Anda di halaman 1dari 3

Kaedah al-Baghdadi

Kaedah al-Baghdadi merupakan kaedah yang tertua.

Namun demikian, tidak dapat diketahui siapakah pengasas kaedah ini yang sebenarnya. Ini berdasarkan
keengganan pengarangnya untuk memperkenalkan dirinya kepada masyarakat seperti yang lazimnya
dilakukan oleh ramai pengarang pada zaman dahulu.

Secara amnya, kaedah al-Baghdadi menggunakan pendekatan mengeja dan membunyikan ejaan.

Melalui kaedah ini huruf Hija'iyyah terlebih dahulu diperkenalkan dengan cara menyebut nama huruf
dari Alif hingga Ya' secara latih tubi sehingga murid menghafaznya.

Contoh: Latih tubi

Selepas beberapa minit berbincang dengan pelajar tentang cara-cara bacaan yang betul
guru kemudian membahagikan pelajar kepada beberapa kumpulan untuk latih tubi. Tiap-tiap
kumpulan harus ada seorang naqib ketua. Yang menjadi naqib ini haruslah pelajar yang lebih
baik bacaannya daripada orang lain. Hadkan tempat atau ayat yang hendak dibaca oleh tiap-tiap
kumpulan. Hj. Ahmad (1991) mencadangkan supaya ayat-ayat yang dibaca oleh setiap kumpulan
itu berlainan antara satu sama lain, tetapi ia bersambung antara kumpulan 1, 2, 3 dan
seterusnya. Guru tumpukan kepada kumpulan yang lemah di samping itu ia juga mengawasi
semua kumpulan lain. Dengan cara ini ramai pelajar yang berpeluang membaca Al-Quran dan
dalam masa yang sama juga menjadi latihan kemahiran mendengar dan membaca serta latihan
kepimpinan.

Kemudian, murid diajar mengeja huruf tunggal berbaris di atas dan membunyikannya, huruf tunggal
yang bercampur baris iaitu baris satu di atas, di bawah dan di depan serta membunyikannya.
Ini disusuli dengan ejaan huruf tunggal berbaris dua di atas, di bawah dan di depan, mengeja huruf
bertashdid yang bersambung dengan Alif dan Ya', mengeja huruf Alif, Wau dan Ya' bertanda mati dan
bersambung dengan satu huruf dan mengeja kalimah-kalimah yang ada huruf Alif, Wau, Ya' bertanda
mati dan bersambung dengan 'kum' serta membunyikannya.

Contoh: tanakum, tainakum, tinakum, taunakum dan tunakum. Murid diajar mengeja
dan membunyikan kalimah-kalimah yang mempunyai baris dan tanda bacaan yang berlainan
yang terdiri daripada dua, tiga atau lebih daripada empat suku kata dalam pelbagai bentuk
bacaan panjang, pendek, dengung dan tidak dengung. Seterusnya kaedah ini mengajar murid
membaca petikan ayat-ayat al-Quran tanpa mengeja lagi. Jika murid boleh membaca petikan
ayat-ayat al-Quran tersebut, maka dia boleh membaca ayat-ayat al-Quran yang lain daripada
surah al-Nas sehingga surah al-Naba'.'

Satu perkara yang perlu diingat ialah kebanyakan guru-guru al-Quran yang menggunakan kaedah al-
Baghdadi menyuruh murid-murid mereka menghafaz surah-surah lazim seperti surah al-Fatihah, surah al
Nas hingga surah al-Takathur atau surah al-Dhuha walaupun murid itu masih belum mengenal huruf
Hijai'iyyah dan belum boleh membaca kalimah-kalimah pendek.

Muqaddam (panduan pengajaran al-Quran) mengikut kaedah al-Baghdadi pula tidak menyediakan
ruangan untuk mempelajari hukum tajwid tetapi hanya memberikan penekanan kepada konsep bacaan
yang betul sahaja. Hukum tajwid dipelajari pada masa yang lain sebagai lanjutan kepada kaedah ini.
Diperhatikan juga bahawa walaupun kaedah ini diguna pakai secara meluas sejak zaman berzaman,
tetapi ia tidak terlepas daripada mempunyai beberapa kelemahan yang boleh mengurangkan
keberkesanannya dalam proses pengajaran dan pembelajaran al-Quran. Di antara kelemahan-
kelemahan kaedah al Baghdadi ialah:

1. Pengenalan huruf Hijai'iyyah dari Alif sampai Ya’ secara serentak. Ini hanya merangsang murid
lebih cenderung menghafaz huruf-huruf tersebut tanpa memahaminya.
2. Cara paparan bahan pembelajaran mudah menjemukan pelajar.
3. Ia memakan masa yang agak lama kepada murid menguasai al-Quran.

Kita sedia maklum bahawa kaedah al-Baghdadi disusun berlatarbelakangkan kehidupan pada zaman
silam yang tidak mementingkan tempoh pembelajaran yang panjang sebagai faktor penting. Namun
begitu, tidak dapat dinafikan bahawa ia tetap merupakan kaedah terunggul yang telah melahirkan ramai
generasi yang celik al-Quran sejak berkurun lamanya.

Kaedah ini juga telah disesuaikan mengikut budaya dan resam masyarakat setempat. Hal ini dapat
dilihat dari segi penamaan kaedah tersebut sebagai "Alip-alipan" di Indonesia, "Muqaddam" di Malaysia
dan "Yahyawiyyah di Brunei.

Sejarah di Brunei: Dalam satu seminar yang diadakan di Brunei Darussalam pada tahun
1994 mengenai kaedah-kaedah pengajaran al-Quran resolusi bersetuju menerima menggunakan
kaedah al-Baghdadi sebagai asas dalam pembelajaran al-Quran telah diluluskan. Kaedah-kaedah
lain yang bersesuaian dengan kaedah asas ini boleh digunakan sebagai kaedah tambahan atau
sokongan dalam memantapkan lagi pengajaran dan pembelajaran al-Quran.

Anda mungkin juga menyukai