Anda di halaman 1dari 7

ABSTRAK

Hadith adalah sumber kedua dalam Islam. Pengajian ilmu hadith meliputi dua perkara asas
iaitu sanad dan matan. Sanad merupakan susunan perawi hadith yang sangat penting dalam
menentukan kesahihan sesebuah hadith. Para perawi hadith sangat tekun dalam
meriwayatkan hadith. Kajian ini mengupas factor-faktor yang menyebabkan para ulama’
hadith tidak menulis sanad yang panjang dalam mengemukakakan hadith. Kajian ini memberi
fokus kepada kajian kepustakaan dan dokumentasi.

1.0 PENGENALAN :

Hadith adalah sumber hukum kedua selepas Al-Quran. Oleh itu, Hadith sangat penting dalam
kehidupan yang menjadi pelengkap kepada kehidupan seseorang. Sesiapa yang berpegang
kepada Al-Quran dan As-Sunnah Nabi maka ia tidak akan tersesat kelak. Penerimaan
masyarakat dalam ilmu hadith juga semakin positif dengan pendedahan-pendedahan yang
dipaparkan media samada media social, ceramah-ceramah atau kuliah-kuliah agama.
Perkongsian ini sedikit sebanyak memberi nilai tambah kepada masyarakat dalam memahami
ilmu hadith dan isi yang terkandung di dalam sesebuah hadith.

Penulis berasa beruntung dan bertuah kerana hasil usaha ulama’ terdahulu dalam menerima
hadith secara langsung dari Rasulullah sallallahu alaihi wasallam ataupun tidak secara
langsung, mereka menghafaz, menyimpan dan membukukan hadith-hadith tersebut hingga
dapat dijadikn panduan kepada semua umat Islam pada hari ini. Penulis sedar usaha ini
mengambil masa yang panjang dan memerlukan kesabaran yang tinggi tetapi cinta mereka
kepada Rasulullah mengatasi segalanya dan atas dasar tanggungjawab itu mereka memelihara
kesucian hadith-hadith tersebut.

PENGERTIAN :
Bahagian Sunnah :
As-Sunnah yang dimaksudkan ialah hadith atau perkhabaran (matan) yang dipindahkan
daripada Rasulullah s.a.w melalui jalan-jalan (rantaian perawi) yang dipanggil as-sanad atau
al-isnad. (Rohaizan Baru Md. Zain, 1999)
Sanad:
Perkataan sanad atau al-sanad menurut bahasa berasal dari kata sana, yasnudu yang bererti
muktamad adalah sandaran atau sesuatu yang dijadikan sandaran atau tempat berpegang yang
dipercaya atau yang sah. Dikatakan demikian kerana hadith bersandar kepada sanad dan
dipegang atas kebenarannya. ( Utang Ranuwijaya 1996 )

Ada juga yang mengatakan sanad ialah :


‫سلسلة الرجال الموصلة للمتن‬
“Silsilah orang-orang yang menghubungkan kepada matan hadit” (Jalaluddin Abdul Rahman
Ibn Abi Bakar as- Suyuthi -1998)

Contoh :
‫بن أَيِب ُس ْفيَان َع ْن ِع ْك ِر َمةَ ب ِن َخالِ ٍد َع ِن ابْ ِن عُ َمَر َر ِض َي اهللُ َعْن ُه َما‬ ‫ ح َّدثَنَا عُبْي ُد اهلل بْن موسى قَ َال أ ْ رِب‬: ‫قَ َال الْب َخا ِري‬
ُ ُ‫َخ ْ نَا َخْنظَلَة‬ َ ُُ َ َ ُ
: ‫صلَى اهلل َعلَْي ِه َو َسلَّم‬ ِ ُ ‫ قَ َال رس‬: ‫قَ َال‬
َ ‫ول اهلل‬ َُ
ِ َّ ‫الصالَِة وإِيت ِاء‬ ِ ‫ول‬ َّ ‫ َوأ‬، ‫س َش َه َاد ِة أَالَّ إِلَهَ إِالَّ اهلل‬
." ‫ضا َن‬
َ ‫وم َر َم‬
َ ‫ص‬َ ‫الز َكاة َواحلَ َّج َو‬ َ َ َّ ‫اهلل َوإِقَ ِام‬ ُ ‫َن حُمَ َّم ًدا َر ُس‬ ٍ ْ‫" بُيِن ا ِإل ْسالَ ُم َعلَى مَخ‬
َ
As-sanad : (pertalian perawi) “ Daripada al-Bukhari daripada “ Ubaidullah bin Musa
daripada Hanzolah bin Abi Sufian daripada ‘ Ikrimah bin khalid daripada Umar daripada
Rasulullah s.a.w. ”

Matan : (susunan kata-kata hadith) ialah perkataan : sabda Rasulullah s.a.w. : “ Islam itu
didirikan dengan lima perkara, dua kalimah syahadah, sembahyang, zakat, puasa, dan haji.

Dua unsur penting dalam sesebuah hadith ialah matan atau nas kata-kata dan sanad iaitu
rantaian perawi yang meriwayatkan sesebuah matan itu. Keduanya berkaitan dalam
menentukan sahih atau dhaifnya sesebuah hadith itu.
Dalam menentukan kesahihan sesebuah hadith segalanya tentang sanad perlu dikaji samada
ia bersambung, terputus, tahap thiqah seseorang perawi, ingatan dan hafalannya, fasiq atau
marfu’ ( sampai kepada Rasulullah ) atau mauquf (berhenti kepada kata-kata sahabat), ada
kecacatan atau ada ‘illah (penyakit-penyakit) yang tersembunyi dari pandangan zahir yang
menyebabkan kecacatan kesahihannya.
Kesemua ini adalah cara atau kaedah yang digunakan oleh para ulama’ hadith dalam
menentukan kesahihan sesebuah hadith samada boleh diterima ataupun tidak. Ianya sangat
penting untuk menilai dan mengkaji tahap kesahihan hadith dan memelihara hadith-hadith
nabawi ini daripada bercampur, bertukar atau diganti. Ilmu yang digunakan ini dinamakan
Mustalah Hadith.

2.0 METODOLOGI PENYELIDIKAN


Melalui metodologi penyelidikan , penulis dapat menjalankan kajian dengan mudah untuk
mendapatkan data dan maklumat penting dengan lebih terperinci. Dalam kajian ini
penulis telah menggunakan metode-metode seperti berikut :

1. Metode Penentuan Subjek


Penulis menggunakan metode ini untuk menyenaraikan faktor-faktor yang
menyebabkan ulama’ hadith tidak menyenaraikan sanad yang panjang dalam
penulisan hadith. Melalui faktor-faktor ini penulis berpeluang mengetahui apakah
sebabnya sebahagian ulama’ tidak menulis sanad yang panjang ketika mengemukakan
hadith.

2. Metode Pengumpulan Data


Bagi memahami maksud sebenar sanad dan bezanya dengan matan seterusnya sebab
ulama’ tidak menulis sanad yang panjang dalam penulisan hadith penulis telah
mendapatkan maklumat dan bahan rujukan yang terdapat di perpustakaan. Penulis
telah merujuk beberapa kitab yang berkaitan dan juga beberapa artikel yang
berkenaan. Seterusnya penulis memilih metode kajian kepustakaan dan dokumentasi.

- Metode Kepustakaan :
Melalui metode ini penulis telah mendapatkan maklumat dan bahan rujukan daripada
Perpustakaan Tun Seri Lanang Universiti Kebangsaan Malaysia.

- Metode Dokumentasi
Penulis telah mengumpul maklumat dan rujukan yang berkaitan dengan kajian ini
seperti artikel,jurnal dan latihan ilmiah sebagai bahan bacaan untuk meningkatkan
pemahaman dalam mencari faktor-faktor yang dimaksudkan.
3.0 OBJEKTIF
Di sini penulis dapat menyenaraikan beberapa objektif yang dapat diambil daripada
kajian ini iaitu:
1. Mengenalpasti maksud sanad dan matan
2. Mengetahui kepentingan sanad dalam ilmu hadith
3. Menyenaraikan beberapa faktor yang menyebabkan sanad tidak ditulis secara panjang
Mengikuti era kegemilangan dan usaha dalam pengumpulan hadith dengan
mengenalpasti rijal atau periwayat-periwayat yang bertannggungjawab meriwayatkan
hadith. Rangkaian rijal atau tokoh periwayat itu perlu dikenalpasti satu persatu bagi
memastikan hadith yang diambil hanyalah dari sumber-sumber yang benar dan amat
diyakini.

4.0 DAPATAN DAN PERBINCANGAN


Salah satu keistimewaan atau keunikan hadith dalam dokumen sejarahnya, ialah
tertulisnya perihal orang-orang yang menerima dan meriwayatkan hadith-hadith tersebut,
yang disebut sebagai sanad. Dengan ketelitian, semangat kerja yang tinggi dan cintakan
ilmu khususnya para penulis kitab hadith, sanad hadith satu persatu terdokumentasikan
secara berturutan.

Sanad hadith dilihat dari sudut rangkaian atau silsilahnya terbahagi kepada beberapa
thabaqah atau tingkatan. Tingkatan-tingkatan tersebut menunjukkan turutan generasi
zaman berzaman yang bertautan atau bersambung antara satu dengan yang lain.

Hasil kajian yang penulis dapati ialah antara beberapa sebab ulama’ tidak menulis sanad
yang panjang apabila menulis hadith ialah sebahagian ulama’ ingin memendekkan
penulisan sanad pada penulisan mereka. Hal ini bertujuan ulama’ ingin memudahkan
umat Islam yang lain dapat lebih memahami hadith tersebut. Metode ini dapat dilihat
dalam kitab Al-Mafakhir adalah model penyebutan sanad dalam kitab tersebut tidak
dalam cara menyebutkan nama-nama perawi satu persatu dari ke tujuh belas guru Syaikh
Abd al-Hamid hingga Rasulullah s.a.w. atau hingga penyusun kitab tertentu. Melainkan
Syaikh Abd al-Hamid menyebutkan sanad dari guru yang ditemuinya hingga sampai
kepada penyusun kitab al-Sabat tertentu sahaja. Cara seperti ini tentunya lebih ringkas
daripada dengan menyebut seluruh jalur sanad dari hujung ke hujung. Antara sebab lain
pula ialah ulama’ hadith mempunyai lebih fokus dalam penyampaian matan hadith yang
merupakan isi pokok dalam memahami sabda dan kata-kata Rasulullah s.a.w
.
Faktor lain yang dapat penulis kenalpasti ialah hadith yang diriwayatkan bukanlah terdiri
dari kategori hadis mutawatir yang memerlukan periwayat yang ramai. Ada di antara
hadith terdiri daripada hadith ahad yang menunjukkan sedikitnya perawi yang berada
pada tiap-tiap thabaqah seperti hadith masyhur, hadith aziz dan hadith gharib. Hadith
mutawatir adalah hadith yang diriwayatkan oleh sekelompok ramai perawi dari setiap
thabaqah. Para ulama’ berbeza pendapat mengenai jumlah sanad minimum hadith
mutawatir ( sebahagian menetapkan 20 dan 40 orang pada setiap lapisan sanad).
( Syuhudi Ismail – 1995 )

Ada di kalangan sahabat tidak memasukkan sanad adalah kerana nilai kepercayaan dan
keyakinan yang tinggi antara sesama mereka dalam meriwayatkan hadith. Dalam
menangani masalah pemalsuan hadith para sahabat sering menanyakan dan mencari isnad
dari perawi hadith. Mereka gigih memelihara hadith dan bersikap tegas serta
mengharuskan adanya isnad dalam hadith kerana hadith berkait dengan nasab (keturunan)
seseorang. Tetapi selepas berlakunya pemberontakan terhadap Saidina Uthman bin Affan
para sahabat dan tabiin sudah mula tidak mengisnadkan hadith-hadith. Sebahagian
mereka ada yang memasukkan isnad dan ada juga yang tidak. Hal ini menyebabkan
beberapa ulama’ tidak menulis sanad yang panjang dalam penulisan hadith mereka.

Selain itu juga, ulama’ dari kalangan tabiin yang memursalkan hadith (tidak menyebut
sahabat sebagai sumber riwayat) adalah orang-orang yang berilmu dan mengetahui sanad.
Mereka tidak menyebutkan sanad dengan maksud yang panjang atau jauh dengan
Rasulullah s.a.w yang menyebabkan mereka memendekkan sanad dan mengelak dari
terlalu panjang.

Satu lagi faktor yang boleh dijadikan hujah ialah terdapat para muhaddith jadian yang
tidak mahu meriwayatkan sanad-sanad yang dianggapi oleh mereka penuh dengan
perawi-perawi bid’ah atau dhaif. Ada yang memilih beberapa perawi sahaja yang
dimasukkan dalam sanad mereka dan menganggap sanad bukan lagi sebagai tabarruk
tetapi hanya sebagai kenangan (zikra) semata. Maka ramailah mereka yang bergurukan
kitab-kitab sahaja bukan lagi guru-guru dan pengriwayatan sejak sekian lama telah
digunapakai.

5.0 KESIMPULAN

Di sini dapatlah penulis menyimpulkan bahawa sanad bererti rantaian senarai perawi
hadith yang berturutan dan bersambung hingga kepada Rasulullah.s.a.w.. Manakala
matan pula ialah susunan kata-kata sabda Rasulullah s.a.w.. Sanad sangat penting dalam
menentukan status sesebuah hadith.

Antara factor-faktor ulama’ tidak menulis sanad yang panjang dalam penulisan hadith
mereka ialah ulama’ ingin memendek atau meringkaskan sanad dengan tujuan ingin
memberi lebih kefahaman kepada umat Islam dan memberi fokus kepada penyampaian
matan hadith. Selainnya ialah sesebuah hadith yang diriwayatkan bukan terdiri daripada
hadith mutawatir yang mempunyai perawi yang ramai pada tiap thabaqah. Hadith itu
sama ada hadith ahad iaitu terdiri daripada hadith hasan, hadith ‘aziz mahupun hadith
gharib.

Begitulah beberapa faktor yang dapat penulis simpulkan sebagai sebab ulama’ tidak
menulis sanad yang panjang dalam mengemukakan hadith.

RUJUKAN
1. BAGAIMANA MELETAKKAN HUKUM HADITH – Rohaizan Baru Md. Zain –
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia- 1999
2. SEJARAH PERKEMBANGAN HADITH – Rosli bin Mokhtar dan Mohd Fikri Che’
Hussain- Jahabersa – 2008
3. http://sawanih/Blogspot.com
4. FUNGSI SANAD DALAM DOKUMENTASI HADITH –
http://shoddloth2005.wordpress.com
5. PENULISAN KITAB AL-SABAT DALAM KAJIAN HADITH DI NUSANTARA –
Arif Chasanul Muna
6. http://www.academia.edu – CONTOH SANAD DAN MATAN

Anda mungkin juga menyukai