Anda di halaman 1dari 5

Apakah Tonggak Dua Belas?

Tonggak Dua Belas adalah dua belas peringatan yang sekiranya diamalkan akan dapatmembentuk anggota perkhidmatan awam yang berperibadi mulia.Tonggak Dua Belasmengandungi banyak nilai-nilai yang sekiranya dihayati dapat mewujudkan anggotaperkhidmatan awam yang unggul dan perkhidmatan awam yang benar-benar berkualiti. Iamerupakan salah satu daripada usaha -usaha kerajaan untuk menerapkan nilai dan etika dalamperkh idmatan awam. Tonggak Dua Belas mengandungi dua belas tonggak yang perlu diamalkan oleh semuaperingkat kakitangan awam di semua peringkat organisasi. Dua belas tonggak tersebut adalahseperti yang berikut:1. Menghargai Masa2. Ketekunan Membawa Kejayaan3. Keseronokan Bek erja4. Kemuliaan Kesederhanaan5. Ketinggian Peribadi6. Kekuatan Sifat Baik Hat i7. Pengaruh Teladan8. Kewajipan Menjalankan Tugas9. Kebijaksanaan Berhemat1 0. Keutamaan Kesabaran11. Peningkatan Baka

Menghargai Masa Perbuatan tidak menghargai masa masih banyak berlaku di kalangan anggotaperkhidmatan awam. Ini dapat dilihat dari perbuatan-perbuatan yang suka membazirkanmasa dan penyalahgunaan masa rasmi seperti gemar berbual-bual kosong, berbual-bualdi telefon mengenai hal-hal peribadi, melayani tetamu yang tidak ada kaitan denganurusan rasmi, menggunakan waktu pejabat untuk tujuan peribadi seperti berniaga, menjalankan tugas-tugas tidak rasmi atau meninggalkan pejabat untuk urusanpersendirian dan sebagainya. Contohcontoh perbuatan yang menggambarkan sikap tidak menghargai masa banyak dikemukakan di dalam Tonggak Dua Belas. Untukmenghapuskan perbuatanperbuatan negatif, Tonggak Dua Belas mengemukakan sifat- sifat mulia yang harus menggantikan sifat -sifat negatif tersebut; umpamanya menggantikan tabiat tidak menghargai masa dengan mengelak diri daripada berbual-bualkosong; kalau suka berniaga di waktu pejabat, elakkan diri dari berniaga barangbarang jualan seperti kain batik, alat-alat kosmetik, pinggan mangkuk dan sebagainya. Anggotaperkhidmatan awam d igesa melatih diri melakukan kerja dengan sistematik, umpamanyamenetapkan prioriti, menetapkan target date untuk menyiapkan sesuatu tugas, tidakmelengahkan kerja, menepati masa temujanji, mesyuarat atau majlis-majlis rasmi dansebagainya. Amalan -amalan tersebut akan menghasilkan kerja yang berkualiti dan meningkatkan produktiviti

Ketekunan Membaw a Kejayaan Dalam usaha untuk menjadikan anggota perkhidmatan awam tekun menjalankan tugas, amalan-amalan negatif seperti malas, sambil lewa, suka bertangguh, disuruh buat barubuat harus digantikan dengan sif at -sifat yang baik seperti rajin, dedikasi, tekun danbersemangat. Penghayatan peringatan ini akan melahirkan pekerja yang tekun danmahir menjalankan tugas dan selanjutnya pasti membuahkan kejayaan. Seseorang yang tekun akan bersedia menghadapikesulitan serta cabaran dan tidak mudah putus asa atau patah semangat. Sifat ketekunan juga menjadikan seseorang itu berdisiplin. Keseronokan Bekerja Dalam mewujudkan keseronokan bekerja, amalan -amalan negatif seperti menganggapkerja sebagai satu beban harus digantikan dengan sikap menganggap kerja sebagai satuibadat yang mana pulangannya adalah pahala. Bekerja sangatsangat dituntut olehagama kerana setiap orang harus berusaha bagi menyara hidup diri sendiri sertakeluarga merek a. Di samping itu, kita bekerja untuk kemajuan organisasi, masyarakat dan negara pasti akan memberikan kepuasan kepada pekerja . Namun untukmemperolehi ganjaran pahala, sesuatu kerja hendaklah dilaksanakan dengan penuhkeikhlasan, bersungguh sungguh dan sempurna. Pekerja yang menghayati konsepKeseronokan Bekerja tidak akan merasa kecewa jika tidak diberi pengiktirafan sepertikenaikan pangkat, Anugerah Khidmat Cemerlang dan lainlain. Dia bekerja dengan baikkerana pekerjaannya memberikan satu kepuasan hati sert a kejayaan bagi dirinya. Selain daripada itu, pihak pengurusan juga perlu mewujudkan suasana yang bolehmenimbulkan keseronokan bekerja di kalangan para pekerja, umpamanya mewujudkansuasana yang bersih, nyaman, penuh dengan tanaman pokokpokok hijau serta pokok-pokok bunga di samping gaya kepimpinan yang terbuka serta kelengkapan dankemudahan yang mencukupi Kemuliaan Kesederhanaan Tonggak Dua Belas turut menyenaraikan sifat kesederhanaan yang perlu ditanam bagimenggantikan sifat -sifat negatif seperti suka mem bazir, boros, lebih mementingkan kecantikan zahir, menunjuk-nunjuk dari aspek percakapan, perhiasan diri atau pakaiandengan sifat kesederhanaan seperti merendahkan suara apabila bercakap, sederhanadari sudut perwatakan, bersopan santun, hormat sesama manusi a tanpa mengirakedudukan atau pangkat. Sifat meninggi diri atau ria' amat dibenci oleh Allah SWT dansifat ini harus dikikis dan digantikan dengan sifat merendah diri dan tawadduk. Pekerjayang menghayati gaya hidup yang sederhana tidak suka membanggakan diri, menonjol -nonjolkan diri atau memperagakan kemewahan serta tidakbersikap egoistik. Pekerjayang sedemikian akan senang didampingi oleh rakan sekerja serta pihak -pihak lain.Sikapnya yang merendah diri tidak pula bermakna dia seorang yang sambil lewa, malah dia disegani

kerana sifatnya yang jujur, ikhlas, berbudi bahasa dan sedia memberi ataumenerima nasihat serta menghasilkan kerja yang berkualiti. Ketinggian Peribadi Tonggak Dua Belas turut menyentuh tentang sifat-sifat orang yang berperibadi tinggiseperti bijaksana, berani, sederhana, adil dan sebagainya. Ketinggian peribadimerupakan matlamat usaha penerapan nilai -nilai murni serta kepatuhan kepada etika kerja kerana pekerja yang memiliki ketinggian peribadi adalah lambang kecemerlangan.Rasulullah s.a.w. merupakan model individu yang memiliki ketinggian peribadi, iaituseorang yang jujur, berkata benar, ikhlas, pintar, berbudi bahasa, penyayang, cekal menghadapi cabaran dan kesulitan dalam melaksanakn tugas serta ciri-ciri lain yangunggul. Khalifah Umar Abdul Aziz, sebelum menjadi khalifah adalah gabenor Mesir,tetapisetelah diangkat menjadi khalifah, beliau telah menjalani kehidupan yang sederhana. 6. Kekuatan Sifat Baik Hati Pekerja yang memiliki sifat b aik hati akan menjadi seorang pekerja yang berhemahtinggi, sedia memberi pertolongan dan bantuan, sedia memberi maaf dan tidakberdendam, sedia menerima teguran, mudah mesra dan boleh berkerjasama. Ketua Jabatan yang memiliki sifat ini pasti mengambil berat tentang kebajikan para pekerja danakan bersikap adil dalam tindak tanduknya. 7. Pengaruh Teladan Selain dari kaedah habituation , cara yang lain untuk memperbaiki perangai yang buruk ialah melalui demonstration effect atau memberikan contoh teladan yang ditunjukkanbukan sahaja oleh orang atas kepada orang bawah, malah oleh orang bawah kepadaorang atas. Harus diakui bahawa demonstration effect oleh peringkat atasan adalah lebihmudah dan berkesan. Demonstration effect pihak bawahan memerlukan kebijaksanaan serta teknik yang diplomasi. Kekuatan Pengaruh teladan atau demonstration effect dalam pembentukan peribadi yang baik juga ditegaskan dalam Tonggak Dua Belas. Padaasasnya, manusia suka meniru dan mudah terpengaruh dengan perangai orangorangyang mereka gauli setiap hari. Seperti yang telah ditegaskan, Ketua Jabatan yangmemberikan teladan sama ada yang baik atau yang buruk akan mempengaruhi pekerja -pekerja di bawahnya. Ketua Jabatan yang rajin, amanah serta kuat bekerja akanmendorong anak-anak buahnya menjadi seperti beliau, begitu juga sebaliknya.Umpamanya, sekiranya seseorang Ketua Jabatan suka meninggalkan pejabat kerana urusan tidak rasmi, kakitangan bawahannya juga akan turut melakukannya. Oleh itu,peranan Ketua Jabatan sebagai role model

bagi perlakuan yang beretika adalah sangatdiperlukan dalam usaha mewujudkan anggotaanggota yang beretika dalam organisasiyang diketuainya. Komitmen di peringkat atasan adalah sangat penting kerana kita tidakmahu wujud keadaan seperti "Keta m menyuruh anaknya berjalan betul" atau menjadiseperti "Tukang rumah yang sibuk menyiapkan rumahnya, sedangkan rumahnya sendiri terbengkalai". 8. Kew ajipan Menjalankan Tugas Masih ramai anggota perkhidmatan awam yang tidak tekun menjalankan tugas dan inidapat dilihat dari tingkah laku mereka yang menggambarkan sikap sambil lewa, sukabertangguh kerja, cuai, tidak teliti, tidak komited, suka mengelak dari diberi tugas sertasuka "curi tulang" apabila Ketua Jabatan tiada. Tonggak Dua j Belas menggariskan amalan-amalan yang ' harus menggantikan amalan -amalan yang negatif iaitu bersikap lebih komited, bertanggungjawab dalam melaksanakan tugas, cekap, cermat, cergas,mementingkan kualiti serta sanggup bekerja lebih masa apabila diperlukan berbuatdemikian. Sekiranya semua pekerja merasa bahawa adalah menjadi satu kewajipan bagi mereka menjalankan sesuatu tugas yang telah ditetapkan, maka akan lahir anggota yangrajin dan tekun menjalankan apa sa,ia tugas tanpa perlu diarahkan dari masa ke semasa serta penyeliaan yang terlalu ketat. Setiap pekerja tahu tanggungjawab masingmasingdan mereka bekerja dengan tekun, rajin dan tidak mudah menyeleweng atau mencarihelah untuk mengelak dari melakukan sesuatu tugas. Pekerja begini sentiasa sanggupmemikul apa juga tugas dalam apa keadaan. Umpamanya, sanggup bekerja lebih masaatau datang pada hari cuti umum untuk menyelesaikan kerja yang tertunggak. 9. Kebijaksanaan Berhemat Pembaziran merupakan satu gejala negatif yang masih wujud dalam perkhidmatanawam. Ini didorong oleh sikap yang suka berbelanja secara boros, bermewah-mewahdalam membeli kelengkapan pejabat atau dalam mengadakan majlis-majlis rasmi dantidak begitu peka terhadap pembaziran yang dilakukan seperti penggunaan kertaskertas,penggunaan letrik, air, pendingin udara dan sebagainya. Setiap angpta perkhidmatanawam harus menghayati kebijaksanaan berhemat kerana dengan adanya sifat ini, setiappekerja akan begitu peka terhadap perbelanjaan supaya tidak berlaku sebarang pembaziran atau boros berbelanja. Sikap ini juga akan menjadikan kakitanganmenganggap harta kerajaan seperti miliknya sendiri yang perlu dijaga dengan penuhamanah dan tanggungjawab. Umpamanya sekiranya dia seorang pemandu, dia akancermat memandu kereta dan menjaganya dengan baik seolah -olah ke reta itu kepunyaannya sendiri.

10. Keutamaan Kesabaran Kesabaran terutamanya di kalangan orang Islam adalah sangat-sangat dituntut. Malahsabar dikaitkan dengan keimanan seseorang. Sifat-sifat negatif seperti cepat putus asa,keluh-kesah, gopoh -gapah, takut menghadapi cabaran, kurang sabar, cepat marah danpanas baran harus digantikan dengan sifat -sifat murni seperti tenang apabilamenghadapi masalah atau kesulitan, tidak mudah mengalah atau putus asa, pemaaf dan mempunyai wawasan jangka panjang. Pekerja yang sabar akan tahan menerima tegurandan tidak mudah kecewa atau terganggu emosi kerana ditegur atau dimarah oleh ketua.Orang yang sabar tidak akan tergugat dengan kritikan dan khayal dengan pujian. 11. Peningkatan Bakat Manusia dicipta Allah dengan berbagai bakat dan potensi. Bakat dan potensi yang adaperlu diperkembangkan untuk kemajuan diri, organisasi, bangsa dan negara. KetuaJabatan yang menghargai bakat yang ada pada kakitangannya harus mewujudkansaluran -saluran bagi menggalakkan kakitangan memperkemban gkan bakat -bakat yangmasih terpendam serta daya kreativiti masingmasing. Usaha -usaha ke arah peningkatanbakat serta kreativiti dalam melaksanakan tugas, umpamanya dalam menyampaikan ceramah, taklimat, atau menganjurkan majlis-majlis rasmi dan separarasmi seperti HariQ, Hari Keluarga dan lain -lain. Ketua -ketua jabatan juga harus memberi pengiktirafan terhadap kegiatan-kegiatan seumpama ini. 12. Nikmat Mencipta Salah satu anugerah istimewa yang dikurniakan oleh Allah ialah akal. Manusia digalakmenggunakan akal untuk berfikir, bertafakur serta mencari idea-idea baru bagi kemajuanhidup di dunia dan di akhirat. Kakitangan awam digalak untuk meneroka idea-idea baru,ino-%-asi serta berfikiran kreatif. Anugerah Inovasi Perkhidmatan Awam merupakan satumekanisma untuk memupuk bakat mencipta di kalangan anggota perkhidmatan awam.Peluang peluang untuk mengenegahkan ciptaan -ciptaan baru dan penambahbaikan carabekerja misalnya oleh kakitangan awam akan melahirkan pekerja yang inovatif, menanamkan semangat cintakan kerja dan organisasinya. Penubuhan KumpulanMeningkatkan Mutu Kerja (KMK) merupakan satu saluran bagi menggalak kakitanganmemikirkan cara -cara baru untuk menjalankan sesuatu tugas atau mengatasi sesuatu masalah. Kesimpulan Sekiranya diamati, dihayati dan dipraktikkan, Tonggak Dua Belas berupaya membentuk peribadi yang beretika tinggi di kalangan anggota perkhidmatan awam di setiap peringkat. Namun segalausaha untuk memperbaiki akhlak seseorang memerlukan ilmu, keazaman, usaha secaraberterusan di samping kesabaran serta taufik dan hidayah dari Allah. Oleh itu, kita dianjurkanuntuk berdoa semoga Allah menyempurnakan akhlak kita sebagaimana Dia menyempurnakan paras rupa kita. Insya Allah.

Anda mungkin juga menyukai