Anda di halaman 1dari 13

KEPIMPINAN KAIZEN MENINGKATKAN KOMPETENSI GURU DALAM

MENGHADAPI CABARAN REVOLUSI INDUSTRI 4.0

Nur Hidayah binti Zabarani


Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia
43600, Bangi, Selangor, MALAYSIA
P101234@siswa.edu.ukm.my

Azlin Norhaini binti Mansor


Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia
43600, Bangi, Selangor, MALAYSIA
azlinmansor@ukm.edu.my

Kepimpinan yang diamalkan di sekolah perlu bergerak seiring dengan keperluan dan keadaan
semasa terutama dalam menghadapi cabaran revolusi industri 4.0. Gelombang revolusi industri
4.0 ini menuntut kepimpinan sekolah untuk memperkasa barisan guru khususnya dalam
meningkatkan kualiti pelaksanaan pembelajaran dan pemudahcaraan (PdPc). PdPc yang
dilaksanakan perlu relevan dan berkesan bagi memastikan penghasilan murid yang berkualiti
sebagai aset negara di masa hadapan. PdPc guru yang kurang menarik dan tidak terancang
merupakan antara punca kepada menurunnya minat belajar murid-murid sehingga
menjuruskan kepada pelbagai masalah yang tidak bernoktah. Kemelut dan cabaran dalam
menangani isu ini perlu ditangani dengan segera. Kompetensi guru perlu ditingkatkan melalui
kepimpinan berkesan agar kecemerlangan profesion ini dapat dilestarikan. Kepimpinan
berkesan yang dilihat selari dengan perkembangan ini adalah kepimpinan Kaizen di mana
amalan penambahbaikan dilaksanakan secara berterusan terutama bagi meningkatkan kualiti
khususnya di kalangan guru. Justeru, kertas konsep ini akan membincangkan bagaimana
kompetensi guru dalam menghadapi cabaran revolusi industri 4.0 dapat ditingkatkan melalui
amalan kepimpinan Kaizen. Menerusi kaedah analisis dokumen, didapati terdapat tujuh
falsafah kepimpinan kaizen yang boleh diamalkan dalam melaksanakan penambahbaikan
terhadap organisasi khususnya terhadap kompentensi guru. Antara implikasi yang
dibincangkan adalah melibatkan cadangan pengintegrasian elemen Kaizen sebagai langkah
penambahbaikan berterusan yang memberikan impak terhadap guru-guru terutama dalam
menghadapi cabaran revolusi industri 4.0.

Kata kunci: kepimpinan kaizen, penambahbaikan berterusan, Revolusi Industri 4.0

1
1.0 PENGENALAN

Revolusi industri 4.0 memberikan impak besar terhadap pendidikan di seluruh dunia.
Kualiti pengajaran dan pemudahcaraan (PdPc) perlu bergerak seiring dengan kerancakan
perkembangan teknologi dunia tanpa sempadan. Pendekatan pedagogi yang bermakna dan
berkesan adalah penting dalam menghasilkan pembelajaran yang lebih menarik sekaligus
melahirkan murid yang dapat berfikiran kreatif dan kritis dalam mempersiapkan mereka
dengan keperluan dan cabaran global. Kaedah pengajaran guru perlu mengalami proses
transformasi di mana pengajaran dan pemudahcaraan perlu lebih berpusatkan murid
berbanding guru. Guru perlu lebih berinovasi dan mengurangkan kaedah pengajaran yang lebih
ke arah konvensional dalam memastikan perkembangan potensi murid secara menyeluruh dan
bersepadu dari aspek intelek, rohani, emosi , jasmani dan sosial selaras dengan Falsafah
Pendidikan Kebangsaan.

Keperluan ke arah melaksanakan transformasi pengajaran memerlukan tindakan segera


kepimpinan sekolah dalam mengenal pasti ramuan terbaik dalam mengadunkan strategi
berkesan dalam mempersiapkan guru menghadapi cabaran Revolusi Industri 4.0. Hal ini adalah
penting dalam memperkasakan kompetensi guru secara holistik khususnya dalam
meningkatkan kualiti PdPc. Kompetensi guru merujuk kepada pengetahuan, kemahiran dan
peribadi yang perlu bagi melaksanakan sesuatu tugas dan tanggungjawab (Andi Ernawati &
Ahmad Johari 2014). Guru yang berkelayakan dan berkualiti di dalam bilik darjah akan
memastikan peningkatan dalam hasil pembelajaran (Metzler & Woessman 2010).

Amalan kepimpinan Kaizen yang melihat kepada penambahbaikan yang dilakukan


secara berterusan merupakan usaha penting bagi mencapai matlamat iaitu untuk
mengembangkan kompetensi guru seiring dengan keperluan semasa. Kualiti yang ditingkatkan
dalam kepimpinan Kaizen bukan hanya melihat perubahan daripada aspek fizikal malahan
terhadap peningkatan kapasiti sumber manusia (Imai 1986). Sesungguhnya, matlamat ini
berupaya untuk dicapai menerusi peningkatan dan latihan berterusan seperti yang dilaporkan
oleh Pertubuhan Kebudayaan, Saintifik dan Pendidikan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu
(UNESCO) pada tahun 2017. Justeru, kecaknaan pemimpin sekolah dalam memperkasakan
kompetensi guru dilihat konsisten dalam usaha memastikan murid yang dihasilkan menerusi
PdPc yang berkualiti memenuhi aspirasi murid seperti digariskan dalam Pelan Pembangunan
Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 (Kementerian Pendidikan Malaysia 2014)

2
2.0 KAJIAN LITERATUR

Definisi Kaizen

Masaaki Imai menerangkan Kaizen berdasarkan Kaizen; The Key to Japan’s


Competitive Success (1986), “the process of continuous improvement, everyday, everywhere
by everybody”. Kaizen merupakan satu perkataan Jepun yang bermaksud “beransur-ansur dan
penambahbaikan secara berterusan” (Imai 1986). Ianya merupakan pendekatan holistik untuk
meneruskan kecemerlangan (organisasi dan peribadi) di mana semua yang terlibat akan
memperbaiki organisasi pada setiap masa. Asas kepada kaizen adalah perubahan ke arah yang
lebih baik dengan cara menyisihkan elemen ketidakcekapan (Miller et al. 2014).

Selain itu, untuk menjadi lebih baik dalam apa sahaja yang dilakukan memerlukan
disiplin yang tinggi dan pengorbanan untuk menghapuskan tabiat yang tidak baik dan
menggantikannya dengan tabiat yang baik bagi menyokong peningkatan prestasi (Wiid 2019).
Penerapan elemen Kaizen seperti amalan dan pemikiran kaizen dalam sesebuah organisasi
tidak dapat direalisasikan jika ianya tidak dihayati oleh barisan tertinggi dalam sesebuah
organisasi. Perkara ini adalah penting bagi mengelakkan berlakunya kecelaruan, kekeliruan
mahupun percanggahan kefahaman terhadap konsep kaizen itu sendiri.

Kepimpinan Kaizen

Kepimpinan Kaizen melibatkan usaha penambahbaikan yang dilakukan secara


berterusan dalam sesebuah organisasi (Imai 1986 & Bodek 2010) Kepimpinan Kaizen juga
jauh berbeza daripada gaya pengurusan Barat yang kebanyakannya berorientasikan keputusan
(result-driven) (Wiid 2019). Pemimpin Kaizen merupakan seorang role model yang
menunjukkan tingkah laku pemimpin yang produktif dalam memberikan hasil yang mampan
dan berterusan. Pemimpin Kaizen tidak hanya memberitahu, mengamalkan paksaan , membuli
atau mengancam pekerja di dalam sesebuah organisasi malah kepimpinan yang diamalkan
sentiasa memberi inspirasi di samping menerapkan disiplin dalam pasukan (Miller et al, 2014).
Selain itu, antara peranan penting pemimpin dalam kepimpinan Kaizen adalah untuk memberi
sokongan terhadap frontline staff (pekerja baris hadapan) yang bertindak sebagai pelaksana
(Wiid 2019). Dalam organisasi Kaizen, pekerja bukan sahaja berkhidmat untuk memenuhi
kehendak pemimpin malah pemimpin juga akan turut sama berkhidmat untuk mengupayakan
pekerja dalam memastikan nilai disampaikan terhadap pelanggan. Pemimpin akan memberi

3
galakan dan membimbing pekerja menerusi kaedah penyelesaian masalah yang bersistematik
dan berstruktur dalam keadaan yang tertib (Wiid 2019).

Dalam konteks kepimpinan di sekolah, elemen Kaizen dapat dilihat seperti yang
digariskan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia menerusi Standard Kualiti Pendidikan
Malaysia Gelombang 2 (SKPMg2). Berdasarkan SKPMg2 Standard 1, Pengetua/ Guru Besar
(PGB) berperanan sebagai pemimpin berimpak tinggi yang berupaya menggembleng dan
menggerakkan warga sekolah secara bersepadu untuk memajukan sekolah dan meningkatkan
kualiti PdPc. Peranan PGB dilihat daripada tiga aspek utama iaitu PGB sebagai peneraju,
pembimbing dan pendorong seperti yang dinyatakan dalam Jadual 1 di bawah. Penekanan
terhadap penambahbaikan yang perlu dibuat secara berterusan ternyata merupakan aspek
kepimpinan yang penting bagi memastikan kecemerlangan organisasi yang berimpak tinggi.

ASPEK KRITERIA KRITIKAL

ASPEK 1.1: PGB bertindak sebagai peneraju dalam semua aspek pengurusan dan
pendidikan di sekolah untuk memastikan matlamat dan objektif yang
PGB Sebagai Peneraju ditetapkan tercapai.

ASPEK 1.2: PGB bertindak sebagai pembimbing untuk meningkatkan kecekapan


PGB Sebagai Pembimbing individu dan kualiti pengurusan sekolah.

ASPEK 1.3: PGB bertindak sebagai pendorong untuk meningkatkan motivasi


warga sekolah dalam melaksanakan tanggungjawab secara
PGB Sebagai Pendorong bersungguh-sungguh dan berkualiti.

4
STANDARD KUALITI
BIL TINDAKAN UNTUK MENCAPAI STANDARD (TUMS)
(STAK)
Membuat analisis, menentukan sasaran, mendokumen dan
PGB menetapkan hala tuju
1.1.1 menyebarluaskan hala tuju secara menyeluruh, mengambil kira
sekolah secara terancang.
keperluan sekolah, secara jelas dan kolektif.
Mengetuai penyediaan garis panduan/format perancangan strategik,
PGB mengetuai penyediaan merangka strategi pencapaian sasaran, memantau dan menyiapkan
1.1.2 Rancangan Pemajuan dokumen perancangan strategik dengan mekanisme yang sesuai,
Sekolah secara terancang. mengikut ketetapan hala tuju, keperluan sekolah dan secara
komprehensif.
PGB mengetuai pemantauan Mengetuai pelaksanaan pemantauan, menyediakan rumusan dan
1.1.3 pengoperasian sekolah secara mengambil tindakan susulan mengikut ketetapan, secara
terancang. menyeluruh dan berterusan.
Melaksanakan PdP, menyediakan Rancangan Pelajaran Harian
PGB menerajui aktiviti (RPH), menaksir tahap penguasaan murid dan menyemak hasil
1.1.4
instruksional secara berkesan. kerja murid mengikut arahan yang berkuat kuasa, mematuhi jadual,
secara tekal dan menyeluruh.
Mengetuai pelaksanaan pencerapan PdP, memberi maklum balas
PGB menerajui aktiviti dan bimbingan serta mengambil tindakan susulan mengikut
1.1.5
instruksional secara berkesan. ketetapan, mematuhi perancangan, secara menyeluruh dan
berterusan.
Mengetuai pemantauan kemajuan dan pencapaian murid
PGB menerajui aktiviti dengan menganalisis pencapaian murid, menyediakan rumusan dan
1.1.6
instruksional secara berkesan. mengambil tindakan susulan mengikut ketetapan, secara
menyeluruh dan berterusan.
PGB menangani masalah Mengenal pasti, mengambil tindakan dan menyelesaikan
1.1.7 pengoperasian sekolah secara masalah/isu pengoperasian sekolah dengan mekanisme yang sesuai,
profesional dan sistematik. secara menyeluruh, telus, kreatif dan inovatif.
PGB memberi bimbingan Memberi input, panduan dan maklum balas kepada guru dan
1.2.1 kepada guru dan AKP secara AKP mengikut keperluan, secara jelas, menyeluruh dan dari semasa
profesional dan terancang. ke semasa.

Jadual 1: Aspek dan kriteria SKPMg2 Standard 1


(Sumber: Kementerian Pendidikan Malaysia 2019)

Kompetensi guru dalam revolusi industri 4.0

Pendidikan 4.0 merupakan kesan langsung terhadap perkembangan industri revolusi


4.0 di mana manusia dan teknologi adalah sejajar dalam kebarangkalian baru. Fisk
(2017) menerangkan bahawa visi pembelajaran baru menggalakkan pelajar mempelajari bukan
sahaja kemahiran dan pengetahuan yang diperlukan tetapi juga untuk mengenal pasti sumber
untuk mempelajari kemahiran dan pengetahuan ini. Pembelajaran dibina di sekeliling mereka
tentang bagaimana dan bagaimana untuk belajar dan menjejaki prestasi mereka melalui
penyesuaian berasaskan data. Fisk (2017) terus menjelaskan sembilan trend yang berkaitan
dengan Pendidikan 4.0. Pertama, pembelajaran dapat dilakukan tidak kira bila atau di mana
saja. Kedua, pembelajaran akan lebih menjurus kepada keperluan individu. Ketiga, murid
mempunyai pilihan mengenai cara pembelajaran yang mereka inginkan. Keempat, murid akan
didedahkan dengan lebih banyak tugasan berasaskan masalah (project based learning).

5
Kelima, murid didedahkan dengan lebih banyak pembelajaran melalui pengalaman (hands-on
learning). Keenam, murid akan didedahkan kepada tafsiran data. Ketujuh, kepelbagaian
kaedah pentaksiran dan penilaian digunakan untuk melihat prestasi murid. Kelapan, pendapat
murid akan dipertimbangkan dalam mereka bentuk dan mengemas kini kurikulum.
Kesembilan, murid akan lebih bertanggungjawab terhadap pembelajaran masing-masing.

Perkembangan teknologi yang pesat pada masa kini telah menyebabkan perubahan dan
transformasi khususnya terhadap kaedah PdPc dan landskap pembelajaran (Dunwill 2016). Hal
ini berkait rapat dengan kompetensi guru yang merujuk kepada kebolehan , pengetahuan dan
kemahiran untuk melakukan sesuatu dengan cekap dan jayanya mengikut bidang masing-
masing (Dewan Bahasa Pustaka 2017). Dalam menghayati PdPc abad 21, elemen-elemen
berikut perlu diberi penekanan oleh setiap guru iaitu menguasai subjek (kandungan kurikulum),
mahir dan berketerampilan dalam pedagogi, memahami perkembangan muird-murid dan
menyayangi mereka, memahami psikologi pembelajaran , memiliki kemahiran kaunseling dan
menggunakan teknologi terkini (GPS Bestari 2016)

Berdasarkan kepada keperluan Pendidikan 4.0, guru perlu menyiapkan diri bagi
mengguna dan mengaplikasi kemahiran digital agar dapat memenuhi keperluan generasi terkini
(Anaelka 2018). Selain daripada murid yang memang mahir dengan penggunaan gajet dan
pelbagai alatan elektronik lain, guru juga perlu seiring dalam menggunakan kelebihan ini bagi
menarik minat pelajar untuk belajar. Penggunaan pemancar lcd, aplikasi mobil sudah tentu
membawa kelainan kepada suasana pembelajaran di dalam kelas (GPB Bestari 2016). Walau
bagaimanapun, Yusniza (2019) menyatakan bahawa pembelajaran abad ke 21 bukanlah hanya
berorientasikan penggunaan Komunikasi Teknologi dan Maklumat atau Information and
Communication Technology (ICT) semata-mata . ICT merupakan salah satu kaedah dalam
memudahcarakan PdPc guru bagi mengembangkan kemahiran PAK 21. Sekiranya penggunaan
ICT dijadikan sebagai kayu ukur PdPc berdasarkan PAK 21 maka ianya boleh menjadi beban
khususnya terhadap guru (Yusniza 2019). Apa yang paling penting adalah kesungguhan guru
bagi meningkatkan kompetensi dalam mengejar perubahan kerana ianya akan memberikan
implikasi yang positif terhadap kualiti pengajaran (Abdul Rahim Hamdan, et al. 2010)

Elemen PdPc abad 21 dapat diinterpretasikan dalam konteks Kaizen di mana matlamat
dalam perkembangan murid bukan hanya dengan penguasaan ilmu pengetahuan malahan ianya
perlu diselarikan dengan penghayatan nilai dalam kehidupan. Pengakhiran yang ingin dicapai
adalah untuk menghasilkan individu yang lebih baik yang akan memberi manfaat kepada diri

6
sendiri, keluarga dan juga masyarakat (Wiid 2019). Justeru, cabaran yang digalas bagi
sesebuah institusi pendidikan melalui tenaga pengajarnya adalah dengan memastikan
penguasaan ilmu pengetahuan dan penerapan nilai dalam pengajaran dapat dilaksanakan
dengan berkualiti dan berkesan.

3.0 IMPLIKASI DAN PERBINCANGAN

Menerusi Kaizen, pemimpin sekolah berupaya membantu guru meningkatkan kompetensi


khususnya bagi meningkatkan kualiti PdPc melalui penghayatan 7 falsafah kepimpinan Kaizen
seperti yang digariskan oleh Coimbra (2009) dalam Rajah 1 di bawah.

i. Mewujudkan nilai pelanggan (Create customer value)

Nilai terhadap pelanggan dapat diwujudkan sekiranya pemimpin sekolah memberi


penekanan terhadap kualiti berbanding kuantiti. Terdapat dua kategori pelanggan seperti yang
dinyatakan oleh Wiid (2019); internal customer (guru, staff, pensyarah, penyelidik) dan
external customer (murid-murid). Sekiranya pemimpin lebih peka terhadap keperluan atau isu
yang perlu diselesaikan di peringkat dalaman iaitu terhadap tenaga penggerak dalam
organisasi, kerjasama dan kepercayaan terhadap pemimpin dapat ditingkatkan. Hal ini dapat
diperhalusi melalui latihan dalam perkhidmatan (ladap) yang diperlukan oleh guru. Kajian
yang dijalankan oleh Siti Nur Aisyah dan Ahmad Zabidi (2016) terhadap 174 guru mendapati
kebanyakan latihan dalam perkhidmatan yang dijalankan adalah dalam bentuk kuliah. Kajian
turut mendapati wujud perbezaan dalam peningkatan profesionalisme guru berdasarkan

7
kelayakan akademik. Ini menunjukkan bahawa latihan dalam perkhidmatan yang bersifat one
size fits all tidak mungkin dapat membantu meningkatkan tahap profesionalisme guru kerana
setiap guru mempunyai keperluan yang berbeza. Keperluan yang berbeza ini perlu ditangani
dengan bijaksana agar potensi dan nilai setiap pekerja dapat digilap dan ditingkatkan. Dalam
konteks PdPc berkesan, guru yang mempunyai lebih lama pengalaman mengajar mempunyai
keperluan yang berbeza dengan guru baru contohnya dari segi amalan pedagogi terkini ataupun
kemahiran teknolgi maklumat (IT)

Di samping itu, kualiti PdPc seseorang guru dapat ditingkatkan sekiranya pemimpin
lebih cakna terhadap permasalahan yang merendahkan motivasi dan moral pekerja dalam
melaksanakan tanggungjawab seperti masalah beban tugas. Sekiranya pekerja dibebani dengan
perkara yang tidak berkaitan, fokus dan tumpuan dalam melaksanakan tugas akan terjejas.
Seperti kebanyakan individu dalam organisasi, guru juga perlu diberikan ruang dalam
menghasilkan kerja yang bermutu tanpa dibebani dengan perkara-perkara remeh seperti tugas
pengkeranian ataupun melaksanakan tugas-tugas yang tidak berkaitan. Menerusi Kaizen,
masalah yang berlaku di peringkat akar umbi seperti ini perlu ditangani dengan segera
mengikut kaedah penyelesaian masalah yang betul. Sekiranya masalah yang dianggap remeh
ini dibiarkan tanpa sebarang penyelesaian, ianya akan menyebabkan berlakunya masalah yang
lebih serious dan merugikan banyak pihak.

ii. Menyingkirkan ketidakcekapan atau pembaziran (Removing inefficiencies or waste)

Masyarakat Jepun melihat pembaziran atau muda sebagai perkara yang tidak
memberikan manfaat (Imai 1986). Menyingkirkan ketidakcekapan atau pembaziran
merupakan langkah permulaan dalam membuat penambahbaikan yang sentiasa ditekankan
dalam Kaizen. Terdapat pelbagai jenis pembaziran yang telah dikenal pasti wujud dalam
organisasi seperti pembaziran masa dan sumber. Pembaziran masa merujuk kepada masa yang
digunakan lebih dari tempoh yang ditetapkan sebagai contoh perhimpunan atau mesyuarat yang
mengambil masa terlalu lama. Selain itu, pembaziran sumber pula boleh dilihat melalui
pelaksanaan tugasan yang tidak memberikan impak seperti menghasilkan laporan yang sama
berulang kali. Pembaziran masa dan sumber sekiranya tidak ditangani dengan bijak oleh
pemimpin sekolah boleh menyebabkan drain-out di kalangan guru atas ketidakcekapan
perancangan oleh pentadbir. Sekiranya perkara ini ditangani dengan amalan Kaizen yang
berkesan, guru dapat menumpukan lebih banyak masa terhadap tugas hakiki iaitu merancang
PdPc yang berkualiti dan berkesan tanpa sebarang tekanan.

8
iii. Memperkasakan individu (Empower people)

Pemerkasaan individu merupakan satu terjemahan rasa hormat kepada orang


lain. Memperkasakan individu melibatkan semua pihak pada setiap waktu (Imai 1997). Ianya
juga merupakan salah satu cara untuk meningkatkan moral guru melalui sokongan yang
diberikan terutama daripada PGB . Salah satu langkah pemerkasaan guru yang boleh
dilaksanakan oleh PGB yang menghayati amalan Kaizen adalah dengan memberi penghargaan
terhadap pekerja yang sentiasa berusaha meningkatkan kualiti PdPc menerusi inovasi yang
dilakukan. Perkara ini adalah seiring dengan keperluan pendidikan 4.0 yang memerlukan guru
bertindak dalam menghasilkan PdPc yang relevan dengan keperluan murid pada masa kini.
Penghargaan merupakan insentif yang bukan sahaja boleh meningkatkan moral dan semangat
malah ianya juga membantu dalam meningkatkan kualiti dan komitmen kerja guru. Pemberian
penghargaan tidak semestinya diberikan secara fizikal (wang atau hadiah) semata-mata malah
ianya boleh diterjemahkan dalam bentuk kata-kata semangat dan motivasi. PGB boleh
menjadikan pencapaian atau kejayaan guru dalam meningkatkan kualiti PdPC kepada guru-
guru yang lain agar dapat mewujudkan suasana kerja yang lebih positif. Selain itu, pemberian
penghargaan kepada individu juga merupakan satu cara untuk memberi inspirasi kepada
individu yang lain di dalam sesebuah organisasi agar sentiasa berusaha dan meningkatkan
prestasi.

iv. Fokus terhadap gemba (Focus on gemba)

Gemba merupakan pendekatan yang digunakan oleh pemimpin dalam melakukan


perubahan (Wiid 2019) Menerusi gemba, pemimpin akan berada di baris hadapan dalam
mengenal pasti masalah. Amalan kepimpinan kaizen boleh diterapkan dalam usaha untuk
meningkatkan kemahiran PdPc guru adalah menerusi kaedah bimbingan atau coaching.
Coaching merupakan kaedah penting yang boleh dilaksanakan oleh pemimpin sekolah
pemimpin sekolah kerana mereka merupakan individu yang berperanan sebagai key player
dalam membuat usaha penambahbaikan terhadap sekolah dan seterusnya melestarikannya
(Wise & Hammack 2011). Konsep coaching menerusi kaizen melihat kepada penyelesaian
sesuatu masalah atau isu yang dibuat bersama-sama bagi menambah baik sesuatu keadaan.
Pemimpin akan bersama-sama menyelesaikan masalah yang dikenal pasti sebagai salah satu
sokongan dan dorongan bagi meningkatkan motivasi guru. Menerusi amalan Kaizen, peranan
pemimpin sewaktu pemantauan dijalankan bukanlah untuk menilai atau mengkritik. Dalam
sistem pemantauan yang sedia ada, pentadbir boleh merujuk kepada elemen pencerapan seperti

9
dinyatakan dalam Standard 4 SKPMg2. Sekiranya terdapat masalah atau kekurangan dalam
pelaksanaan PdPc, masalah tersebut perlu diberi perhatian dan diselesaikan serta merta supaya
tidak berulang dan menjejaskan kualiti PdPc guru tersebut. Tindakan penambahbaikan ini
bukan sahaja membantu guru mengenal pasti kelemahan yang wujud malah membantu guru
dalam memikirkan kaedah lain yang lebih berkesan dan efektif seperti contoh aspek kawalan
kelas.

v. Menekankan ketelusan (Be transparent)

Ketelusan memerlukan kejujuran. Kejujuran dalam memimpin memerlukan PGB


sentiasa berfikiran terbuka dan sedia untuk mendengar maklum balas dari setiap peringkat
sehingga ke akar umbi. Masalah atau isu yang wujud di peringkat awal sekiranya tidak
diselesaikan dengan segera akan mengakibatkan masalah yang lebih besar di masa-masa akan
datang. Ketelusan dalam mentafsir atau menilai sesuatu keadaan membantu pengurusan
mengenal pasti sesuatu isu dengan segera seperti yang dilaksanakan oleh Toyota Motor
Corporation (Wiid 2019). Kepimpinan Kaizen menggalakkan proses penyelesaian dibuat di
setiap peringkat dalam memastikan peningkatan dalam kualiti.

Berdasarkan kajian yang dijalankan oleh Anas Redzuan dan Saifullizam (2017),
terdapat segelintir guru yang masih kurang mahir mengintegrasi teknologi dan maklumat dalam
PdPc. Antara masalah yang dikenal pasti adalah berkaitan kemahiran asas menggunakan
perisian komputer terkini. Sekiranya pemimpin sekolah tidak mengambil langkah penyelesaian
segera terhadap permasalahan asas seperti ini, proses transformasi sekolah ke arah pendidikan
4.0 akan mengambil lebih masa. Menerusi kepimpinan Kaizen, pemimpin sekolah seharusnya
bertindak mengikut cara yang sistematik dalam mencari penyelesaian terbaik agar kompetensi
guru dalam menggunakan ICT dalam PdPc dapat ditingkatkan. Langkah yang boleh diambil
adalah seperti menyediakan kemudahan ICT di sekolah di samping bimbingan berterusan dari
rakan sebaya (peer-support) (Mohd Nordin 2015). Ini sekaligus dapat memperkasakan
individu dalam organisasi selain mengelakkan muda (pembaziran) dari segi sumber manusia.

vi. Proses dan hasil (Process and result) & vii. Aliran proses yang selaras (Synchronise
flow)

Dengan menggunakan kitaran Plan-Do-Check-Action (PDCA) yang dikembangkan


oleh Edward Deming pada tahun 1987, penyelesaian sesuatu masalah dapat dijalankan dengan

10
lebih sistematik (Zhang et al. 2013). Pemimpin Kaizen perlu membudayakan kaedah
penyelesaian masalah yang sistematik sebagai salah satu langkah ke arah peningkatan kualiti
secara berterusan dalam mewujudkan aliran proses yang selaras.

Penulisan rancangan pelajaran harian juga boleh diterjemahkan melalui kitaran PDCA.
Perancangan (Plan) merupakan peringkat mengenal pasti matlamat dan menyenaraikan aktiviti
yang berkaitan matlamat. Pelaksanaan (Do) merupakan peringkat pelaksanaan aktiviti yang
telah dirancang. Penyemakan (Check) merupakan peringkat pengenalpastian masalah atau isu
yang timbul di peringkat pelaksanaan aktiviti. Manakala, Tindakan (Action) merupakan fasa
penambahbaikan yang dibuat sekiranya ada. Kitaran ini diulang sehingga objektif tercapai.
Kitaran PDCA bukan sahaja membantu menghasilkan rancangan perancangan harian dengan
lebih berkualiti malah ianya juga membantu proses menganalisis masalah secara sistematik.
Penambahbaikan demi penambahbaikan akan menggalakkan lebih banyak inovasi dilakukan
dalam mencapai objektif. Inovasi dalam pengajaran akan menarik minat murid sekaligus
menjadikan PdPc lebih berkesan yang relevan dalam konteks pendidikan 4.0.

4.0 KESIMPULAN

Dalam memenuhi keperluan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025


perubahan perlu dilakukan pada setiap peringkat dalam sesebuah organisasi. Perubahan kecil
akan menjadi titik tolak kepada perubahan dan kejayaan yang lebih besar. Justeru,
peningkatan kualiti berteraskan amalan Kaizen perlulah dibuat secara berterusan oleh
pemimpin sekolah dalam menghasilkan guru yang berkompetensi tinggi seiring dengan
keperluan Revolusi Industri 4.0. Guru yang berkompetensi tinggi dapat memacu perubahan
yang lebih berimpak tinggi dan berkesan . Ini adalah penting dalam melahirkan generasi yang
berkualiti dalam memacu kejayaan demi kejayaan di masa hadapan.

Rujukan
Abdul Rahim Hamdan, Mohd Najib Ghafar, & Lily Ting Hwa Li. 2010. Teaching
Competency Testing Among Malaysian School Teachers. European Journal of
Social Sciences, Vol. 12(Iss.4)

11
Anas Redzuan Sharif & Shaifullizam Puteh. 2017. Pengintegrasian Teknologi Maklumat dan
Komunikasi dalam Pengajaran dan Pembelajaran di Kalangan Guru Kemahiran Hidup
Bersepadu. Online Journal for TVET Practioners
Andi Ernawati. & Ahmad Johari Sihes. 2014. Aspek-aspek Kompetensi Holistik Guru dalam
Pengajaran di Sekolah Menengah. Proceedings of the1st Academic Symposium on
Integrating Knowledge UIN Makassar, 20-21 Jun 2014

Brigitte, M. 2009. Towards A New Professionalisme: Enhancing Personal And


Bodek, N 2010. How to do kaizen: A new path to innovation- Empowering everyone to be a
problem solver. Vancouver, WA, US: PCS Press.
Center on Innovation & Improvement. 2008. School turnarounds: Action and results.
Academic Development Institute.

Deming, W.E. (1982). Quality productivity and competitive position. Massachusetts


Institute of Technology,
Center for Advanced Engineering Study, Cambridge, MA.
Dunwill, E. 2016. 4 changes that will shape the classroom of the future: Making education
fully technological. Accessed from https://elearningindustry.com/4-chang- es-will-
shape-classroom-of-the-future-making-educa- tion-fully-technological.
GPB Bestari 2016. Ciri-Ciri Guru Abad ke 21. https://www.gpsbestari.com/mobile/tip/tip-
mengajar/ciri-ciri-guru-abad-21-1.485494 [31 Januari 2020]
Imai, M. 1986. Kaizen: the Key to Japan’s Competitive Success: New York Random House

Kementerian Pelajaran Malaysia. 2013. Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 –


2025. Kementerian Pelajaran Malaysia.

Kementerian Pelajaran Malaysia. 2014. Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 –


2025. Kementerian Pelajaran Malaysia.
Kementerian Pelajaran Malaysia. 2019. Standard Kualiti Pendidikan Malaysia Gelombang 2
(SKPMg2). Kementerian Pelajaran Malaysia.
Mcmahon, A. 2003. Continuing Professional Development For: Handbook Of Educational
Leadership And Management London: Pearson Education.

Mohd Nordin 2015. Amalan Kaizen dalam Sistem Pengurusan Sekolah di Malaysia.
https://www.researchgate.net/publication/281796682

Miller, J., Wroblewski, M., & Villfuerte, J. 2014. Creating a kaizen culture: Align the
organization, achieve breakthrough results and sustain the gains. USA: McGraw-Hill
Education.

Professional Development In Teacher Educations. Journal Of Education For Teaching:

12
International Research And Pedagogy 35:1 ms. 77-91

Siti Nur Aisyah & Ahmad Zabidi. 2016. Kepelbagaian Jenis Latihan Dalam Perkhidmatan
dan Peningkatan Profesionalisme Guru Berdasarkan Kelayakan Akademik. Seminar
kebangsaan majlis dekan-dekan pendidikan universiti awam 2015

Soffel, J. 2016. What are the 21st century skills every student needs?
https://www.weforum.org/ agenda/2016/03/21st-century-skills-future-jobs-stu- dents
F. Suárez-Barraza, M., & Á. Miguel-Dávila, J. 2014. Assessing the design, management
and improvement of Kaizen projects in local governments. Business Process
Management Journal
Metzler, J., & Woessmann, L. 2010. The Impact of Teacher Subject Knowledge on
Student Achievement: Evidence from Within-Teacher Within-Student Variation
Bonn, Germany: IZA DP.
Stenger, M. 2014. Formative Assessment: Five Research-Based Tips for Providing Students
with Meaningful Feedback. https://www.edutopia.org/blog/tips-providing-students-
meaningful-feedback-marianne-stenger [30 Disember 2019]

Utusan Borneo. 2017. Kualiti Pengajaran Guru: Isu dan Cabaran Semasa.
https://www.pressreader.com/malaysia/utusan-borneo-
sabah/20170419/282643212426811 [30 Disember 2019]
Wise, D., & Hammack, M. 2011. Leadership Coaching: Coaching Competencies and Best
Practices. Journal of School Leadership, 21(3), 449–477.

World Economic Forum Report. 2016b. New Vision for Education: Fostering social and
emotional learning through technology.
Yusniza Mohamad Yusof. 2019. 21st Century Learning is Not Merely ICT. International
Research Journal of Education and Sciences (IRJES). Vol. 3 Issue 1.
Zhang, H. H., Wang, Z. M., Sheng, J. X., & Zhao, M. Q. 2013. Effect of Plan-Do-Check-
Act cycle in relieving anxiety in patients undergoing emergency gastroscopy. World
Chinese Journal of Digestology, 21(32), 3556–3560. doi:10.11569/wcjd.v21.i32.3556

13

Anda mungkin juga menyukai