Anda di halaman 1dari 5

"Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi

individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan
harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat
Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, berketrampilan dan
berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian
dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara."

Falsafah pendidikan yang menjadi panduan bagi semua aktiviti pendidikan di Malaysia dekenali sebagai
FPK. Dengan adanya FPK, maka sistem pendidikan negara sebenarnya menganjakkan diri ke
kedudukan terkehadapan dengan mengungkapkan secara jelas prinsip dan nilai asas yang mendasari
dan membentuk sistem pendidikan Malaysia daripada peringkat yang paling rendah hingga kepada
peringkat tertinggi iaitu universiti. FPK menjelaskan tujuan dan matlamat pendidikan untuk individu dan
negara. Kedua-dua tujuan selaras, iaitu untuk melahirkan insan yang berilmu, berakhlak mulia dan
bertanggungjawab yang juga akan menjadi seorang warganegara yang baik. Pendidikan merupakan
proses asas dan utama untuk pembinaan insan yang baik, seimbang dan bersepadu yang secara
langsung merupakan saluran utama dan yang paling penting untuk menjayakan hasrat dan cita-cita
negara.

Salah satu yang terkandung dalam FPK adalah falsafah tentang manusia yang berasaskan
kepercayaan kepada Tuhan dan agama. Matlamat pendidikan adalah untuk membangunkan semua
aspek diri manusia secara harmonis dan seimbang supaya kesepaduan fitrah diri manusia terpelihara.
Berilmu dan berpendidikan harus menghasilkan budi pekerti yang baik dan akhlak yang mulia yang
sekali gus menjadi cirri-ciri asasi seorang ahli keluarga, masyarakat dan warganegara yang baik dan
terdidik.

Satu konsep asas yang terkandung dalam FPK ialah tentang ilmu, nilai ilmu dan peranan ilmu dalam
pembangunan insan dan masyarakat. Nilai ilmu terletak pada kebenaran kandungan yang berfungsi
bukan sahaja untuk memaklumkan dan menerangkan kepada manusia akan sesuatu, tetapi lebih
penting lagi ilmu mempengaruhi, mengubah dan membentuk diri serta masyarakat manusia. Fungsi
ilmu yang boleh mengubah manusia dan masyarakat inilah yang menjadikan sesuatu yang amat tinggi
nilainya. Pendidkan ialah satu proses dan aktiviti sepanjang hayat dan manusia sentiasa berada dalam
keadaan memerlukan perluasan, pendalaman dan pengesahan kepada ilmu yang ada. Pengalaman
bukan sahaja boleh memperkaya dan mengukuhkan ilmu tetapi juga mencabar dan mengubah ilmu
yang sedia ada pada manusia.

FPK juga melihat individu itu dalam beberapa lapisan pertalian atau perhubungan. Tujuan pendidikan
bukan sahaja untuk pembangunan dan kesejahteraan diri individu tetapi juga untuk pembangunan dan
kesejahteraan setiap lapisan hubungan individu berkenaan bermula dengan keluarga, meluas kepada
masyarakat dan negara.

Berdasarkan FPK, jelas bahawa tujuan pendidikan tinggi bukan hanya setakat memperoleh segulung
ijazah atau diploma, tetapi adalah untuk pembangunan diri manusia secara menyeluruh dan seimbang
supaya menjadi seorang insan, ahli keluarga dan masyarakat dan warganegara yang berilmu,
bertanggungjawab, berakhlak mulia, dan berbakti.
http://upu.mohe.gov.my/portal/arkib/fpk.php




Konsep Falsafah Pendidikan Guru dan Implikasi
FPK dan FPG terhadap Pendidikan Negara


Konsep Falsafah Pendidikan Guru
Konsep Falfasah Pendidikan Guru (FPG) ialah untuk menghasilkan guru yang
akan merealisasikan segala konsep yang terdapat dalam Falsafah Pendidikan
Negara. FPG di Malaysia digubal berdasarkan Model Konseptual Pendidikan
Guru, iaitu 3 dimensi utama iaitu, Ketuhanan, Kendiri dan
Kemasyrakatan.Sub-konseptual pula terdiri daripada jasmani, emosi, rohani
dan intelek. Di samping itu, terdapat pula unsur pengetahuan, nilai dan
kemahiran. Perkara-perkara ini merangkumi tanggungjawab guru di bawah
tiga dimensi iaitu :

Ketuhanan
Peningkatan ilmu, penghayatan dan amalan individu berteraskan
kepercayaan dan kepatuhan kepada ajaran agama.
Kemasyarakatan
Penekanan peranan guru sebagai pendidik, pemimpin dan agen perubahan.
Kendiri
Penekanan pembinaan daya kefahaman dan patriotism , pemupukan budaya
ilmu serta pembentukan sahsiah murni dan berperkerti mulia.
Dibawah dimensi-dimensi ini, Model Konseptual Pendidikan Guru
merangkumi tiga aspek asas iaitu :
Pengetahuan dikaitkan dengan perkembangan dan kepentingan pendidikan
dalam kehidupan
Kemahiran Ikhtisas yang merangkumi kemahiran menggunakan bahan-
bahan pelajaran dengan hasrat utnuk meningkatkan kualiti pengajaran dan
pembelajaran.
Nilai-nilai murni merujuk kepada perlakuan nilai murni, pengamalan guru
yang penyayang dan mempunyai nilai integriti yang tinggi.

Aspek-aspek ini digabung jalinkan untuk membentuk satu disiplin perguruan
yang terancang. Konsep FPG terdiri daripada 5 elemen iaitu perwatakan yang
mulia, berkembang maju dan berpandangan saintifik, berkomited
menegakkan aspirasi Negara, mengekalkan warisan budaya kebangsaan,
dan pembangunan individu dan pengekalan disiplin masyarakat yang bersatu.
FPG yang bersandarkan Model Konseptual tersebut bermatlamat
menghasilkan guru yang berkualiti dari segi personaliti sehinggalah kepada
amalan individu, berilmu serta mempunyai nilai keguruan dan berupaya
memacu generasi kini untuk mencapai WawasanPendidikan dalam abad ke-
21.

Analisa Elemen Falsafah Pendidikan Guru

1. Perwatakan yang mulia
Seorang guru mestilah berperawakan mulia dan berdisiplin kerana guru akan
menjadi contoh kepada murid-muridnya.Guru juga haruslah pandai
menghargai anak-anak murid dan meraikan fitrah mereka yang mempunyai
beraneka ragam sifat.

2. Berkembang maju dan berpandangan saintifik
Guru hendaklah mempunyai kemahiran professional dalam menyediakan
bahan pengajaran dan pembelajaran untuk menarik perhatian pelajar. Aktiviti
dalam kelas yang kreatif dan menarik juga menunjukkan bahawa guru
tersebut berpengetahuan dalam bidangnya.

3. Berkomited menegakkan aspirasi Negara
Integriti hendaklah dipupuk dalam diri seorang guru untuk memastikan guru
tersebut cekap, jujur, boleh dipercayai , amanah , patuh kepada Negara dan
mempunyai kualiti untuk melakukan sesuatu tugasan. Dengan ini, guru
tersebut akan komited terhadap tugas yang digalasnya sebagai pendidik anak
bangsa Negara.

4. Mengekalkan warisan kebudayaan
Sudah menjadi kewajipan bagi guru untuk menerapkan nilai-nilai kebudayaan
rakyat Malaysia terhadap anak murid mereka. Sambutan Kemerdekaan,
misalnya , hendaklah disambut dengan penuh sifat patriotisme. Dengan ini,
rakyat yang bersemangat patriotisme dapat dilahirkan hasil didikan daripada
guru mereka.

5. Pembangunan individu dan pengekalan disiplin masyarakat yang
bersatu
Guru sebagai ejen perubahan hendaklah membangunkan disiplin murid-
muridnya agar mereka patuh kepada peraturan dan menjelaskan kepada
mereka akan kepentingan mematuhi peraturan-peraturan. Guru juga
hendaklah menegaskan anak-anak muridnya mengenai rasa hormat antara
satu sama lain walau berbeza warna kulit, agama dan kaum.

Implikasi Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Falsafah
Pendidikan Guru kepada Pendidikan Negara

Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Falsafah Pendidikan Guru, kedua-
duanya penting dalam system pendidikan di Malaysia. Matlamat yang
terkandung dalam kedua-dua falsafah ini memberi impak besar kepada
sistem pendidikan Malaysia. Menurut Syed Ismail Syed Mustafa dan Ahmad
Subki Miskon (2005), kandungan, hasrat dan cita-cita yang dinyatakan dalam
FPK dan FPG akan memberikan kesan kepada keseluruhan perjalanan
system pendidikan . Elemen dalam FPK dan FPG digabungkan dan
mempunyai implikasinya seperti yang dinyatakan di bawah.
Perkembangan potensi individu
Terdapat sesetengah individu dilahirkan dengan bakat dan potensi. Dengan
itu, guru harus berungsi sebagai mentor untuk menggilap potensi pelajar
demikian. Bakat dan potensi boleh terjelma melalui interaksi sosial dan alam
sekeliling. Implikasi perkembangan potensi individu akan menjadikan
pendidikan sebagai medium untuk menzahirkan bakat mereka.
Rakyat Malaysia yang berpengetahuan
Rakyat yang cinta akan ilmu merupakan rakyat yang mampu maju. Dengan
itu, FPK dan FPG mampu menjana rakyat yang cinta akan ilmu pengetahuan
melalui usaha memupuk budaya membaca. Dengan ini, rakyat dapat
mempunyai minda yang luas dan terbuka.
Kepercayaan dan Kepatuhan kepada Tuhan
Dengan mengakui wujudnya Tuhan, seseorang itu akan mengakui Tuhan
sebagai Pencipta manusia dan alam. Selain itu, individu tersebut juga akan
mengamalkan ajaran agama yang dianuti dan menyedari bahawa dia
bertanggungjawab sepenuhnya ke atas dirinya sendiri dan perbuatannya.

Rakyat Malaysia yang berketrampilan
Rakyat Malaysia yang berketrampilan mempunyai daya keyakinan yang tinggi,
kecekapan san kompetensi kendiri. Berbekalkan kemahiran dan kebolehan,
mereka mampu menjalankan tugas dengan sempurna serta mempunyai
personality yang baik. Mereka juga berpandangan jauh dalam segala hal
yang mereka lakukan.
Rakyat Malaysia yang berakhlak mulia
Akhlak mulia akan menjadikan seseorang itu berperwatakan yang sopan dan
bertatasusila.Individu tersebut juga akan berpegang teguh kepada nila-nilai
moral sebagai prinsip diri.
Mampu mencapai kesejahteraan diri
Rakyat yang mampu mencapai kesejahteraan diri ini mempunyai daya tahan
mental dan fizikal yang cukup kuat. Dengan ini, mereka berkebolehan untuk
mengharungi liku-liku dalam hidup mereka.
Sumbangan rakyat menerusi FPK
Dengan menjadikan Rukun Negara sebagai amalan kehidupan, seseorang itu
mampu memberi sumbangan kepada keluarganya, masyarakat dan Negara.
Mereka dapat memupuk kesefahaman dan kasih saying dalam keluarga,
mematuhi norma dan peraturan masyarakat serta mempunyai semangat
patriotisme yang tinggi.
Pendidikan suatu usaha berterusan
Proses pemerolehan ilmu berlaku sejak kecil hingga ke akhir hayat dan
sepanjang prose situ, individu tersebut akan sentiasa belajar perkara yang
baru dalam hidupnya. Dengan ini, pembentukan sahsiahnya berlaku
sepanjang proses menuntut ilmu berlaku menjadikan seseorang itu lebih
dewasa apabila banyak ilmu di dada. Proses pendidikan sepanjang hayat
inilah yang membantu setiap individu menyesuaikan diri dalam pelbagai
keadaan tidak kira sama ada senang atau susah.






Falsafah Pendidikan
Falsafah Pendidikan Kebangsaan
"Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha yang berterusan untuk mengembangkan lagi potensi
individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari
segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha
ini adalah untuk melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan dan berakhlak
mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta dapat menyumbang
terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara."
Falsafah Pendidikan Guru
"Guru yang berpekerti mulia, berpandangan progresif dan saintifik, bersedia menjunjung aspirasi negara
serta menyanjung warisan kebudayaan negara, menjamin pembangunan individu dan memelihara
suatu masyarakat yang bersatu padu, demokratik, progresif dan berdisiplin."
http://www.ipislam.edu.my/index.php/page/pengenalan/16/falsafah-pendidikan
http://www.google.com/url?sa=t&rct=j&q=murid%20tidak%20mengutamakan%20pendidik
an%20moral&source=web&cd=6&cad=rja&ved=0CE4QFjAF&url=http%3A%2F%2Fwww.supp
.org.my%2Fmodules%2Fcontent%2Ffile.php%3Fid%3D442&ei=R-
8eUrq6J4KRrAf6woBg&usg=AFQjCNFv9eooqrjHZu9o-
kTOmTWCK1xq4w&bvm=bv.51495398,d.bmk
http://lifeoffuturedon.blogspot.com/2009/05/falsafah-pendidikan-fpk-assingment-sem.html

Anda mungkin juga menyukai