Anda di halaman 1dari 14

International Journal of Education and Pedagogy

e-ISSN: 2682-8464 | Vol. 2, No. 2, 18-31, 2020


http://myjms.moe.gov.my/index.php/ijeap

KEPIMPINAN TRANSFORMASIONAL GURU BESAR DAN


KEPUASAN KERJA GURU-GURU DI SEKOLAH JENIS
KEBANGSAAN TAMIL ZON KAJANG

Gobinathan Vijian1* dan Jamalul Lail Abdul Wahab2


12
Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Selangor, MALAYSIA

*Corresponding author: gobikalki@gmail.com

Accepted: 4 May 2020 | Published: 20 May 2020

Abstrak: Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti tahap Kepimpinan Transformasional Guru
Besar dan Kepuasan Kerja Guru-guru di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Zon Kajang. Dimensi
kepimpinan transformasional dalam kajian ini terdiri daripada empat iaitu memupuk pengaruh
yang ideal, menyediakan motivasi berinspirasi, membina rangsangan inteleksual dan
menunjukkan pertimbangan individu. Manakala kepuasan kerja pula terdiri daripada enam
elemen iaitu keadaan pekerjaan sekarang, rakan sekerja, gaji, peluang kenaikan pangkat,
penyeliaan dan pekerjaan secara am. Model Kepimpinan Transformasional Slocum dan Hellrigel
(2007) dan Model Kepuasan Teori Dua Faktor Herzberg (1959) diterapkan dalam kajian ini. Data
kajian ini dianalisis menggunakan diskriptif dimana nilai peratus, min digunakan. Manakala
Korelasi Peorson digunakan untuk menganaslisis data inferensi, frekuensi peratus, min dan
sisihan piawai. Dapatan kajian menunjukkan terdapat hubungan korelasi sederhana dan
signifikan antara amalan transformasional guru besar dengan tahap kepuasan kerja. Dapatan
kajian mendapati tahap Kepimpinan Transformasional Guru Besar dan Tahap Kepuasan Kerja
Guru berada pada tahap sederhana tinggi. Implikasi dan cadangan mengenai Kepimpinan
Transformasional serta Kepuasan Kerja Guru di SJKT Zon Kajang turut dibincangkan dalam
kajian ini.

Kata kunci: kepimpinan guru besar, kepimpinan transformasional, kepuasan kerja guru

1. Pengenalan
Pemimpin merupakan individu yang memegang amanah dan bertanggungjawab untuk mengurus
sesebuah organisasi. Pemimpin-pemimpin yang akan menentukan arah tuju masa hadapan untuk
mencapai matlamat, visi dan misi organisasi yang dipimpinnya. Pemimpin pula memainkan
peranan penting bagi mengubahkan strategi-strategi yang perlu diaplikasikan untuk mencapai
objektif. Menurut (Bass, 2002) keberkesanan sesebuah organisasi dan sifat kepimpinan adalah
saling berkait rapat. Hal ini adalah kerana pemimpin ialah penggerak utama yang jelas dengan hala
tuju untuk membawa kejayaan dalam sesebuah orgnisasi. Oleh sebab itu, pemimpin berinisiatif
mengambil langkah untuk merealisasikan impiannya walaupun melalui pelbagai rintangan dan
cabaran. Sehubungan itu, (Zaleznik 2001) memberitahu bahawa memberi tumpuan kepada

18
Copyright © 2020 ACADEMIA INDUSTRY NETWORKS. All rights reserved
International Journal of Education and Pedagogy
e-ISSN: 2682-8464 | Vol. 2, No. 2, 18-31, 2020
http://myjms.moe.gov.my/index.php/ijeap

motivasi pekerja melalui strategi-stretegi tertentu seperti pelbagai faedah bukan gaji, sistem
penilaian prestasi dan program latihan merupakan salah satu pendekatan untuk meningkatkan
keberkesanan sesebuah organisasi.

Terdapat empat dimensi untuk diukur iaitu rangsangan intelektual, pertimbangan secara individu,
karisma dan inspirasi motivasi. Dimensi pertama iaitu karisma adalah menjadi contoh yang terbaik
kepada orang bawahan, sikap membuat “membuat perkara yang betul” dan sedia mengambil risiko
demi kebaikan organisasi. Dimensi kedua adalah pertimbangan secara individu iaitu memandang
setiap keunikan pekerja dan menghormati setiap perbezaan di kalangan pengikutnya. Dimensi
seterusnya adalah rangsangan inteleksual iaitu mewujudkan persekitaran yang mendorong
pekerjanya bertindak secara kreatif dan berani mengambil keputusan dengan mempertimbangkan
kebaikan pekerjanya. Akhir sekali, inspirasi motivasi iaitu pemimpin menjadi motivator utama
kepada para pengikutnya yang mempunyai harapan tinggi untuk meningkatkan prestasi dan
mencapai matlamat organisasi.

Menurut (Avolio & Yammarino, 2002), kajian-kajian lepas dan kini sangat menekankan
kepimpinan transformasional kerana kepimpinan tersebut dikatakan amat penting dalam berbagai-
bagai jenis bidang atau sektor untuk membentuk organisasi yang berkesan. Guru besar mempunyai
amanah yang tinggi selaku pentadbir sekolah yang akan menguruskan perjalanan sekolahnya.
Guru besar pula merupakan penentu keseluruhan suasana sekolah untuk memperkembangan dan
mengukuhkan kualiti sekolah. Guru besar ialah kapten yang membawa pengikutnya ke destinasi
yang ditentukan dengan selamat demi mencapai menara gading. Walaubagaimanapun didapati
para guru berkemelut dengan karenah pemimpin sekolah yang tidak mahir atau tidak cekap
mentadbir sekolah. Hal ini menyebabkan suasana sekolah terganggu dengan konflik antara
pentadbir dengan guru-guru.

Menurut (Massithah, 2009) memberitahu bahawa para pelajar, pentadbiran, pengajaran dan
pembelajaran, suasana tempat kerja, rakan sejawat, gaji yang diterima, tugas yang membebankan
dan keluarga adalah faktor utama yang menentukan kepuasan kerja guru. Apabila tugas di sekolah
semakin meningkat, para guru merasa diri mereka menanggung kebebanan kerja. Menurut
(Zulhairi, Jamalul Lail & Ruzita, 2016), selain daripada tugas akademik guru juga mempunyai
bertanggungjawab dalam tugas bukan akademik. Para pendidik terpaksa melibatkan diri dengan
sedaya upaya demi mencapai matlamanya walaupun menghadapi pelbagai rintangan. Oleh sebab
itu, tahap stress di kalangan guru meningkat dan mengakibatkan motivasi mereka menurun.
(Junaidah dan Nik, 2013), menyatakan bahawa kepuasan kerja guru memainkan peranan penting
untuk kesejahteraan guru di sekolah. Selain itu, guru besar juga bersikap ketidakjujuran dalam
menilai prestasi guru dan membuatkan guru-gurunya tidak berpuas hati dengan tindakannya. Guru
besar sepatutnya memberi perhatian terhadap para guru dimana ia merupakan salah satu dimensi
kepimpinan transfomasional iaitu pertimbangan individu. Tugas guru pula semakin beban kerana
tugas dan tanggungjawab guru bukan sahaja merangkumi tugas akademik tetapi lagi
menambahkan tugas bukan akademik (Zulhairi, Jamalul Lail dan Ruzita, 2016). Sebagai seorang
ketua sekolah hendaklah mempertimbangkan keadaan guru yang semakin menanggung banyak
kerja sehingga mereka hilangnya motivasi dan puas hati untuk bekerja. Pengagihan tugas
hendaklah dibincang dengan guru sebelumya supaya mengetahui sama ada guru berkenaan mampu

19
Copyright © 2020 ACADEMIA INDUSTRY NETWORKS. All rights reserved
International Journal of Education and Pedagogy
e-ISSN: 2682-8464 | Vol. 2, No. 2, 18-31, 2020
http://myjms.moe.gov.my/index.php/ijeap

menunaikan tanggungjawab atau membankan mereka. Menang kalahnya sesebuah sekolah adalah
disebabkan kepuasan kerja guru. Guru sekolah perlu diberi penghargaan atau pujian dan
membimbing mereka supaya diri mereka tidak berasa seperti dihimpit dengan arahan dan tugasan
yang berterusan. Sehubungan itu kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti tahap kepimpinan
transformasional guru besar dan kepuasan guru-guru di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Zon
Kajang. Objektif kajian ini adalah untuk mengenalpasti terdapat tahap amalan kepimpinan
transformasional guru besar mengikut empat dimensi iaitu pengaruh yang ideal, pertimbangan
individu, rangsangan intelek, dan motivasi berinspirasi, mengenalpasti tahap kepuasan guru dan
mengenalpasti hubungan antara kepimpinan transformasional guru besar dengan kepuasan guru di
Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Zon Kajang.

2. Sorotan Literatur
2.1 Kepimpinan Transformasional
Kepimpinan merupakan bidang utama yang sentiasa dibincang oleh para penyelidik kerana
pemimpin merupakan agen utama yang memainkan peranan penting mengurus sesebuah
organisasi dengan baik. Pemimpin ialah bagaikan seorang ‘hero’ atau watak utama yang menjadi
pusat untuk menjayakan matlamat dengan menyatupadukan semua aspek ke bawah payung. Oleh
hal sedemikian sikap kepimpinan kerap ditekankan oleh para penyelidik khususnya dalam bidang
pendidikan terutamannya guru besar atau pengetua kerana individu yang mengetuai sekolah adalah
tunjang membentuk sekolah yang sempurna. Pemimpin yang jelas dengan matlamat organisasi
yang ditetapkan akan berfokus dan berusaha untuk mencapainya dengan kerjasama orang
bawahannya. Pemimpin tidak seharusnya menunjukkan kehebatan atau kuasa kedudukannya
dengan memberi arahan sahaja. Hal ini adalah kerana pemimpin yang suka memberi arahan
bukanlah salah satu ciri kepimpinan yang sesuai buat masa kini.

Sehubungan itu banyak kajian dijalankan terhadap guru besar atau pengetua untuk mengetahui
keberkesanan kepimpinan terhadap organisasi sekolah. (Roselena Mansor & Mohd Izham Mohd
Hamzah, 2015) menyatakan bahawa kepimpinan transformasional bermatlamat untuk menyemai
nilai moral dan motivasi subordinat supaya mereka menyumbang pada organisasi. Pemimpin
hendaklah mempunyai pemikiran yang positif dan mempunyai sikap keterbukaan untuk
mendengar luahan dalam menangani masalah para pengikutnya.

Tambahan pula, amalan kepimpinan guru besar mempengaruhi kepuasan bekerja di kalangan guru.
Apabila para guru ditekankan dengan pelbagai tugas, tahap kepuasan bekerja di kalangan mereka
semakin merosot. Hal ini dipersetujui oleh (Azrul Hisham, 2009) dalam kajiannya menyatakan
bahawa para guru yang menghadapi tekanan adalah disebabkan faktor bebanan tugas. Oleh sebab
itu (Jazmi, 2009) memberi idea iaitu pengetua sekolah agar mengamalkan gaya kepimpinan
transformasional di tempat kerjanya. Guru-guru di sekolah akan berasa diri mereka dihargai dan
puas bekerja jika guru besar menjalinkan hubungan yang berprofesional dan fleksibel sesama
mereka. Perkara ini adalah dianggap penting kerana memberi kepuasan kerja kepada guru.
Berdasarkan kajian yang dijalankan oleh (Habib Ismail & Zaimah Ramli, 2012), tahap kepuasan
kerja guru di pendidikan khas adalah berada pada tahap yang tinggi. Dapatan kajian ini adalah
bersamaan dengan kajian (Woo, 2007) yang mencatatkan bahawa dari segi dimensi penyeliaan,

20
Copyright © 2020 ACADEMIA INDUSTRY NETWORKS. All rights reserved
International Journal of Education and Pedagogy
e-ISSN: 2682-8464 | Vol. 2, No. 2, 18-31, 2020
http://myjms.moe.gov.my/index.php/ijeap

kepuasan kerja yang tinggi dicapai oleh guru-guru teknikal dan vokasional. Hal ini adalah kerana
cara penyeliaan pengetua yang berpengaruh dan pemberian penghargaan terhadap kerja baik telah
memberi kepuasan kepada mereka. Pengikut-pengikut akan diberi peluang untuk mengambil
keputusan oleh pemimpin yang mengamalkan kepimpinan transformasional. Kajian yang
dilakukan oleh (Loy Liang Hui, 2003), membincangkan tentang hubungan kepimpinan
transformasional pengetua dengan kepuasan guru, menunjukkan bahawa tahap kepimpinan
pengetua dan kepuasan kerja guru berada pada aras rendah di sekolah menengah di daerah
Bentong, Pahang Darul Makmur.

2.2 Konsep / Teori Kepimpinan Transformasional


(James McGregor Burns, 1978) telah mengasaskan teori kepimpinan transformasional dan
kemudian (Bass, 1985) telah mengembangkan teori tersebut. (Burns, 1978) mendefinisikan
kepimpinan transformasional adalah satu proses di mana pemimpin dan pengikutnya saling
membangunkan satu sama lain untuk meningkatkan tahap nilai moral dan motivasi ke tahap yang
lebih tinggi. Kepimpinan transformasional yang dimurnikan oleh (Bass, 1985) berasaskan (Burns,
1978) telah dikelaskan kepada empat elemen iaitu rangsangan intelek, pengaruh ideal, motivasi
berinspirasi dan pertimbangan individu. Model kepimpinan (Leithwood, 1994) sedikit berbeza
berbanding dengan model (Burns, 1978) dan (Bass, 1985). Terdapat beberapa komponen dalam
model (Leithwood, 1994) iaitu menyediakan rangsangan inteleksual, membina visi dan matlamat
sekolah, menjadi teladan terhadap nilai-nilai penting organisasi, menunjukkan prestasi kerja yang
tinggi, menawarkan sokongan secara individu, mewujudkan budaya sekolah yang kreatif dan
membangunkan struktur serta menggalakkan penglibatan dalam proses membuat keputusan.
Manakala (Slocum & Hellrigel, 2007) telah membahagikan kepimpinan transformasional kepada
empat dimensi iaitu sikap menunjukkan pertimbangan berasaskan individu, meningkatkan
motivasi, membina rangsangan inteleksual dan memupuk pengaruh yang ideal dalam kalangan
warga pendidik.

21
Copyright © 2020 ACADEMIA INDUSTRY NETWORKS. All rights reserved
International Journal of Education and Pedagogy
e-ISSN: 2682-8464 | Vol. 2, No. 2, 18-31, 2020
http://myjms.moe.gov.my/index.php/ijeap

2.3 Model Kepimpinan Transformasional


Model Kepimpinan Transformasional (Slocum & Hellriegell, 2007) mencerminkan empat dimensi
yang menunjukkan kepimpinan transformasional pemimpin dan mempengaruhi pengikutnya.

Rajah 1: Model Kepimpinan Transformasional Slocumdan Hellriegel (2007)

2.4 Teori Kepuasan Kerja


Kepuasan kerja adalah salah satu aspek yang dianggap sangat penting dalam kehidupan seseorang.
Hal ini adalah kerana menurut (Habib Ismail & Zaimah Ramli, 2012) memberitahu bahawa hampir
kebanyakan orang meluangkan masa yang lebih panjang di tempat kerja. Lebih-lebih lagi
pekerjaan yang dipegang oleh seseorang individu menentukan masa depan mereka untuk menyara
kehidupan sampai akhir hayat. Banyak teori yang terdapat berkaitan kepuasan kerja untuk
melakukan kajian tetapi dalam kajian ini penyelidik menggunakan Teori Dual Faktor Herzberg.
Teori ini yang diasaskan oleh (Frederic Herzberg, 1959) adalah sesuai diterapkan dalam kajian ini
bagi memahami konsep kepuasan kerja dan ketidakpuasan kerja guru-guru Sekolah Jenis Rendah
di zon Kajang. Herzberg menggariskan dua faktor bentuk motivasi iaitu faktor hygience yang
menyebabkan ketidakpuasan kerja dan faktor motivator yang menyebabkan kepuasan kerja.
Ketidakpuasan kerja mencerminkan kelemahan suasana tempat kerja manakala kepuasan kerja
menunjukkan kelebihan yang terdapat di tempat kerja bagi pekerja.

22
Copyright © 2020 ACADEMIA INDUSTRY NETWORKS. All rights reserved
International Journal of Education and Pedagogy
e-ISSN: 2682-8464 | Vol. 2, No. 2, 18-31, 2020
http://myjms.moe.gov.my/index.php/ijeap

2.5 Model Kepuasan Kerja


Model Motivasi Kerja Dua Faktor Herzberg yang mencerminkan faktor hygience dan motivator
di kalangan pekerja.

KEPUASAN KERJA GURU


(faktor Hygeine & Motivasi)

keadaan pekerjaan sekarang


rakan sekerja
gaji
peluang kenaikan pangkat
penyeliaan
pekerjaan secara am

Rajah 2: Model Teori Dua Faktor Herzberg (1959)

2.6 Kajian-kajian Lepas Kepimpinan Transformasional dan Kepuasan Kerja Guru


Sesebuah organisasi yang mengalami perubahan adalah kerana aspek yang dinyatakan di atas dan
memberi kesedaran bahawa amalan kepimpinan transformasional yang mampu meningkatkan
produktiviti. (Hoy & Miskel, 2005), menjelaskan bahawa model kepimpinan transformasional
adalah sangat sesuai untuk diimplementasi oleh guru besar selaku pemimpin sekolah. Dapatan
kajian (Othman bin Md Jihan & Ishak bin Madsyah, 2008) menunjukkan tingkah laku kepimpinan
transformasional pengetua mempunyai impak yang signifikan kepada kepuasan kerja guru.
Tambahan pula kajian yang dilakukan oleh (Jazmi Md. Isa, 2009) menunjukkan amalan
kepimpinan transformasional pengetua sekolah mempunyai pengaruh yang signifikan terhadap
kepuasan kerja guru di SMKA dan SMK.

Selain itu, dimensi bertimbangrasa secara individu adalah salah satu gaya kepimpinan paling
dominan yang dinyatakan dalam kajian (Intan, 2013). Kajian yang sama menunjukkan tahap
kepuasan kerja guru pula adalah paling. Kajian (Zuriman, 2013) kepuasan kerja guru adalah berada
pada tahap rendah di sekolah menengah daerah Kuala Terengganu Utara, Terengganu. Menurut
(Jamalullail, 2014) mengatakan bahawa pengamalan gaya kepimpinan transformasional guru besar
di daerah Temerloh adalah berada pada tahap yang maksimum. Oleh sebab itu, kepuasan kerja
guru pula adalah tinggi dan terdapat hubungan yang signifikan antara tahap kepimpinan
transformasional dengan kepuasan kerja guru. Kajian yang dilakukan oleh (Rosmawati, 2014)
menunjukkan bahawa gaya kepimpinan transformasional pengetua dan semua kempat-empat
dimensi yang diukur terdapat hubungan yang signifikan positif dan kuat dengan kepuasan guru.
Manakala kajian (Siti Nazatul Norashikin Ali, 2016) bertentangan kerana mendapati bahawa tahap
kepimpinan transformasional pengetua berada pada tahap sederhana di sekolah-sekolah menengah
di daerah Gua Musang. Didapati gaya kepimpinan guru besar di daerah Temerloh dan di daerah
Gua Musang adalah berbeza.

23
Copyright © 2020 ACADEMIA INDUSTRY NETWORKS. All rights reserved
International Journal of Education and Pedagogy
e-ISSN: 2682-8464 | Vol. 2, No. 2, 18-31, 2020
http://myjms.moe.gov.my/index.php/ijeap

Secara keseluruhannya, melalui kajian-kajian lepas didapati bahawa guru besar yang
mengamalkan kepimpinan transformasional dapat mewujudkan kepuasan kerja guru. Guru besar
yang mengamalkan gaya kepimpinan transfomasional dapat membentuk organisasi yang
sistematik. Gaya kepimpinan transformasional memberi kesan terhadap organisasi sekolah dan
mempunyai hubungan signifikan terhadap kepuasan kerja guru.

3. Pernyataan Masalah
Guru besar mempunyai amanah yang tinggi selaku pentadbir sekolah yang akan menguruskan
perjalanan sekolahnya. Guru besar pula merupakan penentu keseluruhan suasana sekolah untuk
memperkembangkan dan mengukuhkan kualiti sekolah. Beliau mengetuai para guru, staf-staf
sokongan dan juga para murid untuk menguruskan hal-hal sekolah demi mencapai matlamat yang
telah digariskan. Guru besar ialah kapten yang membawa pengikutnya ke destinasi yang ditentukan
dengan selamat demi mencapai menara gading. Walaubagaimanapun didapati para guru
berkemelut dengan karenah pemimpin sekolah yang tidak mahir atau tidak cekap mentadbir
sekolah.

Menurut (Massithah, 2009) memberitahu faktor-faktor seperti pelajar, pentadbiran, pengajaran dan
pembelajaran, rakan sekerja, persekitaran tempat kerja, beban tugas, gaji dan keluarga turut
menentukan kepuasan guru. Apabila tugas di sekolah semakin meningkat, para guru merasa diri
mereka menanggung kebebanan kerja. Tugas dan tanggungjawab guru di sekolah bukan sahaja
memikul tugas akademik tetapi juga tugas bukan akademik (Zulhairi, Jamalul Lail & Ruzita,
2016). Bagi mencapai matlamat yang telah digariskan di sekolah oleh pemimpin, para pendidik
terpaksa melibatkan diri dengan sedaya upaya demi mencapai matlamatnya walaupun menghadapi
pelbagai rintangan. Oleh sebab itu, tahap stress di kalangan guru meningkat dan mengakibatkan
motivasi mereka menurun. Sehubungan itu, kajian (Mohamad Zabidi, 2009) menunjukkan
terdapat hubungan kuat di antara amalan kepemimpinan transformasional pengetua dan kepuasan
kerja guru. (Junaidah & Nik, 2013), menyatakan bahawa kepuasan guru memainkan peranan
penting utnuk kesejahteraan guru di sekolah. Selain daripada itu, guru besar juga bersikap
ketidakjujuran dalam menilai prestasi guru. Hal ini membuatkan guru-gurunya tidak berpuas hati
dengan kepimpinan guru besar yang tidak jujur. Guru besar selaku ketua organisasi dikatakan
memberi tekanan kerja kepada orang bawahannya demi mencapai matlamat. Guru besar
sepatutnya memberi perhatian terhadap para guru selari dengan salah satu dimensi kepimpinan
transformasional iaitu menunjukkan pertimbangan individu. Tugas guru pula semakin beban
kerana tugas dan tanggungjawab guru bukan sahaja merangkumi tugas akademik tetapi lagi
menambahkan tugas bukan akademik (Zulhairi, Jamalul Lail & Ruzita, 2016). Sebagai seorang
ketua sekolah hendaklah mempertimbangkan keadaan guru yang semakin menanggung banyak
kerja sehingga mereka hilangnya motivasi dan puas hati untuk bekerja. Pengagihan tugas
hendaklah dibincang dengan guru sebelumya supaya mengetahui sama ada guru berkenaan mampu
menunaikan tanggungjawab atau membebankan mereka. Kepuasan kerja guru pula merupakan
salah satu faktor utama menang kalahnya sesebuah sekolah. Guru sekolah perlu diberi
penghargaan atau pujian dan membimbing mereka supaya diri mereka tidak berasa seperti dihimpit
dengan arahan dan tugasan yang berterusan.

24
Copyright © 2020 ACADEMIA INDUSTRY NETWORKS. All rights reserved
International Journal of Education and Pedagogy
e-ISSN: 2682-8464 | Vol. 2, No. 2, 18-31, 2020
http://myjms.moe.gov.my/index.php/ijeap

4. Metodologi
4.1 Reka Bentuk Kajian
Penyelidik mengaplikasikan kaedah tinjauan dalam kajiannya bagi mendapatkan maklumat dan
menganalisis data yang diperolehinya. Penyelidik menggunakan kaedah kuantitatif untuk
mendapatkan maklumat daripada responden dengan menyediakan borang soal selidik. Pengkaji
mengaplikasikan Korelasi Pearson untuk melihat hubungan antara kepimpinan transformasional
dengan kepuasan kerja guru. Selain itu, kaedah diskriptif digunakan untuk membuat pengiraan
berdasarkan instrumen yang dijawab oleh responden.

4.2 Populasi dan Sampel Kajian


Populasi untuk kajian ini adalah semua guru yang bertugas di Sekolah-sekolah Jenis Kebangsaan
Tamil Zon Kajang iaitu seramai 110 orang dari tiga buah sekolah rendah. Seramai 86 orang guru
dipilih sebagai sampel berdasarkan jadual penentu saiz sampel (Krejcie & Morgan, 1970).
Seterusnya, sampel kajian dipilih berdasarkan teknik persampelan rawak mudah.

4.3 Instrumen Kajian


Soal selidik digunakan oleh pengkaji sebagai instrumen untuk menganalisis data. Soal selidik yang
dikemukan oleh penyelidik merangkumi tiga bahagian. Bahagian A adalah demografi seperti
jantina, umur, tahap akademik, dan tempoh perkhidmatan. Bahagian B pula amalan kepimpinan
transformasional yang meliputi empat dimensi. Bahagian ketiga iaitu bahagian C adalah kepuasan
kerja guru. Item-item dalam bahagian ini terdiri daripada enam elemen kepuasan kerja guru.
Pengkaji menggunakan Skala Likert lima point dalam instrumen.

4.4 Pengumpulan Data dan Analisis


Dalam kajian ini, data kuantitatif didapati daripada soal selidik dikumpulkan dan dianalisis secara
deskriptif dan inferensi dengan menggunakan perisian program SPSS Versi 20.0.

Analisis statisitik deskriptif dimana nilai peratus, min digunakan untuk mengetahui frekuensi
peratus jantina responden, mengukur tahap amalan kepimpinan transformasional guru besar dan
tahap kepuasan kerja guru. Manakala analisis inferensi yang digunakan ialah ujian Korelasi
Pearson untuk melihat hubungan antara amalan kepimpinan transformasional guru besar dan
kepuasan kerja guru.

25
Copyright © 2020 ACADEMIA INDUSTRY NETWORKS. All rights reserved
International Journal of Education and Pedagogy
e-ISSN: 2682-8464 | Vol. 2, No. 2, 18-31, 2020
http://myjms.moe.gov.my/index.php/ijeap

4.5 Kesahan dan Kebolehpercayaan


Kajian rintis yang melibatkan 30 orang responden telah dijalankan untuk mendapat satu analisis
kebolehpercayaan instrumen. kesemua nilai pekali kebolehpercayaan bagi keseluruhan instrumen
adalah tinggi iaitu 0.974 bagi soal selidik kepimpinan transformasional dan 0.946 bagi soal selidik
kepuasan kerja guru. Oleh sebab itu, instrumen soal selidik yang digunakan dalam kajian ini boleh
dipercayai dan boleh digunakan dalam penyelidikan sebenar.

5. Dapatan Kajian dan Perbincangan


Kajian kuantitatif telah dianalisis frekuensi peratus untuk melihat peratus responden mengikut
jantina, min dan sisihan piawai dikira untuk melihat tahap kepimpinan guru besar dan tahap
kepuasan kerja guru, Korelasi Pearson untuk melihat hubungan antara kepimpinan
transformasional guru besar dengan kepuasan kerja guru. Kajian ini dilaksanakan dengan
menggunaka Skala lima likert iaitu Sangat Tidak Setuju dengan skor 1, Tidak Setuju dengan
skor 2, Kurang Setuju dengan skor 3, Setuju dengan skor 4 dan Sangat Setuju dengan skor
5. Skala ini kemudian telah diinterpretasikan kepada empat tahap bersama skor purata seperti 1.0
hingga 2.00 untuk tahap rendah, 2.01 hingga 3.00 untuk tahap sederhana rendah, 3.01 hingga
4.00 untuk tahap sederhana tinggi dan 4.01 hingga 5.00 untuk tahap tinggi. Skala dan
interpretasi ini dirujuk dan adaptasi daripada kajian (Azhar Ahmad, 2006) dan (Ahmad
Munawwar, 2009). (Zawiah & Norli, 2010) skala penilaian kekuatan iaitu nilai pekali korelasi
hubungan antara dua pemboleh ubah digunakan untuk mengukur kekuatan hubungan antara
kepimpinan transformasional guru besar dengan kepuasan kerja guru. ±0.0 – 0.2 untuk sangat
lemah, ±0.2 – 0.4 untuk lemah, ±0.4 – 0.7 untuk sederhana, ± 0.7 – 0.9 untuk kuat dan ±0.9 –
1.0 untuk sangat kuat

Jadual 1: Frekuensi peratus jantina responden


Jantina Kekerapan Peratus
Lelaki 13 15.1
Perempuan 73 84.9
Jumlah 86 100.0

Jadual 1 menunjukkan frekuensi peratus dimana menujukkan kekerapan lelaki adalah 13 dan
peratusnya 15.1%. Manakala kekerapan bagi perempuan adalah 86 dan peratusnya 84.9%.

26
Copyright © 2020 ACADEMIA INDUSTRY NETWORKS. All rights reserved
International Journal of Education and Pedagogy
e-ISSN: 2682-8464 | Vol. 2, No. 2, 18-31, 2020
http://myjms.moe.gov.my/index.php/ijeap

Objektif 1: Tahap Amalan Kepimpinan Transformasional Guru Besar

Jadual 2: Tahap Amalan Kepimpinan Transformasional Guru Besar


Kepimpinan Transformasional Min SP Tahap
Memupuk pengaruh ideal 3.76 0.73 Sederhana tinggi
Menyediakan motivasi berinspirasi 3.54 0.77 Sederhana tinggi
Membina rangsangan inteleksual 3.74 0.74 Sederhana tinggi
Pertimbangan individu 3.81 0.66 Sederhana tinggi
Kepimpinan transformasional 3.71 0.69 Sederhana tinggi
keseluruhan
1.00-2.00(rendah), 2.01-3.00(sederhana rendah), 3.01-4.00(sederhana tinggi), 4.01-5.00(tinggi)

Jadual 2 menunjukkan skor min tahap amalan kepimpinan transformasional guru besar dalam
aspek memupuk pengaruh ideal, menyediakan motivasi berinspirasi, membina rangsangan
inteleksual dan pertimbangan individu. Semua aspek kepimpinan transformasional kepimpinan
guru besar masing-masing berada pada tahap sederhana tinggi. Melalui kajian ini dapat
disimpulkan bahawa tahap amalan Kepimpinan Transformasional Guru Besar di Sekolah-sekolah
Jenis Tamil Zon Kajang adalah pada tahap sederhana tinggi. (Min = 3.71; P =0.69). Bagi semua
aspek kepimpinan transformasional guru besar berada dalam tahap yang sederhana tinggi.
Manakala Jadual 2 juga menunjukkan dimensi kedua iaitu menyediakan motivasi berinspirasi
berada pada tahap yang paling rendah antara dimensi-dimensi yang lain iaitu min=3.54; P=0.77.
Dimensi yang berada pada kedudukan yang tinggi jika berbanding dengan dimensi yang lain
adalah pertimbangan individu (min=3.81; P=0.66).

Objektif 2: Mengenalpasti Tahap Kepuasan Kerja Guru

Jadual 3: Tahap Kepuasan Kerja Guru


Kepuasan Kerja Guru Min SP Tahap
Keadaan pekerjaan sekarang 3.86 0.59 Sederhana tinggi
Rakan sekerja 3.97 0.63 Sederhana tinggi
Gaji 3.20 0.40 Sederhana tinggi
Peluang kenaikan pangkat 3.57 0.54 Sederhana tinggi
Penyeliaan 3.63 0.35 Sederhana tinggi
Pekerjaan secara am 3.75 0.61 Sederhana tinggi
Kepuasan Kerja Guru keseluruhan 3.66 0.33 Sederhana tinggi
1.00-2.00(rendah), 2.01-3.00(sederhana rendah), 3.01-4.00(sederhana tinggi), 4.01-5.00(tinggi)

Jadual 3 menunjukkan skor min tahap kepuasan kerja guru dalam aspek keadaan pekerjaan
sekarang, rakan sekerja, gaji, peluang kenaikan pangkat, penyeliaan dan pekerjaan secara am.
Semua aspek kepuasan kerja guru terletak pada tahap sederhana tinggi. Melalui kajian ini dapat
disimpulkan bahawa Kepuasan Kerja Guru dalam kalangan guru Sekolah-sekolah Jenis
Kebangsaan Tamil Zon Kajang secara keseluruhannya terletak pada tahap sederhana tinggi
(Min=3.66; P=0.33). Dimensi yang berada pada tahap yang rendah jika dibandingkan dengan
dimensi-dimensi lain adalah dimensi gaji (min=3.20; P=0.40). Manakala dimensi yang berada
pada tahap yang tinggi jika dibandingkan dengan dimensi-dimensi lain adalah dimensi rakan
sekerja (Min=3.97; P=0.63).

27
Copyright © 2020 ACADEMIA INDUSTRY NETWORKS. All rights reserved
International Journal of Education and Pedagogy
e-ISSN: 2682-8464 | Vol. 2, No. 2, 18-31, 2020
http://myjms.moe.gov.my/index.php/ijeap

Objektif 3: Hubungan Antara Kepimpinan Transformasional dengan kepuasan Kerja

Jadual 4: Analisis Korelasi Kepimpinan Transformasional Guru Besar Dengan Kepuasan Kerja Guru.
Amalan Kepimpinan Kepuasan Kerja Guru
Transformasional
Amalan Kepimpinan Transformasional
Korelasi Pearson 1
Signifikan (2-hujung) .538**
N 86
Kepuasan kerja guru
Korelasi Pearson .538**
Signifikan (2-hujung) .000
N 86
Nota: **Signifikan pada aras 0.01

Jadual 4 menunjukkan hubungan antara kepimpinan transformasional guru besar dengan kepuasan
kerja guru. Analisis pekali korelasi ini menunjukkan kekuatan hubungan tersebut adalah berada
pada tahap sederhana (r=0.538). Ini bermakna hubungan antara kepimpinan transformasional guru
besar Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Zon Kajang dengan kepuasan kerja guru adalah berada
pada tahap sederhana.

6. Kesimpulan
Kesimpulannya, kepimpinan transformasional di tiga buah Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil di
daerah Hulu Langat berada pada tahap sederhana tinggi. Begitu juga dengan tahap kepuasan kerja
guru berada pada tahap sederhana tinggi. Ini bermakna, turun dan meningkatnya kepuasan kerja
guru adalah terletak pada kepimpinan transformasional guru besar. Pemimpin yang mengamalkan
gaya kepimpinan transformasional nescaya dapat mewujudkan iklim sekolah yang harmoni dan
meningkatkan kepuasan bekerja di kalangan pekerja. Akhirnya, segala kekuatan yang terdapat
dalam kajian ini haruslah dijadikan panduan manakala jika ada kelemahan haruslah dijadikan
sempadan. Kajian ini adalah sebagai pengukur sejauhmana seseorang pemimpin menjalankan
tugas sebagai ketua pentadbir sekolah dan boleh digunakan sebagai rujukan oleh pihak yang
terlibat dengan terus dalam alam pendidikan. Sebagai cadangan kajian tambahan, bolehlah
membuat kajian dan membandingkan tahap amalan kepimpinan transformasional Sekolah Jenis
Kebangsaan dengan Sekolah Kebangsaan. Selain daripada itu, kajian ini hanya dijalankan di tiga
buah sekolah SJKT di Daerah Hulu Langat. Kajian ini bolehlah diperluaskan di seluruh negeri
Selangor untuk mendapatkan data yang lebih jelas dan terperinci tentang kepimpinan
transformasional dan kepuasan kerja guru.

28
Copyright © 2020 ACADEMIA INDUSTRY NETWORKS. All rights reserved
International Journal of Education and Pedagogy
e-ISSN: 2682-8464 | Vol. 2, No. 2, 18-31, 2020
http://myjms.moe.gov.my/index.php/ijeap

7. Penghargaan
Terlebih dahulu saya bersyukur kepada Tuhan Yang Maha Kuasa kerana memberkati saya
sepanjang masa sehingga menyempurnakan kajian saya. Dengan menggunakan kesempatan ini
saya ingin merakamkan jutaan terima kasih dan penghargaan kepada penyelia saya iaitu Encik
Jamalul Lail Abdul Wahab yang telah banyak memberi sokongan, dorongan dan bantuan serta
membimbing saya untuk menyempurnakan kajian saya. Setinggi-tinggi sanjungan dan
penghargaan saya tujukan kepada ibu tersayang saya Puan Dhanam, ayah saya Encik Vijian, kakak
saya Hemavathy dan adik saya Lt M. Arunraaj yang telah memberi sokongan dan bantuan untuk
menyiapkan kajian ini. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada rakan saya yang
merupakan bekas pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia iaitu M. Kalaivani, V. Anuratha dan A.
Gobindaran yang memberi tunjuk ajar tanpa mengira balasan untuk menyiapkan kajian saya.

Akhir kata, ucapan terima kasih juga kepada semua yang terlibat secara langsung dan tidak
langsung dalam memberikan sumbangan cadangan dan bantuan dalam menyiapkan kajian saya.

Rujukan
Abdullah Wafi Bin Ariffin. (2013). Kepimpinan Transformasi Pengetua Dan Kualiti Pengurusan
Sekolah Menengah Di Negeri Sembilan. Universiti Kebangsaan Malaysia.
Affendi, Fatimah. (2014). Tahap kepuasan kerja dan komitmen organisasi dalam kalangan guru
kolej vokasional: pendekatan structural equation model. Masters thesis, Universiti Tun
Hussein Onn Malaysia.
Azhar Ahmad. (2006). Strategi Pembelajaran Pengaturan Kendiri Pendidikan Islam dan
Penghayatan Akhlak Pelajar Sekolah Menengah di Sarawak. Tesis Dr. Falsafah. Bangi
Universiti Kebangsaan Malaysia.
Azrul Hisham, Abdul Manaf. (2009). Faktor-Faktor Tekanan dan Kesannya Kepada Guru
Sekolah Menengah Kebangsaan: Satu Kajian di Daerah Timur Laut, Pulau Pinang. Tesis
Sarjana, Universiti Utara Malaysia.
Bass BM. (1985). Leadership and performance beyond expectations. Harper & Row, New York.
Bass, B. &. (1990). Transformational leadership: A response to critiques. (pp. 49-80). San Diego,
SD: Academic Press, Inc.
Burns, J. M. (1978). Burns Transformational Leadership Theory. New York, NY: Harper &Row.
BJ Avolio , FJ Yammarino Transformational and Charismatic Leadership: The Road Ahead:
10th Aniversary Edition (Monographs in Leadership & Management Book 5)
Ganefri. Dr. Fal. (2011). Prestasi Di Tempat Kerja Dan Faktor-faktor yang mempengaruhinya.
Universiti Kebangsaan Malaysia.
Habib Ismail dan Zaimah Ramli. (2012). Amalan Kepimpinan Transformasi Pengetua
danHubungannya Dengan Kepuasan Kerja Guru. Prosiding Perkem Vii, Jilid 2 (2012) 1471
– 1478 Issn: 2231-962x Persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia Ke Vii (Perkem Vii)
Hellriegal, S. &. (2007). Fundamentals of Organizational. USA: ThomsonSouth Western.
Hoy, W, K & Miskel, C, G. (2005). Educational Administration: Theory, Research, and Practice.
America: McGraw Hill Companies, Inc.

29
Copyright © 2020 ACADEMIA INDUSTRY NETWORKS. All rights reserved
International Journal of Education and Pedagogy
e-ISSN: 2682-8464 | Vol. 2, No. 2, 18-31, 2020
http://myjms.moe.gov.my/index.php/ijeap

Jamalullail Abdul, et al. (2014). Headmasters Transformational Leadership and Their Relationship
with Teachers Job Satisfaction and Teachers Commitments. International Education Studies.
7.13(2014): p40
Jazmi, Md Isa. (2009). Gaya Kepimpinan Pengetua dan Kepuasan Kerja Guru: Kajian
Perbandingan antara SMKA dengan SMK. Tesis Sarjana, Universiti Utara Malaysia.
Junaidah Mohamad dan Nik Rosila Nik Yaacob. 2013. Kajian Tentang Kepuasan Dalam Kalangan
Guru-guru Pendidikan Khas. Universiti Sains Malaysia
http://apjee.usm.my/APJEE_28_2013/apjee28_2013_art7_103_115.pdf
Ku Sahida bt Ku Shali. (2016). Amalan Kepimpinan Transformasi Guru Besar dan Kualiti
Pengurusan Sekolah Rendah di Perlis. Tesis Sarjana. Universiti KebangsaanMalaysia.
Krejcie, R.V., & Morgan, D.W., (1970). Determining Sample Size for Research Activities.
Educational and Psychological Measurement.
Leithwood K (1994). Leadership for school restructuring. Educational Administration Quarterly
30, 498-518.
Lee Gek Hoi (2001). Hubungan Antara Tingkah Laku Kepimpinan Pengetua Dengan Kepuasan
Kerja Guru: Satu Kajian Di Sekolah-sekolah Menengah Daerah Kluang Johor.Universiti
Kebangsaan Malaysia
Lia Indah Ahmad Dan Ruslin Bin Amir. (2018). Tekanan Dan Kepuasan Kerja Dalam Kalangan
Guru Sekolah Menengah Daerah Pasir Gudang. E-Prosiding Persidangan Antarabangsa Sains
Sosial Dan Kemanusiaan 2018. Eisbn: 978-967-2122-47-0
Liew Mei Yon. (2004) Kepuasan Kerja Guru Prasekolah Di Daerah Seremban, negeri
Sembilan.Universiti Kebangsaan Malaysia
Loy, Liang Hui. (2002). Hubungan Kepemimpinan Transformasional Pengetua dengan Kepuasan
Kerja Guru. Tesis Sarjana, Universiti Putra Malaysia.
Massithah. (2009). Hubungan pengajaran guru besar dengan komitmen kerja guru di sekolah
rendah luar bandar. Universiti Malaysia Sabah. The International Journal ofLearning.Volume
16
Mohamad Faisal Mohd Noh, Jamallul Lail Abdul Wahab. (2016). Kepimpinan Transformasi
Pengetua Program Sekolah Transformasi Dan Hubungannya Dengan Kepuasan Kerja Guru
Di Zon Utara Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi
Mohamad Radzi Saidin, Azlin Norhaini Mansor, Mohamad Yusoff Mohd Nor & Jamallullail Abd
Wahab. (2014). Kepimpinan Transformasional Dan Komitmen Kerja Guru Di Sekolah
Rendah SBT Di Negeri Sembilan. Fakulti Pendidikan. Universiti Kebangsaan Malaysia,
Bangi Selangor
Mohamad Zabidi Abdullah. (2009). Kepimpinan transformasi pengetua dan hubungannyadengan
kepuasan kerja guru. Tesis Sarjana. Universiti Malaya.
Nadiah Mohd Abdah & Azlin Norhaini Mansor (2014). Amalan Kepimpinan Transformasional
Pengetua Dan Kepuasan Kerja Guru Sekolah Cemerlang Di Daerah Seremban. Universiti
Kebangsaan Malaysia, Bangi Selangor.
Nor Mohamad Zulhairi Ismail, Jamalul Lail Abdul Wahab dan Ruzita Md Hassan. (2016).
Kepuasan Kerja Guru dan Perbezaannya Berdasarkan Pencapaian Sekolah. Jurnal Personalia
Pelajar 19(2016): 49-54[PREVIEW COPY]

30
Copyright © 2020 ACADEMIA INDUSTRY NETWORKS. All rights reserved
International Journal of Education and Pedagogy
e-ISSN: 2682-8464 | Vol. 2, No. 2, 18-31, 2020
http://myjms.moe.gov.my/index.php/ijeap

Othman bin Md Johan & Ishak bin Mad Shah. (2008). Impak tingkah laku kepimpinan transaksi
dan transformasi pengetua terhadap kepuasan kerja dan komitmen guru terhadap sekolah.
Jurnal Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia, Jilid:34-43.
Raihana Abd Rahim. (2012). Amalan Kepimpinan transformasi Pengetua Dan Hubungkaitnya
Dengan Kepuasan Kerja Tenaga Pengajar Di IPMa Di Negeri Melaka.Universiti Teknologi
Malaysia.
Robert V., Krejcie, Daryle W., Morgan. (1970). Determining Sample Size for ResearchActivities.
30(3), 607-610.
Roselena Mansor, and Mohd Izham Mohd Hamzah. (2015). Kepimpinan berkualiti: perspektif
mengenai kompetensi yang diperlukan untuk memimpin dengan berkesan. Jurnal Pengurusan,
45 . pp. 1-19. ISSN 0127-2713.
Rosmawati binti Abdullah. (2014). Hubungan kepuasan kerja guru di sekolah menengah harian di
daerah Seremban, Negeri Sembilan. Seminar Kebangsaan Pengurusan Pendidikan PKPGB
2009 di UTHM.
Siti Nazatul Norashikin Ali. (2016). Hubungan Antara Gaya Kepimpinan Transformasi Pengetua
Dengan Komitmen Guru Pjk Di Sekolah-Sekolah Menengah Daerah Gua Musang Kelantan
Universiti Utara Malaysia Proceeding of ICECRS, 1 (2016) 123-130 ISSN. 2548-6160
International Seminar on Generating Knowledge Through Research, UUM-UMSIDA, 25-27
October 2016,
Thalahuddin Bin Abdullah. (2016). Amalan Kepimpinan Transfrormasional Pengetua
DanKepuasan Kerja Guru Di Sabk Negeri Perak. Tesis Sarjana. Universiti
KebangsaanMalaysia.
Woo, Yoke Ling (2007) Kepuasan kerja guru-guru aliran pendidikan teknikal dan vokasional di
sekolah-sekolah menengah teknik di negeri Johor Darul Takzim. Tesis Sarjana, Universiti
Teknologi Malaysia, Faculty of Education.
Zuriman bin Abdul Rahman. (2013). Hubungan gaya kepimpinan pengetua dan kepuasan kerja
guru sekolah menengah di daerah Kuala Terengganu Utara, Terengganu. Kertas Penyelidikan
Seminar Antarabangsa Isu-isu Pendidikan ISPEN2018||eISBN978 967-2122-54-8 5 Julai
2018

31
Copyright © 2020 ACADEMIA INDUSTRY NETWORKS. All rights reserved

Anda mungkin juga menyukai