Anda di halaman 1dari 13

TUGASAN 1:INDIVIDU Berdasarkan subjek yang anda ajar di sekolah,gunakan bahagian Matlamat dan Objektif subjek tersebut untuk

menunjukkan perkaitannya dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Pendahuluan Falsafah Pendidikan Kebangsaan Falsafah pendidikan yang menjadi panduan bagi semua aktiviti pendidikan di Malaysia dikenali sebagai FPK. Dengan adanya FPK, maka sistem pendidikan negara sebenarnya menganjakkan diri ke kedudukan terkehadapan dengan mengungkapkan secara jelas prinsip dan nilai asas yang mendasari dan membentuk sistem pendidikan Malaysia daripada peringkat yang paling rendah hingga kepada peringkat tertinggi iaitu universiti. FPK menjelaskan tujuan dan matlamat pendidikan untuk individu dan negara. Kedua-dua tujuan selaras, iaitu untuk melahirkan insan yang berilmu, berakhlak mulia dan bertanggungjawab yang juga akan menjadi seorang warganegara yang baik. Pendidikan merupakan proses asas dan utama untuk pembinaan insan yang baik, seimbang dan bersepadu yang secara langsung merupakan saluran utama dan yang paling penting untuk menjayakan hasrat dan cita-cita negara. Berikut adalah Falsafah Pendidikan Kebangsaan: "Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, berketrampilan dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara."

Satu konsep asas yang terkandung dalam FPK ialah tentang ilmu, nilai ilmu dan peranan ilmu dalam pembangunan insan dan masyarakat. Nilai ilmu terletak pada kebenaran kandungan yang berfungsi bukan sahaja untuk memaklumkan dan menerangkan kepada manusia akan sesuatu, tetapi lebih penting lagi ilmu mempengaruhi, mengubah dan membentuk diri serta masyarakat manusia. Fungsi ilmu yang boleh mengubah manusia dan masyarakat inilah yang menjadikan sesuatu yang amat tinggi nilainya. Pendidkan ialah satu proses dan aktiviti sepanjang
1

hayat dan manusia sentiasa berada dalam keadaan memerlukan perluasan, pendalaman dan pengesahan kepada ilmu yang ada. Pengalaman bukan sahaja boleh memperkaya dan mengukuhkan ilmu tetapi juga mencabar dan mengubah ilmu yang sedia ada pada manusia.

FPK juga melihat individu itu dalam beberapa lapisan pertalian atau perhubungan. Tujuan pendidikan bukan sahaja untuk pembangunan dan kesejahteraan diri individu tetapi juga untuk pembangunan dan kesejahteraan setiap lapisan hubungan individu berkenaan bermula dengan keluarga, masyarakat dan negara. Berdasarkan FPK, jelas bahawa tujuan pendidikan tinggi bukan hanya setakat memperoleh segulung ijazah atau diploma, tetapi adalah untuk pembangunan diri manusia secara menyeluruh dan seimbang supaya menjadi seorang insan, ahli keluarga dan masyarakat dan warganegara yang berilmu, bertanggungjawab, berakhlak mulia, dan berbakti. Falsafah Pendidikan Islam Falsafah Pendidikan Islam pula ialah falsafah pendidikan yang berteraskan ruh Ialam, iaitu falsafah Islam untuk pendidikan, dan ia disebut Falsafah Pendidikan Islam (Al-Syaibany, 1991). Jadi, maksud daripada Falsafah Pendidikan Islam ialah menyediakan manusia dengan dan ilmu pengetahaun yang cukup agar ia kenal dirinya serta tugas dan tanggungjawabnya, serta mengetahui cara untuk menjalankan atau melaksanakan tanggungjawabnya sebagai hamba dan khalifah Allah. Bila ia dapat menjalankan tugas dan tanggungjawab ini dengan baik maka jadilah ia insan yang soleh. Falsafah Pendidikan Islam adalah seperti berikut: Pendidikan Islam adalah suatu usaha berterusan untuk menyampaikan ilmu, kemahiran dan penghayatan Islam berdasarkan al-Quran dan al-Sunnah bagi membentuk sikap, kemahiran, keperibadian dan pandangan hidup sebagai hamba Allah yang mempunyai tanggungjawab untuk membangun diri, masyarakat, alam sekitar dan negara ke arah mencapai kebaikan di dunia dan di akhirat. Ahli falsafah pendidikan Islam atau failasuf pendidikan Islam ialah orang yang berusaha berfikir mencari apakah perkara-perkara yang perlu dimasukkan ke dalam kurikulum pendidikan. Ini termasuklah ilmu, kemahiran, nilai, pengalaman dan sebagainya, yang mana

setelah menjalani pendidikan beberapa lama akan lahir seorang insan yang kenal dirinya, kenal Tuhannya, faham tujuan Allah jadikan segala yang ada, mengetahui hukum-hukum Allah dan mengamalkannya, bertamadun, pandai berkawan sama ada dengan orang Islam atau pun bukan Islam. Antara perkara yang penting yang difokuskan oleh falsafah pendidikan Islam ialah: Pendidikan Aqidah, Pendidikan Ibadah, Pendidikan Akhlak, Pendidikan Akal, Pendidikan Jasmani, Pendidikan Rohani, Pendidikan Keterampilan, Pendidikan Keibubapaan, Pendidikan Kemasyarakatan, Pendidikan Kepimpinan, dan banyak lagi. Saya adalah guru j-QAF di sekolah. Program j-QAF adalah cetusan idea Bekas Perdana Menteri Tun Abdullah bin Ahmad Badawi dan mula dilaksanakan pada tahun 2005. Saya mengajar Pendidikan Islam Tahun 1, Sk Bertam Perdana, terdapat 5 masa seminggu iaitu pada hari Isnin jam 4.00 4.50 petang (2 masa), hari Khamis jam 1.10 2.00 petang (2 masa) dan hari Jumaat jam 4.00 4.50 petang (2 masa) . Mata pelajaran Pendidikan Islam terbahagi kepada 4 bahagian. Bahagian pertama berkaitan Asuhan Tilawah al-Quran. Bahagian kedua berkaitan Ulum Syariah. Di dalam bahagian Ulum Syariah terdapat beberapa bidang iaitu Bidang Aqidah, Bidang Ibadat dan Bidang Sirah. Bahagian Ketiga berkaitan Adab dan Akhlak Islamiah dan Bahagian keempat berkaitan Tulisan Jawi. Matlamat Di dalam kamus dewan, matlamat bermaksud: sasaran. Kiasan sesuatu yang hendak dicapai, tujuan. Contohnya Kempen-kempen akan dijalankan sehingga matlamat yang dikehendaki itu berjaya. Di dalam mata pelajaran Pendidikan Islam juga mempunyai matlamat yang khusus. Di dalam merangka sesuatu kurikulum, matlamat itu harus selari dan sekata dengan FPK dan FPI. Matlamat untuk Pendidikan Islam terbahagi kepada dua iaitu Matlamat Pendidikan Islam dan Matlamat Pelajaran al-Quran.

Matlamat Pendidikan Islam Matlamat Pendidikan Islam 1. Menekankan kepada perkembangan yang seimbang dan bersepadu dari segi intelek, rohani,emosi dan jasmani. Falsafah Pendidikan Kebangsaan 1. Memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, 2. Melahirkan Muslim yang bertakwa, berilmu, beramal soleh, bertanggungjawab dan berakhlak mulia ke arah menjadi hamba dan Khalifah Allah Matlamat pendidikan adalah untuk membangunkan semua aspek diri manusia secara harmonis dan seimbang supaya kesepaduan fitrah diri manusia terpelihara.Salah satu yang terkandung dalam FPK adalah falsafah tentang manusia yang berasaskan kepercayaan kepada Tuhan dan agama. Berilmu dan berpendidikan harus menghasilkan budi pekerti yang baik dan akhlak yang mulia yang sekali gus menjadi ciri-ciri asasi seorang ahli keluarga, masyarakat dan warganegara yang baik dan terdidik. emosi dan jasmani 2. Melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan.

Matlamat Pelajaran al-Quran Matlamat Pendidikan Islam 1. Membolehkan murid dapat membaca al-Quran dengan bacaan yang baik Falsafah Pendidikan Kebangsaan 1. Melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan 2. Membolehkan murid mengetahui maksud dari isi kandungan al-Quran berdasarkan tema yang tertentu berkaitan dengan kehidupan murid atau keperluan untuk kefahaman, amalan dan pembentukan akhlak murid.
4

kepercayaan kepada tuhan 2. Melahirkan warganegara Malaysia yang berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran

keluarga, masyarakat dan negara. Matlamat yang pertama ialah membolehkan murid membaca al-Quran dengan bacaan yang baik. Ini selaras dengan FPK iaitu melahirkan insan yang seimbang berdasarkan kepercayaan kepada tuhan. Murid-murid tahun satu perlu menamatkan Iqra 1 hingga Iqra 6 pada 6 bulan pertama. Ini bermakna masa 4 kali seminggu bagi Pendidikan Islam digunakan untuk Bahagian Asuhan Tilawah al-Quran. Di sini kita dapat perhatikan bahawa penekanan membaca al-Quran di kalangan murid-murid dimulakan dengan Iqra dan kemudian berpindah kepada al-Quran. Konsep ini juga bertepatan dengan konsep Islam Hadari iaitu penguasaan ilmu pengetahuan. Sama seperti konsep 3M , Kementerian Pelajaran juga menitik beratkan Celik al-Quran dan Jawi. Bagi matlamat yang kedua iaitu membolehkan murid mengetahui maksud dari isi kandungan al-Quran berdasarkan tema yang tertentu berkaitan dengan kehidupan murid atau keperluan untuk kefahaman, amalan dan pembentukan akhlak murid. Ini juga merupakan sebahagian intipati FPK iaitu melahirkan rakyat berilmu pengetahuan. Tugas mengajar agama ini merupakan tugas yang suci dan mulia kerana ia menyambung tugas rasul-rasul. Saya khuatir masalah murid buta al-Quran dan jawi akan membantutkan proses menjadikan Malaysia sebagai contoh negara Islam yang moden. Kita sepatutnya merasa bangga apabila program j-QAF ini telah dijadikan sebagai contoh dan model pendidikan di negara-negara Islam lain. Ini membuktikan bahawa program ini telah diterima pakai di negara-negara tersebut sekaligus melonjakkan kecemerlangan institusi pendidikan negara. Objektif Objektif diertikan oleh Kamus Dewan ialah: Kata pinjaman dari Eropah: bermaksud berasaskan atau tertumpu kepada fakta-fakta yang ada (Dengan tiadak dipengaruhi oleh pendapat, pendirian atau prasangka sendiri). Maksud objektif itu jelas iaitu apabila seseorang itu ingin membuat sesuatu objektif, maka dia tidak seharusnya menggunakan pendapat sendiri, atau idea sendiri melainkan terlebih dahulu merujuk kepada falsafah sesuatu topik tersebut. Di dalam bidang pendidikan, maka orang yang bertanggungjawab menyusun kurikulum itu haruslah melihat kepada FPK itu sendiri, bukan mereka dan menyusun objektif berdasarkan pengetahuan dan pemikiran sendiri. Berikut adalah objektif khusus Pendidikan Islam:

Objektif 1. Menguasai kemahiran membaca, menghafaz dan memahami maksud surah tertentu di dalam al-Quran 2. Mengetahui, memahami dan meyakini perkara-perkara Rukun Iman dan Rukun Islam 3. Mengenali amal ibadat Fardu Ain dan fardu Kifayah secara lengkap dan menyeluruh 4. Dapat membezakan antara ajaran yang benar dan ajaran yang sesat 5. Mengamalkan akhlak yang dituntut oleh Agama Islam 6. Berusaha memajukan diri ke arah pembangunan tamadun bangsa dan negara hingga ke peringkat antarabangsa

Falsafah Pendidikan Kebangsaan 1. Melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, 2. Menjadi individu yang berpegang kuat kepada kepercayaan dan kepatuhan kepada tuhan dan ajarannya. 3. Melahirkan insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. 4. Menjadi individu yang berpegang kuat kepada kepercayaan dan kepatuhan kepada tuhan dan ajarannya. 5. Melahirkan warganegara Malaysia yang berakhlak mulia. 6. Melahirkan warganegara Malaysia yang berketrampilan, bertanggung-jawab dan berkeupayaan untuk mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan kepada keluarga, masyarakat dan negara. 7. Melahirkan warganegara Malaysia yang berakhlak mulia, berketrampilan, bertanggung-jawab dan berkeupayaan untuk mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan kepada keluarga, masyarakat dan negara.

7. Mengambil iktibar dari sirah dan tamadun dalam membentuk peribadi mulia, kasih sayang dalam menjaga maruah diri, keluarga dan masyarakat.

Bagi objektif Pendidikan Islam yang pertama ialah memastikan semua murid dapat membaca, menghafaz dan mengetahui maksud surah-surah tertentu di dalam al-Quran, ia bertepatan dengan FPK iaitu melahirkan warganegara yang berilmu pengetahuan. Di dalam silibus Pendidikan Islam Tahun Satu Sekolah Rendah, pelajaran pertama sekali yang diajar kepada murid ialah berkaitan mengenal Huruf Hijaiyyah Tunggal dari Huruf Aliff hingga Huruf Ya. Kemudian diajar

pula mengenal Huruf Hijaiyyah Tunggal pelbagai baris, bertanda Sukun(baris mati) dan Syaddah(sabdu). Apabila murid dapat mengenal Huruf-huruf Hijaiyyah beserta baris-baris dan tanda bacaannya, maka barulah murid-murid dapat membaca, menghafaz dan memahami maksud surah-surah tertentu(Surah al-Fatihah,Surah al-Nas, surah al-Falaq dan surah alIkhlas) dengan baik. Program j-QAF diperkenalkan berikutan kemerosotan penguasaan muridmurid Islam di dalam tulisan jawi dan membaca al-Quran semakin ketara sejak tahun 2000. Berdasarkan FPK, dapat difahami bahawa masalah buta huruf di kalangan warganya dapat diatasi melalui sistem pendidikan di Malaysia, termasuk juga masalah membaca al-Quran di kalangan murid yang beragama Islam. Bagaimanakah Modal Insan dapat dihasilkan sekiranya umat Islam tidak tahu membaca al-Quran dan jawi. Maka akan pincanglah sistem tersebut untuk mencapai wawasan 2020. Bagi objektif kedua yang selari dengan FPK ialah mengetahui dan meyakini perkaraperkara Rukun Iman dan Rukun Islam. Di dalam FPK juga disebut menjadi individu yang berpegang kuat kepada kepercayaan dan kepatuhan kepada tuhan dan ajarannya. Sebagai seorang Muslim, tiada apa yang lebih besar nikmat yang diberi melainkan nikmat Iman dan Islam. Menjadi tanggungjawab saya mendidik mereka agar mereka dapat mengenal Rukun Iman dan Rukun Islam. Di bawah Bidang Aqidah terdapat beberapa tajuk yang merupakan dasar Islam yang terpenting seperti Rukun Iman, Beriman kepada Allah, Rukun Islam dan Allah bersifat Maha Pemurah dan maha Pengasih. Saya masih teringat lagi apabila ada seorang murid bertanya kepada saya Mana Allah?. Saya tidak dapat melihat Allah?. Sudah menjadi lumrah soalansoalan seperti ini biasa dilontarkan di kalangan murid yang inginkan kepastian. Sebagai seorang guru tugas kita untuk menerapkan Aqidah yang benar kepada pelajar, mengukuhkan kepercayaan kepada Allah yang Esa, menanamkan keyakinan terhadap rukun-rukun Iman yang enam, percaya kepada perkara ghaib seperti yang khabarkan oleh Al-Quran dan As-Sunnah. Ini kerana kanak-kanak merupakan golongan yang paling terbuka fikirannya. Mereka sentiasa menerima apa jua maklumat atau ilmu yang disampaikan kepadanya dan mereka akan berpegang kuat padanya. Kadang-kala mereka lebih berpegang teguh kepada apa yang disampaikan oleh guru-guru mereka berbanding ibu bapa mereka sendiri. Objektif yang ketiga ialah mengenali perbezaan di antara Fardu Ain dan Fardu Kifayah. Ia juga bertepatan dengan FPK iaitu Melahirkan insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi
7

dan jasmani. Murid-murid harus diberi penekanan dari kedua-dua konsep ini.

Ramai di

kalangan kaum muslimin yang kurang jelas dalam konsep Fardhu Ain. Kalau dibuat tinjauan kepada seluruh kaum muslimin di Malaysia tentang apa itu Fardhu Ain, nescaya kita akan dapati 90% akan menjawab bahwa Fardhu Ain itu ialah wuduk, mandi hadas, solat, puasa, zakat dan haji. Kalau ditanya kepada guru-guru Islam di sekolah tentang perkara ini, nescaya mereka juga akan memberi jawapan yang sama. Kalau itulah jawapannya, betullah, tetapi tidak tepat dan tidak sempurna. Ini semua bukan Fardhu Ain dalam ertikata sebenar, tetapi Asas Fardhu Ain. Nabi Muhammad s.a.w. menyebut di dalam hadisnya yang bermaksud: Menuntut ilmu adalah fardhu (wajib) ke atas tiap-tiap orang Islam (lelaki dan perempuan). Dalam hadis ini tidak ditentukan ilmu apa yang wajib. Bermakna semua ilmu yang berguna wajib dituntut. Yang lebih utama ialah ilmu-ilmu tentang ketuhanan, iaitu untuk mengenal Allah yang Esa (Tauhid), ilmu tentang pelakuan ibadah (Fiqah), ilmu tentang perintah dan larangan (tafsir dan hadis) dan sebagainya. Daripada ilmu-ilmu inilah kita akan mengetahui tentang tanggungjawab kita sebagai seorang muslim, yang semestinya tidak terhad kepada solat, puasa, wuduk, zakat dan haji sahaja. Bekerja adalah wajib, sebab mencaari nafkah. Memberi pendidikan kepada anak adalah wajib, kerana memberi ilmu. Menghormati ibu bapa dan orang yang lebih tua juga wajib. Dalam perkerjaan mesti tahu apa yang boleh dibuat dan apa yang tidak boleh. Dalam perniagaan juga wajib tahu apa benda yang boleh diperniagakan dan yang apa pula yang dilarang. Dalam ekonomi, politik, sosial, teknologi dan sebagai, semua mesti ada ilmu agama tentang perkara itu. Dan inilah yang dikatakan Fardhu Ain. Bekerja di tempat yang dilarang, seperti kilang arak, tempat judi, tempat proses dadah, riba dan sebagainya adalah haram hukumnya. Bekerja dengan tidak mengikut tata-tertib kerja, masa bekerja, juga boleh menyebabkan pendapatan kita tidak halal dan haram hukumnya. Ini juga termasuk dalam Fardhu Ain. Maknanya, setiap muslim wajib mengetahui dan wajib belajar hukum-hukum agama.

Paling kurang dalam apa-apa pekerjaan kita wajib mengetahui tiga jenis ilmu, iaitu ilmu pekerjaan (ilmu bidang), ilmu alat dan ilmu agama (Fardhu Ain). Objektif keempat ialah dapat mebezakan di antara ajaran yang benar dan ajaran yang sesat. Pegangan agama yang teguh juga disebut di dalam FPK iaitu melahirkan insan yang seimbang dan harmonis berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada tuhan. Menurut Majlis Fatwa Kebangsaan dan JAKIM (Jabatan Kemajuan Islam Malaysia) terdapat 52 buah ajaran yang diwartakan sesat di Malaysia di antaranya ialah Ajaran Ayah Pin, Ajaran Hj. Kahar Ahmad, Syiah, Ajaran Bahai dan lain-lain lagi. Jumlah ini ternyata menggerunkan kita sebagai umat Islam yang berpegang dengan Tauhid Ahli Sunnah Wal Jamaah. Kumpulan Ayah Pin merupakan antara lima kumpulan ajaran sesat paling tegar di Malaysia dan ia bermula sejak dari tahun 1982. Pemimpin ajaran ini bernama Arrifin Muhammad mengaku dirinya sebagai tuhan, pencipta semua agama dan pemegang kunci syurga. Pengikut-pengikut beliau bukan hanya terdiri daripada orang-orang Malaysia, namun terdapat juga dari luar negara. Apa yang lebih menggerunkan lagi terdapat salah sorang daripada pengikutnya di kalangan ustazah berkelulusan dari Mesir bernama Kamariah Ali. Ternyata golongan ini tidak dianggap insan yang seimbang dan harmonis kerana rohani dan emosinya sangat mudah dipengaruhi atau diperdaya sehingga dijadikan mangsa oleh pihak-pihak yang mahu mengambil kesempatan di atas kelemahan orang lain. Di dalam konsep Islam Hadari yang pertama ialah keimanan dan ketakwaan kepada Allah juga merupakan benteng utama kepada masalah utama ajaran sesat di kalangan masyarakat Islam di Malaysia. Mengamalkan akhlak yang mulia dituntut oleh agama Islam merupakan objektif yang kelima. Objektif ini juga selari dengan FPK iaitu melahirkan warganegara Malaysia yang berketrampilan dan berakhlak mulia. Silibus Akhlak dan Adab Islamiah bagi murid-murid tahun satu lebih menekankan kepada pembentukan peribadi Mukmin melalui adab di dalam kehidupan bersosial dan adab ketika menuntut ilmu, adab makan dan minum, adab Qada Hajat, adab tidur, adab mandi dan bersugi, adab berwuduk, adab bercakap dengan ibu bapa, adab bergaul dengan rakan dan adab bercakap dengan guru. Kesemua tajuk yang terkandung di dalam buku teks Pendidikan Islam tahun satu bersesuaian dengan tahap dan aras pemikiran murid-murid tahun satu. Di sekolah adalah tempat murid-murid mengembangkan potesi masing-masing sehingga

melahirkan rakyat yang mempunyai keutuhan moral dan budaya telah menjadi teras konsep Islam Hadari yang kelapan. Kepintaran seseorang individu tidak boleh dijadikan kayu pengukur seseorang itu berjaya. Begitu juga kegagalan seseorang individu itu bukan pula berakhirnyasegala-galanya di dalam hidup. Walaupun seseorang itu pandai, intelek di dalam pelajaran, namun pada masa yang sama beliau mempunyai sifat sombong, bongkak dan tidak menghormati orang yang lebih tua, maka individu tersebut telah tergelincir dari sistem FPK. Berbeza seseorang individu yang bekerja sebagai penjual ikan sahaja, tetapi beliau mempunyai nilai-nilai murni di dalam kehidupan seperti baik hati, berdikari dan berkhemah tinggi, maka inilah dia masyarakat yang Malaysia inginkan. Objektif keenam ialah berusaha memajukan diri ke arah pembangunan tamadun bangsa negara hingga ke peringkat antarabangsa. Perkaitan objektif ini selari dengan elemen FPK iaitu melahirkan rakyat yang harmonis, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian keluarga, masyarakat dan negara. Di dalam Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (2006-2010), Kementerian Pelajaran telah menetapkan teras pertama PIPP ialah membina negara bangsa. Ini bersesuaian dengan konsep pentadbiran Perdana Menteri Malaysia yang keenam iaitu Y.A.B Dato Sri Mohd Najib Tun Hj. Abdul Razak yang memperkenalkan konsep 1 Malaysia, Rakyat Didahukan, Pencapaian Diutamakan. Saya tertarik dengan kata-kata beliau Kita berdiri, kita berfikir dan bertindak sebagai bangsa Malaysia", bangsa yang bersatu, itu yang dijelaskan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semasa mengumumkan konsep 1Malaysia. Apa yang ketara konsep bersatu yang ditekankan 1Malaysia, menuntut warga Malaysia mengambil tindakan berdasarkan semua kumpulan etnik di negara ini dan melahirkan tindakan yang melepasi tembok kepentingan etnik dan kaum masing-masing. Malaysia merupakan negara yang unik kerana terdiri daripada pelbagai kaum. Kepelbagaian kaum, budaya dan agama bukanlah menjadi halangan untuk membina Negara Bangsa. Usaha membina Negara Bangsa bukanlah baru dilaksanakan setahun dua lalu, tetapi telah diperjuangkan oleh pemimpin-

10

pemimpin terdahulu melalui kontrak sosial ketika menuntut kemerdekaan negara dari kerajaan British. Objektif yang terakhir ialah mengambil iktibar dari sirah dan tamadun dalam membentuk peribadi mulia, kasih sayang dan menjaga maruah diri, keluarga dan masyarakat. Bukti paling jelas ialah dengan melihat Piagam Madinah yang didraf oleh Rasulullah s.a.w selaku pengasas dan ketua kerajaan Islam Madinah yang mengandungi 47 fasal. Baginda s.a.w meletakkan unsur kesatuan dan keperluan merujuk kepada satu perlembagaan yang sama bagi semua penduduk Madinah. Di dalam kandungan Fasal 2 piagam itu dapat diterjemah sebagai penekanan oleh Nabi Muhammad s.a.w terhadap unsur kesatuan dan kesepaduan bagi memastikan masyarakat majmuk dapat menikmati kehidupan yang harmoni dan bermutu di dalam negara. Selain itu, bagi mengelak sebarang prasangka yang boleh menghakis keutuhan perpaduan kaum, piagam Madinah Fasal 15 dan 16 turut menyenaraikan jaminan perlindungan keselamatan yang sama rata kepada setiap penduduk Madinah, termasuk kaum Yahudi yang patuh kepada pemerintah . Pada Fasal 47 piagam itu, yang menyebut mana-mana pihak yang berlaku zalim atau melakukan kesalahan, tidak diberi sebarang keistimewaan atau perlindungan di bawah piagam berkenaan. Bagaimanapun, sebagai imbalan kepada pelbagai hak yang diberikan oleh pemerintah, penduduk dikehendaki bertanggungjawab berganding bahu menyumbang kepada pembangunan dan kemakmuran dalam bidang kewangan, ekonomi dan kemasyarakatan di dalam negara.Fasal 47 itu menggambarkan bahawa satu bangsa yang bersatu bukan sahaja berkongsi negara malah mereka juga perlu berkongsi usaha untuk memajukan negara tercinta ini. Falsafah berasal dari perkataan Philosopia iaitu terdiri daripada dua akar kata: philein bererti cinta dan Sophia bererti kebijaksanaan (hikmah atau wisdom).Oleh itu, falsafah dapat diertikan sebagai satu usaha untuk mencari suatu kebenaran atau keyakinan dengan suatu perkara dengan menggunakan kekuatan akal fikiran. Mengikut Falsafah Pendidikan Islam, pendidikan dan kurikulum terbaik ialah berteraskan wahyu dan berteraskan tauhid. Menurut Al-Syaibani menjelaskan bahawa falsafah pendidikan Islam ialah falsafah yang menerangkan dengan hikmah untuk menjadikan proses dan usaha pendidikan bagi satu bangsa. Pendidikan juga berperanan untuk menyediakan generasi muda dan masyarakat supaya beriman kepada Allah dan kepada apa yang diwahyukan oleh-Nya.

11

Falsafah pendidikan Islam bermaksud satu usaha yang berterusan dalam menyampaikan ilmu pengetahuan, membentuk kemahiran dan memupuk penghayatan Islam berdasarkan al-Quran dan as-Sunnah sepanjang hayat. Falsafah pendidikan Islam juga menekankan pendidikan seumur hidup, pembangunan roh, akal dan jasad disamping menyampaikan dua fungsi iaitu sebagai hamba Allah dan juga sebagai khalifah Allah, memakmurkan alam, berasaskan kesepaduan dan kesempurnaan iman, ilmu dan amal salih bagi mencapai kebahagiaan di dunia dan akhirat. Jika diteliti dengan lebih mendalam, Falsafah Pendidikan Islam bermatlamatkan melahirkan insan yang berilmu, berkeperibadian mulia, berkemahiran dan bersikap positif untuk membangunkan diri, masyarakat, alam sekitar, dan negara ke arah mencapai kebaikan di dunia dan kesejahteraan abadi di akhirat. Oleh kerana Islam diterjemahkan sebagai ad-din maka secara langsung ia mencakupi keseluruham ruang lingkup kehidupan manusia baik di dunia mahupun di akhirat sesuai dan sejajar dengan maksud falsafah pendidikan Islam itu sendiri. Kandungan dari setiap frasa dan maksud falsafah pendidikan Islam itu tiada tandingannya dengan mana-mana falsafah pendidikan yang ada di dunia ini. Secara umumnya, kandungan Dasar Pendidikan Islam ialah untuk melahirkan insan soleh yang kamil, beriman, berilmu, beramal, berakhlak. Pendidikan Islam dari segi falsafahnya bukan sahaja sekadar untuk memperlihatkan kesempurnaan Islam sebagai satu sistem hidup yang syumul tetapi juga untuk menzahirkan amalan hidup yang sebenar sebagai seorang muslim yang ada penghayatan sepenuhnya sebagai hamba Allah di muka bumi ini.

Kesimpulannya, Falsafah Pendidikan Islam ialah falsafah yang bersumberkan falsafah hidup Islam kerana menggunakan prinsip Islam dalam pendidikan. Pendidikan Islam juga menegaskan bahawa menusia adalah makhluk ciptaan Tuhan dan manusia mempunyai peraturan dalam hidupnya. Oleh itu, pendidikan ini merupakan satu falsafah yang bercorak keagamaan

12

yang menanamkan keimanan manusia kepada Allah dalam usaha membentuk manusia sebagai khalifah di muka bumi ini yang bersikap tunduk dan patuh pada Rabbnya.

13

Anda mungkin juga menyukai