Anda di halaman 1dari 11

1

FIQH JENAZAH

Mukadimah

Kematian adalah suatu perkara yang tidak dapat dielakkan. Setiap yang
bernyawa pasti akan merasainya. Firman Allah SWT:

‫ة ل ل و ل ل ة ول و ت‬
‫س ُذاَتئقة ُٱلوتت‬
‫كل ُنف س‬

Maksudnya: Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati

(Aal Imran: 185)

Baru-baru ini kita juga telah dikejutkan dengan kematian seorang

pendakwah, tokoh politik yang terkemuka iaitu al-Fadhil Tuan Guru Ustaz
Dato’ Dr. Harun Din Rahimahullah pada hari Jumaat 16 September 2016

bersamaan dengan 14 Zulhijjah 1437 H tatkala menerima rawatan di


Hospital Universiti of Stanford, Amerika Syarikat. Sekali lagi kami ucapkan

takziah buat ahli keluarga al-Fadhil Tuan Guru Ustaz Dr. Harun Din. Semoga
tabah dan sabar dalam menempuh ujian ini.

Begitulah kehidupan manusia di dunia, pasti akan bertemu juga


pengakhirannya. Pengakhirannya yang mana telah ditetapkan sejak azali lagi.

Sehubungan dengan itu, Bayan Linnas pada kali ini ingin mengupas
beberapa permasalahan berkaitan dengan solat jenazah ghaib, tempat

pengebumian dan juga beberapa isu yang lain untuk panduan kita bersama.
2

Semoga dengan perkongsian selepas ini dapat memberikan kita sedikit

bekalan mengenai ilmu yang berkaitan dengan pengurusan jenazah


seterusnya dapat difahami serta diamalkan dengan baik.

Sunnah Menerima Berita Kematian

Kematian adalah salah satu dari jenis musibah yang telah disebutkan oleh
Allah SWT di dalam Al-Quran. Firman Allah SWT:

‫ث ت‬ ‫م ل و ل و رل ل ل و ل ة‬ ‫لللوة لث ة ل و م ل و ل و ل و ة لل و‬
‫س ُلوٱلثلم لررتت‬
‫ت‬ ‫ف‬ ‫لن‬ ‫وٱ‬ ُ ‫ت‬ ‫و‬ ‫م‬ ‫ل‬ ‫ن ُٱ‬ ‫م‬‫ولنبلونكمُ ُتبشِشيسء ُ تمن ُٱلخوتف ُوٱلجوتع ُون س ت‬
ُ ‫ص‬ ‫ق‬
‫ث ل ل ل لر ل و ة ل ل ة ل ة و ا ث ث ل ث ل و رل ة ل‬ ‫ثر‬ ‫م‬
‫ ُٱلتذيِن ُتإذاَ ُأصبتهمُ ُمتصيِبة ُقاَّلوا ُتإناَّ ُتللته ُوتإناَّ ُتإليته ُرتجعون‬١٥٥ُ ‫صتبتريِلن‬ ‫لولب تشتر ُٱل‬
١٥٦

Maksudnya: Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit


perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan
(dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil
tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang
sabar: (Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu
kesusahan, mereka berkata: "Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah
dan kepada Allah jualah kami kembali."

(Al-Baqarah: 155-156)

Begitulah petunjuk yang telah diberikan melalui wahyu yang mana apabila
berlakunya musibah (kematian) maka antara ciri-ciri mereka yang bersabar

dengan musibah tersebut adalah mereka yang mengucapkan istirja’ iaitu


‫ن ن ن ن ني ر ع ن‬
ucapan: ‫جإناَّ ِجللجه ِوجإناَّ ِجإليجه ِنرججعوُن‬
3

Ucapan Takziah

Takziah sepertimana yang didefinisikan oleh sebahagian ulama bermaksud


suatu ucapan yang diucapkan bagi menggembirakan hati mereka yang

ditimpa musibah serta galakan untuk bersabar serta doa buat si mati dan
juga ahli keluarga. Ini sepertimana yang telah ditakrifkan oleh Ibn Muflih di

dalam kitabnya al-Furu’.

Begitu juga dengan al-Imam al-Nawawi ketika membicarakan tentang

takziah. Kata beliau:

“Ketahuilah, sesungguhnya takziah itu adalah bersabar dengan menyebutkan


sesuatu yang baik (untuk menghiburkan hati) mereka yang ditimpa musibah,
meringankan kesedihannya dan ianya adalah suatu yang mustahabbah
(disunatkan). Ianya termasuk di dalam perkara amar makruf dan mencegah
‫ل ا‬ ‫ل‬
kemungkaran sepertimana firman Allah SWT: ‫( لوتلعاَّلوةنوا ُلعلىَ ُالتب م تر ُلوالثتاقلوى‬dan
bertolong-tolonganlah kamu dalam kebaikan dan juga taqwa) dan
inilah pendalilan yang terbaik di dalam takziah. Ianya juga sahih sabit
‫ل ل‬ ‫ا‬ ‫ث‬
daripada Nabi SAW yang mana telah bersabda: ‫ولاللكةه ُتفككيِ ُلعكاوتن ُاللعابكتد ُلمكاَّ ُككاَّن‬
‫ل ا ل‬ ‫ا‬
‫( ِاللعاب ك كةد ُتفك ككيِ ُع ك كوتن ُأتخي ك كته‬dan Allah SWT sentiasa membantu hambanya

selagi mana hamba-Nya itu membantu saudaranya).”

[Lihat al-Azkar, hlm. 148-149]


4

Antara ucapan takziah yang disunatkan untuk diucapkan ialah:

‫صبار ُلواللتاحلتسبا‬ ‫ل ث ث ل ل ل ل لل ة ل ل ا ل لة ل ل‬
‫ل ُششاىء ُعانلدةه ُبلألجل ُةملسممىًّ …لفاللت ا‬
‫ت‬ ‫ت‬ ‫ل ت ت ل‬ ‫ ُوك‬،ًّ‫ ُوله ُماَّ ُأعطى‬،‫أن ُتللته ُماَّ ُأخذ‬

Maksudnya: Sesungguhnya kepunyaan Allah segala yang telah diambil dan


kepunyaan-Nya segala yang telah diberi dan bagi setiap sesuatu di sisi-Nya
mempunyai tempoh yang tertentu…bersabarlah dan haraplah pahala
daripada Allah.

Riwayat Al-Bukhari (7377)

Jelas juga pada nas nabawi ini yang menganjurkan kepada mereka yang

menerima musibah agar bersabar dan sentiasa bermuhasabah. Ini amat


penting dalam sebuah kehidupan muslim sejati.

Solat Jenazah Ghaib

Solat jenazah ghaib adalah solat yang dilakukan ke atas mayat yang tidak

ada pada tempat tersebut seperti mayat yang berada jauh dari negara
asalnya. Pensyariatan solat jenazah ghaib ini adalah berdasarkan sabda Nabi

SAW daripada Abu Hurairah RA:

‫ل‬ ‫ث‬ ‫ا‬ ‫ث‬ ‫ل‬ ‫ث‬ ‫ل‬


،‫أثن ُلرةسولل ُاللته ُصلىَ ُا ُعليه ُوسلمُ ُنلعىَ ُالنلج تاَّششثي ُتفيِ ُاللياوتم ُالتذيِ ُلماَّت ُتفيته‬
‫ع‬ ‫ل‬ ‫ا‬ ‫ل ل ل ل اة ل ث ل ل ث ا ل ل ث ل ل‬
. َّ‫ ُفصف ُتبتهمُ ُوكبر ُأربعا‬،َ‫خرج ُتإلىَ ُالصلى‬

Maksudnya: Sesungguhnya Rasulullah SAW memberitahu akan berita

kematian al-Najasyi ketika hari kematiannya. Baginda SAW keluar ke musolla,


membuat saf dan bertakbir sebanyak empat kali.

Riwayat Al-Bukhari (1245)


5

Hadith di atas menjadi dalil pensyariatan bagi solat jenazah ghaib bagi
mazhab Syafi’e dan juga Hanbali. Adapun mazhab Hanafi dan Maliki, mereka

mengatakan bahawa solat jenazah ghaib ini adalah khususiyyah buat Nabi
SAW dan tidak disyariatkan bagi yang lain.

Al-Imam al-Nawawi menyebutkan di dalam al-Majmu’:

“Mazhab kami membolehkan solat jenazah ghaib bagi yang jauh dari
sesuatu negeri manakala Abu Hanifah melarangnya. Dalil yang kami
gunakan adalah hadith sahih mengenai al-Najasyi…”.

[Lihat al-Majmu’, 5/211]

Adapun pendapat mazhab Hanafi dan juga Maliki itu tertolak kerana

sekiranya ia adalah khususiyyah Nabi SAW, maka ianya memerlukan kepada


dalil yang sahih dan pada asalnya juga, perbuatan Nabi SAW adalah untuk

diikuti dan diamalkan sesuai dengannya.

Adapun persoalan ke atas siapa disyariatkan sembahyang jenazah ghaib ini,

maka terdapat khilaf dikalangan para ulama’ di dalam permasalahan ini.


Kami ringkaskan seperti berikut:

 Pendapat pertama: Al-Syafi’eyyah dan juga al-Hanabilah


berpendapat bahawa disyariatkan solat jenazah ghaib ini kepada

semua yang ghaib dari negerinya meskipun telah disolatkan pada


tempat dia meninggal.
6

 Pendapat kedua: Disyariatkan untuk diadakan solat jenazah ghaib

kepada jenazah yang semasa hidupnya banyak memberi manfaat


kepada umat Islam seperti seorang alim ulama’, mujahid, seorang

yang kaya terkenal dengan sifat dermawannya atau yang setaraf


dengannya. Ini adalah salah satu pendapat dari pendapat al-Imam

Ahmad dan ini juga adalah pendapat Syeikh al-Sa’di dan ini juga
adalah fatwa al-Lajnah al-Daimah, Arab Saudi.

 Pendapat ketiga: Solat jenazah ghaib hanya disyariatkan sekiranya


tiada yang menyembahyangkan mayat tersebut di tempat yang dia

meninggal seperti seseorang yang meninggal di negara bukan Islam


dan tiada siapa yang boleh menguruskan jenazahnya. Sekiranya di

tempat itu, mayat tersebut telah disembahyangkan maka gugur


hukum untuk melakukan solat sunat ghaib terhadap mayat tersebut. Ini

juga adalah salah satu pandangan dari al-Imam Ahmad dan


pandangan ini juga dipegang oleh Syeikh al-Islam Ibn Taimiyyah dan

juga anak muridnya, al-Imam Ibn Qayyim al-Jauziyyah.

Waktu Solat Ghaib

Ibn Hajar al-Asqalani berkata: “Bermula dari saat berita kematian hingga
berlangsung selama tiga hari. Ini kerana tiga hari itu adalah tempoh
bertakziah menurut yang maklum dari kitab-kitab fiqh.”

Yang muktamad adalah harus solat selama mana beliau adalah ahli solat

ketika kematian berlaku. Lihat al-Tanbih hal. 38, al-Umm 1/244 dan Mughni
al-Muhtaj 1/346.
7

Sebagai penegasan, dinyatakan daripada al-Mausu’ah al-Fiqhiyyah al-

Kuwaitiyah antara nasnya:

“Jika didapati orang yang lemas maka hendaklah dimandi dan dikafan
seterusnya disolat seperti mana mayat. Tetapi, jika tidak menjumpainya maka
hendaklah di solat ghaib di sisi mazhab Syafie dan Hanbali. Akan tetapi,
kebanyakan ulama’ Syafie mensyaratkan mengikut yang muktamad di sisi
mereka hendaklah mayat tersebut didahului mandinya. Sebaliknya
sebahagian jemaah mazhab Syafie di kalanga mutaakhir berpendapat sah
solat atas mereka sekalipun tidak dimandikan…”

Lihat Mughni al-Muhtaj 2/49 dan Asna’ al-Mathalib 1/321

Hukum Memindahkan Jenazah Ke Negara Lain

Berkenaan isu ini para fuqaha berbeza pendapat kepada beberapa

pandangan:

Memindahkan mayat ke negara lain sebelum dikebumikan adalah harus

hukumnya di sisi Malikiyyah selagi mana perbuatan tersebut tidak


mencemarkan kehormatan serta menyakiti si mati.

Manakala di sisi Hanabilah hukumnya adalah makruh melainkan jika ada


keperluan. Demikian juga di sisi Hanafiyyah yang menyatakan hukum

memindahkan mayat ke negara yang lain adalah makruh.

Di sisi para fuqaha yang bermazhab Syafie, mereka terbahagi kepada dua

pendapat di dalam isu ini. Ianya seperti berikut:


8

 Sebahagian mereka mengatakan bahawa hukum memindahkan

jenazah dari negeri kematiannya ke negeri yang lain adalah haram.


Ini sebagaimana yang disebutkan oleh Imam al-Ramli di dalam

kitabnya Nihayah al-Muhtaj dengan katanya: Dan diharamkan


memindahkan jenazah daripada negara kematiannya sebelum ianya

dikebumikan sekalipun jika jenazah selamat dari sebarang perubahan.


Ini kerana, perpindahan mayat hanya akan membawa kepada lewatnya

urusan pengebumian sedangkan kita diperintahkan untuk


menyegerakannya serta ia juga akan mencemarkan kehormatan si

mati. Kata beliau lagi:

 Manakala sebahagian mereka mengatakan bahawa hukumnya adalah

makruh. Ini kerana, tidak ada dalil yang menunjukkan kepada


pengharaman hal tersebut. Lihat Nihayah al-Muhtaj, al-Ramli

(3/38) .

Setelah meneliti beberapa pendapat di atas, kami nyatakan di sini bahawa

pendapat yang tidak membenarkan perpindahan jenazah ke negara lain


tanpa sebarang keperluan itu adalah lebih tepat untuk keluar dari khilaf. Ini

kerana, kita diperintahkan untuk menyegerakan majlis pengebumian


manakala perbuatan memindahkan jenazah ke negara yang lain akan

melewatkan proses tersebut. Rasulullah S.A.W bersabda:

‫ا‬ ‫ل ل‬ ‫ة‬ ‫ا‬ ‫ل ل ل ل ل ة ة ا لل ل ا ة ة لل‬


‫ ُوأسترعوا ُتبته ُتإلىَ ُقبترته‬،ُ ‫تإذا ُماَّت ُأحدكمُ ُفل ُتحتبسوه‬

Maksudnya: Apabila matinya salah seorang dari kamu maka janganlah

kalian mengurungnya (melewatkan pengebumiannya) dan segerakanlah


membawanya ke kuburnya.
9

Riwayat al-Baihaqi (8689)

Kelebihan Meninggal Dunia Di Luar Kawasan Kelahiran

Di dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abdullah bin ‘Amru R.anhuma

beliau berkata:

‫ث‬ ‫ة ة م ل ل ة ل ال ل ث ا ة ل ال ل ل ل ث ل‬
‫صلىَ ُلعلايته ُالنتبلي ُك ُصلىَ ُا ُعليه ُوسلمُ ُك‬ ‫تو تفيِ ُرجل ُتباَّلتديِنتة ُتممن ُوتلد ُتباَّلتديِنتة ُف‬
‫ث‬ ‫لل ل ل ة ل ل ث‬ ‫ا‬ ‫ل‬ ‫لل ل ل لال ة ل ل‬
‫س ُلوتللمُ ُليِاَّ ُلرةسولل ُاللته‬
‫ت‬ َّ‫ا‬‫ن‬ ‫ن ُال‬ ‫م‬ُ ‫ل‬
‫ر ت‬ ‫ج‬ ُ ‫ل‬ َّ‫ا‬ ‫ق‬‫ف‬ ُ ‫‏‬. ُ ‫ه ُ"‏‬ ‫د‬‫ل‬‫و‬
‫ت تتت‬
‫ا‬ ‫ل‬
‫م‬ ُ
‫ر‬ ‫ي‬ ‫غ‬ ُ ِ‫في‬‫فقاَّل ُ"‏ ُيِاَّ ُليته ُماَّ ت‬
ُ ‫ت‬
‫ل ة ا ل ل لل‬ ‫ل ل‬ ‫ل‬ ‫ل‬ ‫ل‬ ‫ل‬
ِ‫س ُلةه ُتمان ُلماوتلتدته ُتإلىَ ُمنقطتع ُأثترته ُتفي‬ ِ‫قاَّلل ُ"‏ ُتإثن ُالثرةجلل ُتإذا ُلماَّت ُتفيِ ُغايتر ُلماوتلتدته ُتقي‬
‫ا ث‬
‫اللجنتة‬

Maksudnya: Seorang lelaki telah meninggal dunia di Madinah yang mana

dia di antara manusia yang lahir di Madinah. Maka Rasulullah S.A.W pun
solat ke atas jenazahnya lalu bersabda: Alangkah bagusnya sekiranya dia
meninggal dunia di tempat selain tanah kelahirannya. Maka seorang lelaki
pun bertanya: Mengapakah begitu wahai Rasulullah ? Jawab baginda S.A.W:
Sesungguhnya seorang lelaki itu apabila dia meninggal dunia di selain
tempat kelahirannya maka akan diukur buatnya jarak daripada tempat
kelahiran sehinggalah tempat dia meninggal itu di syurga .

Riwayat Ibn Majah (1614)

Kata Imam al-Sindi Rahimahullah apabila mengulas berkenaan hadis ini:


Boleh jadi hadis ini tidak warid dengan lafaz tersebut iaitu mudah-mudahan

lelaki itu tidak mati di Madinah. Akan tetapi yang dimaksudkan adalah:
Alangkah bagusnya jika lelaki ini seorang asing yang sedang berhijrah di

Madinah lalu meninggal dunia di dalamnya. Hal ini supaya ia tidak


10

bercanggah dengan hadis-hadis lain yang menceritakan berkenaan fadhilat

meninggal dunia di Madinah. Rujuk Hasyiah al-Sindi, (Hlm. 306) .

Kami mengatakan bahawa mafhum daripada hadis di atas, ia menunjukkan

yang jarak seseorang lelaki dengan tempat kematiannya akan diganjari


pahala. Wallahu a’lam.

Penutup

Sesungguhnya isu berkaitan jenazah begitu banyak dan besar dibincangkan

oleh para ulama’. Ini secara tidak langsung menunjukkan betapa luasnya ilmu
Islam itu sendiri yang perlu ditelaah dan dikaji untuk mendapatkan jawapan

yang tuntas berasaskan dalil dan juga hujjah.

Kami berharap dengan jawapan ini sedikit sebanyak dapat memberikan

kelegaan serta kedamaian dalam melayari bahtera kehidupan. Kami


mengakhiri perbincangan ini dengan doa yang diajarkan oleh Allah SWT

untuk kita sama-sama amalkan iaitu:

‫لرثبلناَّ ُٱوغفور ُلللناَّ ُلولوخرلونلناَّ ُٱثلذيِلن ُلسلبةقولناَّ ُبٱِوليِرلمن ُلولل ُلتوجلعول ُفيِ ُةقةلوبلناَّ ُغ ملل ُملثلذيِنل‬
‫ت ت ت ت‬ ‫ت‬ ‫ت ت ت‬ ‫ت‬ ‫تت ت‬ ‫ت‬
‫ة‬ ‫ة ا ل ث‬
ُ‫لءالمنوا ُلرثبناَّ ُتإنلك ُلرةءوف ُثرتحيلم‬

Maksudnya: "Wahai Tuhan Kami! Ampunkanlah dosa kami dan dosa


saudara-saudara kami yang mendahului kami dalam iman, dan janganlah
Engkau jadikan dalam hati perasaan hasad dengki dan dendam terhadap
orang-orang yang beriman. Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya Engkau
Amat Melimpah Belas kasihan dan RahmatMu".
11

(Al-Hasyr: 10)

Marilah juga kita sama-sama berdoa kepada kedua ibu-bapa, ahli keluarga,
sanak-saudara, guru-guru, sahabat handai yang telah pergi dahulu

meninggalkan kita. Semoga mereka beroleh maghfirah dan rahmat daripada


Allah SWT.

‫ة‬ ‫ا ل‬ ‫ث‬
ُ‫ ُوعاَّتفتهامُ ُوااعف ُلعانةهام‬،ُ‫اللةهثمُ ُاغتفار ُلةهامُ ُلواارلحامةهام‬

Ameen…

Anda mungkin juga menyukai