Anda di halaman 1dari 7

Proposal Projek Akhir

1.0 PENGENALAN

Projek semester akhir merupakan satu perkara yang wajib di laksanakan untuk
penganugerahan diploma bagi setiap pelajar semester 6 di institusi pengajian politeknik di
bawah Kementerian Pendidikan Malaysia.

Setiap kumpulan telah ditetapkan untuk menyiapkan projek ini didalam tempoh kurang
daripada 6 bulan. Ianya bermula dari mencari tajuk yang sesuai sehinggalah ke peringkat
penulisan dan pembentangan. Ini termasuklah dalam hal mereka bentuk projek, mengkaji
masalah, penyelesaian masalah, menambah baikan sesuatu alat sehinggalah model atau alat
dapat direka atau di kaji.

Oleh itu, projek semester akhir ini memberi peluang kepada pelajar untuk menggunakan
segala kepakaran dan kemahiran selama hampir tiga tahun berada di politeknik ini. Justeru itu,
kreativiti amat penting bagi pelajar untuk disalurkan supaya projek yang dihasilkan dapat di
laksanakan dengan jayanya.

1.1 PENGENALAN PROJEK

Mesin ‘Composting Bin’ adalah projek yang di buat penambah baikkan


daripada manual kepada mekanikal.Mesin ‘Composting Bin’ ini merupakan cetusan idea
oleh kami sendiri berdasarkan beberapa maklumat yang kami perolehi daripada internet,
buku-buku serta pendapat pensyarah. Mesin ‘Composting Bin’ ini memudahkan proses
penghasilan baja kompos.

Pada masa kini, para pengusaha ladang kurang meminati untuk menghasilkan
baja kompos kerana kesukaran untuk membuatnya serta berbau busuk. Maka, kami
mencuba untuk mengubahsuai dan menginovasikan mesin ini ini agar dapat
memudahkan proses penghasilan kompos.

Mesin yang kami cipta ini iaitu ‘Composting Bin’ adalah mesin yang mudah alih
serta mempunyai sistem pembuatannya yang sistematik bagi tujuan mempercepatkan

1
Composting Bin
Proposal Projek Akhir

dan mengurangkan masa. Kami juga turut mengaplikasikan suhu kompos secara
automatik.

Mesin ini di reka bentuk untuk memudahkan pengusaha ladang menghasilkan


kompos. Mesin ini juga mempunyai rekabentuk secara mekanikal dan automasi
memudahkan pengusaha ladang menggunakannya serta mengendalikannya.

Selain daripada itu, sistem senser yang automatic terhadap suhu kompos di
dalam tong memudahkan kerja-kerja penghasilannya. Mesin ini memudahkan urusan
penghasilkan kompos kerana terdapat juga sprinkle yang akan membekalkan air secara
automatik jika kelembapannya menurun.

Berdasarkan masalah yang di hadapi dan bersandarkan pada perbincangan


bersama penyelia projek, kami sepakat untuk mencipta sebuah mesin penghasilan
kompos di mana ia mudah di laksanakan seta memberi manfaat kepada pengguna.

Malah dengan terhasilnya mesin ini, ia akan menyumbang kearah peningkatan


teknologi dalam bidang pertanian khususnya dan amnya di dalam bidang mekanikal.

1.2 PENYATAAN MASALAH

Oleh kerana mesin ini merupakan baru lagi di pasaran, kami telah mengenalpasti
beberapa masalah yang terdapat pada mesin serta bahan yang digunakan untuk
penghasilannya.Antaranya ialah,penghasilan kompos mengambil masa yang agak
lama.Ia mengambil masa lebih kurang setengah hingga satu tahun lamanya.

Selain itu, sisa makanan tidak di uruskan dengan sistematik terutamanya bagi
pengusaha kedai makan atau kantin-kantin. Mereka membuang sisa makanan di tempat
yang tidak sepatutnya.Ia mendatangkan bau busuk serta mengundang kepada
pencemaran alam.

2
Composting Bin
Proposal Projek Akhir

Penghasilan kompos juga memerlukan perhatian yang teliti. Ia memerlukan


penjagaan yang teliti dari segi suhu,pengudaraan serta air yang mencukupi
(kelembapan).

1.3 OBJEKTIF

Projek ini di hasilkan bagi memudahkan pangusaha ladang serta mengurangkan


kos perbelanjaan dari segi baja tanaman.Terdapat beberapa objektif yang ingin dicapai
oleh kami setelah projek kami iaitu mesin ’Composting Bin’ ini dijalankan. Antara
objektifnya ialah :

i. Membuat penambahbaikan ke atas penghasilan kompos daripada manual kepada


mekanikal.
ii. Mempercepatkan kerja-kerja penghasilan kompos.
iii. Menjimatkan masa dan kos baja tanaman

1.4 SKOP PROJEK

Projek yang di hasilkan adalah berkaitan dengan bidang kejuruteraan mekanikal


amnya dan khususnya dalam bidang pertanian.malah ianya perlulah bersesuaian dengan
jurusan yang di pelajari pelajar. Ianya bertujuan agar apa yang telah dipelajari oleh
pelajar dapat di praktikkan dalam usaha menghasilkan projek ini. Hasil kerja projek
hendaklah sesuatu yang baru ataupun berlainan dan di inovasikan dengan mesin yang
ada di pasaran.

Manakala skop ataupun lingkungan dalam melaksanakan projek ini adalah


bermula dari langkah pertama dengan mengenal pasti masalah yang di hadapi, mencari
punca masalah, mencadangkan langkah penyelesaian, merekabentuk dan seterusnya
membina sangkar seperti apa yang telah di rancangkan dengan sempurna.

3
Composting Bin
Proposal Projek Akhir

Tujuan kami menetapkan skop ini adalah untuk mengelakkan kami tidak
menyimpang daripada tujuan asal penghasilan projek ini dan dapat mengikut garis
panduan yang telah di tetapkan.

Antara faktor yang berkait dengan penetapan skop ini adalah:

i. Mesin ini dapat menghasilkan kompos pada masa yang singkat iaitu antara 2-3
minggu sahaja.
ii. Menggunakan sistem kawalan suhu, putaran dan percikan air secara automatik.
iii. Mempunyai ciri-ciri keselamatan yang baik serta tidak mencemarkan alam sekitar.
iv. Dapat menggurangkan masalah pembuangan sisa makanan.

1.5 Had-had Mesin

i. Hanya dapat menampung 3kg-5kg sisa makanan basah dari dapur.


ii. Suhu di dalam tong hendaklah tidak melebihi suhu 50oc.

2.0 METODOLOGI

2.1 Pengenalan

- Merekabentuk mesin yang berkaitan dengan tajuk yang di pilih.


- Mesin ini kelihatan seakan seperti mesin gerudi.
- Mesin kompos ini berkonsepkan mesin automasi dan sistematik.
- Mesin yang akan dicipta adalah sama seperti yang telah direka bentuk.

2.2 Pemilihan Bahan


- Setiap maklumat ataupun data yang berkaitan projek ini akan di ambil dari sumber-
sumber yang boleh di terima pakai seperti internet dan buku.

4
Composting Bin
Proposal Projek Akhir

- Begitu juga dengan kos bahan mentah perlulah di dapatkan senarai harga untuk
meminimumkan kos pembuatan.

2.3 Proses Pemasangan


- Mesin ini dibentuk mengikut rekabentuk yang telah dibuat.
- Motor elektrik akan dipasang pada bahagian atas mesin dan senser pada bahagian
tepi tong.
- Gerudi akan dipasang pada bahagian tengah mesin.
- Setelah mesin siap dipasang,proses automasi atau “programming” akan di buat.
- Mesin ini memerlukan pengautomasian pada ‘timer’ dan ‘temperature controller’

2.4 Proses Pengujian Mesin

Untuk mencapai objektif projek, proses ujian akan di buat untuk memastikan ‘output’
mesin ini mempunyai kualiti yang baik.
Terdapat beberapa ujian yang akan di jalanan seperti:
i. Ujian masa iaitu tempoh terhasilnya kompos.
ii. Ujian suhu untuk memastikan kestabilan suhu di dalam tong.
iii. Ujian pemercikan air untuk mengekalkan kestabilan kelembapan.

2.5 Persiapan Laporan Akhir dan Pembentangan

a) Setelah mesin di uji dan mesin yang di hasilkan boleh di gunapakai, ahli
kumpulan akan membuat laporan akhir untuk di hantar kepada penyelia projek
dan penyelaras projek.
b) Setelah laporan akhir di hantar, ahli kumpulan akan mempersiapkan hal-hal
berkaitan pembentangan projek akhir. Antara perkara yang perlu di persiapkan
hal-hal adalah seperti ‘slide show project’, ‘pamphlet’ yang akan di edarkan pada
hari pembentangan.
c) Kumpulan kami juga akan bersedia dan berlatih untuk membuat pembentangan
yang sempurna kepada para penilai. Kami juga akan menyiapkan diri dengan
5
Composting Bin
Proposal Projek Akhir

kefahaman projek yang lebih jelas agar dapat menjawabsoalan oleh panel penilai
dengan lebih yakin.

3.0 Carta Gantt

Aktiviti/ming M1 M2 M3 M4 M5 M6 M7 M8 M9 M10 M11 M12 M13 M14 M15 M16


gu
Pendaftaran
Pelajar
Taklimat Projek
Penyerahan
Tajuk Projek
Penyerahan
Proposal
Bimbingan &
Perancangan
Kemajuan
Projek(25%)
Kemajuan
Projek(50%)
Kemajuan
Projek(75%)
Kemajuan
Projek(100%)
Persediaan
Pembentangan
Penyerahan
Laporan
Pembentangan
Projek

4.0 Kos Pembinaan Projek

Pada masa sekarang kami menganggarkan kos pembinaan secara kasar di sebabkan
kami masih belum memperolehi kesemua harga alat-alat yang di gunakan dalam pembinaan

6
Composting Bin
Proposal Projek Akhir

mesin ini. Walaubagaimanapun, kami menggangarkan projek ini menelan belanja kira-kira RM
1000 termasuk kos pengangkutan,kos ujikaji serta harga kompenan yang tidak menentu di
pasaran.
Kos ini meliputi keseluruhan projek dari proses permulaan hinggalah kerja-kerja
kemasan yang di lakukan terhadap mesin . Antara sebab kenapa projek kami memakan belanja
yang tinggi kerana kami menggunakan ‘timer’ dan sebagainya. Walaupun demikian kami akan
cuba untuk mengurangkan kos ini ke tahap yang paling minimum.

5.0 Kesimpulan

Mesin ini di cipta bagi memudahkan pengusaha ladang yang ingin membuat baja tanaman
sendiri bagi mengurangkan kos baja tanaman. Mesin ini di cipta dengan pelbagai kemudahan yang
memudahkan pengusaha kerana sistemnya yang sistematik. Saiznya yang sederhana dapat
menjimatkan ruang.

Mesin ini juga di reka khas untuk mengawal suhu dan kelembapan secara automatik . Ia di
siapkan dengan tangki air yang mampu memberikan sumber air automatic sekiranya kompos
memerlukan air.

Sisa-sisa makanan di rumah,kedai-kedai makan mahupun kantin-kantin dapat diuruskan dengan


sistematik serta tidak mencemarkan alam sekitar.

Walaubagaimanapun, projek ini masih boleh di buat penambahbaikkan terutama dari segi
penggunaan bahan mentah dan juga teknologi terkini. Oleh hal demikian, di harap projek ini dapat
membantu bidang pertanian selari dengan pasaran masa kini.

6.0 Rujukan

i.

7
Composting Bin

Anda mungkin juga menyukai