Anda di halaman 1dari 2

Nota Ringkas Kerangka Kepimpinan

(Petikan dari buku Leading in the Culture of Change oleh Michael Fullan, 2020)

Kerangka Kepimpinan

Michael Fullan (2020) telah menyarankan lima komponen kepimpinan yang perlu ada untuk
menghasilkan perubahan organisasi yang berkesan. Bagi memperoleh komitmen ahli, pemimpin
mesti mengaplikasikan lima komponen ini dengan disertai tenaga, kesungguhan dan harapan.
Hasilnya penambahbaikan berlaku dalam organisasi, seperti digambarkan dalam rajah di atas.

1. Moral purpose – bermaksud bertindak dengan niat untuk menambah baik dan menghasilkan
perbezaan yang positif kepada kehidupan orang lain (pekerja, pelanggan dan masyarakat
secara keseluruhannya). Bagi memastikan keberkesanan kepimpinan, terutamanya dalam
keadaan yang kompleks, pemimpin mesti mempunyai moral purpose. Moral purpose adalah
sangat perlu untuk memastikan kelestarian sesuatu perubahan.
2. Memahami perubahan – Pemimpin perlu mendalami perubahan agar beliau dapat memimpin
sesuatu perubahan dengan berkesan. Perubahan adalah kompleks kerana situasi yang
berbeza memerlukan strategi yang berbeza. Enam perkara berkaitan perubahan yang
dikemukakan oleh Fullan (2020) ialah:
(i) Matlamat perubahan bukanlah untuk menghasilkan inovasi terbanyak,
(ii) Tidak memadai untuk mempunyai idea yang baik,
(iii) Menghargai “implementation dip”. Menurut Fullan, kemerosotan prestasi dan
keyakinan akan berlaku apabila berhadapan dengan inovasi kerana ia memerlukan
kemahiran dan pemahaman baharu dan ini disebut sebagai “implementation dip”,
(iv) Mendefinisi semula tentangan,
(v) Menekankan pembudayaan, dan
(vi) Tidak menggunakan senarai semak.
3. Memupuk Hubungan: Pemimpin perlu memberi fokus kepada pembentukan hubungan yang
wujud dalam kalangan ahli organisasi. Hubungan yang baik dalam kalangan ahli
membolehkan keupayaan (capacity) organisasi ditingkatkan. Professional Learning
Community umpamanya dapat dibina jika hubungan yang baik dapat dipupuk.
Bagaimanapun, perlulah disedari bahawa terdapat juga hubungan yang tidak mendatangkan
kesan yang positif.
4. Pembangunan pengetahuan dan pembelajaran yang mendalam: Pemimpin perlu mencipta
persekitaran yang kondusif bagi membolehkan pembelajaran dan perkongsian pengetahuan
berlaku dalam organisasi. Pemimpin perlu menggalakkan penciptaan pengetahuan.
Perkongsian pengetahuan yang berlaku akan mewujudkan budaya kolaboratif dalam
organisasi.
5. Membina koheren: Pengenalan sesuatu projek baharu akan menyebabkan status quo yang
sedia ada tercabar. Keadaan ini menyebabkan timbulnya perbezaan pendapat dalam
kalangan ahli organisasi. Menyedari bahawa idea yang kreatif atau penyelesaian yang asli
boleh terjana apabila status quo terganggu, pemimpin yang berkesan perlu dapat
membimbing ahli organisasi untuk menghadapi perbezaan ini serta mendamaikan keadaan
sekiranya timbul perbalahan.

Anda mungkin juga menyukai