Anda di halaman 1dari 19

AKTA FITNAH DAN QAZHAF ZINA: PEMBELAAN TERHADAP WANITA.

Oleh:
Norazlina bt Abdul Aziz
Liziana bt Kamarul Zaman.
UiTM Johor
PENDAHULUAN
Pada bulan September 2002, Dewan Undangan Negeri Terengganu telah meluluskan
Rang Undang-Undang Jenayah Syariah (Hudud dan Qisas) Rang Undang-Undang itu
yang dijangka akan digazetkan pada bulan Disember tahun yang sama. Walau
bagaimanapun ia tidak berjaya dikuatkuasakan sehingga ke hari ini. Di antara cetusan
kontroversi yang wujud di dalam rang undang-undang tersebut adalah berkaitan hukuman
qazaf zina yang dikenakan ke atas seorang wanita yang menuduh dirinya dirogol oleh
seorang lelaki tetapi tidak berjaya membuktikan tuduhan itu.1
Misalan yang jelas adalah, dalam Islam pengertian zina termasuklah liwat dan
persetubuhan haram pula adalah salah satu rukun yang perlu dipenuhi. Musahaqah 2 pula
mengikut jumhur tidak sama dengan zina. Enakmen dan akta negeri telah membezakan
setiap satunya3. Hukuman yang diperuntukkan juga turut dibezakan. Namun apa yang
paling penting adalah hukuman itu sendiri telah ditetapkan sebelum seseorang itu
dibicarakan dan tidak ada hukuman alternatif jika elemen-elemen di dalam seksyen gagal
dibuktikan.
Mungkin jika dilihat dari satu segi ada sedikit persamaan antara enakmen dan akta
ini dengan apa yang disyariatkan di dalam Islam, iaitu dari segi pesalah akan dikenakan
hukuman sebat jika sabit kesalahan. Namun begitu jika diteliti, seseorang yang akan
disebat itu akan dijalankan mengikut cara undang-undang sivil. Ianya jelas bahawa bukan
1

Bernama/Sin Chew Daily/Asia News etwork: http://newsbreaks.infotoday.com/nbreader.


Menurut Seksyen 2 Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997, Musahaqah
ialah perhubungan seks sesama perempuan.
3
Rujukan di buat kepada 4 enakmen negeri: Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995;Enakmen Jenayah
(Syariah) Perak 1992;Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Negeri Pulau Pinang) 1996;Enakmen
Kesalahan Syariah (Negeri Melaka) 1991
2

sahaja bilangan sebatannya berbeza tetapi juga cara perlaksanaan hukumannya juga
berbeza (tiada penekanan kepada penjagaan aurat serta cara hayunan tangan tukang
hukum yang berbeza).
Maka di dalam perbincangan artikel ini, beberapa Enakmen Negeri berkenaan
Jenayah Syariah akan dikupas dan diteliti satu persatu peruntukkannya sama ada benar
wujud akan peruntukan yang sama aplikasinya dengan peruntukkan jenayah syariah yang
sebagaimana telah digariskan oleh Syariat Islam di dalam Al Quran dan Hadith.
Perbandingan juga akan dibuat dengan peruntukan undang-undang sivil berkaitan fitnah
dengan mengkhususkan perbincangan terhadap fitnah berkaitan fitnah berzina terhadap
wanita suci.
QAZHAF ZINA MENURUT PENDEKATAN ISLAM
Hudud dari segi bahasa bermaksud cegah (al manu) iaitu mencegah manusia daripada
melakukan kesalahan yang membawa daripada melakukan kesalahan yang membawa
kepada perlaksanaan hukuman itu. Ia juga merupakan perkataan jamak yang mufradnya
ialah had. Manakala dari segi bahasa bermakna menahan atau mencegah dan dari segi
syara bermaksud keseksaan yang ditetapkan. Jenayah ini dihukum dengan hukuman yang
tetap (uqubah muqaddarah) yang disifatkan sebagai satu hak Allah dan bukannya
manusia 4. Maksud ditetapkan ialah hukumanya telah ditetapkan oleh syara tentang kadar
dan jenisnya. Pemerintah atau hakim tiada hak untuk kurang, tambah atau ubah apabila
cukup syarat-syarat perlaksanaanya.Ia merupakan hak Allah,yang membezakan ianya dari
Qisas dan Taazir. Pembahagiannya menurut jumhur ulama adalah tujuh iaitu :
Zina
Qazf
Sharbu/Minum Arak
Shariqah/Curi
Hirabah/Rompak
4

Abdur Rahman I. Doi.1995. Undang-Undang Syariah. Dewan Bahasa dan Pustaka,Kuala Lumpur. m.s
304

Murtad
Baghawah/Memberontak
Definisi Qazhaf Zina
Qazhaf Zina ditafsirkan sebagai: Menuduh muhsan (orang baik-baik) seseorang itu
berzina atau menafikan nasab seseorang tanpa dapat mendatangkan 4 orang saksi adalah
melakukan kesalahan Qazaf. Firman Allah s.w.t yang bermaksud:
Dan orang-orang yang melemparkan tuduhan zina kepada perempaunperempuan yang terpelihara kehormatannya, kemudian mereka tidak
membawa empat orang saksi, maka sebatlah mereka delapan puluh kali
sebat, dan janganlah kamu menerima persaksian mereka itu selamalamanya, kerana mereka itu adalah orang-orang yang fasiq.5
Ia juga turut ditakrifkan sebagai melemparkan tuduhan zina kepada orang yang baik lagi
suci atau menafikan keturunannya.6
Qazaf dalam jinayah syariah terbahagi kepada dua bahagian: i) Qazaf yang pesalah-pesalahnya boleh dikenakan hukuman hudud, seperti seseorang
menuduh seseorang yang baik lagi suci berzina tanpa mengemukakan empat orang
saksi lelaki yang adil.
ii) Qazaf yang pesalah-pesalahnya boleh dikenakan hukuman ta'zir, seperti seseorang
menuduh seseorang yang lain kufur, mencuri, minum arak atau murtad dan
sebagainya, termasuk mencaci memaki dan lain-lainnya yang boleh menjatuhkan
maruah seseorang dan menghinanya.

5
6

Al-Quran Surah An-Nur: Ayat 4


Haji Said Haji Ibrahim. 1996.Qanun Jinayah Syariyah. Darul Marifah,Kuala Lumpur. m.s 55

Elemen-elemen Qazaf Zina


i)

Adanya pertuduhan zina

ii)

Syarat-syarat makzuf (mangsa) serta qazif (pesalah)

iii)

Niat

Hukuman
Seseorang itu boleh dihukum dengan 80 kali sebatan. Jika terdapat fitnah-fitnah lain yang
dilakukan oleh seseorang selain dari menuduh berzina atau menafikan nasab, pesalah
boleh dikenakan taazir. Dalil pensyariatannya adalah berdasarkan kepada Firman Allah
s.w.t: Dan mereka yang menuduh perempuan-perempuan yang baik-baik
(muhsan) berzina kemudian tidak membawa empat saksi maka pukullah
mereka lapan puluh kali.7
Pertuduhan Zina Oleh Suami Kepada Isteri
Seorang suami yang menuduh isterinya berzina, perlu mendapatkan 4 orang saksi yang
melihat perbuatan zina itu dilakukan oleh isterinya. Seandainya hanya dia seorang sahaja
yang melihat, maka di dalam Islam dia tidak berjaya membuktikan bahawa isterinya telah
berzina. Ia juga mampu mendedahkan suami tadi kepada satu pertuduhan Qazaf. Firman
Allah swt yang bermaksud: Dan orang-orang yang menuduh isterinya berzina, sedang mereka tidak
ada saksi-saksi (yang mengesahkan tuduhannya itu) hanya dirinya
sendiri, maka persaksian (yang sah pada syara`) bagi seseorang yang
menuduh itu hendaklah ia bersumpah dengan nama ALLAH 4x, bahawa
sesungguhnya ia dari orang-orang yang benar. Dan sumpah yang ke5
7

Al-Quran Surah Al-Nur: Ayat 4

(hendaklah ia berkata): Bahawa laknat ALLAH akan menimpa dirinya


jika adalah ia dari orang-orang yang dusta." 8
Saksi merupakan sumber bukti atau keterangan yang kuat di dalam Islam.
Kehadiran bukti-bukti lain yang menjurus kepada zina, hanyalah merupakan qarinah9 Dr.
Muhd. Rafat Uthman. . Pasangan suami isteri hanya boleh menjadikan bukti untuk kes
syiqa yang bermaksud satu perbalahan yang melampau yang berkaitan dengan
kehormatan.
Seseorang suami yang hendak melepaskan dirinya dari hukuman had qazaf
hendaklah menarik balik tuduhan zina terhadap isterinya dan meminda dakwaannya
daripada qazaf kepada li`an. Li`an ialah suami dikehendaki mengangkat sumpah
"WALLAHI, WABILLAHI, WATALLAHI" bahwa tuduhan isterinya telah berzina adalah
benar. Suami dikehendaki bersumpah sebanyak emrat kali. Kemudian ketika sumpah
kelima suami hendaklah meminta laknat bala bencana malapetaka daripada Allah s.w.t.
seandainya dia berbohong.
Bila berlaku sebegitu, sekiranya si isteri hendak menafikan daripada dikenakan
hukuman zina, maka si isteri perlu membalas li`an suaminya dengan bersumpah sebanyak
empat kali pula, dengan mengatakan bahwa suaminya berbohong dan kali yang ke5 dia
juga kena minta laknat daripada Allah swt sekiranya suaminya benar. Bila selesai lian
kedua-dua suami dan isteri maka mahkamah hendaklah membubarkan perkahwinan
mereka kerana perhubungan mereka sudah dikira sebagai "ba`in kubra". Iaitu haram
dengan tidak dibenarkan bagi suami isteri yang terbabit itu kembali sebagai suami isteri,
samada dengan cara rujuk, atau cara kahwin semula, ataupun dengan cara cina buta
sekalipun. Ini disebabkan bahwa perkahwinan mereka adalah diharamkan selamalamanya.

Al-Quran Surah an-Nur: Ayat 6-7


Dr. Wahbah al-Zuhayl(penterjemah: Md Akhir Haji Yaacob.1995.Fiqh Perundangan Islam jilid V. Dewan
Bahasa & Pustaka, Kuala Lumpur.m.s 104. Dalam kitab Majallah al-Ahkam al-Adliyyah (kanun rujukan
perundangan Islam Kerajaan Turki Uthmaniyyah) pula ia disebut sebagai tanda yang sampai ke tahap
yakin.
9

QAZAF ZINA DI DALAM ENAKMEN JENAYAH SYARIAH BEBERAPA


NEGERI DAN PERBANDINGANNYA WILAYAH PERSEKUTUAN,
SELANGOR DARUL EHSAN, PERAK, PULAU PINANG DAN MELAKA
Sebelum Enakmen Jenayah Syariah digubal secara berasingan, kesalahan kesalahan
yang berhubung dengan hukum syara diperuntukkan didalam Enakmen Pentadbiran
Majlis Agama Negeri-negeri. Pada tahun 1985 usaha awal telah dilakukan oleh
Kerajaan Negeri Kelantan untuk memisahkan kesalahan-kesalah jenayah daripada
Enakmen Pentadbiran Majlis Agama.
Sehubungan dengan itu Enakmen Jenayah Syariah No.2, 1985 telah digubal dan
diluluskan oleh kerajaan Negeri pada tahun 1985. Ia adalah merupakan enakmen yang
terulung yang dipisahkan daripada Enakmen Pentadbiran Majlis Agama Islam Negeri,
kemudiannya langkah awal ini telah diikuti pula oleh negeri Kedah yang telah
meluluskan undang-undang jenayahnya pada tahun 1988, kemudiannya negeri Perlis
yang meluluskan enakmen Jenayah pada tahun 1991 kemudiannya diikuti pula oleh
Melaka yang meluluskan enakmen Jenayah syariah pada tahun 1991.
Bagi Negeri Sembilan dan Perak pula masing-masing meluluskan undangundang jenayah syariahnya pada tahun 1992. Kini hanya selepas enam negeri ini
membuat perubahan didalam persoalan jenayah syariah hanya pada tahun 1996 Wilayah
Persekutuan membuat perubahan dengan meluluskan undang-undang Kesalahan
Jenayah Syariah (Wilayah-wilayah) Persekutuan dan diikuti pula Pulau Pinang pada
tahun 1996.Walaupun perubahan dan kesedaran telah timbul kepada beberapa negeri di
Malaysia namun begitu ada negeri yang masih berada ditakuk pemahaman yang sama .Ini
bermakna negeri yang terlibat tidak ada sebarang undang-undang khusus berkenaan
undang-undang kesalahan jenayah syariah untuk keperluan pentadbiran dan hal-ehwal
orang-orang Islam dinegeri terbabit.
Enakmen-enakmen negeri ada menyenaraikan pelbagai kesalahan yang diletakkan
dibawah bidangkuasa Mahkamah Syariah. Umumnya kesalahan-kesalahan tersebut

boleh dibahagikan kepada enam kategori. Kesalahan-kesalahan matrimoni seperti


menganiaya isteri dan tidak taat kepada suami.Kesalahan-kesalahan lain seperti berikut:
1. Kesalahan-kesalahan berhubung dengan seks seperti persetubuhan haram, khalwat,
sumbang mahram dan melacur.
2. Kesalahan berhubung dengan minuman keras seperti menjual dan membeli arak.
3. Kesalahan-kesalahan dari aspek keimanan seperti tidak sembahyang Jumaat, tidak
membayar zakat dan fitrah dan tidak berpuasa.
4. Kesalahan berhubung dengan menukar agama seperti tidak melaporkan dan
mendaftar masuk dan keluar daripada agama Islam dan kesalahan mengambil anak
angkat.
5. Pelbagai kesalahan lain yang tidak termasuk didalam kategori di atas.
Berdasarkan daripada klasifikasi dan pembahagian kesalahan jenayah syariah ala
Malaysia tersebut, didapati bahawa secara amnya dan hukuman berkenaan kesalahan
kesalahan yang melibatkan jenayah Qisas iaitu kesalahan membunuh, mencederakan,
membunuh janin, perbuatan sihir dan juga perbuatan meracun tidak diperuntukkan
dengan nyata didalam Enakmen Negeri. Ini adalah kerana kesalahan yang melibatkan
nyawa manusia dan kecederaan kepada tubuh badan telah diperuntukkan di dalam Kanun
Keseksaan yang mana ianya ditadbirkan oleh Mahkamah Sivil dan hal ini tidak
diletakkan didalam kuasa negeri dalam mengadilinya.
Mengenai kesalahan-kesalahan yang terjumlah kepada hukuman hudud, enakmenenakmen negeri ada membuat peruntukkan berkenaan kesalahan tersebut seperti
persetubuhan haram dan minuman yang memabukkan, akan tetapi atas alasan tertentu
dan halangan perundangan yang wujud maka hanya hukuman seumpama hukum takzir
sahaja yang dapat dilaksanakan ke atas pesalah yang terlibat. Tidak keterlaluan jika
dikatakan bahawa hampir keseluruhan peruntukkan Enakmen Jenayah Syariah bentuk
hukuman atau uqubah yang dikenakan keatas penjenayah adalah bersifat takzir sematamata.

Di dalam Islam, telah dibahagi-bahagikan kategori uqubah menurut darjah dan


bentuk kesalahan yang dilakukan oleh penjenayah kepada mangsa yang terlibat.
Pembahagian yang dimaksudkan adalah kesalahan jenayah hudud, qisas dan takzir.
Sehubungan itu setiap perlakuan jenayah untuk pensabitan kesalahan dan penentuan
penghukuman adalah ditentukan menurut ketetapan yang termaktub didalam kitab Allah.
Ini bermakna jika ianya terjumlah kepada pensabitan hukum hudud maka wajiblah diadili
dan dijatuhkan hukuman yang telah sedia ada ditetapkan oleh Allah s.w.t didalam
kitabNya iaitu al-Quran dan juga Hadith Nabi. Jelas bahawa kesalahan- kesalahan yang
terjumlah kepada hukum Jenayah Islam adalah ditolak dan tidak boleh diaplikasikan
kepada rakyat dinegara ini khususnya kepada orang Islam dengan adanya sekatan
Perlembagaan Persekutuan dan juga Akta Parlimen iaitu Akta Mahkamah Syariah
(Bidangkuasa Jenayah)(Pindaan) 1984 yang telah menyatakan bahawa Mahkamah
Syariah hanya diberikuasa mengenai kesalahan yang boleh dihukum dengan penjara tidak
lebih 3 tahun atau denda tidak lebih RM5000 atau sebat tidak lebih 6 bulan atau
gabungan hukuman itu. Manakala bentuk kesalahan jenayah Qisas pula sama sekali tidak
diberikan kuasa untuk diadili oleh kuasa Enakmen Negeri sebaliknya hal ini diletakkan
kepada Kerajaan Pusat dan diadili di Mahkamah Sivil.
WILAYAH PERSEKUTUAN
Wilayah Persekutuan telah mempunyai suatu Akta Kesalahan Jenayah Syariah
(Wilayah-Wilayah Persekutuan) 199710. Ia telah mula berkuatkuasa pada 10hb. Julai
1997 di mana ia hanya terpakai bagi orang Islam di Wilayah Persekutuan Kuala
Lumpur, Labuan dan Putrajaya. Sebelum daripada ini Enakmen yang terpakai di
Wilayah Persekutuan adalah Enakmen Pentadbiran Hukum Syarak 1952 Selangor
yang

diubahsuaikan

oleh

Perintah

Wilayah

Persekutuan

(Pengubahsuaian

Pentadbiran Enakmen Hukum Syarak 1974, 1981 dan 1988. Ia berbeza dengan
enakmen-enakmen negeri yang lain memandangkan ia telah diperbuat oleh Seri Paduka
Baginda Yang di Pertuan Agong dengan nasihat dan persetujuan Dewan Negara dan
Dewan Rakyat yang bersidang dalam Parlimen. Akta ini memperuntukkan bagi kesalahan
10

Akta No. 559

Jenayah Syariah, dan perkara perkara yang berhubungan dengannya. Berikut adalah
beberapa peruntukan dalam akta yang seolah-olah menyerupai sistem perundangan
jenayah Islam walaubagaimanapun masih terdapat kelemahan-kelemahannya
Melalui peruntukkan Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah
Persekutuan) 1997, pembuktian terhadap berlakunya qazf zina adalah menerusi elemenelemen berikut:
i)

Kecuali dalam kes lian

ii)

Mana-mana orang

iii)

Menuduh orang lain melakukan zina

iv)

Tanpa mengemukakan 4 orang saksi-saksi atau iqrar orang yang dituduh11

Hukuman
i)

denda tidak melebihi RM 5000 atau

ii)

penjara tidak lebih 3 tahun

iii)

atau kedua-duanya12
Manakala Seksyen 213 pula mendefinisikan Qazaf sebagai membuat pengataan

palsu terhadap mana-mana orang.


Dari kedua-dua peruntukan akta Sekysen 2 dan Seksyen 41 ternyata terdapat satu
pengertian qazaf yang bercanggah. Seksyen 2 secara umumnya memberi tafsiran yang
luas memasukkan mana-mana pengataan palsu manakala Seksyen 41 menspesifikasikan
kepada tuduhan zina melainkan lian yang tidak dapat mengadakan 4 orang saksi lelaki
atau iqrar. Perbezaan dari konteks Islamnya, dapat dilihat bahawa peruntukan akta telah
mencampurkan mana-mana pengataan palsu kepada mana-mana orang sebagai satu
kesalahan yang mempunyai hukuman yang sama seperti yang diperuntukkan di dalam
Seksyen 41. Sedangkan dalam Islam telah membezakan Qazaf yang boleh dikenakan
hukuman hudud dan yang dihukum dengan taazir. Hukumannya berbeza sama sekali.
11

Seksyen 41 Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997


Ibid.
13
Seksyen 2 Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997
12

SELANGOR
Pada tahun 1995, Sultan Negeri Selangor telah memperkenankan kewujudan satu
enakmen bagi mentadbirkan kesalahan-kesalahan jenayah Islam yang dilakukan oleh
orang Islam. Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 199514 telah mengkhususkan
sebuah enakmen yang dipisahkan dari Enakmen Pentadbiran Hukum Syara yang
memuatkan urusan kekeluargaan dan perkara-perkara hal ehwal agama Islam lain di
dalam satu Enakmen. Di dalam enakmen ini qazaf telah didefinisikan sebagai membuat
pengataan palsu terhadap mana-mana orang.15. Manakala elemen-elemen yang perlu
dibuktikan dalam kes qazaf adalah sama dengan Seksyen 41 Akta Kesalahan Jenayah
Syariah Wilayah Persekutuan.16
PULAU PINANG
Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Negeri Pulau Pinang) 199617 telah diluluskan
bersama-sama dengan beberapa enakmen lain iaitu Enakmen Acara Jenayah Syariah
1996 dan Enakmen Keterangan Syariah 1996 oleh Dewan Undangan Negeri pada
bulan Disember 1996. Ianya mula dikuatkuasakan pada 12 Mac 1997 bagi hal-ehwal
orang-orang Islam di Pulau Pinang. Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Negeri
Pulau Pinang) 1996 ini merupakan satu Enakmen yang mengadakan peruntukkan bagi
kesalahan kesalahan jenayah syariah dan beberapa perkara berhubung dengannya.
Enakmen Jenayah Syariah Pulau Pinang telah memperuntukkan perbuatan
pengataan palsu terhadap mana-mana orang sebagai satu kesalahan jenayah. Perkara ini
diperuntukkan oleh Seksyen 2 dan 41. Namun yang mencacat dan membezakannya
adalah hukuman yang dikenakan ke atas penjenayah qazaf dibawah peruntukan ini; iaitu
pesalah hanya dikenakan denda tidak melebihi RM5000 atau dipenjarakan untuk tempoh
tidak melebihi 3 tahun atau kedua-duanya. Peruntukan di antara Pulau Pinang dan Perak
ada persamaannya dari segi bentuk pensabitan dan keseksaan yang dilakukan.
14

Enakmen Bil 9 Tahun 1995


Seksyen 2 Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995
16
Seksyen 36 Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995
17
Enakmen Bil 4 Tahun 1996
15

10

Walaubagaimanapun enakmen tidak menyentuh apa-apa qazaf perbuatan atau tinggalan


yang melibatkan takzir (pertuduhan selain zina) yang mana pensabitannya akan
dikenakan takzir dan bukannya hudud sebaliknya didalam peruntukkan Seksyen 41
Enakmen Jenayah Pulau Pinang dan S.52 Enakmen Jenayah Perak telah menimbulkan
kekeliruan kerana dari segi pensabitannya telah terjumlah kepada hudud (pertuduhan
zina) dan ianya wajib dikenakan keseksaan hudud. Akan tetapi sebaliknya berlaku di
mana dengan mengekalkan pensabitan hudud yang disyariatkan Islam tetapi hukumannya
hanya pada taazir sahaja.
PERAK
Enakmen Jenayah (Syariah) 1992 Perak 18 yang telah diperkenankan oleh Pemangku
Raja Perak telah diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri Perak pada 13 Januari 1993.
Peruntukan Enakmen ini adalah merupakan satu peruntukan mengenai kesalahankesalahan jenayah yang ditetapkan ke atas orang-orang Islam dan perkara-perkara yang
berhubungan dengannya.
Seksyen 52 Enakmen Jenayah Perak telah menetapkan Qazaf sebagai satu
bentuk kesalahan jenayah syariah. Daripada peruntukan Seksyen 52 ini jelas
menunjukkan bahawa ianya melibatkan Qazaf yang jika bersabit membawa kepada
penghukuman hudud iaitu 80 kali sebatan. Ini kerana Seksyen 52 menegaskan
Mana-mana pertuduhan persetubuhan haram
Tanpa pengemukaan 4 saksi lelaki atau iqrar yang dituduh mengikut syarak
Akan tetapi dengan sekatan perundangan yang ada maka bentuk hukuman yang
sepatutnya dikenakan iaitu hukuman hudud sebanyak 80 kali sebatan telah dihadkan
hanya kepada hukuman denda tidak melebihi 5000 atau penjara selama tempoh tidak
melebihi 3 tahun atau kedua-duanya.

18

Enakmen Bil 3 Tahun 1992

11

MELAKA
Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Negeri Melaka) 1991 19 ini telah diluluskan
pada 25 Oktober 1991 dan mula dikuatkuasakan pada 1 Januari 1992. Ianya merupakan
suatu enakmen bagi memperuntukkan tentang kesalahan-kesalahan syariah dan perkaraperkara yang berkaitan dengannya.
Berkenaan kesalahan qazf ini walaupun telah ditetapkan didalam kesalahan
jenayah sebagai kesalahan hudud akan tetapi di dalam Enakmen Melaka kesalahan Qazf
tidak termaktub di dalam peruntukan jenayah syariah ini. Ini bermakna bahawa perbuatan
seumpama ini tidak terjumlah kepada satu bentuk kesalahan jenayah bagi mana mana
pihak yang berbuat demikian. Dapat dikatakan disini bahawa mana-mana pihak yang
membuat fitnah yang mana akan menjejaskan reputasi dan maruah seseorang khususnya
sesama Islam akan hanya disabitkan dan dihukum dibawah peruntukan undang-undang
sivil dan tidak dibawah Mahkamah Syariah kerana ketiadaan peruntukan mengenainya.
Sebagaimana yang dimaklumi bahawa sesuatu tindakan ataupun tinggalan itu dikira
jenayah apabila kesalahan itu telah dinaskan didalam enakmen.
Jika dirujuk kepada enakmen jenayah yang telah diperkatakan tadi ada beberapa
peruntukkan yang seolah-olah hudud.contohnya kesalahan minum arak, zina, qazaf dan
Murtad(tidak secara langsung).Walau bagaimanapun

isi kandungan peruntukkannya

menunjukkkan ianya berbeza dari hukum hudud yang sebenarnya.


CONTOH SITUASI QAZAF ZINA DI MALAYSIA
Tidak banyak kes mengenai qazaf zina yang dibicarakan di mahkamah. Pertama kerana ia
hanyalah kes di mahkamah syariah. Keduanya kerana tidak ramai yang tahu akan haknya
untuk menfailkan tuduhan qazaf zina, seandainya pertuduhan zina itu merupakan suatu
fitnah ke atasnya. Salah satu situasi adalah hal yang melibatkan bekas Menteri Besar
Selangor Dato' Seri Dr Haji Abu Hasan Bin Haji Omar dan adik iparnya Noor
19

Enakmen No 6 tahun 1991

12

Shamshzilia Bte Daud.20 Hubungan ini, menurut penuduhnya, berlangsung sejak 1980.
Akibatnya, lahir anak bernama Mohamed Hafiz. Tertuduh menafikan perkara ini melalui
media. Walau bagaimanapun tiada sebarang dakwaan di bawa ke mahkamah syariah di
atas pertuduhan Qazaf Zina pada penuduhnya. Satu kes lagi yang mendapat liputan luas
di seluruh negara Malaysia mahupun luar negara adalah kes yang melibatkan bekas
Timbalan Perdana Menteri Malaysia Dato Sri Anwar Ibrahim pada tahun 1998 dengan
Shamsidar isteri Setiausaha sulit kepada Dato Sri Anwar, Mohamed Azmin Ali.21

FITNAH DI DALAM KONTEKS UNDANG-UNDANG SIVIL


Malaysia mempunyai beberapa perundangan yang menangani isu fitnah. Salah satu
daripadanya adalah Akta Fitnah 195722 memperuntukkan mengenai dua jenis fitnah iaitu
libel (fitnah bertulis)23 dan slander/pencercaan (fitnah percakapan)24. Akta ini melindungi
hak individu dari tuduhan-tuduhan tidak berasas yang boleh merosakkan reputasi mereka.
Akta ini merangkumi skop fitnah yang amat luas dan tidak sahaja fitnah perzinaan. Akta
ini terpakai kepada orang Islam dan bukan Islam.
Namun begitu Akta Fitnah ini tidak mempunyai peruntukkan khusus untuk suatu
pertuduhan qazaf zina. Peruntukkan yang boleh digunapakai bagi pertuduhan terhadap
wanita suci yang berzina adalah menerusi Seksyen 425 yang memperuntukkan:
..Perkataan-perkataan yang dituturkan dan diterbitkan yang menohmah
mana-mana wanita atau gadis tiada kesucian atau berzina tidak
menghendaki kerugian khas untuk menjadikannya boleh diambil
tindakan
20

Arkib Detik Daily. 2000.(http://detik.daily.tripod.com )


_________Review & Outlook.2000. (Editorial) New York, N.Y.
22
Akta No 286
23
Libel merujuk kepada fitnah yang dibuat dalam bentuk bahan bercetak seperti akhbar, majalah,buku,
gambar, imej dan visual.
24
Slander pula merujuk kepada fitnah yang dibuat di dalam bentuk pertuturan atau penyiaran melalui
medium komunikasi pendengaran atau penglihatan.
25
Peruntukan dalam Seksyen ini menyamai peruntukan yang ada di dalam English Slander of Women Act
1891.
21

13

Seksyen ini menunjukkan bahawa akta ini melindungi maruah seorang wanita yang
dituduh berzina secara serius. Wanita yang menjadi mangsa fitnah sebegini hanya perlu
membuktikan beliau mengalami kerugian yang kecil dan menjejaskan kehidupannya. Ia
boleh digunakan sebagai meliputi pertuduhan qazaf zina. Bolehlah dikatakan peruntukan
ini memadai untuk tuntutan qazaf zina namun tidak banyak kes yang dituntut yang secara
langsung melibatkan pertuduhan fitnah berzina.
Oleh kerana akta ini terpakai kepada orang Islam dan bukan Islam, pertuduhan
zina yang mempunyai impak yang lebih besar terhadap wanita Islam perlu dilihat dari
skop yang berbeza. Ini adalah kerana elemen yang perlu dibuktikan untuk suatu tuntutan
fitnah di bawah Akta Fitnah berbeza dengan elemen yang perlu dibuktikan di bawah
tuntutan Qazaf Zina di bawah perundangan syariah di Malaysia.
Jika seseorang wanita menggunakan peruntukan Seksyen 4 Akta Fitnah,
kegagalan membuktikan wujud fitnah, itu tidak semestinya membuktikan wanita itu telah
terbukti berzina. Kegagalan mungkin berpunca dari kesilapan teknikal. Namun jika pihak
yang dituduh melemparkan fitnah, berjaya menggunakan dalihan komen yang adil atau
justifikasi, bermakna secara tidak langsung wanita itu memang bolehlah dikategorikan
sebagai seorang penzina. Namun begitu wanita itu tidak secara automatik boleh didakwa
di mahkamah syariah atas tuduhan berzina kerana pendakwaan perlu dibuat oleh Jabatan
Peguam Negara. Tuduhan qazaf zina pula jika dituntut di mahkamah syariah, hanya akan
mengakibatkan tertuduh dikenakan hukuman jenayah syariah dan tidak memberi peluang
mendapatkan gantirugi kerana pencemaran maruahnya.
Di dalam kes Ummi Hafilda Binti Ali v. Ketua Setiausaha Parti Islam Se
Malaysia (Pas); Halim Arshat; Mustafa Bin Ali; Syarikat Prema;Sabri Zain 26
Ummi Hafilda telah menfailkan tuntutan saman malu ke atas fitnah yang dilemparkan
kepada beliau oleh majalah Harakah dan beberapa defendan lain yang terlibat. Kenyataan
yang dikatakan sebagai fitnah itu telah disiarkan menerusi sebuah drama bertajuk Pulp
26

[2006] 4 MLJ 761

14

Dalil yang menggunakan nama Ummi Thurman Ali. Drama itu dikatakan
menggambarkan Ummi Hafilda sebagai seorang pelacur. Tuduhan melacur juga boleh
dikaitkan sebagai qazaf Zina. Ummi Hafilda menuntut gantirugi di antaranya kerana
fitnah itu menyebabkan beliau kehilangan peluang berkahwin kerana maruahnya terjejas.
Hakim Pajan Singh Jill di dalam kes ini telah mengarahkan pampasan sebanyak RM
200,000

dan

kos

prosiding

dibayar

oleh

para

Defendan

kepada

Plaintif.
Selain daripada Akta Fitnah 1957, Akta Komunikasi dan Multimedia 199827
juga boleh dirujuk di dalam membincangkan mengenai pertuduhan qazaf zina. Akta ini
memperuntukkan bahawa adalah satu kesalahan untuk menghantar isi kandungan dengan
menggunakan kemudahan rangkaian telekomunikasi secara sedar membuat atau
menghantar apa-apa komen yang tidak sopan, lucah, palsu, membuat kacau atau
menyinggung dari segi ciri-cirinya dengan niat menyakitkan hati, menyalahguna,
mengugut atau menganggu mana-mana individu lain.28 Seandainya sabit kesalahan di
bawah seksyen ini, pesalah boleh didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau
dipenjarakan selama tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya 29.
Di bawah undang-undang ini, sekiranya seseorang menerbitkan atau mengulangi
kenyataan memfitnah: ungkapan-ungkapan mencela yang salah atau yang anda tidak
boleh buktikan orang itu boleh disaman kerana memfitnah, dan di dalam beberapa kes,
mendedahkan dirinya sendiri kepada pendakwaan di bawah jenayah memfitnah.
Peruntukkan ini tidak juga menjurus secara spesifiknya kepada satu pertuduhan berzina,
walau bagaimanapun, penterjemahan kepada perkataan yang digunakan itu boleh
diandaikan meliputi pertuduhan berzina.
Selain itu, penyebaran maklumat berunsur fitnah atau menjatuhkan maruah orang
lain boleh dikenakan tindakan mengikut Kanun Keseksaan. Seksyen 499 menghuraikan
bahawa: 27

Akta No 103
Seksyen 211(1) dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998
29
Seksyen 211(2) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998
28

15

"Tiadalah apa-apa jua tohmahan dikatakan merosakkan nama baik


seseorang, melainkan tohmahan itu, sama ada dengan tepatnya atau
tidak, pada hemat orang lain, menjatuhkan watak akhlak atau watak
kecerdikan orang itu atau menjatuhkan watak orang itu mengenai
kastanya atau pekerjaannya, atau menjatuhkan keamanahan orang itu,
atau menyebabkan supaya dipercayai bahawa tubuh orang itu ada dalam
keadaan menjijikkan, atau dalam keadaan yang pada amnya dipandang
keji."
Boleh dikatakan di sini bahawa melalui peruntukkan seksyen 499 di atas tuntutan jenayah
qazaf zina terhadap pembuat fitnah boleh digunakan dan jika sabit kesalahan si pembuat
fitnah boleh dipenjara sehingga dua tahun atau didenda atau kedua-duanya.30
Mereka terbabit juga tidak terlepas kerana kerajaan turut mendapat sokongan
Pusat Tindak Balas Kecemasan dan Keselamatan ICT Kebangsaan (Niser), Suruhanjaya
Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), penyedia perkhidmatan internet (ISP)
serta syarikat telekomunikasi31.
Di antara usaha yang dijalankan oleh Kementerian Tenaga, Komunikasi dan
Multimedia bagi mengenal pasti mereka yang bertanggungjawab menyebar fitnah
menerusi khidmat sistem pesanan ringkas (SMS) pula adalah dengan mendapatkan
kerjasama pihak polis dan syarikat telekomunikasi. Bagaimanapun, Timbalan
Menterinya, Datuk Tan Chai Ho, pernah mengatakan bahawa agak sukar mengesan
mereka yang bertanggung jawab, terutama pengguna telefon bimbit khidmat prabayar
kerana penggunanya tidak perlu mendaftar32. Namun begitu pendekatan terkini agar
pengguna telefon prabayar mendaftarkan talian mereka dilihat dapat menjadi
penyelesaian kepada masalah ini. Ia mula berkuatkuasa pada akhir tahun 2006.

30
31

32

Seksyen 500 Kanun Keseksaan.


Noor Azam Abd Aziz. 14th Disember 2004. Generasi IT perlu (Harian Metro)

e-Media. NSTP. 6hb Jun 2007.(http://www.emedia.com.my)

16

Walaupun Malaysia mempunyai Akta Komunikasi dan Multimedia (1998)


untuk mendakwa pihak yang bertanggungjawab menyebarkan fitnah tetapi tidak terdapat
sebarang pendakwaan terhadap fitnah yang disebarkan oleh pengguna SMS ini kecuali
pengguna internet. Mereka yang menyebarkan fitnah menerusi SMS tidak mustahil untuk
dikesan tetapi syarikat telekomunikasi perlu bekerjasama dengan polis untuk mengambil
tindakan.
KESIMPULAN.
Zina atau persetubuhan di luar nikah merupakan satu perbuatan yang dilarang
oleh semua agama di dunia ini. Hanya budaya masyarakat di negara barat yang menerima
perbuatan berzina sebagai satu kebiasaan hidup dan tidak boleh disabitkan dengan
hukuman. Malaysia mempunyai budaya kehidupan yang berbeza dari negara-negara
barat. Budaya di Malaysia banyak dicorakkan oleh pendekatan agama masyarakatnya
tanpa mengkhususkan Islam, Hindu, Buddha mahupun Kristian. Oleh yang demikian
impak tuduhan berzina pada seseorang warganegara Malaysia jauh lebih berat berbanding
dengan masyarakat di negara barat.
Fitnah berzina yang dikenakan pada mana-mana wanita suci perlu mempunyai
hukuman yang berbeza daripada fitnah biasa. Masyarakat kini lebih merasakan fitnah
yang besar impaknya merupakan fitnah yang ada kaitan dengan ketinggian kedudukan
seseorang di dalam masyarakat. Kecenderungan untuk wanita Islam menggunakan
peruntukkan di bawah enakmen syariah negeri adalah kurang. Ini mungkin diakibatkan
oleh beban pembuktian yang tinggi diperlukan untuk kes jenayah syariah, namun jika
tuntutan ini berjaya dibuktikan hukuman yang dikenakan kepada pesalah dirasakan
terlalu ringan.
Tuduhan fitnah berzina yang dilemparkan kepada seorang wanita Islam yang suci
juga kurang di bawa di bawah undang-undang sivil. Ini mungkin kerana peruntukkan
yang diberikan tidak secara spesifiknya memperuntukkan mengenai perbuatan berzina.
Mereka yang seringkali menggunakan peruntukan di dalam Akta Fitnah ini adalah

17

mereka yang bereputasi tinggi di kalangan masyarakat. Andai reputasi orang seperti ini
terjejas, maka besarlah tuntutan gantirugi yang dituntut. Penjejasan reputasi yang
dimaksudkan di sini tidak sahaja mengkhusus kepada fitnah berzina malah ia lebih luas
meliputi segala hal yang menjejaskan reputasi.
Wanita yang menjadi mangsa rogol tetapi kemudiannya tidak berjaya
membuktikan tuduhan rogol itu kerana dikatakan ada kerelaan dari pihak wanita, juga
boleh dikatakan sebagai mangsa qazaf zina. Ini adalah kerana kebiasaannya kes rogol
adalah kes terpencil tanpa kehadiran saksi. Oleh itu elemen kerelaan mempunyai potensi
untuk dimanupulasikan. Pertuduhan qazaf zina juga boleh digunakan seandainya boleh
dibuktikan mangsa rogol tidak berzina, kerana berzina memerlukan kerelaan.
RUJUKAN
Abdur Rahman I Doi. 1995. Undang-Undang Syariah. Dewan Bahasa & Pustaka. Kuala
Lumpur
ADLINA Haji Abdul Halim.1998. Peruntukan-peruntukan hukuman bagi kesalahan
hudud dalam Kanun jenayah Syariah II (1993): satu analisis dari sudut perundangan
Islam. Akademi Pengajian Islam.UM
Ahmad Mohamed Ibrahim.1997. Pentadbiran Undang-Undang Islam di Malaysia. IKIM
(Institut Kefahaman Islam Malaysia)
Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997
Arkib Detik Daily. 2000.(http://detik.daily.tripod.com)
e-Media. NSTP. 6hb Jun 2007.(http://www.emedia.com.my)
Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995
Enakmen Jenayah (Syariah) Perak 1992
Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Negeri Pulau Pinang) 1996
Enakmen Kesalahan Syariah (Negeri Melaka) 1991
Hamid Algar.1988. Islamic Government. Mizan Press Kuala Lumpur

18

Wan Zahidi Wan The.1996.Hudud dan Qisas dalam Perundangan Islam.Jabatan Perdana
Menteri.
Hugh Clifford.1992.Expedition:Terengganu and Kelantan. JMBRAS vol.XXXIV.Pt.I
Dato Dr. Abd Monir Yaacob.1996. Kedudukan Dan Perlaksanaan Undang-Undang
Jenayah Islam Di Malaysia. IKIM
M.Y Hashim.1983. Legal Codes of Malacca Sultanate: an appraisal in Malaysia History.
Journal of Historical Society.vol 26.
Noor Azam Abd Aziz. 14th Disember 2004. Generasi IT perlu (Harian Metro)
Mahmud Saedon Awang Othman.1995.Perlaksanaan Perundangan Islam di Malaysia.
International Seminar on Islamic Studies in South-East Asia
Hj. Abdul Kader Ismail.1981.Prinsip-prinsip Keseksaan dalam Perundangan Islam.
Seminar Perundangan Islam Peringkat Kebangsaan
Haji Said Haji Ibrahim. 1996.Qanun Jinayah Syariyah. Darul Marifah,Kuala Lumpur
_________Review & Outlook.2000. (Editorial) New York, N.Y.
Abdul Monir Yaacob dan Sarina Othman.1996.Tinjauan Kepada Perundangan Islam
Penyunting.IKIM(Institut Kefahaman Islam Malaysia)
M.B Hooker( penterjemah Rohani Abd. Rahim,Raja Rohana,Anisah Che Ngah) .
1991.Undang-Undang Islam Di Asia Tenggara. Dewan Bahasa & Pustaka, Kuala
Lumpur.
Dr.Mat Saad Abd Rahman.1990.Undang-Undang Jenayah Islam(Jenayah Qisas).HIZBI,
Shah Alam Selangor
Paizah Hj. Ismail.1991.Undang-Undang Jenayah Islam.ABIM Dewan Pustaka Islam
W.R Roff.1974.The Origin and early years of Majlis Agama

19

Anda mungkin juga menyukai