Anda di halaman 1dari 2

PENGENALAN

Projek yang ingin dilaksanakan oleh kami untuk Projek Tahun Akhir 2021 ini adalah dust sensor.
Dust sensor adalah sebuah alat untuk mengenal pasti habuk yang berada pada penapis supaya dapat
melakukan penyelenggaran segera. Hal ini dapat dimudahkan dengan ‘aircond dust sensor’
dimana alat ini dapat memberitahu masa yang sesuai bagi pengguna untuk menyelenggara
penyaman udara. Aircond Dust Sensor ini diperbuat daripada Sensor habuk, powerbank dan buzzer.
Buzzer akan berbunyi dalam jangka masa lima saat apabila sensor habuk mengesan habuk untuk
memberitahu kepada pengguna untuk menyelenggara penyaman udara. Pengguna juga akan
menerima mesej di aplikasi telegram yang memberitahu pengguna untuk membersihkan penapis
penyaman udara sekirannya produk disambungkan ke rangkaian wifi. Satu kelebihan menggunakan
dust sensor adalah memudahkan kerja supaya tidak perlu periksa penapis penyaman udara setiap
kali berasa hangat Ketika menggunakan penyaman udara.

Sistem ini sememang sudah ada di pasaran tetapi kurang berada pada sistem penyaman udara
ini. Sistem yang sedia ada ini adalah untuk memperluaskan lagi tentang dust sensor supaya dapat
banyak dipergunakan di dalam industri ini. Untuk projek yang kami ingin laksanakan ini adalah untuk
kilang dan syarikat yang mengeluarkan sistem penyamanan udara. Projek ini terdiri daripada
gabungan hardware dan software. Projek ini terdiri daripada beberapa gabungan. Antara
gabungannya adalah perisian pengawal mikro DSM501A PM2.5 , pengimbas supaya dapat mengesan
habuk yang berada pada filter.

PENYATAAN MASALAH

Penyataan masalah adalah kesukaran untuk mengetahui waktu yang sesuai untuk menyelenggara
penyaman udara. Objektif kajian ini adalah memudahkan pengguna mengetahui masa yang sesuai
untuk membersihkan penyaman udara. Soal selidik dilakukan untuk menguji bahawa sistem dapat
berjalan dengar lancar.

Hasil kajian mendapati bahawa sukar untuk mengetahui bahawa penapis udara penyaman udara
telah kotor dan. Juga buzzer yang berada pada unit tidak dapat berfungsi dengan baik. Malah sensor
ini juga mempunyai masalah pada detection untuk mengesan habuk yang berada pada unit. Hasil
dari pemerhatian kami,produk ini terlalu besar untuk diletakkan didalam pengahawa dingin.Produk
ini juga sensitive terhadap asap.. Projek ini dapat ditambah baik dengan mengecilkan saiz produk
untuk memudahkan pengguna untuk memasang aircond dust sensor pada penapis penyaman udara.
OBJEKTIF PROJEK

1. Untuk memudahkan lagi proses penyelenggaran supaya tidak perlu periksa penapis secara kerap

2. Dapat mengurangkan kerosakan pada unit penyamanan udara

3. Untuk mengurangkan kos pembaikan yang berlaku pada unit penyamanan udara

TUJUAN PROJEK

Tujuan projek ini dilaksanakan adalah untuk memudahkan unit bekerja dengan stabil dan
memberikan keselesaan pada pengguna. Selain itu, projek ini dilaksanakan adalah untuk
mengelakkan masalah seperti perlu sentiasa periksa penapis unit untuk dibersihkan. Seterusnya,
projek ini akan memudahkan pengguna supaya mereka lebih berwaspada untuk membersihkan unit
penyamanan mereka agar penyamanan udara dapat berfungsi dengan baik juga dapat
memperlambatkan proses kerosakan pada sesebuah unit penyamanan. Justru, dapat
memperluaskan dust sensor didalam industry penyaman udara.

SKOP PROJEK

Projek ini tertumpu kepada semua pengguna juga kepada syarikat pengeluaran unit penyamanan
udara. Tujuan projek ini adalah untuk memudahkan pengguna untuk membersihkan penapis udara
setiap kali penapis udara dipenuhi dengan habuk juga dapat membuatkan unit berjalan dengan
stabil agar tiada berlaku kerosakan . Justru, kemampuan dust sensor ini cukup hebat dan terdiri
daripada banyak jenis, seperti sensor ultrasonik, sensor kelembapan, dan sensor debu. Seterusnya
tujuan projek ini adalah untuk mengetahui prestasi sensor kelembapan dan sensor habuk dalam
mengesan kotoran dan kemudian sensor menghantar isyarat ke microcontroller iaitu Arduino Mega
2560. Bajet projek ni tidak terlalu mahal kerana saiz yang bergitu kecil juga peralatan yang
diperlukan tidak begitu mahal. Dengan ini projek ini dapat banyak manfaat jika dilakukan dan
memberikan kemudahan kepada semua pengguna unit penyamanan udara.

Anda mungkin juga menyukai