Anda di halaman 1dari 66

Panduan Pengajaran Pelbagai Gred Kelas Bercantum

1
Panduan Pengajaran Pelbagai Gred Kelas Bercantum

ISI KANDUNGAN 2

1.0 PANDUAN PEMETAAN KURIKULUM BAGI PELAKSANAAN KELAS BERCANTUM….…………….............4

1.1 Prinsip Penyusunan Pemetaan Kelas Bercantum……………………………………...………..............4

1.2 Kaedah Penyusunan Pemetaan Kurikulum ……………………………….......................................5

1.3 Contoh Penyusunan Pemetaan Kurikulum …….................................…………………………......6

1.4 Perkara-perkara Lain dalam Penyusunan Pemetaan Kurikulum ………...............................9

2.0 PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN KELAS BERCANTUM

2.1 Pengenalan………………………………………………………………..................................................…10

2.2 Aspek Pengajaran Pelbagai Gred (Multigrade Strategy)……………………...……....................11

2.3 Strategi Pengajaran dan Pembelajaran Pelbagai Gred………………………….........................12

3.0 PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN ABAD KE-21……………….................................……………...........15

3.1 Ciri-ciri Pembelajaran Abad Ke-21………………………………………...........................................16

3.1.1 Komunikasi………...……………………………...................................................………......17

3.1.2 Kolaborasi…………….....…………………………….......................................................….17

3.1.3 Pemikiran Kritis dan Penyelesaian Masalah………………………….............................17

3.1.4 Kreativiti dan Inovasi…………………………………………...............................................17

3.2 Strategi Pengajaran dan Pembelajaran Abad Ke-21.………………………...............................19

3.2.1 Strategi Kolaboratif dan Koperatif……………………………….............................……...19

3.2.2 Pembelajaran Kontekstual…………………………………………................................…...21

3.2.3 Pembelajaran Berasaskan Masalah (PBM)……………….......................….…….….....22

3.2.4 Pembelajaran Berasaskan Projek (PBP)……………………………............................….24

3.2.5 Flipped Classroom……………………………………………………..…...................................25

2
Panduan Pengajaran Pelbagai Gred Kelas Bercantum

4.0 KAEDAH PENGAJARAN PELBAGAI GRED ……………………….......................................……………….…..27

4.1 Kaedah PdP Fleksibel ……………………….....................................………………….…...27

4.2 Kaedah PdP Kumpulan dan PdP Kendiri ..……………………………...............................…...……27

4.3 Kaedah PdP Kelas ……………………………………......................................…...……...35

4.4 Kaedah PdP Rakan Pembimbing ......................………………………..……................................37

4.5 Kaedah PdP Pembelajaran Kontekstual ........…………….............................………………..…...41

4.6 Kaedah PdP Sama Aras Kebolehan ..............……………………..............................…….….45

5.0 PENYEDIAAN, PENGURUSAN DAN PENYIMPANAN BAHAN SUMBER DALAM PDP KELAS

BERCANTUM…………………………………………………………..……….........................................................…46

5.1 Penyediaan Bahan PdP Kelas Bercantum.……………………………..................................………46

5.2 Sumber Bahan PdP Kelas Bercantum………………………………….……....................................48

5.3 Penyimpanan Bahan…………………………......................................…………………………....……...53

5.4 Bahan Peribadi Murid …………………………………………………….…....................................…..54

5.5 Bahan Pembelajaran…………………………………………………….........................................……....54

5.6 Rekod Peribadi Murid………………………………………………….……........................................…..55

6.0 SOALAN LAZIM BERKAITAN PENTAKSIRAN BILIK DARJAH……………………..................................…...56

7.0 RUJUKAN………………………………………………………………………….…....................................................….60

8.0 PANEL PENGGUBAL MODUL…………………………………………...........................................…………………61

9.0 LAMPIRAN……………………………………………………………………………..................................................….62

3
Panduan Pengajaran Pelbagai Gred Kelas Bercantum

1.0 PANDUAN PEMETAAN KURIKULUM BAGI PELAKSANAAN KELAS


BERCANTUM

Panduan pemetaan kurikulum bagi pelaksanaan Kelas Bercantum ini disediakan


bagi membolehkan guru mendapatkan maklumat dan cara untuk menyusun
pemetaan kurikulum bagi pelaksanaan Kelas Bercantum berdasarkan Dokumen
Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP). Pemetaan ini disusun mengikut
keperluan dan kesesuaian sekolah bagi membantu guru merancang pengajaran
dan pembelajaran (PdP) yang melibatkan pengetahuan, kemahiran dan nilai
yang berbeza mengikut tahun persekolahan.
1.1 Prinsip Penyusunan Pemetaan Kurikulum
Penyusunan Pemetaan Kurikulum bagi pelaksanaan Kelas Bercantum
hendaklah berdasarkan kepada prinsip-prinsip yang berikut:
1.1.1 Setiap murid dalam Kelas Bercantum mesti mempelajari semua mata
pelajaran mengikut minimum jam setahun yang telah ditetapkan
dalam KSSR dan KSSR (Semakan 2017) [Surat Pekeliling Ikhtisas
Bil 8/ 2016- Pelaksanaan Kurikulum Standard Sekolah Rendah
(Semakan 2017) Secara Berperingkat-peringkat Mulai Tahun 2017];

1.1.2 Setiap murid dalam Kelas Bercantum mesti mempelajari dan


menguasai Standard Kandungan (SK), Standard Pembelajaran (SP)
dan Standard Prestasi (SPi) dalam DSKP;

1.1.3 Guru perlu melaksanakan PdP mata pelajaran berdasarkan


matlamat, objektif, fokus, kemahiran abad ke-21, kemahiran berfikir
aras tinggi (KBAT), strategi PdP, Elemen Merentas Kurikulum (EMK)
dan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) seperti yang terdapat dalam
DSKP setiap mata pelajaran;

4
Panduan Pengajaran Pelbagai Gred Kelas Bercantum

1.1.4 PdP di dalam Kelas Bercantum boleh dilaksanakan mengikut


pelbagai kaedah iaitu secara kelas, kumpulan dan/ atau kelas dan
kumpulan (gabungan):

(i) kaedah secara kelas:


guru mengajar semua murid yang berlainan tahun persekolahan
secara serentak. Kaedah ini sesuai digunakan jika terdapat bidang/
tema/ tajuk/ kemahiran/ nilai yang sama atau hampir sama merentas
tahun persekolahan bagi mata pelajaran tertentu;

(ii) kaedah secara kumpulan:


murid dikumpulkan mengikut tahun persekolahan dan diajar secara
berasingan. Kaedah ini digunakan untuk bidang/ tema/ tajuk/
kemahiran/ nilai yang berbeza merentas tahun persekolahan bagi
mata pelajaran tertentu.

(iii) kaedah secara gabungan:


kaedah ini merupakan gabungan kaedah (i) dan kaedah (ii)

1.1.5 PBD perlu dilaksanakan kepada semua murid mengikut SPi yang
ditetapkan dalam DSKP mengikut tahun persekolahan bagi setiap
mata pelajaran.

1.2 Kaedah Penyusunan Pemetaan Kurikulum


Kaedah Penyusunan Pemetaan Kurikulum bagi pelaksanaan Kelas
Bercantum boleh menggunakan kaedah gabungan bidang/ tema/ tajuk/
kemahiran/ nilai. Kaedah gabungan ini boleh dilakukan jika bidang/ tema/
tajuk/ kemahiran/ nilai yang diajar adalah sama atau berbeza mengikut
tahun persekolahan.

5
Panduan Pengajaran Pelbagai Gred Kelas Bercantum

1.3 Contoh Penyusunan Pemetaan Kurikulum


1.3.1 Kaedah gabungan jika bidang/ tema/ tajuk/ kemahiran/ nilai yang diajar
adalah sama

Jadual 1: Contoh penyusunan pemetaan yang melibatkan kemahiran yang


sama

6
Panduan Pengajaran Pelbagai Gred Kelas Bercantum

Jadual 2: Contoh penyusunan pemetaan yang melibatkan tajuk yang sama

7
Panduan Pengajaran Pelbagai Gred Kelas Bercantum

1.3.2 Kaedah gabungan jika bidang/ tema/ tajuk/ kemahiran/ nilai yang diajar
adalah berbeza

Jadual 3: Contoh penyusunan pemetaan yang melibatkan tajuk yang


berbeza

8
Panduan Pengajaran Pelbagai Gred Kelas Bercantum

1.4 Perkara-perkara Lain dalam Penyusunan Pemetaan Kurikulum

1.4.1 Bilangan tema/ tajuk/ bidang, SK dan SP yang berbeza antara tahun
persekolahan
Bilangan tema/ tajuk/ bidang SK dan SP Tahun 2 lebih atau kurang
daripada Tahun 3. Oleh yang demikian:

a) perlu menyesuaikan nisbah jumlah PdP Tahun 2 dengan


Tahun 3, atau Tahun 4 dengan Tahun 5
b) berlaku pengayaan bagi murid Tahun 2 dan pengukuhan bagi
murid Tahun 3 secara tidak langsung

1.4.2 SK dan SP dari kohort kurikulum yang berbeza


Dalam tahun 2020, Bahasa Inggeris Tahun 4 menggunakan DSKP
KSSR yang dijajarkan dengan Common European Framework of
Reference (CEFR), manakala Tahun 5 menggunakan DSKP KSSR.
Dalam situasi ini, guru perlu melaksanakan PdP secara berkumpulan
menggunakan Rancangan Pengajaran mengikut Tahun yang
berasingan. Walau bagaimanapun, murid Tahun 4 dan Tahun 5
ditempatkan dalam 1 kelas yang sama. Guru boleh menggunakan
set induksi dan penutup pengajaran yang sama bagi kedua-dua
kumpulan.

9
Panduan Pengajaran Pelbagai Gred Kelas Bercantum

2.0 PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN KELAS BERCANTUM

2.1 Pengenalan
Kelas bercantum mempunyai bilangan murid yang kecil dan terdiri daripada murid
dan tahun persekolahan yang berbeza. Proses PdP dalam kelas bercantum perlu
mengambil kira keperluan murid yang berbeza daripada aspek kebolehan, minat
dan tahap pemikiran. Sehubungan dengan itu kaedah pengajaran pelbagai gred
digunakan dalam PdP kelas bercantum. Umumnya, PdP yang biasa dilaksanakan
dalam pengajaran pelbagai gred adalah Pengajaran Kelas, Pengajaran Kumpulan
dan Pengajaran Individu. Strategi PdP seperti penggabungjalinan, penyerapan,
pemulihan dan pengayaan perlu diubahsuai berdasarkan keperluan murid yang
pelbagai.

Murid dalam kelas bercantum mempunyai unsur-unsur kepelbagaian yang perlu


diambil kira oleh guru ketika merancang proses pengajaran. Unsur-unsur
kepelbagaian mereka adalah seperti berikut:

a) Umur
b) Kebolehan
c) Tahap perkembangan
d) Latar belakang
e) Pengalaman
f) Motivasi
g) Minat

10
Panduan Pengajaran Pelbagai Gred Kelas Bercantum

2.2 Aspek Pengajaran Pelbagai Gred (Multigrade Strategy)


Dalam merancang PdP dalam kelas bercantum, guru mesti mengenal murid
dari segi aras kebolehan, kematangan, umur dan minat. Guru yang mengajar
kepelbagaian aras dalam kelas bercantum harus mengetahui beberapa aspek
supaya guru dapat menghasilkan PdP yang efektif.

Aspek-aspek tersebut akan dibincangkan di bawah.

i. Kumpulan strategik
Bahagikan murid kepada kumpulan pelbagai aras supaya murid boleh
bergaul dan berinteraksi dalam tugasan mereka. Contohnya, guru boleh
memberi murid yang beraras rendah aktiviti membaca, beraras
sederhana aktiviti menulis dan beraras tinggi pula aktiviti kerja kumpulan
atau menjadi pembimbing kepada kumpulan murid beraras rendah.

ii. Penyediaan sumber/ bahan pengajaran dan pembelajaran


Pelbagai bahan dan sumber PdP dapat memberi cabaran kepada
pembelajaran murid yang pelbagai aras. Contohnya, lembaran kerja
yang pelbagai jenis digunakan dalam kumpulan pelbagai aras. Lembaran
kerja adalah berbentuk tugasan berkumpulan, tugasan dengan
bimbingan guru, tugasan individu dan tugasan bimbingan rakan sebaya.

iii. Pembelajaran kendiri


Semasa menjalankan aktiviti kumpulan, murid juga diberi peluang untuk
membuat pembelajaran kendiri. Pembelajaran kendiri ini akan menolong
murid dalam mencapai objektif pembelajaran.

11
Panduan Pengajaran Pelbagai Gred Kelas Bercantum

iv. Meluangkan masa untuk murid berkeperluan khas.


Guru harus memastikan murid yang berkeperluan khas boleh mencapai
kejayaan seperti murid lain. Guru perlu memberi tugasan khas kepada
murid yang berkenaan. Guru juga perlu memberi perhatian yang lebih
berdasarkan tahap keperluan murid berkenaan.

2.3 Strategi Pengajaran dan Pembelajaran Pelbagai Gred


Pengajaran pelbagai gred digunakan dalam kelas bercantum untuk menghasilkan
PdP yang berkesan. Berikut adalah tiga strategi pengajaran pelbagai gred yang
digunakan dalam kelas bercantum:

i. Pengajaran Secara Kelas


Kaedah ini bermaksud guru melaksanakan PdP kepada semua murid
yang berada dalam kelas bercantum pada masa yang sama. Kaedah ini
sesuai digunakan jika terdapat bidang/ tema/ tajuk/ kemahiran/ nilai yang
sama atau hampir sama merentas tahun persekolahan bagi mata
pelajaran tertentu.

ii. Pengajaran Secara Kumpulan


Kaedah ini bermaksud guru melaksanakan PdP dengan membahagikan
murid kepada beberapa kumpulan dan menyampaikan pengajaran
kepada kumpulan murid tertentu dalam satu-satu masa. Setelah guru
selesai membimbing satu kumpulan, guru akan berpindah dan
membimbing kumpulan yang lain; seterusnya bergilir-gilir sehingga
merangkumi semua kumpulan murid.

iii. Pengajaran Secara Gabungan


Kaedah ini bermaksud guru melaksanakan PdP dengan menggunakan
pengajaran secara kelas dan pengajaran secara kumpulan.

12
Panduan Pengajaran Pelbagai Gred Kelas Bercantum

Terdapat tiga cara yang sesuai untuk membentuk kumpulan:

a) Kumpulan Mengikut Tahun Persekolahan


Kumpulan dibentuk berdasarkan tahun persekolahan yang berbeza.
Guru akan mengajar satu kumpulan murid dan dalam waktu yang
sama murid dari tahun persekolahan yang berbeza akan membuat
kerja secara individu. Kaedah ini disebut “Kaedah Mengikut Tahun
Persekolahan” dengan tujuan membezakannya dengan kaedah
kumpulan kebolehan yang terdapat dalam kelas biasa.

Kaedah ini boleh digunakan apabila terdapat peringkat kebolehan


murid mengikut tahun persekolahan sangat berbeza daripada aspek
kemahiran dan pengetahuan di dalam sesuatu bidang tertentu.
Contohnya, bagi mata pelajaran Bahasa Melayu, kemahiran
membaca dalam sebuah kelas bercantum Tahun 2 dan Tahun 3, guru
akan melaksanakan aktiviti bacaan dengan murid Tahun 2 manakala
murid Tahun 3 diberi buku atau teks untuk pembacaan di ruang
pembacaan senyap. Kemudian guru akan beralih kepada Tahun 3
untuk melaksanakan aktiviti bacaan. Semasa melaksanakan kaedah
ini, guru digalakkan mengadakan aktiviti-aktiviti kumpulan.

b) Kumpulan Mengikut Kebolehan Yang Sama


Murid yang lebih kurang sama tahap kebolehan diletakkan dalam satu
kumpulan. Kumpulan seperti ini sesuai untuk beberapa aktiviti dalam
kemahiran asas, aktiviti pengayaan dan pemulihan.

Kumpulan yang sama kebolehan ini dikenali sebagai kumpulan


akademik. Kaedah ini amat sesuai digunakan untuk mata pelajaran
seperti Matematik, Sains dan Bahasa. Guru akan memerhati dan
mencatat pencapaian murid dalam aktiviti pengajaran dan
pembelajaran dan kemudian secara sistematik akan membahagikan
13
Panduan Pengajaran Pelbagai Gred Kelas Bercantum

murid pada kumpulan- kumpulan tertentu berdasarkan kebolehan


mereka. Guru perlu lebih menitikberatkan keperluan murid daripada
kumpulan yang lemah.

c) Kumpulan Pelbagai Kebolehan


Murid daripada pelbagai kebolehan dan kecenderungan akan
diletakkan dalam satu kumpulan. Contohnya, ahli kumpulan yang
terdiri daripada murid yang pandai membaca, melukis dan
merekacipta. Biasanya kumpulan seperti ini dibentuk untuk
menjalankan satu-satu projek. Oleh itu kumpulan yang mempunyai
pelbagai kebolehan dapat menghasilkan projek yang berjaya.
Lembaran kerja pula disediakan mengikut kebolehan murid.

iv. Pengajaran Individu


Kaedah ini boleh digunakan setelah semua kumpulan murid telah
melibatkan diri dalam aktiviti pembelajaran. Guru mengambil
kesempatan untuk membimbing secara individu. Kaedah individu ini
bermaksud pengajaran guru adalah dikhususkan kepada seseorang
murid yang tertentu dengan bahan bantu mengajar atau lembaran kerja
khas untuk murid berkenaan sahaja. Kaedah ini bertujuan untuk
mengembangkan secara optima potensi dan kebolehan murid itu, dan
dalam situasi kelas bercantum di mana bilangan muridnya yang bersaiz
kecil, kaedah ini merupakan kaedah paling efektif.

14
Panduan Pengajaran Pelbagai Gred Kelas Bercantum

3.0 PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN ABAD KE-21

Pengajaran bermaksud bagaimana seseorang guru menyampaikan pelajaran


atau ilmu pengetahuan kepada murid. Ia merupakan satu proses yang bermula
daripada persediaan untuk mengajar, melakukan pengajaran, menilai kembali
apa yang telah diajar serta melakukan tindakan susulan bagi menyempurnakan
proses pengajaran itu. Pengajaran juga adalah rancangan guru yang sistematik
untuk membimbing pelajar menjalankan aktiviti pembelajaran. Pembelajaran
ialah proses perubahan struktur mental yang membina keupayaan tingkah laku
yang berbeza. Dari sudut kognitif, pembelajaran boleh berlaku tanpa perubahan
tingkah laku yang segera. Proses pembelajaran yang berlaku secara berterusan
akan membawa perubahan tingkah laku.

Pelbagai kaedah pengajaran yang telah digunakan oleh guru sejak berkurun
lamanya. Ini dilakukan untuk memastikan supaya murid mendapat pembelajaran
yang berkualiti dan berkesan. Kaedah pengajaran yang sering diperkatakan masa
kini adalah pembelajaran abad ke-21 seiring dengan arus pembangunan.
Kementerian Pelajaran Malaysia telah melancarkan inisiatif pembelajaran abad
ke-21 secara rintis pada tahun 2014 dan meluaskan pelaksanaan ke seluruh
negara mulai tahun 2015 selaras dengan transformasi pendidikan negara dalam
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-2025). Terdapat perbezaan
antara pembelajaran konvensional dan pembelajaran abad ke-21 iaitu:

15
Panduan Pengajaran Pelbagai Gred Kelas Bercantum

Pembelajaran Konvensional Pembelajaran Abad Ke 21

 Dipimpin oleh guru  Berasaskan murid


 Pembelajaran langsung  Pembelajaran koperatif
 Menekankan pengetahuan,  Menekankan kemahiran, proses
kandungan dan kemahiran asas. dan pemikiran aras tinggi
 Berfokuskan teori  Berfokuskan praktikal
 Menekankan Kurikulum  Menekankan kemahiran hidup
 Aktiviti Individu  Aktiviti berkumpulan
 Merangkumi dalam bilik darjah  Melibatkan komuniti
 Pentaksiran sumatif  Pentaksiran formatif
 Belajar untuk sekolah  Belajar untuk kehidupan

3.1 Ciri-Ciri Pembelajaran Abad Ke-21 (PAK21)


Pengajaran dan pembelajaran abad ke-21 turut menekankan 4 ciri iaitu:
1. Komunikasi (Communication)
2. Pemikiran kritis (Critical Thinking)
3. Kolaborasi (Collaboration)
4. Kreativiti (Creativity)

Rajah 1 : Ciri-Ciri Pembelajaran Abad Ke-21

16
Panduan Pengajaran Pelbagai Gred Kelas Bercantum

3.1.1 Komunikasi
Murid digalakkan untuk memahami, mengelola dan menghasilkan satu
komunikasi yang efektif dalam pelbagai bentuk sama ada secara lisan atau
tulisan. Murid akan diberi peluang untuk menggunakan kemahiran
komunikasi ketika mengutarakan pendapat mereka sama ada dalam aktiviti
berkumpulan atau pun ketika bersama guru.

3.1.2 Kolaborasi
Murid akan diberi peluang untuk menunjukkan kemampuannya dalam
aktiviti berkumpulan, bakat kepimpinan, memainkan pelbagai peranan,
memikul tanggungjawab, menghormati pendapat orang lain, bertoleransi
dan berempati dengan orang lain.

3.1.3 Pemikiran Kritis dan Penyelesaian Masalah


Murid dididik untuk berusaha menganalisa, menyelesaikan masalah
dan membuat keputusan.

3.1.4 Kreativiti dan Inovasi


Murid digalakkan untuk mencuba menghasilkan sesuatu yang baharu atau
membuat inovasi.

Secara rumusannya, murid kini perlu didedahkan dengan pelbagai situasi


yang menuntut mereka untuk menyelesaikan pelbagai pemasalahan
supaya mereka boleh menjadi modal insan yang kritis, berdaya saing dan
mampu berhadapan dengan cabaran globalisasi. Mereka juga perlu bijak
berkomunikasi dan bekerja dengan orang lain terutama ketika mereka
berada di dalam alam pekerjaan. Oleh itu, sistem pendidikan negara perlu
menyediakan murid dengan ilmu dan kemahiran ini bersesuaian dengan
kehendak semasa.

17
Panduan Pengajaran Pelbagai Gred Kelas Bercantum

Elemen-Elemen Yang Terkandung Dalam Pembelajaran Abad ke 21


Berikut adalah gambarajah yang menyenaraikan elemen-elemen yang
terkandung dalam pembelajaran abad ke 21.

Rajah 2 : Elemen Yang Terkandung Dalam Pembelajaran Abad Ke 21

Ciri-ciri murid yang diharapkan hasil daripada pembelajaran abad ke 21 ialah:


 bijak menyoal
 berupaya membuat hubung kait
 yakin berkomunikasi
 mengambil risiko
 ingin tahu
 menjana idea
 fleksibel
 mendengar dan membuat refleksi
 mampu bekerja dengan orang lain
 mampu berfikir sendiri

18
Panduan Pengajaran Pelbagai Gred Kelas Bercantum

 menguasai kemahiran literasi


 berani mencuba

3.2 Strategi Pengajaran dan Pembelajaran Abad Ke 21

3.2.1 Strategi Koperatif dan Kolaboratif


Strategi koperatif dan kolaboratif memerlukan murid bekerjasama dalam
kumpulan bagi mengatasi sesuatu masalah, memberi maklum balas dan
berkomunikasi serta berinteraksi antara satu sama lain secara berstuktur.

Pembelajaran koperatif didefinisikan sebagai satu set proses yang membantu


murid berinteraksi satu sama lain untuk mencapai satu matlamat khusus atau
mendapatkan satu hasil akhir (end product) yang ada kaitan dengan isi kandungan
mata pelajaran. Pendekatan berstruktur dalam pembelajaran koperatif melibatkan
proses mencipta, menganalisis dan mengaplikasikan struktur dan tidak terikat
kepada isi kandungan pelajaran.

Ciri-ciri pembelajaran koperatif :


i. Ganjaran kumpulan : ganjaran kumpulan menjadikan
murid lebih bermotivasi untuk melibatkan diri dalam aktiviti
berkumpulan
ii. Tanggungjawab individu : mendorong murid membimbing rakan-
rakan sekumpulan dan semua ahli bertanggungjawab menguasai
pelajaran
iii. Peranan ahli
iv. Interaksi
v. Kemahiran berkumpulan : menguruskan sebarang konflik yang
timbul di dalam kumpulan

Pembelajaran kolaboratif merupakan salah satu strategi yang melibatkan satu


kumpulan murid yang bekerja bersama untuk mencapai hasil pembelajaran secara

19
Panduan Pengajaran Pelbagai Gred Kelas Bercantum

bersama. Dalam pembelajaran kolaboratif terdapat tiga cara iaitu kolaboratif guru-
murid, kolaboratif murid, dan kolaboratif melalui ICT. Dalam Pembelajaran Abad
ke 21, pembelajaran kolaboratif penting kerana ia merupakan satu proses yang
mencabar murid berfikir, menyelesaikan masalah, mempunyai tujuan yang sama
untuk mencapai keputusan.

Rajah 3 : Proses pembelajaran kolobratif

Ciri – ciri pembelajaran kolaboratif :


i. Perkongsian maklumat antara guru dan murid atau murid dan
murid – contoh maklumat hasil carian internet
ii. Perkongsian kuasa antara guru dan murid – penurunan kuasa
kepada murid menentukan objektif sesuatu tugasan, menggunakan
kreativiti mereka menyiapkan tugasan, contohnya pengurusan grafik
iii. Guru sebagai mediator – membantu murid mengaitkan maklumat
baru yang diperolehi dari usaha kolaboratif dengan pengalaman dan
pemindahan kepada situasi baru

Tambahan pula, pembelajaran ini berpotensi memenuhi gaya pembelajaran


murid, dan murid dapat mempelajari kemahiran interpersonal. Selain itu

20
Panduan Pengajaran Pelbagai Gred Kelas Bercantum

pembelajaran ini menuju kepada perubahan dan murid bertoleransi sesama


sendiri. Dalam kelas bercantum, kaedah pembelajaran ini boleh digunakan dalam
menjalankan aktiviti kumpulan secara bersama-sama oleh murid. Murid
dibahagikan kepada beberapa kumpulan mengikut kebolehan mereka. Elemen
yang perlu di beri perhatian ialah minat, kebolehan dan umur mereka. Bagi murid
yang mempunyai aras yang lebih tinggi, isu yang lebih kompleks boleh
dikemukakan di mana ahli-ahli kumpulan akan berusaha untuk mencari
penyelesaian yang sesuai.

Contoh pembelajaran koperatif dan kolaboratif yang boleh digunakan dalam kelas
bercantum adalah jigsaw, gallery walk, perbincangan kumpulan, projek.

Contoh: Jigsaw Model


Murid di bahagikan kepada kumpulan. Setiap murid akan belajar satu topik atau
kemahiran. Selepas itu kumpulan itu dibahagikan kepada kumpulan baru supaya
setiap kumpulan mempunyai wakil yang boleh mengajar satu topik atau
kemahiran. Kaedah ini sangat efektif untuk pembentangan isi kandungan. Murid
dapat mengajar murid yang lain dan pada masa yang sama dapat memupuk sifat
kepimpinan. Semasa pembelajaran ini berlaku, guru berpeluang mengajar
kumpulan yang lain.

3.2.2 Pembelajaran Kontekstual


Pengajaran secara kontekstual ialah proses pengajaran guru yang mengaitkan
ilmu yang dipelajari dengan pengalaman seharian perseorangan, masyarakat dan
dunia pekerjaan. Pembelajaran kontekstual melibatkan murid sepenuhnya dalam
proses pembelajaran. Pembelajaran ini menekankan proses penglibatan murid
untuk mencari bahan-bahan yang mereka belajar dan kaitkan dengan kehidupan
sebenarnya. Pengajaran ini melibatkan perkongsian pemikiran dan pengalaman
guru untuk memberi kefahaman kepada murid kerana proses pengajaran dan
pembelajaran itu sendiri melibatkan murid, pengajar dan bahan pengajaran.
21
Panduan Pengajaran Pelbagai Gred Kelas Bercantum

Pembelajaran kontekstual ini bukan sekadar mendengar dan mengambil nota


tetapi murid mengalami proses pembelajaran secara langsung, iaitu
menghubungkan isi pelajaran dengan dunia sebenar, proses interaksi antara
murid dengan murid yang lain serta menjadikan situasi pengajaran di dalam kelas
sebagai simulasi kepada kehidupan harian mereka.

Dalam pengajaran, guru memberi pendedahan, penemuan dan penciptaan


kepada murid. Guru dikehendaki melibatkan murid secara aktif dan menemui idea
dan fakta. Ini akan menjadikan murid dapat melibatkan diri secara menyeluruh
dalam aktiviti dan membentangkan hasil kerja mereka.

Contohnya: Pembelajaran eksperimental, pengalaman hidup sebenar, dan


pembelajaran aktiviti. Kaedah yang boleh digunakan ialah simulasi, main
peranan, kajian kes dan “problem based learning”.

3.2.3 Pembelajaran Berasaskan Masalah (PBM)


Pembelajaran Berasaskan Masalah satu strategi yang berpusatkan murid. Murid
dikehendaki belajar tentang sesuatu mata pelajaran dengan menggunakan
pengalaman untuk menyelesaikan sesuatu masalah. Murid akan menguasai
kemahiran berfikir dan juga pengetahuan tentang matapelajaran tersebut.
Kaedah ini bermatlamat untuk menolong murid mengembangkan pengetahuan
mereka, menyelesaikan masalah dengan efektif, pembelajaran kendiri,
kemahiran kolaboratif dan meningkatkan motivasi intrinsik.

Dalam kumpulan, murid mengenalpasti apa yang mereka tahu, apa yang perlu
mereka tahu, bagaimana dan cara mengakses informasi baru untuk
menyelesaikan masalah. Guru berperanan sebagai fasilitator dengan memberi
sokongan, bimbingan dan memantau proses pembelajaran.

22
Panduan Pengajaran Pelbagai Gred Kelas Bercantum

Rajah 4 : Kitaran Pembelajaran Berasaskan Masalah


Contoh:
1) Murid di beri satu masalah untuk berbincang dalam kumpulan. Di sini murid
akan menggunakan pengetahuan sedia ada mereka.

2) Dalam kumpulan, murid akan mengembangkan teori atau hipotesis untuk


menerangkan masalah. Pada masa ini murid akan mengenalpasti isu
pembelajaran. Fasilitator memberi bimbingan supaya murid dapat membina
pengetahuan semasa menyelesaikan masalah.

3) Pembelajaran kendiri akan berlaku dalam proses ini di mana murid terus
mencari isu dalam masalah yang diberi.

4) Murid akan membentuk kumpulan dan membincang dapatan mereka


berdasarkan apa yang mereka pelajari.

Dalam proses pembelajaran, maklum balas dan refleksi akan berlaku. Murid aktif
dalam membina pengetahuan baru. Kekuatan PBL adalah proses pembelajaran
ini membina satu keyakinan dalam murid berdasarkan pengalaman dan interaksi
dengan persekitaran mereka, seterusnya menyediakan mereka untuk
menghadapi masalah dan cabaran yang sebenar berlaku dalam dunia.

23
Panduan Pengajaran Pelbagai Gred Kelas Bercantum

3.2.4 Pembelajaran Berasaskan Projek (PBP)


Pembelajaran Berasaskan Projek adalah kaedah pengajaran abad ke 21 yang
sangat komprehensif kerana ia menyokong kesemua kemahiran dalam ciri abad
ke 21. Ia merupakan satu kaedah pengajaran yang menekankan kajian dalam
bentuk projek sebagai cara murid memeperoleh ilmu. Kaedah ini adalah
berpusatkan murid, memerlukan masa untuk disiapkan, merentasi kurikulum dan
melibatkan kemahiran serta kecerdasan pelbagai. Kaedah ini memerlukan murid
untuk berinteraksi dengan isu dan amalan dunia sebenar selain menekankan
pembelajaran kendiri dan amalan penerokaan oleh murid.

Proses pembelajaran menggunakan kaedah ini bermula dengan soalan-soalan


berpandu, pemahaman konsep dan prinsip terus pelajaran. Ini akan memberi
peluang kepada murid untuk memahami sesuatu perkara dengan mendalam.
Murid biasanya diberi kebebasan untuk memilih tema bagi projeknya berdasarkan
kepada senarai tema yang disediakan. Kemudian murid akan mengumpul segala
maklumat dan bahan yang berkaitan dengan projek tersebut.

Oleh itu murid perlu menjangkau bidang yang pelbagai dan luas. Dengan cara ini
projek dapat meluaskan skop pemikiran murid dan memberi mereka peluang untuk
memperoleh pengalaman yang lebih luas. Pembelajaran menggunakan kaedah
ini selalunya dicirikan dengan penghasilan satu produk pada akhir pembelajaran.
Murid juga boleh menunjukkan apa yang telah dipelajari dalam bentuk
demonstrasi dan persembahan.

Terdapat persamaaan antara kaedah Pengajaran Berasaskan Masalah (PBM)


dan Pengajaran Berasaskan Projek (PBP) yang mana kedua-duanya
menggunakan kaedah inkuiri yang membentuk soalan dan masalah untuk
diselesaikan. Namun begitu terdapat perbezaan di antara keduanya. PBP menilai
murid melalui penghasilan produk atau pembentangan murid terhadap
pemasalahan yang dipilih. Manakala PBM melihat kepada jawapan atau
24
Panduan Pengajaran Pelbagai Gred Kelas Bercantum

penyelesaian masalah. Dalam PBM guru akan terus memberikan masalah kepada
murid untuk diselesaikan manakala PBP memberi ruang kepada murid untuk
memilih tema atau isu yang ingin mereka selesaikan.

3.2.5 Flipped Classroom


Flipped classroom adalah satu strategi pengajaran yang berbeza dengan kaedah
tradisional yang sering guru laksanakan. Flipped classroom menyampaikan isi
kandungan pengajaran di luar bilik darjah contoh melalui talian, penggunaan
video, audio, perisian multimedia dan apa jenis bahan yang memanfaatkan murid.
Kaedah ini adalah fleksibel dan boleh diguna dalam pelbagai disiplin dan peringkat
pendidikan. Pada peringkat sekolah, kaedah ini tidak terhad kepada murid biasa.
Siegle (2013) telah membuktikan kaedah flipped classroom sesuai dilaksanakan
terhadap murid yang istimewa dan murid yang berbakat. Bagi murid yang pada
tahap rendah kaedah flipped classroom membantu meningkatkan motivasi dan
minat murid seperti pemulihan. Sebaliknya, bagi murid yang mempunyai
kecerdasan tinggi, kaedah flipped classroom bertindak sebagai proses
pengayaan.

Dalam pembelajaran menggunakan flipped classroom, guru menyediakan bahan-


bahan bacaan seperti buku, nota, video tape pengajaran dan juga laman web yang
berkenaan dengan topik yang hendak diajar. Sebelum pengajaran topik itu, murid
akan membaca atau mengakses bahan tersebut di rumah. Ia adalah satu
persediaan yang rapi dan baik kerana murid dapat mengakses bahan-bahan
pelajaran di rumah mengikut tahap mereka. Sebagai contoh, murid pada tahap
yang rendah boleh melihat bahan-bahan pelajaran beberapa kali dan murid pada
tahap yang tinggi akan lebih bermotivasi untuk mencari lebih maklumat tentang
topik yang berkenaan. Apabila murid menghadiri kelas, guru telah menyediakan
pelbagai aktiviti kumpulan di dalam kelas. Aktiviti kumpulan adalah berkenaan
dengan bahan yang mereka telah baca.

25
Panduan Pengajaran Pelbagai Gred Kelas Bercantum

Cadangan ialah guru boleh menyediakan stesen pembelajaran, demonstrasi,


aktiviti makmal, kerja berkumpulan dengan bimbingan

Rajah 5 : Cadangan Pembelajaran flipped classroom


Ciri-ciri flipped classroom
i. Pembelajaran aktif: Murid melalui satu proses pembelajaran yang
aktif di mana murid menjalankan aktiviti-aktiviti pembelajaran.

ii. Pembelajaran arah-kendiri: Murid merujuk kepada bahan


pengajaran yang lalu dan kaitkan dengan pengetahuan yang baru.

iii. Pelbagai gaya pembelajaran: Flipped classroom dapat memenuhi


gaya pembelajaran murid, iaitu pengajaran dan pembelajaran
adalah dalam berbagai bentuk dan murid melibatkan diri dalam
aktiviti.

iv. Pelbagai instruction: Murid belajar mengikut tahap kebolehan.

26
Panduan Pengajaran Pelbagai Gred Kelas Bercantum

v. Interaksi sosial: Interaksi sosial dipertingkatkan melalui aktiviti


kolaboratif di dalam kalangan murid dengan murid dan murid dengan
guru. Interaksi dengan guru adalah lebih bermakna.

vi. Penyediaan bahan pengajaran abad ke 21: Menggunakan teknologi


untuk tujuan pendidikan, iaitu mengembangkan kemahiran teknologi
supaya murid dapat menggunakan teknologi dan sumber untuk
menambah pengetahuan mereka.

4.0 KAEDAH PENGAJARAN PELBAGAI GRED

4.1 Kaedah PdP Kumpulan Fleksibel


Pendekatan ini akan melibatkan dua kumpulan fleksibel mengikut tahun
persekolahan (kumpulan & kendiri). Guru akan memulakan pengajaran dengan
memberi penerangan kepada semua murid di dalam kelas. Murid diagihkan
kepada dua kumpulan untuk melaksanakan tugasan. Setiap kumpulan akan diberi
tugasan masing-masing. Tugasan yang perlu disempurnakan oleh setiap
kumpulan akan digabungkan untuk melengkapkan tugasan di akhir pelajaran.
Guru menyediakan kandungan yang sama iaitu menggunakan metodologi
pengajaran dan pembelajaran dalam transmisi kandungan dan mengharapkan
dapatan hasil pembelajaran yang sama daripada murid di akhir sesi pembelajaran

27
Panduan Pengajaran Pelbagai Gred Kelas Bercantum

Contoh : Aktiviti 1

 Semua murid di dalam kelas diberikan penerangan tentang institusi


kekeluargaan dan institusi raja yang membawa kepada pelbagai status,
pekerjaan, budaya dan bahasa untuk diterokai. Murid juga diberikan
pemahaman tentang perbezaan antara institusi kekeluargaan dan institusi raja.
(Mata Pelajaran sejarah Tahun 4 & 5).
 Murid diagihkan kepada dua kumpulan (kumpulan Tahun 4 dan kumpulan
Tahun 5).
 Kumpulan Tahun 4 akan memilih tiga perbezaan budaya dalam keluarga
(konsep, bahasa dan gelaran) dan kumpulan Tahun 5 akan memilih tiga
perbezaan budaya institusi raja (konsep, bahasa, gelaran dan bidang kuasa)
yang terdapat di Malaysia.
 Guru akan menerangkan tentang tugasan yang perlu dilaksanakan dan apakah
hasil yang dijangkakan daripada kedua-dua aktiviti bagi kumpulan tersebut.
 Untuk memahami proses pelaksanaan strategi PdP, sila rujuk Rajah 1.

Catatan : Strategi ini sesuai untuk tahap kognitif dan pemetaan DSKP
yang hampir sama

28
Panduan Pengajaran Pelbagai Gred Kelas Bercantum

GURU MENGAJAR

TAHUN 2 & 3 ATAU TAHUN 4 & 5

TUGASAN TUGASAN

KELAS

HASIL PEMBELAJARAN TUGASAN

Rajah 6 : Kaedah PdP Kumpulan Fleksibel

29
Panduan Pengajaran Pelbagai Gred Kelas Bercantum

TUGASAN:

Kumpulan A - Murid Tahun 4

Berikan kumpulan ini tugasan yang memerlukan mereka untuk meneroka tentang
institusi rakyat biasa iaitu 3 perbezaan budaya (konsep, bahasa, gelaran, bidang
kuasa) yang diamalkan di Malaysia.

Kumpulan B – Murid tahun 5

Berikan kumpulan ini tugasan yang memerlukan mereka untuk meneroka tentang
institusi raja iaitu 3 perbezaan budaya (konsep, bahasa, gelaran, bidang kuasa)
yang diamalkan di Malaysia.

KUMPULAN BESAR : KUMPULAN TAHUN 4 & 5

Pastikan kesemua kumpulan kecil bergabung dan berkongsi maklumat.


Kumpulan (kumpulan Tahun 4 dan kumpulan Tahun 5) akan menggabungkan
semua maklumat ke dalam satu tugasan yang boleh memberi gambaran lengkap
dan menyeluruh setiap institusi masyarakat rakyat bias dan instusi raja yang
diamalkan di Malaysia mengikut (konsep, bahasa, gelaran, bidang kuasa) yang
telah dipilih oleh kedua-dua kumpulan. Murid-murid diminta untuk
membentangkan maklumat yang telah diperolehi ini dengan mengabungkan
maklumat kumpulan A dan B dalam pelbagai cara seperti dalam berbentuk lisan,
penulisan dan visual.

Soalan
1. Berikan 3 perbezaan gelaran keluarga bagi institusi
raja dan rakyat biasa.
2. Berikan 3 perbezaan penggunaan bahasa bagi institusi
raja dan rakyat biasa.
3. Nyatakan bidang kuasa antara instutusi raja dan rakyat
30
Panduan Pengajaran Pelbagai Gred Kelas Bercantum

4.2 Kaedah PdP Kumpulan dan Kendiri


Pendekatan ini melibatkan dua kumpulan (kumpulan dan kendiri) di mana
pengajaran kelas dibahagi kepada dua sesi iaitu sesi pengajaran 1 (Langkah 1),
guru akan mengajar murid dalam kumpulan (15 minit) dan kumpulan kendiri akan
belajar bebas dengan bantuan rakan pembimbing atau peer tutor. Selepas tamat
sesi 1, bertukar ke sesi 2 (Langkah 2), guru akan mengajar murid kumpulan
kendiri dan murid dalam kumpulan akan belajar secara bebas (15 minit) dibantu
rakan pembimbing.

SESI PENGAJARAN & PEMBELAJARAN

LANGKAH 1
RAKAN PEMBIMBING GURU & MURID

KENDIRI KUMPULAN

AKTIVITI 1 AKTIVITI 1

LANGKAH 2

GURU & MURID RAKAN PEMBIMBING

AKTIVITI 1 AKTIVITI 1

AKTIVITI 2 AKTIVITI 2

HASIL PEMBELAJARAN HASIL PEMBELAJARAN

REFLEKSI DAN PENUTUP


Rajah 7 : Kaedah PdP Kumpulan & Kendiri
31
Panduan Pengajaran Pelbagai Gred Kelas Bercantum

Catatan : Strategi ini sesuai untuk tahap kognitif dan pemetaan yang
sama bagi kelas yang diajar oleh guru

Mata Pelajaran Pendidikan Kesihatan Tahun 2 & 3


Soalan:

Tahun 2
1.3.1 memilih makanan dan minuman yang berkhasiat pada setiap kali
makan.
1.3.2 menyatakan kepentingan pengambilan makanan & minuman yang
Contohberkhasiat
Pelaksanaan: Aktiviti Kelas

Tahun 3
1.3.1 mengenalpasti kumpulan zat makanan seperi kabohiderat, protein,
lemak & vitamin.
1.3.2 memilih jenis makanan mengikut waktu makan harian.

Pengenalan Tajuk Pelajaran (contoh: Makanan Seimbang)


Guru akan memulakan pengajaran dengan menayangkan video / gambar / buku /
surat khabar tentang amalan pengambilan makanan di Malaysia. Guru meminta
semua murid untuk menilai dan mengenalpasti perlakuan dan pengambilan
makanan. Murid akan dibahagikan ke dalam kelompok kumpulan iaitu dalam
kumpulan dan kendiri.

KUMPULAN : KUMPULAN KENDIRI (BEBAS)


Aktiviti 1
- Mengumpulkan / Menggunting Gambar Makanan
Guru mengarahkan murid-murid untuk mengunting gambar makanan (Mata
Pelajaran Pendidikan Kesihatan) dan cuba mengklasifikasikan gambar makanan
kepada kumulan makanan berkhasiat dan tidak berkhasiat. Murid juga diminta
untuk menilai bentuk tubuh badan mereka yang mengambil makanan berkhasiat
dan tidak berkhasiat. Cuba dapatkan maklumat dari bilik sumber sekolah. Murid
akan berbincang bersama-sama rakan pembimbing (peer tutor) untuk menyiapkan
tugasan yang disediakan oleh guru.
32
Panduan Pengajaran Pelbagai Gred Kelas Bercantum

Aktiviti 2
- Melabelkan Kategori Makanan
Murid diminta untuk melukis bentuk piramid makanan ke atas sekeping kad manila
/ kertas sebak dengan menentukan setiap aras makanan. Murid juga diminta untuk
menampalkan gambar-gambar makanan mengikut aras yang betul. Murid akan
mengantung tugasan yang sudah lengkap di papan hitam untuk membandingkan
tugasan dengan kumpulan lain. Murid-murid akan berbincang tentang tajuk hari
ini bersama guru. Tugasan murid-murid akan dibandingkan dengan tugasan
daripada kumpulan lain.

KUMPULAN (PENGAJARAN GURU)


Aktiviti 1
- Melukis dan Melabel
Guru mengarahkan murid-murid untuk melukiskan gambar piramid makanan dan
murid-murid akan cuba mengklasifikasikan gambar makanan kepada kumpulan
makanan. Cuba dapatkan maklumat dari perpustakaan / bilik sumber sekolah.
Murid-murid akan berbincang bersama-sama guru untuk menyiapkan soalan
tugasan.

Aktiviti 2
- Membina Model Piramid Makanan
Guru meminta murid-murid untuk membina model piramid makanan dan
menentukan aras makanan. Murid akan mempamerkan tugasan (model) yang
sudah lengkap di hadapan bilik darjah untuk membandingkan tugasan dengan
kumpulan lain. Murid-murid akan berbincang tentang tajuk hari ini bersama guru.
Perbincangan dan soal jawab akan dilakukan pada penghujung waktu pengajaran
dan pembelajaran.
* Guru akan menyediakan tugasan tambahan sebagai pengayaan pada
akhir sesi.

33
Panduan Pengajaran Pelbagai Gred Kelas Bercantum

Perhatian :
Pendekatan kedua iaitu sesi pengajaran dan pembelajaran dibahagikan kepada
dua bahagian. Sesi pertama, guru akan mengajar kumpulan– kendiri. Kumpulan -
kumpulan akan belajar secara bebas dan juga akan menerima bantuan daripada
rakan pembimbing (peer tutor) untuk sesi ini. Sesi kedua, guru akan mengajar
kumpulan-kumpulan dan kumpulan kendiri akan belajar secara bebas iaitu
menerima bantuan daripada rakan pembimbing (peer tutor) untuk menyiapkan
tugasan kelas.
* Guru akan menyediakan tugasan tambahan sebagai pengayaan pada
akhir sesi”.

Soalan: Tahun 2
1. Warnakan gambar makanan dan minuman berkhasiat.
2. Tandakan √ pada gambar makanan dan minuman tidak berkhasiat.

Soalan Tahun 3
1. Senaraikan 5 jenis makanan dan minuman berkhasiat dan tidak berkhasiat.
2. Nyatakan 5 kesan pengambilan makan dan minuman tidak berkhasiat.

34
Panduan Pengajaran Pelbagai Gred Kelas Bercantum

4.3 Kaedah PdP Kelas


Kaedah ini membenarkan murid pelbagai Tahun Persekolahan, yang berbeza
umur dan kebolehan mempelajari topik yang sama pada masa yang sama. Guru
boleh terlebih dahulu memberi fokus yang umum berdasarkan tema di mana
kumpulan pelbagai aras ini boleh memberi idea dan berdiskusi bersama. Ini boleh
dijalankan sewaktu set induksi.

TAHUN 4 & TAHUN 5


TAHUN 2 & TAHUN 3

PENGAJARAN GURU

PELBAGAI ARAS

TUGASAN

A B C

Rajah 8 : Kaedah PdP Kelas

35
Panduan Pengajaran Pelbagai Gred Kelas Bercantum

Contoh:

Jika sekiranya tema (untuk Mata Pelajaran Bahasa Inggeris) bagi Tahun 2 adalah
World of Self dan Tahun 3 juga bertema yang sama, guru mungkin boleh memilih
topik Free Time bagi Tahun 2 dan bagi Tahun 3 topik Things I Do. Guru mungkin
boleh menunjukkan gambar aktiviti berbasikal di sebuah taman rekreasi dalam
bentuk Power Point. Murid boleh berbincang sesama mereka bersama-sama guru
berkaitan perkara-perkara yang berkaitan aktiviti berbasikal dan kemudiannya
murid memberi pendapat mereka mengenai aktiviti tersebut. Dalam set induksi,
kaedah secara kelas diaplikasikan di sini.

Perbincangan dan diskusi dalam set induksi berkaitan tema yang berfokuskan
situasi yang sama memberi peluang kepada semua murid yang pelbagai aras
berfikir tentang konsep dan kemahiran yang diperlukan. Guru boleh memberi
soalan pada aras tinggi kepada murid Tahun 3 semasa sesi perbincangan ataupun
kepada murid yang aras kebolehannya lebih tinggi dari rakan dalam kumpulannya.
Untuk murid yang aras kebolehannya sederhana dan lemah, guru boleh memberi
soalan yang lebih mudah. Dengan cara ini, semua murid akan mendapat peluang
untuk menjawab soalan semasa perbincangan mengikut kebolehan mereka yang
akan memanfaatkan semua dalam pembelajaran tersebut.

Selepas set induksi, murid berada dalam kumpulan masing-masing besedia untuk
Langkah 1, menggunakan kaedah kumpulan. Aktiviti yang diberikan kepada murid
mengambil kira kumpulan pelbagai aras.

36
Panduan Pengajaran Pelbagai Gred Kelas Bercantum

4.4 Kaedah PdP Rakan Pembimbing


Kaedah PdP Rakan Pembimbing merupakan salah satu kaedah yang berkesan
dan relevan bagi pelaksanaan PdP dalam Kelas Bercantum. Kaedah ini berfungsi
bagi memperkukuhkan kefahaman tentang sesuatu konsep yang telah dipelajari
dalam aktiviti PdP terdahulu.

Kaedah Rakan Pembimbing ini juga sesuai digunakan dalam Kumpulan Pelbagai
Kebolehan. Kumpulan ini terdiri daripada murid yang mempunyai pelbagai
kebolehan dan aras. Di dalam kumpulan ini, murid terdiri daripada mereka yang
mempunyai pelbagai kebolehan seperti kebolehan membaca dan melukis. Murid
juga boleh terdiri daripada pelbagai aras seperti cerdas, sederhana dan lemah.
Murid yang cerdas akan membantu murid yang lemah dalam aktiviti kumpulan ini.

Kumpulan ini terdiri daripada murid pelbagai kebolehan dan aras. Di dalam
kumpulan ini, murid terdiri daripada mereka yang mempunyai pelbagai kebolehan
seperti kebolehan membaca dan melukis. Murid juga boleh terdiri daripada
pelbagai aras seperti cerdas, sederhana dan lemah. Murid yang cerdas akan
membantu murid yang lemah dalam aktiviti kumpulan ini.

4.4.1 Cadangan A
 Guru membentuk dua kumpulan iaitu Kumpulan A (Tahun 2) dan Kumpulan
B (Tahun 3).
 Kemudian memilih seorang murid untuk menjadi pembimbing (tutor)
kepada pasangan atau kumpulan. Murid yang dipilih itu perlulah lebih
berpotensi, cerdas dan memiliki daya kemimpinan.
 Tutor berperanan sebagai ‘guru kecil’ untuk membantu pasangan atau ahli
kumpulan bagi memahami dan melaksanakan tugasan atau aktiviti yang
diberi oleh guru.

37
Panduan Pengajaran Pelbagai Gred Kelas Bercantum

GURU MENGAJAR

TAHUN 2 / TAHUN 4 TAHUN 3 TAHUN 5


/

Pemilihan Rakan Pembimbing

AKTIVITI AKTIVITI
TUGASAN TUGASAN

REFLEKSI DAN PENUTUP


Rajah 10 : Kaedah PdP Rakan Pembimbing (A)

Contoh Ativiti:
Mata Pelajaran Bahasa Malaysia
Kumpulan A (Tahun 2)
 Aktiviti 1 : Guru mengajar kata nama.
 Aktiviti 2 : Memberi satu set kad tugasan kepada semua ahli kumpulan.
Murid diminta menulis kata nama yang berkaitan secara “Round Table”
(Pembelajaran Koperatif).
Contoh kata nama am : manusia, tumbuh-tumbuhan, haiwan, tempat,
benda. Kemudian murid berkongsi maklumat secara Gallery Walk.
**Tutor akan membantu rakan-rakan yang bermasalah dalam aktiviti ini.

38
Panduan Pengajaran Pelbagai Gred Kelas Bercantum

Kumpulan B (Tahun 3)
 Aktiviti 1: Guru mengajar jenis-jenis ayat.
Contoh jenis-jenis ayat: ayat perintah, ayat seruan, ayat tanya, ayat penyata.
 Aktiviti 2: Guru memberi soalan latihan kepada murid.
 Aktiviti 3: Murid diminta membina ayat berdasarkan soalan daripada kad
tugasan dengan menggunakan peta buih.
**Tutor akan membantu rakan-rakan yang bermasalah dalam aktiviti ini.

Hasil kerja dikongsi secara Gallery Walk.

Nota:
 Strategi ini sesuai digunakan untuk:
i. semua mata pelajaran.
ii. aktiviti pengukuhan

4.4.2 Cadangan B
 Guru memulakan pengajaran secara kelas bagi topik yang sama
 Pemilihan rakan pembimbing adalah berdasarkan kepada keupayaan murid
menjadi pemimpin dan mempunyai tahap kognitif yang lebih baik berbanding
rakan-rakan dalam kumpulan yang sama
 Seterusnya, murid-murid akan melaksanakan aktiviti dan tugasan yang diberikan
oleh guru dengan bantuan rakan pembimbing
 Sepanjang sesi PdP, guru akan menjadi pemudahcara.

39
Panduan Pengajaran Pelbagai Gred Kelas Bercantum

GURU MENGAJAR

TAHUN 2 & TAHUN 3 / TAHUN 4 & TAHUN 5

Pemilihan Rakan Pembimbing

AKTIVITI

TUGASAN

REFLEKSI DAN PENUTUP

Rajah 11 : Kaedah PdP Rakan Pembimbing (B)

40
Panduan Pengajaran Pelbagai Gred Kelas Bercantum

4.5 Kaedah PdP Pembelajaran Kontekstual


Guru perlu mengaitkan isi pelajaran dengan pengalaman seharian murid.
Pembelajaran berlaku apabila murid berupaya mengaitkan pengalaman baharu
secara bermakna dan menghayati kerelevanan pembelajaran dalam kehidupan
mereka. Guru boleh melaksanakan topik pembelajaran dalam kelas dengan
mengambil contoh-contoh pengalaman yang dilalui oleh murid atau guru boleh
melaksanakan aktiviti yang mana murid boleh mengaplikasikan pembelajaran
dalam kehidupan mereka sama ada individu ataupun secara berkumpulan.

GURU MENGAJAR

TAHUN 2 / TAHUN 4 TAHUN 3 / TAHUN 5

AKTIVITI PENERANGAN
PENGUKUHAN

AKTIVITI

PEMBENTANGAN

Rajah 12 : Kaedah PdP Pembelajaran Kontekstual

41
Panduan Pengajaran Pelbagai Gred Kelas Bercantum

Contoh :
Mata pelajaran Matematik bagi standard kandungan bagi Tahun 2 dan Tahun 3:
Tahun Standard Standard
Persekolahan Kandungan Pembelajaran
Tahun 2 Menambah nilai wang. Menambah 2 nilai wang
yang melibatkan ringgit,
sen dan ringgit dan sen
dalam jumlah tidak
melebihi RM 100

Tahun 3 Menambah nilai wang. Menambah 2 nilai wang


yang melibatkan ringgit
dan ringgit dan sen dalam
jumlah tidak melebihi
RM1000

Langkah 1:
Guru boleh memperkenalkan dahulu operasi tambah nilai wang ringgit dan nilai
sen dalam lingkungan jumlah tidak melebihi RM 100 kepada murid-murid Tahun 2
dan Tahun 3.

Langkah 2:
Murid Tahun 2 diberi aktiviti pengukuhan (aktiviti kendiri). Murid Tahun 3 diberi
penerangan tentang operasi tambah dalam lingkungan tidak melebihi RM 1000.

Langkah 3:
Aktiviti secara berkumpulan (pembelajaran koperatif). Aktiviti aplikasi penggunaan
wang kertas dan syiling boleh dilaksanakan dengan mengasingkan murid-murid
Tahun 2 dan Tahun 3(SP berbeza). Guru boleh memaparkan contoh- contoh
barangan yang dibeli di pasar raya berserta tag harganya. Seterusnya guru boleh
meminta murid-murid berbincang dalam kumpulan untuk menyenaraikan

42
Panduan Pengajaran Pelbagai Gred Kelas Bercantum

seberapa banyak kombinasi bilangan wang kertas dan syiling yang perlu
disediakan untuk membayar di kaunter bayaran. Hasil kerja murid dipindahkan ke
dalam jadual dan peta pemikiran i-THINK yang sesuai.

Aktiviti pemahaman boleh diperkukuhkan lagi dengan melaksanakan aktiviti


simulasi dan main peranan semasa berurus niaga di pasaraya. Ini bagi memupuk
nilai dan amalan keusahawanan. Aktiviti dalam bentuk permainan juga boleh
dilaksanakan bagi membolehkan murid mempraktikkan kemahiran matematik
mewujudkan elemen seronok belajar (fun learning) di dalam kelas.

Contoh : Aktiviti bagi murid Tahun 2.


Standard Pembelajaran: Menambah 2 nilai wang yang melibatkan ringgit, ringgit
dan sen dalam jumlah tidak melebihi RM 100.

Jadual 5 : Baju kemeja bernilai RM 53. 45

KOMBINASI RM50 RM20 RM10 RM5 RM1 RM0.50 RM0.20 RM0.10 RM0.05

1 1 3 2 1

2 2 1 1 4 1

3 5 3 2 1

4 ? ? ? ? ? ? ? ? ?

Contoh : Aktiviti bagi murid Tahun 3


Standard Pembelajaran: Menambah 2 nilai wang yang melibatkan ringgit, ringgit
dan sen dalam jumlah tidak melebihi RM 1000.

43
Panduan Pengajaran Pelbagai Gred Kelas Bercantum

Jadual 6 : Baju kemeja bernilai RM 100.10 dan kasut kulit bernilai RM 285.20

KOMBINASI RM100 RM50 RM20 RM10 RM5 RM1 RM0.50 RM0.20 RM0.10

1 3 1 1 1 1 2

2 7 1 3 2

3 2 2 3 2 1 3

4 ? ? ?

Berikut adalah beberapa contoh aktiviti penyelesaian masalah dalam mata pelajaran lain
yang ada kaitan dengan kehidupan seharian untuk membentuk penghayatan ilmu dalam
kehidupan seharian:

1. Makanan popular di Malaysia

Negeri yang
Nama Bahan
Nilai Nutrisi mempopularkan
Makanan Kandungan
makanan ini

2. Pesta keramaian

Pakaian
Jenis yang
Negeri Aktiviti
Nama Musim makanan dipakai
Asal semasa
Pesta Perayaan yang semasa
Usul keramaian
dihidangkan pesta
berkenaan

44
Panduan Pengajaran Pelbagai Gred Kelas Bercantum

4.6 Kaedah PdP Sama Aras Kebolehan


Murid yang tahun persekolahannya lebih tinggi adakalanya boleh diberi sedikit
ruang dan peluang kepada mereka untuk mencari bahan atau menyiasat dan
mengumpul informasi sendiri. Ini membolehkan guru menumpukan perhatian
kepada murid yang memerlukan perhatian lebih dari guru. Guru perlu bersedia
untuk menerima pelbagai jangkaan terhadap hasil pembelajaran bagi kumpulan
ini.

GURU MENGAJAR

TAHUN 2 / TAHUN 4 TAHUN 3 / TAHUN 5

KUMPULAN KUMPULAN

REFLEKSI REFLEKSI

Rajah 9 : Kaedah PdP Kumpulan Mengikut Sama Aras Kebolehan

Berikut adalah contoh aktiviti untuk kumpulan sama aras kebolehan.

Contoh 1
Aktiviti Mata Pelajaran Matematik – Topik yang sama

Murid diminta mengukur jarak dari bilik darjah ke kantin sekolah. Perbincangan
mengenai meter dan sentimeter yang kemudiannya diikuti dengan demonstrasi
guru bagaimana menggunakan jadual sifir yang boleh digunakan dalam topik

45
Panduan Pengajaran Pelbagai Gred Kelas Bercantum

‘Jarak dan Ukur’. Dengan ini, murid mempelajari prinsip dan sistem metrik jarak,
dan juga kemahiran menggunakan sifir pada waktu yang sama.
Kemudian murid boleh diarahkan mengukur bahagian-bahagian tertentu di badan
mereka seperti kaki, tangan dan kepala. Selepas itu, mereka boleh membuat carta
pengukuran yang sesuai berdasarkan topik tersebut.

Contoh 2
Aktiviti Mata Pelajaran Sains

Murid diminta menjelaskan keadaan cuaca dalam seminggu di kawasan


perumahan mereka dan menggunakan pelbagai cara pengukuran yang sesuai.
Dengan ini, murid akan faham tentang perubahan cuaca, prinsip iklim dan
penggunaan alat yang sesuai untuk mengukur cuaca.

5.0 PENYEDIAAN, PENGURUSAN DAN PENYIMPANAN BAHAN DAN SUMBER


DALAM PDP KELAS BERCANTUM

5.1 Penyediaan Bahan PdP Kelas Bercantum


Salah satu cabaran dalam pengajaran kelas bercantum namun menyeronokkan
ialah fasa menyediakan bahan-bahan PdP bagi setiap mata pelajaran yang
diajarkan. Setiap set PdP kelas bercantum boleh diletakkan dalam satu ruang
atau fail termasuk tajuk-tajuk spesifik yang difikirkan sesuai dan menjadi panduan
serta rujukan untuk mengajar menggunakan kaedah yang lebih berkesan.

Bahan-bahan PdP kelas bercantum mesti dibina bersesuaian, fleksibel dan


merentas tahun persekolahan untuk semua kumpulan pelbagai kebolehan. Antara
bahan yang sesuai digunakan sebagai bahan bantu mengajar dan mudah
digunakan murid-murid seperti bahan-bahan pembelajaran iaitu buku-buku, alatan
muzik, kamus atau ensiklopedia, kertas, pensil, krayon, warna, pen warna, papan
putih atau carta, peta, dan model pembelajaran.

46
Panduan Pengajaran Pelbagai Gred Kelas Bercantum

Guru juga boleh membina bahan-bahan PdP dalam bentuk lembaran kerja bagi
setiap konsep dan tema yang berbeza. Bahan-bahan ini perlu disediakan dengan
baik dan sesuai bagi setiap murid. Lembaran kerja boleh disediakan berdasarkan
tema atau tajuk dan bahan-bahan rujukan yang telah ditentukan dalam DSKP
untuk disampaikan dalam kelas. Sebagai contoh, lembaran kerja dalam Jadual 7
berikut:

Jadual 7 : Lembaran Kerja

Padankan teka-teki di bawah dengan jawapan yang betul


Teka-teki Jawapan
Saya berbatang besar, teguh dan mempunyai banyak
dahan.
Siapakah saya?

Saya haiwan di daratan yang kuat dan besar.


Siapakah saya?

Saya menjalar, berbatang lembut dan tumbuh di atas


tanah.
Siapakah saya?

Saya haiwan berleher jenjang dan tinggi.


Siapakah saya?

Saya haiwan paling kecil.


Siapakah saya?

47
Panduan Pengajaran Pelbagai Gred Kelas Bercantum

Lembaran kerja berbentuk grafik seperti ini sesuai untuk murid sekolah rendah
kerana ada gambar yang mampu menarik minat murid dan dari sumber yang
mesra murid.

Bahan PdP diperlukan dalam kuantiti yang banyak berdasarkan pelbagai


kebolehan murid yang belajar dalam satu kelas. Ini termasuklah bahan-bahan
visual seperti kad bergambar, flash cards, kad perkataan, dan carta cuaca,
kalendar dan lain-lain. Bahan PdP juga boleh terdiri daripada sumber audio seperti
radio, video, filem animasi dan sebagainya.

5.2 Sumber Bahan PdP Kelas Bercantum


Kelas bercantum mungkin terletak di lokasi di mana sumber-sumber di sekeliling
adalah sangat terhad. Bagaimanapun, bahan PdP boleh dibina daripada sumber
atau bahan-bahan tempatan yang terdapat di persekitaran yang kosnya lebih
rendah serta relevan. Ia terdiri daripada tumbuh-tumbuhan dan bunga-bungaan,
bahan-bahan seperti batu kapur, arang atau tanah liat, bahan terbuang seperti tin
minuman, botol plastik, kotak susu, majalah, komponen basikal dan lain-lain.

Guru harus kreatif dan kritis dalam membina sumber atau bahan-bahan PdP kelas
bercantum supaya murid berasa seronok dan lebih fokus. Guru perlu mengenal
pasti sumber atau bahan-bahan PdP yang relevan dengan tajuk-tajuk yang akan
diajarkan. Guru boleh menambah sumber bahan PdP di sekolah berdasarkan
Jadual 4 berikut:

48
Panduan Pengajaran Pelbagai Gred Kelas Bercantum

Jadual 8 : Contoh sumber pengajaran-pembelajaran (umum)


TEMA TAJUK CONTOH SUMBER DAN BAHAN /
SASARAN
Ciri-ciri Geografi, suhu Murid membina alat untuk mengukur suhu :
Geografi jangkasuhu, tolok hujan dan lain-lain. Bina lembaran
kerja yang ada kolum untuk diisi oleh murid tentang
maklumat cuaca mengikut minggu berdasarkan
fenomena cuaca tempatan.
Sumber-sumber lain yang relevan.
Flora Pokok dan tumbuhan Tumbuhan yang ditanam penduduk, petani
semulajadi tempatan dan lain-lain, berjalan kaki melihat
tumbuhan semula jadi
Sumber-sumber lain yang relevan.
Fauna Haiwan liar, haiwan Haiwan peliharaan murid, haiwan ternakan
jinak penternak, buku bergambar, lawatan ke ladang
pertanian.
Sumber-sumber lain yang relevan.
Pengangkutan Sistem Jemput pakar pembinaan ke sekolah untuk beri
dan Pembinaan pengangkutan, kerja- penerangan tentang bidang tugas mereka berserta
kerja pembinaan, alatan pembinaan, berjalan mengelilingi kawasan
seni arkitek sekolah sambil perhatikan ciri bangunan dan sistem
tradisional, bahan- pengangkutan yang terdapat.
bahan pembinaan Sumber-sumber lain yang relevan.
Aktiviti Festival, pesta, Murid, demonstrasi pihak komuniti tentang lagu
Kebudayaan permainan, pakaian tradisional setempat, pakaian, permainan, alatan
bagi kumpulan tradisi, alat muzik dan sebagainya.
etnik berbeza tradisional, lagu dan Sumber-sumber lain yang relevan.
tarian
Karya seni Lagu-lagu rakyat, Kumpulkan contoh-contoh daripada komuniti
tipikal dan lagu-lagu tradisional, tempatan : murid harus memilih satu lagu atau cerita
sastera puisi, peribahasa, untuk dipelajari dan dipersembahkan dalam kelas
tempatan dan perumpamaan atau lukis gambar untuk menggambarkan maksud
peribahasa, perumpamaan dan lain-lain.
Sumber-sumber lain yang relevan.

49
Panduan Pengajaran Pelbagai Gred Kelas Bercantum

Sejarah Tokoh budaya/ Jemput pakar ke sekolah untuk bercerita tentang


Tempatan sejarah tempatan, sejarah tempatan. Atau mengadakan lawatan ke
ciri-ciri sejarah, perpustakaan atau muzium berhampiran tempat
peristiwa penting tinggal.
sejarah tempatan Sumber-sumber lain yang relevan.
Pengeluaran / Kraftangan Murid diminta membawa contoh-contoh kraftangan
Produktiviti tradisional, barang tradisional ke sekolah, jemput pakar kraftangan
dagangan, produk untuk sesi tunjukcara bagi menghasilkan ukiran
tempatan, peralatan masing-masing, dan lain-lain
produk tempatan dan Sumber-sumber lain yang relevan.
keperluan harian
Alam sekitar Pemeliharaan dan Sediakan lembaran kerja tentang proses kitaran air
dan sanitasi pemuliharaan hutan, atau topik alam sekitar, jalankan aktiviti seperti bina
tumbuhan semula model sekolah dalam taman; bercerita tentang
jadi dan sumber air proses kitar semula menggunakan bahan-bahan
terbuang dalam sesi pembelajaran pendidikan seni
Sumber-sumber lain yang relevan.
Kependudukan Bilangan, ciri-ciri, Pilih suatu objek yang boleh mewakili
taburan penduduk bilangan/jumlah penduduk, sediakan lembaran kerja
berpeta supaya murid boleh mewarnakan kod
kepadatan penduduk.
Sumber-sumber lain yang relevan.

Sebagai contoh, jika guru tinggal di kawasan yang terdapat pelbagai jenis
tumbuhan, guru boleh memilih tajuk tentang “Tumbuh-tumbuhan” untuk diajarkan
kepada murid. Guru boleh membimbing murid-murid berbincang tentang
kepentingan tumbuhan dan membuat carta spesifik untuk menerangkan bahagian-
bahagian pokok. Guru memberi /mengedarkan satu carta kepada setiap
kumpulan/ individu supaya murid dapat membuat banding-beza dengan carta
kumpulan lain tentang bahagian-bahagian pokok.

Pada akhir sesi pengajaran dan pembelajaran, semua murid diminta membuat
aktiviti pengayaan/pengukuhan atau membuat rujukan daripada buku teks.
Selepas sesi pengajaran dan pembelajaran, guru dan murid membuat satu
50
Panduan Pengajaran Pelbagai Gred Kelas Bercantum

inventori tentang pokok-pokok yang terdapat di sekitar kawasan sekolah. Guru


boleh memaparkan carta yang telah disiapkan di dalam kelas dan menambah
maklumat tambahan daripada buku teks. Kaedah yang sama boleh diaplikasikan
pada topik / mata pelajaran lain pula. Lihat jadual berikut.

Contoh 1 : Mata pelajaran Sains


Mata pelajaran : Sains Topik : Tumbuhan-tumbuhan Tahun : 4 - 5
Hasil Pada akhir pengajaran-pembelajaran, murid Catatan dan bahan
pembelajaran dapat :
 Memerhatikan fizikal dan ciri-ciri tumbuh-
tumbuhan di kawasan sekolah
 Membincangkan kepentingan tumbuh-
tumbuhan terhadap haiwan dan manusia
Aktiviti 1 : Pengenalan isi pelajaran
Pengenalan / ‘Tumbuh-tumbuhan sangat penting kepada
Set induksi kehidupan manusia dan haiwan di dunia.
Tumbuh-tumbuhan adalah tempat tinggal dan
Seluruh kelas sumber makanan kepada haiwan. Manusia
memperoleh banyak faedah daripada tumbuh-
tumbuhan dan menggunakannya untuk pelbagai
kegunaan. Habitat haiwan berbeza-beza
mengikut jenis tumbuh-tumbuhan. Cengkaman
akar tumbuh-tumbuhan dapat menguatkan tanih
dan mengelakkan hakisan’
Aktiviti 2 : Bahagikan kelas kepada kumpulan pelbagai
Carta Tumbuh- kebolehan.
tumbuhan / Setiap kumpulan diminta memerhatikan sebatang
Pokok pokok dan membincangkan hasil pemerhatian

51
Panduan Pengajaran Pelbagai Gred Kelas Bercantum

Kumpulan mereka. Guru boleh bertanyakan soalan-soalan


pelbagai berikut :
kebolehan  Haiwan apakah yang menggunakan
pokok ini sebagai tempat tinggal /
habitatnya?
 Apakah kegunaan pokok ini terhadap
manusia?
 Apakah faedah yang diperoleh daripada
pokok ini?
Setiap kumpulan diminta melengkapkan
maklumat dalam carta tumbuh-tumbuhan yang
disediakan. Setiap kumpulan bertukar carta
dengan kumpulan lain dan menyemak jawapan
masing-masing.
Aktiviti 3 : Rajah Paparkan / lukis rajah pokok yang lengkap
Pokok dengan ciri-cirinya dan haiwan yang tinggal di
situ.
Seluruh kelas Murid diminta memerhatikan dengan teliti dan
menambah maklumat pada rajah pokok tersebut
berdasarkan carta pokok kumpulan masing-
masing. (Pengayaan)
Tutup sebahagian rajah pokok menggunakan kad
manila dan kemukakan soalan kepada murid.
(Pengukuhan)
Murid juga boleh menampalkan kad perkataan
sebagai jawapan pada rajah pokok tersebut.

52
Panduan Pengajaran Pelbagai Gred Kelas Bercantum

Contoh 2 : Carta Pokok


Tahun Aktiviti Penerangan : Catatan :
Bahagian-bahagian Penerangan ciri-ciri
Pokok
4 Perbincangan Semua murid
Murid melukis rajah membuat pemerhatian
pokok
5 Perbincangan Batang, kulit kayu, Semua murid
Murid melukis rajah akar, daun, bunga, membuat pemerhatian
pokok dan menamakan buah, biji benih
bahagian-bahagian
pokok
4 dan 5 Perbincangan Batang, kulit kayu, Aktiviti kumpulan :
Murid melukis rajah akar, daun, bunga, Setiap kumpulan
pokok, menamakan buah, biji benih memilih pokok yang
bahagian-bahagian berbeza dan kemudian
pokok, menerangkan membandingkan
ciri-cirinya jawapan dengan
kumpulan lain

5.3 Penyimpanan Bahan


Penyimpanan bahan dalam kelas bercantum perlu diurus dengan baik supaya
mewujudkan suasana bilik darjah yang kondusif. Pengurusan penyimpanan bahan
terbahagi kepada tiga iaitu:
1. Bahan peribadi murid;
2. Bahan pembelajaran; dan
3. Rekod peribadi murid.

53
Panduan Pengajaran Pelbagai Gred Kelas Bercantum

5.4 Bahan Peribadi Murid

Bahan peribadi murid termasuk beg sekolah, botol air, buku teks, buku latihan,
buku kerja, dan hasil kerja murid. Murid akan memerlukan tempat untuk
menyimpan barang-barang mereka. Sekiranya bilik darjah tersebut mempunyai
rak dan bilangannya mencukupi, maka guru boleh membahagikan ruang pada rak
untuk setiap murid. Setiap ruang harus dilabel dengan nama murid tersebut
dengan jelas. Guru juga perlu menetapkan peraturan tentang kekemasan rak, dan
juga peraturan berkaitan dengan menghormati ruang rak serta hartar akannya.
Bilik darjah yang tidak mempunyai rak atau pun tidak mencukupi, guru perlu
memikirkan alternatif, contohnya menggunakan kotak yang disusun dengan rapi.

5.5 Bahan Pembelajaran

Bahan pembelajaran perlu diurus dengan baik supaya semua bahan tersebut
boleh digunakan oleh semua murid. Guru boleh menyusun bahan pembelajaran
di ruang pembelajaran yang disediakan. Perkara yang perlu ada dalam
pengurusan dan penyusunan bahan pembelajaran adalah:

 Bahan pembelajaran perlu dilabel dengan jelas supaya murid berupaya


memperoleh bahan ini dengan sendiri tanpa dibantu oleh guru. Guru kelas
bercantum perlu mengendalikan beberapa aktiviti pada waktu yang sama. Jika
murid dilatih untuk mengambil bahan pembelajaran dengan sendiri, ini dapat
menjimatkan masa guru dalam aspek pengurusan bahan dan ini memberi guru
masa untuk membimbing murid dalam proses pembelajaran.
 Bahan pembelajaran perlu disimpan di tempat yang mudah dan selamat.
 Bahan pembelajaran boleh disimpan mengikut mata pelajaran.
 Guru harus menyediakan inventori bahan pembelajaran dan inventori ini patut
disemak secara berkala. Ini bagi menjamin bilangan bahan pembelajaran
sentiasa mencukupi dan juga berada dalam keadaan baik dan masih boleh
diguna pakai.

54
Panduan Pengajaran Pelbagai Gred Kelas Bercantum

5.6 Rekod Peribadi Murid

Rekod peribadi murid termasuk maklumat berkaitan keluarga, pendapatan


ibubapa, rekod kesihatan, rekod kehadiran dan juga rekod kemajuan murid. Rekod
ini semua bersifat sulit dan murid lain tidak seharusnya mempunyai akses kepada
rekod tersebut. Rekod yang dianggap sulit, misalnya berkaitan dengan latar
belakang murid, rekod displin, rekod kemajuan dan ia harus disimpan dalam
tempat yang berkunci. Rekod ini mesti sentiasa dikemaskini, mudah diakses dan
berada dalam keadaan baik.

Selain daripada rekod yang tersebut di atas, guru juga boleh menyimpan rekod
seperti:
i) Kedudukan murid dalam tiap-tiap kumpulan dan aktiviti-aktiviti yang telah
dikendalikan oleh kumpulan tersebut;
ii) Aktiviti-aktiviti yang telah dikendalikan oleh murid secara individu;
iii) Rekod kemajuan murid dalam bentuk markah dan / atau gred; dan
iv) Rekod pemindahan murid daripada satu kumpulan ke satu kumpulan yang
lain.

55
Panduan Pengajaran Pelbagai Gred Kelas Bercantum

6.0 SOALAN LAZIM BERKAITAN PENTAKSIRAN BILIK DARJAH


BIL. SOALAN JAWAPAN
1. Apakah PBD? Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) merupakan pentaksiran yang
berterusan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran bagi
mendapatkan maklumat tentang perkembangan, kemajuan,
kebolehan dan pencapaian murid. PBD berlaku secara formatif
dan sumatif; sebagai pembelajaran, untuk pembelajaran dan
tentang pembelajaran.

2. Bila PBD bermula? PBD dahulunya dikenali sebagai Pentaksiran Sekolah (PS)
bermula pada tahun 2011. Pada tahun 2016, PS mula dikenali
sebagai PBD.

3. Apakah perbezaan PBD PBS ialah Pentaksiran Berasaskan Sekolah, suatu pentaksiran
dan PBS? yang bersifat holistik iaitu menilai aspek kognitif (intelek), afektif
(emosi dan rohani) dan psikomotor (jasmani). Ini selaras dengan
Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Oleh itu terdapat empat
komponen dalam PBS iaitu Pentaksiran Pusat (PP), Pentaksiran
Aktiviti Jasmani, Sukan & Kokurikulum (PAJSK), Pentaksrian
Psikometrik (PPsi) dan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD).
PBD pula ialah pentaksiran yang berlaku secara berterusan
sepanjang PdP, bagi semua mata pelajaran. PBD bukanlah
untuk membandingkan tahap penguasaan antara seorang murid
dengan murid yang lain, tetapi ia bertujuan untuk melihat
perkembangan kemajuan murid dalam pembelajaran di samping
membantu guru menambah baik pengajaran mereka.

4. Apakah mata pelajaran Semua mata pelajaran KSSR (Semakan 2017) Tahun 1 hingga
yang terlibat dengan Tahun 6
PBD? Semua mata pelajaran KSSM Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5.
Namun begitu, pelaporan PBS di peringkat menengah dilakukan
mulai Tingkatan 1 hingga Tingkatan 3. Pelaksanaan konsep

56
Panduan Pengajaran Pelbagai Gred Kelas Bercantum

PBD berlaku secara berterusan dari Tingkatan 1 hingga


Tingkatan 5.

5. Mengapa PBD penting? PBD dapat membantu guru dalam:


 Mengesan perkembangan murid secara menyeluruh
 Mengenal pasti kekuatan dan kelemahan murid dalam
pembelajaran
 Mengetahui keberkesanan pengajaran
 Merancang dan mengubah suai kaedah pengajaran
 Mengambil tindakan susulan yang sesuai dengan serta
merta
6. Bagaimana PBD PBD dilaksanakan secara berterusan sepanjang proses PdP
dilaksanakan? sepanjang tahun. PBD dilaksanakan melalui pelbagai kaedah
pentaksiran seperti:
 Pemerhatian
 Penulisan
 Lisan
Melalui kerja projek, kuiz, pembentangan dan-lain-lain aktiviti
pembelajaran, berdasarkan Standard Prestasi dan
pertimbangan profesional guru.

7. Apakah pertimbangan Pertimbangan profesional merupakan satu bentuk keputusan


profesional? berkaitan pembelajaran murid yang dibuat oleh guru secara
beretika menggunakan pengetahuan, kemahiran dan
pengalaman berdasarkan Standard Prestasi dan data
perkembangan penguasaan murid dalam pembelajarannya.

8. Bagaimana PBD Tahap penguasaan murid dalam PBD dilaporkan menggunakan


dilaporkan? templat pelaporan dalam fail Excel yang digunakan secara luar
talian. Laporan ini digunakan pada peringkat sekolah, serta
dilaporkan kepada murid dan ibu bapa.

57
Panduan Pengajaran Pelbagai Gred Kelas Bercantum

9. Bagaimanakah Pihak pentadbir sekolah melakukan pemantauan, manakala


memastikan kualiti guru-guru dalam panitia semua mata pelajaran melakukan
pentaksiran bilik darjah perbincangan dan penyelarasan berkaitan kaedah dan
yang dilaksanakan? instrumen pentaksiran yang digunakan. Guru dalam panitia
yang sama juga melakukan moderasi (perbincangan) sesama
mereka dalam melakukan pertimbangan profesional terhadap
murid.
10. Siapakah jawatankuasa Jawatankuasa ini dibentuk oleh pihak sekolah, lazimnya
pemantauan kualiti dianggotai oleh:
PBD?  Pengetua/Guru Besar
 Penolong Kanan Pentadbiran
 Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
 Penolong Kanan Ko Kurikulum
 Penolong Kanan Petang
 Penolong Kanan Pendidikan Khas
 Guru Kanan Mata Pelajaran/Ketua Bidang
 Ketua Panitia
 Guru Cemerlang
 Jurulatih Utama
 Mana-mana guru yang dilantik oleh Pengetua/ Guru
Besar/JK PBS
11. Berapa kerap PBD perlu Sekurang-kurangnya 2 kali setahun
dilaporkan?
12. Apakah saluran yang  Buku Panduan
disediakan bagi  Laman sesawang http://bpk.moe.gov.my
mendapatkan maklumat  JPN
berkaitan KSSR?  PPD
13. Adakah BPK Tidak. Perekodan boleh dilakukan dalam dokumen seperti rekod
menyediakan rekod mengajar, buku catatan guru, senarai semak, templat pelaporan
transit? Excel atau lain-lain tempat merekod yang sesuai.

58
Panduan Pengajaran Pelbagai Gred Kelas Bercantum

14. Adakah BPK Untuk tujuan pelaporan, templat pelaporan PBD dalam fail
menyediakan format Excel yang disediakan dalam laman web BPK. Pelaporan dibuat
pelaporan penguasaan dua kali setahun.
murid dalam PBD?
15. Adakah templat Templat pelaporan PBD yang baharu akan disediakan mengikut
pelaporan PBD yang Tahun/ Tingkatan kurikulum KSSR (Semakan 2017) dan KSSM
baharu ini untuk semua yang dilaksanakan. Ini bermakna pada tahun 2018, templat
Tahun dan Tingkatan? pelaporan yang baharu ialah untuk Tahun 1, Tahun 2, Tingkatan
1 dan Tingkatan 2.

Manakala templat pelaporan PBD yang baharu untuk Tahun 3


KSSR (Semakan 2017) dan Tingkatan 3 KSSM akan dimula
digunakan pada tahun 2019.

Templat pelaporan PBD yang baharu untuk Tahun 4 akan


digunakan pada tahun 2020, Tahun 5 pada tahun 2021 dan
Tahun 6 pada tahun 2022.

Semua templat pelaporan yang baharu akan dimuat naik di


laman web BPK lebih kurang enam bulan sebelum tahun
pelaksanaannya.

16. Mengapa tiada surat PBD merupakan sebahagian dari kurikulum. Kurikulum terdiri
siaran atau pekeliling daripada kandungan, pedagogi dan pentaksiran. Pentaksiran ini
untuk melaksanakan dinyatakan dalam Dokumen Standard Kurikulum dan
PBD? Pentaksiran (DSKP) setiap mata pelajaran. Pelaksanaan
kurikulum dan pentaksiran berlaku secara serentak dan tidak
memerlukan surat pekeliling yang berasingan. Surat pekeliling
bagi melaksanakan KSSR (Semakan 2017) ialah SPI Bil. 8/2016
manakala surat pekeliling bagi melaksanakan KSSM ialah SPI
Bil. 9/2016.

17. Apa perbezaan Tahap Tahap Penguasaan Umum ialah tahap penguasaan yang
Penguasaan Umum digunakan oleh semua mata pelajaran bagi menjadi asas kepada
dengan Tahap pembangunan Standard Prestasi mata pelajaran tersebut.

59
Panduan Pengajaran Pelbagai Gred Kelas Bercantum

Penguasaan Pernyataan dalam Tahap Penguasaan Umum adalah sama bagi


Keseluruhan? semua mata pelajaran.

Tahap Penguasaan Keseluruhan ialah penentuan satu Tahap


Penguasaan dalam mata pelajaran tersebut pada penghujung
sesi persekolahan iaitu pada akhir tahun persekolahan.

7.0 RUJUKAN

Buku Panduan Khas Kelas Bercantum Kurikulum Baru Sekolah Rendah (1982) Kementerian
Pelajaran Malaysia.

DSKP KSSR (Semakan 2017) Tahun 2

DSKP KSSR (Semakan 2017) Tahun 3

Garis Panduan Kelas Bercantum, Kementerian Pendidikan Malaysia.

Kursus Perguruan Lepas Ijazah Sekolah Rendah, (2006). Modul Kelas Bercantum, Bahagian
Pendidikan Guru, Kementerian Pelajaran Malayisa

Panduan Guru Kelas Bercantum (1980), Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian


Pelajaran Malaysia

Siegle, D. (2013). Technology: Differentiating Instruction by Flipping the Classroom.

SPI Bil. 9/2017: Garis Panduan Kelas Bercantum, Kementerian Pendidikan Malaysia.

UNESCO (2015). Practical Tips for Teaching Multigrade Classes. Embracing Diversity :
Toolkit for Creating Inclusive, Learning – Friendly Environments Specialized Booklet 4.
http://www.unesco.org/open-access/terms-use-ccbysa-en. Unesco Bangkok Office.
60
Panduan Pengajaran Pelbagai Gred Kelas Bercantum

PANEL PENGGUBAL PANDUAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN KELAS


BERCANTUM

BIL NAMA ORGANISASI


1. Encik Mohd Norlizam bin Mohd Razali Bahagian Pendidikan Guru
2. Cik Zaidah Abu Bakar IPGK Perempuan Melayu Melaka
3. Dr Mohd Anuar B. Abdullah IPGK Ipoh
4. Puan Wan Nor Fadzilah binti Wan Husin Bahagian Pembangunan Kurikulum
5. Puan Rosei Sheerin binti Mahpor IPGK Ilmu Khas
6. Puan Masriyah binti Misni IPGK Pendidikan Teknik
7. Encik Ishak bin Othman IPGK Bahasa Antarabangsa
8. Encik Zaradi bin Sudin IPGK Ilmu Khas
9. Puan Zahara binti Zulkifly IPGK Pendidikan Islam
10. Dr. Wan Noor Adzmin binti Mohd Sabri IPGK Pendidikan Teknik
11. Encik Mohd Kashfi bin Mohd Jailani IPGK Pendidikan Teknik

EDITOR PANDUAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN KELAS BERCANTUM


BIL NAMA ORGANISASI
1. Puan ‘Izzati binti Mohd Amin Bahagian Pendidikan Guru

2. Puan Shamsiah binti Md Nasir IPGK Pendidikan Teknik

61
Panduan Pengajaran Pelbagai Gred Kelas Bercantum

62
Panduan Pengajaran Pelbagai Gred Kelas Bercantum

63
Panduan Pengajaran Pelbagai Gred Kelas Bercantum

64
Panduan Pengajaran Pelbagai Gred Kelas Bercantum

65
Panduan Pengajaran Pelbagai Gred Kelas Bercantum

66

Anda mungkin juga menyukai