Anda di halaman 1dari 30

TROLI SAMPAH ELEKTRONIK

NAMA AHLI KUMPULAN SYAHRIL SYAZWAN B RIDZUAN AIDA NUR IZZATY BT MOHAMED AMAN ADHLI ISKANDAR PUTERA B HAMZAH RAZALEE RAHIMI B ABD MANAF FAIZ AL HAFIZ B MOHAMED 08PKM10S1013 08PKM10S1019 08PKM10S1032 08PKM10S1033

Abstrak Troli sampah elektronik merupakan satu projek yang telah dilakukan dengan tujuan untuk menyelesaikan masalah yang timbul semasa mengangkat dan membuang sampah dari tong sampah besar untuk dimasukkan ke dalam bin besar sebelum diangkat oleh lori. Idea untuk mencipta projek ini timbul apabila proses pembuangan sampah oleh cleaner yang bekerja di bangunan-bangunan besar. Terdapat beberapa masalah yang telah dikenalpasti antaranya seperti cleaner tidak boleh membuang serta mengangkat tong sampah yang besar dan berat itu seorang diri. Tambahan pula, tong sampah yang akan dibawa kuantitinya sangat banyak. Beberapa orang cleaner diperlukan untuk menarik serta mengangkat beberapa buah tong sampah tersebut untuk dibuang ke dalam bin besar. Ini adalah merugikan masa dan tenaga kerana banyak tenaga cleaner diperlukan. Faktor keselamatan juga diambilkira di dalam penghasilan projek ini. Ini kerana, bagi mengangkat tong sampah yang besar dan berat, tambahan pula dalam kuantiti yang banyak, boleh mengakibatkan kecederaan tulang belakang kepada cleaner. Dengan terhasilnya simulasi ini, diharapkan segala masalah yang ada dapat diatasi dan menjimatkan tenaga serta masa.

ISI KANDUNGAN TAJUK PROJEK ABSTRAK BAB 1 : PENDAHULUAN


1.1 PENGENALAN 1.2 PENYATAAN MASALAH 1.3 OBJEKTIF

BAB 2 : KAJIAN

2.1 PENGENALAN 2.2 PENERANGAN TENTANG BARANG YANAG

DIGUNAKAN 2.3 SASARAN PENGUNA 2.4 KAJIAN TENTANG PRODUK SEDIA ADA 2.5 KESIMPULAN

BAB 3 : METHODOLOGY PENGENALAN LANGKAH KERJA JADUAL

BAB 4 : ANALISA PROJEK BAB 5 : PERBINCAGAN DAN KEPUTUSAN BAB 6 : KESIMPULAN DAN CADANGAN BAB 7 : RUJUKAN

BAB 8 : LAMPIRAN

BAB 1 : PENDAHULUAN 1.1 PENGENALAN Setiap pelajar politeknik di akhir semester diwajibkan membuat atau mengadakan satu projek yang mana ianya mestilah memenuhi kehendak setiap pihak politeknik dan ianya juga akan member kepuasan serta keyakinan kepada setiap pelajar untuk menjadikan cadangan projek tersebut di dalam bentuk yang sebenar mengikut spesifikasinya. Setelah memikirkan beberapa buah projek, kumpulan kami memutuskan untuk memilih sebuah projek yang kami rasakan sesuai, mudah, dan bagus untuk dibuat. Setelah melalui beberapa kali perubahan, penambahbaikan serta ubahsuai, kami bercadang untuk mencipta sebuah tong sampah elektronik yang dapat menjimatkan masa, tenaga serta dan memudahkan besar. kerja harian. jek Troli yang direka ini bagi berkemampuan untuk mengangkat tong samapah yang besar Penggunaan hidraulik digunakan meringankan beban serta menjimatkan tenaga bagi sesiapa yang mengendalikan troli ini. Selain dari jek hidraulik, penggunaan motor juga boleh digunapakai. Penggunaan motor ini lebih baik kerana tidak menggunakan tenaga manusia langsung. Akan tetapi, setelah memikirkan tentang kos bahan beberapa kos lain, kami berpendapat penggunaan jek hidraulik ini adalah sangat sesuai dan mampu dimiliki.

1.2

PERNYATAAN MASALAH Di dalam menghasilkan kerja projek kumpulan kami ini, terdapat beberapa perkara yang perlu diberi perhatian dengan cermat oleh ahli kumpulan. Antaranya ialah dengan mengenalpasti akan setiap masalah yang terdapat di dalam menjalankan projek tersebut. Oleh kerana projek yang kami hasilkan ini menjurus kepada .

1.3

OBJEKTIF Terdapat beberapa objektif yang dicapai semasa projek ini dilaksanakan, antaranya seperti berikut :

i.

Keselamatan pengguna lebih terjamin. Dapat menjimatkan dan masa. Memudahkan dan melancarkan kerja harian. Tenaga manusia dapat dikurangkan kerana tidak memerlukan tenaga kerja yang ramai untuk mengangkut kawasan. sampah atau membersihkan

ii.
iii.

iv.

BAB 2 : KAJIAN 2.1 PENGENALAN Bagi memastikan projek Troli Sampah Elektronik

dihasilkan dengan baik dan lancar, kami telah membuat beberapa kajian seperti kajian literature bagi memperolehi penghasilan projek dengan lebih berkualiti. Kajian literature merupakan satu bidang kajian yang melibatkan ke semua bentuk kaedah atau cara yang digunakan untuk menghasilkan sesuatu projek atau produk dikaji dari segi teorinya. Kajian seperti ini merupakan satu aspek yang penting yang mesti dilakukan dalam penghasilan projek. Dengan adanya kajian seperti ini, segala maklumat yang diperlukan akan diperolehi dengan mudah dan ia juga dapat dilakukan secara sistematik disamping mengikut jadual sebagaimana yang telah ditetapkan. Selain itu juga ia bertujuan sebagai misi untuk mencapai objektif sebenar dengan kadar penangguhan kos yang paling minimum. Dalam penghasilan projek ini, kami telah melakukan beberapa kajian dengan mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan beserta mengaplikasikan segala ilmu pengetahuan dan kemahiran yang telah kami perolehi selama kami belajar di Politeknik semasa melakukan kajian terhadap projek ini.

Semasa kami menjalankan projek ini kami telah banyak merujuk pelbagai jenis buku tentang ilmu kejuruteraan dan juga internet bagi mendapatkan maklumat. Dengan membuat rujukan terhadap buku tidak mencukupi, oleh itu dengan bantuan pensyarah dan pendapat rakan-rakan kami dapat memperolehi maklumat yang lebih tepat dan mengikut faktafakta yang kami kehendaki. Didalam kajian kami ini antara perkara yang kami perlu membuat kajian termasuklah diantaranya : i. ii. iii. iv. v. Objektif kajian produk Kajian Kepentingan projek Kajian rekabentuk Kajian pengguna Kajian produk dipasarkan

2.2

OBJEKTIF KAJIAN PRODUK Objektif Kajian produk bertujuan untuk melihat

pencapaian produk dan kualiti yang ada pada produk itu. Maklumat tentang standard dan undang-undang yang perlu diketahui ditetapkan. Standard perlu dipenuhi dalam menghasilkan sesuatu produk, terutamanya apabila produk memasuki pasaran antarabangsa hak dan terutamanya keselamatan Eropah, Amerika dan jepun. bentuk Tujuan utama diadakan standard adalah untuk melindungi pengguna. Pereka bertanggungjawab dari segi undang-undang terhadap produk yang dihasilkan, dan tanggungjawab ini dinamakan liability produk pengguna boleh mengambil tindakan undang-undang terhadap pereka cipta. pada peringkat ini penakrifan masalah yang untuk telah memastikan produk mematuhi panduan

Objektif Kajian produk juga adalah untuk memastikan :


a.

Produk direkabentuk dengan baik. mempunyai ciri-ciri keselamatan dan mempunyai alat pelindung keselamatan atau mempunyai

b. Rekabentuk

tanda amaran kepada pengguna.


c.

Kualiti produk. dapat menyenangkan pengguna yang

d. Produk
e.

menggunakannya. Skop penggunaan alat adalah jelas.

f.

Kos produk bersesuaian dengan kualiti dan pengguna berpuashati untuk membeli dengan harga yang ditawarkan.

Bagi memastikan objektif kajian produk ini berjaya penelitian terperinci dalam menghasilkan produk untuk kegunaan orang ramai. Oleh itu bagi menjamin kualiti yang telah ditetapkan, produk ini telah dibuat dengan kadar kualiti yang tinggi dari segi penggunaan bahan dan juga komponenkomponen yang terlibat. Ini bertujuan untuk mengelakkan daripada berlakunya kerosakan dengan kadar yang cepat pada produk dan seterusnya memelihara kualiti produk. Kebanyakan komponen yang terdapat pada produk ini menggunakan international standard (ISO) iaitu dari segi ukuran komponen seperti panjang, lebar, tinggi, luas, kadar penggunaan kuasa dan juga kadar kelajuan pergerakan produk.

2.3

KEPENTINGAN PROJEK Sesuatu projek adalah penting kerana projek adalah penentu segala usaha yang dibuat untuk membangunkan sesuatu alat yang dapat memperbaiki atau menambahbaik peralatan sedia ada kepada yang lebih baik untuk memberi kepuasan kepada pengguna yang menggunakan alat ini. Faktor-faktor yang menentukan pentingnya projek Troli

Sampah Elektronik adalah : a. Direka untuk memudahkan kerja harian,

menjimatkan masa dan tenaga. Troli sampah elektronik direka bagi memudahkan kerja mengangkut sampah disamping menjimatkan masa dan tenaga kerana troli ini boleh menampung jumlah dan beban sampah yang banyak dan troli ini juga boleh mengangkut sampah dan buang ke lori sampah atau tong sampah utama. Ia juga menjimatkan masa kerana apabila mengangkat sesuatu sampah yang banyak sampah dapat dikumpul dalam satu tong yang besar. Dengan adanya tong yang besar dapat memuatkan sampah yang banyak seterusnya dibuang ke tong sampah utama atau lori sampah dengan mudah. Tidak perlu utama yang mengangkat atau ramai lori sampah sampah. dengan Tenaga jumlah manusia sampah sedikit dapat atau berulangkali untuk membuang sampah ke tong sampah dikurangkan kerana tidak memerlukan tenaga kerja untuk mengangkut membersihkan kawasan sampah kerana alat ini hanya perlu menolak troli sampah dan buangkannya sahaja.

b. Penggunaan teknologi yang mesra alam. Troli sampah elektronik tidak menggunakan bahan api untuk menggerakkannya oleh itu tiada asap dibebaskan diudara sekaligus dapat mengelakkan pencemaran udara. Sampah yang dikumpul secara banyak dan buang sekaligus dapat mengurangkan keciciran sampah kecil serta air sampah. c. Menambah produk berteknologi tinggi di pasaran. Dengan adanya produk ini kita dapat menambah produk berteknologi tinggi di pasaran yang mampu bersaing dengan produk-produk lain. Produk ini dihasilkan berdasarkan kepada keperluan masyarakat pada masa kini. Pengguna boleh membuat pilihan yang terbaik daripada beberapa produk yang berteknologi tinggi yang lain yang berada di pasaran. d. Berdaya saing dengan pengeluar dari luar. Apabila produk dihasilkan berkualiti dan baik secara tidak langsung pengeluar lain akan bersaing untuk membaiki produk dan mencuba untuk membuat alat yang lebih baik. Ini dapat memberi faedah kepada pengguna kerana dapat dan memudahkan pengguna yang menggunakannya memberi kepuasan

maksimum kepada pengguna.

2.4

KAJIAN REKABENTUK Projek Troli Sampah Elektronik yang kami reka ini berdasarkan konsep yang dilihat mampu memberi satu perubahan atau kemudahan kepada pengguna dalam melakukan kerja-kerja seharian dan seterusnya member satu impak yang besar dalam pengurusan hidup masyarakat. Pemilihan berikut : konsep rekabentuk ini dilakukan berdasarkan beberapa kretiria-kretiria atau kaedah-kaedah tertentu seperti

i. Penjanaan idea Dalam bahagian ini, analisis fungsi telah digunakan sebagai asas untuk menghasilkan idea kreatif ini. Untuk menjana idea berdasarkan fungsi rekabentuk yang telah dikenal pasti, Kami telah mencari satu kaedah penyelesaian dimana pengguna dapat menjimatkan masa dan tenaga semasa membuang atau mengangkut sampah yang dilihat dari pelbagai jenis produk lain yang berada di pasaran semasa. Oleh itu idea untuk menghasilkan produk Troli Sampah Elektronik ini telah dibuat. Produk ini bersaiz sederhana yang mempunyai kombinasi di antara troli dan tong sampah yang digabungkan. Produk ini juga terdapat komponen lain untuk sambungan yang lebih kuat dan boleh mengangkat tong yang berada diatas troli. ii. Sumber idea kreatif

Untuk memastikan idea yang dihasilkan itu inovatif dan dapat memenuhi objektif yang dikehendaki, kaedah yang sistematik dan bernas telah digunakan. Walaubagaimanapun terdapat beberapa kaedah yang digunakan untuk mengenal pasti idea yang telah dipilih. Antara kaedah yang digunakan adalah seperti berikut : Kajian Analogi Analogi bermaksud keserupaan dan kesamaan. Idea

penghasilan produk ini telah dibuat dengan melihat produk yang terdahulu mempunyai kesamaan dan keupayaan yang terhasil adalah sama atau sebaliknya. Oleh itu dengan melihat keadaan ini produk ini telah melalui satu revolusi yang menjadikan lebih kompetetif dalam menjalankan fungsinya. Beberapa ujikaji telah dilakukan Bagi memastikan supaya produk ini menepati spesifikasi-spesifikasi yang telah ditetapkan seperti 1. Bentuk keergonomik produk Troli sampah elektronik ini tidak terlalu tinggi Roda Troli yang besar dan ringan yang diperbuat

hingga menyukarkan untuk menggunakannya. daripada aloi memudahkan pergerakan troli (tidak memerlukan tenaga yang banyak untuk menolaknya). 2. Prestasi Ke semua sistem yang beroperasi dalam keadaan

yang mudah dikendali dan tidak mengambil masa yang lama untuk menjalankan kerja.

3.

Saiz Troli sampah elektronik dihasilkan mempunyai

saiz yang tidak begitu berat.

a.

Sumbang saran saran telah dilakukan secara berkumpulan.

Sumbang

Sumbang saran dilakukan berpandukan carta morfologi untuk mendapatkan idea bagi menyelesaikan masalah yang telah dinyatakan seperti sebelum ini. Sumbang saran merupakan satu kaedah yang amat sesuai untuk mendapatkan idea yang kreatif dan inivatif bagi menyelesaikan masalah gabungan idea daripada pelbagai pihak.

iii.

Penggabungan konsep Kesemua idea yang terhasil melalui kaedah Carta Morfologi adalah dalam bentuk penyelesaian kecil atau subideaa dan perlu digabungkan untuk menghasilkan satu rekabentuk dihasilkan konsep. dengan Sebuah lakaran rekabentuk terlebih konsep ini dahulu. telah dengan Untuk menggabungkan subidea

menggunakan

kaedah

melakarkan produk ini beberapa ciri penting telah diambil perhatian antaranya produk yang direka adalah menarik dan ringkas disamping mengelakkan fungsi utamanya.

iv. Penilaian Terdapat pelbagai kaedah yang digunakan dalam

menilai sesuatu produk yang hendak direka antaranya ialah penilaian dibuat secara perbandingan dengan konsep rujukan yang seterusnya membolehkan pemberian mata nilai kepada setiap konsep dengan lebih tepat dan jelas. Keputusan yang diperolehi bukan hanya dalam bentuk jumlah mata nilai akhir, tetapi dalam bentuk kebaikan dan kelemahan sesuatu konsep dengan jelas untuk membolehkan pembaikan seterusnya dilakukan dengan menggabungkan kebaikan-kebaikan beberapa konsep untuk menghasilkan konsep yang lebih baik. Kriteria penilaian telah ditentukan berasaskan spesifikasi rekabentuk yang merupakan ciri-ciri awal yang telah ditentukan semasa mentakrif masalah. Secara umumnya criteria penilaian merupakan satu set syarat yang ditentukan berdasarkan citarasa pengguna. Untup produk Troli Sampah Elektronik ini, Kriteria yang telah dipilih berdasarkan seperti berikut :

a.

Kos pembuatan - Kos pembuatan untuk produk ini adalah tidak terlalu mahal kerana menggunakan asas seperti plat besi dan skru yang tidak mahal dalam pasaran.

b.

Bilangan komponen - Tidak terlalu tertumpu kepada komponen yang rumit Cuma pada bahagian pengangkat sahaja memerlukan sedikit perhatian.

c.

Kerumitan

pemasangan

- Produk ini telah direka dengan

pemasangan yang telah ditetapkan dan tidak memerlukan kaedah pemasangan yang rumit serta mudah digunakan.
d.

Kos penyelenggaraan

Hanya perlu penyelenggaraan pada

bahagian pengangkat sahaja jika rosak. Jangka hayat sangat lama.


e.

Saiz

- Tidak terlalu besar dan Troli Sampah Elektronik ini boleh

digerakkan ke mana-mana sahaja berdasarkan rekabentuk yang fleksibel.


f.

Memenuhi spesifikasi adalah tinggi.

- Dijamin penggunaannya menepati

spesifikasi yang dikehendaki dan keboleharapan untuk berfungsi


g.

Keindahan/estetika

- Mempunyai rekaan yang menarik dan

ringkas sesuai mengikut keadaannya.


h.

Keselamatan - Direka dengan menumpukan ciri-ciri keselamatan yang tinggi. Mempunyai beberapa tanda amaran yang boleh diambil panduan bagi mengelakkan berlakunya kemalangan.

Pemilihan kriteria penilaian telah dilakukan secara berhati-hati dan menepati spesifikasi yang dikehendaki. Sebagai contoh, kos sebenar alat dan bahan serta bilangan komponen yang digunakan telah diketahui secara terperinci sebelum sebarang penilaian boleh dibuat. Selain itu, memilih dan menggunakan kriteria penilaian yang sukar dinilai ketika proses penilaian adalah amat dielakkan. Ini bagi menjamin tahap kualiti

produk

yang

dihasilkan

berada

pada

paras

yang

tertinggi.

2.5 KAJIAN PENGGUNA i. Citarasa Citarasa pengguna berlainan dan ramai berpendapat produk ini senang digunakan dan tidak terlalu mahal bersesuaian dengan kualiti produk. ii. Trend Pasaran Produk ini Berjaya menambat hati pengguna kerana

menggunakan trend pasaran semasa yang lebih mementingkan rekabentuk yang menarik, berkualiti, mudah, mesra alam dan lain-lain. iii. Spesifikasi Produk Dijamin penggunaannya menepati spesifikasi yang dikehendaki dan keboleharapan untuk berfungsi adalah tinggi menjadikan pengguna tidak ragu-ragu untuk memilih produk ini.

2.6 KAJIAN PRODUK DI PASARAN Setelah mengkaji produk di pasaran antara kebaikan produk kami berbanding dengan produk di pasaran ialah : i. Selamat digunakan kerana tiada unsur-unsur yang boleh mengakibatkan kemalangan. ii. Harga yang berpatutan dengan kualiti yang dihasilkan.

iii. Terdapat pelbagai fungsi di dalam satu produk. iv. Tidak perlu penyelenggaraan yang mahal. v. Penggunaan yang mudah dan cepat.

BAB 3 : METHODOLOGY 3.1 PENGENALAN Di dalam bab ini, penerangan dan cara pemasangan troli sampah tentang elektronik dibincangkan. Maklumat dan kajian troli sampah elektronik dikumpulankan, diikuti

dengan barang yang digunakan ,proses rekabentuk, rangka rekabentuk dan analisa projek dilakukan.

Maklumat dan speksifikasi

BAHAN 1) 2) 3) 4)
5)

DIAMETER Hydraulic jack Roller tyre with lock Metal plate Bearing Dustbin

HYDRAULIK JACK

Keterangan gambar

1. Reservoires 2. Pompa 3. Valve 4. Pipa penghubung 5. Actuator (silinder)

1.Reservoirs Merupakan sebuah tangki penyediaan/penampingan 2.Pompa Menekan oli keluar dengan tenaga mechanical yang akan merubah menjadi pressure energi dan kinetic energy atau juga berfungsi untuk memindahkan oli dari tangki Hydraulic ke system (valve) dan bersama-sama dengan komponen yang lain menimbulkan/membangkitkan tekanan Hydraulic 3.Valve(katup) Konstruksi valve dengan bermacam-macam bentuk yang berfungsi sebagai: a.pengatur batas tekanan zat cair (oli) (limit/relief pressure) b.pengatur arah alirn zar cair (flow direction) c. pengatur jumlah aliran zat cair (flow rate) Hydraulic yang berfungsi untuk oliyangakandiperguankan

4.Pipapenghubung(connectingline) Pipa-pipa ini adalah sebagai sarana penghubung antara komponen satu dengan yang lain didalam system 5.Actuator Adalah suatu alat yang mengubah Hydraulic energy menjadi mechanical energy.

Kelima komponen diatas merupakan syarat mutlak yang harus ada agar suatu system Hydraulicdapatbekerjasecarasempurna. Prinsip kerja suatu system Hydraulic adalah penggabungan dari kelima komponen tersebut diatas apabila kita gambarkan dalam bentuk diagram/symbol adalah sebagai berikut:

Keterangangambar: 1.Reservoires 2.Pompa 3.Limitpressure/Reliefpressure 4.Flowdirection 5.Rate 6.Conectingline 7. Actuator

ROLLER TYRE WITH LOCK

BEARING

Terdapat sekurang-kurangnya enam prinsip umum operasi: bearing yang nyata, yang juga dikenali dengan gaya tertentu:sesendal, galas jurnal, galas sarung, galas senapang rolling-unsur galas seperti galas bebola dan galas roller a) galas permata, di mana beban yang dibawa oleh rolling gandarsedikit off-pusat b) galas bendalir, di mana beban yang dibawa oleh gas atau cecair c) galas magnet, di mana beban yang dibawa oleh medan magnet d) ngalas lenturan, di mana usul itu disokong oleh unsur beban yang liku

JADUAL

Anda mungkin juga menyukai