Anda di halaman 1dari 5

MASA CUE PENGUMUMAN

8.00 pagi PENGUMUMAN Semua guru-guru, ibu bapa murid-murid dan para hadirin diminta untuk berada di
dewan ilmu Sk Sg Entulang.

8.10 pagi HADIRIN MENGAMBIL Majlis mempersilakan Yang Dihormati Puan Jessica Binti Mahali, Guru Besar
TEMPAT DI DEWAN Sekolah Kebangsaan Sg Entulang, Ydp PIBG, Pn Petricia Anak Richerd, guru-guru
penolong kanan, guru-guru, para ibu bapa dan murid-murid untuk mengambil
tempat di dalam Dewan Ilmu Sk Sg Entulang.

8.15 pagi KETIBAAN JEMPUTAN Diumumkan ketibaan yang Dipertua PIBG Pn Petricia Anak Richerd diiringi Guru
DAN IBUBAPA Besar Sk Sg Entulang Pn Jessica Binti Mahali Ke tempat duduk utama.

semua hadirin dipersilakan berdiri.

bagi memulakan acara, marilah sama-sama kita menyanyikan lagu Negaraku,


Negeri, Sekolah dan Lafaz ikrar.

BACAAN DOA KALAU PERGI KETANJUNG KERAMAT,


ANAK MANIS JANGAN DIANGKAT;
BERSAMA KITA MEMOHON RAHMAT,
MOGA MAJLIS MENDAPAT BERKAT.

Bagi memohon keberkatan majlis kita pada pagi ini, majlis menjemput al
fadhil Ustaz Mohd Saddam Khalid Bin Mohd Ghazali untuk membacakan doa. Majlis
dengan segala hormatnya mempersilakan

----------------------------- bacaan doa -------------------------

Amin amin ya rabbal alamin

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Ustaz


Mohd Saddam Khalid Bin Mohd Ghazali atas bacaan doa itu tadi.

UCAPAN ALU-ALUAN Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh, salam sejahtera dan salam ibu


PENGACARA MAJLIS pertiwiku.

Yang Dihormati, Pn Petricia Anak Richer, Yang Dipertua PIBG Sekolah Kebangsaan
Sg Entulang,

Yang Berusaha, Puan Jessica Binti Mahali, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Sg
Entulang,

Yang Dihormati, guru-guru penolong kanan,

Yang Dihormati, barisan pendidik Sekolah Kebangsaan Sg Entulang

Para ibu bapa,

Dan murid-murid yamg dikasihi sekelian.


PERGI BERHUMA DI TANJUNG ROKAN,
SEBELUM PULANG MENGAIL IKAN;
KEHADIRAN TUAN-PUAN KAMI ALUKAN,
KECIL TELAPAK TANGAN NYIRU KAMI TADAHKAN.

Alhamdulillah, syukur kepada Allah Yang Maha Esa kerana kita diberikan kekuatan
dan kesempatan untuk berhimpun dalam Majlis Transisi Pra dan Tahun 1 SK Sg
Entulang bagi sesi tahun 2020.

Pihak sekolah mengalu-alukan kedatangan para tetamu jemputan, ibu bapa, dan
murid-murid ke majlis pada hari ini. Program Transisi Murid Pra dan Tahun 1
bertujuan untuk membantu murid-murid menghadapi perubahan dari pendidikan
tidak formal di tabika atau prasekolah ke pendidikan formal di Tahun Satu sekolah
rendah. Dengan terlaksananya program ini, murid-murid diharap dapat
menyesuaikan diri dengan persekitaran sekolah, guru-guru, dan kawan-kawan
baharu dalam masa yang singkat.

8.00 pagi UCAPAN GURU BESAR BUKAN RUMPUT SEBARANG RUMPUT,


SK Sg Entulang (Pn RUMPUT PENGHIAS TEPI HALAMAN;
Jessica Binti Mahali) BUKAN JEMPUT SEBARANG JEMPUT,
JEMPUT MEMOHON KATA ALUAN.

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Yang Berusaha Pn Jessica Binti


Mahali selaku Guru Besar SK Sg Entulang untuk menyampaikan ucapan.
Dipersilakan.

**Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Puan Guru Besar atas ucapan
alu-aluan sebentar tadi.
8.45 pagi PENUTUPAN MINGGU
PROGRAM TRANSISI
TAHUN 1 DAN PRA
SEKOLAH

9.00 pagi PERSEMBAHAN MURID Guru-guru, ibu bapa dan murid-murid sekalian, majlis pada hari ini diteruskan lagi
dengan persembahan oleh murid-murid:

Pra Sekolah : murid Pra Sekolah akan mempersembahkan persembahan ACTION


SONG yang bertajuk:

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

**terima kasih diucapkan atas persembahan yang menarik sebentar tadi

Tahun 1 : lagu kami murid baru dan tarian

**terima kasih diucapkan ats persembahan yang menghiburkan hati sebentar tadi.

9.30 PEMYAMPAIAN HADIAH Majlis pada hari ini diteruskan lagi dengan acara penyampaian hadiah bagi acara
sukaneka. Buat pengetahuan guru-guru, ibu bapa dan murid-murid sekalian, acara
sukaneka merupakan salah satu daripada aktiviti menarik yang dilaksanakan
sepanjang MINGGU TRANSISI. Murid-murid Pra Sekolah dilihat bermain dengan
sangat bersemangat semasa aktiviti sukaneka dijalankan. Oleh itu, bagi
menyempurnakan upacara penyampaian hadiah, majlis dengan segala hormatnya
menjemput _______________________________________ untuk menyampaikan
hadiah.

Tempat ketiga dimenangi oleh__________________________________

Tempat kedua disandang oleh ______________________________________

Manakala JOHAN bagi acara sukaneka sempena MINGGU TRANSISI peringkat SK Sg


Entulang disandang oleh_________________.

Tahniah kepada semua yang terlibat. Terima kasih diucapkan kepada


_______________________________ atas kesudian menyampaikan hadiah kepada
para pemenang.
PENYAMPAIAN ANUGERAH MURID TERBAIK Minggu Program Transisi.

Buat pengetahuan guru-guru, ibu bapa dan murid-murid sekalian, 2 anugerah telah
dipertandingkan iaitu ANUGERAH MURID TERBAIK Minggu Program Transisi
peringkat SK Sg Entulang.

Antara kriteria yang diutamakan bagi anugerah yang dipertandingkan ini ialah:
Pelajar mestilah seorang yang:

1. Berketerampilan dan mempunyai sikap yang positif.

2. Memberikan kerjasama sepenuhnya sepanjang minggu transisi.

3. Menunjukkan minat dan tumpuan yang tinggi dalam semua aktiviti yang
dijalakan dan

4. Mempunyai karakter yang menarik.

Oleh itu, bagi menyampaikan ANUGERAH MURID TERBAIK bagi MINGGU


TRANSISI, dengan ini majlis mempersilakan , Pn Guru Besar, Pn Jessica Binti Mahali
untuk menyampaikan anugerah berkenaan.

Bagi kategori ___________________ MINGGU TRANSISI peringkat SK Sg Entulang


dirangkul oleh: ______________________________

Bagi kategori _____________________ MINGGU TRANSISI peringkat SK Sg


Entulang pula dirangkul oleh: ___________________________________________

Terima kasih diucapkan kepada , Pn Jessica Binti Mahali atas kesudian beliau
menyampaikan ANUGERAH MURID TERBAIK sempena MINGGU TRANSISI,
peringkat SK Sg Entulang. Semoga murid-murid Tahun 1 yang lain akan dapat
mencontohi kedua-dua pelajar yang telah merangkul anugerah -
________________________ bagi MINGGU TRANSISI SK Sg Entulang .

9.45 pagi PENYAMPAIAN BUKU


TEKS.
10.00 JAMUAN RINGAN
pagi DIEDARKAN DIDEWAN
ILMU SKSE

10.25 PENUTUP BINTANG BARAT TERBITAN PETANG,


pagi
BINTANG TIMUR TERBITAN PAGI,

JIKA TIDAK MELARAT PANJANG,

ADA UMUR KETEMU LAGI

MERDU BERTINGKAH ALUNAN SUARA,

KADANG TAK SEDAR TERSILAP KATA;

ANDAI TERLANJUR PATAH BICARA,

SERENDAH HATI KEMAAFAN DIPINTA.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua tetamu


jemputan, Ahli Jawatankuasa Program Transisi Tahun 1, para ibu bapa dan mereka
yang terlibat secara langsung atau tidak langsung bagi menjayakan majlis ini.

Sebelum majlis melabuhkan tirainya, semua hadirin diminta berdiri untuk


menyanyikan lagu ibu peritiwiku.

ibubapa dipersilakan untuk menikmati jamuan yang disediakan.

wabillahitaufik walhidayah, wassalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh.

Anda mungkin juga menyukai