Anda di halaman 1dari 12

MENERAJUI PERUBAHAN_BATMANATHAN AIYAPPAN_SRGH6

Tugasan Module 3: Menerajui Perubahan.

1.Rumuskan tentang amalan sepatutnya bagi seseorang pemimpin sekolah


organisasi dalam aspek:

i.  Memimpin sesuatu perubahan di sekolah/organisasi;

Dunia Pendidikan sentiasa mengalami perubahan selari dengan peredaran


masa dan tuntutan keperluan negara. Oleh itu, sistem Pendidikan memerlukan
pemimpin yang berkaliber dalam mencapai impian dan wawasan negara. Peranan
pemimpin adalah sangat penting yang mana gaya pemimpinan akan mempengaruhi
dan memajukan tahap perubahan dan pelbagai pembaharuan disekolah. Menurut
Kotter 1996, memimpin perubahan merupakan pendekatan yang berstuktur untuk
berubah atau peralihan individu, kumpulan dan organisasi dari keadaan semasa
kepada keadaan masa hadapan.

Kepimpinan seseorang GuruBesar mampu mencorak dan memandu hala tuju


sekolah tersebut. Pemimpin perlu sedar bahawa perubahan merupakan suatu
proses untuk mengubah keadaan atau situasi semasa menjadi lebih baik dari segi
keberkesanan dalam proses kerja dan penambahbaikan berterusan terhadap proses
tersebut. Seseorang pemimpin boleh mengaplikasikan model memimpin perubahan
Kotter 1996 dalam merancang perubahan bagi memajukan kecemerlangan sekolah.
Model memimpin perubahan Kotter telah diperkenalkan oleh Profeser John P.Kotter.
Model ini boleh dijadikan panduan dalam proses menerajui perubahan. Terdapat
lapan amalan atau langkah yang telah dikenalpasti untuk memastikan kejayaan

1.Mewujudkan kesegeraan/ kesedaran untuk berubah

2. Membentuk pasukan yang kuat dan mantap.

3. Membina Visi Perubahan

4. Menyampai / Menyebarkan Visi Perubahan

5. Menurunkan Kuasa kepada Warga Organisasi

6. Membentuk kejayaan jangka pendek

7. Mengukuhkan penambahbaikan

8. Membudayakan perubahan
MENERAJUI PERUBAHAN_BATMANATHAN AIYAPPAN_SRGH6

aspek perubahan yang hendak dilaksanakan. Berikut adalah 8 langkah Model


Kotter,1996;

Ringkasan dan penerangan daripada Modul 8 langkah Kotter 1996, adalah


seperti dibawah;

Mewujudkan kesegeraan/ kesedaran untuk berubah


Langkah sebagai syarat utama untuk merealisasikan sesuatu perubahan dalam
organisasi. Pemimpin perlu berperanan mempengaruhi ahli organisasi terhadap
krisis yang dihadapi dan peluang yang boleh direbut. Pemimpin perlu
memberikan fakta fakta yang berasaskan analisis data untuk menunjukkan
adanya jurang dan kesan atau akibatnya jika ini tidak ditangani. Pemimpin harus
berupaya menerangkan gambar keseluruhan tentang matlamat perubahan.

Membentuk pasukan yang kuat dan mantap.


Pemimpin perlu wujudkan satu pasukan yang mantap dengan mengenalpasti
individu individu yang berwibawa, yang boleh bersama sama menerajui
perubahan. Individu ini berkebolehan untuk mengetuai kumpulan kumpulan kerja
yang dibentuk secara strategi berasaskan keperluan yang hendak dilaksanakan.

Membina Visi Perubahan


Pemimpin harus mencipta visi untuk menjadi panduan dalam usaha membuat
perubahan. Visi perubahan perlu dicipta bertujuan memastikan segala
perancangan dan tindakan tidak tersasar daripada matlamat organisasi yang
ditetapkan.

Menyampai / Menyebarkan Visi Perubahan


Pemimpin juga perlu menggunakan segala peluang dan kemudahan yang ada
untuk menyampai dan menyebarkan visi perubahan yang telah dirancang.

Menurunkan Kuasa kepada Warga Organisasi


Pemimpin memastikan warga sekolah mempunyai kompetensi yang bersesuaian
melalui Latihan. Pemimpin juga perlu membuat perubahan system dan struktur
asal untuk mencapai visi perubahan dan menangani rintangan.

Membentuk kejayaan jangka pendek


MENERAJUI PERUBAHAN_BATMANATHAN AIYAPPAN_SRGH6

Pemimpin perlu mengenalpasti kejayaan jangka pendek dengan meletakan


sasaran awal yang boleh dicapai. Pemimpin juga mewujudkan kejayaan kecil dan
meraikan kejayaan kejayaan kecil tersebut.
Mengukuhkan penambahbaikan
Setiap kejayaan awal pemimpin mestilah disusuli dengan analisis terhadap apa
yang telah berlaku dengan baik dan apa yang perlu ditingkatkan. Pemimpin juga
boleh membuat perubahan terhap system, struktur dan dasar yang tidak sesuai
bagi menyokong visi perubahan.

Membudayakan perubahan
Pemimpin perlu mengukuhkan perubahan baharu supaya menjadi budaya dan
garis panduan. Pemimpin harus memberi penerangan tentang kemajuan
perubahan pada setiap kesempatan yang ada.

Kesimpulannya, berdasarkan model Kotter, Langkah tersebut boleh dijadikan


sebagai panduan dan rujukan utama bagi melakukan perubahan yang berkesan.
Pemimpin juga perlu memberi focus kepada pemimpin yang mempuyai impak luar
biasa ke atas organisasinya. Peredaran masa telah membawa perubahan dan
cabaran terhadap para pemimpin sekolah dalam system Pendidikan negara. Oleh
itu, mahu tidak mahu sebagai pemimpin sekolah perlulah mengubah dan
menyesuaikan kepimpinan mengikut keperluan dan situasi yang berbeza.

ii.  Membuat sesuatu keputusan

Membuat sesuatu keputusan adakah aktiviti mental yang melibatkan


pemikiran kritikal dan kreatif, membuat proses penaakulan, menyelesaikan masalah
atau konflik dalaman semasa memilh jalan penyelesaian yang terbaik antara pilihan
pilihan yang ada serta meramal situasi yang bakal terjadi kelak. Pemimpin perlu
melakukan pelbagai kaedah dalam membuat keputusan agar permasalahan yang
wujud dapat diselesaikan dengan cara berhemah dan memastikan semua unsur
permasalahan dapat dikawal. Pemimpin juga perlu sedar bahawa sebelum membuat
sesuatu keputusan banyak aspek wajib diambilkira. Contohnya perlu mengambilkira
atmosfera semasa, emosi,tujuan,impak sebelum dan selepas serta kepentingannya.
Menurut Griffin,2015, membuat keputusan ialah tindakan memilih satu alternatif
daripada satu set alternatif. Proses membuat keputusan termasuk memahami
situasi, mengenalpasti alternatif, memilih alernatif “terbaik” dan menjadikannya
MENERAJUI PERUBAHAN_BATMANATHAN AIYAPPAN_SRGH6

sebagai amalan. Ringkasan dan penerangan daripada enam proses membuat


keputusan Griffin,2015 adalah seperti dibawah;

Mengenali Situasi Mengenalpasti Alternatif


Terdapat stilumus yang Alternatif yang berbentuk lazim
memerlukan keputusan dibuat. atau yang kreatif. Keputusan
Stimulus boleh berbentuk yang penting memerlukan
negatif atau positif bilangan alternatif yang banyak

Menilai Alternatif Memilih alternatif


Setiap alternatif dinilai Ambilkira semua faktor dan pilih
kebolehlaksana, tahap alternatif yang sesuai dengan
kepuasan hati serta kesan keperluan organisasi atau
pelaksananya pengurusan.

Melaksana Alternatif Tindak ikut dan Menilai Hasil


Alternatif yang dipilh untuk Pastikan tindakan daripada
dilaksanakan. keputusan yang dibuat
mendatangkan hasil atau
mencapai haja tuju organisasi

Kesimpulannya, amalan membuat sesuatu keputusan ini akan memberi impak yang
baik dan membawa keuntungan serta peningkatan prestasi organisasi ke arah
kecemerlangan sekolah agar membina insan yang berkualiti demi pembangunan
negara. Dalam merealisasikan visi dan matlamat yang dirangka dan memupuk
budaya sekolah yang cemerlang pemimpin sentiasa sedia berhadapan dengan risiko
dan membuat keputusan dengan cermerlang.

iii. Menyelesaikan masalah tertentu.

Penyelesaian masalah boleh didefinisikan sebagai proses kognitif dimana


maklumat digunakan sebagai usaha mencari car acara yang sesuai bagi mencapai
sesuatu matlamat,Torrence.1973. Menurut Chong dan Kelly,1993 penyelesaian
masalah melibatkan proses berfikir secara berperingkat untuk mengenal pasti punca
sebenar dan seterusnya membina beberapa alternatif atau cara penyelesaian
sebelum memutuskan strategi terbaik dilakukan. Penyelesaian sesuatu masalah
boleh dilakukan berdasarkan pelbagai teknik dan langkah. Terdapat enam langkah
yang diperkenalkan oleh Chong dan Kelly,1993 yang boleh dijadikan sebagai
panduan dalam kemahiran penyelesaian masalah. Ringkasan dan penerangan
MENERAJUI PERUBAHAN_BATMANATHAN AIYAPPAN_SRGH6

daripada enam langkah penyelesaian masalah Chong dan Kelly,1993 adalah


seperti dibawah;

Memahami Situasi
masalah boleh difahami dengan melakukan analisis jurang atau situasi semasa
dengan matlamat yang hendak dicapai.

Analisis Punca Masalah


Analisis mendalam dilakukan untuk mengenalpasti punca sebenar masalah.

Mengenalpasti Peneyelesaian
Mengenalpasti beberapa alternatif bagi menyelesaikan masalah.

Memilih Penyelesaian Terbaik


Keputusan terbaik diperoleh dengan menentukan skor bagi setiap idea yang
dikemukakan dan memilih idea dengan skor terbaik.(alat sumbang saran)

Membina Pelan Tindakan


Merangka tindakan untuk melaksanakan penyelesaian yang dipilih. Kandungan
pelan termasuk anggaran tempoh selesai dan jumlah kos yang diperlukan.

Melaksanakan Penyelesaian Dan Menilai Kemajuan


Proses ini perlu berlaku secara berterusan dan sentiasa dipantau serta dinilai dari
semasa ke semasa sehingga berjaya dilaksanakan.

Proses membuat keputusan dan penyelesaian masalah akan lebih mudah jika
pemimpin menggunakan alat atau teknik tertentu. Antaranya adalah seperti berikut;

SUMBANG RAJAH TULANG


5W1H 5 WHYS
SARAN IKAN

ANALISIS ENAM TOPI DIAMAND MATRIK


PARETO PEMIKIRAN NINE KEPUTUSAN
MENERAJUI PERUBAHAN_BATMANATHAN AIYAPPAN_SRGH6

Kesimpulannya, para pemimpin perlulah mengemaskini ilmu pengetahuan


terkini,berani mengambil risiko untuk menghadapi sesuatu cabaran dan bertindak
cemerlang menyelesaikan masalah dengan sempurna dan baik untuk mencapai
objektif organisasi yang telah ditetapkan.

2. Membandingkan amalan sedia ada pemimpin sekolah/organisasi dengan


model memimpin perubahan serta teknik menyelesai masalah dan membuat
keputusan.

Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) Jerantut atau nama ringkasnya SJK


(Tamil) Jerantut, merupakan sebuah Sekolah Jenis Kebangsaan yang terletak di
Jalan Benta negeri Pahang. Etos dan Moto sekolah ini adalah Together we make
our school great. Bagi mencapai tujuan tersebut , keperluan untuk menjadikan
sesebuah sekolah itu sebagai sebuah sekolah yang berjaya adalah diperlukan.
Sesebuah sekolah itu dikatakan berjaya sekiranya mencapai prestasi yang baik di
dalam akademik , iklim sekolah yang merangsangkan pengajaran dan
pembelajaran , komitmen di kalangan guru, ibubapa , waris dan seluruh masyarakat
malahan kepada gaya kepemimpinan pihak pengurusan sekolah tersebut.

Pada tahun 2016 merupakan titik baru bagi perancangan sekolah untuk
tempoh 5 tahun. Ciri-ciri memimpin perubahan jelas dilaksanakan oleh Guru Besar
SJK(Tamil) Jerantut En.Kumarasamy Rajagopal dimana beliau telah merangka dan
mengaplikasi Model Kumar (Dare to make changes) kerana ada pengalaman dari
sekolah lama yang terbukti berjaya. Tindakan awal beliau adalah membuat Analisa
SWOT dan mengenalpasti punca masalah sekolah ini. Beliau kategorikan punca
masalah kepada dua.Iaitu faktor luaran dan faktor dalaman. Beliau mencari formula
untuk membetulkan kesalahan, menyelesaikan persepsi negative dan membuktikan
salah tanggapan terhadap sekolah.

Tempoh 6 bulan beliau menghadapi banyak kesukaran untuk implimentasi


Model Kumar kerana menerima banyak tentangan secara psikologi dan faktor
dalaman dan luaran. Ada juga terdapat cubaan untuk menukarkan beliau ke sekolah
lain oleh pihak yang ada kepentingan. Walaubagaimanapun atas sokongan
JPN,PPD dan segelintir individu hasrat tersebut telah digagalkan.Beliau telah
bersungguh sungguh melaksanakan tanggungjawab dan berani mengambil risiko.
Penghasilan visi dan misi adalah pemikiran kreatif menghasilkan inovasi baru dalam
MENERAJUI PERUBAHAN_BATMANATHAN AIYAPPAN_SRGH6

pengurusan sekolah yang telah merangkumi Falsafah Pendidikan Negara dan Dasar
KPM.

Beliau juga membina amalan ke arah kecemerlangan sekolah melalui usaha


usaha BEST iaitu:

 Budaya Cemerlang
B= Mengamalkan budaya yang Cemerlang dan terpuji dalam segala aspek
berkaitan.

 Efektif
E= Sistem pengurusan yang efektif kearah mewujudkan iklim sekolah yang
kondusif dan harmonis.

 Semangat Kurikulum
S= Semangat yang sihat dan membina untuk meningkatkan prestasi kurikulum
dan kokurikulum yang berterusan.

 Tindakan Berterusan
T= Tindakan, Pemantauan dan Penilaian berterusan.

Beliau juga memberi perhatian dalam tiga aspek. Aspek-aspeknya adalah


pemodenan sekolah(menyediakan atau meningkatkan fasiliti sekolah). Kedua
akademik cemerlang (UPSR 7A dan Projek Saraswathy).Dan ketiga warga sekolah
(menjaga kebajikan warga dan komuniti sekolah). Beliau juga melakasanakan 4 fasa
untuk mencapai hala tuju sekolah.
4 fasa pelaksanaan (Soft landing)
Fasa Awal - Tempoh Setahun - Fasa Pengenalan
- Pengenalan dan melatih warga sekolah untuk melakukan perubahan.
Fasa Pertengahan – Tempoh 2 tahun - Fasa Pecutan
- Warga dan komuniti sekolah telah bersedia untuk menerima perubahan.
Fasa Akhir – Tempoh 2 tahun – Fasa Pencapaian Kecemerlangan
- Warga dan komuniti sekolah telah saling memahami dan berkerjasama dan
berkerja keras untuk mencapai kecemerlangan.
Fasa Pemantapan – Sustain the excellence
Warga sekolah dan komuniti telah menghayati dan bangga dengan kejayaan
yang telah dicapai. Meneruskan budaya kerja cemerlang dan membuat
penambahbaikkan berterusan mengikut sahutan Dasar Pendidikan Negara dan
belajar untuk menyesuaikan diri menerima perubahan. Beliau menyedari tugas dan
tanggungjawab untuk membuat perubahan di sekolah ini berserta cabaran yang
dilalui. Perubahan perlu dilakukan bermula dari GPK, guru, ibubapa dan komuniti.
Beliau telah mengambil keputusan untuk tidak berganjak dari melaksanakan Model
MENERAJUI PERUBAHAN_BATMANATHAN AIYAPPAN_SRGH6

Kumar(Dare to make changes). Tempoh awal 6 bulan akan digunakan untuk


memberi laluan kepada semua warga sekolah berubah mengikut masa dalam situasi
normal dan secara semulajadi.

Projek Nanta Vanathil Namathu Palli, akan dilaksanakan secara berterusan


dalam jangkamasa 5 tahun memandangkan keceriaan sebelum ini berada dalam
keadaan yang ceria dan selamat (Diwujudkan semasa menjadi Guru penolong).
Sumbangan tenaga kerja bersama warga sekolah dan komuniti akan dikumpul dan
akan dilaksanakan secara berfasa. Selepas 4 tahun, hampir 70% telah berjaya
dilaksanakan.Setakat ini, Kos perbelanjaan naik taraf keceriaan sekolah ditanggung
oleh PIBG, Penyumbang, guru, ibubapa dan peruntukkan sekolah. Projek
pemodenan sekolah dilaksanakan sebagai projek awal. Ramai ibubapa, NGO, guru
dan penyumbang telah menghulurkan derma, tenaga kerja melalui sumbangan
gotong royong.

Dalam tempoh setahun sekolah telah mencapai pelbagai perubahan, fasiliti


telah dibaikpulih dan selesa digunakan (Bilik guru, Pejabat dan bilik darjah, Dewan,
Bilik Mesyuarat, Library, Bilik darjah, kantin, Bilik stor, Bilik SPBT, Bilik Pemulihan ,
PSS, Bilik ICT telah diceriakan dan diinaiktaraf. Perubahan utama Jalan utama ke
sekolah telah diturap, Pembinaan dinding konkrit Nama sekolah dan pemasangan
air cond. Pengenalan Moto, Creative dan Innovative dan 1 family (Kerja
berpasukan), caring and commitment (Komuniti, Guru dan murid), Stay Positive
(Elak konflik) telah memberi keseronokan berkerja kepada guru guru. My
responsibility My Duty(MRMD) juga diperkenalkan untuk tinggat effisensi guru.
MRMD diganti dengan Model Champian. Model Champian merupakan inovasi
tambahan yang diperkenalkan kepada semua guru pada tahun 2021. Model ini
memberi gambaran keseluruhan tugasan dan tanggungjawab guru Model ini amat
efisien. Model ini masih dalam peringkat pelaksanaan, PKP telah melambatkan
proses pelaksanaan.

Guru amat bersemangat berkerja sebagai pasukan dan sentiasa perihatin


menjaga kebajikan di antara satu sama lain.Guru Besar dan GPK mengadakan
Lawatan ke rumah murid, Guru Besar menghadiri majlis keramaian dan
mengadakan hubungan yang amat baik dengan PIBG, LPS dan Ibubapa. Warga
guru sekolah sentiasa dihormati dan dilayan dengan penuh mesra. Konflik dan isu
kecil guru dengan ibubapa diselesaikan dengan penuh kesungguhan dengan hasil
yang memenangkan semua pihak. Sepanjang tempoh bertugas menghampiri 5
tahun beliau di sekolah ini, lebih dari 100 projek kecil ke arah perubahan sekolah
MENERAJUI PERUBAHAN_BATMANATHAN AIYAPPAN_SRGH6

dan murid telah dilaksanakan dengan jayanya melalui sokongan semua pihak.
Projek yang telah dilaksanakan membawa kejayaan Ianya adalah Projek Sakti,
Projek Saraswathi, Pemerkasaan kepimpinan murid(Hem),Projek Penghargaan
murid (Hem), Projek I M A Leader -Murid (Koku).

Pencapaian akademik murid meningkat. Dari tahun pertama setiap tahun


telah menghasikan murid 8A UPSR. Kecemerlangan berterusan dengan
peningkatan peratus lulus dan 8A sehingga UPSR dimansuhkan pada tahun 2020.
Pencapaian ini merupakan aspek utama untuk menyenyapkan mulut pengkritik.
Ranking SJKT Jerantut telah meningkat , menjadi 10 buah sekolah terbaik Daerah
Jerantut. Murid telah mengambil bahagian dalam pelbagai pertandingan daerah,
negeri dan kebangsaan. Juara Robotic antarabangsa sebuah lagi kejayaan sekolah
yang menaikkan imej sekolah ke paras yang lebih tinggi. Pasukan hoki telah
mengekalkan kejuaraan dan menjadi pasukan digeruni di daerah ini. Setiap tahun
murid sekolah pasti akan mewakili daerah ke peringkat negeri.

Guru amat bersemangat berkerja sebagai pasukan dan sentiasa perihatin


menjaga kebajikan di antara satu sama lain. Impian Guru Besar untuk mewujudkan
suausana hubungan guru yang ikhlas dan mesra telah berjaya diwujudkan. Jamuan
bulanan, makan bersama waktu rehat, mendaki gunung dan berkhemah telah
menjadi rutin yang menyeronokkan.Jamuan Deepavali, Jamuan hari raya, Majlis
appresasi, Jemputan VIP dan jamuan meraikan guru telah menjadi budaya komuniti
sekolah.Hubungan dengan guru yang telah meninggalkan sekolah ini telah kekal
bersama sehingga kini. JPN Pahang dan PPD Jerantut sentiasa menghargai
pencapaian dan perubahan belaku di SJKT Jerantut. Beliau sentiasa dirujuk oleh
pegawai PPD dan JPN sebagai Pemimpin berwibawa yang telah membawa
perubahan drastik di Sekolah Jenis Kebangsaan tamil Jerantut. SJKT Jerantut
dengan bangganya menyatakan bahawa Misi telah dicapai sebelum habis tempoh
tahun kelima. Pastinya, sekolah ini akan menempa pelbagai kejayaan pada masa
hadapan.

Kesimpulannya, semua amalan kepimpinan dalam usaha memimpin


perubahan, membuat keputusan dan menyelesaikan masalah perlu diaplikasikan
oleh seseorang pemimpin dalam membawa sekolah berkualiti tinggi ke arah
kemenjadian murid yang terpuji.
MENERAJUI PERUBAHAN_BATMANATHAN AIYAPPAN_SRGH6

3. Menghuraikan penambahbaikan amalan sedia ada untuk menerajui


perubahan dengan berkesan.

Sebagai seorang pemimpin saya akan memberi fokus penambahbaikan


dalam bidang akademik.Tumpuan diberi kepada pengajaran dan Pemudahcaraan
PDPC yang berfokuskan kepada pembelajaran abad ke 21. Proses pembelajaran
yang berpusatkan murid berteraskan elemen komunikasi, kolaboratif, pemikiran
kritis, dan kreativiti serta aplikasi nilai murni dan etika. Keberkesanan Pendidikan
Abad Ke-21 ini bukan sekadar tertumpu pada prasarana dan susun atur bilik darjah
tetapi penentu utama kejayaan adalah aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang
berpusatkan murid bukan berpusatkan guru. Guru perlu menjadi pemudahcara
kepada murid dalam sesuatu aktiviti di dalam kelas.

Bagi menjayakan hasrat tersebut saya menggunakan sepenuhnya model


Kotter 1996 dalam memimpin perubahan. Berdasarkan analisis SWOT saya akan
menetapkan visi dalam membuat perubahan tersebut. Visi ini juga akan
disebarluaskan supaya semua guru akan memahami dan menghayati hala tuju
sekolah. Saya akan memberi kesedaran tentang penting pembelajaran abad ke 21
dan kepentingan pembelajaran koperatif kepada semua guru dengan cara
memaparkan data yang diperolehi daripada pencerapan kendiri guru dan
menerangkan kesan sekiranya guru guru tidak melaksanakan PAK21 dalam PdPc
harian.

Guru juga perlu memastikan kaedah yang sesuai perlu diserapkan ke dalam
aktiviti murid bagi memastikan pengajaran abad ke-21 dapat dijalankan Warga
pendidikan perlu mempersiapkan diri dengan kemahiran terkini dalam Pengajaran
dan Pembelajaran Abad ke-21 kerana mereka adalah jentera pelaksana untuk
segala dasar-dasar yang dirancang. Bagi meningkatkan kompetensi guru dalam
MENERAJUI PERUBAHAN_BATMANATHAN AIYAPPAN_SRGH6

PdPc PAK21 dan pembelajaran koperatif , guru digalakkan untuk mengikuti kursus /
bengkel yang dianjurkan oleh KPM/JPN/PPD. Disamping itu guru yang menghadiri
kursus PAK21 diminta memberi latihan dalaman kepada semua guru. Tidak
dinafikan
bukan semua perancangan yang dibuat akan disokong oleh semua guru, bagi
mengatasi masalah ini guru terlibat akan dipanggil secara personal dan
diterangkan secara lebih terperinci dari segi aspek kesan dan akibat perubahan
yang akan dilaksanakan.

Aspek pemantauan dan penyelian fasa awal amat penting untuk memastikan
aspirasi sekolah dalam membentuk PAK21 berjaya dicapai. Keberkesanan
kepimpinan amat bergantung kepada kawalan dan pengaruh seseorang pemimpin.
Penyeliaan atau pemantauan membolehkan pemimpin membuat diagnosis masalah
pembelajaran di samping membantu guru untuk meningkatkan kecekapan dan
melakukan sebarang perubahan atau penambahbaikan. Guru yang menunjukkan
suri teladan yang baik dalam PdPc akan diberikan pengikrirafan. Sebagai seorang
pemimpin saya juga perlu berupaya untuk menghasilkan satu sistem membuat
keputusan yang berkesan. Sistem ini mestilah mempunyai garis panduan yang
berkaitan dengan kerangka PAK21 dan guru-guru boleh terlibat bersama dalam
memutuskan dasar berhubung dengan bagaimana aktiviti sekolahnya boleh
diuruskan.Saya perlu mengasah kemahiran untuk menjadi pendengar yang baik dan
sentiasa prihatin kepada keperluan individu guru untuk maju dalam kerjaya sejajar
dengan aspirasi pembelajaran abad ke21.

Dalam proses penyelesaian masalah seorang pemimpin harus menggunakan


proses penyelesaian secara berperingkat dengan menggunakan alatan dan teknik
untuk penyelesaian masalah yang berkesan .Sebagai proses pertama yang perlu
dijalankan adalah memahami masalah dengan membuat analisis jurang antara
situasi samaada selaras ataupun tidak dengan matlamat dan visi yang hendak
dicapai.
Perbincangan bersama semua jawatankuasa dan semua guru juga akan
dilaksnakan bagi memastikan masalah yang dihadapi semasa pelaksanaan PdPc
PAK21 dan pembelajaran koperatif. Sebelum ini guru-guru jarang sekali
menggunakan alat/teknik seperti Matrik keputusan, rajah tulang ikan, diamond nine,
6 topi pemikiran,5W 1H, 5 Whys, dan lain - lain yang akan digunapakai membuat
keputusan dan menyelesaikan masalah. Teknik sumbangsaran juga akan
MENERAJUI PERUBAHAN_BATMANATHAN AIYAPPAN_SRGH6

diperkenalkan kepada semua guru, supaya semuanya peka mengenai hala tuju
sekolah.

Kesimpulannya, sebagai seorang pemimpin saya seharusnya berani


memimpin perubahan, membuat keputusan dan menyelesaikan masalah. Pemimpin
yang berwawasan tidak akan berhenti untuk membuat perubahan. Pemimpin amat
menyedari kepentingan untuk mencetus perubahan, perlu bersedia menerima
kritikan dan berani untuk mengubah sesuatu perkara yang membawa kejayaan anak
murid, guru dan sekolah..

Anda mungkin juga menyukai