Anda di halaman 1dari 8

PANITIA PENDIDIKAN ISLAM

PAFA

PAFA ( Perkara Asas Fardhu Ain )

iaitu beberapa perkara Fardhu Ain yang
terkandung dalam Sukatan Pelajaran
Pendidikan Islam, yang ingin dipastikan
benar-benar diketahui, difahami,
diamalkan dan dihayati oleh setiap
murid dengan betul dan sempurna
sebagaimana yang telah ditetapkan oleh
syarak.

Maksud PAFA
Mengenal pasti murid yang lemah dalam
kefahaman dan amalan PAFA, kemudian
membimbing sehingga mereka dengan
sendirinya faham dan dapat mengamalkan
dengan betul dan sempurna.
Memastikan tidak terdapat sebarang keciciran
dalam PAFA, dengan perkataan lain,
menentukan kejayaan 100%.
Menimbulkan dan menyuburkan keinsafan dan
kerelaan yang positif untuk menghayatinya
dalam amalan kehidupan harian.
Merangsang tanggungjawab guru untuk
memastikan murid menguasai dan menghayati
PAFA secara berterusan.
Tujuan Penilaian PAFA
1. Diwajibkan kepada semua murid yang beragama Islam.
Penilaian bermula dari Tahun 1 hingga Tahun 6.

Penilaian dikendalikan sepenuhnya oleh sekolah.

Penilaian dijalankan oleh guru Pendidikan Islam mengikut masa dan tempat
yang sesuai sebagai proses penilaian biasa yang berbentuk formatif dalam
pengajaran dan pembelajaran.

Penilaian dijalankan secara lisan dan amali mengikut kod-kod yang telah
ditetapkan. Apabila murid telah menguasai kod-kod yang ditetapkan, murid
boleh dinilai semula untuk pengukuhan.
PERATURAN PENILAIAN PAFA

Soalan dan jawapan penilaian tidak rahsia sebagaimana
yang dicadangkan dalam buku panduan PAFA. Apabila
ujian dibuat secara formal, murid diberitahu lebih awal.

Sepanjang tempoh penilaian tersebut, murid diberi masa,
peluang serta bimbingan yang secukupnya untuk
mengulang, serta memperbaiki kesalahan dan kelemahan.
Usaha ini diteruskan sehingga murid dengan sendirinya
faham dan dapat mengamalkan sesuatu kemahiran dengan
jaya, betul dan sempurna.


TAHUN KOD NILAI TAJUK
1 01 Mengucap Dua Kalimah Syahadah
02 Rukun Iman
03 Rukun Islam
04 Beristinjak
2 06 Cara Berwuduk
10 Solat Fardhu
1. Semua Rukun Fili dan Qauli
3 10 Solat Fardhu
13 Adab Terhadap Ibu Bapa
4 05 Membersihkan diri, pakaiaan dan tempat dari
najis
08 Cara Mandi Wajib
Solat Fardhu
AGIHAN KOD PAFA ( UPSR )
TAHUN KOD TAJUK
5
07 Tayammum

09 Azan, Iqamat, Jawapannya dan Doa
Selepas Azan dan Iqamat

10 Solat Fardhu

6
10 Solat Fardhu

12 Puasa

15 Ihsan


KOD : 03
RUKUN IMAN

SOALAN Sebutkan Rukun Iman satu persatu.

JAWAPAN Rukun Iman ada enam perkara :
1. Beriman kepada Allah
2. Beriman kepada Malaikat
3. Beriman kepada Kitab
4. Beriman kepada Rasul
5. Beriman kepada Hari Akhirat
6. Beriman kepada Qadak dan Qadar
CONTOH SOALAN

Anda mungkin juga menyukai