Anda di halaman 1dari 2

UCAPAN PERASMIAN PENUTUP

PROGRAM TRANSISI TAHUN 1


SESI 2024

Terima kasih Pengacara Majlis,


Yang berusaha,
Pn Amnah binti Md Noh, GPK Pentadbiran
Pn. Noraisah Bt Bachok, GPK Hal Ehwal Murid
Pn. Khuzaimah Bt Hairudin, GPK Kokurikulum
Pn. Ayuni binti Abd Rahman, GPK Petang
En. Mohd Haniff B Hamid, GPK Pendidikan Khas
Barisan Guru, serta

Murid-murid sekalian.

Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat ilahi, pada hari ini kita diberikan
kesihatan yang baik serta kelapangan waktu untuk kita sama-sama menjayakan Majlis
Penutup Program Transisi Tahun 1 bagi sesi persekolahan 2024 di SK Taman Cahaya
Masai.

Guru-guru dan murid-murid sekalian ,

Saya ingin mengucapkan tahniah dan syabas kepada seramai 280 orang murid tahun 1
aliran perdana dan 16 orang murid tahun 1 aliran PPKI SK Taman Cahaya Masai
kerana telah berjaya mengharungi tempoh empat minggu Program Transisi Tahun 1
yang berakhir pada hari ini dengan jayanya.

. Peralihan murid-murid dari sekolah tadika / prasekolah ke pendidikan yang


lebih formal di sekolah rendah pasti memberikan pengalaman yang cukup asing
kepada murid-murid. Jika dahulu semasa di tadika / pra sekolah..murid-murid datang
disambut oleh guru, dibawa oleh guru ke kelas masing-masing, apabila waktu makan,
makanan akan dihidangkan, jika mahu ke tandas akan ada guru atau pembantu yang
bawa murid-murid ke tandas…tetapi apabila murid naik ke darjah 1, semua itu perlu
dilakukan sendiri. Murid-murid perlu berdikari. Tahniah, kerana dalam tempoh 4
minggu ini saya yakin semua murid boleh melakukannya sendiri tanpa bantuan yang
maksima daripada guru-guru semua.

Saya bersyukur kerana, program transisi yang dijalankan melibatkan dua minggu
fasa penyesuaian dan dua minggu fasa kesediaan telah memberi ruang kepada murid -
murid untuk menyesuaikan diri dengan lebih baik di sekolah. Pelbagai aktiviti transisi
yang menarik telah disediakan oleh guru-guru. Melalui aktiviti-aktiviti yang
dijalankanm murid-murid dapat mengenal kawasan sekitar sekolah, mengenal guru-
guru dan mendapat kawan-kawan baharu lebih ramai lagi. Walaupun dengan keadaan
cuaca yang agak panas pada masa sekarang, ada juga di kalangan murid-murid yang
berpuasa tetapi kesungguhan dan semangat murid-murid dalam melaksanakan semua
aktiviti transisi untuk tempoh 4 minggu ini sangat menakjubkan. Saya berharap,
impak daripada program transisi ini murid telah bersedia menghadapi pembelajaran
yang akan datang seterusnya akan menjadi murid-murid yang hebat di sini.

Guru-guru dan murid-murid sekalian ,

Seterusnya, setinggi-tinggi ucapan tahniah dan syabas juga saya tujukan khas kepada
barisan guru-guru tahun 1 yang bertungkus lumus dan begitu komited memastikan
program transisi ini berjalan dengan lancar. Saya tahu, ada segelintir guru-guru tahun
1 di sekolah ini baharu saja pertama kali menguruskan anak-anak tahun 1. Ia bukanlah
satu perkara yang mudah, tapi saya amat berbangga dengan kebolehan guru-guru di
SK Taman Cahaya Masai ini. Kerjasama dan kebersamaan antara para pentadbir,
penyelaras transisi dan semua guru petang dalam melaksanakan Program Transisi
Tahun 1 ini sememangnya sangat luar biasa. Tahniah cikgu-cikgu!

Akhir kata, semoga murid-murid tahun 1 di SK Taman Cahaya Masai akan terus
bersinar dan menjadi anak yang baik lagi cerdik di bawah naungan guru-guru tahun 1
yang sangat hebat ilmu dan kebolehannya.

Dengan lafaz bismillah, saya merasmikan Majlis Penutupan Program Transisi Tahun
1 bagi sesi 2024

Sekian , terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai