Anda di halaman 1dari 2

Wanita Dan Penyaksian.

Al-Quran menyebutkan di dalam satu ayat yang diturunkan di Madinah,


Allah swt menyuruh supaya ditulis dokumen hutang piutang dan
menjaganya. Firman-Nya dalam surah al-Hujurat ayat 13 yang bermaksud,
Dan hendaklah kamu mengadakan dua orang saksi lekai dari kalagan
kamu. Kemudian kalua tidak ada saksi dua orang lelaki, maka bolehlah
seorang lelaki dan dua orang perempuan dari orang-orang yang kamu
setujui menjadi saksi, suoaya jika seorang lupa dari saksi-saksi
perempuan yang berdua itu maka dapat dingatkan oleh seorang lagi. Dan
jangan saksi-saksi itu enggan apabila mereka dipanggil menjadi saksi.
Oleh itu, Allah menetapkan bahawa penyaksian seorang lelaki menyamai dua
orang wanita dalam persaksian kes-kes harta. Allah Maha Tahu ciri-ciri dan sifatsifat yang ada pada diri manusia itu sendiri. Tambahan pula, apabila dikaji dalam
bidang ilmu psikologi, ianya terbukti bahawa wanita mempunyai ingatan yang
lebih lemah dan mudah terpengaruh dengan suasana dibandingkan dengan
lelaki.

Dalam bab saksi, terdapat dua kategori iaitu hak Allah dan hak Manusia.
Dalam bab penyaksian ini adalah termasuk dalam kategori hak Allah.
Jumhur Fuqaha memperakui bahawa wanita tidak boleh memberi
penyaksian dalam kes-kes hudud dan qisas. Sebaliknya hanya lelaki
sahaja yang diterima untuk menjadi saksi. Ini kerana keterangan oleh
saksi perempuan mempunyai syubhat lupa dan tersilap. Sedangkan hakhak Allah ini perlu dibicarakan dengan penuh berhati-hati. Demikian juga sifat
wanita yang cepat panik dan takut menyukarkannya untuk mengingati kes jenayah yang
dilihatnya sama ada kes bunuh, zina ataupun kecurian.
Wujudnya sesetengah wanita yang mampu menyaksikan kes-kes ini tidak menafikan undangundang Islam yang Maha Adil ini kerana terdapat kaedah fikh menyatakan:

Maksudnya: Hukum Syarak dibina atas perkara kebanyakan yang selalu terjadi bukan
perkara yang jarang-jarang berlaku-[al-Fiqh al-Islami wa Adillatuh, 5/451].

Namun demikian, bagi hakim jika dia melihat kekuatan wanita tersebut menjadi saksi dia
masih boleh menggunakan keterangan wanita itu untuk menjadi qarinah (penguat) kepada
kesaksian dan keterangan yang ada.
Ini bertepatan dengan pendapat sebilangan besar fuqaha yang tidak menerima penyaksian
wanita di dalam hudud dan qisas supaya mereka menjahui tempat-tempat yang berlaku
perselisihan, jenayah dan permusuhan yang melibatkan nyawa dan harta benda. Jika mereka
melihat sesuatu jenayah, ia akan menyebabkan mereka menutup mata, menangis dan
terganggu, dan sulit bagi mereka untuk menceritakan jenayah itu dengan mendalam dan jelas.
Ini kerana naluri mereka tidak memampukan mereka untuk menceritakan jenayah itu secara
mendalam.
Namun terdapat sebahagian fuqaha yang menerima penyaksian wanita (walaupun
berseorangan) jika ia melibatkan urusan dan tugas mereka seperti penyaksian di dalam
penyusuan, menentukan dara atau janda, kelahiran dan lain-lain yang mana ia berkaitan
dengan pengetahuan wanita sahaja pada waktu dahulu tetapi ianya tidak disepakati oleh
semua ulamak. Terdapat juga sebahagian ulama yang menerima penyaksian wanita dalam kes
jenayah pada keadaan yang biasanya tidak melibatkan lelaki seperti kes yang berlaku dalam
tandas wanita, dan lain-lain yang sepakat mengatakan ia khusus untuk wanita.

Rujukan:
1) Kitab Fikah Mazhab Syafie (Jilid 8)
2) Markaz al-Marah Fil Hayah al-Islamiyah. Halaman 16, 17, 18.

Anda mungkin juga menyukai