Anda di halaman 1dari 15

SEMINAR PEMIKIRAN ISLAM PERINGKAT KEBANGSAAN II

(PEMIKIR II)


Al-Asha`irah dan Cabaran Mutakhir
































20-22 Julai 2010
Akademi Pengajian Islam,
Universiti Malaya Kuala Lumpur
AYAT MUTASYABIHAT MENURUT SHEIKH ZAINAL
ABIDIN AL-FATANI DALAM KITAB `AQIDAH AL-NAJIN
Dr. Faizuri bin Abd Latif
Seminar Pemikiran Islam Peringkat Kebangsaan II (PEMIKIR II)
20-22 Julai 2010
1
AYAT MUTASYABIHAT MENURUT SHEIKH ZAINAL ABIDIN AL-
FATANI DALAM KITAB `AQIDAH AL-NAJIN


Oleh:
Dr. Faizuri bin Abd Latif


Ayat mutasyabihat ialah ayat al-Quran yang menimbulkan kekeliruan
tentang maksudnya. Ini berbeza dengan ayat muhkamat yang
mempunyai pengertian yang jelas dan nyata. Ekoran itu, timbul
perselisihan pandangan di kalangan beberapa aliran dalam Islam
tentang ayat mutasyabihat. Pertama, aliran yang mengemukakan ayat
mutasyabihat tanpa sebarang pentakwilan. Kedua, aliran yang
mentakwilkan ayat mutasyabihat untuk disejajarkan dengan kehendak
ayat al-Qur`an yang berbentuk Tanzih. Ketiga, aliran yang
menghuraikan ayat mutasyabihat dalam bentuk mentasybih dan
mentajsimkan Allah SWT. Justeru, dalam menilai aliran yang terbaik
untuk dijadikan panduan dan ikutan, maka timbul pelbagai pandangan
di kalangan ulama Islam. Selain itu, ulama Melayu juga tidak terlepas
daripada membincangkan persoalan tersebut. Oleh itu, kajian ini
berusaha meneliti corak pemikiran salah seorang ulama Melayu Patani
yang terkenal iaitu Sheikh Zainal Abidin al-Fatani atau lebih dikenali
dengan Tuan Minal tentang ayat mutasyabihat yang terkandung dalam
salah sebuah karyanya iaitu Kitab `Aqidah al-Najin. Pemilihan karya ini
sebagai asas kajian kerana ia merupakan antara karya jawi terbaik
yang pernah dihasilkan oleh ulama Melayu.
PENDAHULUAN
Dalam al-Quran al-Karim terdapat dua bentuk ayat iaitu muhkamat dan
mutasyabihat. Kenyataan tentang pembahagian ini dinyatakan dalam al-Quran
surah ali Imran, ayat 7.
1

Kertas kerja ini dibentangkan di dalam Seminar Pemikiran Islam Peringkat Kebangsaan II, anjuran
Jabatan Akidah dan Pemikiran Islam, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, Kuala Lumpur
pada 20-22hb. Julai 2010.

Pensyarah di Jabatan Akidah Dan Pemikiran Islam, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya.
1
.Maksudnya, Dia lah yang menurunkan kepadamu (Wahai Muhammad) Kitab suci Al-Quran.
sebahagian besar dari al-Quran itu ialah ayat-ayat "Muhkamat" (yang tetap, tegas dan nyata
maknanya serta jelas maksudnya); ayat-ayat Muhkamat itu ialah ibu (atau pokok) isi al-Quran. dan
yang lain lagi ialah ayat-ayat "Mutasyabihat" (yang samar-samar, tidak terang maksudnya). Oleh
sebab itu (timbulah faham yang berlainan menurut kandungan hati masing-masing) adapun orang-
orang yang ada dalam hatinya kecenderungan ke arah kesesatan, maka mereka selalu menurut apa
yang samar-samar dari al-Quran untuk mencari fitnah dan mencari-cari takwilnya (memutarkan
maksudnya menurut yang disukainya). Padahal tidak ada yang mengetahui takwilnya (tafsir
maksudnya yang sebenar) melainkan Allah. dan orang-orang yang tetap teguh serta mendalam
pengetahuannya dalam ilmu-ilmu ugama, berkata:" Kami beriman kepadaNya, semuanya itu
datangnya dari sisi Tuhan kami" dan tiadalah yang mengambil pelajaran dan peringatan melainkan
orang-orang yang berfikiran.
Seminar Pemikiran Islam Peringkat Kebangsaan II (PEMIKIR II)
20-22 Julai 2010
2
Ayat muhkamat tidak menimbulkan banyak perselisihan di kalangan ulama
Islam kerana mempunyai pengertian yang jelas dan nyata, berbanding mutasyabihat
yang terdapat kesamaran dari segi maksudnya. Pokok perselisihan ialah dalam
konteks memahami maksud ayat tersebut. Mereka berbeza pandangan tentang cara
dan pendekatan yang sesuai dalam memahami ayat tersebut samada melalui kaedah
takwil atau tafwid iaitu menyerahkan sepenuhnya maksud ayat tersebut kepada
Allah SWT. Golongan yang mengamalkan pendekatan tafwid digelar sebagai Salaf,
manakala mereka yang mengambil pendekatan takwil digelar sebagai golongan
Khalaf. Justeru itu, persoalan ini terus menjadi topik perbahasan di kalangan ulama
Islam yang berusaha mencari jalan terbaik bagi menyelesaikan perselisihan ini. Di
samping itu, ulama Melayu tidak ketinggalan mengemukakan beberapa hujah yang
bertujuan membuktikan pandangan golongan Salaf dan Khalaf adalah benar dan
sesuai untuk dijadikan pegangan.
BIODATA SHEIKH ZAINAL `ABIDIN AL-FATANI
Nama penuh beliau ialah Zainal `Abidin bin Muhammad bin Muhammad Dahhan
bin Syeikh Wan Syamsuddin bin Syeikh Jaafar atau lebih terkenal dengan gelaran
Tuan Minal.
2
Beliau dilahirkan di Kampung Bendang Badang, iaitu sebuah
kampung yang terletak di lembangan Sungai Patani, berdekatan dengan Pekan
Binjai Lama yang terletak di tengah-tengah perjalanan antara Bandar Patani dengan
Bandar Yala, Thailand.
3

Tuan Minal mendapat pendidikan secara informal di madrasah kampung
beliau sendiri. Pada zaman tersebut pusat pengajian pondok menjadi pilihan utama
muda-mudi yang berminat terhadap pendidikan agama. Pusat pengajian yang

2
Gelaran ini dikatakan mempunyai kaitan dengan peristiwa Tuan Minal dengan muridnya, di mana
apabila beliau merasa marah atau rungsing terhadap murid-muridya beliau akan membaca surah al-
Nas. Apabila sampai kepada ayat min al-jinnati wa al-nas beliau meninggikan suaranya. Semakin
kuat rasa marahnya, semakin tinggilah tekanan suaranya terhadap ayat tersebut. Ekoran seringkali
menyebut ayat tersebut, maka lama kelamaan melekatlah kalimah min al-jinnah menjadi gelarannya.
Kemudian kalimah tersebut disingkatkan menjadi minal. Lihat Wan Muhamad Shaghir Abdullah,
(1991), Zainal Abidin al-Fatani, Majalah Dakwah, April, hal. 16; Ahmad Fathy al-Fatani (2002),
Ulama Besar Dari Patani, Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia, hal. 71.
3
Ibid., h .64. Menurut catatan yang dibuat oleh Hj. Yusuf bin Hj. Mustafa Bandar Fatani, Tuan Minal
dilahirkan di Kampung Kerisik atau Angkro dalam Jajahan Patani. Al-Haji Yusuf bin al-Haji
Mustafa Bandar Patani (1991), Sejarah Dan Silsilah Keturunan Tuan Minal, (t.tp), h. 1. Manakala
menurut Hj. Wan Mohd Saghir, beliau berasal dari Kampung Anak Ru Patani. Lihat Wan Mohd
Saghir Abdullah (2007), Tuan Minal al-Fatani, Karangannya Rujukan Ulama Melayu, dalam Wan
Mohd Saghir Abdullah, Ulama Dunia Melayu Yang diperkenalkan Dalam Utusan Malaysia, Kuala
Lumpur: Khazanah Fathaniyah, h. 137.
Seminar Pemikiran Islam Peringkat Kebangsaan II (PEMIKIR II)
20-22 Julai 2010
3
menjadi pilihan beliau ialah pondok Bendang Daya. Semasa berada di pondok ini,
beliau berkesempatan belajar dengan beberapa tokoh ulama pondok yang terkenal
pada waktu itu. Antara guru-guru beliau ialah Sheikh Wan Mustafa bin Muhammad
Faqih al-Patani @ Tok Wan Pa yang merupakan pengasas pondok tersebut,
4
dan
Sheikh Abdul Rashid al-Fatani yang terkenal dengan gelaran Keramat Pulau
Bidan.Tuan Minal juga berkesempatan belajar ilmu usuluddin dengan Syaikh
Muhammad Thayyib bin Mas`ud al-Banjari al-Qadhi (Kedah).
5

Berbekalkan keazaman yang tinggi untuk menambah ilmu pengetahuan,
Tuan Minal sekali lagi menyambung pelajaran ke luar negeri. Kali ini pusat
pengajian yang menjadi pilihan beliau ialah di Masjid al-Haram, Mekah. Pada waktu
itu, pengajian di Masjid al-Haram lebih terkenal sebagai pusat pendidikan sama ada
secara formal atau tidak, dan telah dikunjungi oleh ramai bangsa Melayu bagi
menimba ilmu agama untuk dunia dan akhirat.
6
Ketika berada di Mekah beliau
sempat menimba ilmu dengan beberapa tokoh ulama Arab dan Patani yang terkenal
pada waktu itu, antaranya seperti Syeikh Muhammad bin Sulaiman Hasb Allah al-
Makki, Sheikh Wan Ali bin Ishak al-Fatani, Sheikh Abdullah bin Abd al-Rahim al-
Fatani dan lain-lain lagi.
7
Di samping turut berguru dengan Sheikh Daud al-Fatani.
8

Tuan Minal tidaklah bermastautin lama di Mekah seperti rakan-rakannya yang lain
yang terus bermukim di sana.
9
Ini kerana setelah selesai menuntut ilmu beliau tidak
menetap lebih lama di sana, bahkan terus pulang ke tanahair.
10


4
Lihat Sheikh Haji Wan Mustafa al-Fatani dilahirkan tahun 1160 H/ 1747-8 M di Kampung Bendang
Daya, Patani. Beliau merupakan anak Wan Muhamad al-Fatani, merupakan seorang ulama Patani
yang masyhur pada zamannya. Pernah diberikan gelaran sebagai Hulubalang kepada Sultan Fathani
Darus Salam, Hulubalang Wan Pa dan Datuk Panglima Kaya. Sheikh Wan Mustafa dikatakan
mempunyai empat orang anak lelaki, dan semuanya berjaya menjadi ulama yang berkaliber. Anak-
anak beliau ialah Sheikh Wan Muhamad Zin, Sheikh Wan Abdul Kadir, Sheikh Wan Abdul Latif dan
Sheikh Wan Daud. Ahmad Fathy al-Fatani, (2002) op.cit, h. 20; H.M. Bedjo Santoso (2006), Sheikh
Ahmad al-Fatani dan Sumbangannya Terhadap Pengembangan Pemikiran Islam di Pulau Jawa,
dalam Farid Mat Zain, et.al. (eds) Nadwah Ulama Nusantara III, Bangi: Fakulti Pengajian Islam
Universiti Kebangsaan Malaysia, h. 244.
5
Lihat Wan Mohd Saghir Abdullah (2007), op.cit, h. 137.
6
Lihat Che Zarrina Saari (2001), Perkembangan Tarikat Ahmadiyyah Di Negeri Kelantan Darul
Naim, dalam Jurnal AFKAR, bil.2, Kuala Lumpur: Jabatan Akidah Dan Pemikiran Islam, h. 62.
7
Lihat Mohd Zamberi A. Malik, (1994), Patani Dalam Tamadun Melayu, Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa Dan Pustaka, h. 120
8
Lihat Wan Muhamad Saghir Abdullah (2007), op.cit, h. 137-138
9
Kenyataan ini berdasarkan ramai di kalangan ulama Patani yang mengambil inisiatif untuk terus
bermukim di Makkah. Keputusan yang dibuat bukanlah bertujuan melarikan diri daripada
tanggungjawab terhadap masyarakat, tetapi ekoran daripada percaturan politik dan tekanan yang
berterusan daripada kerajaan Thailand terhadap masyarakat Islam yang tidak memungkinkan Islam
mampu disebarkan dengan selamat. Antara ulama Patani yang mengambil inisiatif untuk terus
bermukim di Mekah ialah seperti Sheikh Daud al-Fatani, Sheikh Nik Dir al-Fatani, Tok Sengora,
Seminar Pemikiran Islam Peringkat Kebangsaan II (PEMIKIR II)
20-22 Julai 2010
4
Selepas pulang dari Mekah, atas kesedaran untuk menabur bakti dan
menyumbang sesuatu yang bermakna kepada masyarakat, Tuan Minal telah
mengambil inisiatif membuka pusat pengajian beliau sendiri, dengan menjadikan
kampung Bendang Badang sebagai lokasi pembinaan pondok tersebut.
11
Langkah ini
diambil sebagai mengikut jejak langkah yang diambil oleh ulama-ulama silam
dalam mengembangkan ilmu pengetahuan kepada masyarakat. Akhirnya dengan
berkat kegigihan dan kesabaran Tuan Minal, beliau berjaya membentuk dan
mencorak pelajar-pelajarnya menjadi ulama yang disegani.
Tokoh ulama yang berjaya dihasilkan Tuan Minal seperti Tok Sheikh Jarum
al-Fatani
12
, Sheikh Muhamad Said Linggi
13
, Haji Abdullah bin Penghulu Sulaiman
(Datuk Segendung Ilmu), Haji Ismail Mustafa @ Tok Cik Dol, Haji Saman Abdul
Rahman, Pak Chu Yeh Tok Raja Haji (Jambu), Tok Chaok
14
, Haji Wan Muhammad
@ Wan Ahmad Semela, Haji Senik bin Salleh, dan daripada zuriat Tuan Minal
sendiri seperti Syeikh Muhammad Saleh bin Zain Al-Abidin
15
, Sheikh Umar bin
Zain al-Abidin,
16
Tuan Guru Haji Sulong bin Abd Kadir
17
dan lain-lain lagi.

Sheikh Wan Ahmad bin Wan Muhamad Zin al-Fatani, Tok Gudang, Sheikh Nik Mat Kechik al-
Fatani dan lain-lain lagi.
10
Lihat Ahmad Fathy al-Fatani (2002), op.cit, hal. 64
11
Lihat Ahmad Fathy al-Fatani (2002), op.cit, hal. 64
12
Nama penuh Tok Sheikh Jarum ialah Wan Muhamad bin Wan Idris bin Haji Wan Jamal. Lahir di
Kampung Bendang Badang pada tahun 1266 H bersamaan 1849 M. Gelaran Tok Sheikh Jarum
dikatakan merujuk kepada nama rumpun keluarganya al-Jarmi atau Jarimi yang berasal daripada
Hadr al-Mawt . Beliau mendapat pendidikan awal di pondok Bendang Badang milik ayah angkatnya
sendiri Tuan Minal. Selain itu, Tuan Minal jugalah yang bertanggungjawab membawa Tok Sheikh
Jarum menunaikan haji ke Mekah. Tok Sheikh Jarum meninggal dunia pada hari Khamis 6
Rabiulakhir 1329 H bersamaan 6 April 1911 M dalam usia 63 tahun. Lihat. Ahmad Fathy al-Fatani
(2002), op.cit, h. 257-258; Wan Shamsudin Mohd. Yusof (2001), Tok Sheikh Jarum (1849-1911)
dalam Ismail Che Daud, Tokoh-Tokoh Ulama Semenanjung Melayu (1), Kota Bharu: Majlis Ugama
Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan, h.165-167.
13
Beliau ialah Haji Muhammad Said bin Haji Jamaluddin bin Haji Idris. Lebih terkenal dengan
gelaran Sheikh Muhammad Said Linggi al-Jawi. Dilahirkan di perkampungan Syi`b Ali, Mekah pada
bulan Sya`ban 1292 bersamaan 25 September 1875. Bapa beliau Haji Jamaluddin juga merupakan
seorang ulama yang terkenal dan hidup sezaman dengan guru beliau Tuan Minal. Merupakan seorang
yang bercita-cita tinggi, sehingga pada sesetengah keadaan beliau dilaporkan pernah keluar darah
daripada kedua matanya kerana terlampau banyak membaca kitab. Tokoh tersebut meninggal dunia
dalam usia 54 tahun pada tahun 1888. Lihat. Ismail Che Daud (2001), op.cit, h. 230-232.
14
Tok Chaok ialah Haji Abdullah bin Muhammad `Aqid bin Dinar. Ekoran daripada membuka
pondok di Kampung Chaok dan menjadi mudir di sana, beliau lebih terkenal dengan gelaran tersebut.
Beliau berasal daripada kampung Aur, Nad Tanjung, Jambu, Patani. Pernah menjadi salah seorang
murid Sheikh Wan Ahmad bin Wan Muhamad Zin al-Fatani ketika menuntut ilmu di Masjid al-
Haram. Tok Chaok menghembuskan nafas yang terakhir pada 18 Rabiulawal 1340H bersamaan 18
November 1921M. Lihat Ahmad Fathy al-Patani (2002), op.cit, h. 260
15
Beliau adalah anak Tuan Minal, merupakan datuk kepada Tuan Guru Hj. Sulong, pejuang
kemerdekaan Patani yang berakhir dengan Perang Dusun Nyiur pada tahun 1948. Tokoh ini
meninggal dunia dalam usia muda di Mekah, kira-kira dalam usia 40-an. Antara karya-karya beliau
yang masyhur ialah kitab yang membicarakan tentang tajwid al-Quran seperti Siraj al-Qari pada
Seminar Pemikiran Islam Peringkat Kebangsaan II (PEMIKIR II)
20-22 Julai 2010
5
Setelah itu, Tuan Minal telah berhijrah ke Seberang Perai, Pulau Pinang.
Penghijrahan ini telah membuka lembaran baru dalam kehidupannya. Ini kerana
penghijrahan ini tidak sedikit pun melunturkan semangat beliau untuk terus
menyumbangkan sesuatu yang berharga kepada masyarakat, bahkan beliau menjadi
lebih bersemangat lagi untuk meneruskan perjuangannya. Sebagaimana sebelumnya,
perjuangan beliau adalah melalui pembinaan institusi pondok di Patani. Dengan
penghijrahan ini, beliau sekali lagi berusaha membina pusat pengajian yang baru di
Seberang Perai. Kali ini lokasi yang menjadi pilihan untuk dibangunkan pusat
pengajian ialah di Permatang Sungai Dua, Seberang Perai, Pulau Pinang.
18

Pada suatu tarikh yang belum dapat dipastikan Tuan Minal telah meninggal
dunia di Permatang Sungai Dua, Seberang Perai, Pulau Pinang
19
. Menurut andaian
Ahmad Fathy al-Fatani, Tuan Minal dikatakan kembali ke rahmatullah dalam
lingkungan tahun 1913M.
20


Bicara Hukum Tajwid Kalam Allah al-Bari dan Tajwid al-Quran. Lihat. Mohd Zamberi A. Malik
(1994), op.cit, h. 126; Ahmad Fathy al-Patani (2002), op.cit, h. 254.
16
Sheikh Umar merupakan anak Tuan Minal. Beliau turut bertanggungjawab bersama-sama bapanya
mengarang kitab Miftah al-Murid fi `Ilm al-Tawhid dengan menerangkan sebab-sebab kemurtadan
yang diolah dalam bentuk puisi. Lihat Mohd Zamberi A. Malik (1994), op.cit, h.126
17
Tuan Guru Haji Sulong @ Haji Muhammad Sulum dilahirkan pada tahun 1895 di Kampung Anak
Ru, Patani. Merupakan seorang ulama pejuang Patani yang digelar dengan Imam Bonjol Patani.
Perjuangan beliau ialah memperbaiki nasib dan penderitaan yang dihadapi oleh rakyat Patani di
bawah pemerintahan rejim Siam. Lantaran sibuk dengan perjuangan, beliau tidak mempunyai banyak
masa untuk mengarang karya. Apa yang diketahui hanya terdapat tiga karya sahaja yang sempat
dikarang oleh beliau iaitu, Khulasah al-Jawahir, Cahaya Islam dan Gugusan Cahaya Keselamatan.
Beliau kembali ke rahmatullah dalam keadaan yang sangat tragis, di mana beliau telah dibunuh dan
dibuang ke dalam laut Senggora berhampiran dengan Pulau Tikus pada malam Sabtu 13 Ogos 1954.
Lihat Ahmad Fathy al-Fatani (2001), Tuan Guru Hj. Sulong Patani (1849-1911) dalam Ismail Che
Daud, Tokoh-Tokoh Ulama Semenanjung Melayu (1), Kota Bharu: Majlis Ugama Islam dan Adat
Istiadat Melayu Kelantan, h. 531-549. Sesetengah pengarang seperti Hj. Wan Muhammad Saghir dan
Ahmad Fathy al-Fatani berpendapat bahawa Tuan Guru Hj. Sulong merupakan cucu kepada Tuan
Minal. Tetapi pendapat ini disanggah oleh Hjh. Fauziah bt Salleh yang menyifatkan bahawa beliau
bukanlah daripada keturunan Tuan Minal. Hjh. Fauziah bt. Salleh, generasi kelima daripada
keturunan Tuan Minal, di Permatang Sungai Dua, Seberang Perai, Pulau Pinang. Temubual pada 20
Disember 2006
18
Lihat Ahmad Fathy al-Patani (2002), op.cit, h. 66-67. Menurut Wan Muhamad Saghir,
penghijrahan Tuan Minal ke Sungai Dua, Seberang Perai berlaku setelah pusat pengajian beliau di
Patani telah bertapak kukuh. Lihat Wan Muhamad Saghir Abdullah (2007),op.cit, h. 138. Menurut
Hj. Samad b. Sahabuddin sukar untuk dipastikan lokasi sebenar pondok tersebut kini, memandangkan
kawasan tersebut telah dipenuhi dengan rumah penduduk kampung. Hj. Samad bin Sahabuddin,
Kampung Permatang Sungai Dua, Seberang Perai, Pulau Pinang. Temubual pada 20 Disember 2006.
19
Menurut al-Haji Yusuf, Tuan Minal tidak meninggal dunia di Permatang Sungai Dua, Pulau
Pinang, tetapi beliau kembali ke Rahmatullah di Makkah al-Mukarramah setelah sekali lagi berangkat
ke sana mendalami ilmu pengetahuan agama. Al-Haji Yusuf bin al-Haji Mustafa Bandar Patani
(1991), Sejarah Dan Silsilah Keturunan Tuan Minal, h. 2
20
Penemuan tarikh kematian ini berdasarkan kajian yang dilakukan oleh Ahmad Fathy al-Fatani
terhadap tarikh-tarikh penghasilan karya oleh Tuan Minal. Lihat. Ahmad Fathy al-Fatani (2002),
op.cit, h. 67-68
Seminar Pemikiran Islam Peringkat Kebangsaan II (PEMIKIR II)
20-22 Julai 2010
6
KITAB `AQIDAH AL-NAJIN
Kitab `Aqidah al-Najin adalah salah sebuah karya yang dihasilkan oleh Tuan Minal.
Tujuan karya ini dikarang adalah untuk mengetengahkan disiplin ilmu Usuluddin
yang merupakan salah satu disiplin ilmu yang sangat penting dalam Islam. Karya ini
turut mengemukakan prinsip-prinsip ilmu Usuluddin atau digelar dengan ilmu
Kalam yang mengabungkan antara dalil naqli (al-Quran dan al-Sunnah) dan aqli
(dalil akal) untuk tatapan generasi yang akan datang.
Karya yang mengandungi seratus empat puluh halaman ini selesai dikarang
pada 1308H bersamaan1890M ini.
21
Ia merupakan karya ketiga Tuan Minal, iaitu
dikarang tujuh tahun selepas karya pertama beliau yang juga membahaskan tentang
ilmu akidah iaitu Kasyf al-Ghaibiyyat yang dihasilkan pada 1301H bersamaan
1883M, dan setahun selepas penghasilan kitab Kasyf al-Litham `an Asilah al-Anam
yang dikarang pada 1307H bersamaan 1889M.
Dalam `Aqidah al-Najin persoalan akidah menjadi topik utama dalam
perbahasannya. Situasi ini bertepatan dengan nama karya ini yang meletakkan
perkataan `Aqidah dipermulaan tajuknya bagi menjelaskan hala tuju sebenar karya
ini dikarang. Karya ini dinamakan sendiri oleh Tuan Minal dengan `Aqidah al-Najin
fi `Ilm Usul al-Din yang beliau terjemahkan sebagai i`tiqad segala orang yang
kelepasan daripada sesat dan bid`ah pada menyatakan ilmu Usuluddin
22
. Gambaran
daripada tajuk ini menampakkan terdapat beberapa mesej penting yang ingin
disampaikan, antaranya bermatlamat untuk membasmi segala bentuk fahaman dan
pemikiran bid`ah yang menular dan meresap ke dalam masyarakat. Selain itu, karya
ini juga berusaha menangani ajaran-ajaran sesat yang semakin berleluasa, dan
berusaha menanganinya dengan bersungguh-sungguh. Dikehendaki dengan ajaran
sesat di sini ialah beberapa fahaman yang menyeleweng daripada ajaran Islam
seperti fahaman ahli Falsafah, Zindiq, Barahimah dan sebagainya

21
Dalam `Aqidah al-Najin, Tuan Minal menjelaskan bahawa karya ini selesai dikarang pada hari
Sabtu, bulan Rabi`ul Awwal tahun 1308 H. Lihat Zainal `Abidin al-Fatani, (t.t), `Aqidah al-Najin fi
`Ilm Usuluddin, Bin Halabi Press h. 139; Ahmad Fathy al-Fatani (2002), Ulama Besar Dari Patani.
Bangi: UKM, h. 65
22
Lihat Zainal Abidin al-Fatani, (t.t), op.cit, h. 3
Seminar Pemikiran Islam Peringkat Kebangsaan II (PEMIKIR II)
20-22 Julai 2010
7
AYAT-AYAT MUTASYABIHAT MENURUT ULAMA ISLAM
Dalam memahami istilah mutasyabihat terdapat beberapa pandangan ulama
mengenainya. Al-Jurjani berpendapat al-mutasyabih bermaksud sesuatu lafaz yang
tidak diketahui maksudnya kerana mempunyai makna yang tersirat.
23
Pandangan
yang hampir sama turut dikemukakan oleh al-Sya`bi dan Sufyan al-Thauri yang
menjelaskan bahawa ayat mutayabihat adalah berbeza dengan muhkamat. Ini kerana
muhkamat adalah ayat-ayat yang diketahui pentakwilannya serta difahami makna
dan mempunyai tafsiran dengan jelas, sedangkan mutasyabihat merupakan ayat-
ayat yang tidak diketahui makna yang sebenar melainkan Allah SWT.
24
Berdasarkan
penta`rifan di atas dapat difahami bahawa mutasyabihat bermaksud perkataan atau
ayat yang tidak jelas maksudnya dan mempunyai pengertian yang tersembunyi.
Antara ayat mutasyabihat yang terkandung dalam al-Quran ialah ayat yang
menjelaskan tentang sifat Tuhan, istiwa (bersemayam)
25
, al-maji (kedatangan), al-
wajh (wajah)
26
, al-yadd (tangan)
27
, huruf kependekan di awal surah dan lain-lain.
28

Dalam memahami ayat-ayat mutasyabihat terdapat tiga bentuk perbahasan
yang dikemukakan oleh aliran-aliran dalam Islam. Pertama, aliran yang
mengemukakan ayat-ayat mutasyabihat tanpa sebarang pentakwilan. Kedua, aliran
yang mentakwilkan ayat-ayat mutasyabihat untuk disejajarkan dengan kehendak
ayat al-Qur`an yang berbentuk Tanzih. Ketiga, aliran yang menghuraikan ayat-
ayat mutasyabihat dalam bentuk mentasybih dan mentajsimkan Allah SWT.
29

Aliran pertama ialah golongan Salaf yang mengambil pendekatan
menyerahkan pengertian ayat mutasyabihat kepada Allah SWT. Setelah ulama Salaf
menetapkan pendirian tidak mentakwil ayat-ayat mutasyabihat. Maka muncul pula

23
Lihat Al-Jurjani (1985), al-Ta`rifat, h. 253
24
Lihat Al-Qurtubi (1988), Al-Jami` li Ahkam al-Quran, Bayrut: Dar al-Kutub al-`Ilmiyyah, juz 4, h.
8
25
Firman Allah S.W.T yang bermaksud (Yaitu) Tuhan yang Maha Pemurah, yang bersemayam di
atas `arsy. Al-Rahman 55: 27
26
Firman Allah S.W.T yang bermaksud Dan tetap kekal wajh Dhat Tuhanmu yang mempunyai
kebesaran dan kemuliaan. Ali `Imran 3: 7
27
Firman Allah S.W.T yang bermaksud Hai iblis, apakah yang menghalangi kamu sujud kepada
yang telah Ku-ciptakan dengan kedua tangan-Ku. Apakah kamu menyombongkan diri ataukah kamu
(merasa) termasuk orang-orang (yang) lebih tinggi. Shaad 38: 75
28
Lihat Al-Sayyid Muhamad bin `Ulwi al-Maliki al-Husni (1999), Al-Qawa`id al-Asasiyyah fi `Ulum
al-Qur`an, al-Makkah: Maktabah al-Malik Fahd al-Wataniyyah, h. 67. Dihendaki dengan huruf
kependekan di sini ialah huruf-huruf pendek yang terdapat di permulaan surah seperti Alif lam min,
Thaha, Yaasin dan lain-lain lagi.
29
Lihat Al-Imam Muhammad Abu Zuhrah (1996), op.cit, h. 16
Seminar Pemikiran Islam Peringkat Kebangsaan II (PEMIKIR II)
20-22 Julai 2010
8
ulama Khalaf yang mengambil langkah yang berbeza dengan pendirian tersebut.
Bagi ulama Khalaf pentakwilan diperlukan bagi menafikan Allah SWT menyerupai
makhluk, seperti berlokasi, bertempat dan beranggota dengan berpandukan kepada
nas-nas muhkamat yang lain.
30
Golongan ketiga ialah Mujassimah dan Musyabbihah
yang menggambarkan Allah SWT bersifat seperti makhluk iaitu mempunyai
anggota dan berada dilokasi yang tertentu.
Terdapat beberapa pendekatan ulama dalam memahami ayat mutasyabihat.
Antaranya ialah Abu Hasan Al-Asy`ari yang lebih cenderung kepada pandangan
ulama Salaf yang tidak mentakwilkan ayat-ayat tersebut, seperti firman Allah SWT
yang bermaksud Tuhan Allah Yang Pengasih bersemayam di atas `arasyh yang
tertinggi.
31
Berhubung ayat ini beliau berpendapat bahawa Allah SWT
bersemayam dengan cara yang layak dengan kebesaranNya, dan tidak selama-
lamanya di atas `arasyh
32
. Pandangan ini turut disokong oleh al-Baghdadi yang
berpendapat bahawa tidak layak mentakwilkan ayat tentang istiwa dengan naik
atau turun Allah SWT daripadanya
33
.
Al-Maturidi juga mempunyai pandangan yang sama dengan al-Asy`ari agar
tidak mentakwilkan ayat-ayat mutasyabihat untuk mengelak daripada meletakkan
sesuatu maksud yang bercanggah dengan keagungan dan kebesaran Allah SWT
34
.
Ulama Islam yang turut mengetengahkan pandangan tentang persoalan
mutasyabihat ialah Ibn Taymiyyah. Menurut Ibn Taymiyyah, langkah terbaik dalam
menangani persoalan ini ialah menyerahkan penafsiran mutasyabihat tersebut
kepada Allah SWT dan rasulNya. Ini kerana wujud kelemahan dalam diri manusia
untuk membongkar pengertian sebenar perkara tersebut, melainkan maksud yang
telah diletakkan oleh Allah SWT. Justeru, Ibn Taymiyyah berpendapat cara terbaik
ialah mengikut jejak langkah ulama Salaf seperti Rabi`ah, Malik bin Anas, Ibn
Hanbal dan lain-lain yang berkata istiwa itu diketahui (ma`lum), bagaimana

30
Lihat Muhammad Sa`id Ramadhan al-Buti (Dr) (1992), Kubra al-Yaqiniyyat al-Kawniyyah,
Bayrut: Dar al-Fikr al-Mu`asir, h. 140. Ulama Khalaf mentakwilkan istiwa dengan kekuatan dan
kerajaan, al-yadd (tangan) dengan kekuatan dan kemuliaan, al-`ain (mata) dengan pemeliharaan dan
penjagaan dan sebagainya.
31
Taha 20 : 5
32
Lihat al-Asy`ari (1977), al-Ibanah `an Usul al-Diyanah, Dr. Fawqiyyah Husin Mahmud (tahqiq).
Kaherah: Dar al-Ansar, h. 105
33
Lihat Al-Baghdadi (1928), Usul al-Din. Beirut: Dar al-Kutub al-`Ilmiyyah, h. 113
34
Lihat al-Maturidi (2005), al-Tawhid, Dr. Bekir Tupaloglu et.al (tahqiq). Istanbul: Islam
Arastirmalari Merkezi (ISAM), h. 107-108
Seminar Pemikiran Islam Peringkat Kebangsaan II (PEMIKIR II)
20-22 Julai 2010
9
keadaannya (al-kayf) tidak diketahui (majhul). Dimaksudkan dengan istiwa itu
diketahui (ma`lum) pengertian dan penafsirannya hanya diketahui oleh mereka
yang mantap ilmunya (al-rasikhun). Manakala bagaimana keadaannya (al-kayf)
tidak diketahui (majhul), bererti tiada yang mengetahui pentakwilannya selain
Allah SWT.
35

Selain itu, terdapat ulama yang berpendapat tentang kepentingan
mentakwilkan ayat mutasyabihat. Antara mereka ialah Fakhr al-Din al-Razi yang
berpendapat keenganan memalingkan zahir lafaz mutasyabihat akan menjurus
kepada penjisiman Allah SWT.
36

Kesimpulannya, berdasarkan kenyataan di atas, kekeliruan dan salah faham
terhadap pengertian ayat mutasyabihat telah mendorong kepada meluasnya
perbahasan tersebut dalam Islam. Ini kerana kebanyakan ulama Islam berusaha
menggunakan pendekatan samada takwil atau tafwid bagi membuktikan kebesaran
Allah SWT
AYAT MUTASYABIHAT MENURUT SHEIKH ZAINAL ABIDIN AL-
FATANI DALAM KITAB `AQIDAH AL-NAJIN
Dalam perbahasan sebelumnya telah dijelaskan bahawa ulama telah membahagikan
ayat al-Quran kepada dua bahagian iaitu muhkamat dan mutasyabihat. Muhkamat
ialah ayat yang diketahui pentakwilannya serta difahami makna dan mempunyai
tafsiran dengan jelas, sedangkan mutasyabihat merupakan ayat yang tidak diketahui
makna yang sebenar melainkan Allah SWT. Justeru itu, dalam perbahasan ini
penulis ingin membongkar apakah pandangan Tuan Minal tentang perkara tersebut.
Berkaitan persoalan ini, Tuan Minal telah membahagikan perbahasannya
dalam kitab `Aqidah al-Najin kepada dua bahagian iaitu muhkamat dan
mutasyabihat. Muhkamat bermaksud mengambil makna yang zahir daripada ayat-
ayat dan hadith-hadith, dan tidak harus ditakwilkan kepada makna yang lain seperti
ayat al-Quran yang bermaksud dirikanlah oleh kamu akan sembahyang dan beri
oleh kamu akan zakat
37
dan jangan kamu hampir akan berbuat zina bahawa zina

35
Lihat Ibn Taymiyyah (1969), Syarh Hadith al-Nuzul. Beirut: Al-Maktab al-Islamiyy, h. 20-22
36
Lihat Fakhr al-Din al-Razi (1935), Asas al-Taqdis Fi `Ilm al-Kalam. Kaherah: Matba`ah Mustafa
al-Babi al-Halabi, h. 172
37
Al-Baqarah 1: 110; Zainal Abidin al-Fatani (t.t), op.cit, h. 43.
Seminar Pemikiran Islam Peringkat Kebangsaan II (PEMIKIR II)
20-22 Julai 2010
10
itu ada ia keji
38
. Kedua-dua ayat tersebut mempunyai pengertian yang jelas dan
nyata, dan tidak perlu kepada sebarang pentakwilan.
Manakala tentang pengertian mutasyabihat, Tuan Minal tidak pula
menjelaskan definisi istilah tersebut, bahkan terus kepada ayat yang berkaitan
dengannya seperti firman Allah SWT yang bermaksud tangan Allah di atas tangan
mereka itu
39
, dan kekal oleh muka Tuhan engkau ya Muhammad
40
, dan telah
datang Tuhan engkau
41
, Mereka itu takut kepada Tuhan yang di atas mereka
42
,
dan Tuhan Allah yang Maha Pengasih bersemayam di atas `arasyhnya yang
tinggi.
43

Berhubung persoalan muhkamat, Tuan Minal tidak menghuraikan lebih
lanjut tentang perkara tersebut, memandangkan ianya tidak menjadi perdebatan di
kalangan ulama. Aspek yang menjadi perhatian beliau ialah berkaitan mutasyabihat,
memandangkan perkara ini sering menjadi perselisihan di kalangan kumpulan dalam
Islam. Antara golongan yang sering memperdebatkan persoalan ini golongan Salaf
dan Khalaf.
44

Menurut Tuan Minal, pada hakikatnya golongan Salaf tidak sepenuhnya
menolak takwil, bahkan membenarkan takwil secara ijmal (ringkas) sebelum
menyerahkan maksudnya kepada Allah SWT
45
. Pandangan ini pada zahirnya dilihat
mempunyai persamaan dengan golongan Khalaf yang menggalakkan pentakwilan,

38
Al-Isra 17: 32; Zainal Abidin al-Fatani (t.t), op.cit, h. 43
39
Al-Fath 48 : 10
40
Al-Rahman 55 : 27
41
Al-Fajr 89 : 22; Zainal Abidin al-Fatani (t.t), op.cit, h. 43
42
Al-Nahl 16 : 50. Ayat ini ditakwilkan oleh ulama Khalaf dengan maksud ketinggian atau
kebesaran.
43
Taha 20 : 5. Ayat ini ditakwilkan oleh ulama Khalaf sebagai memerintah atau memilik.
44
Lihat Al-Bajuri (2002), Hasyiah al-Imam al-Bajuri `ala Jawharah al-Tawhid. `Ali Jum`ah
Muhammad al-Syafi`i (tahqiq). Kaherah: Dar al-Salam, h. 156; Al-Sheikh Ahmad bin Muhammad al-
Maliki al-Sawi (2005), Syarh al-Sawi `ala Jawharah al-Tawhid. Dr. `Abd al-Fattah al-Nabram
(tahqiq). Dimasyq: Dar Ibn Kathir, h. 216; Lihat Zainal Abidin al-Fatani (t.t), op.cit, h. 49 Golongan
Salaf yang dimaksudkan oleh Tuan Minal ialah mereka yang hidup lima ratus tahun daripada zaman
Rasulullah s.a.w, atau mereka yang berada dalam generasi yang pertama iaitu generasi Sahabat,
Tabi`in dan Tabi` Tabi`in. Manakala golongan Khalaf pula ialah mereka yang hidup lima ratus tahun
selepas generasi Salaf, atau mereka yang hidup selepas daripada generasi Tabi` Tabi`in.
45
Dimaksudkan dengan takwil secara ringkas (ijmali) yang dilaksanakan oleh golongan Salaf ialah
dengan memalingkan makna daripada zahir ayat, tanpa meletakkan sebarang maksud lain sebagai
ganti, bahkan menyerahkan maksud lafaz tersebut kepada Allah SWT. Lihat Zainal Abidin al-Fatani
(t.t), op.cit, h. 49; Al-Bajuri (2002), op.cit, h. 156; Al-Sheikh Ahmad bin Muhammad al-Maliki al-
Sawi (2005), op.cit, h. 216
Seminar Pemikiran Islam Peringkat Kebangsaan II (PEMIKIR II)
20-22 Julai 2010
11
namun pada hakikatnya wujud perbezaan antara dua golongan tersebut
46
.
Perselisihan antara golongan Salaf dan Khalaf berkisar tentang kefahaman terhadap
ayat al-Quran,
!. `l-, .`,!. | < `>.l _ l-l
Ertinya, padahal tidak ada yang mengetahui takwilnya (tafsir
maksud yang sebenarnya) melainkan Allah. Dan orang yang
tetap teguh serta mendalam pengetahuan dalam ilmu agama.
Ali Imran 3: 7
Bagi golongan Khalaf kebenaran untuk mentakwil ayat mutasyabihat
dikhususkan kepada mereka yang mempunyai kemantapan ilmu. Manakala
golongan Salaf lebih cenderung menyerahkan maksudnya kepada Allah SWT
berdasarkan firman Allah SWT
!. `l-, .`,!. | <
Ertinya, Dan tiada mengetahui takwilnya melainkan Allah..
47
.
Ali Imran 3:
Bagi menzahirkan perbezaan antara dua golongan tersebut, Tuan Minal telah
mengemukakan nas al-Quran, sebagaimana firman Allah SWT,
_..-l _ls _-l _.`.
Ertinya, Tuhan Allah Yang Pengasih bersemayam di atas
`arasyh yang tertinggi.

46
Meskipun nampak seolah-olah wujud persamaan antara Salaf dan Khalaf dalam mentakwilkan ayat
dan hadith mutasyabihah, namun pada hakikatnya adalah berbeza. Ini kerana golongan Salaf tidak
menggantikan lafaz yang ditakwilkan. Berbeza dengan Khalaf yang menggantikan kalimah yang
sesuai bagi lafaz yang ditakwilkan tersebut.
47
Lihat Muhammad Sa`id Ramadan al-Buti (1992), Kubra al-Yaqiniyyat al-Kawniyyah. Beirut: Dar
al-Fikr al-Mu`asir, h. 138-141; Zainal Abidin al-Fatani (t.t), op.cit, h. 49
Seminar Pemikiran Islam Peringkat Kebangsaan II (PEMIKIR II)
20-22 Julai 2010
12
Taha 20 : 5
Berhubung ayat ini golongan Salaf berpendapat, kami tidak mengetahui
tentang atas, tetapi Maha Suci Tuhan daripada bertempat di atas `arasyh. Manakala
golongan Khalaf menjelaskan, dikehendaki dengan di atas `arasyh bermaksud
pemerintahan atau pemilikan.
48

Mengenai dua golongan tersebut, Tuan Minal lebih cenderung kepada
golongan Khalaf yang menggalakkan pentakwilan secara terperinci (tafsili). Antara
hujahan beliau ialah, pertamanya pandangan Khalaf diutamakan dalam bait sya`ir
Sheikh Ibrahim al-Laqani yang menyebut,
*
Ertinya dan tiap-tiap nas al-Quran atau hadith yang memberi
waham ia akan tasybih Allah itu dengan baharu, takwil olehmu
akan pengetahuan itu kepada Allah, dan qasad olehmu akan suci
Allah Taala daripada menyerupai dengan segala yang baharu.
49

Kenyataan tersebut menunjukkan kecenderungan Tuan Minal terhadap
fahaman al-Laqani yang lebih cenderung kepada golongan Khalaf. Ini kerana konsep
pentakwilan yang dipraktikkan oleh golongan Khalaf dianggap paling sesuai dan
releven, memandangkan penting untuk mentakwil dengan memberi makna lain yang
bersesuaian dengan kebesaran Allah SWT. Langkah ini dianggap mampu menangkis
sebarang bentuk penyerupaan dengan makhluk, berbanding menggunakan konsep
golongan Salaf yang menyerahkan sepenuh (tafwid) maksud ayat tersebut kepada
Allah SWT.
Keduanya, pendapat ini lebih kuat dan jelas serta mampu mematahkan hujah
musuh. Persoalannya kenapakah pendapat ini dianggap mampu mengalahkan hujah
musuh berbanding pandangan Salaf. Menurut Tuan Minal konsep pentakwilan yang

48
Lihat Zainal Abidin al-Fatani (t.t), op.cit, h. 50;. Selain ayat ini, terdapat banyak lagi ayat al-Quran
yang ketengahkan oleh Tuan Minal untuk menerangkan perbezaan pandangan antara golongan Salaf
dan Khalaf seperti ayat yang membincangkan tentang ketinggian (fauq), datang (jaa), tangan (yadd),
kekal (yabqa) dan sebagainya.
49
Lihat Al-Bajuri (2002), op.cit, h. 156; Al-Sheikh Ahmad bin Muhammad al-Maliki al-Sawi (2005),
op.cit, h. 216; Zainal Abidin al-Fatani (t.t), op.cit, h. 49. Mengenai persoalan ini menampakkan
bahawa Tuan Minal lebih cenderung kepada pemikiran al-Laqani.
Seminar Pemikiran Islam Peringkat Kebangsaan II (PEMIKIR II)
20-22 Julai 2010
13
diamalkan golongan Khalaf adalah dianggap sebagai langkah terbaik untuk
menjawab propagandatohmahan musuh. Ini kerana dengan meletakkan makna yang
sesuai pada ayat yang ditakwilkan mampu memberi kefahaman yang mantap tentang
perkara tersebut. Sekiranya tidak ditakwilkan atau menyerahkan keseluruhan
maksud ayat tersebut kepada Allah SWT, pasti akan menimbulkan tafsiran yang
berbeza daripada pihak musuh. Ini kerana musuh Islam sentiasa mencari ruang
untuk memburuk-burukkan Islam. Lantaran itu, mereka pasti akan membuat
pelbagai rumusan dan kesimpulan yang negatif terhadap Allah SWT, dan pada
waktu yang sama menjadi kesukaran untuk menjawab propaganda yang
dikemukakan mereka.
Meskipun Tuan Minal lebih cenderung kepada fahaman dan pandangan yang
dikemukakan oleh ulama Khalaf, namun beliau turut menerima pandangan golongan
Salaf yang dianggap lebih selamat kerana menyerahkan keseluruhan maksud ayat
mutasyabihat kepada Allah SWT
50
. Memandangkan dengan menyerahkan maksud
sesuatu ayat kepada Allah SWT dapat menyelamat seseorang daripada
mengemukakan pengertian yang bercanggah dengan kehendak Allah SWT.
Menerima kedua-dua golongan tersebut bukanlah suatu yang luar biasa, kerana bagi
Tuan Minal kedua-duanya merupakan golongan Ahl al-Sunnah wa al-Jama`ah
51
.
Lebih-lebih lagi golongan Salaf dan Khalaf berusaha menyucikan Allah SWT
daripada sifat kekurangan.
Berdasarkan hujah yang dikemukakan oleh Tuan Minal, penulis bersetuju
dengan pendekatan al-Buti yang berusaha mengharmonikan pandangan Salaf dan
Khalaf dengan menyifatkan bahawa kedua fahaman tersebut adalah benar dan sesuai
untuk dijadikan pegangan. Menurut al-Buti, golongan Salaf dan Khalaf hidup pada
zaman yang berbeza. Pada zaman Salaf tidak timbul banyak persoalan tentang ayat
mutasyabihat, berbanding zaman Khalaf yang lahir banyak aliran pemikiran serta
muncul pelbagai disiplin ilmu seperti ilmu Balaghah yang banyak membincangkan
persoalan majaz, tasybih dan isti`arah
52
. Justeru itu, pada zaman Khalaf pentakwilan
menjadi suatu keperluan bagi menjawab propaganda yang dikemukakan oleh musuh
Islam

50
Lihat Zainal Abidin al-Fatani (t.t), op.cit, h. 49
51
Ibid., h. 51
52
Lihat al-Buti (1992), op.cit, h. 141
Seminar Pemikiran Islam Peringkat Kebangsaan II (PEMIKIR II)
20-22 Julai 2010
14
KESIMPULANNYA
Kekeliruan dan salah faham terhadap maksud ayat mutasyabihat telah mendorong
kepada meluasnya perbahasan tersebut. Ini kerana kebanyakan ulama Islam
berusaha mentakwilkan ayat tersebut bersesuaian dengan kebesaran dan keagungan
Allah SWT, dan terdapat sebahagian lain yang mengambil pendekatan menyerahkan
pengertian tersebut kepada Allah SWT. Berhubung perkara ini Tuan Minal telah
mengambil pendekatan yang terbaik dan sederhana, kerana tidak menyalahkan
mana-mana aliran. Memandangkan bagi beliau semua aliran samada Salaf atau
Khalaf berada dipihak yang benar, meskipun secara peribadi beliau lebih cenderung
kepada fahaman Khalaf. Kecenderungan Tuan Minal kepada fahaman Khalaf adalah
berdasarkan situasi semasa yang memerlukan kepada pentakwilan pada waktu
tersebut. Namun sekiranya keadaan tidak mendesak, sudah tentu beliau akan
memihak kepada fahaman Salaf yang dianggap paling selamat

Anda mungkin juga menyukai