Anda di halaman 1dari 28

1.

Pengertian Jenayah
Melakukan sesuatu perkara yang ditegah oleh Allah S.WT. atau meninggalkan sesuatu
perkara yang disuruh olehNya.

2.

Falsafah Jenayah
Peraturan yang telah ditetapkan oleh Allah S.WT. untuk dilaksanakan dalam sesebuah
negara bagi menjamin keadilan dan keselamatan ummah.

HUKUM-HUKUM JENAYAH ISLAM


Hukum-hukum jenayah Islam terbahagi kepada
1.

HukumHudud

2.

HukumQisas

3.

Hukum Tazir

HUKUM HUDUD
1.

Pengertian Hudud
1.

Dan segi bahasa HUDUD bererti menahan atau mencegh

2.

Dan segi segi istilah HUDUD ditakrifkan sebagai keseksaan yang telah ditetapkan oleh nasnas Al-Quran dan AsSunnah yang wajib dilaksanakan sebagai hak Allah S.W.T. Kadar hukumannya
tidak boleh dipinda sama ada dikurang atau ditambah.Maksudnya;
Itulah hukum-hukum yang telah ditentukan. Oleh itu janganlah kamu mencabulnya, dan sesiapa yang
mencabuli hukum-hukum Allah, maka mereka itulah orang-orang yang zalim

2.

Jenis-jenis jenayah hudud dan hukumannya


1.

Zina;
Persetubuhan haram tanpa nikah yang sah antara lelaki dengan perempuan.

Hukuman :Bagi penzina yang belum berkahwin hukumannya ialah sebat 100
kali. Bagi penzina yang telah berkahwin hendaklah direjam sehingga mati.
2.

Qazaf(menuduh zina);
Melemparkan tuduhan zina tanpa bukti terhadap orang yang baik.
Hukuman :sebat 80 kali

3.

Minum arak;
Meminum minuman yang memabukkan boleh menghilangkan kewarasan akal.
Hukuman :sebat 40 kali

4.

Mencuri;
Mengambil harta orang lain secara senyap atau sembunyi.
Hukuman : potong tangan

5.

Merompak
Mengambil harta orang lain dengan menggunakan kekerasan, paksaan, ugutan
dan ancaman.
Hukuman : SEKIRANYA membunuh

hendaklah

dibunuh SEKIRANYAhanya

merompak sahaja hendaklah dipotong tangan dan kakinya secara bersilang iaitu
tangan kanan dan kaki kiri dan seterusnya kaki kanan dan tangan kiri bagi kesalahan
seterusnya.SEKIRANYA hanya menganggu ketenteraman awam hendaklah dipenjara
6.

Riddah(murtad)
Keluar seseorang Islam itu dan agama Islam sama ada dengan perbuatan dan
perkataan.
Hukuman : Bunuh ( setelah diberi tempoh bertaubat selama 3 hari @ 3kali)
Semua jenayah hudud yang telah sabit kesalahannya wajib dikenakan hukuman hudud
tanpa sebarang pengurangan @ pindahan kepada hukuman yang lain spt penjara @
wang.

HUKUM QISAS
1.

Pengertian qisas;
1.

Dan segi bahasa QISAS bermaksud memotong.

2.

Dan segi syarak bererti hukuman yang ditetapkan oleh syarak melalui nas-nas A1Quran dan Hadis-hadis Nabi saw. kerana kesalahan-kesalahan yang melibatkan hak individu.

2.

Jenis jenayah qisas;


Kesalahan-kesalahan yang diwajibkan hukuman QISAS ialah membunuh dengan sengaja
dan mencederakan anggota tubuh badan seperti mencederakan mata, hidung dan telinga.

3.

Hukuman terhadap kesalahan qisas;


Mengikut hukum QISAS seseorang penjenayah mesti diikuti dengan hukuman yang
sama sepertimana dia lakukan ke atas mangsanya. Kalau ia membunuh maka dia mesti
dihukum bunuh.
Maksudnya;
Dan Kami telah tetapkan atas mereka di dalam Kitab Taurat itu, bahawa jiwa dibalas dengan jiwa, dan mata
dibalas dengan mata, dan hidung dibalas dengan hidung, dan telinga dibalas dengan telinga, dan gigi dibalas
dengan gigi dan luka-luka hendaklah dibalas (seimbang). Tetapi sesiapa yang melepaskan hak membalasnya maka
menjadilah ia penebus dosa baginya

(Surah al-Maidah ayat 45)

DIAT
Diat adalah denda yang wajib dibayar kerana kesalahan jenayah sebagai ganti qisas.

Kadar Diat
Kadar diat adalah dikira mengikut bilangan unta iaitu harta yang paling bernilai ketika
itu.Kadar penuh diat ialah 100 ekor unta. Walau bagaimanapun, para ulama' berpendapat boleh
mengantikan 100 ekor unta dengan harta yang senilai dengannya pada masa tersebut. Di
antaranya ialah;
1.

wang emas = 1000 dinar

2.

wang perak = 10,000 -12,000 dirham

3.

lembu

= 200 ekor

4.

kambing

= 2000ekor

5.

Persalinan

= 200 persalinan lengkap

DIAT JENAYAH MEMBUNUH.


1.

1. Pembunuhan sengaja - 100 ekor unta secara terus (tanpa tangguh) yang terdiri drp ;
1.

30 ekor Juz'ah (unta berumur 5 tahun)

2.

30 ekor Hiqqah (unta berumur 4 tahun)

3.

40 ekor Hulqah
BAGI JENAYAH MEMBUNUH DENGAN SENGAJA, ada dua hukuman iaitu qishas @

diat. DIAT HANYA BOLEH DILAKSANAKAN JIKA DIPERSETUJUI OLEH WARIS. JIKA
TIDAK, QISHAS BUNUH DIKENAKAN.
2.

2. Pembunuhan separuh sengaja - 100 ekor unta spt di atas tetapi bayaran boleh ditangguhkan
sehingga 3 tahun.

3.

3. Pembunuhan tidak sengaja - 100 ekor unta dan ditangguhkan sehingga 3 tahun yang terdiri drp ;

1.

20 ekor Juz'ah (unta berumur 5 tahun)

2.

20 ekor Hiqqah (unta berumur 4 tahun)

3.

20 ekor Bintu Labun (unta betina berumur 3 tahun)

4.

20 ekor Ibnu Labun (unta berumur 3 tahun)

5.

20 ekorBintuMukhad(unta betina berumur 2 tahun)


Hukuman bagi jenayah Pembunuhan separuh sengaja dan Pembunuhan Tidak Sengaja

adalah DIAT SAHAJA. Qishas tidak dikenakan.


1.

Diat perempuan 1/2 drp diat lelaki

2.

Diat hamba 1/2 drp diat merdeka

1.

Pembunuhan Sengaja ialah membunuh dengan niat.

2.

Pembunuhan Separuh Sengaja ialah spt seorang memukul orang dengan tongkat @ melempar
dengan batu kelikir, tanpa disangka-sangka terus mati orang tersebut. (tanpa niat membunuhnya)

3.

Pembunuhan Tidak Sengaja ialah spt seorang yang tertembak rakannya yang disangkanya binatang
buruan.

4.

BAGI JENAYAH MEMBUNUH, PEMBUNUH hanya BOLEH DIAMPUNKAN OLEH WARISNYA


SAHAJA.Pemerintah tidak ada kuasa dlm pengampunan.
B. DIAT JENAYAH MENCEDERAKAN ANGGOTA

1.

100 ekor unta untuk anggota tunggal spt terputusnya lidah, hilang akal, menyebabkan lumpuh seluruh
anggota badan dan hilang keupayaan bersetubuh.

2.

50 ekor unta untuk anggota yang berpasangan, jika kedua-duanya terlibat maka diatnya 100 unta. Ia
melibatkan salah satu drp kaki atau tangan, mata dan telinga.

3.

ekor unta untuk luka AL-JA'IFAH (luka hingga ke dlm bhg otak)

4.

ekor unta untuk luka AL-MA'MUUMAH ( luka yang sampai ke selaput kepala)

5.

25 ekor unta untuk anggota yang 4 bahagian (pasang) spt kelopak mata. Setiap satu kelopak mewakili
25 unta.

6.

10 ekor unta untuk luka AL-HASYIMAH (luka yang memecah @ mematahkan tulang)

7.

15 ekor unta untuk luka AL-MUNQILAH (luka yang sampai ke tulang dan mematahkannya
sehingga tergeser dari tempatnya).

8.

10 ekor unta untuk anggota yang ada 10 bahagian spt jari tangan dan jari kiri. Setiap satu jari jika patah
mewakili 10 ekorunta.

9.

5 ekor unta untuk luka MUDHIHAH @ MUWADHDHOHAH (luka yang menampakkan tulang)

HUKUM TA'ZIR
1.

Pengertian TAZIR.
(a) Dan segi bahasa TAZIR bererti menolak atau menghalang.
(b) Dan segi istilah ialah hukuman yang dikenakan ke atas orang yang membuat kesalahan dan maksiat
atau orang yang mencuaikan kewajipan yang tidak ditetapkan hukuman keseksaannya di dalam Al-Quran
dan Hadis atau hukuman yang dikenakan ke atas orang yang melakukan jenayah yang telah ditetapkan
keseksaannya, tetapi tidak cukup syarat bagi mengenakan keseksaan itu.

2.

Kesalahan-kesalahan yang termasuk di bawah kategoni tAZIR;


1.

Kesalahan-kesalahan HUDUD atau QISAS yang tidak cukup bukti untuk dikenakan hukuman
hudud atau QISAS.

2.

Kesalahan-kesalahan khalwat, mencuri yang tidak cukup nisab dan sebagainya.

3.

Perbuatan-perbuatan yang boleh mengganggu ketenteraman awam seperti mengumpat,


menipu, berjudi, rasuah, mengedar dan penyalahgunaan dadah.

1.

3. Hukuman bagi kesalahan TAZIR.

1.

Nasihat;
Menasihati orang yang melakukan kesalahan kecil bagi pertama kali agar ia tidak
mengulangi lagi pada masa akan datang.

2.

Teguran;
Teguran rasmi yang dilakukan oleh hakim dengan mengeluarkan ucapan-ucapan atau
melakukan sesuatu tindakan tertentu agar orang yang melakukan kesalahan akan berusaha
untuk memperbaiki dirinya.

3.

Ancaman;
Mengancam orang yang bersalah agar tidak mengulangi kesalahannya di atas sebab
takut dikenakan hukuman.

4.

Pemulauan;
Hukuman pemulauan dikenakan kepada pesalah agar ia berasa tersempit sekiranya ia
berterusan atau mengulangi kesalahannya lantaran tidak dapat bermuamalat dengan orang
lain dalam masyarakat.

5.

Perisytiharan umum;
Membuat pengisytiharan kepada umum terhadapkesalahan penjenayah. Dengannya
penjenayah berasa tertekan dan malu yang amat sangat..

6.

Denda dan merampas harta;


Iaitu hukuman tA ZIR dengan denda berbentuk kewangan dan merampas harta yang
dimiliki oieh penjenayah.

7.

Penjara;
Mengenakan hukuman penjara dalam tempoh tertentu mengikut pertimbangan realiti
semasa.

8.

Sebat;

Mengenakan hukuman sebat kepada penjenayah dengan jumlah sebatan yang tertentu
mengikut reaiiti
9.

Bunuh;
Hukuman

bunuh

bagi

kesalahan TAZIR dibenarkan

oleh

syarak

bagi

menjaga

kemaslahatan umum masyarakat.


10.

Buang daerah;
Hukuman ini dikenakan supaya penjenayah berasa tertekan, mengalami kesusahan dan
tersisih akibat dipisahkan dari kaum keluarga dan sahabat handai.

MATLAMAT HUKUM HUDUD, QISAS DAN TAZIR


1.

untuk melindung masyarakat daripada bahaya jenayah dan mencegah sebelum ia berlaku.

2.

untuk memperbaiki penjenayah dan membetulkan penyelewengan. Ini dapat dilihat daripada kesan yang
ditinggalkan oleh hukuman ke atas penjenayah yang memberi pengajaran, memperbaiki dan menghalang
seseorang daripada melakukan jenayah.

3.

untuk membersih dosa penjenayah dan menyelamatkannya daripada azab akhirat.

PERANAN UNDANG-UNDANG JENAYAH ISLAM MEWUJUDKAN KEAMANAN DAN


KESEJAHTERAAN DALAM MASYARAKAT
1.

Undang-undang jenayah Islam menjatuhkan hukuman secara adil dan saksama. Misalnya orang yang
membunuh dihukum bunuh balas. Ini menyebabkan warisnya berpuas hati dan hilang perasaan dendam.

2.

Hukuman jenayah Islam yang kemas dan tegas menyebabkan penjenayah dan orang ramai takut dan
gerun untuk mengulangi jenayah. Akhirnya kehidupan masyarakat aman dan sejahtera..

3.

Hukuman jenayah Islam mengandungi unsur-unsur pendidikan kepada penjenayah dan orang ramai.
Hukuman yang dikenakan mendorong seseorang penjenayah bertaubat dan menyesali kesalahan yang
dilakukannya. Dengan ini jenayah akan berkurangan dalam masyarakat.

Terbitan: http://tayibah.com/eIslam/jenayah_Islam.htm

Keperluan undang-undang jenayah Islam


Oleh ROOSFA HASHIM
Penulis adalah Pensyarah di Pusat Pengajian Umum, Universiti Kebangsaan Malaysia. roosfa@ukm.my

Buku Mengapa Perlu Kepada Undang-undang Jenayah Islam? oleh Mohd. Shukki Othman dan
Mohamad Hadi Admah Talhah terbit dalam pasaran ketika masyarakat berdepan dengan
pelbagai gejala jenayah. Keruntuhan moral akibat pelbagai gejala sosial telah mendorong
pertambahan angka pelbagai kes jenayah.
Indeks jenayah 2005-2006 yang ditampilkan pada bahagian awal buku ini sedikit sebanyak
memberi alasan kenapa buku ini wajar hadir dalam suasana masyarakat sekarang. Sepanjang
tempoh tersebut, berlaku pertambahan dalam kes yang dicatatkan.
Pengarang memulakan perbincangan mereka dengan membentangkan falsafah dan dasar
perundangan Islam, iaitu suatu topik yang umum dan memang telah diketahui oleh kebanyakan
pembaca. Falsafah penghukuman dalam undang-undang Islam juga dibincangkan iaitu Islam
menekankan konsep keadilan dan konsep pencegahan jenayah dalam masyarakat. Pelaksanaan
undang-undang jenayah Islam selain menghukum penjenayah juga bertindak dalam memelihara
nilai murni dalam masyarakat, iaitu memelihara agama, jiwa, akal, keturunan dan harta.
Pada prinsipnya, pelaksanaan undang-undang jenayah ialah bagi menunaikan tuntutan Allah
SWT. Pelaksanaannya dilakukan sebagai tanda taat kepada Allah tanpa ragu atau
mempersoalkannya kerana Allah yang Maha Pencipta lebih mengetahui apa yang terbaik untuk
hamba-Nya di dunia.
Pengarang menjawab persoalan yang menjadi judul buku ini, mengapa kita memerlukan
pelaksanaan undang-undang jenayah Islam dalam bab kedua. Undang-undang jenayah Islam
menurut pengarang mempunyai sifat ketinggian dan keadilan berbanding undang-undang
ciptaan manusia yang ada ketikanya tunduk kepada manusia berkedudukan dan berkuasa.
Ahli falsafah Barat pernah mengakui undang-undang manusia bagaikan sarang labah-labah,
serangga kecil sering tersangkut dan terperangkap sedangkan yang besar seperti gajah dapat
merempuhnya dengan sombong.
Undang-undang jenayah Islam bukan sekadar menghukum atau suatu pembalasan tetapi juga
berbentuk pencegahan sebuah masyarakat daripada kerosakan dan kemusnahan akibat salah
laku jenayah.
Pengarang juga membincangkan perbezaan yang jelas antara undang-undang jenayah Islam
dengan undang-undang ciptaan manusia. Undang-undang jenayah Islam datangnya daripada
Allah yang Maha Mengetahui segala keperluan hamba-Nya, maka syariat yang diturunkan
bersesuaian dengan fitrah manusia.
Dalam buku ini pengarangnya menekankan keyakinan mereka akan keberkesanan pelaksanaan
undang-undang jenayah Islam dalam membanteras jenayah dengan memperlihatkan kegagalan

undang-undang ciptaan manusia dalam menangani jenayah yang semakin kompleks pada hari
ini.
Konsep dan pembahagian jenayah dalam Islam juga dibincangkan dalam buku ini. Dalam
undang-undang jenayah Islam asas dalam mengiktibar sesuatu perbuatan jenayah bergantung
pada sejauh mana perbuatan itu membawa kemudaratan kepada masyarakat, sama ada
menggugat keselamatan dan mengancam keamanan, memecah perpaduan, mencabar sistem
atau merosakkan akidah.
Penghakiman undang-undang jenayah juga melihat sejauh mana perbuatan individu itu
membawa mudarat sehingga menggugat kepentingan individu yang dilindungi oleh syarak. Soal
kepentingan individu melibatkan juga soal memelihara agama, jiwa, akal, keturunan, maruah
dan harta.
Segala bentuk jenayah tanpa sebarang pengecualian boleh mengganggu kepentingan individu
dan membahayakan masyarakat di mana jenayah itu dilakukan. Undang-undang moden buatan
manusia meskipun mempunyai beberapa aspek yang menyamai prinsip undang-undang jenayah
Islam namun jika diperhalusi, mempunyai banyak perbezaannya.
Undang-undang Islam menitikberatkan agama, jiwa, akal, keturunan dan harta. Jadi
diperuntukkan hukuman mati bagi mereka yang murtad, sebat dan rejam bagi yang berzina, dan
sebat bagi mereka yang minum arak. Aspek ini yang tidak terdapat dalam undang-undang
moden ciptaan manusia yang melihatnya sebagai tidak berperi kemanusiaan dan zalim. Namun,
hanya Allah yang Maha Mengetahui segala ketentuan yang telah Dia tetapkan.
Perbincangan dan perbahasan tentang undang-undang jenayah Islam bukanlah suatu topik yang
baru di negara ini sama ada dalam kalangan sarjana undang-undang Islam, ahli politik mahupun
penulis undang-undang.
Buku-buku yang asas tentang jenayah Islam telah banyak diterbitkan misalnya Jenayah dalam
Islam: Satu kajian ilmiah mengenai hukum-hukum hudud oleh Mahfodz Mohamad (PUM Nurin
Enterprise 1987). Ahmad Kamaruddin Hamzah telah menerbitkan Pengantar undang-undang
jenayah Islam (al- Rahmaniah 1989) manakala Paizah Ismail pula tampil dengan bukunya
berjudul Undang-undang jenayah Islam (ABIM 1991) manakala Musa Fathullah Harun pula
menerbitkan Undang- undang jenayah Islam (DBP 1996).
Perkembangan yang terbaru memperlihatkan perbahasan yang jauh lebih mendalam tentang isu
undang-undang jenayah di Malaysia. Alwi Abdul Rahman membincangkan satu sosok yang lebih
menarik dengan menulis Jenayah kanak-kanak menurut undang-undang Islam (DBP 1998)
dan Paizah Ismail pula menyorot kedudukan wanita dalam bukunya Status wanita dalam
undang-undang jenayah Islam (Yadim 2004).
Abdul Halim El-Muhammady pula meninjau pelaksanaannya di peringkat negeri dalam
bukunya Undang-undang jenayah dalam Islam dan Enakmen Negeri-Negeri (Fakulti UndangUndang UKM 1998) manakala Nasimah Hussin menerbitkan Undang-undang Islam: Jenayah,
keterangan dan prosedur (DBP 2007).
Ternyata korpus ilmu dalam bidang undang-undang jenayah Islam di negara ini telah subur,
melebar dan besar. Mengambil kira buku yang telah terbit, dapatlah dikatakan buku yang baru
ini tidak menampilkan sesuatu yang baru kepada korpus ilmu bidangnya.
Jika kedua-dua penulis ini mengambil kira buku-buku terdahulu yang telah terbit sebelum ini
tentulah perbahasan mereka akan mengambil sosok perbahasan yang lebih kontemporari
sifatnya, iaitu yang belum pernah dibincangkan khususnya dalam konteks pelaksanaan undangundang jenayah di Malaysia. Aspek inilah yang mesti ditekankan oleh penulis Islam di negara ini
agar Islam dan sarjananya lebih terpandang dalam membicarakan isu terkini dalam masyarakat.

Buku ilmiah mesti bergerak ke persempadanan baru ilmu pengetahuan. Baru bermakna sesuatu
yang belum dikaji atau dibincangkan oleh orang lain. Dalam keadaan sistem perundangan Islam
telah maju ke depan, pembaca dahagakan buku yang dapat menjawab persoalan baru dalam
masyarakat.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?


y=2009&dt=0302&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_06.htm#ixzz33y89eXhp
Utusan Melayu (M) Bhd

Kekangan dalam pelaksanaan undang-undang Islam


2013/11/22 - 02:09:58 AM Mohd Ayop Abd RazidCetakEmel Kawan

Peruntukan Perkara 3(1) adalah antara peruntukan penting yang terkandung dalam
Perlembagaan Persekutuan. Peruntukan ini meletakkan Islam sebagai 'agama Persekutuan.' Pun
begitu, Perkara 3 memberi kebebasan kepada penganut agama lain mengamalkan kepercayaan
mereka dengan aman dan harmoni.
Ia harus dibaca bersama Perkara 11(1) Perlembagaan Persekutuan yang menyatakan, tiap-tiap
orang berhak menganut dan mengamalkan agamanya. Namun, dalam mengembangkan agama
lain itu, ia tertakluk kepada fasal (4) dalam Perkara 11 yang memperuntukkan bahawa undangundang negeri dan undang-undang Persekutuan mempunyai kuasa untuk mengawal atau
menyekat apa-apa iktikad (kepercayaan) agama lain daripada dikembangkan kepada orang
Islam.
Hakikatnya, peruntukan berkaitan agama dalam Perlembagaan Persekutuan adalah jaminan
mengenai kebebasan beragama di Malaysia. Peruntukan mengenai kedudukan Islam sebagai agama
Persekutuan terhad kepada upacara serta adat istiadat agama. Maknanya, kedudukan agama Islam
sebagai agama Persekutuan tidak menjadikan undang-undang Islam itu undang-undang tertinggi
kerana Perkara 4(1) Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan Perlembagaan sebagai undangundang tertinggi negara.
Ia diperkukuhkan lagi dengan Perkara 75 yang jelas menyatakan jika undang-undang Negeri
berlawanan dengan undang-undang Persekutuan maka undang-undang Persekutuan hendaklah
dipakai manakala undang-undang Negeri adalah terbatal setakat mana undang-undang itu
berlawanan dengan undang-undang Persekutuan. Malah, Perkara 160 tidak pun menyebut undangundang Islam sebagai takrifan undang-undang yang terkandung dalam Perlembagaan.

Selain itu, di bawah Perkara 76 (1), Parlimen mempunyai kuasa untuk membuat undang-undang
ke atas apa-apa perkara dalam Senarai Negeri dalam beberapa perkara, iaitu: i) bagi melaksana
apa-apa perjanjian atau konvensyen antara persekutuan dengan negeri-negeri lain; atau, ii) bagi
mengadakan persamaan undang-undang di antara dua negeri atau lebih; atau, iii) jika diminta
sedemikian oleh mana-mana negeri.
Fakta sokongan yang lain menunjukkan bahawa walaupun Islam agama Persekutuan, tetapi ia
tidak mempunyai ketua agama Islam bagi seluruh Persekutuan. Dalam konteks ini, Yang di-

Pertuan Agong sebagai ketua bagi Persekutuan hanya kekal sebagai ketua agama negeri baginda
sendiri serta menjadi ketua agama bagi Wilayah-Wilayah Persekutuan, Pulau Pinang, Sabah dan
Sarawak.
Hakikatnya, kuasa mentadbir hal ehwal Islam adalah bidang kuasa Raja negeri-negeri. Pun
begitu, kuasa perundangan hal ehwal negeri adalah tanggungjawab Badan Perundangan Negeri.
Raja-raja hanya menerima nasihat dalam perkara berkaitan hal ehwal Islam. Namun, undangundang yang hendak dilaksanakan itu mestilah tidak bercanggah atau bertentangan dengan
peruntukan undang-undang yang ada dalam undang-undang Persekutuan.
Kuasa Badan Perundangan Negeri membuat undang-undang adalah berkaitan dengan manamana perkara yang dinyatakan dalam Senarai Negeri (Senarai Kedua) seperti yang termaktub
dalam Jadual Kesembilan atau Senarai Bersama. Satu daripadanya adalah menyentuh
pentadbiran hal ehwal orang Islam. Jika diteliti, senarai dalam Jadual Kesembilan itu maka
dapat difahami bahawa bidang kuasa yang dimiliki negeri dalam mentadbir hal ehwal orang
Islam dan undang-undang Islam adalah terhad.
Dalam hal jenayah, Mahkamah Syariah hanya mempunyai kuasa menjatuhkan hukuman
maksimun tiga tahun penjara atau denda RM5,000 atau enam sebatan atau gabungan manamana hukuman terbabit. Kuasa yang dimiliki Mahkamah Syariah ini sering disebut secara sinis
oleh pengkritik sebagai hukuman 356. Ini bermakna hukuman berkaitan hudud dan qisas
sebagai mana yang terkandung dalam al-Quran dan as-Sunah tidak berupaya dilaksanakan.
Kesimpulan, walaupun Perlembagaan Persekutuan meletakkan Islam sebagai agama bagi
Persekutuan, bidang kuasa mentadbir hal ehwal Islam dan undang-undang Islam yang diberikan
di bawah bidang kuasa negeri terhad dan masih tertakluk kepada Perlembagaan Persekutuan.
Justeru, sejauh mana usaha untuk memperkukuh undang-undang Islam dan kuasa Mahkamah
Syariah adalah bergantung kepada sejauh mana halangan yang mengekang dapat diatasi terlebih
dulu.
Mungkin perlu dimasukkan satu peruntukan khusus ke dalam Perlembagaan yang boleh
mengangkat kedudukan undang-undang Islam menjadi sebahagian daripada undang-undang
utama negara di mana tidak ada mana-mana peruntukan lain yang boleh membatalkan
pelaksanaannya. Jika tidak, kita akan terus berada dalam polemik yang tidak berkesudahan
berkaitan dengan pelaksanaan undang-undang Islam di negara ini.
Penulis ialah Penganalisis Media di Bahagian Penerbitan Dasar Negara, Jabatan Penerangan,
Kementerian Komunikasi dan Multimedia.

PELAKSANAAN UNDANG-UNDANG ISLAM DI MALAYSIA:


REALITI DAN CABARAN
Oleh
Suwaid Tapah

1.LATAR BELAKANG
Pentadbiran undang-undang Islam di Malaysia kini, harus difahami berdasarkan
perkembangan perundangan negara terutama zaman sebelum merdeka iaitu zaman
penjajahan Inggeris. Pengalaman-pengalaman mereka menjajah negara ini dan
seterusnya memperkenalkan beberapa statut atau undang-undang bertulis dimana
sebahagiannya telah dikekalkan hingga ke hari ini juga harus diteliti kerana ia
mempunyai hubungan dalam konteks perkembangan pentadbiran undang-undang
Islam. Beberapa istilah berkaitan misalnya istilah undang-undang Islam dan istilah
pentadbiran undang-undang itu sendiri ada hubungan dengan perlaksanaan
undang-undang itu sendiri.
Secara umum, istilah pentadbiran undang-undang lebih hampir kepada urusan
siyasah yang membawa maksud bagaimana mengurus sesuatu perkara yang
merujuk kepada kehendak dan kepentingan masyarakat itu sendiri atau dengan
perkataan lain difahami sebagai kuasa budibicara melalui autoriti pemerintah yang
dibuat secara rasmi(1). Peraturan-peraturan yang dikuatkuasakan itu membawa
kebaikan jika dirujuk berdasarkan semangat atau ruh Syariat itu sendiri. Sebab itu,
realitinya peruntukan undang-undang yang digubal semasa penjajahan Inggeris
berkaitan dengan pentadbiran hukum Syarak di negara ini sebahagiannya telah
dilanjutkan selepas merdeka hingga kini meskipun konsep atau niat asal
penggubalan undang-undang tersebut lahir secara kebetulan semata-mata untuk
menjaga kepentingan atau maslahah masyarakat yang mereka tadbir.
Sebagaimana dimaklumi, penjajahan Inggeris di Tanah Melayu bermula di negerinegeri yang dikategoriikan sebagai Negeri-negeri Selat dan kemudiannya di Negerinegeri Melayu yang lain yang diistilahkan sebagai negeri-negeri Melayu Bersekutu
dan negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu. Sejarah menukilkan bahawa sebahagian
kuasa pentadbiran mereka ditentukan melalui autoriti Sultan sebagai ketua negeri
dan ketua agama di negeri masing-masing dan kuasa eksekutif di tangan mereka.
Ini boleh dilihat selepas Perjanjian Pangkor 1874(2) dan kemudiannya banyak
mempengaruhi sistem pemerintahan negara ini selepas merdeka termasuk undangundang pentadbiran hal ehwal Islam di negeri-negeri. Pengalaman dan kecekapan
pentadbiran mereka amat berkesan sekali mempengaruhi perkara-perkara yang
berkaitan dengan pentadbiran hal ehwal agama Islam sehingga ke hari ini. Umum
memahami bahawa antara perkara dipersetujui dalam perjanjian tersebut ialah
mereka tidak mencampuri dalam urusan hal ehwal agama Islam. Namun, hampir
kesemua negeri-negeri Melayu mempunyai suatu undang-undang pentadbiran
agama Islam yang hampir seragam yang ditumpukan kepada soal undang-undang
diri bagi orang-orang Islam di negeri masing-masing misalnya undang-undang
pendaftaran perkahwinan dan perceraian orang-orang Islam (3), dan undangundang penubuhan dan bidang kuasa Mahkamah Kadi.(4) Mereka beranggapan

bahawa mereka tidak mencampuri urusan agama tetapi sebagai pihak yang
mempunyai kuasa eksekutif yang mutlak maka adalah menjadi tanggungjawab
mereka untuk menjaga kepentingan awam tanpa mengira agama. Sebab itu, mereka
berjaya memperkenalkan undang-undang pentadbiran bagi tujuan penyelarasan
semua undang-undang yang mereka perkenalkan. Malah, dalam soal yang
menyentuh secara spesifik tentang hukum Syarak iaitu dalam menentukan tafsiran
sesuatu perkara itu sebagai hukum Syarak atau adat Melayu dimana mempunyai
hubungkait dengan soal keterangan atau persoalan yang tidak jelas, maka peraturan
bertulis diperkenalkan(5) bagi memberi kuasa kepada Majlis Negeri (State Council)
mengesahkan sesuatu perkara yang dibangkitkan itu sama ia releven dengan
hukum Syarak atau adat Melayu. (6)
Secara umum, pada fasa pemerintahan mereka, undang-undang substantif yang
diperkenalkan boleh dibahagikan kepada tiga iaitu undang-undang keluarga, harta
dan kesalahan-kesalahan terhadap agama. Pertama, kandungan undang-undang
keluarga meliputi perkara yang berkaitan dengan permulaan kepada perkahwinan
misalnya pertunangan dan mungkir janji pertunangan, mahar; semasa akad
misalnya soal wali dan sebagainya; perceraian misalnya talak biasa, khul` dan
fasakh. Sementara kedua, perkara yang berkaitan dengan harta adalah tertumpu
kepada harta pusaka, wasiat dan harta wakaf orang-orang Islam yang banyak
berkaitan dengan undang-undang bertulis lain dan bukan perkara yang berkaitan
dengan pentadbiran hal ehwal Islam misalnya Ordinan Harta Pusaka Kecil
(Pembahagian)(7) dimana kuasa diberikan kepada Pegawai Pemungut Hasil Tanah
untuk mentadbir serta menyelesaikan pertikaian, dan sebarang rayuan mengenai
pertikaian berkenaan akan dibuat di Mahkamah Sivil (Mahkamah Tinggi). Hingga
kini, pertikaian kes berkenaan dibuat di Mahkamah Sivil dimana biasanya hukum
Syarak akan diambil kira jika tidak menyentuh undang-undang bertulis atau selaras
dengan undang-undang bertulis yang dipakai.(8) Ketiga, perkara yang berkaitan
dengan kesalahan terhadap agama yang bermula dari kesalahan-kesalahan
misalnya tidak mendaftarkan perkahwinan dan perceraian, mengakadnikah tanpa
kebenaran atau tidak mengikut undang-undang hinggalah kepada kesalahankesalahan yang berkaitan dengan moral misalnya melakukan zina, khalwat,
meminum minuman keras serta hal-hal yang menyentuh akidah misalnya tidak
bersolat Jumaat tanpa uzur, tidak membayar zakat, tidak berpuasa pada bulan
Ramadhan dan seumpamanya.
Kecekapan mereka memperkenalkan sistem perundangan menerusi penubuhan
Majlis Negeri yang bertindak sebagai badan pemutus tindakan-tindakan eksekutif
disamping berfungsi sebagai badan yang mengesahkan sesuatu tindakan menerusi
statut-statut bertulis yang diperkenalkan dan prinsip duluan mengikat(9) banyak
mempengaruhi tafsiran status dan rujukan hukum Syarak atau undang-undang Islam
jika kes berkenaan dibicarakan di Mahkamah Sivil. Tambahan pula, pemakaian
undang-undang lazim Inggeris (English common law) dan peraturan ekuitinya yang
dikuatkuasakan di Negeri-negeri Melayu Bersekutu pada tahun 1937 melalui
Enakmen Undang-undang Sivil dan diluaskan ke negeri-negeri lain pada tahun 1951
dan dikenali kemudiannya sebagai Ordinan Undang-undang Sivil 1956(10) telah
dengan sendirinya mengukuhkan pentadbiran undang-undang sivil dan sedikit
sebanyak menyempitkan tafsiran undang-undang Islam. (11)

Kes-kes yang diputuskan semasa penjajahan yang melibatkan soal adat Melayu dan
hukum Syarak juga mempengaruhi peruntukan-peruntukan perlembagaan yang
digubal kemudiannya dan seterusnya memberi kesan kepada perkembangan
pentadbiran hal ehwal Islam di negara ini. Biasanya hakim-hakim Inggeris tidak
dapat membezakan antara perkara hukum Syarak dan adat Melayu atau adat
Melayu yang selaras dengan hukum Syarak atau sebaliknya. Boleh disimpulkan
bahawa kebanyakan penghakiman dibuat banyak mengambilkira aspek prosedural
dan aspek keterangan yang jika dipenuhi maka barulah mengambilkira hukum
Syarak atau yang diistilahkan sebagai undang-undang Islam.(12) Boleh dikatakan
semua kes yang diputuskan yang berkaitan dengan pemakaian undang-undang
Islam melibatkan kes-kes sivil yang secara relatifnya boleh ditafsirkan sebagai
perkara yang mempunyai hubungkait dengan undang diri bagi orang-orang yang
menganut agama Islam(13) dan tidak sama sekali melibatkan undang-undang
jenayah awam.(14) Malah, kesalahan-kesalahan yang ada ditafsirkan sebagai
kesalahan agama atau kesalahan melanggar peruntukan undang-undang
pentadbiran agama. Sebab itu, meskipun dalam sejarah penghakiman mereka di
Tanah Melayu ada dicatitkan yang undang-undang Islam bukan undang-undang
asing tetapi sebagai undang-undang negeri, sebenarnya ia hanya merujuk kepada
undang-undang diri.(15) Pengalaman-pengalaman ini(16) adalah selaras dengan
laporan Suruhanjaya yang mencadangkan apakah bentuk dan kandungan
Perlembagaan Persekutuan yang sesuai kepada sebuah negara yang akan merdeka
pada tahun 1957 itu.
2.TAKAT KUASA KERAJAAN NEGERI DALAM MENTADBIR HAL EHWAL
AGAMA ISLAM
Perlembagaan Persekutuan dianggap sebagai undang-undang tertinggi negara.(17)
Dari segi definisi, perlembagaan merupakan suatu himpuan peraturan tertinggi yang
telah dipersetujui bersama dan maksud setiap peruntukan memberi manfaat kepada
warga selain memasyurkan sebagai sebuah negara merdeka.. Pembebasan
sesebuah tanah jajahan seperti Malaysia dan pembentukan sesebuah negara
moden biasanya ditanda oleh pembentukan sebuah perlembagaan bertulis.
Keistimewaan Perlembagaan Persekutuan ialah dengan memasukkan empat
elemen tradisi dimana antaranya(18) ialah agama Islam sebagai agama bagi
Persekutuan,(19) serta kedudukan dan keistimewaan Raja-raja Melayu sebagai
Ketua Agama Islam dalam negeri sebagaimana diakui dan diisytiharkan oleh
Perlembagaan Negeri. Tertakluk kepada Perlembagaan Negeri, segala hak,
keistimewaan dan kedaulatan dan kuasa yang dinikmati olehnya sebagai Ketua
Agama Islam tidak tersentuh dan tercacat, tetapi dalam apa-apa perbuatan, amalan
dan upacara yang telah dipersetujui oleh Majlis Raja-raja adalah meliputi seluruh
Persekutuan, maka atas sifat Raja sebagai ketua Agama Islam membenarkan Yang
di-Pertuan Agong mewakilinya.(20) Perlembagaan-perlembagaan bagi negeri-negeri
yang tidak beraja (Melaka, Pulau Pinang, Sabah(21) dan Sarawak) hendaklah
membuat peruntukan Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Agama Islam bagi
negeri-negeri itu.(22) Yang di-Pertuan Agong juga menjadi Ketua Agama Islam bagi
Wilayah-wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya) dimana
Parlimen diberi kuasa untuk membuat undang-undang mengenai pentadbiran hal
ehwal Islam dan penubuhan Majlis Agama untuk menasihati Yang di-Pertuan Agong
mengenai perkara-perkara berhubung dengan agama Islam. (23)

Bertitik tolak dari semangat Perkara 3 (1-5), maka perkara-perkara lain berkaitan
mempunyai hubungan dengan pentadiran hal ehwal agama Islam misalnya
penubuhan Majlis/Jabatan Agama Islam di negeri-negeri, Jabatan Mufti, Mahkamah
Syariah dan lain-lain.(24) Selaras dengan tuntutan semasa untuk memperkemaskan
pentadbiran hal ehwal Islam, kerajaan-kerajaan negeri telah mula mengasingkan
tiga institusi penting iaitu Majlis /Jabatan Agama, Jabatan Mufti dan Mahkamah
Syariah apabila undang-undang induk (pentadbiran hukum Syarak) dipinda dengan
memperuntukkan fungsi Majlis secara jelas iaitu membantu dan menasihati Yang diPertuan Agong/Sultan berkenaan dengan semua perkara yang berhubung dengan
agama Islam di dalam negeri kecuali perkara-perkara hukum Syarak iaitu
penubuhan Jabatan Mufti dan yang berhubung dengan pentadbiran keadilan iaitu
penubuhan Mahkamah Syariah, dan. Majlis Agama negeri menjadi pihak berkuasa
utama di dalam negeri masing-masing. (25)
Apa yang perlu difahami ialah dalam perkara yang berkaitan dengan pentadbiran hal
ehwal agama Islam, Perlembagaan Persekutuan juga telah memberi kuasa kepada
Badan Perundangan Negeri untuk menggubal undang-undang yang berkaitan
dengan pentadbiran hal ehwal Islam di negeri masing-masing termasuk di Wilayahwilayah Persekutuan. Apa yang menarik perhatian ialah di Wilayah-wilayah
Persekutuan, undang-undang yang berkaitan dengan pentadbiran undang-undang
Islam adalah diluluskan oleh Parlimen yang juga berfungsi sebagai Badan
Perundangan Persekutuan. Namun, perlu difahami bahawa status undang-undang
yang berkaitan dengan pentadbiran hal ehwal agama atau hukum Syarak hanya
berkuat kuasa di dalam Wilayah-wilayah Persekutuan sahaja dan sama seperti
undang-undang Islam yang digubal di negeri-negeri (dalam Jadual Kesembilan
Senarai 2 Senarai Negeri Butiran 1). Kuasa tersebut dibuat dalam Perlembagaan
Persekutuan di bawah Jadual Kesembilan Senarai 1 Senarai Persekutuan Butiran 4
(k) yang memperuntukkan bahawa Undang-undang dan acara sivil dan jenayah dan
pentadbiran keadilan termasuk menentukan Hukum Syarak(26) dan lain-lain
undang-undang diri bagi maksud undang-undang Persekutuan.(27) Malah, dalam
Perkara 3 (5) Perlembagaan Persekutuan dimana peruntukan dibuat bagi memberi
kuasa kepada Parlimen untuk membuat undang-undang mengenai pentadbiran hal
ehwal Islam dan penubuhan Majlis Agama Agama Islam.
Kerajaan-kerajaan negeri tidak mempunyai bidang kuasa mengenai kesalahankesalahan kecuali setakat yang diberi oleh undang-undang Persekutuan iaitu
peruntukan hukuman bagi kesalahan-kesalahan termasuk kesalahan jenayah
Syariah untuk seluruh Persekutuan,(28) namun peruntukan yang diluluskan hanya
berkuatkuasa di negeri-negeri jika Badan Perundangan Negeri menggubal atau
meminda undang-undang kesalahan jenayah Syariah di negeri masing-masing
supaya selaras dengan peruntukan berkenaan. Badan Perundangan Negeri tidak
diberi kuasa menggubal suatu peruntukan yang melebihi daripada peruntukan
berkenaan dan harus mengambikira perkara 75 Perlembagaan Persekutuan. (29)
Kerajaan-kerajaan negeri yang lain juga diberi kuasa untuk menggubal undangundang yang berkaitan dengan hal ehwal agama Islam di bawah Jadual Kesembilan
Senarai 2 Senarai Negeri Butiran 1 memperuntukkan:
Hukum Syarak dan Undang-undang diri dan keluarga bagi orang-orang yang
menganut agama Islam, termasuk hukum Syarak yang berhubung dengan mewarisi

harta berwasiat dan tak berwasiat, pertunangan, perkahwinan, perceraian,


maskawin, nafkah, pengambilan anak angkat, taraf anak, penjagaan anak,
pemberian, pembahagian harta dan amanah bukan khairat;
Wakaf Islam dan takrif serta peraturan mengenai amanah khairat dan khairat
agama, perlantikan pemegang-pemegang amanah dan perbadanan bagi orangorang mengenai pemberian agama Islam dan khairat, yayasan, amanah, khairat dan
yayasan khairat yang dijalankan;
Zakat fitrah dan Baitulmal atau hasil agama Islam yang seumpamanya; (30)
Masjid atau mana-mana tempat sembahyang awam untuk orang Islam;
Mengadakan atau menghukum kesalahan-kesalahan yang dilakukan oleh orangorang yang menganut agama Islam terhadap rukun-rukun Islam, kecuali perkaraperkara yang termasuk dalam Senarai Persekutuan;
Keanggotaan, penyusunan dan acara bagi mahkamah-mahkamah Syar`iyyah,
yang akan mempunyai bidang kuasa hanya ke atas orang-orang yang menganut
agama Islam dan hanya mengenai mana-mana perkara yang termasuk dalam
perenggan ini, tetapi tidak mempunyai bidang kuasa mengenai kesalahan-kesalahan
kecuali setakat yang diberi oleh undang-undang Persekutuan;
Mengawal pengembangan iktikad dan kepercayaan antara orang-orang yang
menganut agama Islam;
Menentukan perkara-perkara Hukum Syarak dan iktikad dan adat istiadat Melayu.
3.CABARAN PELAKSANAAN UNDANG-UNDANG ISLAM
- Peringkat Persekutuan
Selepas Merdeka, usaha-usaha di peringkat Persekutuan telah dibuat untuk
menyeragamkan pentadbiran undang-undang Islam. Penubuhan Majlis Kebangsaan
bagi Hal Ehwal Islam Malaysia (MKHEIM) yang dipersetujui oleh Majlis Raja-raja
Melayu (MRR) dan urusetianya ialah Bahagian Ugama di Jabatan Perdana Menteri
yang kini dikenali sebagai Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Antara fungsi
Majlis ini ialah memberi nasihat kepada Majlis Raja-raja, kerajaan-kerajaan negeri
atau Majlis Agama Islam negeri atau apa-apa perkara berkenaan perundangan atau
pentadbiran agama Islam dan pelajaran agama Islam dengan tujuan hendak
memperbaiki, menyamakan atau menggalak persamaan undang-undang atau
pentadbiran.(31) Untuk tujuan itu, beberapa jawatankuasa telah ditubuhkan di
bawah urusetia dan termasuklah Jawatkuasa Teknikal Undang-undang Syarak dan
Sivil, Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan dan lain-lain. Sejauh penelitian, penubuhan
MKHEIM dan JAKIM adalah selaras dengan kehendak peruntukan Perlembagaan
Persekutuan Perkara 38 (2) (b) (c) yang menjelaskan tugas-tugas MRR antara lain
ialah mempersetujui atau tidak mempersetujui supaya apa-apa perbuatan, amalan
atau upacara agama meliputi seluruh Persekutuan dan mempersetujui atau tidak
mempersetujui apa-apa undang-undang dan membuat dan memberi nasihat
mengenai apa-apa perlantikan yang menurut Perlembagaan ini, memerlukan

persetujuan MRR atau yang dikehendaki dibuat oleh atau selepas berunding dengan
MRR
Walau bagaimanapun, sebagaimana dijelaskan bahawa kuasa untuk menggubal
undang-undang Islam adalah di bawah kuasa kerajaan-kerajaan negeri termasuk
juga di Wilayah-wilayah Persekutuan, maka usaha-usaha penyeragaman di
peringkat kebangsaan adalah bergantung kepada kuasa budibicara kerajaankerajaan negeri. Pihak yang bertindak sebagai urusetia sebenarnya tidak
mempunyai kuasa eksekutif untuk menentukan kerajaan-kerajaan negeri mengikuti
model atau syor penyeragaman yang telah disediakan itu. Sebaliknya kerajaankerajaan negeri walaupun sedia menerimapakai suatu model undang-undang yang
sepatutnya diterimapakai, tetapi tiada halangan dari sudut perundangan bagi pihak
kerajaan-kerajaan negeri meminda mana-mana peruntukan dalam undang-undang
yang disyorkan itu terutama bagi kesesuaian di negeri masing-masing. Sebab itu,
sekali lagi mutakhir ini suatu penyelarasan menyeluruh cuba dibuat dengan
memperkenalkan undang-undang keluarga yang baru. Di bawah undang-undang
yang baru ini, tiada banyak perubahan yang dipinda kecuali yang paling ketara iaitu
soal poligami iaitu memberi kuasa kepada mahkamah memanggil wali, isteri yang
sedia ada dan lain-lain yang berkenaan hadir di Mahkamah untuk memberi
keterangan serta permohonan pihak-pihak untuk membahagikan apa-apa harta atau
aset yang dikumpulkan dalam tempoh perkahwinan setelah Mahkamah
membenarkan permohonan suami. Sehingga kini, hanya beberapa buah negeri
sahaja yang mengemukakan deraf undang-undang berkenaan untuk diluluskan oleh
Badan Perundangan Negeri.(32) Sebagaimana dijelaskan, tiada halangan bagi
sesetengah negeri membuat pindaan terhadap deraf undang-undang yang
kemudiannya diluluskan itu. (33)
Usaha meminda beberapa peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan juga
misalnya peruntukan "Perkara 121 (1A)" (34) merupakan satu usaha untuk
menjelaskan bidang kuasa Mahkamaha Syariah dan Mahkamah Sivil. Menjadi satu
cabaran kepada kerajaan-kerajaan negeri untuk menggubal undang-undang tertentu
yang memberi kuasa yang jelas dan eksklusif kepada Mahkamah Syariah setakat
yang dibenarkan Perlembagaan.
Begitu juga dalam konteks selain undang-undang yang diistilahkan sebagai
undang-undang diri, pengaruh ajaran Islam atau hukum-hukum Islam telah mula
mendapat tempat dan secara langsung dapat membantu ke arah pelaksanaan
undang-undang Islam yang menyeluruh misalnya dalam sistem perbankan, takaful
dan pajak gadai. (35)
-Peringkat Kerajaan Negeri
Mulai awal tahun 1980-an, kerajaan-kerajan negeri mula mengasingkan perkara
yang berkaitan dengan undang-undang keluarga daripada undang-undang induk
dengan menggubal undang-undang keluarga Islam yang baru (36) sebagaimana
yang disyorkan di peringkat kebangsaan. Undang-undang baru ini dikatakan banyak
mengandungi pembaharuan misalnya mengenai kesalahan-kesalahan matrimoni,
peraturan-peraturan berpoligami, soal perceraian di luar mahkamah dan tanpa
kebenaran mahkamah dan lain-lain. Perkembangan yang positif ini dilihat sebagai
usaha kerajaan Persekutuan mengatasi sesetengah rungutan masyarakat Islam di

dalam negara tentang perlunya pembaharuan dalam pentadbiran undang-undang


Islam terutama undang-undang keluarga yang dikatakan tidak memberi keadilan
kepada wanita dan seringkali Mahkamah Syariah akan menjadi sasaran kritikan
kerana dikatakan berat sebelah memberi keadilan kepada pihak-pihak yang bertikai.
(37)
Sebagaimana dijelaskan, dari segi pentadbiran, tindakan sudah dibuat untuk
memisahkan antara Mahkamah Syariah yang disebut sebagai institusi yang
mentadbir keadilan dan Majlis Agama sebagai pihak berkuasa utama selepas Ketua
Agama Islam dalam hal ehwal agama Islam dan Jabatan Kemuftian
bertanggungjawab mentafsirkan dalam perkara yang diklasifikasikan sebagai hukum
Syarak. (38)
Dalam hal atau perkara yang berkaitan dengan hukum Syarak, sesetengah negeri
cuba melakukan sendiri pindaan-pindaan dengan memanfaatkan peruntukanperuntukan di negeri-negeri lain yang dianggap terkehadapan dan negeri-negeri
berkenaan sedang atau akan berhadapan dengan masalah yang sama. Sebagai
contoh, dalam perkara status pemelukan Islam dalam kes percubaan keluar
agama(39) dan isu mengenai anak yang masih di bawah umur 18 tahun. Merujuk
beberapa kes yang diputuskan di Mahkamah Sivil dimana mahkamah ini tidak ada
bidang kuasa dalam menentukan status akidah seseorang,(40) malah sebaliknya, ia
menjadi kuasa badan perundangan negeri menggubal undang-undang dan memberi
bidang kuasa kepada Mahkamah-mahkamah Syariah untuk mendengar dan
memutuskan tindakan cuba keluar agama(41) atau status anak bawah umur di
bawah penjagaan seseorang. Misalnya peruntukan yang jelas dibuat oleh
sesetengah negeri yang menyebut bahawa seseorang yang didaftarkan memeluk
agama Islam hendaklah bagi semua maksud termasuk mana-mana undang-undang
Persekutuan atau negeri dan untuk semua masa diiktiraf sebagai seorang Islam dan
jika apa-apa soal timbul di dalam negeri sama ada seseorang itu telah memeluk
Islam dan orang itu tidak didaftarkan dalam daftar memeluk Islam atau tidak
didaftarkan di bawah mana-mana undang-undang negeri sebagai orang yang telah
memeluk Islam, maka soal itu hendaklah diputuskan oleh Mahkamah Syariah(42)
berdasarkan kepada hukum Syarak. Jika pada saat ia memeluk Islam, seseorang itu
sama ada lelaki atau perempuan ada mempunyai anak kandung atau anak angkat
yang belum mencapai umur baligh mengikut hukum Syarak, maka kanak-kanak
yang berada di dalam jagaannya hendaklah dianggap telah memeluk Islam. (43)
Terdapat juga negeri cuba memanfaatkan kuasa yang diberi oleh Perlembagaan
dengan menggubal undang-undang baru(44) atau mengembangkan undang-undang
induk yang sedia ada bagi memantapkan pentadbiran. (45)
Kebanyakan negeri telah menyelaraskan peruntukan hukuman sebagaimana
ditetapkan dalam Akta Mahkamah Syariah (Bidang kuasa Jenayah) 1984 (Pindaan)
dengan beberapa peruntukan dalam Akta/Enakmen Jenayah Syariah negeri-negeri
termasuklah hukuman sebat bagi kesalahan melibatkan akidah dan kesusilaan.
Umumnya, dari sudut kategori kesalahan adalah hampir sama iaitu kesalahan yang
berhubung dengan akidah, kesucian agama dan institusinya, kesusilaan, kesalahan
pelbagai dan lain-lain. Walau bagaimanapun, dalam perkara yang berkaitan dengan
pentadbiran undang-undang jenayah masih memerlukan kepada penelitian yang
menyeluruh terutama dari segi hukuman yang diperuntukkan. menggambarkan

ketidakselarasan penggubalan undang-undang bagi kesalahan jenayah Syariah


antara negeri-negeri. (46)
Manakala penggubalan undang-undang berkaitan lain misalnya undang acara mal
Syariah dan acara jenayah Syariah, umumnya hampir seragam kecuali dari aspek
pentadbiran lain misalnya undang-undang pentadbiran Mahkamah Syariah dimana
dari aspek takat bidangkuasa mal Mahkamah Syariah (Mahkamah Rendah Syariah
dan Mahkamah Tinggi Syariah) ada yang tidak selaras di antara satu negeri dengan
negeri yang lain. (47)
Secara umum dapatlah dibuat penelitian awal dalam perbincangan mengenai
pelaksanaan undang-undang Islam iaitu masih banyak lagi halangan-halangan yang
perlu ditangani terutama dari sudut mekanisme pentadbiran undang-undang tersebut
misalnya pelantikan hakim-hakim, bidang kuasa mahkamah yang terhad, tiada
panduan penjelasan kepada peruntukan undang-undang yang umum, prosedur yang
tidak lengkap, pertindihan dengan undang-undang lain, pelaksanaan perintah,
tafsiran peruntukan yang berbeza, masalah penyelarasan dan kerjasama negeri
atau pihak berkuasa dan lain-lain. (48)

4.KESIMPULAN
Secara umum, dapatlah disimpulkan bahawa negara ini telah melaksanakan
sebahagian undang-undang Islam. Dengan aspek tertentu, negeri-negeri dalam
Persekutuan telah melaksanakan undang-undang-undang Islam. Undang-undang
Islam yang ditadbir terus berkembang berbanding sebelum negara mencapai
kemerdekaan. Banyak pembaharuan telah dilakukan oleh pihak berkuasa agama
sama ada di peringkat Persekutuan mahupun di peringkat kerajaan-kerajaan negeri
selaras dengan perkembangan masyarakat Islam di negara ini. Dari semasa ke
semasa beberapa pindaan dibuat oleh Badan Perundangan Negeri masing-masing
selaras dengan kepentingan dan untuk kebaikan masyarakat sejauh yang
dibenarkan oleh Perlembagaan Persekutuan. Usaha-usaha untuk menyelaraskan
pentadbiran undang-undang Islam di negeri-negeri sedang dan terus dijalankan.
Sebagai sebuah negeri dalam Persekutuan harus mengambilkira kehendak Perkara
38 (2) (b) Perlembagaan Persekutuan untuk dilaksanakan oleh negeri-negeri
masing-masing.

HUDUD; REALITI ATAU RETORIK


May 18, 2014
Ustaz Idris Sulaiman

Hari ini masyarakat hangat membincangkan


tentang implimentasi hudud. Sepatutnya dalam hukum yang besar seperti ini kita bertanya sejauh
mana kefahaman kita tentang hudud yang ingin kita laksanakan.
Adakah kita maksudkan sekadar pelaksanaan hukuman ke atas beberapa jenayah yang digariskan
dalam hukum syariat, seperti jenayah zina, mencuri, qazaf, murtad. Adakah ini yang dimaksudkan
dengan hukum hudud? Atau hukum hudud itu sebenarnya lebih luas pengertiannya.
Hakikatnya fokus hukuman hudud tidak hanya kepada beberapa kesalahan jenayah semata-mata. Itu
cuma sebahagian kecil dari pelaksanaan syariat Islam. Ini yang kita risaukan. Kita risau mereka yang
hangat membincangkan tentang pelaksanaan hudud hakikatnya tidak faham maksud yang lebih luas
di sebaliknya.
Dari aspek Islam, pelaksanaan hudud sebenarnya memiliki motif dan objektif yang lebih luas, iaitu
fokusnya adalah menegakkan dan mempraktikkan syariat Islam secara keseluruhan dalam Negara.
Itu yang perlu kita amati. Adakah masyarakat di Malaysia sudah bersedia, adakah mereka
mempunyai kemampuan untuk melaksanakan hukuman hudud itu dengan ertikata yang sebenarnya.
PERSEDIAAN
Persoalan penting yang perlu dijawab; di manakah rujukan kita untuk melaksanakan syariat Islam di
Negara ini. Adakah kita mempunyai persediaan dari sudut pakar-pakar dalam bidang Islam yang
pelbagai. Pakar dalam bidang ilmu tafsir, hadis, fekah. Yang dimaksudkan di sini adalah ulama.
Adakah kita mempunyai ulama yang semestinya akan menjadi rujukan dalam kita hendak
melaksanakan syariat islam di Negara ini.
Ini persoalan yang perlu kita jawab secara jujur. Saya melihat Negara ini secara khasnya amat
kekurangan pakar-pakar ilmu islam. Kita tidak mempunyai ulama yang diiktiraf di persada
antarabangsa, yang kata-kata mereka menjadi rujukan di seluruh dunia. Ini menunjukkan
ketidaksediaan kita untuk melaksanakan hukuman hudud secara khasnya.
Antara permasalahan berkaitan hudud di mana wujud kesamaran di dalamnya, adalah sejauh mana
hukuman itu akan dilaksanakan.
Hukum hudud apabila dilaksanakan di sesebuah Negara, ia hendaklah dilaksanakan secara
menyeluruh melibatkan seluruh masyarakat. Hukum hudud itu tidak lain tidak bukan hanya
sebahagian dari pelaksanaan hukuman syariat di sesebuah Negara Islam.

Maka Negara yang melaksanakan hukuman hudud dengan benar adalah Negara yang melaksanakan
syariat Islam dengan ertikata yang sebenar; negara yang menjadikan syariat Islam sebagai undangundangnya yang tertinggi, yang menjadikan Al-Quran dan Al-Sunnah semata-mata sebagai sumber
hukum. Tidak selain dari itu.
Di beberapa Negara yang melaksanakan hudud, apabila mereka melaksanakan hukuman sebat
misalnya, kita dapati tukang sebat itu menutup mukanya supaya khalayak yang menyaksikan hukum
sebat itu tidak mengenalinya. Di sini timbul persoalan. Adakah ini cara melaksanakan hukum sebat?
Kita katakan secara tegas bahawa ini sama sekali bukan caranya, tetapi ia berlaku akibat
ketidaksediaan. Negara dan kerajaan itu tidak mempunyai kekuatan untuk melaksanakan hukuman
itu secara benar. Tukang sebat itu jelas takut akan keselamatannya, sedangkan hal ini tidak patut
berlaku sekiranya Negara itu sudah bersedia dan masyarakat sudah faham keperluan melaksanakan
hukum itu.
Dari aspek lain, apabila dilaksanakan hukum hudud, sama sekali kita tidak boleh fokus kepada
beberapa kesalahan jenayah yang melibatkan hukuman hudud itu, sebaliknya semestinya syariat
islam itu dilaksanakan secara keseluruhan kerana itu maksud dan tujuan pelaksanaan hukum hudud.
Maka bersediakah kita untuk menutup institusi-institusi perbankan riba, kilang-kilang arak,
menghalang penjualan arak di tempat awam, menutup tempat ibadah yang melakukan ritual syirik
secara terang-terangan di tempat awam? Bersediakah kita menutup tempat judi dan yang
bercanggah dengan syariat Islam?
Bersediakah kita menutup kedai-kedai apabila tiba waktu solat dan solat Jumaat secara khasnya,
adakah kita mempunyai kekuatan dari pihak kerajaan dan sokongan dari rakyat? Adakah rakyat
sudah mempunyai kefahaman tentang syariat islam, dan bukan tentang hal-hal hudud sahaja.
Jika kita tidak bersedia, tetapi kita sekadar melaungkan hukuman hudud, ini menunjukkan
ketidakfahaman dan kedangkalan pemikiran kita tentang hukum hudud secara khasnya dan agama
Islam secara amnya.
Kita tidak wajar terburu-buru, kerana terburu-buru akan buruk padahnya. Pepatah arab mengatakan,
Barang siapa terburu-buru mencapai sesuatu sebelum tiba masanya, akhirnya dia akan terhalang
dari mendapatkannya.
Kita perlu menginsafi dan mengambil pelajaran dari metod yang diambil oleh Rasulullah SAW.
Apabila Baginda berdakwah kepada Islam, tentu sahaja Baginda berdakwah secara menyeluruh dan
tidak hanya pada aspek agama yang tertentu sahaja. Bagaimanapun, kita melihat Rasulullah
berdakwah secara berperingkat.
Baginda tidak terus fokus kepada melaksanakan hudud. Sebaliknya sepanjang Baginda di Mekah
selama 13 tahun, baginda fokus pada aspek penting yang menjadi dasar kepada hukuman hudud itu.
Tidak lain tidak bukan adalah akidah, aspek tauhid yakni mengesakan Allah SWT di dalam ibadah
dan membasmi segala bentuk syirik dan penyembahan selain Allah SWT.
Ini metod Rasulullah SAW yang perlu kita contohi. Kita perlu fokus pada memperbetulkan akidah
tauhid masyarakat. Kita perlu jelaskan kepada masyarakat tentang asas agama ini, yang mana saya
dapati terdapat banyak kekurangan yang perlu dibetulkan dalam asas akidah itu. Kita melihat
masyarakat masih terpalit dengan kepercayaan khurafat, meminta kepada kuasa-kuasa ghaib selain
Allah SWT. Masyarakat masih mendatangi bomoh yang ini semua menyalahi ajaran Islam bahkan
meruntuhkan akidah.
Maka seperti mana yang disebutkan oleh seorang ulama hadis yang bernama syaikh Muhammad
Nasiruddin Al-Albani, beliau rahimahullah melihat bahawa masyarakat Islam pada hari ini sewajarnya

terus maju ke arah memperkasakan agama Islam yang merangkumi hudud juga tetapi dengan
bermula dengan asas, iaitu bermula dengan akidah; memperbetulkan akidah masyarakat,
memperbetulkan ibadah masyarakat dan membasmi segala amalan bidah.
Masyarakat Islam secara amnya dan para ilmuan harus fokus memperbetulkan pemahaman
masyarakat terhadap agama Islam di samping menerapkan aspek-aspek ajaran Islam yang sebenar,
yang jauh dari kepercayaan dan amalan syirik, khurafat, bidah, maksiat dan seumpamanya. Beliau
rahimahullah meringkaskan hal ini dengan rangkap tasfiyah dan tarbiyah.
Perlu tasfiyah dan tarbiyah
Tasfiyah bermaksud membersihkan agama Islam dari segala yang terpalit dalam ajaran Islam yang
bukan daripada ajaran Islam. Di samping tasfiyah perlu ada tarbiyah; mendidik masyarakat Islam
akan ajaran Islam yang sebenarnya.
Apabila asas ini kita ambil dan apabila masyarakat mempunyai kefahaman, insyaAllah pada ketika itu
masyarakat dan kerajaan akan bersedia untuk melaksanakan hukuman hudud. Tetapi kalau
masyarakat atau kerajaan tidak mempunyai kefahaman yang benar dan menyeluruh tentang ajaran
Islam, masakan mereka dapat melaksanakan hukuman hudud dengan ertikata yang benar.
Masyarakat Islam pada hari ini di Negara kita secara khasnya masih lagi tidak faham ajaran Islam itu
dengan erti sebenar. Kita dapati masih banyak ajaran sesat, masih ada yang menganut ajaran Syiah,
masih ramai yang berpegang dengan ajaran sufi yang berzikir secara menari-nari, menyanyi-nyanyi,
terlompat-lompat. Adakah ini dari ajaran Islam? Kita katakan secara tegas, sama sekali tidak.
Ini yang perlu dibasmi dan dibetulkan terlebih dahulu. InsyaAllah apabila usaha gigih ke arah
memperbetulkan keadaan masyarakat di Negara ini diambil, pada ketika itulah mereka akan bersedia
secara automatik, bahkan masyarakat akan menuntut dan kerajaan juga akan berusaha ke arah
melaksanakan hukuman hudud itu.
Jika tidak, laungan melaksanakan hudud itu sebenarnya hanyalah retorik, omong-omong kosong
semata-mata untuk mengalih tumpuan, mendapatkan sokongan dari masyarakat awam yang tidak
memahami Islam dalam ertikata sebenar. Akhirnya masyarakat awam itu dipermainkan oleh pihakpihak yang berkepentingan, dan akhirnya seluruh Negara akan rugi kerana membuang masa di
dalam hal yang tidak memberi faedah yang diinginkan. Wallahu alam.
Artikel ini disiarkan di akhbar pada Jumaat, 16 Mei 2014
Share this:

Halangan perundangan yang jelas ialah Akta Mahkamah Syariah (Bidang kuasa Jenayah) 1965
mengehadkan skop kuasa Mahkamah Syariah. Seksyen 2 Akta itu memperuntukkan bahawa:
Mahkamah Syariah yang ditubuhkan dengan sempurnanya di bawah mana-mana undang-undang
dalam sesuatu negeri dan diberi bidang kuasa ke atas orang-orang yang menganuti agama Islam dan
berkenaan dengan mana-mana perkara yang disebut satu persatu dalam Senarai II bagi Senarai
Negeri dalam Jadual Kesembilan kepada Perlembagaan Persekutuan adalah dengan ini diberi bidang
kuasa berkenaan dengan kesalahan-kesalahan terhadap rukun-rukun agama Islam oleh orang-orang
yang menganuti agama tersebut yang boleh ditetapkan di bawah mana-mana undang-undang
bertulis:
Dengan syarat bahawa bidang kuasa sedemikian tidaklah boleh dijalankan berkenaan dengan apaapa kesalahan yang boleh dihukum penjara selama tempoh melebihi tiga tahun atau denda melebihi

lima ribu ringgit atau sebatan melebihi enam kali atau apa-apa gabungan hukuman-hukuman
tersebut.
Akta ini menetapkan had dari sudut jenis atau skop kesalahan iaitu kesalahan-kesalahan terhadap
rukun-rukun agama Islam oleh orang-orang yang menganuti agama tersebut. Buat masa ini skop
kesalahan ini ditafsirkan secara luas sesuai dengan keluasan Syariah Islam itu sendiri.
Dalam enakmen-enakmen jenayah syariah yang sedia ada sudah mengandungi kesalahan-kesalahan
seperti berjudi, mencuri, zina, sumbang mahram, persetubuhan luar tabii dan seumpamanya.
Bahkan bentuk kesalahan yang ada dalam jenis hukum hudud seperti zina dan qazaf pun sudah ada
dalam undang-undang hari ini. Lihat contohnya seksyen 22 hingga 38 Enakmen Jenayah Syariah
(Selangor) 1995.

Sesetengah kesalahan yang disebut dalam enakmen ini sebenarnya juga diperuntukkan dalam
Kanun Keseksaan.
Contohnya seseorang yang didakwa melakukan kesalahan liwat, dia tertakluk kepada dua undangundang iaitu enakmen jenayah syariah dan juga Kanun Keseksaan. Berdasarkan hakikat ini dapat
disimpulkan bahawa kewujudan kesalahan-kesalahan seperti mencuri, bunuh dan lain-lain seperti
yang disebutkan dalam Enakmen Jenayah Syariah 2 Kelantan adalah tidak bercanggah dengan Akta.
Jika hukuman bagi kesalahan itu ada disebut dalam ajaran Islam, maka ia juga sepatutnya dianggap
sebagai sebahagian dari jenayah Syariah.
Namun demikian, seksyen 2 mengehadkan bidang kuasa jenayah mahkamah Syariah dari sudut
hukuman. Mahkamah Syariah tertakluk kepada had hukuman maksimum tiga tahun penjara atau
denda RM5,000 atau enam sebatan atau gabungan mana-mana hukuman terbabit.
Had inilah merupakan halangan sebenar kepada enakmen jenayah syariah Kelantan dan
Terengganu.
Memandangkan enakmen jenayah Syariah menetapkan hukuman yang lebih tinggi seperti iaitu
seratus rotan dan penjara yang lebih lama, maka ia dikira pertentangan dengan Akta.
Demikian juga hukuman yang tidak disebut oleh akta itu seperti rejam dan potong tangan tidak boleh
berkuat kuasa kerana bertentangan dengan Akta. Mana-mana undang-undang negeri yang
bercanggah dengan undang-undang Persekutuan akan dikira tidak sah dan batal.
Bagi mengatasi halangan ini Parlimen perlu membuat pindaan ke atas Seksyen 2 Akta Mahkamah
Syariah (Bidang kuasa Jenayah) 1965 iaitu dengan menaikkan had yang disebut itu sesuai dengan
kadar yang ditetapkan oleh enakmen-enakmen terbabit.
Bercanggah Perlembagaan?
Isu kedua adalah berkaitan dengan percanggahan antara enakmen jenayah syariah Kelantan dengan
Perlembagaan Persekutuan. Perkara 4 secara jelas menyebut bahawa Perlembagaan Persekutuan
adalah undang-undang tertinggi dan mana-mana undang-undang yang bercanggah dengannya
adalah terbatal.
Mana-mana akta atau Enakmen, termasuk enakmen jenayah syariah tidak boleh bercanggah dengan
Perlembagaan.
Aspek yang disebut bercanggah ialah Perkara 74 memperuntukkan agihan kuasa antara negeri dan
Persekutuan berdasarkan Jadual Kesembilan. Kerajaan persekutuan dan negeri hanya boleh

membuat undang-undang dan mentadbir dalam ruang bidang kuasa masing-masing.


Jika mana-mana kerajaan membuat undang-undang di luar bidang kuasanya, undang-undang itu
adalah pertentangan dengan Perlembagaan.
Oleh itu enakmen ini dianggap bercanggah dengan Perlembagaan kerana ia mengadakan kesalahankesalahan seperti mencuri, membunuh, merompak yang sebahagian besarnya bertindan dengan
kesalahan-kesalahan yang termasuk di dalam Senarai Persekutuan, Jadual Kesembilan dan
kesalahan-kesalahan ini terdapat dalam undang-undang Persekutuan iaitu Kanun Keseksaan.
Ini juga bercanggah dengan butiran 1, Senarai Negeri yang mengehadkan kuasa membuat undangundang jenayah Islam setakat mana ia tidak berkaitan dengan perkara-perkara yang termasuk dalam
Senarai Persekutuan.
Namun begitu dakwaan bahawa ia bercanggah dengan perlembagaan masih boleh dipertikaikan. Ini
kerana, jika ia dianggap bercanggah maka undang-undang ke atas kesalahan berjudi, mencuri, zina,
sumbang mahram, persetubuhan luar tabii, zina dan qazaf yang sedia ada kini dalam enakmenenakmen jenayah syariah negeri juga dianggap bercanggah.
Namun setakat ini tiada orang yang mencabarnya, dan ia diterima umum sebagai undang-undang
yang sah.
Pertembungan kuasa
Contoh terbaik untuk menggambarkan pendekatan mahkamah dalam kes ini ialah kes Mamat bin
Daud lwn. Kerajaan Malaysia (1988) 1 MLJ 119. Dalam kes ini plaintif-plaintif telah dituduh di bawah
seksyen 298A Kanun Keseksaan, yang baru dipinda bagi menambah satu kesalahan baru iaitu
melakukan tindakan di atas asas agama, yang boleh menjejaskan perpecahan atau menyebabkan
atau menjejaskan keharmonian di antara rakyat yang menganut agama yang sama atau berbeza.
Mereka dituduh melakukan tindakan yang menjejaskan perpaduan di kalangan masyarakat Islam iaitu
apabila bertindak sebagai bilal, khatib dan imam yang tidak bertauliah. Mereka menuntut
pengisytiharan bahawa s. 298A adalah ultra vires dengan Perkara 74 kerana ia secara inti pati dan
isi (pith and substance) berkaitan dengan agama Islam yang tertakluk kepada bidang kuasa negeri,
dan Parlimen tidak ada kuasa untuk membuat undang-undang tersebut.
Setelah meneliti secara terperinci, Mahkamah Agung telah memutuskan dengan majoriti tiga daripada
lima orang hakim, bahawa tindakan yang dilarang oleh akta tersebut tiada kaitan langsung dengan
keselamatan awam yang tertakluk kepada bidang kuasa Persekutuan, sebaliknya ia menyentuh
secara langsung dengan agama Islam yang terletak di bawah bidang kuasa negeri. Menurut Salleh
Abas KHN :
Dengan melihat dari sudut pandangan yang sepatutnya, setakat untuk perlaksanaan ke atas orangorang Islam, seksyen yang dipertikaikan ini adalah satu undang-undang yang bertujuan untuk
memastikan agama Islam diamalkan di negara ini menepati panduan, aturan dan amalan yang
dibenarkan oleh negeri-negeri. Dalam meluluskan seksyen yang dipertikaikan ini, saya tidak fikir
bahawa Parlimen boleh bergantung kepada kuasa perundangan berasaskan ketenteraman awam
kerana penggunaan kuasa tersebut akan menyebabkan pertembungan secara langsung dengan
kuasa kerajaan negeri untuk membuat undang-undang dan mengawal urusan amalan agama Islam.
Seah dan Mohamad Azmi HHMA yang turut bersetuju dengan keputusan pengisytiharan pembatalan
seksyen berkenaan menjelaskan;
apa yang perlu diambil kira adalah isi atau inti pati kepada sesuatu statut bukannya bentuk atau
sifat luarannya sebanyak mana pun kosmetik digunakan untuk membuat hiasan perundangan
tidak dapat menutup penyamaran dalam perundangan.
Matlamat, tujuan dan bentuk seksyen yang berkenaan mesti diterokai untuk mengenal pasti rupa
sebenar dan inti pati sesuatu undang-undang dan untuk mengenal pasti kategori undang-undang

tersebut
Hujah majoriti berkisar di sekitar tujuan dan matlamat sebenar yang membawa kepada kewujudan
seksyen 298A Kanun Keseksaan itu. Walaupun diakui bahawa ia mempunyai kaitan dengan
ketenteraman awam, tetapi hubungannya dengan pengamalan agama Islam adalah lebih dekat dan
hampir dengan tujuan undang-undang itu diperkenalkan.
Keputusan ini memberikan perlindungan kepada kuasa perundangan terpenting kerajaan negeri iaitu
hal ehwal agama Islam.
Contohnya dalam kes terdahulu iaitu Tengku Nik Maimunah lwn Majlis Ugama dan Adat Melayu
Negeri Terengganu [1979] 1 MLJ 157, mahkamah telah memutuskan bahawa persoalan wakaf adalah
di bawah bidang kuasa negeri berdasarkan Perkara 74 dan Senarai Negeri, Jadual Kesembilan,
maka undang-undang negeri yang berkaitan iaitu Enakmen Pentadbiran Undang-undang Islam
Terengganu 1955 adalah berkuat kuasa.
Selagi negeri-negeri tidak menyerahkan kuasa membuat undang-undang kepada kerajaan
Persekutuan melalui beberapa mekanisme seperti Perkara 76 yang membenarkan kerajaan
Persekutuan membuat undang-undang di bawah bidang kuasa kerajaan Negeri dengan sebab-sebab
tertentu, selagi itulah Negeri mempunyai kuasa perundangan mutlak ke atas urusan agama Islam.
Jika di lihat kepada pendekatan yang telah digunakan dalam kes-kes ini, kita dapat andaikan bahawa
enakmen jenayah syariah yang melibatkan hudud dan qisas di Kelantan dan Terengganu adalah tidak
bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.
Langkah penyelesaian
Walau bagaimana pun, halangan utama ialah halangan politik. Jika ada kemahuan politik kekangan
yang wujud dalam Perlembagaan Persekutuan atau mana-mana akta boleh dirungkaikan dengan
mudah. Jika kekangan politik ini dapat diatasi tindakan yang wajar dilakukan untuk menjamin
kelancaran pelaksanaan undang-undang jenayah Islam dengan meminda Akta Mahkamah Syariah
(Bidang kuasa) 1965 bagi membolehkan Mahkamah Syariah membicarakan kes-kes jenayah
berkaitan dan menjatuhkan hukuman-hukuman seperti potong tangan, sebat dan mati.
Peluasan kuasa ini bukan hanya dapat dinikmati oleh Kelantan dan Terengganu, bahkan juga untuk
negeri-negeri lain.
Selain itu, bagi memberikan laluan yang lebih selesa, agar tidak dianggap wujud percanggahan
antara enakmen jenayah syariah dan undang-undang Persekutuan, maka perkataan kecuali
mengenai perkara-perkara yang termasuk dalam senarai Persekutuan perlu digugurkan dari Butiran
1 Senarai Negeri.
Bagi memberikan ruang yang lebih selesa perkataan jenayah syariah dan skopnya perlu dimasukkan
dalam Senarai Negeri.
Pilihan yang lain ialah dengan memberikan kuasa khusus kepada Kelantan dan Terengganu untuk
meluluskan dan menguatkuasakan undang-undang berkaitan jenayah. Pada dasarnya bidang kuasa
jenayah adalah di bawah bidang kuasa Pusat melalui Jadual Kesembilan Perlembagaan, namun
Parlimen boleh meluaskan kuasa kerajaan negeri melalui Perkara 76A. Oleh itu enakmen jenayah
syariah boleh berkuat kuasa jika ia diberikan laluan melalui kaedah ini.
Hak bukan Islam
Pemimpin dan rakyat bukan Islam tidak seharusnya gusar dengan penguatkuasaan undang-undang
jenayah syariah di Kelantan. Undang-undang yang diluluskan itu hanya meliputi orang-orang Islam
sahaja. Oleh itu penganut agama lain tidak tertakluk kepada undang-undang hudud.
Selain itu, persoalan hak asasi sewajarnya menjadi pertimbangan pemimpin dan rakyat bukan Islam.

Ini kerana hasrat untuk diadili melalui undang-undang Islam adalah sebahagian dari hak asasi rakyat
Kelantan untuk beramal dengan agama sebagai mana yang diperuntukkan di bawah Perkara 11
Perlembagaan Persekutuan.
Jika mereka dihalang untuk mendapat keadilan melalui sistem perundangan Islam, mereka
sebenarnya dinafikan hak asasi untuk mengamalkan agama mereka sendiri.
Selain itu, hak untuk diadili dengan undang-undang jenayah syariah juga merupakan hak demokratik
rakyat Kelantan. Pas secara terbuka dan jelas menyatakan hasratnya untuk menguatkuasakan
undang-undang Islam.
Undi majoriti yang diberikan kepada Pas di Kelantan pada pilihan raya umum 1990, 1995, 1999, 2004
dan 2008 membuktikan kewujudan hasrat rakyat Kelantan untuk mengamalkan undang-undang
jenayah Islam. Menghalang pelaksanaan Enakmen Kanun Jenayah Syariah bermakna menafikan hak
demokratik rakyat Kelantan.
Selain itu perlu diingat juga bahawa undang-undang berkenaan hanya mahu dilaksanakan di
Kelantan. Kedudukan Kelantan sebagai sebuah negeri yang mempunyai ciri-ciri khusus perlu
dihormati.
Penghayatan kepada semangat federalime meliputi pengiktirafan perbezaan yang wujud antara satu
negeri dengan negeri lain. Fakta bahawa undang-undang tersebut mendapat sokongan kerajaan dan
juga pembangkang di Kelantan juga satu yang unik.
Seruan dan titah Baginda Sultan Kelantan agar undang-undang itu dikuatkuasakan mengukuhkan
pandangan bahawa Kelantan perlu dibenarkan menjalankan undang-undang hudud.
Tegasnya, kini terpulang kepada pihak berkuasa khususnya kerajaan Persekutuan untuk
menggerakkan langkah bagi memberikan laluan perlaksanaan undang-undang hudud di Kelantan.
Sebenarnya kebenaran perlaksanaan Enakmen Jenayah Syariah 2 Kelantan boleh dilakukan oleh
kerajaan Persekutuan tanpa perlu menunggu usul Rang Undang-undang Persendirian dari wakil
Kelantan.
Jalan yang paling mudah ialah dengan meminda Seksyen 2 Akta Mahkamah Syariah (Bidang kuasa
Jenayah) 1965. Pindaan ini boleh diusulkan oleh Menteri kerajaan Persekutuan menggunakan
kaedah biasa. Ia boleh diluluskan dengan sokongan majoriti mudah, tanpa perlu persetujuan dua per
tiga ahli Parlimen.
Dr Muhammad Fathi Yusof
Pensyarah Kanan
Felo Penyelidik (Undang-undang dan Perlembagaan)
Pusat Penyelidikan Fiqh Sains dan Teknologi
UTM Kuala Lumpur.
* Ini adalah pendapat peribadi penulis yang dipetik dari blog beliau sendiri dan tidak
semestinya mewakili pandangan Sinar Harian Online.

ARTIKEL BERKAITAN

Walaupun kesalahan berzina dan qazaf boleh ditafsirkan sebagai kesalahan melanggar perintah
agama sebagaimana yang termaktub dalam Perlembagaan hukuman hudud sebagaimana yang telah
ditetapkan di dalam Al Quran tidak dapat dijatuhkan kerana Dewan Undangan Negeri tidak

berkemampuan menggubal hukuman tersebut sebagai hukuman selepas disabitkan. Akta


Bidangkuasa Jenayah (Mahkamah Syariah) 1984 hanya memperuntukkan Dewan Undangan Negeri
boleh mengadakan kesalahan melanggar perintah agama Islam yang hukumannya tidak melebihi tiga
tahun penjara lima ribu ringgit denda dan enam kali sebatan.

Dalam hal yang demikian selagi Akta ini tidak dipinda hukuman maksimum yang boleh dikenakan
adalah sebagaimana yang telah dinyatakan di atas. Akta ini telah menghalang pelaksanaan hukuman
hudud sebagaimana yang ditentukan oleh Al Quran dan Al Sunnah. Akta ini perlu dimansuhkan
terlebih dahulu sebelum Dewan Undangan Negeri dapat menggubal undang-undang bagi
meaksanakan hukuman hudud.

PERANCANGAN
Taraf Mahkamah Syariah masih jauh lebih rendah dari mahkamah sivil dari sudut perjawatan,
prasarana, gaji dan bidangkuasa. Majlis Kebangsaan Hal Ehwal Islam pada bulan Julai lepas telah
meluluskan syor penstrukturan semula mahkamah syariah yang akan mewujudkan 5 peringkat
mahkamah sebagaimana mahkamah sivil. Hakim-hakim mahkamah tinggi syariah ke atas tidak akan
lagi diletakkan sebagai penjawat awam tetapi dalam skim khas sebagaimana rakan mereka di
mahkamah sivil.
Dengan pewujudan skim khas ini sudah pasti peranan mahkamah syariah menjadi besar dan
mempunyai justifikasi untuk mendapatkan lebih banyak bidangkuasa. Ini termasuklah memansuhkan
Akta Bidangkuasa Jenayah (Mahkamah Syariah) 1984 bagi membolehkan sebahagian hukuman
hudud dilaksanakan tanpa perlu pindaan Perlembagaan.

Strategi ini juga bagi membolehkan mahkamah syariah bersedia menerima kes-kes hudud yang lebih
kompleks berbanding dengan kes kekeluargaan sahaja. Jika dengan tiba-tiba sahaja mahkamah
syariah diberikan kuasa melaksanakan hukuman hudud sedangkan prasarana dan persediaan tidak
mencukupi adalah dikhuatiri ia akan menjadi fitnah kepada agama Islam pula. Difahamkan Majlis
Raja Raja akan bersidang pada bulan Oktober ini bagi membincangkan syor penstrukturan semula
Mahkamah Syariah ini dan diharapkan ia dapat dipekenankan oleh DYMM Raja Raja Melayu.

KESIMPULAN
Melaksanakan Undang-Undang Hudud adalah kewajipan orang Islam. Namun masih terdapat
halangan-halangan yang perlu dilupuskan bagi melaksanakan undang-undang hudud di Malaysia.
Semua pihak perlu ikhlas di dalam usaha bagi melaksanakan undang-undang hudud di Malaysia.
Mahkamah Syariah perlu bersedia menerima kes-kes hudud untuk didengar oleh mereka. Latihan
dan pengalaman perlu dicari bagi mengelakkan penghakiman kelak bertentangan dengan prinsip
Islam itu sendiri disamping mengelakkan salahtanggapan terhadap agama Islam. Kerjaan
Perseketuan perlu segera meminda Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan dan
memansuhkan Akta Bidangkuasa Jenayah (Mahkamah Syariah) 1984 bagi membolehkan negerinegeri menggubal undang-undang bukan sahaja hudud tetapi undang-undang lain yang melanggar
perintah agama Islam.

Dalam masa yang sama, perlu juga dipentingkan bahawa dalam keadaan kegawatan ekonomi, sosial
dan kebejatan akhlak umat Islam yang begitu ketara, factor-faktor non-legal ini juga perlu diberi
penekanan. Sistem ekonomi, pendidikan, tataatur masyarakat dan pemantapan aqidah perlu juga
diperbaiki seiring dengan tuntutan melaksanakan hukuman hudud di Malaysia.
Hudud adalah batasan-batasan yang telah digariskan supaya umat Islam tidak melanggarinya.
Batasan-batasan ini bukan hanya dalam aspek jenayah sahaja tetapi juga dalam setiap detik
kehidupan kita. Janganlah diambil Islam itu dalam kompartmen tertentu sahaja tetapi Islam
semestinya diambil secara keseluruhannya.
Adalah amat penting mendapat komitmen daripada Kerajaan Persekutuan bagi melaksanakan
hukuman hudud ini. Tanpa pindaan Perlembagaan dan pemasuhan Akta Bidangkuasa Mahkamah
Syariah 1984 mungkin undang-undang hudud akan dicabar di mahkamah kelak. Sudah sampai
masanya umat Islam bersatu bagi membuang semua halangan bagi pelaksaan undang-undang Islam
bukan memberi pelabagai alasan untuk tidak melaksanakannya.

Adalah amat menyedihkan di dalam menegakkan hujah masing-masing terdapat golongan yang telah
menegenepikan tuntutan Al Quran dan seolah-olah mempertikaikan nas-nas yang sahih di dalamnya.

Anda mungkin juga menyukai