Anda di halaman 1dari 4

PERSAKSIAN WANITA MENGIKUT PERSPEKTIF ISLAM

Di sediakan oleh:

MOHAMAD YUSRIN BIN YUSUF YAP

Artikel oleh:

Muhammad Asrie bin Sobri


1) https://mashoori.wordpress.com/2008/11/20/wanita-dalam-islam-i/
2) https://mashoori.wordpress.com/2008/11/20/wanita-dalam-islam-iii/

WANITA DALAM KEHAKIMAN ISLAM


Syubhat yang sering ditimbulkan adalah kenapa wanita itu tidak boleh menjadi saksi dalam
mahkamah dan kenapa kesaksian wanita itu memerlukan dua orang berbanding seorang lelaki?
Sebenarnya pernyataan ini keliru. Tidak semua kes dalam Islam jika saksinya wanita mestilah
dua orang bahkan ada kes-kes yang hanya kesaksian wanita sahaja diterima seperti kes-kes
kelahiran, kedaraan, penyusuan dan urusan-urusan yang hanya wanita sahaja terbabit padanya
secara ghalib (kebiasaan).
Seringa timbul keraguan kenapakah Allah s.w.t menetapkan dua wanita sama dengan seorang
lelaki dalam persaksian kes-kes harta. Jika mereka yang mengkaji ilmu psikologi tentulah mereka
tahu jawapannya. Ini kerana wanita itu lebih lemah ingatannya dan mudah terpengarauh dengan
suasana. Jadi mungkin sekali dia tertipu dalam suatu urusan. Hakikat ini tidak dapat
disembunyikan kerana ianya fakta yang jelas.
Adapun tidak diterimanya kesaksian wanita dalam kes-kes hudud dan qisas (jenayah) adalah
kerana wanita tidak mampu menggalas tugas ini. Wanita yang menyaksikan suatu kejadian
jenayah akan mengalami trauma dan mewajibkannya menjadi saksi akan menyukarkan keadaan.
Demikian juga sifat wanita yang cepat panik dan takut menyukarkannya untuk mengingati kes
jenayah yang dilihatnya sama ada kes bunuh, zina ataupun kecurian. Inilah hakikat yang perlu
difahami oleh para pejuang Liberalisasi Wanita sebelum menuduh Allah s.w.t sebagai zalim.
Undang-undang Islam ini dicipta oleh Allah s.w.t dan Dia juga yang mencipta lelaki dan wanita,

maka undang-undang yang dicipta adalah sesuai dengan makhluk-Nya yang akan menerima dan
melaksana undang-undang tersebut.
Wujudnya sesetangah wanita yang mampu menyaksikan kes-kes ini tidak menafikan undangundang Islam yang maha adil ini kerana terdapat kaedah fikih menyatakan:

Maksudnya: Hukum Syarak dibina atas perkara kebanyakan yang selalu terjadi bukan perkara
yang jarang-jarang berlaku-[al-Fiqh al-Islami wa Adillatuh, 5/451].
Namun demikian, bagi hakim jika dia melihat kekuatan wanita tersebut menjadi saksi dia masih
boleh menggunakan keterangan wanita itu untuk menjadi qarinah (penguat) kepada kesaksian dan
keterangan yang ada.
KENAPA TIADA HAKIM WANITA?
Persoalan ini masih menerima jawapan hampir sama dengan kes kesaksian. Wanita dalam
psikologi diakui sebagai memeiliki sifat emosional dan cepat gelabah serta panik berbanding
lelaki. Wanita juga memiliki apa yang disebut sebagai [ Limpahan Emosi] yang
menjadikannya cepat kasihan dan cepat terpengaruh.
Keadaan fizikal wanita seperti kedatangan haid, mengandung dan melahirkan anak juga menjadi
penghalang fitrah kepadanya untuk menjalankan tugas berat ini.
Selain itu, jawapan muktamad kepada persoalan ini adalah, Allah s.w.t tidak mencipta wanita
sebagai penghukum tetapi pendidik. Mereka diberi tugas oleh Allah s.w.t sebagai pendidik
generasi dan tempat merea adalah di rumah menajalankan tugas yang telah Allah wajibkan ke
atas mereka.
Apabila seseorang yang tidak mendapat lesen guaman dan kebenaran untuk menjalankan
prosiding perundangan dia tidak akan dibenarkan untuk menjadi peguam atau hakim walaupun
dia mempunyai pengetahuan dalam bidang undang-undang maka begitulah ibaratnya, walaupun
seorang wanita itu jika dia kuat dan hebat macam mana sekalipun tetapi dia tidak mendapat
lesen daripada Allah s.w.t untuk menjalankan prosiding perbicaraan sebagai hakim. Maka jika
kita boleh patuh kepada undang-undang ciptaan manusia, apakah patut kita mempertikaikan

undang-undang Pencipta dan Pentadbir Alam ini?! Subhanallah


WANITA KURANG AKAL?
Dalam sebuah hadis Nabi s.a.w baginda bersabda:




.







Maksudnya: Wahai sekalian wanita, bersedekahlah dan banyakkan meminta ampun! Maka
sesungguhnya aku melihat kamu adalah kebanyakan ahli neraka. Berkata seorang wanita
daripada mereka yang pintar: Kenapakah kami ini kebanyakan ahli neraka wahai Rasulullah?
Jawab baginda: Kamu banyak melaknat dan derhaka pada suami dan aku tidak melihat orang
yang kurang akal dan agamanya yang dapat mengalahkan orang yang berakal pintar selain
daripada kamu.Berkata seorang daripada mereka: wahai Rasulullah, apakah yang
dimaksudkan kurang akal dan agama itu? Jawab baginda: Kurang akal itu (tandanya)
kesaksian dua wanita menyamai seorang lelaki dan kurangnya agama itu kamu tidak solat
beberapa malam dan tidak berpuasa Ramadan beberapa hari (kerana haid)-[Muslim].
Jawapan kepada persoalan ini adalah yang dimaksudkan kurangnya akal wanita itu kerana
mereka lebih terikut dan kurang berfikir panjang. Hakikat ini memang diakui oleh semua
manusia kecuali yang jahil atau degil sahaja.
Nabi s.a.w malah memuji mereka dengan sifat mereka ini apabila baginda menyatakan bahawa
sifat emosional wanita itu dapat mengalahkan lelaki yang pintar yang kurang terpengaruh dengan
emosi.
Manakan tidak, seorang lelaki yang berkuasa, berjawatan besar dan berharta akan menjadi resah,
gelisah dan tidak tentu arah apabila isterinya menangis atau marah.
Hakikat emosional wanita tidak dapat diragui lagi. Buktinya kajian berikut:
Pada tahun 1956 kajian Gifford menyatakan lelaki lebih yakin dan tabah daripada wanita.

Hutt dalam kajian pada tahun 1972 menyatakan bahawa lelaki lebih memberi perhatian terhadap
aspek ekonomi, politik dan mempunyai lebih keupayaan untuk mencipta sesuatu yang baharu.
Pernyataan fakta ilmu psikologi ini menolak semua dakwaan jahat terhadap Islam sekaligus
menetapkan mukjizat Islam dan benarnya agama ini daripada Allah s.w.t.

Anda mungkin juga menyukai