Anda di halaman 1dari 5

NAMA: FATIN SYAZWANI BINTI SABRI

KELAS: PENDIDIKAN ISLAM 1 SEMESTER 4 AMBILAN JUN 2018


SUBJEK: PENGAJIAN FIQH (PIMK 3083)

ASSIGNMENT ONLINE

Soalan pertama:
Mazhab Shafie dan Mazhab Hanafi mempunyai metodologi yang berbeza dalam
pembahagian hukum taklifi ke atas setiap orang mukalaf (baligh). Bandingbezakan tentang
pembahagian hukum taklifi antara Mazhab Shafie dengan Mazhab Hanafi berserta dengan
contoh.
Jawapan :
Menurut, hukum taklifi adalah perbuatan yang dituntut oleh Allah SWT ke atas mukallaf
supaya melakukan atau meninggalkan sesuatu perbuatan atau memilih sama ada
melakukan atau tidak perbuatan tersebut.

Syafie Mazhab Hanafi

Pembahagian hukum taklifi: Persamaan Pembahagian hukum taklifi:


1. harus 1. harus
2. sunat 2. sunat
3. haram 3. haram
Pembahagian hukum taklifi: Perbezaan Pembahagian hukum taklifi:
1. wajib 1. wajib
2. makruh 2. fardhu
3. makruh tanzih
4. makruh tahrim

Perbezaan pendapat antara Mazhab Syafie dan Mazhab Hanafi terhadap hukum:

1. wajib dan fardhu

Perbezaan di antara dua pendapat ini adalah berkait rapat dengan perbezaan dalam
memahami makna lughawi (bahasa) bagi istilah wajib dan fardhu. Fardhu dari segi bahasa ialah

putus (‫)القطع‬, memberi kesan(‫)الت أثري‬ atau ukuran (‫)التق دير‬. Manakala wajib pula bermakna

gugur(‫ )السقوط‬dan pensabitan (‫ )الثبوت‬.


Imam Hanafi berpendapat bahawa pengertian fardhu dan wajib adalah tidak sama menurut
syarak walaupun pengertian kedua-dua hukum dari segi bahasa adalah sama. Menurut mazhab
Hanafi, fardhu adalah perintah yang berdasarkan kepada dalil Qat’i (pasti) yang tidak ada
kebimbangan lagi sementara wajib pula adalah perintah yang berdasarkan kepada dalil Zhanni
yang masih ada keraguan. Manakala menurut jumhur ulama’ termasuk Imam Syafie
berpendapat fardhu dan wajib mengandungi makna yang sama. Perbuatan yang dituntut oleh
Allah dengan tuntutan yang pasti dan mesti adalah wajib sama ada ia disabitkan dengan dalil
qat’i atau zhanni (Abd al-Ra’uf Mufdi Kharabisah 2005:176).

Hujah yang digunakan oleh jumhur ulama termasuk Imam Syafie ialah jika fardhu didefinisikan
sebagai pensabitan melalui jalan yang putus, maka takrif itu juga termasuk dalam perkara yang
sunat kerana sunat juga disabitkan dengan jalan yang putus.

Namun begitu, Imam Hanafi membidas pernyataan tersebut kerana menurut beliau, fardhu
mesti mengandungi dua syarat iaitu ia mesti mengandungi makna wajib dan pensabitannya
dengan dalil yang qat’i. Kedua-dua syarat ini tidak boleh dipisahkan. Walaupun sunat
disabitkan dengan dalil yang putus juga tetapi ia tidak mengandungi makna wajib. Oleh itu,
takrif sunat tidak boleh diertikan sebagai fardhu.

Imam Syafie dan jumhur ulama bersetuju dengan kedua-dua syarat tersebut namun menurut
mereka, jika ia mengandungi makna wajib, maka pensabitannya boleh disabitkan dengan dalil
qat’i dan juga dalil zhanni. Oleh itu, fardhu dan wajib tiada perbezaan kerana untuk
mensabitkan ia fardhu ia mesti mengandungi makna wajib. Jadi tiada perbezaan di antara
keduanya.

Selain itu, Imam Syafie dan jumhur ulama juga telah mengkhususkan fardhu itu melalui
pensabitan dengan cara yang qat’i tanpa ada dalil daripada syarak dari sudut bahasa dan
syarak maka ia terbatal.

Hujah ini telah dibidas oleh Imam Hanafi kerana mereka mendakwa bahawa ahli bahasa telah
membezakan bahawa fardhu membawa makna kesan manakala wajib pula bermakna gugur. Di
sini, mereka lebih cenderung untuk mengutamakan fardhu (kesan) dengan jalan yang qat’i.

Jumhur ulama menjawab semula bidasan Imam Hanafi dengan sebab yang menunjukkan
kepada wajib dan kekuatan sebahagian ke atas sebahagian yang lain tidak menyebabkan
perbezaan kepada kedua-dua perkara tersebut. Ini adalah kerana, walaupun perkara yang
sunat disabitkan dengan hadis ahad atau mutawatir, ia tetap dinamakan sebagai sunat. Oleh
itu, walaupun terdapat perbezaan di antara pensabitan dalil bagi fardhu dan wajib, ia tidak
mempunyai tuntutan secara pasti.

Di samping itu, menurut Imam Sayfie dan jumhur ulama, wajib itu pelaku iaitu sesiapa yang
melakukannya akan mendapat pahala, manakala yang meninggalkannya mendapat dosa.
Perkara ini turut digunakan kepada istilah fardhu juga , maka kedua-duanya memberi makna
yang sama serta tidak ada perbezaan baginya.

Dalam persoalan ini, mazhab Hanafi membidas pendapat jumhur yang menurut mereka “kami
bersepakat bahawa fardhu itu adalah sama dari segi memperoleh pahala dan dosa” tetapi ia
berbeza keduanya dari segi bentuk yang lain iaitu dari segi pensabitannya sama ada dengan
jalan qat’i atau zhanni.

Perbezaan penggunaan istilah fardhu dan wajib dari segi lafaz dan makna dapat dilihat pada
contoh yang berikut:

1. Di dalam pensabitan fardhu, Mazhab Hanafi merujuk kepada orang yang mengingkari fardhu
akan menyebabkan seseorang itu menjadi kafir. Manakala orang yang mengingkari wajib tidak
akan menyebabkan seseorang itu menjadi kafir. Sebagai contoh, orang yang ingkar pada solat
fardhu dan zakat tergolong sebagai kufur kerana ingkar terhadap perintah yang telah ditetapkan
oleh Allah berdasarkan dalil qat’i yang sama sekali tidak diragukan. Sedangkan orang yang
mengingkari perintah-perintah wajib berdasarkan dalil zhanni yang masih diragukan, dikira
sebagai tidak kufur.

2. Sementara itu, di dalam fiqh pula Imam Hanafi telah berselisihan pendapat dengan Imam
Syafie tentang pambacaan ayat al-Fatihah. Menurut mazhab Syafie, membaca surah al-fatihah
dalam solat hukumnya adalah fardhu, maka orang yang tidak membaca al-Fatihah, solatnya
adalah tidak sah. Sebaliknya, Mazhab Hanafi berpendapat bahawa hukum tidak membaca
surah al-Fatihah di dalam solat adalah sah kerana hukumnya adalah wajib dan disandarkan
kepada dalil zhanni iaitu sabda Rasulullah SAW:

ِ َ‫الَ صالََة لِمن مَل ي ْقرأْ بَِفتِح ِة الْ ِكت‬


‫اب‬ َ ََْ َْ َ
Maksudnya: Tidak solat seseorang yang tidak membaca kitab al-Fatihah.

Di samping itu, para ulama Hanafi juga menyatakan bahawa kalimah ‫صالَ َة‬
َ َ‫ ال‬di dalam hadis
tersebut membawa makna “tidak sempurna solat” dan bukan membawa maksud “tidak sah
solat” seperti yang di fahami oleh Imam Syafie dan jumhur ulama.
Namun begitu, perbezaan di antara Mazhab Hanafi dan Imam Syafie serta jumhur ulama yang
lain hanyalah pada lafaz dan bukan pada makna. Kedua-dua mazhab ini bersetuju pada makna
fardhu dan wajib tetapi hanya berselisih pendapat dalam lafaz, ungkapan dan istilah sahaja.

2. Makruh

Menurut jumhur ulama termasuk Imam Syafie mendefinisikan makruh sebagai suatu larangan
syarak terhadap sesuatu perbuatan, tetapi larangan tersebut bersifat tidak pasti, disebabkan
tiada dalil yang menunjukkan haramnya perbuatan tersebut.

Manakala Mazhab Hanafi pula mendefinisikan makruh sebagai larangan Allah yang
berdasarkan kepada dalil zhanni iaitu masih ada keraguan haram. Imam Hanafi telah
membahagikan makruh kepada dua bahagian iaitu makruh tahrim dan makruh tanzih.

Makruh tahrim ialah larangan yang pasti berdasarkan dalil zhanni yang masih mengandungi
keraguan. Contohnya ialah memakai sutera, cincin dari emas dan perak bagi lelaki serta
berpoligami bagi orang yang khuatir tidak dapat berlaku adil. Makruh tahrim merupakan lawan
kepada hukum wajib. Manakala makruh tanzih pula ialah perbuatan khilaful aula iaitu sebuah
perbuatan yang menyalahi yang utama atau afdhal seperti memulakan sesuatu dengan anggota
kiri atau minum sambil berdiri.

Menurut Mazhab Syafie, pelaku makruh tidaklah tercela tetapi orang yang meninggalkan
perbuatan makruh adalah terpuji.Manakala Mazhab Hanafi pula berpendapat bahawa pelaku
makruh tahrim adalah golongan tercela tetapi pelaku makruh tanzih adalah tidak tercela dan
orang yang meninggalkan kedua-dua makruh tersebut adalah terpuji.

Persamaan pendapat antara Mazhab Syafie dan Mazhab Hanafi terhadap hukum:

1. Harus

Harus bermaksud perbuatan yang boleh dilakukan dan ditinggalkan. Imam As-Syaukani
mendefinisikan harus sebagai suatu perbuatan yang dilakukan atau ditinggalkan sama-sama
tidak memperoleh pujian. Dalam erti kata lain, seseorang itu tidak berdosa jika melakukan atau
meninggalkan perbuatan tersebut. Contohnya seperti makan, minum dan sebagainya.

2. Sunat
Sunat ialah perbuatan yang dianjurkan oleh Allah untuk dikerjakan. Sunat merupakan suatu
perintah yang apabila dilakukan akan mendapat pahala dan apabila ditinggalkan tidak berdosa.
Contohnya seperti puasa sunat pada hari isnin dan khamis dan solat sunat rawatib.

3. Haram

Haram ialah perbuatan yang apabila dilakukan berdosa dan apabila ditinggalkan mendapat
pahala. Haram merupakan larangan Allah yang pasti terhadap sesuatu perbuatan sama ada
berdasarkan dalil qat’i atau zhanni. Menurut Mazhab Hanafi, hukum haram adalah berdasarkan
kepada dalil qat’i yang tidak dapat diragukan lagi. Manakala hukum haram yang berdasarkan
dalil zhanni disebut sebagai makruh tahrim. Contoh perbuatan yang jelas haram adalah seperti
memakan bangkai, berzina, minum minuman keras dan membunuh orang tanpa hak.

Anda mungkin juga menyukai