Anda di halaman 1dari 6

Laporan Penambahbaikan Dapatan Audit Pengurusan Kelakuan dan Tatatertib

Berdasarkan Senarai Semak Pengurusan Kelakuan dan Tatatertib, saya telah


mengenalpasti bahawa item Menyebar dan memaklumkan Peraturan 38 iaitu jenis hukuman tatatertib
kepada warga Jabatan pada skor terendah berbanding item lain. Saya telah berbincang dengan Guru
Besar dan pentadbir lain untuk membuat penambahbaikan terhadap item tersebut. Antara
penambahbaikan yang dilaksanakan ialah :-

1. Mengadakan Taklimat Pemakluman Peraturan 38 dari Pegawai Pendidikan Daerah Batu


Pahat.
2. Membuat salinan cetak dan menyebarkannya kepada semua warga jabatan.
3. Membuat salinan digital dan disebarkan ke dalam Kumpulan Rasmi Telegram Sekolah.

Penambahbaikan yang dilaksanakan ini adalah untuk memaklumkan dengan lebih jelas
kepada guru-guru, pembantu pengurusan murid, dan staf sokongan tentang hukuman tatatertib
yang boleh dikenakan kepada penjawat awam yang melakukan kesalahan. Pemakluman ini
bukanlah bermaksud untuk mengugut dan menakut-nakutkan warga jabatan tetapi adalah untuk
merasionalkan mereka supaya meletakkan kepentingan awam lebih utama dari kepentingan
mereka sendiri.
Kepentingan menyebar dan memaklumkan Peraturan 38 ini juga adalah supaya semua
warga jabatan melaksanakan tugas dengan cekap, amanah dan bertanggungjawab. Selain itu
ianya dapat memberi peringatan kepada mereka supaya dapat menjaga imej penjawat awam dari
tercemar dengan perbuatan yang tidak sepatutnya. Ianya juga boleh dikatakan sebagai langkah
pencegahan sesebuah organisasi untuk menyedarkan semua warga jabatan supaya tidak
melakukan kesalahan. Pencegahan adalah merupakan suatu tindakan menghentikan jenayah dengan
keupayaan (capacity) atau ancaman berbahaya (threat of retaliating ) terhadap seseorang menerusi
penghukuman (Crews & Gillespie 2004). Matlamat utama pencegahan adalah untuk menghalang
kesalahan dari berlaku.
Menurut kaji selidik secara sumbangsaran sebelum saya melaksanakan penambahbaikan
ini, warga sekolah kurang jelas dengan kandungan Peraturan 38 kerana sebahagian mereka telah
lupa dan jarang diingatkan. Ada juga diantara mereka yang masih baru menjawat awam. Setelah
penambahbaikan dilaksanakan mereka dapat mengetahui dengan lebih jelas tentang Peraturan 38
iaitu jenis hukuman tatatertib yang boleh dikenakan sekiranya mereka terlibat melakukan
kesalahan.
Berikut adalah link maklum balas soal selidik selepas taklimat dan sebaran Peratuan 38
kepada warga jabatan dilaksanakan:-
https://docs.google.com/forms/d/11JruCeQuRM7R1ajX-7AM2xlS6C-6mD79KbgTlXUdhT4/
edit#responses
Lampiran

1. Taklimat Pemakluman Peraturan 38 dari Pegawai Pendidikan Daerah Batu Pahat.

2. Membuat salinan cetak dan membuat sebaran kepada semua warga jabatan.

3. Membuat salinan digital dan disebarkan ke dalam Kumpulan Rasmi Telegram Sekolah.
Perkongsian Slaid
Maklumbalas Warga Sekolah Berkenaan Penambaikan Makluman dan Sebaran Peraturan
38

LAMPIRAN:
PESERTA

SENARAI SEMAK PENGURUSAN KELAKUAN DAN TATATERTIB


Para peserta diharapkan agar dapat melengkapkan borang ini sejujur yang mungkin.

Sila bulatkan (O) dalam ruang berkenaan berdasarkan amalan pengurusan pentadbiran pejabat
sekolah masing-masing berdasarkan skala berikut:

1 Tidak Memuaskan 2 Kurang Memuaskan 3 Memuaskan


4 Baik 5 Sangat Baik
 
ITEM AMALAN
  PEN. PEJABAT
   1 2 3 4 5
1 Memastikan setiap pegawai baharu di dalam kawalan memahami dan
menandatangani Surat Aku Janji.
Bukti:Surat Aku Janji ada di dimasukkan di dalam fail individu.

2 Menyediakan Carta Alir Urusan Tindakan Tatatertib.


Bukti: Ada ditampal di pejabat dan Bilik Guru

3 Mempunyai buku panduan/pekeliling/surat siaran tentang pengurusan


kes tatakelakuan bagi pegawai dalam Jabatan.
Bukti: Ada diletakkan di bilik Guru Besar

4 Mengedarkan buku panduan/pekeliling/surat siaran tentang pengurusan.


Contoh: Kes Tatakelakuan bagi kumpulan pengurusan dan pelaksana
kepada pegawai dalam Jabatan.
Bukti: Membuat salinan dan diletakkan di pejabat, bilik guru serta
menyebarkan salinan digital ke grup Telegram rasmi sekolah.

5 Melaksanakan program berkaitan kesedaran tentang tatakelakuan dan


tatatertib untuk staf.
Bukti: Memberi peringatan tetntang tatakelakuan dan tetatertib kepada
staf setiap kali perjumpaan bulanan.

6 Menyediakan senarai semak pengisytiharan harta dalam kalangan staf


dalam Jabatan.
Bukti: Senarai semak pengistiharan harta dimasukkan ke dalam fail dan
disimpan di bilik guru besar.

7 Menyebar dan memaklumkan Peraturan 38 iaitu jenis hukuman tatatertib


kepada warga Jabatan.
Bukti: Warga sekolah kurang jelas tentang Peraturan 38.

8 Memastikan maklumat pegawai bercuti, berkursus dan bertugas di luar


sentiasa dikemas kini dan dipamerkan di tempat yang mudah dilihat.
Bukti:Maklumat Pegawai bercuti,kursus dan bertugas di luar dikemasmini
setiap hari dan dipaparkan di pejabat.

Berdasarkan Senarai Semak di atas, peserta dikehendaki untuk merancang, melaksana dan
melaporkan penambahbaikan dengan menggunakan templat Laporan Aktiviti Berasaskan
Sekolah.
Tandatangan:
Nama: NOR KHAIRULIZAM BIN AHMAD
Kelas/Kumpulan: SRBE1

Anda mungkin juga menyukai