Anda di halaman 1dari 32

PROGRAM

KELAYAKAN PROFESIONAL
PEMIMPIN PENDIDIKAN KEBANGSAAN
National Professional Qualification for Educational Leaders

PANDUAN PESERTA

1
7. PERANTISAN 1

MUKA
BIL PERKARA
SURAT
1 1.1 BK43b 2–3
2.1 Slaid Taklimat 4–7
2
2.2 Pelaksanaan Aktiviti 8 – 11
ALAT/ DOKUMEN RUJUKAN
3.1 Pautan Youtube Video Korporat (LPIS) 11

3.2 Borang Pemerhatian SKPMg2 13 – 16

3.3 Borang Pemerhatian SKKSM 17


3
3.4 Format Jurnal Reflektif 18

3.5 Senarai Semak LPIS 19

3.6 Senarai Semak Pelaksanaan Perantisan 1 20

3.7 Borang Maklum Balas Pengetua/Guru Besar (P1-1) 21


BAHAN/ INSTRUMEN PENTAKSIRAN
4.1 Kaedah Pentaksiran 22
4.2 Pelan Pembentangan Individu Mengikut Giliran 22
4 Kumpulan
4.3 Borang Pentaksiran Individu (TP1-1) 23
RUJUKAN DAN PENGHARGAAN

5.1 Soalan Lazim 24 – 26


5
5.2 Glosari 26 – 30

5.3 Penghargaan: Pembina Modul 31

1
1. PENGENALAN
1.1 BK43b

RANCANGAN SESI LATIHAN

Nama Program Latihan: PROGRAM KELAYAKAN PROFESIONAL


PEMIMPIN PENDIDIKAN KEBANGSAAN (NPQEL 2.0)

Topik Pengajaran: PERANTISAN 1

Kompetensi: MEMBUAT KEPUTUSAN, BERKOMUNIKASI BERKESAN,


BERKEPERIBADIAN TINGGI

A. OBJEKTIF PERLAKUAN

i. Memberi justifikasi pemilihan sekolah Perantisan 1


ii. Membuat refleksi peranan kepimpinan dan pengurusan PGB
berdasarkan SKKSM dan SKPMg2
iii. Membuat refleksi berkaitan amalan terbaik kepimpinan dan
pengurusan sektor swasta berdasarkan tontonan video temu bual
tokoh koporat.

B. KANDUNGAN TOPIK

i. Faktor pemilihan sekolah


ii. Melaksanakan job shadowing pengurusan dan kepimpinan PGB di
sekolah berasaskan standard SKPMg2 dan SKKSM.
iii. Merasionalkan amalan terbaik dalam gaya pengurusan dan
kepimpinan PGB sekolah Perantisan 1.

2
iv. Menandaaras amalan terbaik kepimpinan dan pengurusan sektor
swasta yang bersesuaian diamalkan di sekolah.

C. PENILAIAN

i. Penulisan jurnal
ii. Pembentangan berdasarkan kepada tiga kompetensi yang telah
ditetapkan.

D. RUJUKAN

Blink, R.J. (2007). Data-driven instructional leadership. Eye On


Education.
Fullan, M. (2011). Change leader: Learning to do what matters most.
John Wiley & Sons.
Martin, G.E., Danzig, A.B., Wright, W.F., Flanary, R.A. & Brown, F.
(2012). School leadership internship: Developing, monitoring, and
evaluating your leadership experience (3rd ed). Eye On Education.
Dokumen SKPMG2
Standard Kompetensi Kepimpinan Sekolah Malaysia

3
2. BAHAN
2.1 Slaid Taklimat

4
3.

5
6
7
2.1 Pelaksanaan Aktiviti
Terdapat tiga (3) peringkat dalam aktiviti ini:

2.1.1 PERINGKAT SEBELUM

2.1.1.1 Peserta membuat pemilihan sekolah Perantisan 1 dengan


memberi justifikasi faktor pemilihan sekolah berkenaan.
2.1.1.2 Meneroka dan mengenal pasti dokumen SKKSM dan
SKPMg2 yang dimuat turun dari Portal ePembelajaran
2.1.1.3 Membaca artikel berkaitan job shadowing dari pautan
Portal ePembelajaran
2.1.1.4 Mengikuti eModul berkaitan job shadowing dan
menjawab kuiz di Portal ePembelajaran.
2.1.1.4 Menonton video temubual tokoh korporat melalui pautan
di Portal ePembelajaran IAB (mengikut kumpulan yang
telah ditetapkan)

2.1.2 PERINGKAT SEMASA

2.1.2.1 Mengenal pasti peranan kepimpinan dan pengurusan


PGB berdasarkan senarai semak yang disediakan
(SKKSM dan SKPMg2).
2.1.2.2 Meneroka ciri-ciri personal, hubungan, analitikal dan
strategik PGB sekolah P1.

2.1.3 PERINGKAT SELEPAS

2.1.3.1 Penulisan Jurnal Reflektif dan Amalan Korporat


Secara Individu.

8
Bahagian A :
Kerangka Penulisan Jurnal reflektif Bahagian A adalah
merujuk kepada Leadership Model, Minnesota
University (LMMU). Terdapat 4 ciri dalam model tersebut
dan peserta perlu memilih satu subciri dari setiap ciri
untuk penulisan. Kaitkan ciri-ciri personal, hubungan
analitikal dan strategik yang boleh diaplikasi apabila
dilantik menjadi pemimpin pendidikan. (sila rujuk kepada
dokumen LMMU di glosari).
Kaitkan juga dengan hasil dapatan senarai semak
SKKSM dan SKPMg2 dalam penulisan berkenaan.
Maksimum penulisan bagi setiap kompetensi yang dipilih
adalah satu muka surat.

Bahagian B:
Kerangka Penulisan Jurnal reflektif Bahagian B
merupakan rumusan tontonan 3 video korporat yang telah
dipilih secara berkumpulan. Peserta akan berbincang
dalam kumpulan tentang 3 aspek pemerhatian seperti
kepimpinan, pengurusan kewangan, pengurusan sumber
manusia, pengurusan pemasaran, dan sebagainya
berdasarkan 3 klip video korporat yang telah ditonton..

Peserta perlu menulis laporan secara individu berkaitan


hasil perbincangan 3 bidang pemerhatian tersebut yang
boleh dijadikan amalan terbaik dalam pengurusan dan
kepimpinan pendidikan serta disuaimanfaatkan kepada
institusi pendidikan masing-masing.
Penulisan bagi 3 bidang pemerhatian tersebut hanya
terhad kepada satu muka surat sahaja secara

9
keseluruhan. Laporan boleh ditulis dalam bahasa
Inggeris atau Bahasa Melayu.

2.1.3.2 Sesi Pentaksiran


Peserta membuat pembentangan secara individu selama
tujuh (7) minit berpandukan penulisan jurnal reflektif
Bahagian A. Sesi pembentangan ini bagi mengenal pasti
tahap “menguasai” atau “tidak menguasai” peserta.
Kompetensi yang di taksir adalah:
i. Membuat Keputusan - Keupayaan membuat pilihan
yang relevan dan mempunyai justifikasi berasaskan
maklumat dengan mempertimbangkan pelbagai aspek
dan alternatif.
ii. Berkomunikasi Berkesan - Berkeupayaan untuk
mendengar, menyampaikan idea dengan lancar dan
menyakinkan serta boleh menerima pandangan orang
lain.
iii. Berkeperibadian Tinggi - Berkeupayaan membuat
refleksi kendiri untuk meningkatkan kualiti peribadi secara
berterusan serta mempamerkan nilai baik dalam
pemikiran serta amalan untuk menyumbang kepada
organisasi.

2.1.3.2 Sesi Perkongsian Dalam Kumpulan


Perkongsian dilaksanakan selepas sesi pentaksiran
individu P1 selesai. Ketua kelas akan mengelolakan sesi
dengan melantik pengerusi majlis dan penjaga masa.
Setiap kumpulan diberi masa 10 minit pembentangan dan
10 minit sesi soal jawab. Kaedah pembentangan
perkongsian adalah mengikut kreativiti kumpulan.

10
Penilaian sesi ini adalah sama ada lengkap atau tidak
lengkap.

2.1.3.3 Memuatnaik Bahan-Bahan Ke Dalam e-Laporan


Peserta perlu memuatnaik semua bahan berikut:
1. Jurnal reflektif Individu (JR-P1)
2. Senarai Semak LPIS (SP1-1)
3. Senarai Semak P1 (SP1-1)
4. (Perkara 1, 2 dan 3 selewat-lewat pada 10/8/2021
setelah dibincang, disemak dan disahkan oleh
Penyelia)
5. Video Pembentangan (selewat-lewatnya 7/8/2021
pukul 4.00 petang bagi negeri Johor, Kedah,
Kelantan dan Terengganu dan 8/8/2021 bagi
negeri-negeri lain)

3. BAHAN/DOKUMEN RUJUKAN

3.1 Video Korporat (Pautan Youtube)


Terdapat 52 episod video bual bicara kepimpinan dibawah kumpulan
Leadership Nugget terbitan Leaderonomics melalui pautan youtube di
muat naik di eResos. Peserta di dalam kumpulan perlu memilih 3 judul
video untuk ditonton dan dibincangkan. Perbincangan adalah menjurus
kepada amalan kepimpinan terbaik yang dikenalpasti yang boleh disuai
manfaatkan kepada organisasi anda.
https://www.youtube.com/playlist?list=PLcBKcHCgdbsqNpFUsl_dahFt
aIUp5IST6

11
IP1-1
3.2 Instrumen Pemerhatian SKPMg2

Standard 1

Aspek 1.1 Status


PGB Sebagai Peneraju
PGB bertindak sebagai peneraju dalam semua aspek pengurusan dan pendidikan di Ada Tiada
sekolah untuk memastikan matlamat dan objektif yang ditetapkan tercapai. Eviden

1.1.1 Membuat analisis persekitaran


Menetapkan hala tuju
sekolah Menentukan sasaran mengambil kira keperluan sekolah

Mendokumentasikan hala tuju

Menyebarluaskan hala tuju secara menyeluruh dan jelas

1.1.2 Penyediaan garis panduan/format Perancangan strategik,


Penyediaan Merangka strategi,
Rancangan Pemajuan
Sekolah Penentuan Pencapaian Sasaran

Pelaksanaan Pemantauan

Penyiapan dokumen perancangan strategik dengan


mekanisme yang sesuai, mengikut ketetapan, keperluan
sekolah dan secara komprehensif

1.1.3 Pelaksanaan pemantauan,


Pemantauan
Pengoperasian Penyediaan rumusan
Sekolah
Mengambil tindakan susulan mengikut ketetapan, secara
menyeluruh dan berterusan.

1.1.4 Mengetuai Pelaksanaan PdPc, Penyediaan Rancangan,


Pelaksanaan Pelajaran Harian (RPH), menaksir tahap penguasaan
Aktiviti Instruksional murid dan menyemak hasil kerja murid mengikut arahan
yang berkuat kuasa, mematuhi jadual, secara tekal dan
menyeluruh.

12
1.1.4 Mengetuai pelaksanaan pencerapan PdP, memberi
Pelaksanaan maklum balas dan bimbingan serta mengambil tindakan
Pencerapan susulan mengikut ketetapan, secara menyeluruh dan
Aktiviti Instruksional berterusan

1.1.4 Mengetuai pemantauan kemajuan dan pencapaian murid


Pelaksanaan dengan menganalisis pencapaian murid, menyediakan
Pemantauan rumusan dan mengambil tindakan susulan mengikut
Kemajuan Dan ketetapan, secara menyeluruh dan berterusan
Pencapaian Murid
Aktiviti Instruksional

1.1.5 Mengenal pasti, mengambil tindakan dan menyelesaikan


Menangani Masalah masalah/isu pengoperasian sekolah dengan mekanisme
Pengoperasian yang sesuai, secara telus dan kreatif/inovatif
Sekolah

Aspek 1.2 Status

PGB Sebagai Pembimbing Ada Tiada


PGB bertindak sebagai pembimbing untuk meningkatkan kecekapan individu dan Eviden
kualiti pengurusan sekolah

1.2.1 Memberi input, panduan dan maklum balas kepada guru


Guru dan AKP dan AKP mengikut keperluan ,dari semasa ke
semasa,secara jelas dan menyeluruh

1.2.2 Memberi panduan, maklum balas dan pendedahan


Pemimpin yang berkaitan tugas kepada PK, GKMP (SM sahaja) dan KP
diturun kuasa mengikut keperluan, secara jelas, menyeluruh dan dari
semasa ke semasa.

Aspek 1.3 Status

PGB Sebagai Pendorong Ada Tiada


PGB bertindak sebagai pendorong untuk meningkatkan motivasi warga sekolah Eviden
dalam melaksanakan tanggungjawab secara bersungguh-sungguh dan berkualiti.

13
1.3.1
Suri Teladan kepada Warga Melaksanakan tugas berkualiti, mempamerkan
Sekolah penampilan diri berwibawa, bertindak sebagai
pakar rujuk dan memperlihatkan komunikasi yang
berkesan secara tekal,bersungguh-sungguh dan
menyeluruh

1.3.2
Menggalakkan warga sekolah Menyediakan saluran, mendengar, menerima dan
memberi input berkaitan mengambil tindakan terhadap pandangan warga
pemajuan sekolah sekolah berkaitan pemajuan sekolah dengan sikap
terbuka,secara tekal dan mengikut keperluan
1.3.3
Menggerakkan warga Memberi maklum balas positif, penghargaan,
sekolah dalam menyediakan keperluan dan melibatkan diri dalam
melaksanakan aktiviti sekolah secara tekal,menyeluruh dan
tanggungjawab mengikut keperluan..

Standard 2
(Pengurusan Organisasi)

Aspek 2.1 Status

Pengurusan Sumber Manusia Ada Tiada


Sumber manusia diurus untuk meningkatkan kualiti kerja, kepuasan dan Eviden
keseronokan bekerja serta amalan profesionalisme.

2.1.1 Sumber manusia diurus secara terancang.


Sumber manusia diurus
secara terancang.

2.1.2
Pembangunan Sumber Pembangunan Sumber manusia diurus secara
manusia diurus secara terancang
terancang.

Aspek 2.2 Status

Pengurusan Kewangan Ada Tiada


Aset kerajaan diurus untuk kemudahan, keselesaan dan keselamatan warga sekolah Eviden

14
2.2.1
Sumber manusia diurus Sumber manusia diurus secara terancang.
secara terancang.

2.1.2
Pembangunan Sumber Pembangunan Sumber manusia diurus secara
manusia diurus secara terancang
terancang.

Aspek 2.3 Status

Pengurusan Sumber Kewangan Ada Tiada


Kewangan diurus untuk memastikan setiap perbelanjaan memberi pulangan yang Eviden
optimum.

2.3.1 Menyediakan anggaran perbelanjaan,


Kewangan diurus secara melaksanakan perbelanjaan dan mengambil
terancang. tindakan susulan hasil pemantauan perbelanjaan
dengan mematuhi peraturan, mengikut keperluan
dan secara menyeluruh

Aspek 2.4 Status

Pengurusan Sumber Pendidikan Ada Tiada


Sumber pendidikan diurus bagi menyokong peningkatan kualiti pendidikan Eviden

2.4.1 Menyediakan anggaran perbelanjaan,


Kewangan diurus secara melaksanakan perbelanjaan dan mengambil
terancang. tindakan susulan hasil pemantauan perbelanjaan
dengan mematuhi peraturan, mengikut keperluan
dan secara menyeluruh.

Aspek 2.5 Status

Iklim Ada Tiada


Persekitaran dan suasana diurus supaya kondusif bagi kesejahteraan warga sekolah Eviden
dalam melaksanakan tanggungjawab

2.5.1

15
Suasana yang selesa dan Membersih, menceria dan memulihkan kawasan
harmoni diwujudkan secara persekitaran fizikal serta mewujudkan ciri-ciri
terancang. keselamatan dengan mekanisme yang sesuai,
mematuhi prosedur, mengikut keperluan dan
secara berterusan..

2.5.2 Menguatkuasakan peraturan sekolah, merancang


Suasana yang selesa dan dan melaksanakan program peningkatan keakraban
harmoni diwujudkan secara dengan mekanisme yang sesuai, secara tekal,
terancang.. menyeluruh dan mematuhi peraturan yang
ditetapkan.

Aspek 2.6 Status

Pengurusan Perpaduan Ada Tiada


Pemahaman, penerimaan dan penghayatan terhadap kepelbagaian agama, bangsa, Eviden
budaya dan bahasa masyarakat Malaysia diurus untuk memupuk perpaduan

2.6.1 Menyebarluaskan maklumat, merancang dan


Pemahaman, penerimaan dan melaksanakan program yang berteraskan
penghayatan terhadap kepelbagaian masyarakat Malaysia dengan
kepelbagaian masyarakat mekanisme yang sesuai, mengikut kesesuaian,
Malaysia diurus secara secara menyeluruh dan berterusan
terancang

Aspek 2.7 Status

Pemuafakatan Strategik Ada Tiada


Permuafakatan strategik diwujudkan untuk menyokong pembelajaran murid ke arah Eviden
kecemerlangan

2.7.1 Merancang dan melaksanakan program yang


Permuafakatan Strategik melibatkan ibu bapa, komuniti dan pihak swasta,
diusahakan secara terancang. mendapatkan sumbangan serta mewujudkan
rangkaian komuniti dengan mekanisme yang
sesuai, mengikut keperluan, secara kreatif dan
inovatif, menyeluruh dan berterusan.

16
IP1-2
3.3 Instrumen Pemerhatian SKKSM

STANDARD KOMPETENSI KEPENGETUAAN SEKOLAH MALAYSIA(SKKSM)

SKKSM merupakan senarai kompetensi minimum bagi Pengetua/Guru Besar sekolah ke arah kecemerlangan
pengurusan dan kepimpinan sekolah. Dokumen ini disediakan untuk memantapkan tahap profesionalisme
pengetua/guru besar dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab mereka di sekolah.

Melalui job shadowing yang dilaksanakan semasa Perantisan 1 , anda dikehendaki untuk mengenal pasti
amalan terbaik pengetua / guru besar (PGB) melalui pemerhatian/temu bual/analisis dokumen. Anda juga
diminta untuk mencatatkannya merujuk kepada penyataan-penyataan di bawah.

Penyataan Huraian Sumber Maklumat


Amalan PGB
1 Merancang strategi untuk mencapai visi dan misi
organisasi
2 Menghayati dan memupuk budaya menuntut ilmu
sepanjang hayat
3 Melaksanakan prinsip pengurusan pengajaran dan
pembelajaran
4 Melaksanakan prinsip amalan terbaik dalam pengajaran
dan pembelajaran
5 Menunjukkan minat dan komitmen terhadap aktiviti
kokurikulum
6 Berupaya menghadapi cabaran serta dapat menangani
masalah dan isu-isu yang berkaitan dengan kokurikulum
7 Berupaya membentuk watak sekolah melalui program
kokurikulum
8 Mempunyai komunikasi berkesan dengan murid, ibu
bapa dan penjaga
9 Mempunyai toleransi yang tinggi dalam semua situasi
dalam organisasi
10 Melaksanakan aktiviti kebajikan, keselamatan,
keselesaan, disiplin dan keharmonian murid
11 Melaksanakan prinsip dan amalan terbaik dalam
pengurusan kewangan
12 Mempunyai integriti, akauntabiliti serta tekun dalam
penyelenggaraan kewangan
13 Memastikan pengurusan pentadbiran pejabat yang
cekap berlandaskan prinsip dan peraturan yang
ditetapkan
14 Memastikan pengurusan persekitaran dan kemudahan
fizikal sekolah berlandaskan prinsip dan peraturan yang
ditetapkan

17
15 Mempercayai dan mengamalkan konsep kepimpinan
bersama dalam pengurusan sekolah (shared leadership)
dan pembinaan pasukan berkesan

IP1-3
3.4 Instrumen Pemerhatian LMMU

Instrumen Leadership Model Minnesota University (LMMU)


Ciri-ciri Peribadi

Ciri-ciri peribadi merupakan sifat dalaman yang membantu dan mendorong seseorang
pemimpin itu untuk terus kekal dalam melaksanakan kebaikan bersama. Apabila menonjolkan
sisi terbaik diri mereka , seseorang pemimpin itu dapat memberikan yang terbaik dalam
melaksanakan tugas mereka.

1 Bertindak secara Sifat ini membantu seorang pemimpin untuk berani menghadapi
berani situasi, orang ataupun tempat yang mungkin berbeza dari mereka
terutama dalam aspek budaya dan kaum. Seseorang yang mempunyai
sifat berani akan melihat ketidakselesaan sebagai salah satu proses
yang positif dalam memahami budaya dan pengalaman orang atau
kaum lain.

2 Bertindak secara Sifat ini membantu meningkatkan keupayaan seorang pemimpin untuk
beretika hidup dan mengamalkan tingkah laku yang selari dengan peraturan
yang telah ditentukan. Ia juga membantu seorang pemimpin itu untuk
memilih hala tuju yang betul dalam membuat keputusan apabila
timbulnya konflik kepentingan.

3 Mencipta matlamat Sifat ini membantu seorang pemimpin untuk fokus kepada mencapai
peribadi matlamat jangka panjang serta memberi inspirasi kepada seorang
pemimpin untuk terus komited dalam mencapai matlamatnya itu. Ia
menjawab pertanyaan : “Apa yang harus saya buat supaya lebih
berkesan dalam melakukan perubahan bersama orang lain”?

4 Memupuk daya Sifat ini berdasarkan psikologi positif dan menggalakkan seorang
tahan pemimpin untuk menyepadukan tindakan yang membantu mereka
berkembang. Ia mengembangkan amalan positif untuk memupuk
keseimbangan, tenaga dan kepuasan diri.

18
5 Meneroka Sifat ini menggalakkan seorang pemimpin untuk melihat perbezaan
perbezaan sebagai peluang untuk melibatkan diri dan belajar. Ia juga membina
refleksi kendiri untuk memahami faktor yang mempengaruhi mereka
apabila berhadapan dengan perbezaan.

6 Mempamerkan Sifat ini menunjukkan tentang keperluan seorang pemimpin untuk


kesedaran kendiri mengenali diri mereka sendiri sebagai sebahagian dari cara untuk
membangunkan kepimpinan dalam diri mereka.

Ciri-ciri Hubungan

Ciri-ciri hubungan menekankan hakikat bahawa untuk melakukan sesuatu perubahan


memerlukan kerjasama orang lain. Oleh itu, seorang pemimpin boleh membangunkan
keupayaan memupuk kebijaksanaan dan kekuatan pasukan serta komuniti.

1 Memimpin Sifat ini merujuk kepada keupayaan pemimpin untuk menggunakan emosi
melalui empati dengan bijak dalam menangani situasi yang sukar berkaitan aspek budaya
dan kaum melalui pendekatan peribadi yang lebih bersifat kemanusiaan. Ia
menyedari kepentingan pelbagai pendapat yang menyumbang kepada
kefahaman tentang isu budaya dan kaum di samping mendidik orang lain
tentang kepentingan perbezaan budaya dan kaum.

2 Berkomunikasi Sifat ini membantu meningkatkan keupayaan seorang pemimpin untuk


secara berkesan memahami dan menerima idea daripada pelbagai pihak. Ia melibatkan
keupayaan untuk mendengar, menyampaikan maklumat secara lisan dan
bertulis, dan menyesuaikan mesej dengan pelbagai situasi dan matlamat.

3 Memimpin dan Sifat ini membina pemimpin yang boleh memimpin pengikut dengan lebih
menurut arahan baik. Ia juga membantu pemimpin untuk menjadi pengikut yang berkesan
dalam memberi sokongan kepada ketua mereka dan menyumbang kepada
usaha yang dijalankan.

4 Mengurus Sifat ini membantu pemimpin untuk berinteraksi dalam kumpulan yang
dinamika menjurus kepada ciri-ciri, pembangunan dan kejayaan pasukan. Ia
kumpulan menekankan tindakan proaktif yang perlu diambil oleh seorang pemimpin
untuk memastikan interaksi yang produktif berlaku dalam pasukan,
mengurus konflik dan mengembangkan minat.

19
5 Memotivasikan Sifat ini berkaitan dengan keupayaan seorang pemimpin untuk
orang lain menggunakan taktik yang positif dalam memberi motivasi dan
membangunkan orang lain. Ia mengenal pasti kekuatan individu dan
melibatkan orang lain dengan cara yang berkesan.

6 Bertindak Sifat ini menggariskan bagaimana kecerdasan emosi iaitu keupayaan untuk
dengan membaca emosi orang lain dan berinteraksi dengan mereka dapat memberi
kecerdasan kesan terhadap kecekapan seorang pemimpin. Ia menjelaskan tentang
emosi keupayaan seorang untuk membangunkan kecerdasan emosinya melalui
fokus dan amalan.

Ciri-ciri Analitikal

Ciri-ciri analitikal merujuk kepada kompetensi minda pemimpin dalam melaksanakan


tugasnya. Seorang pengkaji kepimpinan iaitu Roger Schwartz menyatakan “Bagaimana anda
fikir begitulah anda akan pimpin,” dan terdapat beberapa cara bagaimana seorang pemimpin
boleh meluas dan menajamkan pemikirannya.

1 Mengenali Sifat ini menerangkan tentang pemahaman pemimpin terhadap saling


status dan hubungan antara identiti (kelas, gender, status politik, keupayaan dsb.)
kuasa untuk meningkatkan kejelasan tentang identiti dan kuasa serta
meningkatkan hubungan.
2 Berfikir secara Sifat ini meningkatkan kapasiti pemimpin untuk menganalisa secara
kritikal sistematik tentang cara mereka berfikir untuk mengurangkan berat sebelah,
prejudis atau penyelewengan pemikiran.
3 Merangka Sifat ini membangun pemimpin untuk mendefinisikan semula isu atau
situasi yang dihadapi dengan cara yang berbeza supaya boleh berhubung
secara lebih meluas dengan orang lain. Ia memberi fokus terhadap
perbincangan dan menentukan sudut pandang yang sesuai untuk
memahami sesuatu isu tersebut.

4 Menyoal Sifat ini membolehkan seorang pemimpin itu untuk menggunakan soalan
berpandu yang provokatif dengan cara yang berkesan dan tepat pada
masanya untuk mencapai matlamat.

5 Membuat Sifat ini adalah berkaitan keupayaan seorang pemimpin untuk menilai
refleksi pelibatan, tingkah laku dan pemikirannya agar menjadi lebih baik dalam
komuniti kepimpinannya.

20
Ciri-ciri Strategik

Ciri-ciri strategik merujuk kepada keupayaan seorang pemimpin untuk bertindakbalas


terhadap situasi yang timbul dalam persekitarannya. Seorang pemimpin itu akan bertindak
dengan lebih berkesan jika dia lebih memahami faktor yang mempengaruhi konteks
persekitarannya.

1 Mengukur Sifat ini merujuk kepada keupayaan seorang pemimpin untuk sentiasa
progress menilai bagaimana faktor budaya dan kaum mempengaruhi kerja mereka
melalui hasil yang boleh diukur. Ia juga membantu seorang pemimpin itu
untuk menggunakan data kualitatif dan kuantitatif bagi mengenal pasti
sumbangan ekonomi, sosial dan budaya yang dilakukan oleh pelbagai pihak
kepada komuniti.

2 Mendefinisikan Sifat ini merujuk kepada keupayaan seorang pemimpin untuk membimbing
hala tuju pasukannya bagi mencapai matlamat. Ia juga membantu pemimpin untuk
memberi gambaran tentang sesuatu situasi supaya orang lain boleh
membuat keputusan yang tepat.

3 Memetakan Sifat ini membantu meningkatkan pemahaman faktor utama yang memberi
persekitaran kesan kepada situasi pemimpin seperti orang, polisi, proses dan prinsip.

4 Menggunakan Sifat ini berkaitan mengenali, memilih dan melaksanakan proses yang
proses yang bersesuaian untuk mencapai matlamat tugasan dengan orang lain.
efektif
5 Menggalakkkan Sifat ini mengerakkan pemimpin untuk keluar dari kepompongnya dan
inovasi mencipta atau memperkenalkan sesuatu yang baru. Ia ke arah membina
keupayaan pemimpin untuk berani mengambil risiko.

6 Menangani isu Sifat ini berkaitan keupayaan pemimpin untuk mengenal pasti,
memformulasi, membina dan mengambil langkah yang sesuai dalam
memberi respon kepada soalan mahupun cabaran yang datang.

21
JR-P1
3.5 Format Jurnal Reflektif
JURNAL REFLEKTIF
BAHAGIAN A (REFLEKSI JOB SHADOWING)
NAMA:
KUMPULAN/AMBILAN:
SEKOLAH ASAL:
SEKOLAH PERANTISAN 1:
NAMA PGB SEKOLAH PERANTISAN 1:
TARIKH PELAKSANAAN P1:
SUBCIRI:

*(1 Subciri satu (1) muka surat)

BAHAGIAN B (TONTONAN VIDEO KORPORAT)

NAMA :
KUMPULAN/AMBILAN :
TAJUK VIDEO 1.
2.
3.
REFLEKSI:

*Hanya 1 muka surat sahaja.


Spesifikasi penulisan:
i. Font jenis Arial atau Times New Roman.
ii. Saiz font 12
iii. Jumlah muka surat Bahagian A adalah 4 muka surat iaitu satu (1) muka surat bagi
setiap subciri LMMU. Bahagian B hanya satu (1) muka surat sahaja.

22
3.6 Senarai Semak LPIS
SP1-1
SENARAI SEMAK LAWATAN PENANDAARASAN INSTITUSI SWASTA (LPIS)
Nama Peserta :
Ambilan :
Kelas :
Nama Penyelia :
Tarikh Seliaan :

Bil Perkara Ada Tiada Lengkap Tidak Verifikasi Catatan


. Lengkap Penyelia
1. Penerangan LPIS oleh Penyelia
2. Perbincangan penyelia dengan peserta
3. Peserta menyemak senarai video-video
korporat yang tersenarai dalam e-Portal
NPQEL.
4. Perbincangan dalam kumpulan bagi
memilih video korporat yang bersesuaian
dengan tugasan.
5. Peserta mengenal pasti 3 video korporat
yang akan ditonton.
6. Peserta boleh mendapatkan maklumat
lanjut berkenaan dengan badan korporat
yang terlibat (melalui google) dalam video
korporat tersebut.(optional)
7. Peserta wajib menonton video dan
membuat pemerhatian untuk menggarap
idea bagaimana pemerhatian tersebut
boleh disuaimanfaatkan serta diamalkan
kepada diri dan organisasi sebagai
pemimpin pendidikan yang berprestasi
tinggi.
8. Menulis laporan yang mengandungi 3
bidang pemerhatian (1 muka surat) yang
boleh dijadikan amalan terbaik dalam
pengurusan dan kepimpinan pendidikan
serta disuaimanfaatkan kepada institusi
pendidikan masing-masing.
Rumusan Penyelia:

Tandatangan Penyelia,

23
SP1-2
3.7 Senarai Semak Pelaksanaan Perantisan 1
Nama Peserta:
Kumpulan:
No. Kad Pengenalan:
Nama dan Kod Sekolah:
BIL PERKARA / AKTIVITI STATUS CATATAN
1. e-Modul
- Peserta melaksanakan tugasan e-Modul
dengan bimbingan dan pemantauan oleh
penyelia.
2. SKKSM
- Peserta melengkapkan borang
pemerhatian SKKSM melalui aktiviti temu
bual, semakan dokumen dan pemerhatian.
- Penyelia menyemak dan mengesahkan
borang SKKSM.
3. SKPMg2
- Peserta melengkapkan senarai semak
SKPMg2 melalui aktiviti temu bual,
semakan dokumen dan pemerhatian.
- Penyelia menyemak dan mengesahkan
senarai semak SKPMg2.
4. Video Korporat (Aktiviti LPIS)
- Peserta menonton video korporat berkaitan
Pengurusan dan Kepimpinan pihak
korporat.
5. Jurnal Reflektif
- Peserta melengkapkan dan memuat naik
Jurnal Reflektif Bahagian A secara
individu berdasarkan Model LMMU ke
e-laporan.
- Peserta melengkapkan dan memuat naik
Jurnal Reflektif Bahagian B secara
individu berdasarkan Model LMMU ke
e-laporan.
6. Perkongsian Pengalaman
- Peserta berkongsi pengalaman melalui
pembentangan secara berkumpulan dalam
sesi bersemuka dalam talian.
7. Pentaksiran
- Peserta ditaksir secara individu secara
bersemuka dalam talian.
Tandatangan Pensyarah Penyelia:
Nama Penyelia: Tarikh:

24
3.8 Borang Maklum Balas Pengetua/Guru Besar (P1-1)

BORANG P1-1

BORANG MAKLUM BALAS PENGETUA/GURU BESAR

Nama Peserta

No. Kad Pengenalan

Sekolah Asal

Sekolah Perantisan

Tarikh di Sekolah Perantisan 1

Ulasan Prestasi Peserta

Terendah
Tertinggi

Kompetensi 1 2 3 4 5
Berkomunikasi Berkesan

Berkeperibadian Tinggi

Ulasan keseluruhan

…………………………………………….
(Nama Pengetua/Guru Besar)
Cap Sekolah:
Tarikh:

25
4. BAHAN/ INSTRUMEN PENTAKSIRAN

4.1 Kaedah Pentaksiran

i. Pembentangan P1 dilakukan secara dalam talian melalui


platform google meet atau yang bersesuaian selama 7 minit
mengikut penjadualan
ii. Peserta akan menghantar rakaman video pembentangan
berdurasi 7 minit dan bahan pembentangan.
iii. Bilangan pentaksir bagi setiap kelas 3 orang untuk setiap
kumpulan pembentangan.

4.2 Pelan Kedudukan Pembentangan Individu

26
4.3 Borang Pentaksiran Individu
TP1-1

BORANG PENTAKSIRAN INDIVIDU


Aktiviti PERANTISAN 1
Kelas 1 / 2 / 3 / 4 / 5 / 6
Kumpulan
Nama Peserta Ditaksir
Tarikh Masa :

TAHAP
KOMPETENSI CATATAN
KOMPETENSI

Membuat Keputusan

Berkomunikasi
Berkesan

Berkeperibadian Tinggi

Kekuatan:

Penambahbaikan:

Tandatangan Pentaksir:
Nama Pentaksir: Tarikh:

27
5. SOALAN LAZIM DAN GLOSARI
5.1 Soalan Lazim

Bil. Isu/ Soalan Cadangan Penyelesaian

1. Apakah kegunaan SKKSM? SKKSM adalah Standard Kompetensi


Minimum yang digunakan oleh Pengetua
atau Guru Besar sebagai garis panduan ke
arah Kecemerlangan Pengurusan dan
Kepimpinan di sekolah.

2. Apakah kegunaan SKPMg2? SKPMg2 merupakan Piawai yang digunakan


sebagai panduan untuk menentukan tahap
pencapaian Kualiti dalam Pendidikan secara
berterusan di sekolah.

3. Apakah tempoh aktiviti Job Tempoh masa antara beberapa jam hingga
Shadowing biasa dilaksanakan? lebih daripada lima hari

4 Apakah kegunaan Job Shadowing? Alat/ instrumen dalam pembangunan


profesional individu, menyokong proses
pelan penggantian kepimpinan dan
mendorong proses pembangunan
kepimpinan organisasi

5. Bagaimanakah penulisan Jurnal Kerangka jurnal reflektif terbahagi kepada


Reflektif? dua (2) bahagian. Bahagian A dimana
peserta perlu kaitan 4 subciri dalam LMMU
iaitu personal, hubungan, analitikal dan
strategik dengan dapatan semakan SKKSM
dan SKPMg2 semasa job shadowing
dilaksanakan. Bahagian B pula rumusan
tontonan 3 video korporat yang telah dipilih
secara berkumpulan.

6. Apakah huraian lanjut berkenaan Standard 1 Kepemimpinan yang terdapat


Standard 1 Kepemimpinan yang dalam SKPMg2 mengandungi 3 Aspek iaitu:
terdapat dalam SKPMg2? Aspek 1.1:
PGB Sebagai Peneraju:PGB bertindak
sebagai peneraju dalam semua aspek
pengurusan dan pendidikan di sekolah untuk
memastikan matlamat dan objektif yang
ditetapkan tercapai.

Aspek 1.2:
PGB Sebagai Pembimbing:PGB bertindak
sebagai pembimbing untuk meningkatkan

28
kecekapan individu dan kualiti pengurusan
sekolah.

Aspek 1.3:
PGB Sebagai Pendorong:PGB bertindak
sebagai pendorong untuk meningkatkan
motivasi warga sekolah dalam melaksanakan
tanggungjawab secara bersungguh-sungguh
dan berkualiti.

7. Bagaimana menilai dan mentaksir Penilaian dan pentaksiran adalah


sesuatu kompetensi? berpandukan kepada rubrik analitik yang
terdapat dalam Kamus Kompetensi.

8 Apakah langkah-langkah dalam Terdapat lima langkah dalam proses Job


proses Job Shadowing Shadowing yang dimulai mengenal pasti
bidang, menjelaskan apa yang dikehendaki,
menterjemahkan kepercayaan, andaian dam
ketidakpastian, menjalankan Job Shadowing
dan membuat refleksi.
9 Apakah itu shared leadership? Gaya kepimpinan dalam organisasi yang
mengagihkan tanggungjawab kepemimpinan,
dalam satu pasukan (saling memimpin) bagi
mencapai visi, misi dan matlamat.

10 Bagaimanakah yang dimaksudkan Anda berupaya membuat pilihan yang


dengan Kompetensi “ Membuat relevan dan mempunyai justifikasi
Keputusan” berasaskan maklumat dengan
mempertimbangkan pelbagai aspek dan
alternatif.
11 Bagaimanakah yang dimaksudkan Anda berupaya untuk
dengan Kompetensi “ Berkomuniasi mendengar,menyampaikan idea dengan
Berkesan” lancar dan meyakinkan secara lisan dan/atau
bertulis serta boleh menerima pandangan
orang lain
12 Bagaimanakah yang dimaksudkan Anda berupaya membuat refleksi kendiri
dengan Kompetensi “ untuk meningkatkan kualiti peribadi secara
Berkeperibadian Tinggi” berterusan serta mempamerkan nilai baik
dalam pemikiran serta amalan untuk
menyumbang kepada organisasi
13 Apakah maksud LPIS ? LPIS ialah singkatan bagi Lawatan
Penandaarasan ke Institusi Swasta.

29
14 Bagaimanakah aktiviti LPIS Peserta akan menonton Video Korporat
dilaksanakan? berkaitan Pengurusan dan Kepimpinan pihak
Korporat dan membuat pemerhatian agar
best practices yang ada dapat dipelajari serta
disuaimanfaatkan untuk kegunaan institusi
masing-masing.

5.2 Glosari

PERKATAAN/SINGKATAN MAKSUD
Job Shadowing Alat yang membantu individu perolehi ilmu pengalaman suatu
pekerjaan sebenar

Jurnal Reflektif Format untuk merekod/mencatat dapatan dari aspek


kepimpinan daripada pelaksanaan job shadowing dan
tontonan video bual bicara korporat.

Kompetensi Kemampuan dan kemahiran melaksanakan tugas berkaitan


bidangnya.

LMMU Leadership Model Minnesota University

Mentor Adalah merujuk kepada Pengetua atau Guru Besar sekolah


Perantisan 1 peserta

P1 Perantisan 1
Pemikiran Analitikal Berupaya berfikir dan membuat analisis secara mendalam
dengan mengambil kira kesan baik dan buruk sesuatu
keputusan.

Pentaksiran Satu proses mendapatkan maklumat melalui penghakiman


atau pertimbangan berkaitan tugas-tugas pengurusan dan
kepimpinan di sekolah.

PGB Pengetua Guru Besar

PKP Perintah Kawalan Pergerakan

SKKSM Standard Kompetensi Kepengetuaan Sekolah Malaysia

SKPMg2 Standard Kualiti Pendidikan Malaysia Gelombang 2

30
Suaimanfaat Disesuaikan serta digunapakai untuk kepentingan sesebuah
institusi.

Video korporat Video yang mengandungi maklumat serta perkara-perkara


yang berkaitan dengan hal ehwal sesebuah institusi, syarikat
atau perbadanan.

Virtual Field Lapangan Maya

6. PENGHARGAAN PEMBANGUN MODUL

SEKIAN, TERIMA KASIH

31

Anda mungkin juga menyukai