Anda di halaman 1dari 23

BAHAGIAN PENDIDIKAN DAN LATIHAN TEKNIKAL VOKASIONAL

KEMENTERIAN PEDIDIKAN MALAYSIA


ARAS 5 DAN 6, BLOK E 14, PARCEL E,
PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN
62604 PUTRAJAYA

KERTAS PENERANGAN
(INFORMATION SHEET)
ETN 4024: PENYENGGARAAN PEMBAIKAN PERALATAN
KOD DAN NAMA ELEKTRONIK
PROGRAM /
EE-021-3:2012
PROGRAM’S CODE & NAME ELECTRONIC EQUIPMENT TROUBLESHOOTING, REPAIR &
MAINTENANCE
TAHAP / LEVEL L3

NO. DAN TAJUK UNIT


ETN 4023 / CU4
KOMPETENSI /

COMPETENCY UNIT NO. PENYENGGARAAN PEMBAIKAN PERALATAN ELEKTRONIK

AND TITLE

1. IDENTIFY THE ELECTRONIC TOOLS, EQUIPMENTS AND


MATERIALS
NO. DAN PENYATAAN 2. CHECK SERVICE MANUAL AND CONTENTS
AKTIVITI KERJA / WORK 3. PERFORM TROUBLESHOOTING
ACTIVITIES NO. AND 4. REPORT ELECTRONIC EQUIPMENT CORRECTIVE
STATEMENT MAINTENANCE ACTIVITIES
5. PREPARE ELECTRONIC EQUIPMENT CORRECTIVE
MAINTENANCE REPORT

Muka Surat / Page: 1


NO. KOD / CODE NO. EE-021-2:2012-CU4/P(1/5)
Drpd / of : 23

TUJUAN : Kertas penerangan ini bertujuan untuk memastikan pelajar boleh


NO. KOD EE-021-2:2012-CU4/P(1/5) Muka : 2 drp : 23

mempelajari kaedah mengesan kerosakan pada sistem.

DEFINISI

Penyelenggaraan adalah segala bentuk aktiviti yang dilakukan bertujuan untuk


memastikan sesebuah peralatan, mesin dan bangunan itu sentiasa berada dalam
keadaan yang membolehkan ia digunakan dengan baik dan berkesan. Aktiviti
penjagaan seperti melaras, membersih, mengecat dan sebagainya.

1.0 MENGENALPASTI PERALATAN ELEKTRONIK

PENYELENGGARAAN PEMBETULAN (CORRECTIVE)

Berikut adalah tentang penyelengaraan pembetulan :

i. Dilakukan selepas sesuatu peralatan itu rosak.


ii. Kos penyelenggaraan jangka masa pendek dan rendah tetapi untuk
jangka masa panjang mungkin menjadi terlalu tinggi.
iii. Amat jarang dilakukan dalam industri yang mementingkan pengeluaran
yang tinggi.

1.1 KEPERLUAN OCCUPATIONAL SAFETY & HEALTH ACT 514 (OSHA) 1994

Suatu Akta bagi membuat peruntukan lanjut untuk memastikan keselamatan,


kesihatan dan kebajikan orang di tempat kerja, bagi melindungi orang lain terhadap
risiko kepada keselamatan atau kesihatan berkaitan dengan aktiviti orang-orang di
tempat kerja, untuk menubuhkan Majlis Negara bagi Keselamatan dan Kesihatan
Pekerjaan, dan bagi perkara-perkara yang berkaitan dengannya.

1.1.1 KESELAMATAN DI TEMPAT KERJA

Dalam mana-mana aktiviti penyelenggaraan, keselamatan ialah satu isu utama untuk


majikan dan kakitangan. Semua orang mempunyai satu tanggungjawab untuk
memastikan keselamatan diri mereka dan lain-lain tidak  terjejas oleh aktiviti
kerja mereka di tempat kerja, termasuk  juruteknik apabila menjalankan aktiviti
penyelenggaraan mereka.
NO. KOD EE-021-2:2012-CU4/P(1/5) Muka : 3 drp : 23

 Occupational Safety & Health Act 514 (Osha) 1994 Requirements


Terdapat satu akta yang memberi jaminan terhadap keselamatan, kesihatan
dan kebajikan seseorang di tempat kerja, untuk melindungi daripada risiko
keselamatan dan kesihatan pada mana-mana aktiviti di tempat kerja. Akta
tersebut dipanggil Occupational Safety And Health Act 1994.

Tujuan akta tersebut adalah:

i. Untuk menjamin keselamatan, kesihatan dan kebajikan orang-orang yang


bekerja terhadap risiko kepada keselamatan atau kesihatan yang berbangkit
daripada aktiviti-aktiviti orang-orang di tempat kerja;
ii. Untuk melindungi orang-orang di tempat kerja selain daripada orang-orang
yang bekerja terhadap risiko kepada keselamatan atau kesihatan yang
berbangkit daripada aktiviti-aktiviti orang-orang di tempat kerja;
iii. Untuk menggalakkan suatu persekitaran pekerjaan bagi orang-orang di
tempat kerja-kerja yang disesuaikan untuk mereka keperluan fisiologi dan
keperluan psikologi;
iv. Memberi cara-cara di mana yang berkaitan dengan pekerjaan undang-
undang Keselamatan dan Kesihatan boleh digantikan secara berperingkat
oleh sistem peraturan dan kod-kod industri yang diluluskan dalam amalan
operasi dengan kombinasi peruntukan. Akta ini direka untuk mengekalkan
atau memperbaiki piawaian Keselamatan dan kesihatan.

 Keperluan Akta OSHA

Akta tersebut menyediakan beberapa kehendak yang mesti dipatuhi.Kandungan


akta tersebut memberitahu tindakan yang perlu dilakukan oleh majikan serta
pekerja bagi memastikan keselamatan dan kesihatan terjamin.

Sebagai majikan:
NO. KOD EE-021-2:2012-CU4/P(1/5) Muka : 4 drp : 23

a. Menyediakan dan menyelenggara sistem-sistem kerja termasuk jentera,


peralatan, alat dan kemudahan penyimpanan dan pengangkutan yang
selamat dan tanpa risiko kesihatan.
b. Menyediakan maklumat, arahan, latihan dan penyeliaan untuk memastikan
bahawa semua aktiviti, termasuk operasi jentera dan pengendalian bahan-
bahan toksik, dijalankan dengan selamat dan tanpa risiko kesihatan. –
SECTION 15
c. Menyediakan tempat kerja yang selamat untuk pekerja dan pengunjung,
dengan cara yang mencukupi untuk kemudahan akses dan keluar dan
kebajikan.
d. Untuk majikan dengan pekerja yang lebih daripada lima, menggubal polisi
bertulis mengenai perkara-perkara OSH dan memaklumkan kepada semua
pekerja mengenai dasar. –Section 16
e. Penalti bagi kegagalan untuk mematuhi: RM 100,000 atau dua tahun penjara
atau kedua-duanya.-Seksyen 19

Sebagai pekerja:

Maka hendaklah menjadi kewajipan setiap pekerja di tempat kerja:-

a) Untuk memastikan keselamatan dirinya dan orang lain.


b) Memberi kerjasama penuh kepada majikan dan orang lain dalam mematuhi
syarat-syarat OSHA 1994.
c) Untuk memakai atau menggunakan, pada setiap masa, mana-mana peralatan
perlindungan atau pakaian yang disediakan oleh majikan.-Seksyen 24
d) Untuk tidak sengaja, secara melulu atau kecuaian atau frod mengganggu atau
menyalahgunakan apa-apa barang disediakan atau aktiviti yang dijalankan
atas kepentingan OSH menurut OSHA 1994.-Seksyen 25
e) Penalti bagi kegagalan untuk mematuhi: RM 1,000 atau tiga bulan penjara
atau kedua-duanya.

1.1.2 PERATURAN AM KESELAMATAN


NO. KOD EE-021-2:2012-CU4/P(1/5) Muka : 5 drp : 23

1. Amalan keselamatan akan melindungi diri anda dan rakan .


2. Oleh itu, beberapa peraturan am yang perlu dipatuhi oleh seseorang pekerja.

Antaranya adalah seperti berikut:

 Jangan bekerja jika terlalu letih atau mengambil sebarang ubat-ubatan yang
boleh membuatkan anda mengantuk.
 Jangan bekerja di bawah cahaya yang malap.
 Jangan bekerja di kawasan yang lembab atau memakai kasut yang basah.
 Menggunakan perkakas, peralatan dan alat perlindungan yang dibenarkan.
 Elakkan memakai cincin, rantai dan bahan-bahan yang boleh menyebabkan
pengaliran arus elektrik apabila bekerja dengan litar elektrik.
 Jangan sesekali menganggap litar seperti elektrik dalam keadaan “Off”,
lakukan sekali lagi pemeriksaan dengan menggunakan alatan yang diletakkan.
 Sesetengah situasi memerlukan sistem kawan untuk menjamin bahawa
bekalan tidak dihidupkan ketika juruteknik sedang bekerja.
 Jangan mengubah atau cuba tidak memperdulikan amaran keselamatan
contohnya ‘mudah terbakar’.
 Menyimpan perkakas dan peralatan pengujian dengan baik dan bersih.
 Sesetengah peranti seperti kapasitor boleh menyimpan cas yang boleh
membawa maut. Ianya boleh menyimpan cas dalam jangka masa panjang.
Pastikan cas dibuang terlebih dahulu.
 Jangan menanggalkan wayar bumi dan menggunakan penyesuaian(adapter)
untuk menggantikan peralatan bumi.
 Gunakan hanya pemadam api yang dibenarkan sahaja Jenis CO2 dan
halogen adalah bersesuaian untuk memadam barangan elektrik.
 Ikut arahan bila menggunakan larutan atau bahan kimia. Ianya mungkin
mempunyai toksid dan mudah terbakar dan boleh menyebabkan sesetengah
bahan rosak seperti plastic.
 Peranti seperti kapasitor tidak boleh pecah atau terkopak dan pastikan tangn
anda dibasuh selepas mengendalikannya.
NO. KOD EE-021-2:2012-CU4/P(1/5) Muka : 6 drp : 23

1.2 JENIS PERALATAN ELEKTRONIK

Peralatan yang terlibat akan mengawal konduktor electron (terutamanya dalam gas
atau vakum atau separa-konduktor). Produk seperti sistem, perkakas atau komponen
dimana terdiri daripada bahagian mekanikal, elektrikal dan elektronik atau gabungan
kesemuanya.

Peralatan Produk

Peralatan pejabat & komputer


Computer & Office Equipment

Mikropemproses
Microprocessor

Peralatan Pandang-Dengar
Audio-Visual Equipment

Peralatan Telekomunikasi
Telecommunication Equipment

Pemasangan elektro-perubatan
Electro-Medical Installation

Ujian bahan dan peralatan penyelidikan


Material Testing And Research Equipments
NO. KOD EE-021-2:2012-CU4/P(1/5) Muka : 7 drp : 23

1.3 KEADAAN PERALATAN ELEKTRONIK


 Baik – Bentuk fizikal dalam keadaan baik, tiada kerosakan calar, retak, atau kemek.
Peralatan juga boleh digunakan dan berfungsi dengan baik.

 Rosak - Tidak berfungsi dengan betul atau tidak dibuat dengan betul. Peralatan tidak
dapat digunakan sebaiknya. Ini berkemungkinan berpunca dari kerosakan
yang berasal dari kilang itu sendiri ataupn kerosakan yang berlaku semasa
proses penghantaran di buat

 Putus-putus – terjadi kadang-kadang tetapi tidak terlalu kerap. Ini berpunca dari
penyambungan kabel yang tidak kemas yang akan mengakibatkan keluaran
pada peralatan terputus-putus

1.4 JENIS KEROSAKAN

Kerosakan pada litar elektronik sering terjadi ini adalah disebabkan kecuaian manusia
sendiri, alam semulajadi atau berpunca dari haiwan. Dengan adanya kertas penerangan ini
pelajar-pelajar akan dapat;

a) Mengetahui sebab-sebab kerosakan serta masalah yang sering berlaku pada litar
Elektronik.
b) Cara membaiki dan juga kaedah untuk mencegah dari berlakunya kerosakan tersebut.

 Jenis kerosakan pada perkakas elektronik seperti berikut :

1.4.1 Komponen

1.4.2 Motor
NO. KOD EE-021-2:2012-CU4/P(1/5) Muka : 8 drp : 23

Sebab-sebab berlakunya kerosakan pada litar Elektronik

a. Kelemahan semasa pemasangan.


b. Pergerakan tidak normal.
c. Defect dari kilang.
d. Haba, kelembapan, kekotoran dan pencemaran
e. Binatang atau serangan

a. kelemahan semasa pemasangan.

 Kerosakan ini berpunca daripada pekerja-pekerja kilang yang tidak


berpengalaman Untuk membuat litar tersebut.
 Contohnya pekerja-pekerja asing yang datang bekerja disektor
perkilangan yang tidak
 Mempunyai pengalaman dalam menjalankan kerja membuat litar
elektronik dan ini menyebabkan litar elektronik tidak tahan lama atau
sering berlakunya kerosakan dalam jangkamasa yang singkat.

b. Pengerakan tidak normal.

 Kerosakan ini adalah disebabkan daripada litar yang terjatuh dan


berlakunya goncangan yang kuat.
 Contohnya pekerja-pekerja yang mengangkat sesuatu barang
elektronik untuk dihantar Ke kedai atau syarikat dan barang tersebut
terjatuh semasa kerja-kerja pemungahan. Pekerja-pekerja tidak
akan memeriksa barang tersebut jika berlaku kerosakan ataupun
tidak.

c. Defect dari kilang

 kerosakan ini disebabkan berlakunya Dry selepas 1 minggu solder


tersebut akan lekang, ini adalah kerana timah pemateri yang
digunakan tidak sesuai atau kekurangan timah pemateri semasa
kerja pematerian
NO. KOD EE-021-2:2012-CU4/P(1/5) Muka : 9 drp : 23

d. Haba, Kelembapan dan Kekotoran

i. Haba

 Sebagai contoh, peti sejuk tidak boleh berdekatan atau terlalu


rapat pada dinding, ini adalah kerana haba yang keluar
daripada peti sejuk tersebut akan tersekat dan menyebabkan
peti sejuk tersebut cepat rosak atau tidak tahan lama.

ii. Kelembapan

 sebagai contoh periuk nasi elektrik yang mengeluarkan terlalu


banyak wap air.

iii. Kekotoran

 Contoh television, habuk-habuk yang terdapat didalam


television tersebut boleh menyebabkan berlakunya kerosakan
kerana habuk-habuk ini boleh mempengaruhi kesan udara atau
kepanasan pada television tersebut.

e. Binatang

 Binatang adalah punca utama yang sering berlakunya kerosakan


pada komponen atau litar atau alat elektronik.
 Ini adalah kerana badan binatang mempunyai cecair jika binatang
tersebut terkena arus elektrik cecair tersebut menyebabkan
berlakunya litar pintas pada alat elektronik.
 Masalah yang biasa berlaku pada litar elektronik

i. . Litar pintas (Short Circuit)

- Arus mengalir secara terus dan tiada sekatan voltan akan turun.
- Haba akan meningkat.
- Berlaku letupan apabila menghidupkan alat elektronik.
NO. KOD EE-021-2:2012-CU4/P(1/5) Muka : 10 drp : 23

ii. Litar Buka (Open Circuit)

- Salah satu kaki komponen terbuka atau terputus


- Arus menunjukan ‘0’
- Litar tidak beroperasi
- Berlakunya dry solder.

iii. Bumi (Ground)

- Berlaku pintasan kebumi iaitu salah satu kaki komponen bersentuh ke


ground.
- Berlaku arus luar biasa iaitu arus tidak normal seperti keadaan biasa.
- Operasinya tidak dalam keadaan biasa sebagai contoh mesin basuh
apabila di ‘ON’ tidak bergerak

iv. Kerosakan Mekanikal

- Kerosakan fizikal seperti patah, jem, tidak bergerak, bergegar akibat


daripada perjalanan dan sebagainya

v. Dry Solder

- bermaksud pematerian yang dibuat tidak sempurna atau timah terlalu


sedikit. Biladiukur dengan multimeter tiada voltan atau arus
melaluinya.

1.4.3 Kaedah Mengesan Kerosakan

a. Mengukur Voltan

 Peralatan yang digunakan adalah Multi meter, osiloskop


 Pengukuran voltan mestilah selari dengan litar.
 Jika voltan yang diukur adalah tinggi ini menunjukan berlakunya litar
pintas.
 Jika voltan tiada voltan pada masukan ini menunjukan litar buka.
NO. KOD EE-021-2:2012-CU4/P(1/5) Muka : 11 drp : 23

b. Pengukuran Arus

 Pengukuran arus hendaklah diukur secara sesiri


 Jika arus tinggi ini menunjukan Open Circuit atau litar buka.
 Jika arus atau meter menunjukan arus tinggi ini bermaksud Short
Circuit atau litar pintas.

c. Ujian keterusan

 Perkara utama yang perlu dilakukan semasa menjalankan ujian


keterusan adalah OFF kan bekalan kuasa
 Tujuan ujian ini adalah untuk mengetahui samada penyambungan
berada dalam keadaan baik atau tidak.

d. Pengukuran Rintangan

 Mengukur rintangan pada satu-satu bahagian, keseluruhan bahagian


atau kumpulan litar yang didapati rosak.
 Nilai perintang mesti diukur walaupun mempunyai kod warrna kerana,
mungkin dikhuatiri terdapat kerosakan pada perintang tersebut.
 Litar yang menggunakan IC, langkah-langkah yang perlu dipatuhi
ialah memeriksa bekalan kuasa pada pinpin IC.

e. Kaedah Gantian

 Kaedah ini adalah dengan mengantikan litar yang rosak kepada litar
yang baik.
 Ini bermaksud dengan mengantikan terus semua litar tersebut.

f. Bridging (Penyatuan)

 Ini bermaksud mengantikan komponen yang sudah lama atau


mengambil komponen pada litar lain yang tidak digunakan lagi.
 Selalunya juruteknik hanya mengantikan kapasitor sahaja
NO. KOD EE-021-2:2012-CU4/P(1/5) Muka : 12 drp : 23

g. Kaedah pemasangan

 Kaedah ini bermaksud koper(kuprum) pada litar apabila panas ia


akan bercantum dan apabila sejuk ia akan putus atau mengecut.
(Open Circuit)

h. Kaedah Pembekuan

 Ini bermaksud menggunakan alat penyejuk sebagai contoh gunakan


kipas untuk bahagian yang panas apabila beroperasi.

i. Solder Semula

 Ini adalah untuk litar yang berlakunya litar buka atau Open Circuit.

j. Half-split

 Kaedah ini bermaksud mencari atau memeriksa kerosakan dari blok ke


blok.

k. Input ke Output

 Memeriksa atau mencari kerosakan dari Input litar hingga ke output litar

l. Output ke Input

 Kaedah ini pula mencari kerosakan dari Output atau keluaran litar ke
input atau
masukan litar.

m. Random (rawak)

 Kaedah ini pula dengan memeriksa litar tersebut secara rawak dan
kebanyakan juruteknik menggunakan cara ini lebih berkesan atau mudah.
NO. KOD EE-021-2:2012-CU4/P(1/5) Muka : 13 drp : 23

1.4.4 Langkah-Langkah Mengesan Kerosakan di Dalam Litar

Untuk memudahkan kita melakukan trouble shoot terhadap sesuatu litar atau
peralatan, kita semestinya mengesan sebarang kerosakan yang terdapat pada
peralatan tersebut. Kerosakan-kerosakan dapat dikesan berdasarkan bacaan
yang telah kita perolehi daripada litar yang sebelum kita mula mencari sebarang
kerosakan.

 Analisa Keadaan ( visual inspection )

 Mengenalpasti punca berlakunya kerosakan dimana kita perlu


menganalisa sesuatu kaedah pada peralatan samada ianya rosak
atau tidak. Terdapat 4 perkara yang perlu diambil kira dalam trouble
shoot iaitu:-

 Dengar – kemungkinan apabila litar di’ON’kan terdengar bunyi


atau meletup.

 Lihat - melihat secara kasar samada komponen berada dalam


keadaan baik, hitam atau kelunturan warna pada
badan component, putus atau terbakar.

 Hidu – kemungkinan terdapat bau yang hangit yang mungkin


disebabkan oleh komponen yang terbakar.

 Sentuhan – menyentuh komponen jika didapati panas ini


menunjukan komponen tersebut adalah rosak atau
berlakunya litar pintas ( short circuit).

 Dapat Litar

– Setelah memastikan punca atau masalah kerosakan dapatkan litar


yang sesuai untuk membaiki litar tersebut.
NO. KOD EE-021-2:2012-CU4/P(1/5) Muka : 14 drp : 23

 Mengesan Kerosakan sebenar


– Setelah mempunyai litar, kaedah untuk mengesan
kerosakan dimulakan.

 Tentukan Simptom
– Simpton bermaksud tanda-tanda kerosakan yang berlaku
pada sesuatu litar secara jelas atau tidak jelas.

 Secara jelas – tanda-tanda kerosakan yang dapat dilihat


denga mata kasar.
 Secara tidak jelas – tanda-tanda kerosakan yang tidak
nampak atau tidak nyata Kerosakannya

 Tentukan peralatan yang sesuai – untuk uji talian litar bagi mengesan
kerosakan.

 Menyelesaikan masalah - Dengan teknik-teknik trouble shoot berpandukan


skematik diagram.

Kebocoran berlebihan - Pemuat disifat sebagai bocor berlebihan apabila ia tidak


dapat menyimpan cas. Ia boleh diuji dengan menggunakan multimeter dalam
julat ohm dimana jarum penunjuk akan naik dan turun dengan cepat. Apabila satu
pemuat yang baik diuji dengan multimeter dalam julat ohm, jarum penunjuk
meter akan turun ke bacaan rendah dan perlahan-lahan bergerak ke bacaan yang
tinggi ( pemuat jenis elektronik )

Cara pengujian komponen yang rosak :

a) Diod

- Terbuka

Apabila diuji dengan meter ohm, jarum penunjuk meter akan memberi bacaan
Infiniti ( ∞) atau jarum langsung tidak bergerak walaupun diterbalikkan kekutuban
talian meter.
NO. KOD EE-021-2:2012-CU4/P(1/5) Muka : 15 drp : 23

- Bocor

Jarum penunjuk meter yang tidak tepat di mana ketika diuji pada keadaan
pincang songsang jarum penunjuk meter akan naik sedikit. Keadaan ini
menunjukkan diod itu telah berlaku kebocaran.

- Pintas

Jarum Penunjuk meter akan menunjukkan bacaan sifar di mana keadaan ini
memastikan telah berlaku litar pintas pada diod tersebut.

b) LED

- gunakan julat multimeter x 1 ohm.


- LED tidak menyala.

c) IC (Intergrated circuit) – litar bersepadu

- Bagi kerosakan litar yang menggunakan IC terdapat langkah-langkah yang


perlu dipatuhi bagi proses baik pulih:

 Memeriksa bekalan kuasa pada pin-pin IC


 Pastikan masukan pada pin IC adalah sama seperti dalam
diagram
 Periksa output yang sesuai.
 Periksa secara mata kasar atau menggunakan meter bagi
setiap litar buka atau pintas pada track IC.

d) Kapasitor

- Litar buka
Litar buka biasanya disebabkan oleh bahagian dalam terminal yang tertanggal
dari plat pemuat. Kerosakan ini boleh dikesan dengan menggunakan multimeter
dimana jarum penunjuk multimeter bacaan infiniti (∞) atau jarum langsung tidak
bergerak sekalipun diterbalikkan kekutuban talian meter ataupun pemuat.
NO. KOD EE-021-2:2012-CU4/P(1/5) Muka : 16 drp : 23

- Bocor
- Jarum penunjuk meter akan menunjukkan bacaan yng tidak tepat dimana
jarum penunjuk akan naik dan turun sedikit sahaja atau terlalu jauh dari
menghampiri infiniti.
-
- Litar pintas
Litar pintas mungkin berlaku disebabkan oleh kerosakan pada penebat
dielektrik kerana voltan yang berlebihan atau terlampau panas. Kerosakan ini
boleh dikesan dengan melakukan ujian penerusan melalui multimeter dalam
julat ohm. Jarum penunjuk multimeter bacaan sifar.

1.5 MENGENALPASTI ALAT

1.5.1 Alat Tangan / Alat yang biasa digunakan

Gambar Alat Kegunaan

Digunakan untuk memotong kabel dan


kaki komponen elektronik

Shear cutters

Digunakan untukmemotong kabel

Wire Strippers
NO. KOD EE-021-2:2012-CU4/P(1/5) Muka : 17 drp : 23

Alat yang digunakan untuk mengambil


komponen yang bersaiz kecil yang tidak
boleh untuk di ambil menggunakan jari.

ESD-safe tweezers

Digunakan untuk memasang dan


menanggalkan skru

High quality precision screwdriver set

Digunakan untuk memasang kabel UTP


ke connector RJ45.

Universal Crimp tool

Alat ini digunakan untuk membuang litar


bersepadu (IC) dengan selamat dan
NO. KOD EE-021-2:2012-CU4/P(1/5) Muka : 18 drp : 23

cepat dari soketnya. Ianya bagi


mengelakkan lenturan pin soket dan
IC chip extractor
mengelakkan kerosakan melalui
pelepasan ESD

Meter digunakan untuk mengukur arus,


nilai voltan, kerintangan, dan kearuhan
dalam sesuatu litar.

Meter

Digunakan untuk memateri komponen


kecil dan sederhana seperti memasang
komponen elektri/elektronik atau
mengeluarkan komponen.
Soldering iron

Untuk membuang pateri yang tidak


dikehendaki dengan cara menyedut

Sucker

1.6 MENGENALPASTI BAHAN

1.6.1 Komponen Elektronik

- Dalam komponen elektronik terdapat dua katogeri iaitu komponen aktif dan

komponen pasif. Komponen aktif diperbuat dari semi-konduktor (bahan

separa pengalir) seperti silikon atau germanium. Komponen ini boleh

membentuk, mengawal dan memproses isyarat elektrik. Contoh komponen

aktif ialah transistor dan diod. Komponen pasif ialah peranti sokongan yang
NO. KOD EE-021-2:2012-CU4/P(1/5) Muka : 19 drp : 23

dapat membantu operasi komponen aktif. Contoh komponen pasif ialah

perintang dan kapasitor.

1.6.2 Motor

- Terdiri daripada motor arus terus dan motor arus ulang alik
NO. KOD EE-021-2:2012-CU4/P(1/5) Muka : 20 drp : 23

1.6.3 Kad Elektronik

Terdapat beberapa jenis kad elektronik yang biasa digunakan dalam


perlatan elektronik.

o Slot kad PC adalah slot pengembangan yang sering dijumpai di


komputer notebook yang membolehkan penambahan mudah dan
pantas pelbagai peranti yang berbeza. Pada asalnya direka untuk
menambah memori kepada sistem komputer mudah alih, standard kad
PC telah dikemas kini beberapa kali sejak penciptaan asalnya.

o Kad video (juga dipanggil kad paparan, kad grafik, penyesuai paparan
atau penyesuai grafik) adalah kad pengembangan yang menghasilkan
suapan imej output kepada peranti paparan (seperti monitor komputer).
Lazimnya, ini diiklankan sebagai kad grafik diskret atau berdedikasi,
menekankan perbezaan antara grafik grafik dan bersepadu ini. Di teras
kedua adalah unit pemprosesan grafik (GPU), yang merupakan
bahagian utama yang dilakukan pengiraan sebenar, tetapi tidak boleh
dikelirukan sebagai kad video secara keseluruhan, walaupun "GPU"
sering digunakan untuk merujuk kepada kad video

o Papan litar bercetak (PCB) secara mekanikal menyokong dan elektrik


menyambungkan komponen elektronik atau komponen elektrik
menggunakan trek konduktif, pad dan ciri-ciri lain yang terukir dari satu
atau lebih lapisan lapisan tembaga yang dilaminasi ke dan / atau antara
lapisan lapisan substrat yang tidak konduktif. Komponen umumnya
disolder ke PCB untuk menyambungkan elektrik secara elektrik dan
mengikatkannya secara mekanikal.Papan litar bercetak digunakan
dalam semua tetapi produk elektronik paling mudah. Mereka juga
digunakan dalam beberapa produk elektrik, seperti kotak suis pasif.
NO. KOD EE-021-2:2012-CU4/P(1/5) Muka : 21 drp : 23

1.7 MENGENALPASTI TEMPAT

1.7.1 Rumah

Peralatan elektronik yang biasa digunakan di dalam rumah alah seperti


mesin basuh, televisyen, radio, kipas angin dan sebagainya.

1.7.2 Pejabat

Contoh peralatan yang biasa digunakan dipejabat adalah seperti set


kompuetr, mesin faks, mesin pencetak, sistem persidangan dan CCTV

1.7.3 Kilang

Contoh peralatan yang biasa digunakan di kilang adalah seperti set


CCTV, osiloskop, penjana fungsi serta alat-alat ujian yang lain.
NO. KOD EE-021-2:2012-CU4/P(1/5) Muka : 22 drp : 23

SOALAN/QUESTION :

1. Kenapa Occupational Safety & Health Act 514 (OSHA) 1994 itu penting?

2. Apakah perbezaan antara komponen dan peralatan?

3. Beri dua contoh kerosakan peralatan elektronik.


NO. KOD EE-021-2:2012-CU4/P(1/5) Muka : 23 drp : 23

RUJUKAN/REFERENCE :

1. http://jeffmann.com/Site/electronics-tools.html, Essential utensils, 05 July


2013, 10:00
2. http://electrical.about.com/od/electricaltools/tp/top16electricaltools.htm , Top
16 Electrical Tools, 05 July 2013, 10:30
3. http://www.ladyada.net/library/equipt/, How to equip your EE lab, 05 July
2013, 11:00
4. Kertas penerangan Teknologi Elektronik ADTEC, Shah Alam.
5. Teknik Diagnosis dan Alat Pengujian (E3005/Unit 2/1)

Anda mungkin juga menyukai