Anda di halaman 1dari 48

1

Pendahuluan


Allah SWT berfirman:

.,. _ :.,, ,l.l > _ls _ ,`_: ',. _ _l> ,.l :,>' l,,l >,
_.> ,s > ',-l '-l _

Maksudnya: "Maha Suci Allah yang di tanganNyalah segala kerajaan dan Dia
Maha Kuasa atas segala sesuatu. Yang menjadikan mati dan hidup supaya Dia
menguji kamu siapa diantara kamu yang lebih baik amalannya dan Dia Maha
Perkasa lagi Maha Pengampun.
1


_ _. 1: ,.l l,. :l!, ,>' .. !.,l| `->. __

Maksudnya: Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai kematian dan Kami akan
menguji kamu dengan keburukan dan kebaikan sebagai cubaan dan hanya
kepada Kamilah kamu dikembalikan.
2



MENZIARAHI PESAKIT

1. Seorang muslim dituntut untuk menziarahi saudaranya yang sedang sakit.
sabda Rasulullah:


Maksudnya : Berilah makan kepada orang yang lapar, ziarahilah orang yang
sakit dan bantulah orang yang dalam kesusahan.
3


2. Disunatkan membaca doa ini ketika menziarahi pesakit
4
:

1 .

2 .

(7kali)

1
Surah al-Mulk : ayat 1 & 2
2
Surah al-Anbiya' : ayat 35
3
Hadith riwayat Bukhari.
4
Lihat oleh Syeikh Sa'id ibn Ali al-Qahtani (edisi terjemahan
bahasa Malaysia) m.s 191 & 192
2

3. Kelebihan menziarahi pesakit. Sabda Rasulullah s.a.w:



Maksudnya: Orang yang menziarahi pesakit berada di jalan menuju ke syurga
sehinggalah dia pulang.
5



KEWAJIPAN PESAKIT

1. Redha dan sabar dengan ketentuan dan ketetapan Allah s.w.t terhadapnya
serta bersangka baik terhadap Allah s.w.t . Sabda Rasulullah s.a.w:

Maksudnya: Pelik keadaan orang beriman, sesungguhnya setiap perkara
baginya baik dan situasi ini tidak belaku kepada setiap orang kecuali orang
mukmin sahaja. Sekiranya dikurniakan kesenangan dia bersyukur maka itulah
yang terbaik baginya dan sekiranya ditimpa kesusahan dia bersabar maka itulah
yang terbaik baginya.
6


Sabda Rasullah s.a.w lagi:

Maksudnya: Janganlah seseorang daripada kamu mati kecuali dia bersangka
baik terhadap Allah.
7


2. Dilarang mengharapkan kematian ketika menghadapi kesakitan yang teruk.
Sabda Rasulullah:

Maksudnya : Janganlah seseorang dikalangan kamu bercita-cita untuk mati
disebabkan kemudharatan yang menimpanya. Sekiranya dia terpaksa berbuat
demikian maka katakanlah:

Ya Allah, hidupkanlah aku selama mana hidup ini baik untukku dan matikanlah
aku selama mana mati baik untukku.
8


3. Sekiranya pesakit menanggung hak-hak orang lain seperti hutang maka
hendaklah dia melangsaikannya sekiranya mampu. Jika tidak maka wasiatkan
kepada warisnya.


5
Hadith riwayat Muslim.
6
Hadith riwayat Muslim.
7
Hadith riwayat Muslim.
8
Hadith riwayat Bukhari dan Muslim.
3
4. Dituntut untuk meninggalkan wasiat agar dikebumikan mengikut sunnah
sepertimana yang dilakukan oleh para sahabat antaranya :Daripada 'Amir ibn
Sa'd ibn Abi Waqqas, sesungguhnya bapanya berkata ketika beliau sakit yang
menyebabkan kematiannya:

Maksudnya : Buatkan untukku lahad dan letakkan untukku bongkah tanah
sepertimana yang dilakukan terhadap Rasulullah SAW.
9



MENTALQINKAN ORANG YANG HAMPIR MATI

Apabila pesakit sedang nazak maka sesiapa yang berada disisinya dituntut
untuk melakukan beberapa perkara, antaranya :

1. Memintanya supaya mengucap syahadah. Sabda Rasulullah s.a.w :

Maksudnya : Talkinkanlah (ajarlah) orang-orang yang hampir mati dari kalangan
kamu dengan

.
10

2. Berdoa kepadanya dan dilarang berkata-kata perkara yang tidak baik
Disisinya. Sabda Rasulullah:

Maksudnya : Apabila kamu menziarahi orang yang sakit atau mati maka
ungkapkanlah perkataan yang baik sesungguhnya para malaikat mengaminkan
ke atas apa yang kamu ungkapkan.
11



ADAB MENGHADIRI KEMATIAN

1. Menutup mata mayat dan mendoakannya. Berdasarkan hadith dari Ummu
Salamah katanya:

Maksudnya: Rasulullah saw menziarahi Abu Salamah yang telah meninggal
dunia dengan kedua matanya terbuka, lalu baginda memejamkan kedua mata
Abu Salamah sambil berkata: "Sesungguhnya ruh apabila diambil, diikuti
dengan mata, sedang ahli keluarganya sedang riuh memperkatakannya,
baginda bersabda: Jangan kamu semua memperkatakan kecuali kebaikan,
kerana sesungguhnya para malaikat mengaminkan apa yang kamu semua
katakan.

9
Hadith riwayat Muslim
10
Hadith riwayat Muslim
11
Hadith riwayat Muslim
4
Kamudian baginda membaca (doa):

Maksudnya: Ya Allah ampunlah Abu Salamah, tinggikanlah darjatnya di


kalangan orang-orang yang diberi petunjuk, dan jadilah pengganti baginya
terhadap keluarganya, ampunkanlah kami dan dia wahai tuhan sekelian alam.
Dan lapangkanlah kuburnya serta berilah cahaya kepadanya ketika di dalam
kubur." (HR Muslim)
12


2. Menyelimut keseluruhan badan mayat. Hal ini berdasarkan hadith 'Aisyah
katanya:

Maksudnya : Rasulullah s.a.w ketika wafat baginda ditutup dengan selimut
Hibarah (sejenas kain buatan Yaman).
13


Ini bagi mayat yang bukan dalam keadaan muhrim (orang yang berihram Haji
atau Umrah). Jika mayat dalam keadaan muhrim, tidak ditutup kepala dan
wajahnya berdasarkan hadith Ibn Abbas r.a katanya :

Maksudnya: Ketikamana seorang lelaki berwuquf di Arafah, dimana dia tejatuh
dari kenderaannya, lalu patah lehernya. Lalu Nabi s.a.w bersabda : Mandikan
dia dengan air dan daun bidara dan kafankan dia dengan dengan dua pakaian
ihramnya dan jangan kamu semua wangikan dia dan jangan tutup kepalanya
dan wajahnya kerana dia akan bangun pada hari kiamat dalam keadaan
bertalbiah (berihram).
14


3. Menyegerakan urusan pengkebumiannya apabila telah nyata kematiannya
berdasarkan hadith Abu Hurairah r.a , Rasulullah s.a.w bersabda :

Maksudnya : Segerakanlah (urusan) jenazah.
15


4. Dikebumikan mayatnya di bandar tempat dia meninggal dunia. Jangan
memindahkannya ke tempat lain kerana perbuatan memindahkannya ke tempat
lain menyalahi arahan Nabi s.a.w untuk menyegerakan pengkebumian
berdasarkan riwayat Abu Hurarah r.a di atas dan hadith Jabir Bin Abdillah r.a
katanya :

12
Hadith riwayat Muslim & Ahmad
13
Hadith riwayat Bukhari & Muslim
14
Hadith riwayat Bukhari & Muslim
15
Hadith riwayat Bukhari & Muslim
5

Maksudnya : Ketika kami mengangkat mayat-mayat (syuhada') dalam
peperangan Uhud untuk dikebumikan (ditempat lain) tiba-tiba seseorang
menyeru bagi pihak Rasulullah s.a.w bahawasanya baginda s.a.w menyuruh
kamu semua mengebumikan mayat-mayat (syuhada') ditempat mereka
terbunuh (Uhud) lalu kami kembalikan mereka.
16


5. Dituntut agar waris si mati segera menunaikan hutangnya dari hartanya,
walau terpaksa menggunakan kesemuanya. Jika ada yang ingin membantu
membayarnya tidak mengapa.

Maksudnya : Diri seseorang mukmin itu bergantung dengan hutangnya hingga
dia menunaikannya.
17


6. Dibenarkan menyingkap kain yang menutupi wajah mayat dan mencium
dahinya berdasarkan hadith Jabir r.a katanya:

Maksudnya: Apabila ayahku mati dibunuh aku menyingkap kain yang menutupi
wajahnya sambil aku menangis lalu mereka melarang perbuatanku itu tetapi
Nabi s.a.w tidak melarang aku.
18


7. Bersabar dan dibenarkan menangis yang tidak dalam bentuk meratap.
Kerana Nabi s.a.w menangis dengan kematian anak baginda Ibrahim. Lalu
Abdul Rahman bin Auf r.a bertanya kepada Rasulullah s.a.w apabila melihat
baginda menangis : Engkau (menangis) wahai Rasulullah ? Sabda Nabi s.a.w :
Wahai Ibn 'Auf, sesungguhnya ia adalah rahmah (kasih sayang) yang
kemudiannya akan diikuti dengan yang lainnya. Baginda s.a.w menyambung
lagi:

Maksudnya: Sesungguhnya mata mengalirkan air mata, dan hati ini bersedih.
Dan kita tidak mengatakan melainkan apa-apa yang diredai tuhan kita sahaja,
dan kami dengan pemergian engkau wahai Ibrahin benar-benar bersedih hati.
19


8. Harus memberitahu kematian dengan syarat tidak melakukan perkara-
perkara yang dilarang berdasarkan hadith Abu Hurairah r.a katanya:

Maksudnya: Sesungguhnya Rasulullah s.a.w menghebahkan berita kematian
Najasyi pada hari beliau meninggal. Baginda keluar ke tempat sembahyang dan
menyusun saf (sahabat-sahabatnya) dan takbir 4 kali (solat jenazah).
20


16
Hadith riwayat Abu Daud & al-Tirmizi dengan sanad yang sahih. Kata al-Tirmizi :

17
Hadith riwayat al-Tirmizi, Ibn Majah & al-Hakim. Hadith ini dinilai sahih oleh al-Albani.
Lihat Sahih al-Jami' al-Saghir no. hadith 6779
18
Hadith riwayat Bukhari
19
Hadith riwayat Bukhari & Muslim
6

9. Bagi yang mendengar berita kematian hendaklah mendoakan orang yang
ditimba musibah dan harus mengucapkan al-Istirja' () iaitu:

Disunatkan juga bagi yang menimpa musibah menyebut al-Istirja dan dan
berdoa:


Maksudnya: Ya Allah berilah pahala kepadaku dengan sebab musibah ini, dan
jadikan gentian untukku suatu yang lebih baik darinya. (HR Muslim)


10. Dilarang meratapi kematian. Sabda Rasulullah s.a.w:

Maksudnya : Empat perkara daripada jahiliyah yang masih ada dalam umatku,
mereka tidak meninggalkannya, berbangga-bangga dengan harta benda,
mencela keturunan dan meminta hujan kepada bintang dan meratapi
kematian.
21



MEMANDI DAN MENGKAFANKAN JENAZAH

Urusan memandi dan mengkafankan jenazah antara perkara yang
perlu diberi perhatian sewajarnya oleh setiap umat Islam. Kelalaian mereka
dalam urusan ini menyebabkan ia jatuh ke tangan individu yang tidak
selayaknya. Lantaran itu, akan timbullah keburukan dalam masyarakat dan
tersebarnya Bidah (perkara yang diada-adakan dalam agama).

Lebih malang apabila ada sebahagian orang menganggap urusan kematian
hanyalah urusan adat turun-temurun yang tidak ada kaitan dengan agama, lalu
mereka mengambil cara urusannya dari orang dahulu kala dan terus
mengamalkannya tanpa mahu melakukan semakan semula, bahkan ada yang
berkeras mempertahankannya hanya semata-mata ia amalan yang diwarisi
walau telah jelas kesalahannya.

Bagaimana mungkin urusan ini sama seperti urusan adat semata? Sedangkan
Nabi s.a.w telah mengarahkan beberapa perkara dan melarang beberapa
perkara kepada sahabat baginda yang menguruskan jenazah. Ini menunjukkan
perkara pengurusan jenazah ini ada Sunnah yang baginda tinggalkan untuk kita
ikuti.

20
Hadith riwayat Bukhari & Muslim
21
Hadith riwayat Muslim
7


MEMANDIKAN JENAZAH (

)

1- Wajib memandikan mayat orang Islam, kecuali syahid Marakah (orang
yang mati di medan perang). Dalil wajib memandikan jenazah ialah hadith-
hadith yang terdapat dalam bentuk arahan dari Nabi s.a.w, antaranya :

Maksudnya : Daripada Ibn Abbas r.anhuma katanya : Ketikamana seorang
lelaki berwuquf di Arafah, di mana dia telah terjatuh dari tunggangannya dan
tengkuknya patah. Sabda Nabi s.a.w : mandikan dia dengan air dan Daun
Bidara, dan kafankan dia dengan dua pakaian, dan jangan wangikannya, dan
jangan tutup kepalanya, kerana sesungguhnya ia akan dibangkitkan pada hari
Kiamat dalam keadaan bertalbiah.
22


2- Memandikan dengan 3 kali basuhan, atau 5 atau 7 atau lebih berdasarkan
keperluan, dengan meraikan jumlah ganjil.

"

"...
23
3- Mencampurkan sebahagian daripada basuhan itu dengan Daud bidara

Maksudnya : Mandikanlah ia dengan air dan daun Bidara


24
Atau apa-apa
yang dapat menggantikannya bagi tujuan membersihkan seperti sabun.

4- Mencampurkan pada akhir basuhan dengan wangian. Sebaik-baiknya
menggunakan Kapur Barus. Berdasarkan sabda Nabi s.a.w:


Maksudnya : Dan jadikanlah pada akhir (mandiannya) dengan kapur atau
sedikit daripada kapur.
25
Kapur barus bukan sahaja mewangikan bahkan
dapat menguatkan mayat dan menjauhkannya dari serangga.

Al-Imam al-Nawawi di dalam Syarah Sahih Muslim berkata :

"Padanya (mandian janazah) sunat menggunakan kapur barus di bahagian
akhir. Ini adalah kesepakatan di sisi kami (mazhab al-Syafi'ie), ini juga pendapat
Malik, Ahmad dan kebanyakan ulama, disebabkan hadith ini, demikian juga

22
Al-Bukhari dan Muslim
23
Ibid
24
Al-Bukhari
25
Al-Bukhari dan Muslim
8
kerana ia mewangikan mayat, menguatkan badannya, menyejukkannya dan
menghalang dari cepat rosaknya (mayat)." Perkara yang sama disebut oleh al-
Qadhi Iyadh di dalam Ikmal al-Mulim bi Fawa-id Muslim
26


5- Melepaskan ikatan rambut dan membasuhnya dengan baik.

6- Bagi wanita dibuat 3 bahagian rambut dan diletakkan dibahagian belakang
pada akhir pemandian.

7- Memulakan bahagian sebelah kanan, dan anggota wudhu. Kerana sabda
Nabi s.a.w:


Maksudnya: Mulakannya pada sebelah kanan dan tempat-tempat wudhunya.
27


8- Hendaklah orang lelaki memandikan jenazah lelaki dan demikianlah
sebaliknya.

Dalil dalam perkara-perkara ini adalah hadith Ummu 'Atiyyah al-Ansori r.'anha
katanya :

"Nabi s.a.w masuk menemui kami, sedang kami memandikan jenazah anak
perempuan baginda (Zainab). Kemudian baginda bersabda : "mandikan dia 3 kali,
atau 5 kali, atau lebih dari itu jika kamu semua melihatnya perlu, dengan air dan
Daun Bidara, dan jadikan pada akhir pemandiannya itu (air yang dicampur) kapur
barus atau sedikit daripadanya. Apabila selesai beritahulah kepadaku." Maka
apabila selesai, kami memberitahu kepada baginda, lalu baginda memberi kain
baginda kepada kami dan bersabda : pakaikan dia dengan kain ini.
28


Di dalam beberapa riwayat yang lain disebut
29
:

Ummu 'Atiyah berkata: "Dan kami sisir rambutnya menjadi tiga bahagian, ( dalam
riwayat lain beliau berkata : kami melepaskan rambutnya, kemudian kami
membasuhnya), Kemudian kami dandankan rambutnya kepada tiga dandanan,
dua di bahagian tepi dan satu di bahagian ubun-ubunnya) dan kami satukan ke
bahagian belakangnya." Beliau (Ummu 'Atiyah) berkata lagi : "Baginda juga
bersabda kepada kami : Mulakanlah (memandikannya) pada bahagian kanan, dan
tempat-tempat wudhu."


26
I kmal al-Mulim bi Fawa-id Muslim. Cet. Dar al-Wafa, Juz 3, ms. 386.
27
Al-Bukhari dan Muslim
28
Al-Bukhari
29
Sila lihat Ahkam al-J ana-iz wa Bidauha, al-Albani, ms. 65, beliau menghimpunkan riwayt-riwayat ini
dalam kurungan.
9

9- Suami boleh memandikan isterinya dan demikianlah sebaliknya. Ini dikuatkan
dengan dua hadith :

1. Hadith dari Aisyah r.anha :



Maksudnya: Seandainya aku menjumpai perkara ini, tidak ketinggalan,
pasti tidak ada yang memandikan Rasulullah melainkan isteri-isteri
baginda.
30


Al-Imam al-Baihaqi berkata : Beliau (Aisyah) telah berasa sedih dan sesal
(kerana tidak memandikan jenazah Nabi s.a.w), dan tidak berasa sedih dan
sesal melainkan dalam perkara yang diharuskan.
31


2. Hadith dari A-isyah r.anha juga :

"

:" :



Maksudnya : "(Suatu hari) Rasulullah s.a.w kembali kepadaku dari
menghantarkan jenazah ke perkuburan Baqi'. Sedang aku ketika itu
mengalami sakit kepala, lalu aku berkata kepada baginda : Alangkah
sakitnya kepalaku!. Baginda berkata, bahkan aku juga berasa sakit kepala.
Apalah salahnya jika engkau mati dahulu sebelum daripadaku, Aku akan
memandikanmu, mengkafankanmu, kemudian aku yang mensolatimu dan
menanammu."
32


Demikian juga dengan perbuatan beberapa sahabat seperti :

i- Abu Bakar r.a yang mewasiatkan kepada isterinya Asma' untuk
memandikannya apabila dia meninggal, dan Asma' memandikannya.
33

ii- Abu Musa r.a dimandikan oleh isterinya Ummu 'Abdillah.
34

iii- 'Ali r.a memandikan Fatimah ketika kematiannya
35


30
Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Ibn Majah
31
Ahkam al-J anaiz, al-Albani. Ms. 67
32
Thabit : al-Albani di dalam Ahkamal-J ana-iz, ms. 67
33
Riwayat Imam Malik di dalam al-Muwato' dari Abdillah bin Abu Bakar
34
Di dalam Fatwa Lajnah Da-imah
35
Ibid. Disebut di dalam fatwa Lujnah al-Daimah, perkara ini masyhur di kalangan sahabat, dan tidak ada
yang mengingkarinya, maka ini adalah ijma (di kalangan sahabat).
10

10- Orang yang memandikan mayat adalah orang yang lebih tahu tentang
sunnah memandikan mayat dan amanah, terutama jika ia adalah dari
keluarga atau kaum kerabatnya sendiri. Ini kerana janazah Nabi s.a.w telah
dimandikan oleh ahli keluarga Baginda s.a.w.

11- Tidak boleh memandang aurat jenazah dan menyentuhnya secara
terus. Berdasarkan hadith Nabi s.a.w:


Maksudnya: Jangan seorang lelaki melihat aurat lelaki yang lain, dan
perempuan melihat aurat perempuan yang lain.
36
Jika memandang aurat
sahaja dilarang, maka menyentuhnya secara terus lebih utama untuk
dilarang ( ).

12- Terdapat ganjaran besar bagi orang yang memandikan jenazah,
dengan 2 syarat :

i- Merahsiakan apa yang dilihatnya dari perkara yang kurang disenangi.
Ini berdasarkan hadith Nabi s.a.w : (maksudnya) "Siapa yang
memandikan (jenazah) seorang muslim, lalu merahsiakan
keburukannya, maka Allah mengampunkannya 40 kali. Dan siapa
yang menggali kuburnya, baginya pahala bagaikan pahala
memberikan tempat baginya hingga hari kiamat. Dan siapa yang
mengkafankannya, maka Allah akan memberikan pakaian baginya dari
sutera murni syurga."
37


ii- Mengharapkan keredhaan Allah dan tidak mengharapkan habuan
dunia seperti balasan, pujian dan seumpamanya. Ini kerana Allah
s.w.t tidak menerima amalan melainkan jika ianya dilakukan ikhlas
keranaNya.

13- Sekiranya keluar najis dari badan mayat selepas dimandikan samada
dari kemaluannya atau tempat lain, maka tidak perlu diulangi mandian dan
wudhunya. Al-Kharsyi () r.h di dalam Syarahnya kepada Mukhtasar
Khalil bin Ishak al-Malikiyyah berkata: Dan jika keluar najis dari badan
mayat selepas dimandikan, maka tidak perlu diulangi mandiannya dan
wudhunya, bahkan (memadai) dengan dibasuh najis tersebut dari badannya

36
Sahih Muslim
37
Riwayat al-Hakim, al-Baihaqi dan al-Asbahani. Al-Hakim berkata : (hadith ini sahih) berdasarkan syarat
Muslim dan disepakati oleh al-Zahabi : Ahkam al-J anaiz, ms. 69
11
dan kafannya disebabkan dia (mayat) telah hilang taklif dengan kematian
itu.
38


Syeikh Zakaria al-Ansori r.a di dalam (

) dari
ulamak fiqh mazhab al-Syafie berkata : Adapun najis yang keluar dan nyata
daripada mayat selepas mandiannya walaupun selepas mengkafannya, maka
dibuang (najis tersebut) daripadanya (mayat) secara wajib tanpa perlu
diulangi mandian dan wudhu, walaupun (najis itu) keluar dari kemaluannya,
disebabkan telah tertanggal kefardhuan dengan apa yang telah dilakukan
dan terlaksananya kebersihan dengan menghilangkan najis yang keluar,
kerana ia tidak lagi mukallaf, maka tidak ada hukum batal wudhunya.
39


Ibn Qudamah di dalam al-Mughni menyatakan, jika setelah dikafankan, lalu
keluar sesuatu yang sedikit maka tidak perlu diulangi memandikannya,
kerana pengulangan mandi adalah suatu masyaqqah (kesusahan) yang
bersangatan, termasuk terpaksa membasuh kain kafan, menunggunya
kering, atau menggantikannya dengan yang lain. Demikian juga tidak perlu
mengulangi wudhunya, mandinya dan membasuh tempat najis tersebut.
Diriwayatkan daripada al-Syabi, ketika anak perempuannya telah
dikafankan, kelihatan keluar darinya sesuatu, lalu al-Syabi menyuruh
anaknya diangkat tanpa diulangi mandian atau diwudhukan. Namun jika
najis yang keluar itu banyak dan melampau, maka diulangi mandiannya jika
mandiannya belum sempurna 7 kali. Ini kerana banyak najis yang keluar
menampakkan keji atau memburukkan jenazah tersebut.

14- Disunatkan bagi orang yang memandikan mayat, mandi untuk dirinya
selepas selesai memandikan mayat. Inilah pendapat Ibn Abbas, Ibn Umar,
Aisyah, al-Hasan al-Basri, Ibrahim al-Nakhaie, al-Syafie, Ahmad, Ishak, Abi
Thur, Ibn al-Munzir dan Ashab al-Rayi. dan pendapat ini diutarakan oleh Ibn
Qudamah berdasarkan hadith :

Maksudnya: Sesiapa yang memandikan mayat, maka hendaklah dia mandi,
dan siapa yang membawa jenazah, maka hendaklah dia berwudhu.
40
Dan
berdasarkan perkataan Ibn Umar r.anhuma:

Maksudnya : Adalah kami dahulu memandikan mayat, ada di antara kami
yang mandi (selepas daripada itu) dan ada juga diantara kami yang tidak
mandi (selepas daripada itu).
41



38
Fatwa dari lamanweb Islamweb.net. Musyrif Dr. Abdullah al-Fakih
39
Ibid
40
Abu Daud (2/62-63). Al-Tirmizi (2/132)
41
Al-Daraqutni (191), al-Khatib di dalam Tarikhnya (5/424), dengan sanad yang sahih seperti yang dikatakan
oleh al-Hafidz. Sila lihat AHkam al-Janaiz, al-Albani. Pendapat ini juga yang dipilih oleh Lujnah al-Daimah
(1/318) dan al-Syeikh Ibn Uthaimin di dalam al-Syarh al-Mumti (1/295)
12


TERTIB CARA MEMANDIKAN MAYAT

1- Menanggalkan pakaian mayat.


Pakaian mayat
ditanggalkan dalam
keadaan auratnya
tertutup dengan
sesuatu. Dicadangkan
menggunakan kain tuala

yang dapat menutup bahagian aurat mayat iaitu antara lutut dan
pusat bagi mayat lelaki. Inilah pendapat yang lebih benar berdasarkan
hadith Nabi s.a.w:
"Apa yang antara pusat dan lutut adalah aurat."
42
.

Juga sabda baginda : "Peha itu adalah aurat."
43


Aurat antara perempuan dengan perempuan pula ialah keseluruhan
badannya kecuali tempat-tempat perhiasan, iaitulah kepala, telinga, leher,
bahagian atas dari dada: tempat rantai ( ), lengan (hasta) dan
bahagian daripada lengan atas ( ), dan kaki bahagian bawah betis
( ). Adapun selain daripada ini adalah aurat, tidak harus bagi
wanita lain melihatnya sama seperti Mahram.
44


- Boleh menggunakan gunting untuk menggunting pakaian, jika sukar untuk
menanggalkannya. Atau bimbang akan mengasari mayat.

- Pemandi tidak dibenarkan melihat aurat mayat.

2- Mengeluarkan saki-baki najis jika ada. Cara-caranya :


42
Hasan : al-Albani di dalam I rwa' al-Ghalil dan Tamam al-Minnah
43
Hasan gharib min haza wajh : al-Tirmizi.di dalam sunan al-Tirmizi
44
al-Albani di dalam Talkhis Ahkam al-J ana-iz, ms. 30
13

Sebelah tangan
mengangkat sedikit
bahagian atas
badan mayat
sehingga hampir
kepada kedudukan
duduk, sambil
tangan sebelah lagi
menggosok di atas
perut mayat tanpa
mengasari mayat.

- Boleh juga mengangkat kedua-dua kaki mayat dalam usaha untuk
mengeluarkan najis jika ada. Mencurahkan air pada bahagian dubur mayat
jika didapati ada najis yang keluar. Diulangi pergerakan ini sehingga tidak
ada lagi najis yang keluar.

- Mencurahkan air ke bahagian dubur mayat. Dengan menggunakan
keratan kain pada tangan kiri, membersihkan apa-apa yang keluar dengan
air.

3- Membansuh anggota wudhu Mayat

- Membasuh anggota wudhu mayat sama seperti wudhu untuk solat.
Melainkan al-Madhmadah (rubuereb) dan al-Istinsyak rurkreuuka kub uu
guueah ) , cukup sekadar menggosok gigi-gigi mayat dan lubang hidung mayat
dengan kain lembab. Tidak perlu memasukkan air ke dalam lubang hidung
dan mulut mayat.

Kemudian lakukan mandian
yang pertama dengan
membasuh kepalanya,
janggutnya dengan air daun
bidara untuk menghilangkan
kotoran. Jika tidak memadai
untuk menghilangkan
kotoran, tidak mengapa
menggunakan sabun,
syampu atau yang
seumpama dengannya.





14


Kemudian mandikan
bahagian kanan badannya.

Kemudian balikkan mayat
untuk membasuh anggota
belakang badan sebelah
kanan. Kemudian basuh
anggota badan mayat
sebelah kiri mengikut cara
yang sama.
Kemudian lakukan mandian yang kedua dengan cara yang sama seperti di
atas.

- Kemudian akhirkan mandian, memandikannya dengan air kapur
barus. Kerana air kapur barus berperanan menghilangkan bau busuk di
badan mayat, menyejukkannya dan menghindarkannya dari serangga,
kerana ini, air kapur barus dijadikan pada bahagian akhir pemandian agar
kesannya kekal.

Flash memandi dan kafankan jenazah


BAGAIMANA MEMANDIKAN MAYAT YANG TERBAKAR ?

Ibn Qudamah berkata :

Dan yang terkena penyakit cacar, orang yang terbakar, orang yang lemas,
jika memungkinkan untuk memandikannya, dia dimandikan, jika dibimbangi
akan merosakkannya dengan dimandikan, dijiruskan air ke atasnya dengan
satu jirusan tanpa menyentuhnya, jika dibimbangi akan merosakkannya
dengan air, maka tayammumkannya jika memungkinkan, sama seperti orang
yang hidup yang tidak boleh menggunakan air, jika tidak boleh memandikan
mayat kerana ketiadaan air, mayat itu ditayammumkan, jika tidak boleh
memandikan sebahagiannya, dimandikan apa yang boleh dan
ditayammumkan selebihnya.
45


Al-Syeikh Abdul Aziz Abdillah bin Baz ketika ditanya tentang bagaimana
memandikan orang yang mati dalam kemalangan yang mencacatkan
badannya dan mungkin sebahagiannya terputus, menjawab : Wajib
dimandikannya sepertimana dimandikan jenazah yang lain jika
memungkinkan demikian itu, jika tidak memungkinkan (untuk

45
Al-Mughni (2/209)
15
memandikannya), maka dia ditayammumkan, kerana tayammum itu sebagai
ganti memandikannya dengan air ketika tidak boleh memandikannya.
46


Di dalam Fatwa Lujnah al-Da-imah ada disebut tentang memandikan mayat
yang kemalangan hingga menyebabkan terputus anggota badannya: Jika
tidak boleh memandikannya, maka ditayammumkan berdasarkan keumuman
firman Allah taala: (maksudnya): Bertakwalah kepada Allah sekadar apa
yang kamu mampu., kerana Allah telah mensyariatkan tayammum untuk
bersuci daripada hadath besar dan kecil ketika ketiadaan air, atau ketika
tidak mampu menggunakan air atau akan membawa mudharat dengan
menggunakan air.
47



HUKUM ANAK YANG KEGUGURAN

Para ulama sepakat anak yang mati selepas dilahirkan dan ianya diketahui
hidup sebelum itu dan mengeluarkan suara tangisan, ia dimandikan,
dikafankan dan disembahyangkan. Kesepakatan ulama ini dinukilkan oleh
Ibn al-Munzir, Ibn Qudamah
48
, al-Kasani.
49
al-Nawawi berkata : Dijadikan
kafannya sama seperti kafan orang yang baligh dengan tiga helai kafan.
50


Jika seorang anak yang mati ketika dilahirkan tanpa mengeluarkan sebarang
suara, dilihat kepada usianya. Jika dia telah sempurna empat bulan
kehamilan, maka tempoh ini dia telah ditiupkan ruh, dan dia dimandikan,
dikafan dan disolatkan. Jika kurang dari tempoh ini ia tidak perlu dimandi
dan disembahyangkan, hanya perlu dibungkus dengan kain dan
dikebumikan.
51



MENGKAFANKAN MAYAT ( )

Kain kafan adalah tanggungjawab harta si mati. Nabi s.a.w bersabda :

Maksudnya : Kafankanlah ia (orang yang mati dalam berihram) dengan dua
pakaiannya
52


Al-Imam Ibn Qayyim berkata
53
:Bahawa kafan didahulukan daripada
pewarisan dan hutang, kerana Rasulullah s.a.w menyuruh dia (orang yang

46
Majmu Fatawa wa Maqalaat Mutanawwiah (13/123)
47
Fatawa Lujnah al-Da-imah : 8/371
48
Al-Mughni (2/328)
49
Ba-i al-Sona-i (1/302)
50
Al-Majmu (5/210)
51
Al-Mughni (2/328), al-I nsof (2/504)
52
Al-Bukhari dan Muslim
53
Zaad al-Maad 2/240
16
mati ketika ihram) dikafan dengan dua pakaiannya, dan baginda tidak
bertanya tentang warisnya, hutangnya, dan jika perkara ini sebaliknya tentu
baginda bertanya. Sebagaimana pakaiannya ketika dia hidup didahulukan
daripada menunaikan hutang, maka demikian juga selepas kematian, inilah
pendapat kebanyakan ulama, dan padanya ada khilaf yang syaz yang tidak
dijadikan sandaran dengannya.


Jika kain kafan kecil, hendaklah diutamakan auratnya dan bahagian atas
tubuhnya. Mayat diletakkan di atas 3 helai kain kafan yang dibentang untuk
dikafankan dengan diletakkan wangian di atasnya.



'A-isyah r.'anha berkata: "Sesungguhnya Nabi saw dikafankan dengan 3 kain
kafan dari Yaman bewarna putih dari Suhul (di Yaman), tidak ada padanya
baju dan serban."
54



(Anak panah di dalam
gambar di sebelah
menunjukkan kapas
yang diwangikan
diletak di bahagian
punggung jenazah
bagi menghalang bau
busuk.)

1- Kain hendaklah
menutup
keseluruhan tubuh
mayat. Dan sunat
diperelokkan berdasarkan sabda Nabi s.a.w :

Maksudnya : Apabila salah seorang daripada kamu menkafankan
saudaranya, maka perelokkanlah kafannya.
55


Para ulama berkata: Yang dimaksudkan dengan perelokkan kafan itu ialah
(dari sudut) kebersihannya, kekuatannya, penutupannya, dan
kesederhanaannya, dan bukanlah bermaksud pembaziran dan berlebih-
lebihan dan mahal.
56


54
Riwayat Ashabus sittah, Ibn Jarud, al-Baihaqi dan Ahmad
55
Al-Albani mengatakan riwayat ini sahih. Ahkam al-J anaiz, ms. 77
56
Ibid.
17

Kata al-Qurtubi : Hendaklah kain kafan itu daripada jenis yang mampu
dimilikinya semasa hidup, tanpa bermewah-mewahan atau membazir.
Maka dilarang berlebih-lebihan dengan kain kafan, samaada
menjadikannya lebih dari 3 atau menyelitkan sesuatu (seperti kain ihram)
bersamanya atau ia dari jenis yang mahal/mewah.

2- Mewangikan Mayat

Disunatkan mewangikan mayat samaada lelaki mahupun perempuan
berdasarkan hadith al-Bukhari dan Muslim iaitu tentang arahan Nabi s.a.w
kepada para wanita yang memandikan jenazah anak baginda Zainab agar
mereka memandikannya dengan kapur barus pada akhir mandian, dan
kapur barus itu satu jenis daripada wangian. Jabir bin Abdillah r.a
berkata:Apabila kamu mewangikan mayat, maka wangikanlah ia tiga
kali
57

Maka kalimat al-Mayyit di dalam hadith di atas merangkumi mayat lelaki
dan perempuan. Demikian juga Asma binti Abi Bakr r.anhuma berpesan
kepada ahli keluarganya :

Maksudnya : Wangikanlah pakaianku (kafanku) apabila aku meninggal,
kemudian wangikanku (jasadku).
58

Hukum ini tidak termasuk orang yang mati ketika berihram, samaada haji
mahupun umrah. Berdasarkan hadith Nabi s.a.w.
59
Kata al-Nawawi :
Disunatkan mewangikan kafan, melainkan bagi orang lelaki dan orang
perempuan yang berihram
60


Cara mewangikan mayat adalah dengan mengenakan wangian di tempat-
tempat sujud sebagai memuliakannya, dan di tempat-tempat terhimpunnya
kotoran seperti di bawah pelipat lutut, ketiak dan seumpamanya. Jika
dikenakan wangian keseluruh badan mayat juga tidak mengapa. Al-Baihaqi
meriwayatkan daripada Ibn Mas'ud ra, katanya :


Maksudnya : "Kapur barus itu diletakkan pada anggota sujud"


57
Riwayat Imam Ahmad. Al-Nawawi di dalam al-Majmu berkata : Sanadnya Sahih. Hadith ini juga telah
disahihkan oleh al-Albani di dalam Sahih al-Jami
58
Malik di dalam Muwato (528) dan al-Baihaqi di dalam Sunan al-Kubra (3/568)
59
Sila lihat hadith yang pertama dalam m/s 1.
60
Al-Majmu (5/156)
18
Anggota-anggota sujud ialah dahi, hidung, dua tangan, dua lutut dan dua
kaki, kerana seseorang sujud di atas anggota-anggota ini sebagai
memuliakannya.
61
Ibn Qudamah berkata
62
:

"Meletakkan al-Hanuth ( wangi yang dibuat untuk mayat) di
bahagian sendi, seperti di bahagian bawah lutut dan di bawah ketiak,
kerana di situlah tempat berhimpunnya kotoran. Dan meletakkannya di
anggota sujud kerana ia (anggota tersebut) lebih mulia, jika meletakkan
wangian keseluruhnya (seluruh badan) tidak mengapa."

Ketika ditanya kepada al-Syeikh Muhammad bin Soleh al-Uthaimin :
"Apakah boleh meletakkan wangian pada seluruh badan mayat? Beliau
menjawab : "Ya, diriwayatkan perkara itu dari sebahagian sahabat (Nabi
s.a.w) r.'anhum."
63


Termasuk bahagian yang digalakkan untuk diletakkan wangian ialah : Dua
kelopak mata, dua lubang hidung, bahagian mulut, dua telinga dan pada
tempat-tempat sujud seperti dahi, hidung, dua telapak tangan, dua lutut
dan jari-jari kaki. Demikian juga di bawah ketiak, bawah pelipat lutut dan
pusat. Wangian juga direnjiskan di antara kain kafan dan diletakkan
wangian pada helaian atas.

3- Disunatkan kain kafan bewarna putih berdasarkan hadith :

Maksudnya : "Pakailah daripada pakaian kamu semua yang bewarna putih,
kerana sesungguhnya ia adalah sebaik-baik pakaian kamu dan kafankanlah
dengannya orang-orang yang mati di kalangan kamu."
64


4- Para ulama berbeza pendapat tentang kafan bagi mayat wanita.
Mazhab al-Ahnaf, al-Malikiyah, al-Syafieyah, al-Hanabilah dan al-Zohiriyah
sependapat mengatakan mustahab (sunat) mengkafankan wanita dengan
lima helai kain.
65
Iaitulah kain, khimar (penutup kepala), baju dan dua
helai kain untuk membalut. Inilah pendapat al-Malikiyah, al-Syafieyah dan
al-Hanabilah.
66


Jumhur ulama berdalilkan dengan hadith yang diriwayatkan oleh Abu
Daud:

61
Syarh Fath al-Qadir : 2/110
62
al-Mughni () (3/388)
63
Majmu' Fatawa Ibn Uthaimin : 17/97
64
Abu Daud, al-Tirmizi dan beliau mensahihkannya, juga diriwayatkan oleh Ibn Majah, al-Baihaqi, Ahmad
dan al-Hakim, beliau berkata : Sahih berdasarkan syarat Muslimdan al-Zahabi mempersetujuinya. Ahkam
al-J anaiz, ms. 82
65
Sila lihat Bada-i al-Sona-I (2/325), Mawahib al-J alil (2/266), al-Majmu (5/161), al-Mughni (3/390), al-
Muhalla (5/120)
66
" ( " 2 / 222 ) , " ( " 5 / 222 ) , " ( " 3 / 392 )
19


Maksudnya : Daripada Laila binti Qanif al-Thaqafiyyah katanya : Aku
adalah salah seorang yang memandikan Ummu Kalthum anak perempuan
Nabi s.a.w ketika kematiannya, benda pertama yang diberi oleh
Rasulullah kepada kami ialah kain, kemudian baju (Qomis), kemudian
khimar (petutup kepala), kemudian kain bungkus, kemudian dia
dibungkus dengan kain yang akhir, kata (Laila): Rasulullah s.a.w duduk
di pintu dan bersamanya kain kafan anaknya, baginda menyerahkannya
kepada kami satu persatu.
67


Namun hadith ini telah dilemahkan oleh al-Syeikh Muhammad Nasiruddin
al-Albani.
68
Beliau berpendapat tidak ada perbezaan cara mengkafankan
mayat antara lelaki dan wanita disebabkan ketiadaan dalil yang
membezakannya.
69


Namun sebahagian yang lain menganggap hadith ini ada penguatnya
(Syahid) dari hadith Ummu Atiyyah yang berkata :

Maksudnya : Kami kafankannya (Zainab, anak Nabi s.a.w) dengan lima
helai kain, dan kami pakaikannya khimar(penutup kepala) sepertimana
dipakaikan khimar kepada orang yang hidup.
70


Al-Syeikh Abdul Aziz Abdillah bin Baz apabila ditanya tentang
mengkafankan orang lelaki dan perempuan, beliau menjawab :

Maksudnya : Yang lebih utama mengkafankan orang lelaki dengan 3
helai kain putih, tidak ada padanya baju dan serban, inilah yang afdhal,
adapun wanita dikafankan dengan lima helai, iaitu kain, baju, khimar dan
dua kain balutan, jika dikafankan mayat dengan satu kain kafan yang

67
Sunan Abi Daud (3157)
68
Irwa al-Ghalil (723), demikian juga di dalam Ahkam al-J ana-iz, ms. 85
69
al-Albani di dalam Ahkam al-Jana-iz, ms. 85
70
Ibn Hajar berkata : I snad hadith ini sahih , Fath al-Bari, (3/159)
20
menutupi, harus samaada kepada lelaki dan perempuan, urusan dalam
perkara ini adanya keluasan (pandangan).
71


Al-Syeikh Muhammad bin Soleh al-Uthaimin pula berkata:

Maksudnya : Menjadikan kafan wanita itu sebanyak lima helai ada hadith
yang marfu tentangnya, melainkan dalam sanadnya ada pertikaian,
kerana di dalamnya ada seorang rawi yang majhul, kerana itu sebahagian
ulama berkata : Orang perempuan dikafankan sama seperti dikafankan
orang lelaki, iaitu dengan tiga helai kain kafan yang dibalutkan
sesamanya. Pendapat ini, jika hadith tersebut (di atas) tidak sahih maka
inilah yang asah, ini kerana asalnya ialah sama antara lelaki dan wanita
dalam hukum hakam syara, melainkan jika ada dalil yang menunjukkan
(sebaliknya), maka jika ada dalil yang mengkhususkan hukum antara
lelaki dan perempuan, maka dikhususkan hukum itu, jika tiada, maka
asalnya sama hokum antara keduanya (lelaki dan wanita). Berdasarkan
ini kami (Ibn Uthaimin) katakan : Jika thabit hadith mengkafankan
wanita dengan lima kafan itu maka hukumnya adalah demikian, jika
hadith itu tidak thabit, maka disamakan lelaki dan wanita di dalam semua
hukum hakam, melainkan apa yang ditunjukkan oleh dalil (sebaliknya).
72




5- Jenazah
dikafankan
dengan
menutup
anggota
sebelah
kanannya
terlebih
dahulu, Cara
membalut
kain kafan
dengan
membalut
hujung kain
sebelah
kanan untuk menutup anggota bahagian kanannya dan diikuti
hujung kain sebelah kiri
73
(sambil membuang kain yang menutup
auratnya) dan diikuti dengan kain-kain yang berikutnya.


71
Majmu Fatawa Ibn Baz (13/127)
72
Al-Syarh al-Mumti (5/224)
73
Al-Syeikh Ibn Uthaimin di dalam Fatawa fi Ahkam al-J azaiz. Fatawa Ulama al-Bilad al-Haram. m.s.772
21
SOLAT JENAZAH
1- Hukum solat jenazah adalah fardhu Kifayah. Ia berdasarkan ayat
al-Quran:

Maksudnya: Dan jangan kamu sekali-kali menyembahkan (jenazah)


seorangpun dari kalangan mereka (orang-orang munafik) selama-
lamanya, dan jangan kamu berdiri (mendoakan) berhampiran
kuburnya. Sesungguhnya mereka telah kepada Allah dan RasulNya
dan mereka mati dalam keadaan fasik.
74

Ayat ini melarang ditunaikan solat jenazah ke atas orang
munafik yang meninggal dunia. Ia menunjukkan hukum menunaikan
solat jenazah ke atas orang yang beriman adalah suatu yang
disyariatkan. Selain itu berdasarkan perbuatan Nabi SAW. yang akan
menunaikan solat ke atas jenazah umat Islam, dan baginda bersabda:
Maksudnya: Sembahyanglah ke atas (jenazah) sahabat kamu
semua.
75

2- Ikhlaskan berdoa kepada mayat, sabda Nabi saw:

Maksudnya: "Apabila kamu mensolati mayat, maka berdoalah dengan


ikhlas."
76

3- Mengetahui kelebihan solat Jenazah
Maksudnya: Sesiapa yang menyaksikan (menguruskan) jenazah
sehinggalah disembahyangkan, dia memperolehi dua qirat, dan
sesiapa yang menguruskan jenazah sehingga dikebumikan, dia
memperolehi dua qirat ditanya kepada baginda: Apakah dua qirat
itu? Baginda menjawab: Seumpama dua bukit yang besar.
77


74
Surah al-Taubah: 84
75
H.R. al-Bukhari, 2298 dan Muslim, 1619
76
H.R. Abu Daud, 3199. Dihasankan oleh al-Albani di dalam Sahih Abu Daud.
77
H.R. al-Bukhari, 1240
22
4- Bilangan jemaah yang ramai, yang menyembahyangkan jenazah
memberi kebaikan kepada mayat. Ini berdasarkan hadith Nabi
SAW. yang diriwayatkan daripada Ibn Abbas RA.:

Maksudnya: Tidak ada seorang muslim yang meninggal dunia,


kemudian jenazahnya disembahyangkan oleh empat puluh ahli
jemaah yang tidak mensyirikkan Allah dengan sesuatupun, melainkan
Allah memberi syafaat kepadanya.
78

Bayi yang keguguran berusia lebih dari empat bulan, disolatkan
jenazahnya. Ini berdasarkan hadith:
5- Maksudnya : "Sesungguhnya setiap orang daripada kamu
dihimpunkan ciptaannya di dalam perut ibunya selama empat
puluh hari, kemudian dia menjadi 'Alaqah (

) seperti tempoh
itu juga (40 hari), kemudian dia menjadi Mudhghah (

)
seperti tempoh itu juga (40 hari), kemudian ALLAH mengutuskan
malaikat maka disuruh dengan 4 kalimat. Dikatakan kepadanya :
"Tuliskan amalannya, rezekinya, ajalnya, dan duka atau gembira,
kemudian ditiupkan padanya ruh."
79

Sama halnya bayi yang lahir dan mengeluarkan suara,
kemudian meninggal dunia. Wajib menyembahyangkannya dengan
ijma para ulama. al-Imam Ibn Qudamah berkata:
Maksudnya: Para ulama bersepakat, bayi yang diketahui telah hidup
dan mengeluarkan suara (kemudian meninggal dunia)
disembahyangkan jenazahnya.Adapun jika tidak mengeluarkan suara,
al-Imam Ahmad RH berkata: Jika dia telah sampai empat bulan
dimandi dan disembahyangkan, inilah pandangan Said bin Musayyib,
Ibn Sirin, Ishak, dan Ibn Umar telah menyembahyangkan ke atas
cucunya yang dilahirkan meninggal dunia.
80

Bayi yang gugur sebelum empat bulan tidak perlu disolatkan.
Ini kerana ia masih belum dikira sebagai insan yang bernyawa.

78
H.R. Muslim, 948
79
H.R. al-Bukhari
80
Al-Mughniy, 2/328
23
Al-Syeikh 'Umar bin Muhamad bin Ibrahim Ghanam di dalam
kitabnya Ahkam al-Janin berkata : "Adapun yang mati sebelum empat
bulan, maka dia tidak perlu dimandikan dan disolatkan. Dibungkus di
dalam kain dan dikebumikan. Ini disebabkan tidak ditiupkan ruh
melainkan setelah empat bulan. Sebelum dari itu (empat bulan) dia
tidak dikira sebagai insan (yang bernyawa), maka tidak perlu
disolatkan sama seperti benda yang tidak bernyawa yang lain dan
darah." Berdasar hadith Nabi saw :

Maksudnya: "Janin yang keguguran boleh disembahyangkan ke
atasnya, dan didoakan kepada dua orang tuanya dengan keampunan
dan rahmah." (Abu Daud dan disahihkan oleh al-Albani di dalam sahih
al-Jami')
6- Jenazah yang ketika hidupnya melakukan dosa besar juga
disolatkan. Para ulama dan pemimpin boleh untuk tidak hadir
sebagai memberi peringatan kepada yang masih hidup
berdasarkan beberapa hadith yang menceritakan tindakan Nabi
SAW. yang tidak menyembahyangkan jenazah pelaku maksiat.
Sama halnya jenazah orang yang mati kerana membunuh diri.
Jabir bin Samurah ( ) RA. meriwayatkan:
Maksudnya: Didatangkan kepada Nabi SAW. jenazah seorang lelaki
yang membunuh diri dengan anak panah, lalu baginda tidak
menyembahyangkan untuknya.
81

Al-Imam al-Nawawi ketika mensyarahkan hadith ini berkata:
Maksudnya: Hadith ini merupakan dalil bagi sesiapa (dari kalangan
ulama) yang berkata: tidak disembahyangkan ke atas jenazah yang
membunuh diri disebabkan maksiat yang dilakukannya. Ini merupakan
mazhab Umar bin Abd al-Aziz dan al-Auzaie. Berkata al-Hasan, al-
Nakhaie, Qatadah, Malik, Abu Hanifah, al-Syafie dan kebanyakan
ulama: disembahyangkan jenazah orang yang membunuh diri.
Berkenaan hadith ini, kebanyakan para ulama menjawab, Nabi SAW.
tidak menyembahyangkan jenazahnya sebagai melarang manusia lain
dari melakukan perbuatan yang sama dilakukan oleh jenazah (bunuh
diri). Sebaliknya jenazah orang yang membunuh diri itu

81
H.R. Muslim 978
24
disembahyangkan oleh para sahabat lainnya. Keadaan ini sama
dengan perbuatan Nabi SAW. yang tidak menyembahyangkan jenazah
yang menanggung hutang, sebagai melarang umat Islam
meringankan hutang dan mengabaikan pembayarannya, sedangkan
baginda menyuruh sahabat menyembahyangkan jenazah tersebut
dengan bersabda: Sembahyanglah kamu semua ke atas jenazah
kawan kamu ini.
82

7- Mayat yang sudah disolatkan, boleh disolatkan lagi oleh orang lain.
Sekiranya jenazah telah dikebumikan, maka orang yang masih
belum menyembahyangkan jenazah boleh menunaikan solat
jenazah di tanah perkuburan. Ini berdasarkan hadith Nabi SAW.
antaranya hadith yang diriwayatkan oleh Ibn Abbas RA.:
Maksudnya: Rasulullah SAW. sampai di sebuah kubur yang masih
baru (tanahnya masih basah), kemudian baginda menunaikan solat
jenazah untuk penghuninya, dan para sahabat membuat saf di
belakang baginda, baginda bertakbir empat kali.
83

Di dalam hadith lain dinyatakan:

Maksudnya: (suatu ketika) Seorang lelaki atau perempuan yang


berkulit hitam, yang bertindak sebagai penyuci masjid telah meninggal
dunia. Rasulullah SAW. bertanya tentangnya, lalu para sahabat
memberitahu orang itu telah meninggal dunia. Baginda bersabda:
Mengapa kamu semua tidak memberitahu kepada ku perkara itu?
Tunjukkan kepada ku kuburnya, lalu baginda pergi ke kubur orang itu
dan baginda menunaikan solat jenazah untuknya.
84

Para ulama berbeza pandangan tentang tempoh masa
dibenarkan solat jenazah di tanah perkuburan. Sebahagian ulama
tidak menetapkan sesuatu tempoh tertentu, bahkan boleh walaupun
jenazah itu telah dikebumikan bertahun-tahun yang lalu. Ada pula

82
Sila lihat Syarah Sahih Muslim oleh al-Nawawi.
83
H.R. Muslim
84
H.R. al-Bukhari 458, Muslim 956. Berdasarkan riwayat daripada Ibn Khuzaimah ada
tambahan yang menyatakan: Para sahabat menjawab: Orang itu meninggal pada malam
hari, oleh itu kami tidak suka untuk mengejutkan engkau (wahai Rasulullah SAW.) Sila
lihat Fath al-Bari
25
yang berpendapat tempohnya hanya selama tiga hari. Ada pula yang
berpendapat selama jenazah itu masih belum hancur. Dan ada pula
yang berpendapat, boleh ditunaikan solat jenazah di tanah
perkuburan selama tidak melebihi satu bulan selepas ia dikebumikan.
Ini berdasarkan hadith daripada Said bin al-Musayyib RA.
Maksudnya: Bahawa ketika Ummu Saad
85
meninggal dunia, Nabi
SAW. tidak ada di Madinah. Apabila baginda pulang ke Madinah,
baginda menunaikan solat di kuburnya, ketika itu telah berlalu
kematian ummu Saad selama sebulan.
86
Pendapat ini dipilih oleh Ibn
Qudamah di dalam al-Mughniy.
87

Sebahagian ulama lain berpandangan hadith ini tidak
menunjukkan tempoh boleh menunaikan solat jenazah di kubur.
Sebaliknya ia hanya merakamkan perbuatan Nabi SAW. ketika itu. Ibn
Hazm berkata:
Maksudnya: Adapun perkara menghadkan solat (di kubur) selama
sebulan atau tiga hari, adalah salah, kerana perbuatan menghadkan
itu tanpa ada dalil.
88

Al-Syeikh Muhammad bin Soleh al-Uthaimin telah memberikan
penyelesaian yang baik dalam masaalah ini. Beliau berkata:
Maksudnya: Dan yang benar kita boleh menunaikan solat (jenazah)
di kubur sekalipun setelah berlalu sebulan. Sebahagian ulama telah
meletakkan syarat yang baik (dalam perkara ini), dimana mereka
berkata: dengan syarat jenazah yang dikebumikan itu meninggal pada
ketika orang yang hendak menunaikan solat untuknya itu berkeahlian
untuk solat. contohnya: Seorang lelaki meninggal dua puluh tahun
yang lalu. Kemudian seorang yang berumur tiga puluh tahun pergi
untuk menunaikan solat untuknya (solat jenazah untuknya di
kuburnya). Maka perkara ini boleh. Kerana orang yang hendak
menunaikan solat jenazah di kubur itu, ketika jenazah itu meninggal
dia berumur sepuluh tahun. Dan dia (ketika berumur sepuluh tahun)
adalah termasuk dari kalangan orang yang boleh menunaikan solat.
contoh lain: Seorang lelaki meninggal dunia tiga puluh tahun yang
lalu. Kemudian seorang lelaki lain yang berumur dua puluh tahun
pergi untuk menunaikan solat jenazah untuknya (solat jenazah

85
Ummu Saad yang dimaksudkan ialah ibu kepada Saad bin Ubadah ( )
86
H.R. al-Tirmizi, 1038. Hadith ini telah dihasankan oleh al-Arnaauth di dalam tahkiknya
terhadap Jami al-Usul 6/237.
87
Lihat al-Mughniy. Kitab al-Janaiz, Masalah la Yusalli ala al-Qabr bad Syahr. Jilid 2,
hal: 199
88
Lihat al-Muhalla bi al-Athar. Jilid 3, hal: 367
26
untuknya di kuburnya). Keadaan ini tidak boleh kerana orang yang
hendak menunaikan solat jenazah untuknya itu, ketika jenazah itu
meninggal, dia masih tidak lahir dan dia tidak termasuk orang yang
boleh menunaikan solat ketika itu. Oleh kerana itu kita tidak
disyariatkan untuk menyembahyangkan jenazah Nabi SAW. di kubur
baginda (kerana ketika baginda meninggal kita masih belum ada lagi).
Dan tidak kita ketahui adanya sesiapa (di kalangan ulama) yang
berkata disyariatkan untuk kita solat jenazah di kubur Nabi SAW. atau
di kubur sahabat. Sebaliknya (yang disyariatkan kepada kita) hanyalah
berdiri berhampiran kubur mereka dan berdoa.
89

Berdasarkan ini, pandangan yang lebih benar ialah pandangan
yang mengatakan solat jenazah di kubur boleh dilakukan walaupun
jenazah itu telah dikebumikan bertahun-tahun yang lalu, dengan
meraikan syarat yang dinukilkan oleh al-Uthaimin di atas. Dan solat
jenazah di kubur adalah sama seperti solat jenazah biasa.
8- Boleh menuniakan Solat Ghaib ke atas jenazah muslim yang
meninggal di negeri yang tiada orang solat jenazah ke atasnya. Ini
berdasarkan perbuatan Nabi SAW. yang solat ghaib ke atas
jenazah Najasyi. Dalam masaalah ini juga terdapat beberapa
pandangan ulama. Sebahagian ulama berpendapat dilakukan solat
ghaib kepada individu yang memberi manfaat kepada umat Islam
seperti seorang yang alim, orang kaya yang menafkahkan
hartanya untuk umat Islam dan seumpamanya. Al-Imam Ibn
Qayyim al-Jauziyyah berkata:
Maksudnya: Bahawa bukanlah dari petunjuk Nabi SAW. menunaikan
solat (ghaib) ke atas setiap orang yang meninggal ghaib (yang tidak
ada di hadaan kita). Telah mati ramai jenazah di kalangan umat
Islam, dalam keadaan mereka tidak ada di hadapan Nabi SAW. namun
baginda tidak menunaikan solat ghaib ke atas mereka. Dalam masa
yang sama, telah sahih dari Nabi SAW. yang baginda menunaikan
solat ghaib ke atas jenazah Najashi. Para ulama berbeza pandangan
dalam perkara ini kepada tiga pendapat:
Pertama: Ini merupakan pensyariatan daripada baginda SAW. dan ia
menjadi sunnah ke atas umat Islam untuk menunaikan solat ghaib ke
atas setiap jenazah yang ghaib. Ini merupakan pendapat al-Syafie
dan Ahmad berdasarkan salah satu riwayat daripada beliau.
Kedua: Abu Hanifah dan Malik berpandangan, ia merupakan perkara
khusus untuk Nabi SAW. bukan untuk semua orang.

89
Al-Syarh al-Mumti 5/436
27
Ketiga: Syeikh al-Islam Ibn Taimiyyah RH bekata: Yang benarnya, jika
jenazah yang ghaib (yang berada di tempat lain), dia mati di negeri
yang tidak ada orang yang menyembahyangkan jenazahnya, maka
disembahyangkan untuknya dengan solat ghaib. Jika jenazahnya telah
disolatkan ditempat dia meninggal, maka tidak perlu untuk dilakukan
solat ghaib ke atasnya, kerana kefardhuan menunaikan solat jenazah
ke atasnya telah gugur dengan jenazahnya telah disembahyangkan
oleh sebagai umat Islam
90

9- Digalakkan memperbanyakkan jumlah orang yang mendirikan
solat. demikian juga digalakkan untuk memperbanyakkan saf solat
jenazah. Ibn Abbas RA. meriwayatkan:

Maksudnya: Tidak ada seorang muslim yang meninggal dunia,


kemudian jenazahnya disembahyangkan oleh empat puluh orang
lelaki yang tidak mensyirikkan Allah dengan sesuatupun, melainkan
Allah memberi syafaat dengan mereka itu kepadanya.
91

Al-Imam Ibn Hajar al-Asqalani ketika memberi komentarnya
terhadap tajuk yang disebut oleh al-Imam al-Bukhari sebagai Bab al-
Sufuf ala al-Janazah berkata:
Maksudnya: Penulis (al-Imam al-Bukhari) mengisyaratkan dengan
bentuk jama (al-Sufuf) berdasarkan sunatnya dijadikan saf kepada
tiga seperti yang diriwayatkan oleh Abu Daud dan selainnya dari
hadith Malik bin Hubairah secara marfu: Sesiapa solat jenazah
untuknya sebanyak tiga saf, sesungguhnya wajib untuknya. (hadith
ini) dihasankan oleh al-Tirmizi dan disahihkan oleh al-Hakim. Akan
tetapi di dalam sanadnya ada Muhammad bin Ishak, beliau adalah
seorang Mudallis, beliau telah meriwayatkan hadith ini secara ananah
(). Ini merupakan kecacatan yang memberi kesan terhadap
periwayatan seorang mudallis. Oleh itu hadith ini tidak boleh dijadikan
hujjah sehinggalah didapati adanya penguat kepada hadith ini,
wallahu alam. Dan di dalam riwayat lain dinyatakan: Melainkan
diampunkan untuknya. Berkata al-Tobari: Sewajarnya bagi keluarga
mayat, jika mereka pasti mayat tidak akan berubah, maka hendaklah

90
Zaad al-Maad 1/519-521
91
H.R. Muslim 948
28
mereka menunggu orang ramai berhimpun untuk menunaikan solat
sebanyak tiga saf berdasarkan hadith ini.
92

Al-Syeikh Muhammad Nasiruddin al-Albani di dalam bukunya
Ahkam al-Janaiz berkata:
Maskudnya: Dan disunatkan menjadikan saf di belakang imam
kepada tiga saf atau lebih berdasarkan dua hadith yang diriwayatkan
dalam perkara ini. Pertamanya daripada Abi Umamah yang berkata:
(satu ketika) Rasulullah SAW. menunaikan solat jenazah, dan
bersama baginda terdapat tujuh orang yang lain. Tiga orang daripada
mereka itu baginda jadikan satu saf, dua orang lagi sebagai satu saf
dan baki dua orang lagi sebagai satu saf.
93

Al-Imam al-Syaukani berkata:
Maksudnya: dan yang paling sedikit saf itu adalah dua orang dan
tidak ada had banyaknya.
94

Jika makmum hanya seorang, maka dia berdiri di belakang
imam berdasarkan hadith:
Maksudnya: Abu Talhah memanggil Rasulullah SAW. untuk
menunaikan solat jenazah ke atas Umair bin Abi Talhah ketika dia
meninggal dunia. Lalu Rasulullah SAW. datang dan menunaikan solat
jenazah itu di rumah mereka. kemudian Rasulullah SAW. bergerak ke
hadapan (untuk menjadi imam), dan Abu Talhah berdiri di belakang
baginda, manakala Ummu Sulaim berdiri di belakang Abu Talhah. Dan
tidak ada yang menyembahyangkan jenazah Umair melainkan mereka
bertiga.
95

10- Orang yang lebih berhak menjadi imam di dalam solat jenazah
adalah seperti berikut:
i. Orang yang diwasiatkan untuk menjadi imam oleh jenazah
k e t i k a h i d u p n y a .


92
Fath al-Bari 3/186-187
93
Sila lihat Ahkam al-Janaiz oleh al-Albani, hal: 127
94
Nail al-Awthor 2/728
95
H.R. al-Hakim dan beliau berkata hadith ini sahih berdasarkan syarat al-Bukhari dan
Muslim
29
Ibn Qudamah mendakwa perkara ini adalah ijma di kalangan
sahabat Nabi SAW. beliau berkata:
Maksudnya: Perkara ini telah tersebar, dan tidak ada sesuatu yang
berbeza dengannya, maka ia merupakan ijma
96

Al-Syeikh Said bin Ali bin Wahf al-Qahtaniy menukilkan di
dalam risalahnya:
Maksudnya: Orang yang paling utama (menjadi imam) menunaikan
solat jenazah ialah siapa yang diwasiatkan untuk menjadi imam (oleh
jenazah ketika hidupnya) berdasarkan ijma para sahabat Nabi yang
melakukan wasiat dalam perkara ini. Sesungguhnya Abu Bakr telah
mewasiatkan agar Umar mengimamkan solat jenazahnya, Umar pula
telah mewasiatkan Suhaib menjadi imam solat jenazahnya [dikatakan
juga omar telah mewasiatkan kepada Zubair], Ibn Masud
mewasiatkan ajar jenazahnya diimamkan oleh al-Zubair, Abu Bakrah
mewasiatkan kepada Barzah, Ummu Salamah mewasiatkan kepada
Said bin Zaid, Aisyah mewasiatkan kepada Abu Hurairah dan Abu
Syuraihah mewasiatkan kepada Zaid bin Arqam, ketika Syuraihah
meninggal Umar bin Harith yang merupakan pemimpin di Kufah pergi
ke hadapan untuk menjadi imam. Lalu anak Syuraihah berkata:
Wahai amir (pemimpin) sesungguhnya bapaku telah meninggalkan
wasiat agar Zaid bin Arqam menjadi imam, lalu Zaidpun bergerak ke
hadapan untuk menjadi imam. Ini kerana (imam solat jenazah) adalah
hak jenazah (untuk menentukannya), oleh itu hendaklah didahulukan
orang yang diwasiatkan oleh jenazah. Demikian juga Yunus bin Jubair
mewasiatkan kepada Anas bin Malik untuk menjadi imam solat
jenazahnya.
97

ii. Pemerintah atau pemimpin (yang soleh dan layak) lebih aula
menjadi imam solat berbanding sanak saudara simati.
Ibn Qudamah berkata:
Maksudnya: Kebanyakan ulama berpandangan didahulukan
pemimpin berbanding ahli keluarga dalam bab (menjadi imam) untuk
solat ke atas jenazah
98

Pandangan beliau ini dikuatkan dengan hadith Abu Hazim
katanya:

96
Al-Mughniy 3/406
97
Ahkam al-Janaiz oleh Said bin Ali bin Wahf al-Qahtani, hal: 275-276
98
Al-Mughniy 3/406-407
30
Maksudnya: Sesungguhnya aku menyaksikan pada hari
meninggalnya Hasan bin Ali. Aku melihat Husain bin Aliy berkata
kepada Said bin al-Ash: Pergilah ke hadapan (untuk menjadi imam),
kalaulah perkara ini (mendahulukan pemimpin untuk menjadi imam
solat jenazah) bukan sunnah, aku sama sekali tidak akan
mendahulukan kamu (Said pada ketika itu adalah pemimpin di
Madinah). Dan diantara mereka ada sesuatu (pertelingkahan).
99

1. Jika orang yang meninggal terlalu banyak, boleh disolatkan
sekaligus dengan cara jenazah lelaki diletakkan menghampiri imam
sekalipun budak. Manakala jenazah perempuan diletakkan
menghampiri kiblat. Ammar Maula al-Harith bin Naufal
meriwayatkan:
Maksudnya: Bahawa beliau menyaksikan jenazah Ummi Kalthum dan
anaknya. Dimana kanak-kanak lelaki diletak berhampiran dengan
imam, lalu aku mengingkari penyusunan tersebut, sedangkan ada
bersama ketika itu Ibn Abbas, Abu Said al-Khudriy, Abu Qatadah dan
Abu Hurairah. Mereka semua berkata: demikian itulah sunnah.
100


Ibn Qudamah berkata di dalam al-Mughniy:

Maksudnya: Tidak ada perbezaan pendapat di kalangan ulama akan
keharusan sekali solat jenazah untuk beberapa jenazah. Jika
diasingkan setiap jenazah untuk satu solat, ia juga adalah harus.
101

2. Mayat diletakkan sama seperti kedudukannya di dalam kubur. Ada
pendapat yang mengatakan mayat lelaki diletakkan berbeza
dengan mayat perempuan iaitu dalam keadaan mayat perempuan
kepalanya menghala kesebelah kanan kiblat dan jadilah kakinya
menghala kesebelah kiri kiblat. Manakala mayat lelaki pula
menyalahi kedudukan itu. Namun ini semata-mata pendapat
sebahagian ulama. Tidak ada sebarang dalil yang menyokongnya.
Maka jadilah perkara ini kekal sama kedudukannya diantara lelaki
dan perempuan dimana kepala mereka dihalakan kesebelah kanan
kiblat.
3. Kedudukan Imam berdiri di dalam solat jenazah:
- Jenazah Lelaki: Imam berdiri di bahagian kepala jenazah
- Jenazah Wanita: Imam berdiri di bahagian tengah badannya.

99
Ahkam al-Janaiz oleh al-Albani, hal: 128-129
100
H.R. Abu Daud. Dan disahihkan oleh al-Albani di dalam Sahih Abi Daud. 2/297
101
Al-Mughniy 3/512
31
Abu Daud meriwayatkan di dalam kitab sunannya daripada Abi
Ghalib yang berkata:
Maksudnya: Aku pernah bersama Anas bin Malik (sahabat Nabi
SAW.) menunaikan solat jenazah ke atas seorang lelaki, beliau berdiri
bertentangan dengan kepalanya. Kemudian dibawa jenazah seorang
wanita dari Quraisy. Lalu ahli keluarga jenazah tersebut berkata
kepada Anas: Wahai Abu Hamzah, sembahyangkanlah untuk jenazah
ini. Lalu beliau berdiri bertentangan dengan tengahnya. Lalu al-Ala
bin Ziyad bertanya: Wahai Abu Hamzah, demikiankah yang engkau
lihat Rasulullah SAW. berdiri untuk jenazah lelaki dan perempuan
seperti yang telah engkau lakukan? Anas menjawab: Ya! Apabila
selesai, beliau berkata: Peliharalah ia (kedudukan imam ketika solat
jenazah).
102

Al-Imam al-Bukhari dan Muslim pula meriwayatkan daripada
Samurah bin Jundab katanya:
Maksudnya: Aku pernah menunaikan solat jenazah di belakang Nabi
SAW. untuk jenazah seorang perempuan yang meninggal ketika di
dalam nifas. Baginda berdiri di bahagian tengah jenazah
tersebebut.
103

Al-Imam Ibn al-Qayyim berkata:
Maksudnya: Dan adalah termasuk di dalam petunjuk baginda SAW.,
baginda berdiri berhampiran kepala untuk jenazah lelaki dan di
bahagian tengah untuk jenazah perempuan.
104


CARA MENUNAIKAN SOLAT JENAZAH.
1. Berwudhu berdasarkan hadith:
Maksudnya: Tidak diterima solat yang dilakukan tanpa wudhu.
105

2. Berdiri dan seterusnya bertakbiratul Ihram dalam keadaan memiliki
niat untuk menunaikan solat jenazah. Para ulama sepakat
takbiratul Ihram bagi solat jenazah dilafazkan beserta dengan

102
H.R. al-Tirmizi, 1034. Beliau berkata: Hadith Anas ini adalah hadith hasan
103
H.R. al-Bukhari 1332 dan Muslim 964
104
Zaad al-Maad 1/512
105
H.R. Muslim 224
32
mengangkat tangan. Ini berdasarkan hadith daripada Said bin al-
Musayyib RA. daripada Abu Hurairah RA.:
Maksudnya: Bahawa Rasulullah SAW. bertakbir (untuk menunaikan
solat jenazah) atas jenazah, lalu baginda mengangkat kedua-dua
tangan baginda, kemudian baginda meletakkan tangan kanan di atas
tangan kiri.
106

Al-Imam Ibn al-Munzir RH berkata:
Maksudnya: Dan (para ulama) telah bersepakat (ijma), orang yang
menunaikan solat jenazah mengangkat kedua-dua tangannya ketika
takbir pertama.
107

3. Terus membaca al-Ta'awwudz ( iaitu bacaan:

) dan membaca al-Fatihah. Bacaan di dalam solat


jenazah adalah secara perlahan, berdasarkan hadith Abu Umamah
RA. yang berkata:
Maksudnya: Yang menjadi sunnah di dalam solat jenazah ialah
membaca ummu al-Quran (al-Fatihah) selepas takbir pertama secara
perlahan, kemudian bertakbir tiga kali dan memberi salam pada takbir
yang akhir.
108

4. Bertakbir untuk kali kedua beserta mengangkat tangan seperti
takbir yang pertama. Ini berdasarkan hadith yang diriwayatkan
daripada Abdullah bin Umar RA.:
Maksudnya: Bahawa Nabi SAW. apabila menunaikan solat jenazah,
baginda mengangkat kedua-dua tangan baginda pada setiap kali
takbir.
109

Al-Syeikh Muhammad bin Soleh al-Uthaimin ketika memberi
komentar terhadap athar ini berkata:
Maksudnya: Telah sahih dari Ibn Umar secara mauquf, (akan tetapi)
ia dikira marfu, kerana persoalan ini tidak boleh dithabitkan dengan
ijtihad.
110


106
H.R. al-Tirmizi 1077. Disahihkan oleh al-Albani di dalam Sahih Sunan al-Tirmizi 1/546
107
Al-Ijma oleh Ibn al-Munzir, hal: 51
108
H.R. al-Nasai bil: 1988. Disahihkan oleh al-Albani di dalam Sahih Sunan al-Nasai 2/55.
109
H.R. al-Daraqutni di dalam al-Ilal sepertima yang terdapat di dalam Nasb al-Rayah 2/285
110
Al-Syarh al-Mumti 5/426
33
Seterusnya selepas takbir kedua ini membaca selawat ke atas
Nabi SAW., sama seperti selawat di dalam tasyahhud di dalam solat.
Abu Umamah RA. meriwayatkan:
Maksudnya: Berdasarkan sunnah di dalam solat jenazah, (ialah)
imam bertakbir, kemudian membaca ummu al-Kitab selepas takbir
pertama secara perlahan, kemudian berselawat ke atas Nabi
SAW
111

5. Bertakbir untuk kali ketiga sambil mengangkat tangan seterusnya
berdoa ke atas mayat dengan ikhlas. Abu Hurairah RA. berkata:
Aku mendengar Rasulullah SAW. bersabda:
Maksudnya: Apabila kamu menunaikan solat untuk jenazah, maka
ikhlaskanlah untuknya doa.
112

Antara doa-doa yang boleh dibaca selepas bertakbir kali ketiga
ini ialah:
Pertama: Hadith daripada Wathilah bin al-Asqa katanya:
Maksudnya: Rasulullah SAW. solat jenazah bersama kami untuk
seorang lelaki dari kalangan muslimin, lalu aku mendengar baginda
membaca:

Maksudnya: Ya Allah, sesungguhnya fulan bin fulan ini berada dalam


pemeliharaan dan penjagaan Mu, oleh itu lindungilah dia daripada
fitnah kubur dan azab neraka, Engkaulah tuhan yang memenuhi janji
dan berhak dengan segala pujian. Ya Allah ampunkanlah dia dan
kesihanilah dia, sesungguhnya Engkau tuhan yang maha pengampun
lagi maha mengasihani.
113


111
H.R. al-Baihaqi dan al-Hakim, dan beliau mensahihkannya. Pensyahihannya ini
dipersetujui oleh al-Zahabi. Al-Albani di dalam Ahkam al-Janaiz berkata: Hadith ini
sepertimana yang mereka berdua katakan. Hal: 55.
112
H.R. Abu Daud. Hadith ini dihasankan oleh al-Albani di dalam Sahih Sunan Abu Daud
2/299.
113
H.R. Abu Daud. Disahihkan oleh al-Albani di dalam Sahih Sunan Abu Daud 2/300
34
Kedua: Hadith yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah RA.
katanya:
Maksudnya: Rasulullah SAW. menunaikan solat (jenazah) ke atas
jenazah, kemudian baginda berdoa:

Maksudnya: Ya Allah, ampunkanlah orang yang hidup dan yang mati


di kalangan kami, orang yang kecil dan yang besar di kalangan kami,
lelaki dan wanita di kalangan kami, yang hadir dan yang tidak hadir di
kalangan kami. Ya Allah. Sesiapa yang Engkau hidupkan dia di
kalangan kami, maka hidupkanlah dia di dalam iman. Sesiapa yang
Engkau wafatkan, maka wafatkanlah dia dalam keadaan Islam. Ya
Allah janganlah Engkau halang pahala musibah kematian dia ini
kepada kami dan jangan Engkau sesatkan kami selepas
ketiadaannya.
114

Doa ini juga dibaca untuk jenazah kanak-kanak di kalangan
umat Islam yang meninggal dunia.
Ketiga: Daripada Auf bin Malik, katanya:
Maksudnya: Rasulullah SAW. menunaikan solat (jenazah) ke atas
satu jenazah, maka aku menghafal doa baginda, baginda membaca:

.
Maksudnya : "Ya Allah ampunkanlah dia dan rahmatilah dia,
selamatkanlah dia dan maafkanlah dia, muliakanlah kedatangannya
115


114
H.R. Abu Daud. Disahihkan oleh al-Albani di dalam Sahih Sunan Abi Daud 2/300
115
Perkataan:

Kalimah al-Nuzul () boleh membawa dua maksud: Boleh


dengan maksud tempat tinggal. Kefahaman ini diambil dari firman Allah:


35
dan luaskanlah tempat masuknya. Sucikanlah dia dengan air, salju
dan embun. Bersihkanlah dia dari kesalahan-kesalahannya
sepertimana engkau membersihkan baju yang putih daripada kotoran.
Dan gantikan untuknya rumah yang lebih baik dari rumahnya,
keluarga yang lebih baik dari keluarganya, isteri yang lebih baik dari
isterinya dan masukkan dia ke dalam syurga dan lindungi dia dari
azab kubur dan azab neraka.
116

Selepas menyebut lafaz doa ini, Auf bin Malik berkata: Sehingga aku
berangan-angan, mayat itu adalah aku. Disebabkan doa baginda
SAW. kepada jenazah tersebut.
Keempat: Hadith daripada Yazid bin Abdullah bin Rukanah bin al-
Mutallib, katanya:
Maksudnya: Rasulullah SAW. dahulunya apabila berdiri menunaikan
solat jenazah, baginda akan membaca:

Maksudnya: Ya Allah, hambaMu (ini), anak kepada hamba wanitaMu


memerlukan rahmatMu, dan Engkau maha kaya dari mengenakan
azab kepadanya. Sekiranya dia melakukan kebaikan, maka
tambahkanlah kebaikan untuknya, jika dia seorang yang melakukan
kejahatan, maka berilah kemaafan kepadanya.
117

Kelima: Jika yang meninggal itu adalah kanak-kanak yang belum
baligh, selain boleh dibaca doa yang kedua di atas, di bawah ini doa-
doa pilihan yang lain:

Bermaksud: Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan beramal soleh,


bagi mereka adalah syurga Firdaus sebagai tempat tinggal. (al-Kahfi: 107). Jika dengan
maksud ini ungkapan doa ini bermaksud: Jadikanlah tempat tinggalnya mulia (luas dan
baik). Boleh juga bermaksud permulaan kedatangannya disambut dengan mulia seperti
seorang tetamu yang dimuliakan, dengan disediakan juadah yang ringan terlebih dahulu dan
diikuti dengan persiapan yang selanjutnya. Kefahaman ini diambil dari firman Allah:

bermaksud: Sebagai hidangan (untukmu) dari Tuhan yang maha


pengampun lagi maha penyayang. (al-Fussilat: 32). Sila lihat syarah kepada doa ini oleh
al-Syeikh Atiyyah Muhammad Salim RH (salah seorang tenaga pengajar di Masjid al-
Nabawi ketika hayatnya) di dalam lamanweb http://islamweb.net/ Lihat juga kamus al-
Ghaniy pada kalimah Nuzul.
116
H.R. Muslim, bil 963.
117
H.R. al-Hakim 1/359, dan beliau mensahihkan hadith ini, dan pensahihannya ini
dipersetujui oleh al-Zahabi. Lihat juga al-Albani di dalam Ahkam al-Jazaiz, hal: 159
36
1. Said bin al-Musayyib berkata:
Maksudnya: Aku pernah bersembahyang jenazah di belakang Abu
Hurairah untuk satu jenazah kanak-kanak yang belum melakukan
sebarang kesalahan, aku mendengar beliau membaca:

Maksudnya: Ya Allah, selamatkan dia dari azab kubur.


118

2. Al-Imam al-Syaukani di dalam Nail al-Awthor berkata:
Maksudnya: Jika yang disolatkan itu adalah kanak-kanak, disunatkan
orang yang menyembahyangkannya membaca:

Maksudnya: Ya Allah jadikan dia mendahului kami, ganjaran dan


pahala.
119

3. Daripada al-Mughirah bin Syubah katanya:
Maksudnya: Dan bayi yang keguguran itu ditunaikan sembahyang
jenazah untuknya, didoakan untuk kedua ibu-bapanya keampunan
dan rahmat.
120

Doanya ialah seperti:

Maksudnya: Ya Allah ampunkanlah kedua ibu-bapa anak ini dan


rahmatila mereka berdua.
4. Al-Imam al-Nawawi berkata:
Maksudnya: Para sahaba kami berkata: Jika jenazah itu adalah
seorang kanak-kanak, didoakan untuk kedua ibu-bapanya dengan
menyebut:

118
H.R. Malik di dalam al-Muwattha. Hadith ini disahihkan oleh al-Syeikh Syuaib al-
Arnaauth di dalam tahkik beliau terhadap Syar al-Sunnah oleh al-Baghawi 4/357
119
H.R. al-Baihaqi dari hadith Abu Hurairah. Al-Albani berkata: Hadith Abu Hurairah yang
diriwayatkan oleh al-Baihaqi sanadnya hasan. lihat Ahkam al-Janaiz, hal: 161
120
H.R. Abu Daud. Disahihkan oleh al-Albani di dalam Sahih Sunan Abi Daud 2/293
37

Maksudnya: Ya Allah jadikan dia sebagai suatu yang menjadi


ganjaran, suatu yang mendahului dan pahala buat kedua ibu-
bapanya, dan beratkan dengan kematiannya timbangan pahala kedua
ibu-bapanya, dan penuhkan kesabaran ke dalam hati mereka berdua,
dan jangan Engkau fitnahkan mereka selepaskan kematiannya, dan
jangan Engkau halangi pahala untuk mereka berdua.
121

6. Bertakbir untuk kali keempat sambil mengangkat tangan. Para
ulama berbeza pendapat, apakah selepas takbir yang keempat ini
ada doa yang perlu dibaca atau hanya berhenti seketika dan
seterusnya memberi salam.
Sebahagian ulama berpendapat tidak ada doa selepas takbir
yang keempat ini. Sebaliknya hanya berhenti seketika kemudian
memberi salam.
Sebahagian ulama yang lain berpendapat disunatkan doa
selepas takbir yang keempat ini, berdasarkan hadith daripada al-
Hajariy yang berkata:
Maksudnya: Aku pernah solat jenazah bersama Abdullah bin Abi
Aufa al-Aslami sahabat Rasulullah SAW. ke atas jenazah anak
perempuannya. Kemudian dia bertakbir empat kali, setelah itu dia
berhenti seketika selepas takbir yang keempat, kemudian dia berkata:
Lalu aku mendengar ada orang yang menegurnya (dengan bertasbih)
dari hujung saf. Kemudian Abdullah bin Abi Aufa memberi salam, dan
bertanya: apakah anda semua merasakan aku akan bertakbir lima
kali? mereka menjawab: Kami bimbang perkara itu berlaku. Beliau
menjawab: Aku tidak akan melakukannya, akan tetapi aku Rasulullah
SAW. apabila bertakbir kali keempat dalam solat jenazah, baginda
akan berhenti seketika, kemudian baginda akan membaca apa-apa
yang dikehendakinya, kemudian baginda member salam.
122

Selain hadith di atas terhadap hadith lain yang diriwayatkan
daripada Abi Yafur daripada Abdullah bin Abi Aufa katanya:

121
Al-Azkar al-Nawawi, hal: 159
122
H.R. Ibn Majah, 1503. Dihasankan oleh al-Albani di dalam Sahih Sunan Ibn Majah 2/19
38
Maksudnya: Aku menyaksikan beliau (Abdullah bin Abi Aufa)
bertakbir dalam solat jenazah empat kali, kemudian beliau berhenti
seketika yakni berdoa, kemudian berkata: apakah kamu semua
menyangka aku akan bertakbir lima kali? mereka menjawab: Tidak
beliau menjawab: Sesungguhnya Rasulullah SAW. apabila solat
jenazah baginda takbir empat kali.
123

Al-Syaukani di dalam Nail al-Awthar berkata:
Maksudnya: Padanya (hadith di atas) dalil sunatnya doa selepas
takbir yang akhir (dalam solat jenazah) sebelum member salam,
dalam perkara ini ada khilaf (perbezaan pendapat) dan yang lebih
benar ia adalah sunat berdasarkan hadith ini.
124

Ibn Qudamah berkata:
Maksudnya: Dan (perkara) ini ada perbezaan pendapat dalam hukum
sunatnya, dan tidak ada perbezaan pendapat di dalam mazhab
(Hambali) yang ia bukan wajib dan berdiri dalam kadar seketika
selepas takbir adalah disyariatkan.
125

Al-Syeikh Muhammad bin Soleh al-Uthaimin berkata:
Maksudnya: Dan pendapat yang mengatakan sunat doa (selepas
takbir yang keempat) dengan doa yang dihafal adalah lebih utama
berbanding diam sahaja. Ini kerana solat adalah ibadah yang tidak
adalah di dalamnya diam sama sekali melainkan ada sebab seperti
diam untuk mendengar bacaan imam atau seumpamanya.
126

7. Kemudian memberi salam sepertimana salam solat fardhu
berdasarkan riwayat Ibn Mas'ud:
Maksudnya: "Tiga perkara yang sering dilakukan oleh Rasulullah saw,
namun ditinggalkan oleh manusia, salah satunya ialah memberi salam
dalam solat jenazah sebagaimana member salam di dalam solat (yang
lain)."
127


123
Al-Albani berkata di dalam Ahkam al-Janaiz: Hadith ini dikeluarkan oleh al-Baihaqi
(4/35) dengan sanad yang sahih. Hal: 160
124
Nail al-Authar 2/744
125
Al-Mughniy. 3/417
126
Al-Syarh al-Mumti 5/424
127
H.R. al-Baihaqi 4/34. al-Imam al-Nawawi berkata di dalam al-Majmu 5/239: Isnadnya
baik. Al-Albani menghasankan sanad hadith ini di dalam Ahkam al-Janaiz, hal: 162
39
Namun memberi salam sekali sebelah kanan di dalam solat
jenazah juga merupakan petunjuk dari Nabi SAW. Perkara ini
berdasarkan hadith yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah RA.
katanya:
Maksudnya: Bahawa Rasulullah SAW. menunaikan solat jenazah
untuk satu jenazah, baginda bertakbir empat kali kemudian baginda
memberi salam sekali.
128

Oleh itu kedua-dua perbuatan samada memberi salam sekali
atau dua kali di dalam solat jenazah adalah sunnah Nabi SAW. Al-
Syeikh Muhammad bin Soleh al-Uthaimin RH berkata:
Maksudnya: Dan yang benar tidak mengapa memberi salam kali
kedua disebabkan adanya beberapa hadith yang menunjukkan
perkara itu dari Nabi SAW.
129

8. Bagi yang masbuk (orang yang ketinggalan beberapa takbir solat
jenazah) boleh menyempurnakan takbir yang tertinggal
berdasarkan hadith Nabi SAW.:

Maksudnya: Tunaikan solat apa yang kamu perolehi (bersama


imam), adapun apa yang kamu tertinggal, maka sempurnakanlah
ia.
130

Al-Syeikh Abdul Azizi Abdillah bin Baz RH berkata:
Maksudnya: Apabila seseorang mendapati imam dalam takbir yang
ketiga, dia bertakbir (kali pertama) dan membaca al-Fatihah. Apabila
imam bertakbir kali keempat, orang itu bertakbir selepas imam dan
membaca selawat ke atas Nabi SAW. Apabila imam memberi salam,
makmum yang masbuk itu bertakbir kali ketiga dan berdoa untuk
mayat dengan doa yang ringkas, kemudian dia bertakbir kali keempat
dan memberi salam.
131

9. Terdapat tiga waktu yang pendek, dilarang menunaikan solat
jenazah dan mengebumikannya kecuali dharurat:

128
H.R. al-Daraqutni 2/72. Al-Albani menghasankan sanad hadith ini di dalam Ahkam al-
Janaiz, hal: 163
129
Al-Syarh al-Mumti 5/424
130
H.R. al-Bukhari 636 dan Muslim 602
131
Majmu Fatawa Ibn Baz 13/149
40
a. Ketika matahari sedang terbit
b. Ketika matahari tegak
c. Ketika matahari hampir terbenam
Larangan ini berdasarkan hadith Uqbah bin Amir:
Maksudnya: Tiga waktu yang Rasulullah SAW. dahulunya melarang
kami dari menyembahyangkan atau mengebumikan jenazah. Ketika
matahari terbit sehingga meninggi, ketika matahari tegak di atas
kepala sehingga matahari condong sedikit, dan ketika matahari
hampir terbenam sehingga terbenam.
132

10. Boleh melakukan takbir di dalam solat jenazah lebih dari empat
kali takbir. Perkara ini terdapat di dalam petunjuk Nabi SAW.
antaranya:
Pertama: Boleh bertakbir sebanyak lima kali berdasarkan hadith
daripada Abdul Rahman bin Abi Laila katanya:
Maksudnya: Dahulunya Zaid (bin Arqam) bertakbir untuk para
jenazah dari kalangan kami empat kali, dan sesungguhnya dia pernah
bertakbir untuk satu jenazah lima kali. Maka aku bertanya kepadanya,
beliau menjawab: Dahulunya Rasulullah SAW. melakukannya.
133

Kedua: Boleh bertakbir sebanyak enam kali berdasarkan athar
daripada Ali bin Abi Tolib RA. yang pernah melakukannya. Beliau
lakukan ketika menyembahyangkan jenazah Sahl bin Hunaif. Athar ini
diriwayatkan daripada Abdullah bin al-Mughaffal:
Maksudnya: Bahawa Ali bin Abi Tolib, telah menyembahyangkan
jenazah Sahl bin Hunaif, beliau bertakbir sebanyak enam kali,

132
H.R. Muslim 831
133
H.R. Muslim 957. Al-Imam al-Nawawi ketika mensyarahkan hadith ini mendakwa takbir
lebih dari empat kali ini hukumnya mansukh. Dan inilah juga pandangan kebanyakan ulama
Sila lihat Syarah Sahih Muslim oleh al-Nawawi. Namun pandangan ini dibantah oleh
sebahagian ulama kerana dakwaan mansukh tertolak disebabkan perbuatan sahabat yang
menambah takbir lebih dari empat kali ini berlaku selepas kewafatan Nabi SAW. Jika hukum
ini mansukh sudah tentu para sahabat tidak akan melakukannya lagi setelah kewafatan
baginda. Al-Syeikh Muhammad Nasiruddin al-Albani di dalam kitabnya Ahkam al-Janaiz,
hal: 144, selepas menyertakan perbuatan beberapa sahabat dalam persoalan ini menyebut:
Athar-athar ini adalah sahih dari sahabat (Nabi SAW.), ia menunjukkan perbuatan (takbir
di dalam solat jenazah) dengan lima kali dan enam kali, (hukumnya disyariatkan) berterusan
hingga selepas kewafatan Nabi SAW. berbeza dengan sesiapa yang mendakwa berlakunya
ijma takbir solat jenazah hanya emapat kali sahaja. Sesungguhnya telah ditahkikkan
pandangan dengan terbatalnya dakwaan ini oleh Ibn Hazm di dalam kitabnya al-Muhalla.
41
kemudian beliau berpaling kepada kami seraya berkata: Dia seorang
yang menyertai peperangan Badr.
134

Ketika: Boleh bertakbir sebanyak tujuh kali berdasarkan athar
daripada Ali bin Abi Tolib juga. Daripada Musa bin Abdillah bin Yazid
katanya:
Maksudnya: Bahawa Ali pernah menyembahyangkan jenazah Abi
Qatadah,dan beliau bertakbir sebanyak tujuh kali. Dan Abi Qatadah
adalah seorang yang menyertai peperangan Badr
135

Keempat: Boleh bertakbir dengan Sembilan kali, berdasarkan riwayat
daripada Abdullah bin al-Zubair katanya:
Maksudnya: Bahawa Nabi SAW. menyembahyangkan jenazah
Hamzah, dan baginda bertakbir sebanyak Sembilan kali.
136

Al-Imam Ibn Qayyim RH berkata:
Maksudnya: Athar-athar ini adalah sahih, maka tidak boleh melarang
dari melakukannya. Nabi SAW. tidak melarang tambahan lebih dari
empat takbir bahkan baginda melakukannya dan para sahabat juga
melakukannya selepas kewafatan baginda.
137

Al-Syabiy berkata:
Maksudnya: Alqamah tiba dari Syam, lalu dia berkata kepada Ibn
Masud: Sesungguhnya saudara-saudara kamu di Syam, bertakbir di
dalam solat jenazah lima kali, sekiranya kamu tetapkan bilangannya
untuk kami, supaya kami dapat mengikutinya. Ibn Masud diam
seketika, kemudian berkata: Sembahyanglah jenazah dan
bertakbirlah seperti yang ditakbirkan oleh imam, tidak ada penetapan
waktu dan bilangan.
138

Berdasarkan athar-athar dari sahabat ini menunjukkan takbir di
dalam solat jenazah boleh dilakukan sebanyak empat, lima, enam,

134
Riwayat al-Baihaqi di dalam Sunan 4/36. Sanadnya sahih berdasarkan syarat al-Bukhari
dan Muslim. Athar ini juga hukumnya marfu. Lihat Ahkam al-Janaiz oleh al-Albani, hal:
143
135
Riwayat al-Tohawi dengan sanad yang sahih berdasarkan syarat Muslim. Lihat Ahkam al-
Janaiz al-Albani, hal: 144
136
Lihat Ahkam al-Janaiz oleh al-Albani, hal: 144
137
Zaad al-Maad 1/508
138
Lihat Ahkam al-Janaiz oleh al-Albani, hal: 143
42
tujuh dan sembilan kali. Namun yang masyhur dan sering dilakukan
oleh Nabi SAW. dan para sahabat baginda adalah empat kali.
Umat islam tidak boleh saling bantah membantah dalam
permasalahan sebegini. Ia termasuk dalam persoalan kepelbagaian
cara yang ditinggalkan oleh Nabi SAW. untuk kita melakukannya.
Benarlah seperti kata al-Syabiy di atas, para jemaah mengikut
imamnya. Jika imam bertakbir empat kali mereka bertakbir empat
kali, jika imam bertakbir lima kali mereka ikut bertakbir lima kali dan
demikianlah seterusnya.
Cuma ada baiknya imam yang hendak melakukan takbir lebih
dari empat kali terlebih dahulu memaklumkan kepada ahli jemaah
hasratnya. Untuk mengelakkan salah faham.


MENGUSUNG DAN MENGIRINGI JENAZAH

1. Dituntut supaya mengusung dan mengiringi jenazah kerana ia
antara hak-hak muslim sesama muslim. Sabda Rasulullah s.a.w:

Maksudnya : Hak muslim dengan muslim ada 5, menjawab salam,
menziarahi pesakit, mengiringi jenazah, memenuhi undangan dan
menjawab orang yang bersin.
139


2. Mengiringi jenazah ada 2 peringkat. Mengiringinya hingga
disembahyangkan dan mengiringinya hingga dikebumikan. Kedua-duanya
dilakukan oleh Rasulullah s.a.w . Amalan ini ganjarannya amat besar.
Sabda Rasullah s.a.w:

Maksudnya : Barangsiapa yang menyaksikan jenazah sehingga
disembahyangkan maka baginya qiraat dan barangsiapa yang
menyaksikannya sehingga dikebumikan maka baginya 2 qiraat. Baginda
ditanya apa itu 2 qirat? Baginda menjawab seperti 2 buah bukit yang
besar.
140


3. Makruh bagi golongan wanita untuk mengiringi jenazah berdasarkan
hadith Ummu 'Atiyyah katanya:


139
Hadith riwayat Bukhari dan Muslim
140
Hadith riwayat Bukhari dan Muslim
43
Maksudnya: Kami dilarang untuk mengiringi jenazah tetapi tidak dilarang
secara keras.
141


4. Dilarang mengangkat suara dengan zikir dan selainnya ketika
mengiringi jenazah berdasarkan athaar yang diriwayatkan oleh Qais ibn
'Ubaad katanya:

Maksudnya : Adalah para sahabat Rasulullah s.a.w tidak menyukai
mengangkat suara di sisi jenazah.
142


Berkata al-Imam al-Nawawi dalam kitabnya al-Azkar : Ketahuilah
sesungguhnya yang betul lagi terpilih yang menjadi amalan Salafussalih
ialah diam ketika mengiringi jenazah. Jangan diangkat suara dengan
bacaan, zikir dan selainnya. Hikmahnya nyata, iaitu lebih menenangkan
hati dan menghimpunkan fikiran mengenai apa-apa yang berkaitan dengan
jenazah. Itulah yang dituntut dalam keadaan tersebut. Inilah cara yang
betul. Jangan kamu terpengaruh dengan banyaknya orang yang
menyanggahinya. Sesungguhnya Abu 'Ali al-Fudhail bin 'Iyad r.h berkata :
"Berpeganglah dengan jalan petunjuk, jangan engkau tewas disebabkan
sedikit yang melaluinya. Jauhilah jalan yang sesat. Jangan engkau
terpengaruh dengan banyaknya golongan yang rosak (yang
melakukannya)".

Aku juga telah meriwayatkan dari Sunan al-Baihaqi yang membuktikan apa
yang aku nyatakan (sambil mengisyaratkan kepada perkataan Qais bin
Abbad). Adapun apa yang dilakukan oleh golongan jahil di Damsyik, iaitu
melanjutkan bacaan al-Quran dan bacaan yang lain ke atas jenazah dan
bercakap perkara yang tiada kaitan, ini adalah haram dengan ijmak ulama.
Sesungguhnya aku telah jelaskan dalam kitab Adab al-Qiraah tentang
keburukannya, besar keharamannya dan kefasikannya bagi sesiapa yang
mampu mengingkarinya tetapi tidak mengingkarinya.

5. Sunat dipercepatkan perjalanan tanpa berlari. Sabda Rasulullah
s.a.w :

Maksudnya : Segerakanlah (urusan) jenazah.
143


Kata Ibn Qayyim dalam Zaad al-Ma'aad: Adapun kebiasaan orang pada hari
ini berjalan selangkah-selangkah maka (perbuatan itu) adalah bid'ah yang
dibenci, bercanggah dengan sunnah dan menyerupai ahli kitab.

141
Hadith riwayat Bukhari dan Muslim
142
Hadith riwayat al-Baihaqi dan Ibn al-Mubarak dalam al-Zuhd dan Abu Nu'aim. Kata al-
Albani : Perawi-perawinya thiqah. Lihat m.s 92
143
Hadith riwayat Bukhari dan Muslim
44

6. Harus berjalan di hadapan atau di belakang, di kiri atau di kanan.
Bagi yang berkenderaan hendaklah berada di belakang. Sabda Rasulallah
s.a.w:

Maksudnya: Yang berkenderaan hendaklah berjalan di belakang jenazah
dan yang berjalan kaki berjalan di belakang jenazah atau hadapannya atau
di kirinya atau di kanannya berhampiran dengannya.
144




MENGEBUMIKAN MAYAT

1. Diwajibkan mengebumikan mayat sekalipun mayat seorang kafir
sebagaimana yang diperintahkan oleh Nabi s.a.w untuk mengebumikan
mayat-mayat musyrikin Mekah yang mati dalam peperangan Badar.
145


2. Tidak boleh dikebumikan jenazah pada waktu-waktu berikut kecuali
terpaksa:

i. 3 waktu yang disebutkan dalam hadith 'Uqbah ibn 'Amir di
atas.

ii. Waktu malam berdasarkan hadith Jabir r.a :

146

3. Diwajibkan mendalamkan kubur, meluaskannya dan
memperelokkannya. Sekiranya perlu dibolehkan dikebumikan beberapa
jenazah dalam satu liang. Ini berdasarkan hadith Hisyam ibn 'Amir r.a
katanya : Pada hari peperangan Uhud telah menimpa apa yang telah
ditimpa oleh orang-orang Islam dan beberapa orang telah cedera maka
kami berkata : wahai Rasulullah s.a.w, menggali kubur bagi setiap orang
susah, apa yang kamu nak perintahkan kepada kami? Rasulullah s.a.w

144
Hadith riwayat Abu Daud, al-Nasai, al-Tirmizi dan Ibn Majah. Hadith ini dinilai sahih
oleh al-Albani. Lihat Sahih al-Jami' no. hadith 3525
145
Hadith riwayat Bukhari & Muslim daripada Abu Talhah al-Ansari
146
Hadith riwayat Muslim
45
menjawab : Galilah, luaskanlah, dalamkanlah, perelokkanlah dan
kebumikan 2 atau 3 jenazah dalam satu kubur.
147


4. Disunatkan dibuat lahad atau syaq (parit di pertengahan kubur)
dalam kubur. Lahad lebih afdhal kecuali jika tanah tidak sesuai. Ini
berdasarkan hadith Sa'd ibn Abi Waqqas r.a katanya:

148

5. Lelaki dituntut untuk menurunkan mayat ke dalam liang walaupun
jenazah seorang wanita dan ahli keluarga diutamakan.

6. Mayat diturunkan melalui hujung kubur berdasarkan hadith Abu
Ishaq katanya : al-Harith r.a telah mewasiatkan supaya Abdullah ibn Yazid
r.a menyembahyangkan jenazahnya maka disembahyangkan dan
jenazahnya dimasukkan ke dalam kubur melalui 2 kaki kubur (hujung
kubur) dan beliau berkata : Ini adalah sunnah.
149


7. Mayat dibaringkan sebelah kanan sisinya dengan mukanya
mengadap kiblat.

8. Disunatkan membaca doa ini ketika meletakkan mayat :

150

9. Disunatkan selepas mengebumikan mayat beberapa perkara :

i. Meninggikan permukaan kubur sekadar sejengkal. Tidak diratakan terus
agar dapat dikenali. Ini berdasarkan hadith Jabir r.a katanya:



151
ii. Menandakan kubur dengan batu termasuk dari sunnah Nabi s.a.w
sepertimana yang dilakukan oleh baginda s.a.w terhadap jenazah 'Uthman
bin Maz'uun.
152



147
Hadith riwayat Abu Daud, al-Nasai dan al-Tirmizi. Disahihkan oleh al-Albani.
148
Hadith riwayat Muslim
149
Hadith riwayat Ibn Abi Syaibah dalam Musannaf dan Abu Daud
150
Hadith riwayat Abu Daud
151
Hadith riwayat Ibn Hibban dan al-Baihaqi. Dinilai hasan oleh al-Albani.
152
Hadith riwayat Abu Daud dan al-Baihaqi. Dinilai hasan oleh al-Albani.
46
iii. Kubur bukan tempat membaca al-Quran berdasarkan hadith:

Maksudnya : Jangan kamu jadikan rumah-rumah kamu seperti kubur,


kerana sesungguhnya Syaitan lari bertempiaran dari rumah yang dibaca di
dalamnya surah al-Baqarah.
153


Hadith ini menunjukkan kubur bukanlah tempat untuk membaca al-Quran
dan al-Quran tempat bacaannya adalah di rumah.

iv. Tidak disyariatkan untuk memacakkan ranting atau pokok, menabur
bunga dan memacak payung.

v. Dilarang duduk di atas kubur dan dibuat binaan berdasarkan hadith
Jabir r.a katanya :

Maksudnya : Nabi s.a.w melarang kubur disapu kapur putih, diduduk dan
dibuat binaan atasnya.
154


Flash mengebumi jenazah

SELEPAS PENGEBUMIAN

1. Sunat mengucapkan takziah kepada keluarga si mati. Juga
melakukan sesuatu yang mengurangkan duka mereka. Ini
berdasarkan hadith Qurrah al-Muzaniy r.a .
155


2. Hendaklah menjauhi perkara berikut :

i. Membuat makanan untuk hadirin. Jarir bin Abdillah r.a berkata:




153
Hadith riwayat Muslim dan al-Tirmizi
154
Hadith riwayat Muslim
155
Hadith riwayat al-Nasai, Ibn Hibban, al-Hakim dan Ahmad
47
Maksudnya : Kami (para sahabat Nabi s.a.w) beranggapan berhimpun
di rumah si mati dan menyediakan makanan selepas daripada
pengkebumian adalah daripada meratapi kematian.
156


3. Sunnahnya adalah makanan dibuat oleh jiran untuk keluarga si mati.
Sabda Rasulullah s.a.w:


Maksudnya : Buatlah makanan untuk keluarga Ja'far
sesungguhnya telah datang kepada mereka apa yang menyibukkan
mereka (kematian Ja'far).
157



ZIARAH KUBUR

1.Sunat menziarahi kubur mengambil iktibar dengan mengingati
kematian. Sabda Rasulullah s.a.w:



Maksudnya : Aku telah melarang kamu semua menziarahi kubur,
maka ziarahilah (sekarang dibolehkan).
158


2.Disunatkan membaca doa ini :

159

3.Wanita dibolehkan menziarahi kubur tetapi dilarang sekiranya terlalu
kerap berdasarkan hadith Abu Hurairah s.a.w:


Maksudnya : Sesungguhnya Rasulullah s.a.w melaknat wanita-wanita
yang kerap menziarahi kubur.
160



156
Diriwayatkan oleh Ahmad dan Ibn Majah.
157
Hadith riwayat Abu Daud, al-Tirmizi dan Ibn Majah. Sanadnya dinilai hasan oleh al-
Albani.
158
Hadith riwayat Muslim
159
Hadith riwayat Muslim
160
Hadith riwayat al-Tirmizi
48
4.Makruh memakai kasut apabila memasuki tanah perkuburan orang
Islam. Berdasarkan hadith dari Basyir bin al-Khasasiyyah katanya :
Bahawasanya Rasulullah s.a.w telah melihat seorang lelaki berjalan
dengan berkasut di antara kubur-kubur lalu baginda bersabda : Wahai
pemilik dua kasut, tanggalkan kedua kasutmu itu.
161





Penutup

Demikian serba ringkas beberapa persoalan yang dirasakan penting untuk
disentuh di dalam Risalah Pengurusan Jenazah kali ini. Mudah-mudahan
ianya dapat membantu menjelaskan tatacara pengurusan jenazah
berdasarkan hadith-hadith Nabi s.a.w dan keterangan-keterangan para
ulama.





Rujukan :

1. , al-Syeikh Muhammad Nasiruddin al-Albani
2.

3. . Abd al-Azim bin Badawiyy.
Dar Ibn Hazm.
4. Fatwa dari lamanweb Islamweb.net. Musyrif Dr. Abdullah al-
Fakih

161
Hadith riwayat Abu Daud, al-Nasai, Ibn Majah, Ahmad dan al-Hakim.

Anda mungkin juga menyukai