Anda di halaman 1dari 11

SUBMODUL 3.1 .

MEMIMPIN PEMBELAJARAN 1

TUGASAN : Buat  REFLEKSI daripada pembacaan anda dengan menggunakan sekurang-kurangnya DUA
Standard Kompetensi (Menyelesaikan Masalah, Memimpin Perubahan, Memimpin Pembelajaran dan Membangun
Kapasiti) bagi tema-tema berikut:

TAJUK : KEPIMPINAN INSTRUKSIONAL


Pengenalan.
Jatuh bangun sesebuah organisasi sekolah / insttusi pendidikan bergantung kepada pengurus yang
memimpin sekolah / institusi pendidikan yang berkenaan. Kouzes dan Posner ( 1990 ) menyatakan bahawa
pemimpin akan mencapai tahap terbaik apabila mereka dapat , i) mencabar proses, ii) mencetuskan visiyang
dikongsikan bersama, iii) berupaya menggerakkan orang lain untuk bertindak , iv)menjadi model serta memandu
jalan – yang mampu menggerakkan hati staf untuk bekerja sama .
Pengetua/ Guru Besar memainkan peranan yang kompleks untuk memastikan sekolah berjalan dengan
berkesan melalui kepimpinannya meneraju warga sekolah ke arah visi atau matlamat yang ingin dicapai. Ini kerana,
seseorang Pengetua/ Guru Besar adalah pencetus kepada budaya yang diamalkan di sesebuah sekolah.
Tindakan-tindakan diambil oleh seseorang pengetua mencerminkan gaya kepimpinannya.
Kepimpinan didefinisikan sebagai “ setiap tindakan yang menumpukan sumber – sumber ke arah matlamat
yang benar- benar bermanfaat ”. Seorang pemimpin perlu bertindak secara wajar dan segera untuk merebut
peluang yang ada di hadapannya. Pemimpin juga patut menegaskan “ apa yang dikata perlu dikota ”. Pemimpin
harus mengambil kira perasaan , harapan dan kecenderungan semua pihak dalam membuat semua keputusan.
Menurut Niqab, Sharma, Wei & Maulod (2014) istilah pemimpin merujuk kepada individu yang mengambil
inisiatif untuk membawa perubahan dalam sistem pendidikan selain untuk mencapai matlamat sekolah yang telah
ditetapkan.
Kepimpinan pendidikan kini perlu melihat ke arah usaha menghadapi perubahan ekonomi dan teknologi
yang membentuk jenis perjawatan dan profesion murid pada masa hadapan. Pemimpin pendidikan masih perlu
berfungsisebagai ketua pemimpin instruksional sekolah mereka dengan mengimbangi pelbagai tanggungjawab
yang lain (Tucker & Tschannen-Moran, 2002).
Terdapat pelbagai definisi daripada teori dan model yang dihasilkan mengenai kepimpinan instruksional
sejak dari 1970-an sehingga ke tahun 2000-an. Contohnya ,
- Kepimpinan instruksional didefinisikan sebagai panduan khusus berkaitan dengan peranan seorang
pemimpin pengajaran (Flath, 1980).
- Kepimpinan instruksional juga didefinisikan secara amnya sebagai tindakan-tindakan yang diambil oleh
seseorang pengetua atau yang diturun kuasa untuk meningkatkan perkembangan pembelajaran
pelajar (Debevoise, 1984).
- kepimpinan instruksional juga ada dinyatakan sebagai kepimpinan yang mesti menuju kepada
pencapaian pelajaran dan menjadikan kualiti instruksional sebagai keutamaan teratas, sekaligus
kepimpinan yang mampu menjadikan visi sekolah satu kenyataan (Richardson, 1989).

1|Page
SUBMODUL 3.1 . MEMIMPIN PEMBELAJARAN 2

- kepimpinan instruksional juga dikatakan sebagai usaha-usaha yang diambil oleh pemimpin sekolah
untuk menyediakan inovasi kurikulum dan untuk memperkembangkan proses pengajaran dan
pembelajaran dengan tujuan menjayakan matlamat sekolah (Hussein, 1989).
- kepimpinan instruksional adalah gabungan penyeliaan pembangunan staf dan perkembangan
kurikulum (Blasé, 1998).
Lokman, M. Al Muzammil & Mislina (2013) berpandangan bahawa dalam kajian beberapa orang sarjana
kepemimpinan instruksional seperti Halinger (2003), Mc Ewan (1998) dan Glickman (1992) telah memberi definisi
tentang kepemimpinan instruksional sebagai interaksi guru secara formal, penglibatan secara menyeluruh,
pembangunan profesional guru, pembangunan kurikulum dan implementasi kepada kajian berbentuk tindakan
dengan hasrat dapat meningkatkan kredibiliti dan kapasiti guru di kelas.
Walaupun begitu, kepimpinan instruksional ditakrifkan sebagai adunan daripada pelbagai tugas seperti
pencerapan di bilik darjah , pembangunan staf dan pembangunan kurikulum .
Terdapat berberapa model yang berkaitan dengan kepimpinan instruksional . Antaranya ialah :
1. Model Alig-Mielcarek (2003)
Alig-Mielcarek (2003) mengadaptasikan modelnya bersandarkan kepada model kepemimpinan
instruksional yang dikemukakan oleh kerangka kepemimpinan instruksional Hallinger & Murphy (1985),
kerangka kepemimpinan instruksional Murphy (1990), dan kerangka kepemimpinan instruksional Weber
(1996)
Jadual 1.1 : Model kepimpinan Instruksional Alig – Mielcarek ( 2003)

Kepemimpinan Instruksional
Mengenal pasti dan menyebar Mengawal dan memberi maklum Mewujudkan pembangunan
matlamat bersama-sama balas terhadap proses pengajaran profesional sekolah secara
dan pembelajaran meluas
Bekerjasama secara kolaboratif Dimensi ini menjelaskan aktiviti Amalan yang konsisten terhadap
dengan staf untuk mengenal pasti yang dilakukan oleh pemimpin pembelajaran sepanjang hayat.
dan menjelaskan matlamat instruksional dalam bidang Pemimpin instruksional meminta
sekolah. Matlamat digunakan akademik. Ini termasuklah guru belajar lebih tentang
untuk dijadikan panduan sentiasa kelihatan di sekolah, pencapaian murid berdasarkan
membuat keputusan organisasi, berbincang dengan murid dan analisa data, menyediakan
menentukan amalan pengajaran, guru, memberi pujian dan pembangunan profesional yang
pembelian bahan kurikulum, dan makluman balas kepada guru, sejajar dengan matlamat sekolah,
membina sasaran untuk murid dan komuniti dalam hal dan menyediakan bahan dan
kemajuan. Matlamat ini akan prestasi akademik dan akhirnya sumber guru.
menjadi fokus utama untuk memastikan waktu pengajaran di
dicapai. sekolah tidak terganggu.
Sumber: Alig-Mielcarek (2003)

2. Model oleh Hallinger ( 2000 ).

2|Page
SUBMODUL 3.1 . MEMIMPIN PEMBELAJARAN 3

Hallinger (2000) telah melakukan pengubahsuaian semula model dan konsep kepemimpinan instruksional
daripada model sebelum ini yang dibangunkan bersama-sama oleh beliau sendiri dan Murphy pada tahun
1985.
Jadual 1.2. Model Kepemimpinan Instruksional Hallinger (2000)
Mentakrifkan Misi Sekolah Mengurus Program Instruksional Membentuk Iklim Sekolah

• Merangka matlamat sekolah • Menyelia dan menilai • Menjaga masa instruksional


• Menyampaikan matlamat instruksional • menggalakkan perkembangan
sekolah • Menyelaras kurikulum profesional
• Memantau perkembangan • Mengekalkan sokongan
murid pembelajaran
• Menyediakan insentif kepada
guru
• Menyediakan insentif kepada
murid

Sumber: A Review Of Two Decades Of Research On The Principalship Using The Principal Instructional
Management Rating Scale (2000)
3. Model kepimpinan instruksional Weber (1996) yang diasaskan oleh James Weber yang merupakan
seorang pejuang konsep kolaborasi dalam pengurusan dan mengaitkan peranan pemimpin inatruksional di
sekolah sebagai penghubung dan peneraju proses pengajaran dan pembelajaran. Weber berpendapat
bahawa konsep kolaborasi dalam pengurusan amat penting terutama dalam era perkongsian kepimpinan
dan pengurusan di tempat kerja dan keperluan untuk memimpin tanpa terikat dengan struktur organisasi
sesebuah sekolah.
Jadual 1.3: Model Kepemimpinan Instruksional Weber (1996)
Mendefinisikan Misi Mengurus Kurikulum Menggalakkan Memerhati dan Menilai Program
Sekolah dan Pengajaran Iklim Pembelajaran Meningkatkan Pengajaran
yang Positif Pengajaran
• Pemimpin • Pemimpin • Pemimpin • Pemimpin • Pemimpin
instruksional instruksional instruksional instruksional instruksional
membina secara memantau amalan bilik menggalakkan iklim memerhati dan menyumbang kepada
kolaboratif visi dan darjah dengan misi pembelajaran yang mempertingkat-kan usaha perancangan,
matlamat bersama- sekolah dan positif dengan pengajaran melalui mereka bentuk,
sama sekolah menyediakan sumber menyampaikan usaha pencerapan mengurus dan
dengan pihak dan sokongan untuk matlamat, dan mewujudkan menganalisis hasil
berkepentingan amalan model dan menetapkan peluang-peluang penilaian yang
teknik pengajaran jangkaan dan pembangunan menilai
terbaik serta mewujudkan profesional keberkesanan
menyokong usaha suasana kurikulum
penggunaan data bagi pembelajaran yang
memacu pengajaran teratur

Sumber: James dan Balansandran (2013)


Pengetua / Guru Besar sebagai pemimpin Instruksional dalam membangunakan kapasiti pelu memberi
tumpuan kepada pekara – pekara berikut iaitu , i)arahan & tunjuk ajar, ii) Membina komuniti pembelajaran, iii)
3|Page
SUBMODUL 3.1 . MEMIMPIN PEMBELAJARAN 4

Berkongsi dalam membuat keputusan, iv) Memelihara dan mempertahankan , v) perkara asas (basics), vi)
memanfaat dan mengoptimumkan masa P&P, vii) Menyokong perkembangan staf yang berterusan,
viii) menyusun semula sumber-sumber untuk menyokong program dan aktiviti sekolah, ix) Mewujudkan iklim
integrity, x) Inkuiri dan penambahbaikan secara berterusan
Pengetua / Guru Besar menyediakan sumber keperluan organisasi seperti bahan dan masa bagi keperluan
guru. Melalui tindakan tersebut, guru-guru dan staf akan melihat pemimpin mereka sebagai seorang yang prihatin
dengan keperluan orang-orang bawahannya dan akan melahirkan rasa hormat dan percaya terhadap pemimpin.
Kepercayaan adalah bentuk tertinggi motivasi manusia (Covey, Whitman& England, 2010)
Tugas seorang Pengetua sebagai pemimpin instruksional dalam memimpin perubahan di sekolah ialah
sebagai pembimbing kepada semua guru, membangunakn kelompok guru dan staf ,mengerakkan perkembangan
staf , membangunkan kurikulum , dan mengerakkan kajian tindakan .
Menurut Nor Azni, Foo, Soaib & Aminuddin (2015) menjelaskan bahawa seorang pemimpin mesti
mewujudkan kesediaan ke arah perubahan dalam kalangan para pekerja masing-masing dalam usaha untuk
menjayakan perubahan. Dalam Surat Pekeliling Bil. 3/1987: Penyediaan Pengajaran-Pembelajaran Di Dalam Kelas
Oleh Pengetua atau Guru Besar Sekolah , turut menjelaskan bahawa Pengetua perlu membantu guru-guru
menjalankan tugas harian dengan lebih berkesan dan membentuk sikap guru ke arah yang lebih positif. Pemimpin
organisasi perlu memahami cara untuk memupuk kesediaan ini supaya pekerja akan lebih komited terhadap
perubahan yang dilaksanakan.
Seorang pemimpin instruksional perlu memimpin warga sekolah untuk mencapai matlamat yang ditetapkan
selain perlu memastikan bahawa setiap warga sekolah yang terlibat dapat melakukan tugas dalam suasana
harmoni, mesra dan tanpa perlu bimbang tentang keperluan asas fisiologi. Seseorang Pengetua atau yang
mengamalkan kepimpinan instruksional mempunyai potensi untuk mencapai kecemerlangan kerana penekanan
dalam pencapaian matlamat dan kebolehan untuk memenuhi kesejahteraan anggota
Tugas utama Pengetua/ Guru Besar sebagai pempimpin pembelajaran ialah meningkatkan pencapaian
akademik sekolah . Terdapat sekurang- kurangnya 12 pekara yang dijadikan sebagai panduan dan teras iaitu ;
1. isi pembelajaran yang berfokus
2. penekanan kepada pencapaian akademik
3. matlamat pembelajaran murid yang jelas
4. murid bertanggungjawab terhadap pembelajaran mereka
5. penjagaran mampu mencabar pelbagai tahap kebolehan murid
6. pengurusan bilik darjah yang berkesan
7. sasaran & jangkaan pencapaian oleh guru yang tinggi
8. mematuhi ketepatan waktu pembelajaran
9. memantau kemajuan murid murid secara berterusan
10. melaksanakan dasar pentaksiran secara konsisten
11. memberikan keutamaan kerja rumah yang konsisten
4|Page
SUBMODUL 3.1 . MEMIMPIN PEMBELAJARAN 5

12. guru mempunyai kepakaran dalam bidang pengajaran.

Pemantauan atau penyeliaan yang dijalankan adalah bagi tujuan menilai keberkesanan pembelajaran dan
pengajaran, memberi bimbingan, memberi tunjuk ajar dan dorongan. Ia mampu mempertingkatkan kualiti
penyampaian pengajaran guru secara berterusan dan memastikan objektif bilik darjah selaras dengan matlamat
sekolah. Pencapaian murid dan sekolah umumnya dapat dipertingkatkan melalui kepimpinan ini.
Pengetua / guru Besar dalam kepimpinan instructional juga perlu mengambil kira factor dalaman dan luaran
seperti ibu bapa dan pihak awam yang lain. antaranya , penglibatan penuh PIBG untuk aktiviti sekolah , ganjaran
dan insentif kepada pelajar , memantau kemajuan murid, pengharapan yang tinggi kepada murid, kepimpinan yang
mantap dan sentiasa positif dan selalu tekan kepada pencapaian akademik daan kokurikulum yang seimbang. .
Keberkesanan tindakan seseorang Pengetua yang mengamalkan kepimpinan instruksional boleh diukur
melalui penglibatannya dalam dua proses memimpin iaitu pencapaian matlamat dan kesejahteraan anggota
(Robiah Sidin, 2003).

Aplikasi Teori Weber .

5|Page
SUBMODUL 3.1 . MEMIMPIN PEMBELAJARAN 6

Didalam setiap dimensi Teori Kepimpinan Instruksional Weber (1996) mengandungi elemen-elemen
ataupun peranan-peranan seorang Pengetua yang mengamalkan gaya kepimpinan instruksional di dalam
kepimpinannya.
5 Dimensi tersebut ialah:
Dimensi 1: Mendefinisikan Misi Sekolah
Jadual 5.1 : Skor Peranan Pengetua Mendefinisikan Misi Sekolah

Sekolah Menengah Berasrama A Sekolah Menengah Berasrama B


Item Peranan
Min SP Min SP
Pengetua merangka visi dan
1 4.64 0.480 4.2* 0.548
matlamat sekolah yang jelas.
Pengetua menyampaikan visi dan
2 4.64 0.625 4.32 0.470
matlamat sekolah yang jelas.
Pengetua membina visi dan
3 4.60 0.632 4.32 0.470
matlamat sekolah dengan jelas
Pengetua membina visi dan
matlamat sekolah bersama dengan
4 pihak PIBG dan pihak 4.28* 0.447 4.48** 0.500
berkepentingan seperti PPD dan
JPN
Pengetua sentiasa memaklumkan
5 tentang visi dan matlamat sekolah 4.68** 0.616 4.48** 0.500
kepada pelaja-pelajarnya
# Petunjuk: ( ** = skor min tertinggi ; * = skor min terendah )

Dimensi 2: Mengurus Kurikulum Dan Pengajaran


Jadual 5.2 : Skor Peranan Pengetua Dalam Mengurus Kurikulum Dan Pengajaran

Item Peranan Sekolah Menengah Berasrama A Sekolah Menengah Berasrama B

6|Page
SUBMODUL 3.1 . MEMIMPIN PEMBELAJARAN 7

Min SP Min SP
Pengetua menggalakkan pengajaran
6 4.76** 0.583 4.4 0.490
berkualiti di dalam bilik darjah.
7 Pengetua menyelia dan menilai
4.52 0.640 4.28* 0.470
pembelajaran di dalam bilik darjah.
Pengetua memperuntukkan masa
dan melindungi masa pengajaran
8 4.48* 0.755 4.36 0.557
daripada aktiviti yang mengganggu
P&P
Pengetua menyelaras kurikulum
9 4.48* 0.700 4.44 0.700
sekolah
Pengetua memantau kemajuan
10 4.6 0.566 4.64** 0.480
murid
# Petunjuk: ( ** = skor min tertinggi ; * = skor min terendah )

Dimensi 3: Menggalakkan Iklim Pembelajaran Yang Positif


Jadual 5.3 : Skor Peranan Pengetua Dalam Menggalakkan Iklim Pembelajaran Yang Positif

Sekolah Menengah Berasrama A Sekolah Menengah Berasrama B


Item Peranan
Min SP Min SP
11 Pengetua menetapkan target dan 4.68** 0.470 4.32* 0.469
memberikan harapan yang positif

7|Page
SUBMODUL 3.1 . MEMIMPIN PEMBELAJARAN 8

kepada guru-guru dan pelajar-


pelajarnya
Pengetua menetapkan suasana
12 pembelajaran yang teratur dan 4.68** 0.470 4.44 0.500
ekspektasi disiplin yang jelas
Pengetua menyediakan insentif di
13 atas kejayaan guru-guru dan pelajar- 4* 0.748 4.48** 0.574
pelajarnya
Pengetua berusaha meningkatkan
komitmen guru pada sekolah dengan
14 4.44 0.574 4.32* 0.616
mengadakan program
perkembangan staf
Pengetua mendapatkan komitmen
semua pihak yang terlibat dalam
15 4.56 0.500 4.36 0.624
sesuatu tindakan spesifik untuk
meningkatkan pembelajaran murid.
# Petunjuk: ( ** = skor min tertinggi ; * = skor min terendah )

Dimensi 4: Memerhati Dan Meningkatkan Pengajaran


Jadual 5.4 : Skor Peranan Pengetua Dalam Memerhati dan Meningkatkan Pengajaran

Sekolah Menengah Berasrama Sekolah Menengah Berasrama B


Item Peranan A
Min SP Min SP
Pengetua membuat pemerhatian dengan
mengadakan aktiviti pencerapan guru
16 4.6 0.566 4.44** 0.500
dan membuat perbincangan
penambahbaikan selepas itu
17 Pengetua berkongsi maklumat dan 4.56 0.755 4.36 0.479
kepakaran profesionalnya demi

8|Page
SUBMODUL 3.1 . MEMIMPIN PEMBELAJARAN 9

membantu pembangunan professional


guru-gurunya.
Pengetua memotivasikan guru-gurunya
untuk mengubah kelakuan yang boleh
18 4.68** 0.735 4.44** 0.500
menghalang pembangunan professional
mereka serta pembelajaran pelajar.
Pengetua mencadangkan aktiviti
pembangunan profesional yang
khusus untuk
meningkatkan kemampuan profesional
19 4.52* 0.574 4.32* 1.175
orang lain supaya mereka dapat
menyumbang
kepada kecemerlangan pembelajaran
murid.
Pengetua sentiasa berdiskusi bersama
guru-guru tentang perkara yang mereka
20 fikirkan adalah kekuatan dan kelemahan 4.56 0.640 4.44** 0.500
serta apakah perkara yang ingin mereka
tingkatkan
# Petunjuk: ( ** = skor min tertinggi ; * = skor min terendah )

Dimensi 5:Menilai Program Pengajaran


Jadual 5.5 : Skor Peranan Pengetua Dalam Menilai Program Pengajaran

Sekolah Menengah Berasrama A Sekolah Menengah Berasrama B


Item Peranan
Min SP Min SP
Pengetua menetapkan target dan
memberikan harapan yang positif
21 4.44 0.490 4.36** 0.479
kepada guru-guru dan pelajar-
pelajarnya
Pengetua menetapkan suasana
22 pembelajaran yang teratur dan 4.36* 0.686 4.28* 0.200
ekspektasi disiplin yang jelas
Pengetua menyediakan insentif di
23 atas kejayaan guru-guru dan pelajar- 4.48 0.640 4.32* 0.469
pelajarnya
9|Page
SUBMODUL 3.1 . MEMIMPIN PEMBELAJARAN 10

Pengetua berusaha meningkatkan


komitmen guru pada sekolah dengan
24 4.48 0.700 4.32* 0.469
mengadakan program
perkembangan staf
Pengetua mendapatkan komitmen
semua pihak yang terlibat dalam
25 4.52** 0.700 4.36** 0.479
sesuatu tindakan spesifik untuk
meningkatkan pembelajaran murid.
# Petunjuk: ( ** = skor min tertinggi ; * = skor min terendah )
,Dari data yang ditunujukkan , jelas menunjukkan secara keseluruhannya kedua-dua pengetua melaksanakan
kepimpinan instruksional dalam pentadbirannya. Namun begitu, penekanan kepada peranan di dalam dimensi
tertentu menunjukkan bahawa terdapat persamaan dan perbezaan ketara di antara amalan instruksional kedua-dua
pemimpin sekolah berkenaan . Kepimpinan instruksional yang diamalkan oleh kedua-dua pengetua ini telah
menjadikan sekolah mereka sekolah berkesan dengan penjanaan modal insan yang cemerlang untuk keperluan
negara.

Penutup .
Pihak pengurusan pendidikan terutamanya yang di peringkat tinggi perlu memainkan peranan untuk
embangkitkan kesedaran tentang peri pentingnya amalan pengurusan dan kepimpinan instruksional di semua
peringkat.Jika ada berlaku sebarang kekurangan, proses pembugaran perlua dilakukan segera.Sesunggunya , kita
sama – sama bertanggungjwab mempelajari dan melaksanakan kepimpinan instruksional dengan penuh azam dan
iltizam .
“ serlahkan kempimpinan instruksioanal anda sebagai pengetua/ Guru Besar “ – a principal makes a
difference “.

RUJUKAN :
Samsiah binti Si-Rajab,IAB (KPM), Prof. Madya. Dr. Khalip bin Musa (UPSI) : Amalan kepimpinan instruksional dan
keberkesanan penerapan elemen kemahiran berfikir aras tinggi (kbat) dalam pdpc terhadap pencapaian
sekolah:isu dan persoalan .
JPN ,Pulau Pinang : Kepimpinan Instruksional Menjana keberkesanan Sekolah
Hafsah binti mad arip ( UITM): kepimpinan instruksional: satu kajian di dua buah sekolah menengah berasrama di
daerah kota tinggi : 2012
10 | P a g e
SUBMODUL 3.1 . MEMIMPIN PEMBELAJARAN 11

Suyantiningsih : Kepimpinan Kurikulum : Perspektif Baru Abad ke -21


Danielle Foong Chai Yen¹, Mohd. Khairuddin Abdullah@Jerry²: Kepemimpinan Instruksional: Konsep, Model,
Pendekatan dan Skala Pengukuran ( jurnal sultan alauddin sulaiman shah special issue (2018)

11 | P a g e

Anda mungkin juga menyukai