Anda di halaman 1dari 10

Penghargaan

Selamat sejahtera dan bersyukur ke hadrat ilahi kerana dengan limpah rahmatnya dapat kami
menyelesaikan tugasan kerja kursus ini dengan penuh jayanya. Kami menjulang sepenuh
penghargaan kepada Encik Fakharuldin bin Ishak, Pensyarah Matapelajaran Occupational
Safety and Health (DUW 1012), di atas kesudian beliau memberi tugasan ini kepada kami.
Beliau juga banyak membantu kami sepanjang proses pembentukan tugasan ini berlaku.
Selain itu,kami juga mengucapkan ribuan teima kasih kepada rakan-rakan yang banyak
membantu kami secara langsung atau tidak langsung sepanjang proses merealisasikan
tugasan ini berjalan. Pelbagai ilmu yang dapat kami rungkai sepanjang kami menyiapkan
tugasan ini. Sikap kerjasama yang di tunjukkan oleh rakan-rakan teryata membuahkan hasil
dengan kejayaan kami menyiapkan tugasan yang diberi ini. Tanpa bantuan dari semua pihak,
tidak mungkin kami dapat menyiapkan kerja kursus ini dengan sempurna.
Pengenalan

Apabila seseorang memperkatakan tentang risiko keselamatan dan kesihatan di tempat kerja,
dia memperkatakan tentang kebarangkalian kecederaan berlaku dan impaknya kepada
pekerja akibat hazard yang terdapat di tempat beliau bekerja. Kebarangkalian adalah
pengukuran frekuensi berlakunya kemalangan. Oleh kerana kebarangkalian berlakunya
kemalangan dan impak kemalangan boleh dikawal, maka risiko boleh diurus sehingga ia boleh
diminimumkan dan diterima.

Jenis-Jenis Hazard

Kita akan dapati berbagai-bagai jenis hazard yang boleh ditemui di dalam sesuatu tugas atau
tempat kerja. Jika kita lihat, nyata dan mengakibatkan maut atau kecederaan sahaja. Oleh
kerana terlalu banyak hazard yang ada, di sini kita akan menyentuh hanya yang berikut :-

Hazard Fizikal :-

Hazard fizikal ialah hazard yang bahaya berpunca dari mesin dan peralatan yang digunakan.

Sesuatu mesin dan peralatan dianggap merbahaya jika :-

 Direka tidak selamat dan tidak sempurna.


 Tidak diselenggara dengan baik.
 Dijalankan oleh pekerja tidak terlatih.
 Digunakan bukan untuk kerja sebenar.
 Digunakan dalam keadaan yang berbeza-beza.
 Ditukar/dipinda secara haram.
 Pekerja tidak bersedia atau tidak menumpukan perhatian semasa menggunakannya.

Hazard Kimia

Antara kemalangan industri yang dilaporkan ialah kecederaan akibat sentuhan dan terhidu
bahan kimia. Bahan kimia yang digunakan di kilang-kilang adalah merbahaya dan boleh
menyebabkan kecederaan jika terdedah tanpa dilindungi. Bahan-bahan kimia seperti asid,
alkali, gas, pelarut, simen, getah sintetik, gentian kaca dan pelekat adalah bahan yang
merbahaya dan perlu diambil langkah-langkah keselamatan apabila mengendalikannya.

Bagi sesetengah individu, habuk kayu dan minyak semulajadi dari haiwan boleh menyebabkan
tindakbalas pada kulit. Antara kesannya ialah kulit akan melecur, melepuh, terbakar dan akan
meninggalkan kesan parut. Bahagian lain yang mudah terdedah pada bahan kimia ialah mata,
hidung, kerongkong serta bahagian atas saluran pernafasan. Kesan bahan kimia adalah
bergantung kepada nilai pH, kepekatan, tempoh dedahan dan sifat tindak balas sesuatu
bahan kimia.

Hazard Biologikal :-

Pekerja yang terlibat dengan analisis spesimen biologi biasanya akan terdedah kepada
jangkitan penyakit. Tahap bahaya sesuatu spesimen biologi adalah berbeza-beza mengikut :-

 Sifat semulajadi dan kepekatan agen penyakit.


 Laluan masuk agen penyakit ke dalam badan.
 Ketahanan pekerja yang terdedah.

Laluan masuk ke dalam anggota badan adalah :-

 Penyerapan, terjadi melalui luka dan calar pada kulit, menyerap masuk melalui kulit
atau mata, sentuhan dengan tangan atau perkakas yang tercemar.
 Inokulasi terus terjadi dengan alat kaca yang pecah, jarum dan lain-lain di mana agen
penjangkit boleh masuk terus ke dalam darah.
 Penelanan melalui mulut boleh terjadi dengan menghisap rokok, makan, menggigit
kuku dan makan tanpa mencuci tangan.
 Pembentukan aerosol, hasil daripada pelbagai prosedur makmal seperti tumpahan,
pengemparan, pengoncangan, penghomogenan, pembakaran dan percikan.

Hazard Ergonomik :-

Hazard ergonomik berkaitan dengan ketidaksesuaian manusia dengan sekitaran kerjanya. Ia


selalunya dikaitkan dengan kesilapan atau kelemahan rekabentuk kejuruteraan dan proses
kerja memenuhi keperluan fisiologi dan psikologi manusia. Misalnya pekerjaan menaip dalam
keadaan yang baik tidak ergonomik telah dibuktikan mampu mengakibatkan ‘Tunnel Carpel
Syndrome’ dan sakit belakang.
Kes 1

Tempat: Syarikat kilang pembuatan plastik, Jalan Parit Yaani, Yong Peng.

Tarikh: 27 Disember 2018.

Masa: Jam 9.30 pagi.

Ringkasan Kemalangan

Pada jam 9.30 pagi, seorang mangsa pertama yang berumur 21 tahun telah memasuki tangki
berudara (aerated tank) untuk melakukan kerja pembersihan, namun terpaksa keluar semula
disebabkan mengalami sesak nafas.

Selepas itu, mangsa kedua berusia 23 tahun kemudian menawarkan diri untuk memasuki
ruang terkurung iaitu tangki berukuran tiga meter tinggi dan berdiameter 2.3-meter lebar
dengan melalui lubang masuk berdiameter 0.6-meter lebar di bahagian atas tangki itu.
Kemudian, mangsa kedua itu didapati pengsan di dalam tangki itu mengakibatkan mangsa
pertama memasuki tangki semula untuk memberikan bantuan, namun turut pengsan.

Rakan mangsa kemudian meminta bantuan rakan-rakan lain untuk menyelamatkan kedua-
dua mangsa di dalam tangki itu. Namun, enam pekerja yang membantu mengeluarkan
mangsa juga tidak berjaya dan mengadu sesak nafas.

Dua mangsa dan enam rakannya dikejarkan ke HSNI Batu Pahat bagi mendapatkan rawatan
sebelum mangsa kedua meninggal pada jam 10.45 pagi kelmarin dan mangsa pertama pada
jam 4.45 petang hari yang sama.

Jenis bahaya(hazard):

1)Chemical hazard

Siasatan di tempat kejadian tersebut mendapati bacaan gas hydrogen sulfat direkod pada 3.7
ppm dan kehadiran pelbagai sebatian organic (volatile organic compound, VOC).

2)Ergonomic hazard

Pihak majikan juga didapati gagal mengamalkan tata amalan selamat bekerja (Industry Code
of practice, ICOP) di ruang terkurung iaitu majikan gagal mengadakan prosedur dan kurang
latihan yang mencukupi berkaitan kerja-kerja di ruang terkurung.
Preventation:

Kejadian kes seumpama ini boleh dielakkan jika majikan melaksanakan penaksiran dan
kawalan risiko yang komprehensif termasuk mengikut kaedah yang dinyatakan dalam
Penaksiran Risiko dan Kawalan Risiko (HIRARC).

Suggestion:

Pengenalpastian Hazard, Penaksiran Risiko dan Kawalan Risiko (HIRARC) telah menjadi amat
penting dalam amalan untuk merancang, mengurus dan melaksanakan sesuatu operasi
sesebuah organisasi sebagai perkara asas kepada pengurusan risiko. Organisasi yang telah
melaksanakan penaksiran risiko di tempat kerja telah mendapati beberapa perubahan positif
dalam amalan kerja mereka. Oleh itu, sesebuah organisasi itu hendaklah diwajibkan
mengikuti garis panduan HIRARC antaranya iaitu majikan dan pekerja perlu mengetahui
tentang bahaya bahan kimia yang dikendalikan, pengawasan kesihatan dan persekitaran kerja
secara konsistant dan pengendali mestilah seorang yang terlatih.
Kes 2
Tajuk: Letupan Tangki, Tiga Terkorban

Tempat: Kilang, Pulau Pinang

Tarikh: 28 Februari 2006

Ringkasan kemalangan:

Ketika melakukan kerja-kerja penukaran batang paip pada salah satu tangki yang digunakan
untuk menyimpan methanol di kilang tersebut, berlaku satu letupan di tangki yang sedang
diselenggara dan juga tangki bersebelahan beberapa ketika kemudian. Akibat daripada
kejadian itu, dua (2) orang pekerja mati di tempat kejadian manakala seorang lagi mati di
hospital akibat terbakar hampir keseluruhan badannya. Kejadian juga menyebabkan
kerosakan pada kedua-dua tangki terbabit dan juga struktur berdekatan dengan tempat
kejadian. Api daripada kejadian hanya dapat dipadamkan 20 minit selepas kejadian. Hasil
pemerhatian adalah pekerja syarikat penyenggara gagal mendapatkan kebenaran untuk
aktiviti ‘hot works’ daripada pihak kilang. Didapati Borang Kebenaran Bekerja masih berada
di dalam bilik mesyuarat dan belum ditandatangani oileh pihak kilang. Selain daripada itu,
pengurusan ke atas ‘Work Permission Instruction’ adalah longgar tanpa kawalan khusus.

Jenis bahaya(hazard):

1) Chemical Hazard
Masih terdapat methanol iaitu bahan yang mudah terbakar di dalam tangki yang
diselenggara tersebut. Ini menyebabkan letupan apabila kerja-kerja kimpalan dilakukan.

Preventation:

Kejadian kes seumpama ini dapat di elakkan jika pekerja selenggara mengikut SOP iaitu
meminta kebenaran bertulis terlebih dahalu daripada pihak kilang sebelum melakukan kerja-
kerja selenggara.

Suggestion:

1. Pihak majikan hendaklah mendedahkan setiap pekerjanya yang terlibat dengan


strategi pengawalan operasi iaitu pengawasan kesihatan, arahan dan penyeliaan,
dan latihan dan Pendidikan yang berterusan.
2. Setiap kilang diwajibkan mempunyai peralatan pengesan dan pencegahan
kebakaran.
Conclusion

Keselamatan dan kesihatan di tempat kerja perlu dititik beratkan kerana ia banyak memberi
kesan yang baik kepada pekerja dan organisasi. Untuk merealisasikan perkara ini perlu wujud
kerjasama yang erat antara organisasi dengan pekerja. Peningkatan pengetahuan, kemahiran
dan penguatkuasaan secara berterusan sangat penting dalam menjamin suasana, keadaan dan
kelakuan kerja yang selamat dapat diwujudkan. Keselamatan dan kesihatan pekerja perlulah
diberi keutamaan dari segala-galanya.
Reference

I. Internet: Mohd Sabran Md Sani (29 Disember 2018), 2 warga Nepal maut ketika bersihkan
tangki berudara.
https://www.bharian.com.my/berita/kes/2018/12/514164/2-warga-nepal-maut-
ketika-bersihkan-tangki-berudara.

II. Internet: Bernama, Tangki meletup: Siasatan kebakaran dijalankan secara


menyeluruh.
http://www.kosmo.com.my/terkini/tangki-meletup-siasatan-kebakaran-dijalankan-
secara-menyeluruh-1.556357.

III. Internet: Garis Panduan.


www.dosh.gov.my
Appendix

Keratan artikel daripada Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Johor


Salah satu kes yang disebabkan oleh chemical hazard

Anda mungkin juga menyukai