Anda di halaman 1dari 16

BAB 1

PENGENALAN

1.1 Pendahuluan

Pendidikan Islam Sekolah Rendah wajib dipelajari oleh setiap murid Islam dari

Tahun 1 hingga Tahun 6. Pendidikan Islam menekankan kemahiran asas yang perlu

dikuasai oleh individu Muslim merangkumi aspek keimanan, kemanusiaan,

kemasyarakatan dan kenegaraan. Tumpuan khusus mata pelajaran ini ialah :

i. Pendidikan asas tilawah al-Quran

ii. Pembentukan akidah dan bimbingan Asas Fardhu ‘Ain

iii. Pemupukan amalan Fardhu ‘Ain dan Fardhu Kifayah yang dituntut oleh Syariat

Islam

iv. Penerapan adab yang berteraskan Akhlak Islamiah ke dalam diri murid.

Keempat-empat bidang ini hendaklah disampaikan dengan berkesan.

Penyampaian yang berkesan mampu menanam asas keimanan dan membentuk murid-

murid agar mempunyai cita- cita yang tinggi, daya tahan, semangat juang, gigih

berusaha dan mampu mengubah diri yang menyumbang kepada asas tamadun

masyarakat, bangsa dan negara.


1
Para pendidik perlu memastikan setiap murid menguasai ilmu, amalan dan

kemahiran yang telah ditetapkan supaya mata pelajaran Pendidikan Islam ini dapat

menyumbang ke arah pembentukan muslim mukmin yang berilmu, beriman, beradab,

berakhlak mulia, berketerampilan, bertanggungjawab, beramal soleh, dan bertakwa

selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Falsafah Pendidikan Islam.

Matlamat Pendidikan Islam untuk menghasilkan Muslim yang berilmu, beriman,

berketerampilan, beramal soleh dan berakhlak mulia berdasarkan al-Quran dan al-

Sunnah supaya menjadi hamba dan khalifah Allah yang bertakwa dan menyumbang ke

arah mempertingkat tamadun bangsa dan negara.

Menurut Hasan Langgulung (1995 : 125) Pendidikan Islam merupakan dua

istilah yang berbeza yang seringkali dicampuradukkan penggunaannya. Pertama,

Pendidikan Islam yang bersifat umum dan meliputi segala aspek pendidikan iaitu

jasmani, rohani, sosial, politik, budaya, ekonomi, sains dan lain-lain. Pendeknya, ia

merangkumi seluruh kehidupan manusia daripada buaian hingga liang lahad.

Manakala yang kedua pula, Pendidikan Islam dalam pengertian terhad, iaitu

merangkumi pengajaran pelbagai mata pelajaran yang bersangkut paut dengan ilmu-ilmu

yang lazim dipanggil ilmu pengetahuan agama seperti fekah, tauhid, faraid dan lain-lain

terutamanya yang bersangkut paut dengan perkara-perkara yang bersifat fardhu ain dan

fardhu kifayah. Selain itu, menurut Ahmad Haji Mohd. Salleh (1984:59), Pendidikan

Islam adalah satu usaha memimpin atau membimbing kepada kehidupan muslim yang

benar-benar bertakwa kepada Allah sehingga membentuk keperibadian yang sejati.


Manakala pendidikan pula ialah proses membentuk keperibadian manusia,

melahirkan manusia yang dapat berinteraksi dengan lebih baik dengan Pencipta alam

dan alam itu sendiri. Oleh itu, murid-murid tidak rugi menguasai kesemua mata

pelajaran tersebut kerana bukan hanya belajar di sekolah tetapi hingga ke peringkat

tinggi sekali pun masih diperlukan. Pendidikan agama dapat membantu murid-murid

ataupun masyarakat dalam proses membentuk kehidupan yang sempurna di samping

dapat meningkatkan pengetahuan agama dengan lebih mendalam untuk diaplikasi dalam

kehidupan.

Salah satu komponen pembelajaran Pendidikan Islam adalah mempelajari ibadat

solat. Ibadat solat terangkum di dalam bahagian amalan Fardhu ‘Ain dan Fardhu

Kifayah yang diletakkan dalam bab khas iaitu Bab Asas Ulum Syariah. Solat dari segi

bahasa bermaksud doa atau doa dengan sesuatu kebaikan. Dari segi syarak, solat

bermaksud perkataan-perkataan dan perbuatan-perbuatan yang dimulai dengan takbir

beserta niat dan diakhiri dengan salam dengan syarat-syarat tertentu. Perkataan-

perkataan di dalam solat dikenali sebagai rukun qauli. Manakala perbuatan-perbuatan di

dalam solat dikenali sebagai rukun fi‘li dan perlakuan selain daripada perkataan dan

perbuatan dikenali sebagai rukun qalbi. Ia juga merupakan satu daripada rukun Islam

yang lima dan menjadi kewajipan pada setiap individu yang telah mencapai usia baligh.

Solat yang difardhukan ke atas umat Islam adalah lima waktu sehari semalam.

Solat telah disyariatkan pada malam Israk setahun sebelum Hijrah. Fiman Allah

s.w.t. dalam surah an-Nisa’ ayat 103 :

3
sŒÎ*sù ÞOçFøŒŒÒs% no4qn=¢Á9$# (#rãŒà2øŒ$$sù ©!$##

$VJ»uŒÏ% #YŒqãèè%ur 4Œn?tãur öNà6Î/qãZã_ 4 #sŒÎ*sù

öNçGYtRù'yJôÛ$# (#qßJŒÏ%r'sù no4qn=¢Á9$# 4 ¨bÎ) no4qn=¢Á9$#

ôMtR%x. Œn?t㠌úüÏZÏB÷sßJø9$# $Y7»tFÏ. $Y?qè%öq¨B ÇÊÉÌÈ

maksudnya : “Kemudian apabila kamu telah selesai mengerjakan solat, maka

hendaklah kamu menyebut dan mengingati Allah semasa kamu berdiri atau duduk dan

semasa kamu berbaring. Kemudian apabila kamu telah merasa tenteram (berada dalam

keadaan aman) maka dirikanlah solat itu (dengan sempurna sebagaimana biasa).

Sesungguhnya solat itu adalah satu ketetapan yang diwajibkan atas orang-orang

yang beriman, yang tertentu waktunya”.

Selain itu, solat juga dapat melahirkan perasaan seorang hamba bahawa

diri mereka sentiasa diperhatikan oleh Allah. Oleh itu, solat dapat melahirkan

seseorang yang berakhlak mulia sebagaimana firman Allah s.w.t di dalam surah

al-Ankabut ayat 45 :

ã@ø?$# !$tB zÓÇrré& y7øŒs9Î) ŒÆÏB É=»tGÅ3ø9$# ÉOÏ%r&ur

no4qn=¢Á9$# ( ŒcÎ) no4qn=¢Á9$# 4ŒsS÷Zs? ÇÆtã Ïä!$t±ósxÿø9$#

̌s3ZßJø9$#ur 3 ãŒø.Ï%s!ur «!$# çŒt9ò2r& 3 ª!$#ur ÞOn=÷ètŒ

$tB tbqãèoYóÁs? ÇÍÎÈ

maksudnya : “Bacakanlah apa yang telah diwahyukan kepadamu dari kitab Quran ini

dan dirikanlah solat. Sesungguhnya solat itu dapat mencegah perbuatan keji dan
mungkar, sedangkan mengingati Allah lebih besar. Dan Allah maha mengetahui apa

yang kamu lakukan”.

Melihat kepada kepentingan solat, maka aspek amali solat terdapat di dalam

Penilaian Perkara Asas Fardhu ’Ain (PAFA) yang wajib dilaksanakan di sekolah-

sekolah. PAFA ialah : “Beberapa perkara yang terpenting daripada Fardhu ’Ain, yang

terkandung dalam Sukatan Pelajaran Pendidikan Islam, yang hendak dipastikan supaya

tiap-tiap murid benar-benar mengetahui, memahami dan boleh mengamalkannya dengan

cara yang betul dan sempurna sebagaimana yang ditetapkan oleh Syarak”. (Surat

Pekeliling Ikhtisas Bil. 4/1994, ruj : Kp5206/8/70 Jld.13/(14) bertarikh 12 Mac 1994

bersamaan 29 Ramadhan 1414H).

Dalam aspek penilaian, murid dinilai dari segi kefahaman yang betul tentang

perlakuan serta pengamalan solat dan boleh mengamalkannya sekira-kira ‘sah’ pada

tahap yang paling asas dan minimum. PAFA dinilai dan dilaporkan dalam Ujian

Penilaian Sekolah Rendah (UPSR), Penilaian Menengah Rendah (PMR), dan

Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). PAFA mula dilaksanakan pada Sesi

1994/1995.

Ujian Amali Solat Fardhu dinilai ketika murid-murid di Tahun 5 bagi sekolah

rendah dan Tingkatan 2 bagi sekolah menengah. Perlaksanaan penilaian PAFA ini

berdasarkan peraturan berikut :

i. Penilaian dikendalikan sepenuhnya oleh sekolah.

ii. Soalan penilaian telah ditetapkan, dan calon diberitahu lebih awal, dan tidak ada
5
kerahsiaan.

iii. Penilaian dijalankan secara lisan dan amali.

iv. Tempoh penilaian bermula dari hari pertama pada penggal pertama persekolahan

dalam tahun peperiksaan berkenaan, dan berakhir sebulan sebelum tarikh

peperiksaan bertulis dijalankan.

v. Murid diberikan masa, peluang, dan bimbingan yang secukupnya untuk

memperbetul dan memperbaiki kesalahan dan kelemahan, sehingga mereka

dengan sendirinya faham dan dapat mengamalkan sesuatu kemahiran dengan

betul dan sempurna.

vi. Calon adalah diakui lulus PAFA apabila berjaya memahami dan mengamalkan

semua soalan yang ditetapkan.

Kementerian Pelajaran akan melaporkan pernyataan “LULUS atau “GAGAL” :

PERKARA ASAS FARDHU ’AIN” dalam keputusan dan sijil peperiksaan. Walau

bagaimanapun, pernyataan tersebut tidak mengubah atau memberikan kesan terhadap

status quo dalam sistem penggredan dan aggregat keputusan peperiksaan yang sedang

diambil oleh murid.

1.2 Latar Belakang Kajian


Kajian ini dijalankan bertujuan untuk melihat pelaksanaan ujian bacaan amali

solat PAFA murid Tahun 5 Sekolah Kebangsaan Taman Maluri bagi zon Pudu, Kuala

Lumpur dan faktor-faktor yang mempengaruhi pelaksanaan ujian bacaan amali solat.

Kajian Zaib bin Ngah (2002) merumuskan bahawa persepsi murid ada kaitan terhadap

pelaksanaan ujian bacaan amali solat PAFA. Persepsi murid dibahagikan kepada 6 aspek

utama iaitu minat, kefahaman, pengamalan, penghayatan, pelaksanaan dan juga

motivasi.

Umumnya dapatan kajian mendapati persepsi murid terhadap pelaksanaan PAFA

di sekolah adalah positif. Kajian beliau juga menunjukkan bahawa jantina, aliran

sekolah, tahap pencapaian Pendidikan Islam dalam PMR, tahap pencapaian al-Quran

dan tahap pencapaian jawi tidak memberi kesan kepada persepsi murid terhadap

pelaksanaan PAFA di sekolah. Walaupun terdapat perbezaan min di antara

pembolehubah-pembolehubah yang dinyatakan itu, namun secara statistik, perbezaan-

perbezaan tersebut tidak signifikan.

Hafidzah bte Md Shah (2004) pula berpendapat faktor diri, faktor keluarga,

faktor masyarakat persekitaran, faktor rakan dan faktor sekolah memberi kesan kepada

pelaksanaan ujian bacaan amali murid-murid. Kebolehan menguasai bacaan amali solat

memerlukan dorongan daripada faktor-faktor tersebut. Sekiranya rangsangan negatif

yang diterima, maka kemungkinan besar murid tidak mampu untuk menguasai

sepenuhnya bacaan amali solat yang terkandung dalam ujian PAFA apatah lagi untuk

melaksanakannya dengan baik.

7
Shairozi bin Hashim (2006) berpendapat faktor jantina, lokasi tempat tinggal dan

aliran sekolah ada kaitan dengan perbezaan tahap kefahaman perkara asas fardhu

‘ain yang merangkumi aspek akidah, ibadah dan akhlak serta amalannya di kalangan

murid. Hasil kajian menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan terhadap

kefahaman perkara asas fardhu ‘ain dan amalannya di kalangan murid berdasarkan

faktor jantina, lokasi tempat tinggal dan jenis aliran sekolah. Hasil kajian beliau juga

menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan antara kefahaman perkara asas fardhu

‘ain dengan amalannya di kalangan murid.

Menurut Siti Rokiah Binti Abdul Ghani (2007), tahap amalan solat dan tahap

akhlak murid sebenarnya saling berhubung kait antara satu sama lain. Sekiranya murid

menekankan aspek pengamalan solat dalam kehidupan seharian, kemungkinan besar

tahap penguasaan bacaan amali juga akan bertambah baik. Hasil kajian beliau, didapati

tidak terdapat perbezaan yang signifikan dalam amalan solat berdasarkan jantina tetapi

terdapat perbezaan yang signifikan dalam amalan solat berdasarkan pencapaian dalam

Pendidikan Islam untuk SPM. Hasil kajian juga mendapati tidak terdapat perbezaan

yang signifikan dalam akhlak murid berdasarkan jantina dan pencapaian dalam

Pendidikan Islam untuk SPM. Dapatan kajian ini juga mendapati wujud hubungan di

antara amalan solat dengan akhlak murid-murid.

Berdasarkan kajian-kajian ini, jelaslah bahawa pelaksanaan ujian bacaan amali

solat PAFA bukanlah suatu perkara yang boleh diambil mudah. Ia memerlukan

penglibatan semua pihak bagi membantu murid-murid menghadapi ujian amali PAFA

seterusnya mempraktikkan di dalam kehidupan seharian mereka. Ia memerlukan usaha


semua pihak bagi mewujudkan penambahbaikan strategi untuk murid dan guru.

1.3 Pernyataan Masalah

Terdapat murid Islam Tahun 5 mengambil masa terlalu lama untuk membuat

persediaan setiap kali mereka diuji dalam PAFA terutama ketika ujian amali solat.

Masalah ini menjadi lebih ketara ketika dijalankan ujian bacaan dalam amali solat

fardhu. Kajian Mohd. Abd. Halim (2000) mendapati bahawa, tahap penghayatan solat

bagi murid aliran agama adalah amat memuaskan (100.0 %) berbanding murid bukan

aliran agama (75.0 %). Manakala dapatan kajian yang dilakukan oleh Rasid et al. (1999)

mendapati hanya 52.7 peratus pelajar di Institusi Pengajian Tinggi mendirikan solat

dengan lengkap lima waktu sehari semalam. Pelbagai langkah dan kaedah telah

dilakukan oleh pihak sekolah bagi menangani masalah ini, misalnya mengambil

kedatangan murid ke surau dan guru sentiasa memerhati amalan murid.

Sekiranya murid-murid mengamalkan solat fardhu lima kali sehari secara

berterusan, sewajarnya mereka tidak akan mengambil masa yang lama untuk membuat

persediaan hafazan bacaan amali solat. Sekurang-kurangnya mereka hanya mengambil

masa yang singkat untuk melancarkan hafazan bacaan solat mereka sebagai persediaan.

Sekiranya masalah ini masih berlarutan, dikhuatiri pengajaran dan pembelajaran

Pendidikan Islam Tahun 5 akan terganggu. Antara sebab berlaku hal ini kerana tajuk-

tajuk yang perlu dipelajari dalam sukatan pelajaran Pendidikan Islam Tahun 5 agak

banyak untuk dipelajari. Kebiasaannya guru Pendidikan Islam akan melaksanakan ujian

PAFA di luar waktu mengajar mata pelajaran Pendidikan Islam. Guru terpaksa mencari
9
waktu alternatif lain yang difikirkan sesuai untuk aktiviti pengujian tersebut sedangkan

mereka terpaksa juga memikirkan bagaimana untuk menghabiskan topik dalam sukatan

Pendidikan Islam Tahun 5.

Begitu juga murid yang belum menyelesaikan ujian PAFA akan sentiasa diminta

untuk menghadiri masa pengujian luar waktu pembelajaran sedangkan mereka juga

terbeban dengan aktiviti lain persekolahan termasuk menyiapkan tugasan bagi mata

pelajaran lain. Tambahan pula, sekiranya ujian PAFA bagi Tahun 5 tidak dapat

diselesaikan ketika murid-murid masih di Tahun 5, ujian PAFA tersebut akan

ditangguhkan ke Tahun 6. Keadaan ini akan menyebabkan pengajaran guru Pendidikan

Islam Tahun 6 akan terbeban kerana terpaksa menguji kod Ujian PAFA Tahun 5 yang

belum diselesaikan serta Ujian PAFA Tahun 6 yang perlu dijalankan.

Selain itu, penangguhan ujian PAFA Tahun 5 ke Tahun 6 turut menjadi beban

kepada murid-murid tersebut ketika mereka Tahun 6. Bebanan ini terjadi kerana murid-

murid Tahun 6 akan berhadapan dengan dua peperiksaan besar iaitu peperiksaan Ujian

Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Ujian Penilaian Sekolah Rendah Agama

(UPSRA) bagi yang bersekolah rendah agama di sebelah petang. Keadaan ini akan

membuatkan tumpuan terhadap Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Ujian

Penilaian Sekolah Rendah Agama (UPSRA) terganggu serta boleh mengakibatkan

mereka akan memperolehi keputusan yang rendah.

Kesemua faktor yang dinyatakan di atas menyebabkan pelaksanaan ujian bacaan

amali solat PAFA murid kurang keberkesanannya dalam memupuk penguasaan murid
terhadap amali solat. Justeru itu, kajian ini perlu dijalankan untuk mengenal pasti

pelaksanaan ujian bacaan amali solat PAFA dan seterusnya mengesan masalah yang

dihadapi.

1.4 Objektif Kajian

Kajian ini dijalankan bagi :

i. mengenal pasti amalan guru dalam perlaksanaan komponen pendidikan ibadah

solat melalui program penilaian PAFA.

ii. mengenal pasti sikap murid terhadap pendidikan ibadah solat melalui program

penilaian PAFA.

iii. mengesan masalah yang dihadapi dalam perlaksanaan komponen pendidikan

ibadah solat melalui program penilaian PAFA.

1.5 Persoalan Kajian

Kajian yang dijalankan ini adalah bertujuan untuk mendapatkan maklumat bagi

menjawab persoalan berikut :

11
i. Apakah amalan guru dalam perlaksanaan komponen pendidikan ibadah solat

melalui program penilaian PAFA ?

ii. Bagaimanakah sikap murid terhadap pendidikan ibadah solat dalam program

PAFA ?

iii. Sejauh manakah pencapaian murid dalam perlaksanaan komponen pendidikan

ibadah solat melalui program penilaian PAFA ?

iv. Apakah masalah-masalah yang dihadapi dalam perlaksanaan komponen

pendidikan ibadah solat melalui program penilaian PAFA ?

1.6 Kepentingan Kajian

Kajian ini diharapkan dapat memberikan gambaran sebenar tentang peratus

murid Tahun 5 Sekolah Kebangsaan Taman Maluri yang bermasalah dalam menguasai

bacaan amali solat Ujian Perkara Asas Fardhu Ain. Dapatan ini memberi gambaran

bagaimana murid dan beberapa faktor yang lain memberi kesan kepada pelaksanaan

ujian bacaan amali solat PAFA.

Selain itu, kajian ini juga diharapkan dapat memberi maklumat kepada guru

besar, penolong kanan Tadbir dan Kurikulum (TK), penolong kanan Hal Ehwal Murid

(HEM) dan guru Pendidikan Islam. Diharapkan pengetahuan ini akan dapat membantu

tindakan susulan yang perlu dilakukan dalam meningkatkan tahap penguasaan bacaan

amali solat PAFA murid. Kajian ini juga diharap dapat membantu guru Pendidikan

Islam merancang aktiviti yang sesuai bagi menangani murid yang bemasalah dalam

penilaian PAFA serta mengurangkan masalah-masalah yang sering timbul dalam


kalangan murid.

Manakala ibu bapa dan penjaga murid dapat menggunakan pengetahuan yang

didapati hasil dari kajian ini untuk membimbing dan membantu murid dalam

meningkatkan tahap penguasaan bacaan amali solat PAFA. Ini secara tidak langsung

dapat membantu pihak sekolah meningkatkan kadar murid yang dapat menguasai bacaan

amali solat PAFA.

Kajian ini juga diharapkan dapat menjadi sumber rujukan dan memberikan

maklumat kepada penyelidik-penyelidik yang berminat dengan isu ini. Kajian-kajian

lanjutan boleh diteruskan dengan menggunakan informasi yang terdapat dalam kajian

ini.

Bahagian Pendidikan Islam dan Kementerian Pelajaran Malaysia juga dapat

menggunakan kajian ini sebagai platfom untuk merangka, merancang program lanjutan

dan strategi untuk meningkatkan keberkesanan pelaksanaan ujian bacaan amali solat

PAFA.

1.7 Batasan Kajian

Kajian ini terhad bagi mengenal pasti amalan guru, sikap murid dan masalah

yang mempengaruhi pelaksanaan ujian bacaan amali solat PAFA oleh murid Tahun 5

Sekolah Kebangsaan Taman Maluri, Kuala Lumpur. Sekolah ini dipilih kerana lokasinya
13
yang berhampiran pusat bandar Kuala Lumpur.

Selain itu, walaupun isu tahap penguasaan bacaan amali solat PAFA merupakan

kes kecil di sekolah ini serta tidak menjadi masalah besar, ia tetap menjadi minat

pengkaji untuk mengenal pasti perkara yang boleh mempengaruhi tahap penguasaan

murid. Dapatan kajian ini tidak boleh digeneralisasikan kepada masalah pelaksanaan

ujian bacaan amali solat PAFA yang mungkin berlaku pada lain-lain sekolah di Kuala

Lumpur malah di sekolah-sekolah dalam Malaysia juga atau dalam erti kata yang lain

ianya tidak boleh digunakan untuk menerangkan bahawa keadaan yang sama berlaku di

semua sekolah di Malaysia.

1.8 Definisi Operasional

Beberapa istilah yang digunakan dalam kajian ini diperjelaskan bagi

menerangkan dengan lebih terperinci maksud dan kehendak penyelidik berkaitan dengan

kajian yang dijalankan.

1.8.1 Amalan Guru

Amalan ialah perihal perbuatan yang baik atau buruk, perbuatan yang biasa

dilakukan atau kebiasaan sesuatu perkara yang dilakukan (Kamus Dewan Edisi Empat).

Amalan guru merujuk kepada kebiasaan perbuatan guru dalam melaksanakan sesuatu
aktiviti pengajaran dan pembelajaran sama ada di dalam atau luar kelas.

1.8.2 Sikap Murid

Sikap ialah perihal perbuatan, pandangan atau keyakinan yang berdasarkan

sesuatu pendapat. Sikap murid ialah perbuatan atau pendapat murid yang mungkin

ditunjukkan melalui perkataan atau dilahirkan melalui perbuatan terhadap sesuatu

perkara.

1.8.3 Penguasaan

Penguasaan ialah perihal seseorang yang menjadi mahir serta mengetahui dengan

mendalam tentang sesuatu perkara. Dalam konteks kajian ini, penguasaan yang

dikehendaki ialah daripada sudut kemampuan murid menghafaz bacaan ayat-ayat amali

solat dalam ujian PAFA. Tahap penguasaan murid ini akan diukur dengan menggunakan

instrumen soal selidik yang disediakan oleh pengkaji.

1.8.4 Bacaan

Bacaan pula dapat didefinisikan sebagai cara untuk mendapatkan maklumat dari

bahan bertulis. Dalam konteks kajian ini, bacaan yang dihafaz oleh murid adalah

maklumat yang terdapat di dalam buku ujian PAFA Sekolah Rendah.


15
1.8.5 Amali Solat

Amali Solat pula dapat didefinisikan sebagai berkaitan dengan kemahiran yang

terdapat dalam sembahyang orang Islam. Dalam konteks kajian ini, amali solat adalah

perkara yang diuji dalam ujian PAFA Sekolah Rendah.

1.8.6 Ujian Perkara Asas Fardhu ‘Ain (PAFA)

Ujian PAFA dapat didefinisikan sebagai Penilaian Perkara Asas Fardhu ’Ain

yang wajib dilaksanakan di sekolah-sekolah. Perkara Asas Fardu ’Ain (PAFA) ialah :

“Beberapa perkara yang terpenting daripada Fardhu ’Ain, yang terkandung dalam

Sukatan Pelajaran Pendidikan Islam, yang hendak dipastikan supaya tiap-tiap murid

benar-benar mengetahui, memahami dan boleh mengamalkannya dengan cara yang betul

dan sempurna sebagaimana yang ditetapkan oleh syarak.