Anda di halaman 1dari 5

Pengurusan Masa Berkesan

Definisi Pengurusan masa ialah bagaimana seseorang individu atau pemimpin organisasi merancang, mengorganisasi, memimpin dan mengatur masa mereka agar lebih berkesan. Pengurusan masa juga boleh diertikan sebagai suatu ilmu yang berkaitan dengan teknik dan cara seseorang itu mengurus, membahagi dan mengatur masa hariannya supaya dapat dimanfaatkan dengan sebaik-baiknya.

Pendapat Mengenai Masa Terdapat di kalangan sarjana berpendapat mengenai masa seperti berikut; Perjalanan waktu itu bak pedang tajam, andainya anda tidak memotongnya, pasti ia akan memotong anda. Dalam kalangan cerdik pandai Melayu juga banyak memperkatakan tentang masa seperti; Masa itu Emas; Peribahasa ini menunjukkan kepada kita betapa berharganya masa bagi orang Melayu. Biar Lambat Asalkan Selamat; Peribahasa ini menunjukkan kepada kita bahawa segala pekerjaan hendaklah dilakukan dengan cermat dan teliti. Buat Bila Ada Peluang; Peribahasa ini menunjukkan kepada kita bahawa saranan orang Melayu iaitu bila ada masa terluang hendaklah dimanfaatkan sepenuhnya.

Ciri-Ciri Masa 1. Masa Terus Berlalu Masa berlalu dan terus berlalu. Masa juga akan datang dan pergi meninggalkan kita. Tidak ada sesiapa pun yang boleh menahannya kecuali kehendak Allah S.W.T. ( Mohd Yusof Hj. Othman, 2002 ). 2. 24 Jam Sehari Semalam Perkara ini adalah fakta yang kita sedia maklum. Walau bagaimana sibuk sekali pun kita hanya ada masa 24 jam sehari semalam. 3. Itulah Masa Yang Kita Gunakan Masa sama ada diguna atau tidak hakikatnya ialah kita mesti gunakannya. Dalam hidup kita seharian, kita tidak boleh kehilangannya walaupun satu saat. Itulah masa yang kita gunakan, yang kita belanjakan setiap hari. Masa tidak mengenal pangkat

atau darjat seseorang. Sama ada kita sibuk atau mempunyai masa yang terluang, masa tetap berlalu, masa tetap kita gunakan, masa tetap bersama kita, dan masa tetap 24 jam sehari semalam. 4. Masa Dikongsi Bersama Masa adalah dikongsi penggunaannya bersama. Manusia hakikatnya melaksanakan aktiviti berlainan tetapi menggunakan waktu yang sama dan kadang-kadang melaksanakan aktiviti serupa pada masa yang sama. Contohnya jam 5.00 petang, terdapat manusia yang main bola sepak dan pada masa yang sama terdapat manusia yang bermain bola tampar di pantai.

Tips Pengurusan Masa 1) Set Matlamat dan strategi

Pastikan apa matlamat kita dalam jangka sama panjang dan pendek. Dengan merancang matlamat tersebut, kita akan tahu apa perlu dicapai dan mengapa perlu kita capai matlamat tersebut bagi memudahkan kita membuat keputusan perkara penting yang perlu diselesaikan. 2) Fokus matlamat .

Kita akan memberi lebih tumpuan dalam melakukan kerja sekiranya kita fokus kepada sesuatu kerja. Buat sesuatu kerja dengan memastikan kerja tersebut merupakan perkara yang utama perlu diselesaikan. 3) Buat Jadual masa.

Bukankah mudah bagi kita untuk merancang kerja yang perlu dilakukan? Set tempoh masa untuk menyelesaikan kerja kerana ini akan mengurangkan rasa risau kerana merasa tidak mencukupi masa. 4) Utamakan matlamat asal

Jangan lakukan sesuatu tugas lain sebelum menyelesaikan tugas yang kita sedang lakukan. Sentiasa periksa jadual sebelum memulakan tugas yang baru. Bilakah tugas yang sedang dilakukan itu boleh selesai? Ini akan memastikan tugas yang sedang dibuat akan mencapai matlamat yang berkualiti. 5) Mewujudkan sistem pemfailan

Apabila kita telah merancang sesuatu matlamat penting untuk kita mewujudkan sistem dalam pengurusan masa. Salah satu sistem yang boleh kita wujudkan adalah sistem pemfailan yang teratur, pengurusan maklumat dan komunikasi. 6) Realiti Pengurusan masa kita

Sentiasa renung kembali kepada pencapaian yang kita buat. Sama ada kita melakukan dengan berkualiti atau sebaliknya. Bahagi-bahagikan matlamat yang dicapai dengan matlamat yang belum dicapai boleh memudahkan kita menentukan matlamat mana yang lebih penting. 7) Kerjasama

Apabila melakukan sesuatu projek atau kerja adalah lebih cepat terhasil apabila bekerjasama dengan kumpulan kerja kerana akan lebih menjimatkan masa, boleh memberi motivasi diri, meningkatkan keyakinan dan boleh mengembangkan kemahiran masing-masing 8) Pencapaian Lalu

Lihat kembali pencapaian kejayaan kita yang lalu dalam sesuatu kerja. Gunakan teknik ini dengan memperkembangkan lagi fokus dalam matlamat yang perlu kita capai. Bayangkan kita kerja hari ini kerana kita perlu bercuti pada esok hari. 9) Kehidupan harian

Rancang jadual aktiviti harian juga amat penting kerana kehidupan kita ini adalah bersama-sama keluarga dan rakan-rakan. Pengurusan masa adalah pengurusan kehidupan harian kita. 10) Selesaikan tugas hari ini Cuba selesaikan tugas pada hari ini. Jangan bertangguh. Dengan menyelesaikan tugas pada hari ini kita dapat merancang tugas esok pula. Sebelum meninggalkan tempat kerja, kita perlu rancang apa tugas yang perlu kita lakukan pada hari esok. Ini mengelakkan rasa risau tentang tugas yang perlu dilakukan dan bersedia untuk melakukan tugas pada hari esok sebelum balik dari pejabat.

Kesimpulan Setiap orang mempunyai bilangan masa yang sama iaitu 24 jam sehari. Jangan katakan kita tidak mempunyai masa yang cukup kerana dengan pengurusan masa yang bijak memastikan kita boleh bekerja, bersama-sama keluarga serta berehat dan tidur dengan cukup.

Pengurusan Masa Pelajar


Definisi Pengurusan masa bermaksud anda mampu (secara berkesan) melakukan aktiviti harian dan merasa puas hati dengan apa yang telah anda lakukan. Ia merupakan ciri penting untuk gaya hidup yang sihat yang melibatkan penggunaan peralatan dan kaedah (teknik) untuk merancang dan menjadualkan masa dengan sesuai dan tepat. Peralatan dan teknik tersebut bertujuan untuk meningkatkan keberkesanan penggunaan masa anda dengan bijak dan bertanggungjawab. Kepentingan Apabila anda gagal untuk menguruskan masa dengan bijak, anda mungkin akan membazir banyak masa yang berfaedah, menjadi tidak produktif, mendapat stress, menjadi cemas dan bimbang serta bertambah gusar dan mudah marah.Dan yang paling utama, anda gagal menyiapkan apa-apa tugasan pada masa yang ditetapkan Panduan pengurusan masa: 1. Buat jadual harian. Catatkan: - Pukul berapa biasanya anda bangun tidur? - Berapa lama anda bersiap untuk ke sekolah? - Pukul berapa anda pergi ke sekolah? -Pukul berapa anda pulang ke rumah dari sekolah? - Berapa lama masa diambil untuk menyiapkan kerja sekolah dan kerja rumah? Daripada jadual di atas, anda boleh menentukan berapa banyak masa lapang yang anda ada dan menyusun jadual masa supaya semua aktiviti dapat disempurnakan pada hari yang sama. 2. Buat senarai mengenai perkara yang ingin anda lakukan. Apabila anda hanya duduk menonton TV beberapa jam atau tidak melakukan apaapa dan menjadi bosan, gunakan senarai yang ada untuk mengubah masa lapang anda dengan melakukan aktiviti yang lebih produktif. 3. Tetapkan matlamat tentang apa yang ingin anda capai. Matlamat anda sasarkan mestilah khusus. Sebagai contoh: 'Saya ingin memperoleh wang' bukanlah satu matlamat; sebaliknya 'Saya ingin mendapatkan RM50.00 untuk membeli sepasang kasut'; merupakan satu matlamat. Hanya matlamat yang khusus mudah dicapai dan dilaksanakan. 4. Bahagi-bahagikan aktiviti harian anda mengikut kategori. Tetapkan keutamaan apabila anda membahagikan aktiviti mengikut kategori. Contohnya: 'Menyiapkan kerja sekolah adalah keutamaan, Melakukan senaman adalah keutamaan, Bersiar-siar di pusat membeli belah bukan keutamaan'. Tetapkan aktiviti anda berdasarkan keutamaan.

5. Tetapkan had masa. Jika anda perlu menyiapkan kerja rumah, tetapkan had masa.Pastikan anda menyiapkan kerja tersebut dalam had masa yang ditetapkan. 6. Gunakan diari. Diari atau jadual waktu dapat membantu anda melakukan tugasan dan mencapai matlamat yang ditetapkan. Ia juga turut membantu anda untuk merancang aktiviti harian berdasarkan apa yang mesti dibereskan. Secara langsung, ia membantu anda untuk menggunakan masa yang terluang untuk menyiapkan tugasan atau aktiviti yang ingin dilakukan. 7. Kekalkan rutin harian anda sebaik mungkin. Mengetahui apa yang perlu dibuat dan bila ia perlu diselesaikan membolehkan anda mencapai apa yang telah disasarkan dengan lebih baik. 8. Simpan tugasan atau kerja sekolah di satu tempat. Anda hanya akan membazir masa jika perlu menyusun semula tugasan yang ingin dibereskan. Pembaziran ini dapat dikurangkan jika anda boleh menyimpan semua tugasan di satu tempat agar ia boleh dibereskan dengan cepat dan mengurangkan stres. 9. Jangan melengah-lengahkan kerja anda. Berlengah itu pencuri masa. Anda hanya membazir masa jika melengah-lengahkan kerja. 10. Siapkan tugasan dengan betul semasa kali pertama ia dilakukan. Anda hanya membuang masa bila tugasan tersebut perlu dibuat semula. Hasil pengurusan masa jadikan anda: Lebih terurus, Produktif, Kurang tertekan, Gembira, serta mempunyai banyak masa untuk melakukan aktiviti yang lebih bermakna

Anda mungkin juga menyukai