah dan penyelesaian bagi masalah tersebut tanpa perlu menjelaskan rasionalnya.
Pengetahuan explicit, adalah maklumat atau data yang ada dalam bentuk bercetak atau yang
telah didokumentasi. Pengurusan pengetahuan merupakan satu kemahiran yang penting
dalam meningkatkan pengetahuan di kalangan ahli-ahli organisasi. Tiga implikasi pengurusan
pengetahuan dalam melaksanakan kepimpinan dan pengurusan organisasi adalah :

i.

Membentuk keperibadian seorang pemimpin ke arah kebaikan dan menjadikan


pemimpin tu bertaqwa dan cintakan kebaikan untuk dirinya dan orang yang di bawah
pimpinannya.

ii.

Seorang pemimpin yang berilmu dapat menjalankan tugas dengan baik kerana tugas

adalah satu ibadah yang diamanahkan.


iii.

Seorang pemimpin yang mempunyai nilai-nilai murni dalam kepimpinannya,


menitikberatkan perlakuan baik, peradaban dan tatasusila serta membina hungan yang
baik sesama manusia.

730524025669 NPQEL A2/2016 (SRU3)

b)

Pengurusan Nilai dan Etika

Pengurusan nilai dan etika adalah ilmu yang membincangkan berkenaan teori tingkah laku
manusia yang dipandang dripada suduk baik dan buruk yang dapat ditentukan oleh akal
manusia. Etika mempunyai tanggungjawab menganalisis, menilai dan mengembangkan
norma-norma, kriteria-kriteria moral bagi menyelesaikan masalah-masalah moral. Tiga
implikasi pengurusan nilai dan etika

dalam melaksanakan kepimpinan dan pengurusan

organisasi adalah :
i. Pemimpin yang mempunyai pengurusan nilai dan etika akan mempunyai intergriti yang
tinggi dalam kepimpinannya. Beliau akan dipercayai, diyakini, dihormati oleh
masyarakat. Nilai-nilai inilah yang sukar dicapai oleh pemimoin yang ada sekarang.
ii. Seseorang pemimpin yang mempunyai pengurusan nilai dan etika akan menjadi
seorang pemimpin yang bertanggungjawab terhadap peranan dan tingkah lakunya
kepada kerjanya dan pegawai dibawahnya.
iii. Pemimpin yang beretika dan berpengetahuan tentang pengurusan nilai dan etika akan
menitik beratkan nilai-nilai yang baik dalam perkhidmatan seperti terkandung dalam
Tonggok 12.

Anda mungkin juga menyukai