Anda di halaman 1dari 2

Hukum Newton Kedua : menyatakan bahawa kadar perubahan momentum

adalah berkadar terus dengan daya paduan yang bertindak ke atas objek
itu pada arah yang sama dengan arah tindakan itu.

F= daya paduan
m = jisim objek di bawah pengaruh daya paduan F
v = halaju akhir objek
u = halaju awal objek
t = masa.
Disebabkan pecutan objek diberi oleh , Hukum gerakan Newton kedua
lebih terkenal dengan formula . Ini bermakna, semua objek berjisim tetap
di bawah suatu pengaruh daya paduan F bukan sifar akan mengalami
pecutan. Justeru, Hukum gerakan Newton kedua ini juga dikenali sebagai
hukum pecutan.

Contoh Pengiraan Hukum Newton Kedua:


Sebuah jentera mengangkut tanah dengan daya tetap sebanyak 570 N.
Jika jumlah berat jentera itu dan isinya ialah 325 kg.

a)

Apakah pecutan jentera?

b) Jika terdapat daya fiksyen efektif sebanyak F = 170N, kirakan jumlah


pecutan jentera.
Diberi:
F=570 N
m=325 kg
Cari a?

a)

F = m x a = 570 N
a = F / m = 570 N / 325 kg = 1.75 ms-2

b)

F = m x a = 170 N

a = F / m = 170 N / 325 kg = 0.52 ms-2


Jumlah pecutan jentera setelah terdapat daya fiksyen sebanyak 170 N =
1.75 ms-2 - 0.52 ms-2 = 1.23 ms-2

Daripada kedua-dua jawapan di atas, kita dapat perhatikan bahawa nilai


pecutan berubah mengikut nilai pada daya yang dikenakan. Seberapa
panjang definisi sesuatu hukum dapat diterjemahkan dengan hanya tiga
simbol fizik, iaitu F, m dan a . Manakala simbol-simbol ini dapat
membentuk hukum Fizik yang akhirnya mesti menggunakan Matematik.
Ini bermakna, memang benarlah Matematik amat penting untuk kita
ketahuinya. Selamat belajar!!

Anda mungkin juga menyukai