Anda di halaman 1dari 8

RAMADHAN MEMBINA ROHANI DAN JASMANI

1. INTRO
2. DOA
3. KAITAN TAJUK
4. TAJUK
5. HURAIAN TAJUK
6. PENGAJARAN
7. KISAH TAULADAN
8. PENUTUP/KESIMPULAN

Diantara tujuan( Maqasid al-Syariah) disyariatkan puasa di dalam Islam ialah untuk menjadikan
orang yang berpuasa mempunyai sifat takwa. Takwa membawa maksud : "melaksanakan yang
diperintah Allah dan meninggalkan segala apa yang dilarang". Semua perintah Allah yang
disyariatkan pastinya mempunyai faedah dan manfaatnya, begitu juga dengan segala laranganNya
yang pasti ada kemudaratannya. Maka puasa juga memberikan faedah dan kesan yang sangat baik
kepada kita dari aspek kesihatan. Di antara hadis nabi s.a.w menyebut:

" Berpuasalah nescaya kamu akan sihat" (Hadis riwayat Ibnu Sunni dan Abu Naim dari Abu
Hurairah)

Apabila sesaorang itu berpuasa, sebenarnya amalan tersebut telah mendidik dan membantu perut
(sistem penghadaman) hanya menerima makanan dan minuman pada masa yang ditetapkan sahaja.
Sedangkan pada hari-hari biasa, seseorang itu sentiasa menikmati hidangan makanan tanpa mengira
masa dan jenis makanan dan yang dimakan. Ia menjadikan perut bekerja memperoses makanan
tanpa rehat.

Para penyelidik dan pakar ilmu perubatan juga mengakui bahawa puasa dapat membuang toksin
dari badan dan secara tidak langsung meningkatkan sistem imunisasi tubuh dalam melawan
penyakit.

Hadis di atas dapat difahami bahawa menjaga pemakanan adalah faktur yang berkait rapat dengan
kesihatan yang baik. Oleh yang demikian pakar-pakar pemakanan telah melakukan kajian tentang
persoalan tersebut lalu mengemukakan "Konsep pemakanan seimbang". Piramid makanan adalah
kaedah yang paling mudah untuk mengamalkan pemakanan yang sihat. Malangnya apabila manusia
tidak mempedulikan syor tersebut lalu menterbalikkan Piramid makanan, maka jadilah makanan
yang sepatutnya sedikit dimakan diambil dengan berlebihan dan yang perlu diambil dengan kadar
yang banyak lalu diambil dengan kuantiti yang sedikit akhirnya mengundang penyakit dan
kemudaratan. Benarlah firman Allah dalam al-Quran:

"Makan dan minumlah kamu dan jangan berlebih-lebihan. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada
orang-orang yang berlebih-lebihan" ( Surah al-A'raf:31)
Puasa sebenarnya dapat menghindarkan penyakit. Penyakit datang daripada perut iaitu makanan
yang dimakan. Nabi s.a.w telah menyebutkan:

"Perut itu adalah rumah penyakit dan banyak makan itu punca segala penyakit" ( Hadis riwayat
muslim)

Menurut ilmu biologi, ketika perut dan usus melakukan proses pencernaan, otak tidak dapat
berfungsi dengan baik. Ini kerana tenaga dan pengaliran darah tertumpu kepada kerja-kerja
penghadaman makanan. Sebab itulah apabila seseorang itu makan sehingga terlalu kenyang,
otak akan menjadi lemah untuk berfikir dan tubuh pun akan rasa mengantuk dan malas.

Ketika berpuasa, tenaga dan pengaliran darah tertumpu kepada otak. Ini menjadikan otak dapat
bekerja dengan lancar dan memberi peluang kepada diri kita untuk melaksanakan aktiviti-aktiviti
yang menggunakan mental dan fizikal yang berkesan.

Allah berfirman,

"Hai manusia, makanlah yang halal lagi baik dari apa yang terdapat di bumi dan janganlah kamu
mengikut langkah-langkah syaitan, kerana sesungguhnya syaitan adalah musuh yang nyata
bagimu." ( Surah al-Baqarah: 168).

Ayat ini merupakan suatu panduan dalam membina kekuatan jasmani, emosi dan rohani manusia
yang murni. Makanan halal lagi baik adalah menjadi asas dalam Islam yang bukan hanya semata-
mata menjaga kesihatan jasmani, tetapi juga kesihatan rohani (jiwa dan hati).

Islam juga telah meletakkan kebersihan dan kesempurnaan adab dan aturan pemakanan sebagai
satu prasyarat dimakbulnya doa oleh Allah. Mukmin yang sentiasa memenuhkan perutnya dengan
sumber makanan haram bukan saja dilarang Allah, tetapi segala munajat doanya tidak
diperkenankan Allah. Nabi s.a.w telah bersabda:

"Sesungguhnya Allah itu maha Baik, tidak menerima sesuatu kecuali yang baik. Dan Allah
memerintahkan kepada orang mukmin sebagaimana Dia memerintahkan kepada para rasul. Allah
SWT berfirma:"Hai para rasul, makanlah segala sesuatu yang baik dan kerjakanlah amalan yang
soleh"(Surah al-Mukminun :51).

Dia juga berfirman: "Hai orang yang beriman, makanlah apa-apa yang baik daripada yang telah
Kami rezekikan kepadamu" (Surah al-Baqarah:172). Kemudian Rasulullah SAW menceritakan perihal
seseorang yang menempuh perjalanan yang jauh, rambutnya kusut masai dan penuh debu.Dia
menadah kedua-dua tangan ke langit seraya berkata: "Wahai Tuhan! Wahai Tuhan! Sedangkan
makanannya haram, minumannya haram, pakaiannya haram dan perutnya dikenyangkan dengan
makanan yang haram, maka bagaimana akan diterima permohonannya (doanya)"(Hadis riwayat
Ahmad,Muslim dan Tarmizi)

Islam juga menekankan kepada gaya pemakanan yang bercorak sederhana dan tidak keterlaluan.
Menurut Imam Al-Ghazali terdapat enam sifat tercela yang berlaku akibat corak pemakanan yang
melampaui batas atau berlebihan-lebihan antaranya ialah timbul sikap malas untuk beribadah
kepada Allah dan akan menimbulkan banyak penyakit.
Ada orang yang beranggapan bahawa mengapa perlu risau dan takut kerana setiap penyakit yang
datang ada ubatnya sebangaimana Nabi SAW bersabda:

"Tiap-tiap penyakit itu (ada) ubatnya . Apabila menepati ubat itu akan penyakit tersebut, maka
sembuhlah dengan keizinan Allah" ( Hadis riwayat Muslim dan Ahmad)

" Tiadalah Allah menurunkan sesuatu penyakit melainkan Allah menurunkan (juga) baginya
penawar" (Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Ibnu Majah , Nasaie dan al-Hakim)

Memanag benar apa yang disabdakan oleh baginda Rasulullah SAW itu namun nabi juga
menasihatkan kita bahawa menjaga dan memelihara kesihatan itu lebih baik dari mengubati
penyakit. Dengan ertikata lain mencegah lebih baik dari merawat

PUASA ROHANI DAN JASMANI

Orang yang berpuasa bukan sahaja bepuasa zahir iaitu tidak makan, minum dan bersetubuh
daripada terbit fajar sehingga terbenam matahari, tetapi juga menahan segala perkara yang boleh
mengurangkan paahala puasa seperti mengumpat dan membuat kezaliman. Rosak sedikit sahaja niat
mengenainya, maka rosaklah puasa rohani.

Puasa jasmani terikat dengan masa dari terbit fajar sehingga terbenam matahari, sementara puasa
rohani pula berkekalan di dalam kehidupan sementara serta kehidupan abadi di akhirat. Inilah puasa
yang sebenar. Sekiranya kita hanya mengambil pengertian umum puasa itu, maka jadilah puasa itu
sebagai ‘adat’ yang perlu dilakukan setahun sekali.

Oleh itu, amalan berpuasa hendaklah sentiasa diseimbangkan antara puasa rohani dan jasmani. Nabi
s.a.w bersabda:

“Ramai orang yang berpuasa tidak mendapat apa-apa daripada puasanya kecuali lapar dan
dahaga”.

Oleh itu, walaupun setelah berbuka, tetapi puasa rohani akan berjalan terus walaupun matahari
sudah terbenam, walaupun mulut sudah merasakan makanan tetapi mulut yang sama dituntut
untuk terus menahan diri daripada mengeluarkan sesuatu yang bersalahan bahkan hendaklah
menjaga segala pancaindera dan pemikiran supaya bebas daripada kejahatan dan perkara yang
menyakitkan orang lain.
Puasa rohani dan jasmani adalah puasa yang sebenarnya yang akan memberi kesan positif pada
jasad kerana dapat meningkatkan kesihatan dan dalam masa yang sama dapat memberi input pada
roh dari segi ketakwaan. Ini kerana kejadian manusia secara fitrahnya terdiri daripada jasad dan roh
yang perlu ada keseimbangan antara satu sama lain.

Puasa merupakan benteng pertahanan dalaman yang dapat menolak segala arus-arus yang boleh
membawa kepada keburukan dan maksiat seperti penzinaan, mengumpat dan sebagainya. Justeru,
umat Islam dituntut memperbanyakkan membaca al-Quran, berzikir dan lain-lain yang boleh
mempertingkatkan keimanan seseorang.

Rasulullah s.a.w telah memberikan petunjuk kepada umatNya tentang 2 jenis puasa seperti dalam
sabda Baginda s.a.w:

َ ‫طار ِع ْن َِد فَ ْر َحةِ فَ ْر َحت َان ل ِْل‬


"ِ‫صائ ِِم‬ َ ‫"ربِ ِِه ِلقَاءِِ ِع ْن َِد فَ ْر َحةِ َِو ْال ِف‬
َ

“Bagi orang yang berpuasa mendapat 2 kegembiraan; pertama apabila ia berbuka dan kedua
apabila ia bertemu Tuhannya”.

Puasa yang pertama ialah puasa jasmani dimana setelah sehari suntuk menahan diri daripada segala
perkara yang membatalkan puasa maka tibalah masanya untuk berbuka yang digambarkan oleh Nabi
s.a.w sebagai suatu kegembiraan iaitu kegembiraan jasmani yang akan menyegarkan kembali tubuh
badan serta melunaskan kembali segala perkara yang tidak dapat dilakukan sewaktu puasa.

Manakala puasa kedua iaitu puasa rohani juga akan menikmati kegembiraannya apabila ia dapat
mengadap Penciptanya dengan menikmati kalimah syahadah untuk menundukkan hatinya pada
Allah, bersujud menundukkan seluruh anggota kepada Allah, menunaikan zakat untuk menundukkan
hartanya kepada Allah, gembira dengan ibadah puasa yang disempurna untuk menundukkan
nafsunya kepada Allah.

Amat berhargalah bagi orang yang mampu berpuasa rohani dan jasmani kerana ia dapat menikmati
2 jenis puasa yang merupakan puasa yang sebenarnya dengan menjauhkan diri daripada melakukan
sesuatu yang boleh mengundang kemurkaan Allah.

Sesungguhnya, tidak ada yang berharga untuk diingini, tiada yang dikasihi di dalam dunia ini dan di
akhirat, melainkan Allah S.W.T. Walau secebis zarah sahaja daripada sesuatu memasuki hati selain
kecintaan kepada Allah, maka batallah puasa rohani. Maka, seseorang perlu memperbaharuinya,
menghadapkan segala kehendak dan niat kembali kepada Allah S.W.T. Oleh kerana puasa itu begitu
besar falsafah ibadahnya maka layaklah hanya Allah sahaja yang akan menilai sendiri amalan kita.
Sesungguhnya Allah S.W.T telah berfirman di dalam hadis qudsi:

ِِ ‫"بِ ِِه أَجْ ِزي َوأَنَا لِي‬


"ِ‫الصـيَام‬

“Puasa adalah untuk-Ku dan hanya Aku yang membalasnya”.

Buat para daie di jalan Allah, sejarah sepanjang Ramadhan membuktikan umat Islam berada ditahap
kekuatan kerohanian tertinggi yang mampu diterjemahkan di dalam perjuangan mereka.Contohi
mereka.

IBADAH PUASA MEMBINA KETAHANAN JIWA

Berpuasa di bulan Ramadan bukanlah sekadar berlapar atau dahaga, malah mempunyai rahsia
dan nikmat lebih daripada itu. Dr Yusuf Qardhawi dalam kitabnya al-Ibadah Fil Islam
mengungkapkan ada lima rahsia utama puasa yang membolehkan kita merasakan kenikmatan
dalam ibadat ini.

1. Menguatkan Jiwa

Dalam hidup, kita mendapati ada manusia yang dikuasai hawa nafsu. Manusia seperti ini,
menuruti apa yang menjadi keinginannya, meskipun ia sesuatu yang batil serta mengganggu
dan merugikan orang lain.

Oleh itu, dalam Islam ada perintah untuk memerangi hawa nafsu dengan maksud berusaha
untuk menguasainya, bukan membunuh nafsu yang membuat kita tidak mempunyai
keinginan terhadap sesuatu bersifat duniawi. Sekiranya dalam peperangan ini (hawa nafsu)
manusia mengalami kekalahan, malapetaka besar akan berlaku. Ini kerana manusia yang
kalah itu akan mengalihkan pengabadiannya daripada Allah kepada hawa nafsu yang
cenderung mengarahkan manusia pada kesesatan.
Allah SWT memerintahkan kita memerhatikan masalah ini dalam firman-Nya bermaksud :

“Maka pernahkah kamu melihat orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai
Tuhannya dan Allah membiarkannya sesat berdasarkan ilmu-Nya.” (Surah al-
Jaathiyah, ayat 23)

Dengan puasa, manusia akan berjaya menguasai nafsunya yang membuat jiwanya menjadi
kuat. Dengannya manusia memperoleh darjat tinggi serta menjadikannya mampu mengetuk
dan membuka pintu langit hingga segala doanya dimakbulkan Allah SWT.

Rasulullah SAW bersabda, ertinya :

“Ada tiga golongan orang yang tidak ditolak doa mereka: Orang yang berpuasa hingga
berbuka, pemimpin yang adil, dan doa orang yang dizalimi.” (Hadis riwayat Tirmidzi).

2. Mendidik Keinginan Ke Arah Kebaikan.

Puasa mendidik seseorang untuk memiliki keinginan kepada kebaikan, meskipun menghadapi
pelbagai rintangan. Puasa yang dikerjakan secara terbaik akan membuatkan seseorang itu
terus mempertahankan keinginannya yang baik.

Rasulullah SAW menyatakan bahawa puasa itu setengah daripada kesabaran. Rasulullah
SAW bersabda, maksudnya:

“Puasa itu sebagai benteng (daripada serangan keburukan).”

Dalam kaitan ini, puasa akan menjadikan rohani seorang Muslim semakin ampuh. Kekuatan
rohani unggul ini akan membuatkan seseorang itu tidak akan lupa diri meskipun sudah
mencapai kejayaan atau kenikmatan duniawi. Kekuatan rohani juga akan membuat seorang
Muslim tidak akan berputus asa meskipun penderitaan yang dialami sangat sulit.

3. Menyihatkan Badan

Di samping kesihatan dan kekuatan rohani, puasa memberikan pengaruh positif berupa
kesihatan jasmani (tubuh dan anggota badan). Hal ini tidak hanya dinyatakan oleh Rasulullah
SAW, malah dibuktikan oleh doktor atau ahli perubatan.

4. Mengenal Nilai Kenikmatan Dan Bersyukur


Dalam hidup ini, sebenarnya terlalu banyak kenikmatan diberikan oleh Allah SWT kepada
manusia, tetapi ramai yang tidak mensyukurinya. Dapat satu tidak terasa nikmat kerana
menginginkan dua. Dapat dua tidak terasa nikmat kerana menginginkan tiga dan begitulah
seterusnya.

Maka, dengan puasa manusia bukan hanya disuruh memperhatikan dan merenungi
kenikmatan yang diperoleh, malah diminta merenung nikmat Allah SWT kepada kita.

Di sinilah, pentingnya puasa bagi mendidik untuk menyedari betapa tingginya nilai
kenikmatan yang Allah SWT berikan supaya kita menjadi orang yang pandai bersyukur dan
tidak mengecilkan erti kenikmatan daripada Allah SWT. Rasa syukur memang akan membuat
nikmat itu bertambah banyak, baik dari segi jumlah atau paling tidak dari segi rasanya.

Allah SWT berfirman bermaksud :

“Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu,
dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih.”
(Surah Ibrahim, ayat 7).

5. Mengingati Dan Merasakan Penderitaan Orang Lain

Berlapar dan dahaga memberikan pengalaman bagaimana beratnya penderitaan yang


dirasakan orang lain. Pengalaman berlapar dan haus itu akan segera berakhir hanya dengan
beberapa jam (lebih kurang 12 atau 13 jam), sementara penderitaan orang lain entah bila
berakhir. Dari sini puasa akan melahir dan memantapkan rasa simpati kita kepada kaum
Muslimin lainnya yang hidup dalam kemiskinan dan menderita.

Oleh kerana itu, sebagai simbol dari rasa simpati itu, sebelum Ramadan berakhir, kita
diwajibkan untuk menunaikan zakat (fitrah). Ini supaya dengan itu setahap demi setahap kita
mampu mengatasi persoalan umat yang menderita. Bahkan, zakat tidak hanya bagi
kepentingan orang miskin dan menderita, malah menghilangkan kekotoran jiwa berkaitan
harta seperti gila harta dan kikir.

Allah SWT berfirman bermaksud :

“Ambillah zakat daripada sebahagian harta mereka, dengan zakat itu kamu
membersih dan menyucikan mereka dan berdoalah untuk mereka. Sesungguhnya doa
kamu itu (menjadi) ketenteraman jiwa bagi mereka. Dan Allah Maha Mendengar lagi
Maha Mengetahui.” (Surah at Taubah, ayat 103)
Wasallam..Jazakallah khairan.

5 perkara mematikan dan 5 perkara menghidupkan

Mematikan –

1. Dunia ini mematikan/jgn jdi dunia itu ssebgai target kita VS zuhud( apa yg kamu buat Allah
suka)eg duit banyak .jln tunduk bukan bermakna zuhud tp jga penglihatan maksiat/ keta
BMW tp pergi masjid dan Allah suka/beli baju mahal tp tutup aurat Allah suka, jubah
pereuan tp fit Nampak bentuk../ beli rumah mahal jadikan untuk buat kuliah tiap bulan,
megaji.. dapat rahmat..
Dunia jgn x cari, cari… duit..bnyk amal boleh buat, sedakah utk memanjangkan amalan kita
2. Harta mematikan kita tapi sedakah dan zakat menghidupkan kita.
EG: rumah/keta/keluarga/bini semuanya tinggalkan kita
Kisah org mati serangan jantung
Sedekah /zakat menghidupkan kita..

3. Ucapan mematikan tapi zikrullah menghidupkan kita


EG: afdalu zikri Lailahaillah
Tawaf -,
Sembahyang itu zikrullah

4. Umur mematikan tapi taat menghidupkan

Anda mungkin juga menyukai