Anda di halaman 1dari 8

KEPIMPINAN INSTRUKSIONAL

Kepimpinan bermaksud keupayaan untuk mempengaruhi, memotivasikan, mengubah sikap


dan tingkah laku pengikutnya untuk mencapai sesuatu matlamat organisasi. Dari aspek
kepimpinan di institusi pendidikan pula, kepimpinan ialah keupayaan pemimpin mempengaruhi,
memotivasi, mengubah sikap dan tingkah laku pengikutnya (subordinat) untuk menjayakan
sebarang perubahan bagi mencapai matlamat organisasi. Manakala perkataan ‘instruksional’   
berasal daripada perkataan bahasa Inggeris “ instruction” yang berasal daripada kata dasar
“instruct” yang bermaksud ‘ajar’. 

Perkataan instruksional ialah kata kerja yang bererti ‘pengajaran’ atau ‘proses mengajar
sesuatu’. Menurut Abdul Ghani (2011), sebagai pemimpin pengajaran atau instruksional,
pengetua memainkan peranan sebagai pembimbing, penyelia, penilai dan pembekal sumber
bagi menggalakkan dan membaiki pengajaran dan pembelajaran (P&P) di sekolah.
Kepimpinan juga merujuk kepada “setiap tindakan yang menumpukan sumber-sumber ke arah
matlamat yang benarbenar bermanfaat”. Tindakan: pergerakan dan inisiatif.

 “Tindakan-tindakan yang diambil oleh seorang pengetua atau yang diturun kuasa
untuk meningkatkan perkembangan pembelajaran murid”. (Debevoise, 1984).
 Sumber-sumber : manusia yang cekap, mesin, proses atau kaedah,
bahan, hardware dan persekitaran yang menggalakkan. (Flath, 1989)

Seorang pemimpin instruksional mestilah memimpin ke arah pencapaian    pelajaran dan


menjadikan kualiti instruksional sebagai keutamaan teratas dan mestilah mampu menjadikan
visi sekolah satu kenyataan. Kepimpinan instruksional merupakan gabungan penyeliaan,
pembangunan staf dan perkembangan kurikulum. Kepimpinan instruksional melaksanakan
pelbagai tugas seperti pencerapan di dalam bilik darjah, pembangunan staf dan pembangunan
kurikulum. (Smith dan Andrews, 1989).

Kepimpinan instruksional adalah usaha-usaha yang diambil oleh pemimpin sekolah untuk
menyediakan inovasi kurikulum dan untuk memperkembang proses  pengajaran dan
pembelajaran (PdP) dengan tujuan menjayakan matlamat sekolah. (Hussein, 1989).
Kepimpinan instruksional memberi tumpuan kepada arahan dan tunjuk ajar, membina komuniti
pembelajaran, berkongsi sama dalam membuat keputusan, memelihara dan mempertahan
perkara-perkara asas, manfaat dan mengoptimumkan masa, menyokong perkembangan staf
yang berterusan, merancang semula sumber-sumber untuk menyokong program sekolah. 

Mencipta satu iklim integriti, inkuiri dan penambahbaikan secara berterusan. (Brewer, 2001). 
Kepimpinan instruksional ialah pemimpin sekolah yang mengambil peduli (cakna) terhadap
pengajaran guru dan pembelajaran pelajar serta perkembangannya dan sentiasa membina
suasana dan iklim pembelajaran yang kondusif di sekolahnya bagi memacu kecemerlangan
sekolah. 

Di sekolah, apabila sesuatu perubahan diperkenalkan, pengetua sebagai pemimpin


instruksional bertanggungjawab mengimplementasikan perubahan tersebut. Berjaya atau
gagal perubahan itu bergantung kepada pengetua sekolah (Hussein, 2008). Pengetua mesti
bersedia untuk menghadapi segala cabaran dan melaksanakan perubahan demi
kecemerlangan organisasi sekolah.  Dalam buku Standard Kualiti Pendidikan Malaysia
gelombang 2 (SKPMg 2) oleh Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti telah digariskan bahawa
pengetua adalah sebagai pemimpin instruksional yang akan menerajui pelaksanaan kurikulum
dan mewujudkan persekitaran pembelajaran yang menggalakkan pemupukan budaya belajar
dalam  kalangan muridnya.    

Mengikut garis panduan ini, sebagai pemimpin instruksional, pengetua perlu melaksanakan
tugas-tugas seperti:  

 menentukan matlamat dan ketetapan yang jelas, tepat dan berfokus tentang
pelaksanaan kurikulum sekolah.
 mengajar sejumlah waktu yang ditetapkan.
 menjadi rujukan berkaitan teori pembelajaran, pedagogi dan memimpin pelaksanaan
pengajaran secara berkesan, di samping menyebarkan amalan terbaik pengajaran dan   
pembelajaran    kepada guru-gurunya di peringkat sekolah.
 mencerap pengajaran dan pembelajaran semua guru di mana pengetua menggunakan
maklum balas pencerapan untuk meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran;  
 menyelia hasil kerja dan pencapaian murid secara sistematik dan berterusan;
 menyelia perancangan pengajaran dan semua hasil kerja guru berkaitan pengajaran
dan pembelajaran secara tekal;
 mewujudkan suasana pembelajaran yang kondusif secara menyeluruh bagi
menyokong pengajaran dan pembelajaran yang berkesan bagi meningkatkan pencapaian
akademik dan sahsiah murid; dan
 mewujudkan budaya belajar yang dapat diperlihatkan oleh hampir keseluruhan warga
sekolah.

Secara keseluruhannya, kepimpinan instruksional adalah segala amalan tingkah laku


perancangan pengetua yang jelas disampaikan bertujuan untuk mempengaruhi,  menerajui,
memberi bimbingan, dan dorongan kepada guru dan murid dalam usaha menambah baik dan
meningkatkan program-program berkaitan proses pengajaran dan pembelajaran bagi
mencapai matlamat sekolah berkualiti  yang ditetapkan. Hallinger dan Murphy (1985) telah
mengemukakan model kepimpinan instruksional yang mengandungi 3 domain dengan 11
elemen iaitu:

DOMAIN ELEMEN

1. Mendefinisi Matlamat 1.1 Merangka Matlamat Sekolah

Sekolah  1.2 Menyampaikan Matlamat Sekolah

2.1 Penyeliaan dan Penilaian Instruksional


2. Mengurus Program 
2.2 Menyelaras Kurikulum
Instruksional
2.3 Memantau Kemajuan Sekolah

3.1 Melindungi Waktu PdPc

3.2 Membudayakan Perkembangan Profesional

3. Mewujudkan Iklim  3.3 Mengekalkan Ketampakan (Visibility)

Pembelajaran Positif 3.4 Menyediakan Ganjaran Kepada Guru

3.5 Penguatkuasaan Standard Akademik

3.6 Menyediakan Insentif Kepada Murid

Rajah 2 : Model Kepimpinan Instruksional (Hallinger & Murphy, 1985)


KEPIMPINAN INSTRUKSIONAL

1.0 Pengenalan

Guru Besar / Pengetua perlu memainkan peranan sebagai pemimpin


instruksional selain daripada mengurus hal-hal pentadbiran sekolah.
Tugas utama seseorang pemimpin instruksional ialah memastikan
kualiti pengajaran dan pembelajaran di sekolah terjamin dan
dipertingkatan secara berterusan. Dalam abad ke 21, dunia pendidikan
juga mengalami perubahan selari dengan peredaran zaman dan
memenuhi keperluan negara yang terkini. Oleh itu, sistem pendidikan
negara memerlukan seseorang Guru Besar / Pengetua yang bersedia
untuk berubah dalam mencapai impian dan keperluan negara. Dalam
dunia pendidikan abad ke 21, peranan Guru Besar / Pengetua adalah
sangat penting di mana gaya kepimpinannya akan mempengaruhi dan
menunjukkan tahap perubahan dalam pelbagai aspek, terutamanya
aspek kurikulum di sekolah. Seseorang Guru Besar / Pengetua yang
berperanan aktif sebagai pemimpin instruksional dapat meningkatkan
tahap pencapaian akademik terutama dalam peperiksaan awam di
sekolahnya. Selain itu, pemimpin instruksional yang berkesan adalah
pemimpin yang mempunyai ciri-ciri tertentu seperti kepintaran,
kejujuran dan integriti, dorongan kepimpinan, sedia untuk berubah,
keyakinan diri dan kreativiti. Penilaian terhadap pemimpin pendidikan
yang berkesan juga dapat dilihat melalui dua perspektif iaitu melalui
kanta global dan dari perspektif Islam (Baharom Mohamad, 2009).
Menurut DeBevoise (1984), kepemimpinan instruksional didefinisikan
sebagai meliputi semua tindakan yang diambil oleh pengetua atau
wakilnya bagi mempertingkatkan perkembangan pembelajaran murid-
murid dan kepimpina yang berupaya meningkatkan prestasi pelajar
serta menjana kecemerlangan sekolah. Greenfield (1987), pula
menjelaskan bahawa kepemimpinan instruksional merupakan
tindakan-tindakan yang diambil oleh pengetua dengan tujuan untuk
mempertingkatkan keadaan pembelajaran di sekolahnya.Menurut
Abdul Ghani, Abd. Rahman & Zohir (2008), kepemimpinan
instruksional atau dikenali juga sebagai kepemimpinan pengajaran
didefinisikan sebagai satu proses merekabentuk dan menterjemahkan
wawasan ke dalam kurikulum formal dengan cara mengoptimumkan
segala sumber yang ada melalui strategi pendidikan berserta
pemerolehan segala pengalaman pengajaran-pembelajaran dan
memastikan bahawa rancangan pendidikan dilaksanakan dengan
berkesan berdasarkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK).
Kepimpinan instruksional merupakan salah satu faktor yang dianggap
penentu dalam kejayaan sesebuah sekolah. Kepimpinan instruksional
biasanya akan melibatkan dua pihak iaitu orang yang memimpin iaitu
Guru Besar / Pengetua atau disebut sebagai pemimpin dan orang yang
dipimpin iaitu guru-guru. Kepimpinan biasanya berlaku apabila
seseorang itu mendorong, memujuk dan mempengaruhi orang lain
untuk berusaha ke arah pencapaian sesuatu objektif tertentu (Carter,
2007). Cleland (2004) menyatakan bahawa kepimpinan merupakan
satu sifat semulajadi di mana seseorang individu tersebut adalah
berkeupayaan dalam memimpin sekumpulan manusia dengan
memastikan setiap pekerjanya adalah bermotivasi. Berdasarkan
definisi-definisi tersebut, maka dapat dirumuskan bahawa kepimpinan
instruksional berkesan sebagai proses di mana seseorang Guru Besar
/ Pengetua yang berperanan sebagai pemimpin mempengaruhi tingkah
laku guru-guru, murid-murid dan staf sekolah untuk menerima gaya
kepimpinan instruksional ke arah mencapai visi dan misi sekolah.
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025
merupakan satu pelan transformasi pendidikan ke arah menyediakan
pendidikan abad ke-21. Pendidikan abad ke 21 merupakan pencetus
kepada kreativiti dan sebagai penjana inovasi yang bertindak untuk
pengupaya kepada ketinggian intelektual dan pembinaan model insan
secara seiringan ke arah meletakkan Malaysia sebaris negara maju
yang lain dalam abad ke 21 ini. Dalam kerancakan Kementerian
Pelajaran Malaysia melaksanakan transformasi, perkara penting yang
perlu diberi perhatian ialah sejauh mana kesedaran pemimpin
instruksional sekolah dalam memastikan agar transformasi pendidikan
negara dapat dicapai dengan jayanya (KPM, 2013).
Keberkesanan kepimpinan instruksional dinyatakan dalam Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 (Kementerian
Pendidikan Malaysia, 2014). Anjakan kelima adalah memastikan
kepimpinan berprestasi tinggi ditempatkan di setiap sekolah. Kualiti
kepimpinan sekolah merupakan faktor yang kedua terpenting selepas
kualiti guru dalam menentukan kemenjadian murid. Beberapa kajian
antarabangsa tentang kepimpinan sekolah menunjukkan bahawa Guru
Besar / Pengetua yang cemerlang, iaitu yang memberi tumpuan
kepada kepimpinan instruksional dan bukannya kepimpinan
pentadbiran, dapat meningkatkan kemenjadian murid sebanyak 20%.
Menurut Laporan Tahunan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia
(PPPM) 2013-2015 menunjukkan 40% bilangan pengetua atau guru
besar yang bersara dalam tempoh lima tahun akan datang, maka
wujud peluang untuk meningkatkan kualiti kohort ini (Kementerian
Pendidikan Malaysia 2014).Bentuk kejayaan dari kepimpinan pemimpin
berprestasi tinggi dalam anjakan kelima PPPM 2013-2015, setiap
sekolah akan mempunyai pengetua atau guru besar berprestasi tinggi
yang sentiasa gigih dalam matlamatnya untuk meningkatkan
kemenjadian murid, dari segi kurikulum dan ko-kurikulum.. Kepimpinan
di setiap sekolah diperkukuh, iaitu dengan membangunkan dan
menjadikan guru penolong kanan, ketua bidang dan ketua panitia
sebagai pemimpin instruksional. Sehubungan itu, pihak kementerian
memastikan setiap sekolah tanpa mengira lokasi dan tahap prestasi
akan mempunyai seorang Guru Besar / Pengetua yang berkualiti tinggi
dan beliau akan dibantu oleh pasukan kepimpinan pertengahan
dengan matlamat pasukan kepimpinan sekolah dapat memberikan
kepimpinan instruksional dan seterusnya memacu prestasi sekolah
secara keseluruhan. (PPPM 2013-2025).

2.0 Peranan Pemimpin instruksional

2.1 Guru Besar / Pengetua seharusnya flleksibiliti dalam membuat


perubahan dan bersedia untuk membuat sesuatu yang baru demi
pencapaian akademik di sekolah. Apabila pembelajaran abad ke 21
diperkenalkan, Guru Besar / Pengetua perlu bersedia untuk
melaksanakannya dengan menyediakan prasarana yang sesuai
terutamanya keperluan fizikal kelas seperti susun atur perabot. Gaya
pengajaran guru sebagai pemudahcara juga perlu diambil kira dan
diperkemaskan lagi menerusi aktiviti latihan dalam perkhidmatan.
2.2 Guru Besar / Pengetua perlu membuat keputusan bertujuan untuk
memastikan pencapaian positif murid-murid. Semua program yang di
atur perlulah boleh menunjukkan kemenjadian murid dari pelbagai
aspek seperti kurikulum dan kokurikulum. Murid yang diharapkan
adalah murid yang seimbang, berdaya tahan, bersemangat ingin tahu,
berprinsip, bermaklumat, patriotik, serta mempunyai kemahiran berfikir,
berkomunikasi serta mampu bekerja secara berpasukan.
2.3 Guru Besar / Pengetua menganalisa data dari pelbagai sumber
dan menggunakan data tersebut untuk membuat keputusan. Hasil
keputusan peperiksaan perlu di analisis seterusnya di buat post-
mortem untuk melihat di mana kelemahan murid-murid dan guru-guru
dalam topik-topik yang tertentu. Analisis data juga perlu di bentangkan
dalam mesyuarat peningkatan prestasi akademik peringkat sekolah
dan juga dalam PPD masing-masing untuk mengenal pasti sekiranya
perlu ada penambahbaikan, khidmat bantu atau program-program
dalam daerah yang boleh dibuat atau dirancang.

2.4 Guru Besar / Pengetua perlu menggunakan teknologi terkini


dengan efektif untuk meringankan tugas guru-guru dan menyediakan
komunikasi yang lebih efektif. Sistem komunikasi yang lebih mudah
seperti wassap, facebook, email atau telegram boleh digunakan oleh
Guru Besar / Pengetua dalam memastikan maklumat dapat
disampaiakn kepada semua guru-guru dan berlakunya komunikasi
pelbagai hala.
2.5 Guru Besar / Pengetua perlu memahami perbezaan individu di
kalangan guru-guru dan murid dan menyediakan peluang untuk
memenuhi keperluan mereka. Kurikulum dalam abad ke 21, menuntut
guru-guru untuk membuat pilihan tentang apakah yang penting pada
masa kini untuk menyediakan modal insan pada masa hadapan. Untuk
merealisasikannya, guru-guru banyak menggunakan peralatan ICT,
jadi sebagai Guru Besar / Pengetua perlulah menyediakan
kelengkapan yang lengkap bagi tujuan tersebut. Guru Besar /
Pengetua yang berperanan sebagai pemimpin instruksional juga perlu
memastikan guru-guru yang senior mendapat bimbingan yang
berterusan dari guru-guru muda yang dilantik untuk menggunakan
aplikasi online dari pihak KPM seperti penggunaan VLE Frog.
2.6 Guru Besar / Pengetua akan sentiasa memudahkan dan
bersepakat dalam melaksanakan tugas berbanding dengan
menggunakan kuasa yang ada. Terdapat Guru Besar / Pengetua yang
mengambil peluang sebagai Jurulatih kepada guru-guru dalam bidang-
bidang yang tertentu. Setiap tugasan diberikan secara adil kepada
guru-guru dan Guru Besar / Pengetua sentiasa memberikan komitmen
dan bantuan kepada guru-guru untuk menyiapkan tugasan tersebut.
2.7 Guru Besar / Pengetua mengambil kira pandangan semua pihak
dalam proses membuat keputusan. Guru Besar / Pengetua
menganggap mandat yang diberikan kepada mereka bukanlah hak
mutlak mereka untuk membuat keputusan, sebaliknya keputusan yang
dibuat adalah hasil perbincangan. Keputusan yang dibuat bukan untuk
kepentingan sendiri dan mematuhi semua prosedur-prosedur yang
telah ditetapkan.
2.8 Guru Besar / Pengetua berperanan untuk memberikan inspirasi,
meyakinkan dan berupaya untuk mempengaruh melalui tindakan dan
sikap. Peranan guru dalam abad ke 21 agak mencabar, kerana guru-
guru perlu menguasai pedagogi, menguasai silibus, penggunaan
“toolkit” abad ke 21 dan guru-guru sendiri berperanan sebagai
pembimbing dan pemudahcara kepada murid-murid. Jadi Guru Besar /
Pengetua perlu sentiasa memberikan motivasi dan inspirasi kepada
guru-guru untuk memastikan PdPc abad ke 21 menjadi amalan
mereka. Pada awal pengenalan kepada PdPc abad ke 21 ini, agak
sukar untuk diterima oleh guru-guru, tetapi dengan sokongan yang
berterusan dari pihak Guru Besar / Pengetua, perubahan secara
beransur-ansur dapat dilihat dalam PdPc abad ke 21 ini.
2.9 Guru Besar / Pengetua perlu sentiasa mengikuti kajian pendidikan
dan trend pendidikan terkini dan menyediakan maklumat kepada
stakeholders. Banyak kajian dan seminar-seminar tentang PdPc abad
ke 21 yang boleh diikuti dan seterusnya membantu guru-guru di
sekolah. Guru Besar / Pengetua seharusnya sentiasa mencari
maklumat dan kaedah-kaedah pengajaran terkini yang boleh
diaplikasikan di sekolah. Terdapat 115 aktiviti abad ke 21 yang boleh
digunakan semasa PdPc ke 21 dan sekiranya dapat dilaksanakan akan
mendorong kepada kemnejadian murid.

Anda mungkin juga menyukai