Anda di halaman 1dari 18

MASTER OF ISLAMIC STUDIES (MIST)

SEMESTER MEI 2019

AMSU5103

KAEDAH PENGAJIAN USULUDDIN

NO. MATRIKULASI : CGS01974925

NO. KAD PENGENALAN : 910214-13-6409

NO. TELEFON : 0165766409

E-MEL : mohdfar1d@oum.edu.my

PUSAT PEMBELAJARAN : SARAWAK LEARNING CENTER


ISI KANDUNGAN

PENGENALAN..................................................................................................................................... 2
1.0 LATAR BELAKANG ZAYN AL ABIDIN BIN MUHAMMAD AL FATANI DAN
KITAB AQIDAH AL NAJIN (AKIDAH KAUM TERSELAMAT) ................................................ 3
1.1 Latar belakang Zayn Al Abidin Bin Muhammad Al Fatani................................................... 3
1.2 Latar belakang Kitab Aqidah Al Najin (Akidah Kaum Terselamat) .................................... 4
2.0 KEDUDUKAN KITAB AQIDAH AL NAJIN DI KALANGAN ILMUWAN ATAU
ULAMA NUSANTARA ....................................................................................................................... 6
3.0 SIFAT-SIFAT AL-NAFSIYYAH, AL-SALBIYYAH, AL-MA‘ĀNĪ DAN AL-
MA‘NAWIYYAH MENURUT HURAIAN ZAYN AL-‘ĀBIDĪN AL-FAṬĀNĪ. .............................. 7
2.1 Sifat al-nafsiyyah ......................................................................................................................... 7
2.2 Sifat salbiyyah ............................................................................................................................. 8
2.3 Sifat ma’ani.................................................................................................................................. 8
2.4 Sifat ma’nawiyyah ...................................................................................................................... 9
4.0 EMPAT DARIPADA SIFAT 20 DAN PERBEZAAN DENGAN SIFAT TUHAN/DEWA
SATU KEPERCAYAAN/AGAMA LAIN DI MALAYSIA. ............................................................. 9
4.1 Wahdaniyyah (Allah Maha Esa) ......................................................................................... 9
4.2 Mukhalafatuhu li al-Hawadith .......................................................................................... 11
4.3 Qidam ................................................................................................................................... 12
4.4 Qiyamuhu binafsih.............................................................................................................. 13
5.0 SIGNIFIKAN DAN RELEVENSI KITAB ‘AQĪDAH AL-NĀJĪN SEBAGAI SILIBUS
PENGAJIAN AKIDAH. ..................................................................................................................... 14
5.1 Kerana Kitab Aqidah al-Najin adalah terjemahan terus dari kitab Umm al-Barahin. 15
5.2 Sumber penulisan yang diyakini dan dipercayai. ............................................................ 15
5.3 Mengandungi huraian yang terperinci tentang sifat-sifat Allah SWT. ......................... 15
5.4 Sebagai asas dan permulaan bagi pembelajaran usuluddin. .......................................... 16
6.0 KESIMPULAN. ............................................................................................................................ 16
RUJUKAN ........................................................................................................................................... 17
PENGENALAN
Salah satu cabang ilmu yang mempunyai kedudukan paling tinggi dalam Islam adalah
bidang akidah. Hal ini kerana manusia diciptakan di atas muka bumi ini adalah semata-mata
untuk beribadat kepada Allah SWT. Ini bersesuaian dengan firman Allah SWT di dalam surah
al-Dhariyat ayat 56 yang bermaksud, “Dan aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan
untuk mereka menyembah-Ku.” Bagi mencapai matlamat utama manusia diciptakan, manusia
perlulah belajar untuk mengenal pencipta iaitu Allah SWT bagi menanamkan rasa ikhlas dalam
beribadat kepada Allah SWT.

Kitab Aqidah al-Najin hasil tulisan Syeikh Zayn al-Abidin membahaskan tentang sifat
20 Allah SWT merupakan salah satu kitab yang menjadi asas kepada pengajian tauhid dan
usulusddin di Nusantara. Di dalam tugasan ini, kitab Aqidah al-Najin digunakan sebagai
sumber utama dalam menghuraikan sifat 20 Allah SWT. Selain itu, tugasan ini juga akan
membincangkan tentang latar belakang penulis kitab iaitu Syeikh Zayn al-Abidin al Fatani dan
latar belakang kitab hasil tulisannya iaitu Aqidah al-Najin.

Dalam tugasan ini juga, penulis juga membincangkan sejauh mana kedudukan kitab
Aqidah al-Najin dalam kalangan ilmuwan dan ulama di Nusantara di samping menganalisis
empat pembahagian sifat 20 Allah SWT iaitu sifat al-nafsiyyah, al-salbiyyah, al-ma‘ānī dan
al-ma‘nawiyyah menurut huraian Syeikh Zayn al-Abidin al-Fatani.

Penulis juga membuat perbandingan dan perbezaan empat sifat Allah dan sifat Tuhan
agama lain di dalam tugasan ini. Penulis memilih tuhan agama Kristian iaitu Jesus sebagai
perbandingan kepada sifat Allah SWT. Sifat yang dipilih untuk dibandingkan ialah
wahdaniyyah, mukhalafatuhu li al-hawadith, qidam, dan qiyamuhu binafsih.

Pada akhir tugasan ini akan merumuskan signifikan dan relevansi kitab Aqidah al-Najin
sebagai silibus pengajian akidah.
1.0 LATAR BELAKANG ZAYN AL ABIDIN BIN MUHAMMAD AL FATANI DAN
KITAB AQIDAH AL NAJIN (AKIDAH KAUM TERSELAMAT)

1.1 Latar belakang Zayn Al Abidin Bin Muhammad Al Fatani


Syeikh Zayn al-Abidin al-Fatani adalah antara tokoh ulama Melayu Patani yang
terkenal di Nusantara. Selain dari beliau, terdapat beberapa orang tokoh ulama melayu yang
lain seperti Shaikh Daud al_Fatani, Shaikh Ahmad al-Fatani dan Sheikh Nik Dir al-Fatani.
Nama sebenar beliau ialah Syeikh Zayn al-Abidin bin Muhammad bin Muhammad Dahhan bin
Syeikh Wan Syamsuddin bin Syeikh Jaafar. Beliau turut terkenal dengan gelaran Tuan Minal.
Beliau dilahirkan di Kampung Bendang Badang, sebuah kampung yang terletak di lembangan
Sungai Petani, yang berdekatan dengan Pekan Bijai Lama.

Syeikh Zayn al-Abidin al-Fatani mendapat Pendidikan awal di madrasah yang terdapat
di kampung beliau sendiri. Pada masa tersebut, beliau masih lagi mendapatkan Pendidikan
secara tidak formal. Pusat Pengajian pondok dan madrasah menjadi pilihan utama pemuda yang
berminat untuk mendalami ilmu agama pada masa itu.

Kemudian, beliau melanjutkan lagi pengajian beliau di pusat pengajian pondok. Beliau
telah memilih pusat pengajian pondok Bendang Daya sebagai destinasi untuk mendalami lagi
ilmu pengetahuan agama beliau. Syeikh Zayn al-Abidin al-Fatani juga berkesempatan berguru
dengan beberapa tokoh ulama yang terkenal pada waktu itu. Antaranya ialah Sheikh Wan
Mustafa bin Muhammad Faqih al-Patani atau dikenali sebagai “Tok Wan Pa’. Sheikh Wan
Mustafa bin Muhammad Faqih al-Patani adalah merupakan pengasas pondok tersebut. Selain
itu, beliau juga sempat menuntut ilmu daripada Sheikh Abdul Rashid al-Fatani yang terkenal
dengan gelaran “Keramat Pulau Bidan”. Beliau juga turut berkesempatan menuntut ilmu
Usuluddin dengan Sheikh Muhammad Thaiyib bin Mas’ud al-Banjari al-Qadhi. Syeikh Zayn
al-Abidin al-Fatani melanjutkan lagi pelajaran beliau di Masjid al-Haram, Mekah. Masjid al-
Haram pada ketika itu terkenal sebagai pusat Pendidikan dalam kalangan bangsa Melayu yang
ingin mendalami ilmu agama. Sepanjang keberadaan beliau di Kota Mekah, beliau
berkesempatan menuntut ilmu dengan beberapa tokoh ulama Arab dan Patani yang terkenal
seperti Sheikh Muhammad bin Sulaiman Hasb Allah al-Makki, Sheikh Wan Ali bin Ishak al-
Fatani, Sheikh Abdullah bin Abd al-Rahim al-Fatani, Sheikh Daud al-Fatani dan ramai lagi.
Setelah selesai pengajian di Kota Mekah, beliau tidak bermastautin lama di sana dan terus
pulang ke tanah air.

1.2 Latar belakang Kitab Aqidah Al Najin (Akidah Kaum Terselamat)


Syeikh Zayn al-Abidin al-Fatani sememangnya terkenal dengan tulisannya iaitu kitab
‘Aqidah al-Najin. Beliau menghasilkan karya ini adalah bertujuan untuk memberi kefahaman
dan menyampaikan konsep sebenar Islam kepada masyarakat. Kitab ini mengandungi seratus
empat puluh halaman semuanya dan telah selesai ditulis pada tahun 1890 bersamaan dengan
tahun 1308H. Menurut Wan Muhammad Shaghir Abdullah (2005), Aqidah al-Najin
merupakan karya kedua terbesar selepas Wardu al-Zawahir karangan Syeikh Daud bin
Abdullah al-fatani dalam bidang Usul al-Din. Selain kitab Aqidah al-Najin, beliau juga telah
mengarang dua lagi kitab iaitu Kasyf al-Ghaybiyyat yang dihasilkan pada tahun 1883 dan kitab
Kasyf al-Litham ‘an As’ilah al-anam yang dikarang pada tahun 1889. Kitab Aqidah al-Najin
adalah merupakan kitab yang ketiga yang dikarang oleh beliau selepas dua kitab tersebut.

Kitab ini diterjemahkan sendiri oleh Syeikh Zayn al-Abidin al-Fatani dengan “I’tiqad
segala orang yang kelepasan daripada sesat dan bid’ah pada menyatakan ilmu Usuluddin”.
Nama kitab ini iaitu kitab Aqidah al-Najin fi ‘ilm Usul al-Din menunjukkan matlamat dan
hasrat beliau menghasilkan karya ini. Jika diteliti daripada nama kitab ini, jelas bahawa beliau
mempunyai beberapa mesej penting yang perlu diketengahkan di dalam penghasilan karya ini.
Beliau berhasrat untuk membanteras segala bentuk pemikiran dan fahaman bid’ah yang
semakin berkembang di dalam masyarakat. Bid’ah adalah satu perkara yang sangat bahaya dan
mampu membawa kemusnahan kepada masyarakat Islam. Menurut Muhy al-Din Sabir (1988),
bid’ah bermaksud mengada-adakan perkara baru yang tidak ada dalam agama Islam. Selain
membanteras fahaman dan pemikiran bid’ah, Syeikh Zayn al-Abidin al-Fatani turut berusaha
untuk membendung fahaman-fahaman sesat yang semakin berleluasa dalam kalangan
masyarakat. Menurut Panel Bahagian Perancangan dan penyelidikan,Jabatan Kemajuan islam
Malaysia (JAKIM), ajaran sesat bermaksud ajaran atau amalan yang dibawa oleh orang-orang
Islam atau orang-orang bukan Islam yang didakwanya berdasarkan kepada ajaran Islam atau
didakwa tidak berlawanan dengan dasar-dasar ajaran Islam tetapi sebenarnya ajaran atau
amalan tersebut adalah berlawanan dengan akidah dan syariah Islam berdasarkan Al-Quran
dan As-Sunnah.

Seterusnya, beliau turut memberi perhatian terhadap isu taqlid yang turut merbahaya
terhadap masyarakat. Menurut al-Jurjani, 1991 taqlid bermaksud mengikut sesuatu tanpa
mempunyai ilmu. Taqlid boleh merosakkan akidah idndividu kerana mereka hanya beramal
tanpa ilmu yakni tanpa mengetahui sama ada amalan tersebut betul atau tidak di sisi agama.
Walaupun Syeikh Zayn al-Abidin al-Fatani beranggapan bahawa bertaqlid dalam aqidah
merupakan satu penyakit akidah yang perlu diperangi, beliau masih lagi beranggapan bahawa
orang yang bertaqlid masih lagi merupakan seorang mukmin. Ianya tidaklah sehingga
dikategorikan sebagai orang yang tidak beriman atau keluar dari ajaran Islam. Syeikh Zayn al-
Abidin al-Fatani telah menggariskan beberapa langkah pencegahan bagi menangani ketiga-tiga
permasalahan yang telah dinyatakan di atas. Antaranya ialah dengan mewajibkan umat Islam
untuk mempelajari ilmu akidah terutamanya berkaitan dengan sifat-sifat Allah SWT. Selain
itu, beliau turut menyarankan agar umat Islam menuntut ilmu daripada guru-guru yang benar-
benar mursyid dan diakui keilmuannya.

Dalam penulisan kitab Aqidah al-Najin ini, Syeikh Zayn al-Abidin al-Fatani telah
menyatakan di awal penulisannya bahawa kitab ini bukanlah hasil karya beliau sepenuhnya,
bahkan ia merupakan terjemahan dan adaptasi daripada kitab yang lain iaitu kitab Umm al-
Barahin yang ditulis oleh Imam al-Sanusi. Hal ini jelas ditunjukkan di dalam penulisannya di
dalam kitab tersebut iaitu

“ Aku suratkan bagi mereka itu akan suatu kitab pada menyatakan ilmu Usuluddin,
padahal aku terjemahkan daipada Muqaddimah al-Sanus, serta aku tambahkan
daripada beberapa kalam Syarahnya dan hasyiahnya supaya nyata maksud daripada
kalam Sheikh itu. Dan jikalau tiada aku ahli bagi yang demikian itu sekalipun, tetapi
I’timadku kepada taufiq Karim al-Wahhab”

Berdasarkan kenyataan tersebut, dapatlah disimpulkan bahawa kitab Aqidah al-Najin adalah
merupakan terjemahan dan adaptasi daripada kitab yang muktabar iaitu Umm al-Barahin.
Syeikh Zayn al-Abidin al-Fatani sangat menyanjung tinggi kitab tersebut dan berpendapat
bahawa meskipun kecil dari segi saiz, namun manfaat yang diperolehi daripada kitab tersebut
adalah tidak ternilai. Ini berdasarkan kenyataan beliau iaitu

“..bahawa muqaddimah Sheikh Sanusi itu, dan jika adalah ia kecil jirimnya sekalipun
sangat besar ilmunya lagi yang mengandung atas sekelian “aqaid serta dilebih
beberapa fawaid dan kerana demikian itu adalah ia terlebih elok daripada segala yang
dita’lifkan pada tauhid dan terlebih sucinya daripada hampa, dan ta’qid istimewa pula
orang yang mengarang akan dia itu wali Allah dengab tiada syak dan Namanya
Muhammad anak Yusuf al-Sanusi al-Husni..”
Kenyataan tersebut menunjukkan sebab utama kenapa karya ini menjadi pilihan beliau untuk
diterjemahkan dan dihuraikan. Menurut Wan Suhaimi Wan Abdullah, 2001, kitab Umm al-
Barahin dianggap antara karya terbaik tauhid yang pernah dihasilkan. Selain itu, kitab Aqidah
al-Najin ini turut dihasillkan di atas permintaan rakan-rakanya.

“..maka lagi akan berkata oleh hamba yang faqir ila Allah Ta’ala Zayn al-“Abidin bin
Muhammad al-Fatani ghafara Allahu li wal liwalidayya wa li al-Muslimin telah
memintak akan daku oleh setengah saudara aku aslaha Allah li walahum al-hal wa al-
sya’n telah membaiki oleh Allah Ta’ala bagiku…”

Melalui kenyataan ini, Syeikh Zayn al-Abidin al-Fatani menyatakan bahawa antara matlamat
beliau menghasilkan karya ini adalah untuk memenuhi permintaan rakan-rakanya yang
menginginkan beliau menghasilkan karya akidah.

Konklusinya, kitab Aqidah al-Najin ini adalah merupakan hasil adaptasi dan
terjemahan Syeikh Zayn al-Abidin al-Fatani daripada kitab muktabar Umm al-Barahin dan
bukannya hasil karya sepenuhnya oleh beliau.

2.0 KEDUDUKAN KITAB AQIDAH AL NAJIN DI KALANGAN ILMUWAN ATAU


ULAMA NUSANTARA
Kitab Aqidah al-Najin karangan Syeikh Zayn al-Abidin al-Fatani merupakan karya
berkaitan ilmu tauhid yang kedua terbesar selepas kitab Wardu al-Zawahir karangan Syeikh
Daud bin Abdullah al-fatani. Hal ini dinyatakan oleh Wan Muhammad Shaghir Abdullah
(2005) di dalam bukunya iaitu Syeikh Ahmad al-Fatani Pemikir Agung Melayu dan Islam.
Dengan reputasi seperti ini, sudah pasti kitab ini mempunyai kedudukan yang sangat tinggi
dalam kalangan ilmuwan dan ulama di Nusantara.

Antara ulama yang menggunakan kitab Aqidah al-Najin di dalam dakwahnya ialah Tuan
Guru Haji Abdul Qadir. Menurut Ahmad Fathi (2011), bagi kitab ilmu usuluddin Jawi, antara
kitab yang beliau selalu menggunakannya ialah kitab Faridah al-Faraid, Bakurah al-Amani,
Siraj al-Huda dan Aqidah al-Najin. Tuan Guru Haji Abdul Qadir adalah antara tokoh ulama
yang tersohor di Nusantara.

Selain itu, Syeikh Zayn al-Abidin al-Fatani turut menurunkan ilmunya kepada enam orang
anaknya. Empat daripada enam orang anaknya adalah merupakan ulama. Dengan reputasi
sebegini, sudah pasti didikannya yang salah satunya berasaskan kitab Aqidah al-Najin juga
menjadi bahan dalam menyampaikan dakwah di nusantara.

Di samping itu, ramai lagi ulama-ulama yang menjadikan kitab Aqidah al-Najin sebagai
rujukan dalam pengajian dan menyampaikan ilmu kepada masyarakat. Terdapat juga pondok-
pondok dan madrasah yang masih menggunakan kitab tersebut sebagai bahan dalam silibus
akidah. Sehingga kini, kitab Aqidah al-Najin tetap menjadi pilihan di dalam pengajian
usuluddin tidak kira di madrasah, pondok dan msjid.

Kesimpulannya, kitab Aqidah al-Najin sememangnya mempunyai kedudukan yang tinggi


dalam kalangan ulama dan ilmuwan di Nusantara dan ia jelas dibuktikan dengan penggunaan
kitab tersebut yang masih digunakan sebagai rujukan bagi pengajian usuludin sehingga ke hari
ini.

3.0 SIFAT-SIFAT AL-NAFSIYYAH, AL-SALBIYYAH, AL-MA‘ĀNĪ DAN AL-


MA‘NAWIYYAH MENURUT HURAIAN ZAYN AL-‘ĀBIDĪN AL-FAṬĀNĪ.

Di dalam Kitab Aqidah al-Najin, Syeikh Zayn al-Abidin al-Fatani bukan hanya
membincangkan tentang jumlah sifat Allah, bahkan kesemua sifat tersebut telah dikategorikan
kepada empat kategori utama. Empat kategori tersebut adalah al-nafsiyyah, al-salbiyyah, al-
ma‘ānī dan al-ma‘nawiyyah.

2.1 Sifat al-nafsiyyah


Sifat al-nafsiyyah adalah merupakan bahagian pertama daripada keempat-empat
kategori tersebut. Menurut Syeikh Zayn al-Abidin al-Fatani, perkataan nafsiyyah berasal
daripada kalimah “nafs” yang bermaksud sifat ini adalah zatNya dan bukan menunjukkan
kepada perkara za’id (tambahan) kepada zatNya. Di dalam kitab ini, Syeikh Zayn al-Abidin al-
Fatani turut mengemukakan dua takrifan berkaitan sifat nafsiyyah iaitu pertama, sifat ini
dikatakan sebagai “tidak diterima akal ada zat melainkan dengannya. Takrifan yang pertama
ini menjelaskan bahawa akal yang sihat dan waras tidak dapat menerima keberadaan sesuatu
melainkan didahului oleh wujud.

Bagi takrifan kedua, sesetengah ulama mengutarakan nafsiyyah ialah “hal yang thabit
bagi zat, selama ada zat itu padahal tiada dikeranakan dengan suatu kerana”. Syeikh Zayn al-
Abidin al-Fatani menjelaskan bahawa sifat nafsiyyah adalah sesuatu yang berada di antara
wujud dan tiada atau dikategorikan sebagai hal. Berdasarkan penjelasan Syeikh Zayn al-Abidin
al-Fatani ini, sifat ini bolehlah dikatakan tiada. Pernyataan “tidak dikeranakan oleh sesuatu
kerana” pula bermaksud sifat ini tidak berkait dan berhubung dengan sesuatu yang lain. Selain
itu, Syeikh Zayn al-Abidin al-Fatani menyatakan bahawa sifat nafsiyyah turut disebut sebagai
zat. Memandangkan sifat ini adalah merupakan zat, maka sifat yang dinisbahkan kepadanya
adalah sifat wujud. Maka berdasarkan pernyataan dan penjelasan tersebut, hanya terdapat satu
sahaja sifat nafsiyyah di dalam sifat-sifat Allah iaitu sifat wujud.

2.2 Sifat salbiyyah


Kategori kedua di dalam pembahagian sifat Allah ini adalah sifat salbiyyah. Menurut
Syeikh Zayn al-Abidin al-Fatani, sifat salbiyyah ialah sifat yang menunjukkan atas nafi barang
yang tiada layak dengan Allah SWT. Apa yang dimaksudkan dengan takrif tersebut ialah
menolak sebarang sifat yang tidak layak dengan kebesaran dan keagungan Allah SWT.
Terdapat lima sifat yang dinisbahkan di dalam kategori sifat salbiyyah. Lima sifat tersebut ialah
qidam, baqa’, mukhalafatuhu li al-hawadith, qiyamuhu bi nafsih dan wahdaniyah. Kelima-
lima sifat ini adalah bertujuan menolak sifat-sifat yang tidak layak bagi Allah SWT. Sifat qidam
adalah lawan bagi kewujudan Allah SWT mempunyai permulaan. Manakala sifat baqa’
menolak bahawa adanya kesudahan bagi kewujudan Allah SWT. Sifat mukhalafatuhu li
alhawadith pula menafikan adanya persamaan Allah SWT dengan Makhluk ciptaanNya. Sifat
qiyamuhu bi nafsih menolak Allah SWT memerlukan bantuan dan berhajat kepada pencipta.
Dan sifat wahdaniyyah menafikan Allah SWT itu banyak dari segi zat, sifat dan af’al Allah
SWT.

Menurut Syeikh Zayn al-Abidin al-Fatani, kewujudan sifat salbiyyah ini bukanlah bagi
meletakkan sifat-sifat yang tidak layak bagi Allah SWT, bahkan ia bertujuan bagi menafikan
sifat-sifat yang tidak layak bagi Allah SWT. Di samping itu, Syeikh Zayn al-Abidin al-Fatani
menyatakan sifat salbiyyah turut dikenali sebagai “sifat tiada” iaitu ‘adami. Ia dinamakan
demikian kerana sifat salbiyyah ini sebenarnya tidak wujud. Sifat salbiyyah ini berperanan
menolak sifat negatif terhadap Allah SWT dan menafikan bahawa Allah SWT memiliki
kekurangan.

2.3 Sifat ma’ani


Kategori ketiga daripada sifat Allah SWT ialah sifat ma’ani. Menurut Syeikh Zayn al-
Abidin al-Fatani, sifat maani ialah “tiap-tiap sifat yang mawjudah pada zihni dan mawjudah
pada kharij dengan berdiri dengan yang mawjudah, yakni berdiri pada zat yang mawjud, yang
mewajibkan baginya hukum”. Terdapat tujuh sifat yang dinisbahkan kepada sifat ma’ani iaitu
qudrah, iradah, ilmu, hayah, sama’, basar dan kalam. Maksud “tiap-tiap sifat yang mawjudah
pada zihni dan mawjudah pada kharij “ ialah kewujudan sifat ini dapat dibuktikan melalui
pancaindera dan bukan hanya tergambar pada akal fikiran semata-mata. Contohnya bukti sifat
qudrah Allah SWT ialah penciptaan makhluk dan alam ini. Takrifan kedua bagi sifat ma’ani
menurut Syeikh Zayn al-Abidin al-Fatani ialah “la hiya huwa wala ghairuh” iaitu sifat itu bukan
zat, dan bukan selain daripada zat. Sifat ini berada di pertengahan antara zat dan bukan zat.
Apa yang dimaksudkan dengan berada di pertengahan ialah sifat ma’ani ini adalah merupakan
sifat dan bukannya zat. Ia juga bersifat qadim dan merupakan sebahagian daripada zat Allah
SWT.

2.4 Sifat ma’nawiyyah


Kategori keempat dan terakhir daripada sifat Allah SWT ini ialah sifat ma’nawiyyah.
Syeikh Zayn al-Abidin al-Fatani menyatakan sifat ma’nawiyyah ialah “hal yang thabit bagi zat
selama ada zat itu dikeranakan dengan suatu kerana”. “Hal yang thabit bagi zat” bermaksud
sifat ini adalah merupakan “hal” iaitu tidak dikatakan sebenar-benar wujud dan tiada, bahkan
berada di pertengahan di antara wujud dan tiada.

4.0 EMPAT DARIPADA SIFAT 20 DAN PERBEZAAN DENGAN SIFAT


TUHAN/DEWA SATU KEPERCAYAAN/AGAMA LAIN DI MALAYSIA.

4.1 Wahdaniyyah (Allah Maha Esa)


Dalam agama Islam, sifat wahdaniyyah Allah SWT bermaksud Allah SWT itu Maha Esa,
sama ada dari segi ZatNya, sifatNya serta af’alNya. Esa dari segi zatNya bermksud Allah SWT
itu bukanlah terdiri daripada beberapa bahagian yang terpotong-potong dan Allah SWT tidak
mempunyai sekutu bagiNya dalam memerintah dan menguasai alam ini. Ia dibuktikan melalui
ayat al-Quran;

“Maha Suci Tuhan. Dia adalah Allah yang Maha Esa lagi Perkasa”.

Surah Az-Zumar : 4
Esa dari segi sifatnya pula bermaksud tidak ada sesuatu atau seorang pun yang
menyerupai sifat-sifat Allah SWT. Manakala esa dari segi af’al atau perbuatanNya membawa
maksud tidak ada seorang atau satu makhluk pun yang menyerupai Allah SWT dari segi
perbuatan sebagaimana yang dilakukan olehNya.

Keesaan Allah SWT dijelaskan lagi di dalam al-Quran melalui surah al-Ikhlas ayat 1 hingga 4;

1. “Katakanlah (wahai Muhammad): "(Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa;”


2. “Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat”
3. “Ia tiada beranak, dan Ia pula tidak diperanakkan”
4. “Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya”

Surah al-ikhlas : 1-4

Berdasarkan terjemahan surah al-Ikhlas, dapat disimpulkan bahawa Allah SWT itu Maha
Esa dari segi Zat, Sifat dan af’alNya dan segala sesuatu semua di dalam kekuasaanNya. Ayat
kedua pula menjelaskan bahawa hanya Allah SWT menjadi tempat untuk memohon segala
sesuatu. Allah SWT adalah satu-satunya tempat dan tujuan bagi semua makhlukNya memohon.
Manakala ayat ketiga pula menjelaskan Allah SWT tidak mempunyai anak dan tidak pula
diperanakkan. Ini menunjukkan sifat kesempurnaan Allah SWT kerana hanya Dia yang
berkuasa ke atas segala sesuatu di alam ini dan sifat keesaan dan kesempurnaan Allah SWT
menjauhkan Allah SWT dari sifta menyerupai makhlukNya iaitu beranak dan diberanakkan.
Ayat terakhir surah al-Ikhlas menjelaskan tiada makhluk ciptaanNya yang menyamai dan
menyerupai Nya. Ini jelas menunjukkan bahawa Allah SWT adalah tuhan yang Maha Esa dan
tidak ada Tuhan selain Nya yang turut mengatur dan menguruskan alam ini.

Sekiranya terdapat tuhan lain bersama dengan Allah SWT dalam mentadbir alam ini, maka
aturan dunia dan alam ini akan hancur binasa kerana tuhan-tuhan ini saling bersaing sesama
sendiri. Hal ini bersesuaian dengan firman Allah SWT di dalam al-Quran;

“Allah tidak sekali-kali mempunyai anak, dan tidak ada sama sekali sebarang tuhan
bersamaNya; (kalaulah ada banyak tuhan) tentulah tiap-tiap tuhan itu akan menguasai dan
menguruskan segala yang diciptakannya dengan bersendirian, dan tentulah setengahnya akan
bertindak mengalahkan setengahnya yang lain. Maha Suci Allah dari apa yang dikatakan oleh
mereka (yang musyrik) itu.”

Surah al-Mu’minun : 91
Ayat di atas menunjukkan bahawa Allah SWT tidak mempunyai anak kerana sekiranya
Allah SWT memiliki anak, sudah pasti akan menyerupai dan menyamai Allah SWT. Ini
bertentangan dengan sifat Allah SWT yang Maha Esa dari segi zat, sifat dan af’alNya. Selain
itu, ayat tersebut menjelaskan akibat sekiranya terdapat tuhan lain selain Allah SWT.

Dalam agama Kristian pula, kepercayaan dan akidah yang dipegang oleh mereka adalah
berdasarkan kepada Tritunggal yang suci. Menurut M. Abdai Rathomy (2003), tri membawa
maksud tiga manakala Tunggal bererti satu, bermaksud terdapat tiga unsur yang menjadi satu
dalam kesatuan. Secara ringkasnya, tiga unsur yang membentuk tuhan Tritunggal ini adalah;

a. Allah
b. Anak dan
c. Ruhulkudus.

Ketiga-tiga unsur ini merupakan unsur yang berbeza tetapi hasil dari penyatuan ketiga-tiga
unsur ini mewujudkan Tuhan yang Maha Esa mengikut kepercayaan Kristian. Hal ini
dijelaskan lagi di dalam buku Akidah Islam Pola Hidup Manusia Beriman, salah seorang
pemeluk agama Nasrani berkata:

“Tuhan adalah Allah, anak Allah dan Ruhulkudus, ketiga-tiganya menjadi satu yang tidak
terbagi”.

Perkara ini sangat bertentangan dengan sifat Allah yang Maha Esa seperti yang telah
dinyatakan di dalam surah al-Ikhlas di atas.

4.2 Mukhalafatuhu li al-Hawadith


Di antara sifat-sifat Allah SWT ialah Mukhalafatuhu li al-Hawadith yang bermaksud
Allah SWT tidak serupa dan sama dengan sesuatu apa pun. Allah SWT tidak menyamai
ciptaanNya dan begitulah sebaliknya. Ia dinyatakan di dalam al-Quran;

“Tidak ada sesuatu pun yang serupa denganNya dan Dia adalah Maha Mendengar lagi
Melihat.”

Surah al-Syura: 11

Persamaan yang terdapat hanyalah dari segi nama sifat sahaja dan bukan dari sifat
sebenarnya. Sifat yang dimiliki oleh Allah SWT adalah jauh lebih sempurna berbanding
dengan sifat makhlukNya. Begitu juga dari segi rupa. Allah tidak memiliki rupa sebagaimana
yang dimiliki oleh makhlukNya dan apa sahaja yang dapat dibayangkan oleh manusia.

Berdasarkan Surah as-Syura di atas, Syaikh Abdurrahman bin Naashir As-Sa’di


menyatakan di dalam kitab tafsirnya;

“(Tidak ada sesusatu pun yang serupa denganNya) bermaksud tidak ada yang menyerupai
Allah SWT dan tidak ada satu makhluk pun yang mirip denganNya, baik dalam Zat, nama,
sifat mahupun perbuatan-perbuatanNya. Hal ini kerana seluruh namaNya adalah husna
(paling indah), sifat-sifatNya adalah sifat kesempurnaan dan keagungan…”

Hal ini berbeza dengan agama Kristian kerana mereka menganggap Jesus sebagai
tuhan. Sedangkan jesus adalah manusia biasa di mana sama sahaja dengan manusia yang lain.
Walaupun manusia adalah ciptaan Allah yang paling sempurna, namun ia tidak terlepas dari
kelemahan. M. Abdai Rathomy (2003) di dalam bukunya menyatakan;

Manusia itu dibuat serba lemah sedang Allah SWT adalah Maha Kuat dan Perkasa.Manusia
diciptakan fakir- tidak mempunyai apa-apa dan sangat memerlukan pertolongan sedangkan
Allah Maha Kaya lagi Utama.Manusia ada yang sebagai ayah yang memiliki anak atau
sebagai anak yang diperanakkan, sedangkan Allah tidak berputera atau tidak diputerakan.
Manusia mudah lalai, lupa dan keliru atau bersalah sedang Allah SWT tidak akan lupa, lalai,
keliru atau bersalah. Manusia adalah bersifat kurang dalam segala hal, sedang Allah SWT
addalah Maha Sempurna secara mutlak. Manusia pasti dihinggapi kematian, sedang Allah
SWT adalah Maha Hidup yang tidak akan mati sama sekali.

Kenyataan M. Abdai Rathomy di atas menunjukkan bahawa manusia diciptakan


dengan penuh kekurangan dan ia berlawanan sekali dengan sifat Allah SWT. Jesus yang
dianggap sebagai tuhan oleh penganutnya memiliki sifat sama dengan manusia dan sudah tentu
ia berlawanan dengan sifat yang dimiliki oleh tuhan.

4.3 Qidam
Sifat qidam Allah SWT menolak adanya permulaan wujud Allah. Dalam erti kata lain,
Allah itu wujud atau ada tanpa danya permulaan. Allah SWT yang menciptakan seluruh alam
ini dan mustahil bagi Allah SWT memiliki permulaan bagi kewujudanNya. Ia dibuktikan di
dalam al-Quran;
“Dialah yang Awal dan Yang Akhir, Yang Lahir Batin; dan Dia Maha Mengetahui
segala sesuatu”.

Surah al-Hadid: 3

Ayat di atas membuktikan bahawa Allah SWT adalah yang terawal sebelum wujudnya
segala ciptaanNya. Allah yang menciptakan langit, bumi, dan seluruh isinya dengan
kekuasaanNya. Sifat qidam Allah SWT juga membuktikan bahawa Allah tidak diperanakkan
sebagaimana yang dinyatakan di dalam surah al-Ikhlas ayat 3. Sekiranya Allah SWT
diperanakkan, sesungguhnya ia menunjukkan bahawa Allah SWT memiliki permulaan akan
kewujudannya.

Perkara ini berbeza dengan penganut agama Kristian yang menyatakan bahawa Jesus
adalah anak kepada Tuhan. Dalam agama kristian, Jesus adalah merupakan anak kepada tuhan.
Jesus dilahirnkan oleh Maria dan ayahnya adalah Yusuf. Ini berdasarkan ayat di dalam Matius
1;23-1:25 ;

“1:23 sesungguhnya anak dara itu akan mengandung dan melahirkan seorang anak
laki-laki dan mereka akan menamakan dia Imanuel yang bererti : Allah menyertai kita.
1:24 Sesudah bangun dari tidurnya, Yusuf berbuat seperti yang diperintahkan malaikat
Tuhan itu kepadanya. Ia mengambil Maria sebagai isterinya, 1:25 tetapi tidak
bersetubuh dengan dia sampai ia melahirkan anaknya laki-laki dan Yusuf menamakan
dia Yesus”

Berdasarkan ayat di dalam Matius, ia jelas menyatakan bahawa Jesus dilahirkan oleh
Maria. Ia bertentangan sekali dengan sifat qidam Allah yang bereti tiada permulaan.
Kelahiran Jesus ini menunjukkan bahawa adanya permulaan bagi kewujudannya.

4.4 Qiyamuhu binafsih


Qiyamuhu binafsihi merupakan antara sifat 20 Allah SWT. Ia bererti berdiri Allah
dengan sendiri (bersendirian) tidak berkehendak kepada tempat berdiri (zat) dan tiada
berkehendak kepada yang menjadikan Dia. Antara lain ia menafikan Allah SWT
berkehendak kepada tempat berdiri dan kepada yang menjadikan Dia. Hal ini kerana Allah
SWT itu terkaya dan tiada berhajat kepada sesuatu sama ada perbuatanNya atau
hukumanNya. Perkara ini bersesuaian dengan ayat al-Quran;
“Sesungguhnya Allah benar-benar Maha Kaya (Tidak memerlukan sesuatu) dari
semesta alam”.

Surah al-Ankabut: 6

Sifat qiyamuhu binafsihi ini menafikan Allah SWT berkehendak kepada tempat berdiri
dan berkehendak kepada yang menjadikan Dia. Maksudnya, Allah SWT tidak memerlukan
tempat bergantung dan Allah tidak memerlukan kepada pencipta. Hal ini kerana Allah SWT
adalah Khaliq (yang mencipta) dan Allah SWT adalah tuhan yang Maha Qadim (tiada
permulaan). Mustahil juga bagi Allah SWT memerlukan sesuatu seperti dahaga, memerlukan
pertolongan dan apa-apa sahaja perkara kerana ia hanya membuktikan Allah SWT bersifat
lemah. Hal ini sangat bertentangan dengan sifat qiyamuhu binafsihi yang dimiliki oleh Allah
SWT.

Ini berbeza dengan sifat yang dimiliki oleh Jesus di mana ia mengharapkan pertolongan
semasa dia disalib. Perkara ini ada dinyatakan di dalam Markus 15:34 yang menunjukkan
bahawa jesus tidak berdaya dan memohon pertolongan;

Sekitar jam tiga petang, Yesus berseru dengan suara keras, “Eli, Eli, lama
sabakhtani?”yang kalau diterjemahkan bererti, “ Allahku, Allahku, kenapa Engkau
meninggalkan aku?”

Ayat diatas menunjukkan betapa lemahnya Jesus sehingga mempersoalkan kenapa


dirinya ditinggal tanpa bantuan dan pertolongan. Sifat ini sangat berbeza dengan sifat yang
dimiliki oleh Allah SWT di mana Allah SWT tidak bergantung kepada apa-apa kerana semua
kekuasaan itu adalah milik Allah SWT.

5.0 SIGNIFIKAN DAN RELEVENSI KITAB ‘AQĪDAH AL-NĀJĪN SEBAGAI


SILIBUS PENGAJIAN AKIDAH.
Kitab Jawi khususnya kitab ‘Aqīdah Al-Nājīn sememangnya sangat penting dan
signifikan dalam pengajian aqidah di Nusantara. Seperti yang kita ketahui, ilmu Tauhid amat
penting dalam pembinaan sebuah masyarakat yang beriman dan berpegang teguh dengan
akidah yang betul. Melalui penjelasan dan penerangan di dalam kitab ini, manusia dapat
memahami dan meyakini kewujudan Allah SWT, Tuhan yang Maha Esa.
5.1 Kerana Kitab Aqidah al-Najin adalah terjemahan terus dari kitab Umm al-
Barahin.
Seperti yang telah dinyatakan sendiri oleh Syeikh Zayn Al Abidin Al Fatani, kitab
Aqidah al-Najin tidak lain dan tidak bukan adalah hasil terjemahandan tafsiran daripada kitab
yang sangat berpengaruh isitu kitab Umm al-Barahin karya Imam Sanusi. Imam Sanusi adalah
seorang yang sangat terkenal dengan karya-karya akidah yang sangat bermutu terutama sekali
dalam bidang pengajian akidah.

Dengan adanya kitab Aqidah al-Najin karya Syeikh Zayn al-Abidin al-Fatani, ia sangat
membantu masyarakat Melayu di Nusantara khususnya untuk mendalami dengan lebih
terperincilagi mengenai ilmu tauhid hasil penulisan ulama’ulama’ besar dari Tanah Arab.

5.2 Sumber penulisan yang diyakini dan dipercayai.


Disebabkan kitab Aqidah al-Najin ini merupakan terjemahan daripada kitab Umm al-
Barahin, ia membuktikan bahawa hasil penulisan Syeikh Zayn al-Abidin ini adalah dari sumber
yang sangat kuat bagi digunakan untuk rujukan dan asas pembelajaran tauhid dan akidah.

Sesungguhnya agama Islam sendiri menggalakkan umat Islam untuk tidak belajar
dengan hanya bertaqlid tetapi mengkaji dan tahu apa yang dipelajari sebelum mengamalkan
sesuatu tanpa ilmu. Hal ini seiringan dengan tujuan Syeikh Zayn al-Abidin menulis kitab ini
iaitu untuk membanteras taqlid dan bid’ah dalam kalangan umat Islam. Dengan adanya sumber
yang kuat dalam pengajian akidah, ia dapat mengelakkan seorang muslim itu untuk
mengamalkan apa yang mereka tidak arif secara membuta tuli.

5.3 Mengandungi huraian yang terperinci tentang sifat-sifat Allah SWT.


Kitab Aqidah al-Najin merupakan karya yang memperincikan secara lebih lanjut dan
mendalam tentang sifat-sifat Allah SWT. Ia sangat penting dalam menanam asas tauhid dan
akidah yang kuat ke dalam diri seorang mukmin.
5.4 Sebagai asas dan permulaan bagi pembelajaran usuluddin.
Sebagai seorang muslim dan mukmin, kita wajib untuk mengenali Allah SWT dan sifat-
sfiat yang dimilikiNya. Sekiranya kita sendiri tidak mengenali pencipta kita, bagaimana untuk
kita untuk mendalami dengan lebih dalam lagi tentang pengajian usuluddin.

Dengan mengambil isi dan huraian dari kitab ini, ia dapat dijadikan sebagai asas dalam
pengajaran kerana kitab yang ditulis ini mengkategorikan sifat dua puluh Allah SWT dan
memudahkan lagi kita untuk mempelajari tentag sifat Allah SWT.

6.0 KESIMPULAN.
Kesimpulannya, karya Syeikh Zayn al-Abidin al-Fatani ini adalah hasil terjemahan
daripada kitab Umm al-Barahin karya Imam al-Sanusi dan diolah semula mengikut kefahaman
Syeikh Zayn al-Fatani sendiri. Kitab yang membincangkan tentang sifat 20 Allah SWT ini
mempunyai pengaruh yang sangat besar dalam pengajian akidah dan tauhid di Nusantara.
Setelah mengenali karya ini, kita dapat memahami dengan lebih jelas berkenaan sifat 20 Allah
SWT dan memantapkan lagi akidah dan keimanan kita kepada Allah SWT.
RUJUKAN
Faizuri Abd. Latif & Ahmad Faisal. (2014). Pemikiran Kesederhanaan Dalam Isu-Isu Akidah
Menurut Sheikh Zainal Abidin Al-Fatani. Kuala Lumpur: Universiti Malaya.

Wan Mohd Saghir Abdullah. (2005). Syeikh Ahmad al-Fatani Pemikir Agung Melayu dan
Islam. Jil. 1. Kuala Lumpur: Persatuan Pengkajian Khazanah Klasik Nusantara dan Khazanah
Fathaniyah.

Muhy al-Din Sabir et.al. (1988). Al-Mu’jam al-Arabi al-Asasi. Larus

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). (2010). Penjelasan ciri-ciri utama ajaran sesat.
Kuala Lumpur: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia.

Al-Jurjani. (1991). Kitab al-Ta’rifat, Dr. ‘Abd al-mun’im al-Hufni (tahqiq) Kaherah: Dar al-
Rasyad.

Ahmad Fathi al-Fatani. (2011). Sheikh abd al-qadir hj. Wangah (ayah dir sekam) tokoh ulama
usuluddin dari fathoni. https://ibadurrahman99.wordpress.com/2012/01/25/sheikh-abd-al-
qadir-hj-wangah-ayah-dir-sekam-tokoh-ulama-usuluddin-dar-fathoni/[18 Julai 2019].

M. Abdai Rathomy. (2003). Akidah Islam (Pola Hidup Manusia Beriman). Singapura: Pustaka
Nasional Pte Ltd Singapura.

Anda mungkin juga menyukai