Anda di halaman 1dari 21

ISI KANDUNGAN

SENARAI KANDUNGAN MUKA SURAT


1.0 Latar Belakang 2-3
 Masalah
 Proses Penjanaan dan Pencetusan
Idea
2.0 Matlamat dan Objektif 4
3.0 Fungsi dan Kegunaan Produk 5
 Fungsi, kebaikan dan keburukan
 Hasil ciptaan dalam mengatasi
masalah
4.0 Perancangan Projek 6-8

Jadual kerja

Pembahagian kerja
5.0 Perekaan Projek 9 - 10

Lakaran idea

Lukisan kerja produk
6.0 Pemilihan Reka Bentuk 11 - 12

Justifikasi reka bentuk
7.0 Pembinaan Model Berfungsi 13 - 18

Bahan dan peralatan

Kaedah dan teknik

Justifikasi kemasan

Langkah kerja
8.0 Pengujian dan Pengubahsuaian model 19
berfungsi
9.0 Pemasaran 20 - 21
 Kos
 Harga jualan
 Strategi pemasaran
10.0 Rujukan dan Lampiran 22

1.0 LATAR BELAKANG

Latar Belakang Masalah

Masalah yang dapat dikenalpasti adalah kesukaran untuk mendengar hujan terutama sekali
apabila berada di dalam rumah atau bangunan. Ini menyebabkan berlakunya masalah lain
seperti baju yang disidai diluar rumah basah dek terkena hujan manakala untuk industri yang
membuat makanan kering seperti ikan kering, sotong kering dan udang kering boleh

1
mengalami kerugian yang tinggi apabila makanan yang dikeringkan dibawah matahari
terkena hujan dan basah.

Proses Penjanaan dan Pencetusan Idea Yang Terlibat

Bagi mengatasi masalah ini, penciptaan Rain Detector dilakukan. Idea ini terjana kerana ahli
kumpulan kami pernah mengalami masalah seperti di atas. Melalui cetusan idea ini mampu
untuk memberi jalan penyelesaian kepada masalah kesukaran untuk mendengar hujan
terutama sekali apabila berada di dalam rumah atau dalam bangunan. Penciptaan Rain
Detector ini boleh digunakan dalam industri pemprosesan bahan makanan kering dan boleh
digunakan di rumah. Hal ini kerana, rain detector ini mengeluarkan bunyi yang kuat semasa
hujan dan ini bertindak sebagai amaran atau alarm agar langkah kerja seterusnya dapat
dilaksanakan iaitu bagi industri makanan kering, pekerja boleh memasukkan semua bahan
makanan yang dijemur agar tidak basah manakala dirumah pula dapat mengelakkan pakaian
atau kasut yang disidai daripada basah akibat terkena hujan. Cetusan idea ini membantu
dalam mengatasi masalah kesukaran untuk mendengar bunyi hujan ketika berada di dalam
rumah atau dalam bangunan kerana alarm untuk rain detector ini akan dipasang di dalam
bangunan atau dalam rumah bagi memudahkan alarm tersebut didengar dengan jelas.

PROSES KETERANGAN
Pemerhatian Pengalaman yang dihadapi oleh setiap orang
iaitu kegagalan untuk mendengar bunyi
hujan ketika berada di dalam rumah atau
dalam bangunan. Ini menyebabkan
berlakunya masalah lain seperti baju atau
kasut yang disidai basah kerana kelewatan
individu tersebut.
Analisis Menganalisis masalah yang dihadapi
mengenai kesukaran untuk mendengar
bunyi hujan ketika berada di dalam rumah
atau bangunan.
Penjanaan idea Menjana idea hasil daripada pengalaman
yang pernah dihadapi, analisis dan
maklumat yang diperolehi.
Sintesis idea Membuat kesimpulan, menentukan
maklumat yang diperolehi mencukupi dan

2
memastikan sama ada maklumat tambahan
diperlukan.
Penambahbaikan Membuat penambahbaikan daripada produk
yang sedia ada.

2.0 MATLAMAT DAN OBJEKTIF

MATLAMAT

Matlamat penciptaan alat Rain Detector ini adalah bagi memudahkan untuk mendengar dan
mengetahui ketika hari hujan. Malah, penciptaannya juga membantu dalam mempercepatkan
langkah kerja terutama sekali dibahagian industri produk makanan kering kerana alat ini akan
mengeluarkan bunyi alarm yang kuat dan boleh didengar oleh semua individu dalam
bangunan. Alat ini juga boleh diletakkan di rumah kerana alat ini juga sesuai digunakan dan
fungsinya sama seperti di industri pemprosesan produk makanan kering.

3
OBJEKTIF

Objektif untuk projek yang telah kami hasilkan adalah untuk menyediakan satu alat atau
alarm yang boleh digunakan untuk membantu mengesan hujan.

i. Untuk memastikan bunyi hujan dapat diketahui walaupun berada di dalam rumah atau
bangunan melalui penggunaan rain detector.
ii. Untuk memudahkan tindakan selanjutnya dilaksanakan dengan segera selepas alarm
pada rain detector berbunyi.

3.0 FUNGSI DAN KEGUNAAN PRODUK

Terdapat beberapa fungsi utama Alat Pengesan Hujan ini seperti berikut:

i. Alat pengesan hujan adalah salah satu litar ringkas untuk mengesan kehadiran hujan

dengan memberikan isyarat bunyi dan mengeluarkan cahaya apabila hujan terkena

pada papan sensor.

ii. Tahap kelantangan bunyi bergantung kepada air hujan.

4
iii. Dalam sistem automobil pula, ai dapat mengesan kehadiran hujan dan seterusnya

menghidupkan pengelap cermin secara automatik.

Berpandukan produk yang dipilih, alat pengesan hujan ini digunakan di rumah bagi

memberikan amaran melalui bunyi dan cahaya yang dikeluarkan apabila hujan turun. Di

samping itu juga, alat ini sangat memainkan peranan penting dalam industri hiliran berasakan

makanan laut. Misalnya, masyarakat di Pantai Timur terutamanya di Terengganu dan

Kelantan menggunakan sepenuhnya cahaya matahari semasa proses mengeringkan ikan

kering atau ikan bilis. Jadi, alat ini akan memberikan ‘amaran’ melalui bunyi dan cahaya

yang dikeluarkan tersebut apabila hujan turun.

5
4.0 PERANCANGAN KERJA

JADUAL KERJA

AKTIVITI/MINGGU 1 2 3 4 5 6 7
Pemilihan tajuk projek/
perbincangan.
Mengumpul maklumat dan
data.
Menjana idea, melakar dan
memilih projek.
Menyediakan komponen.
Menguji komponen.
Membina prototaip.
Menguji prototaip.
Perancangan dan pembinaan
objek.
Pemasangan, pengujian dan
pengubahsuaian.
Kemasan.
Penambahbaikan.
Penghantaran laporan projek.
Pembentangan projek.

PEMBAHAGIAN KERJA

NAMA TUGAS
Junita Untong Marthinus Sebelum
Nurnaseha binti Mohd Zan  Membuat perbincangan mengenai projek yang

6
Norsuzieana binti Kamarudin inigin dilakukan.
 Memilih projek yang akan dihasilkan.
 Menghantar video projek di dalam tapak myguru
untuk semakan oleh pesyarah.
 Menyediakan lakaran litar projek dan saiz produk
yang akan dibuat.
 Menyediakan dan mencari bahan-bahan untuk
projek yang akan dilaksanakan.
Junita Untong Marthinus Semasa
Nurnaseha binti Mohd Zan  Membuat ukuran yang tepat pada kayu yang akan
Norsuzieana binti Kamarudin dipotong.
 Memotong kayu dengan menggunakan mesin
Jigsaw di bengkel kayu.
 Membuat litar untuk projek Rain Detector pada
breadboard. Solder kesemua komponen yang
diletakan pada breadboard.
 Memeriksa dan memastikan setiap komponen
yang pada breadboard telah disolder dengan betul
dan tidak ada sebarang komponen yang
tertinggal.
 Menguji projek Rain Detector selepas selesai
dibuat.
 Membuat rumah dan hiasan pada atas papan kayu
agar kelihatan lebih menarik. Semua bahan
rumah dan hiasan tersebut dilekatkan dengan
menggunakan hot glue gum.
 Meletakkan projek Rain Detector di dalam rumah
yang telah dibuat.
 Menguji semula projek Rain Detector bagi
memastikan projek tersebut berjalan lancar.

Junita Untong Marthinus Selepas


Nurnaseha binti Mohd Zan  Membuat kemasan dan tambahan hiasan yang
Norsuzieana binti Kamarudin berkenaan pada projek.

7
8
9
6.0 REKA BENTUK

Membuat justifikasi tentang reka bentuk yang dipilih

Setelah menjalankan tinjauan terhadap produk sedia ada, terdapat beberapa ciri yang

diambil kira dalam proses penghasilan produk ini. Antaranya adalah seperti berikut:

i. Kegunaan- Alat pengesan hujan adalah salah satu litar ringkas untuk mengesan

kehadiran hujan dengan memberikan isyarat bunyi dan mengeluarkan cahaya

apabila hujan terkena pada papan sensor. Malahan ia juga boleh digunakan dalam

industri automobil dimana ai dapat mengesan kehadiran hujan dan seterusnya

menghidupkan pengelap cermin secara automatik.

ii. Pasaran- Alat pengesan hujan ini dijangkakan dapat diterima dengan baik oleh

masyarakat luar atau pengguna terutamanya bagi mereka yang melibatkan diri

dalam industri hiliran berasakan makanan laut. Misalnya, masyarakat di Pantai

Timur terutamanya di Terengganu dan Kelantan menggunakan sepenuhnya cahaya

matahari semasa proses mengeringkan ikan kering atau ikan bilis. Jadi, alat ini akan

memberikan ‘amaran’ melalui bunyi dan cahaya yang dikeluarkan tersebut apabila

hujan turun. Malahan bagi mereka yang menjalankan perkhidmatan dobi juga amat

bersesuaian menggunakan alat ini jika masih menggunakan kaedah pengeringan

secara manual.

iii. Nilai- Kos penghasilan produk ini adalah rendah dan mudah untuk dikendalikan.

Hal ini demikian kerana, bahan-bahan serta peralatan yang digunakan tidak terlalu

mahal dan mampu milik bagi semua golongan masyarakat samada yang

berpendapatan tinggi ataupun sebaliknya.

10
iv. Persaingan-Produk ini dijangka mampu bersaing di pasaran semasa kerana Alat

Pengesan Hujan ini mempunyai pelbagai fungsi dan kegunaan bukan sahaja dalam

kehidupan seharian malah amat bermanfaat dalam industri tertentu.

v. Permintaan- Alat Pengesan Hujan ini dijangkakan mendapat permintaan yang

tinggi. Hal ini demikian kerana, fungsinya yang dapat memudahkan urusan dan

mudah untuk dikendalikan. Selain itu, harga pasaran yang tidak terlalu tinggi juga

akan mempengaruhi permintaan terhadap produk ini.

11
7.0 PEMBINAAN MODEL BERFUNGSI ATAU PROTOTAIP

i. Justifikasi Bahan Dan Peralatan Yang Digunakan

12
Peralatan Fungsi

Cutter

- Berfungsi sebagai pemotong kepada kabel

dan penebat pada kabel.


Alat Pemateri Elektrik

- Mencairkan bahan pateri ketika kerja

pematerian

- Elemen pemanas untuk memanaskan bit.

- Menyambungkan dua litar dengan

mencairkan timah.

Penyedut Bahan Pateri

- Menyedut bahan pateri ketika kerja-kerja

pembaikian/ pembetulan litar dilakukan.

Pemegang Alat Pemateri

- Untuk memegang A.P.E yang panas

- Hendaklah sentiasa diletakkan di dalam

pemegan A.P.E jika tidak digunakan.

Pemegang Bod Litar

- Untuk memegang bod litar yang

mengandungi komponen untuk dipateri.

- Terdapat sepasang klip buaya untuk

mengapit bod litar.


Timah
- Digunakan untuk memateri komponen
elektronik kerana ianya lembut dan mudah
dicairkan.
- Mengandungi timah & plumbum yang
berbeza.
Kertas las
- Membersih dan melicinkan permukaan
13 plywood.
- Membersih permukaan bod litar dan kaki
komponen.
BAHAN FUNGSI

Suis Togel - Digunakan untuk menghidupkan dan


mematikan alat pengesan hujan.
- Pemilihan suis togel kerana arus akan
mengalir apabila punat suis ditekan atau
ditolak. Apabila punat ditekan atau ditolak
kea rah berlawanan arus akan berhenti
mengalir.

14
Papan Plywood - Digunakan sebagai tapak bagi model
rumah.
- Pemilihan papan ini kerana ianya lebih
kukuh untuk dijadikan sebagai base atau
tapak bagi prototaip yang dihasilkan.
- Papan plywood juga tidak mudah rosak
berbanding dengan menggunakan kotak
ataupun mounting board.
- Digunakan untuk mencantumkan kepingan
Pistol glu dan glu stick batang ais krim untuk menghasilkan
sebuah model rumah yang kukuh dan
kemas.
- Pemilihan bahan untuk mencantum ini
adalah kerana ianya lebih sesuai bagi
mencantumkan kepingan kayu nipis
berbanding penggunaan gam biasa.
Penggunaan gam biasa menyebabkan
cantuman tersebut tidak kukuh.
Cable multicure
- Digunakan untuk menghubungkan arus
yang mengalir.
- Penggunaan cable multicore ini kerana
ianya lebih fleksibal dan selamat apabila
melibatkan penggunaan arus elektrik.
- Cable multicure juga sesuai kerana
saiznya yang kecil memudahkan bagi
proses penyambungan litar.
Buzer - Menukarkan gelombang elektrik kepada

15
gelombang bunyi apabila circuit board
terkena air.
- Mengeluarkan nada yang nyaring.
- Memerlukan voltan 1.5v – 12v.
Transistor BC 547 -

- Mempunyai 3 kaki

L.E.D - Merupakan sejenis diod yang boleh


memancarkan cahaya jika dibekalkan
voltan.
- Membenarkan arus mengalir dalam 1 arah
sahaja
- Mengeluarkan cahaya apabila circuit
board terkena air.
Strip board - Menerima bekalan dari janakuasa.
- Mengagihkan bekalan kepada sub-sub
kecil
- Sebagai penghubung kaki- kaki komponen
untuk dipateri.
- Sebagai pengganti kabel dalam
penyambungan komponen.

Bateri 9V
- Digunakan untuk membekalkan sumber
elektrik kepada litar.
- Penggunaan bateri 9V adalah sangat
bersesuaian dengan tahap keperluan bagi
alat pengesan hujan yang dihasilkan.

16
17
8.0 PENGUJIAN DAN PENGUBAHSUAIAN MODEL BERFUNGSI ATAU
PROTOTAIP

 Pengujian produk adalah untuk mendapatkan hasil yang lebih berkualititi. Berikut
merupakan pengujian yang telah dilakukan :

 Lampu yang dipasang pada produk berfungsi dengan baik setelah melakukan
pengujian dengan meletakkan air pada breadboard.

 Alarm pada produk berfungsi dengan baik setelah air dikesan pada
breadboard.

 Penggunaan papan nipis sebagai tapak produk mengukuhkan lagi ketahanan


produk.

18
9.0 PEMASARAN

1. Kos bahan dikira untuk mendapatkan jumlah pengeluaran produk dan menentukan
harga produk untuk dipasarkan.

2. Pengiraan kos melibatkan pengiraan :

a. Kos bahan mentah

BAHAN MENTAH RM

Circuit board 1.00

Buzzer and indicator 1.90

Transistor BC 547 0.30

Bateri 1.00

Papan 5.00

Timah 0.40

Wire 0.50

Hot glue gam 22.80

Gam 3.00

Batang aiskrim 5.00

Bunga 2.50

Total 43.40

KOS UPAH = Masa X Bilangan Pekerja X Kadar Upah Sejam


= 5 jam X 3 orang X RM 2.00
= RM 30
KOS UTILITI = Gas + Elektrik + Air
= RM 0 + RM 1.00 + RM 0
= RM 1.00

KOS PENGELUARAN = Kos Bahan + Kos Upah + Kos Utiliti


= RM 43.40+ RM 30+ RM1.00
= RM83.40
KOS SEUNIT = Jumlah Kos Pengeluaran / Bilangan Unit
= RM 83.40/10 unit
= RM 8.34

HARGA JUALAN = Kos Seunit + Peratus Keuntungan Yang Telah Ditentukan


19
= RM8.34 + 50%
=RM 8.85

STRATEGI PEMASARAN
Kumpulan sasaran kami adalah golongan industri penghasilan produk makanan kering
oleh mana-mana syarikat dan semua peringkat masyarat. Projek ini kami hasilkan adalah
memudahkan golongan ini mengesan hujan agar produk makanan kering tidak rosak
malahan aktiviti-aktiviti harian dapat dilakukan dengan baik. Alat ini dikenali sebagai
sistem pengesan hujan automatik dan pengawal cekap menggunakan penderia dan sistem
pengawal. Kebaikan alat ini ialah dapat membantu pengguna mengesan air hujan. Alat
ini akan berfungsi secara automatik apabila berlakunya hujan. Penderia digunakan untuk
mengesan air atau sebarang kelembapan yang terkena ke atasnya. Produk ini berfungsi
serentak apabila sensor mengesan kehadiran hujan, dimana boleh menghasilkan siren
dan menyalakan LED. Projek ini menggunakan kuasa bateri 9 volt.
Selain itu, kami yakin produk ini dapat menarik minat kumpulan sasaran kami
kerana produk ini belum dipasarkan dan tidak terdapat dalam pasaran. Harga pasaran
yang kami tawarkan juga berpatutan mengikut harga semasa dan kualiti produk yang
kami hasilkan. Jadi untuk memastikan produk ini boleh dipasarkan, beberapa strategi
boleh digunakan antaranya ialah:

I. Promosi jualan- membuat promosi jualan memandangkan masih ramai yang tidak
mengetahui tentang keberadaan produk seperti ini di pasaran.

II. Pengiklanan- mempelbagaikan kaedah promosi seperti menggunkan laman web


sosial, iklan, surat khabar, iklan, radio flyers dan lain-lain lagi.

III. Strategi yang paling efektif adalah kaedah komunikasi antara penjual dan pembeli.
Kaedah ini akan menarik pembeli untuk membeli produk ini.

20
10.0 RUJUKAN DAN LAMPIRAN

1. https://www.youtube.com/watch?v=g9OwoirFAaY
2. https://www.youtube.com/watch?v=Uwq6d6sHZJ8
3. https://www.youtube.com/watch?v=WvIS58ISivU
4. https://www.youtube.com/watch?v=R91ZqBffkQI
5. https://www.electronicshub.org/rain-alarm-project/
6. https://tutorial45.com/arduino-projects-rainfall-detector/
7. https://www.slideshare.net/ayuase76/rekacipta-33201708

Gambar Semasa Menghasilkan Projek

21

Anda mungkin juga menyukai