Anda di halaman 1dari 16

Tanggungjawab Dan Peranan Guru Pendidikan Moral Dalam Merealisasikan Aspirasi Negara

Ahli kumpulan : Ngui Liang Wei Teh Bei Jue Ting Houng Xia Wong Siok Yee Yew Shan Min

Falsafah Pendidikan Kebangsaan


Tercetus pada 1979 menerusi Laporan Jawatankuasa Kabinet Mengandungi prinsip, nilai, hala tuju pendidikan Pentingnya kita mempunyai suatu falsafah pendidikan yang menekankan pembangunan kemanusiaan Jawatankuasa Kabinet mengesyorkan unsur-unsur yang harus diberi penekanan dalam aspek pembangunan Terdapat 3 dasar yg mengstrukturkan FPK: 1. Rukunegara 2. Dasar Ekonomi Baru 3. Dasar Pendidikan Kebangsaan

Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang dinyatakan berikut akan menentukan arah haluan, asas dan sumber aspirasi kepada semua usaha dan rancangan dalam bidang pendidikan.

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang harmonis dan seimbang dari segi intelek,rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia,bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.

Matlamat FPK
Bertujuan melahirkan rakyat Malaysia yang sempurna dan memiliki serta menghayati ciri-ciri berikut: 1. Percaya dan patuh kepada Tuhan 2. Berilmu pengetahuan 3. Berakhlak mulia 4. Bertanggungjawab kepada diri, masyarakat, agama dan negara 5. Memiliki sahsiah yang seimbang dan sepadu 6. Memupuk perpaduan di kalangan rakyat berbilang kaum

Implikasi terhadap pendidik


Perubahan sikap pendidik dan profesionalnya untuk menjalankan tugas sejajar dengan tujuan dan dasar Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Ini meliputi : Perubahan sikap peribadi pendidik sendiri dengan pandangan dan visi yang positif terhadap tugasnya untuk merealisasikan tujuan dan cita Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Perubahan profesional dengan mengubah strategi dan teknik pengajarannya yang sesuai untuk melahirkan insan yang berilmu pengetahuan, berketerampilan serta berakhlak mulia.

Peranan guru P. M dalam merealisasikanFalsafah Pendidikan Kebangsaan


Secara umum, guru memikul tanggungjawab terhadap masyarakat sebagai agen sosialisasi dan penyebar budaya ilmu yang membawa perkembangan dan kemajuan masyarakatnya. Antara tanggungjawab yang dipikul oleh guru P.Moral adalah: 1.Mengelakkan daripada menyebarkan ajaran yang boleh merosakkan kepentingan pelajar,masyarakat atau negara, ataupun yang bertentangan dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. (Contoh: Isu perkauman)

2.Memupuk sikap dan nilai yang terkandung di dalam sukatan dalam diri setiap pelajar supaya membimbing mereka untuk menjadi warganegara yang taat setia, bertanggungjawab dan berguna, menghormati orang-orang yang lebih tua dan menghormati perbezaan kebudayaan, keturunan dan agama. 3.Mengadakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Moral yang mendorong kepada perkembangan kesemua aspek JERI, iaitu Jasmani, Emosi, Rohani dan Intelek.

4.Menggalakkan kerjasama dan persefahaman di antara guru dengan ibu bapa, institusi pendidikan dengan masyarakat. (Contoh:Perjumpaan bersama ibu bapa) 5.Berpegang kepada tingkah laku yang sopan yang diterima oleh masyarakat dan menjadi contoh teladan kepada murid-murid.

Dalam usaha mengembangkan aspek intelek seperti yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK), guru besar pula memainkan peranan yang penting dalam bidang kurikulum, kokurikulum sahsiah serta pentadbiran. Guru besar perlu bertanggungjawab terhadap segala aktiviti yang beroperasi di sekolah yang meliputi pentadbiran, kewangan, kurikulum, kokurikulum, keadaan persekitaran, kakitangan dan pelajar.

Rukunegara

Rukunegara adalah ikrar pegangan negara yang dijadikan garis panduan dalam usaha membina negara dan bangsa Malaysia. Ia telah diisytiharkan pada 31 Ogos 1970 oleh Yang diPertuan Agong keempat.

Ikrar Rukunegara adalah seperti berikut: Maka kami rakyat Malaysia berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip yang berikut: 1. KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN 2. KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA 3. KELUHURAN PERLEMBAGAAN 4. KEDAULATAN UNDANG-UNDANG 5. KESOPANAN DAN KESUSILAAN

"Bahawasanya, Negara kita Malaysia mendukung cita-cita hendak: Mencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan seluruh masyarakatnya; memelihara satu cara hidup demokratik; mencipta satu masyarakat yang adil di mana kemakmuran negara akan dinikmati bersama secara adil dan saksama; menjamin satu cara yang liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dan berbagai corak; membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden.

Peranan guru P. Moral dalam merealisasikanRukun Negara


Guru P. Moral haruslah memperkenalkan kelima-lima prinsip rukun negara kepada pelajar. Guru juga perlu bersikap adil dan sensitif terhadap pegangan agama pelajar. (Contoh:tidak menyebelahi atau mempertikaikanagama dan kepercayaan pelajar.)

Guru menanamkan semangat patriotisme dalam kalangan pelajar. (Contoh: menyelitkan elemen sejarah dalam proses P&P) Guru menegaskan tentang kepentingan mematuhi undang-undang. (Contoh:menggalakkan pelajar mematuhi undang-undang bermula dari peringkat kelas, sekolah seterusnya negara)

Guru haruskan menunjukkan contoh teladan yang baik kepada pelajar dari segi adap sopan. (Contoh: berinteraksi secara berhemah dengan pelajar) Melalui cara ini, kanak-kanak akan dilatih atau diasuh serta diserapkan nilai-nilai murni dan norma-norma masyarakat dalam proses pendidikan dan mengamalkannya dalamkehidupan mereka demi mewujudkan perpaduan di antara kaum.

Anda mungkin juga menyukai