Anda di halaman 1dari 3

REFLEKSI KENDIRI Kaunseling merupakan suatu konsep yang telah di ketahui umum khususnya di kalangan masyarakat maju.

Semakin majunya kehidupan ahli dalam sesebuah masyarakat, semakin meningkat pula masalah-masalah yang harus di tempuhi oleh ahli-ahlinya. Kebanyakan individu apabila diminta untuk mentakrifkan tentang kaunseling akan menyatakan bahawa kaunseling adalah satu proses pertemuan di antara seorang kaunselor dengan individu yang ingin diberikan bantuan. Dengan lain perkataan, kaunselor ialah individu yang khusus bertugas secara terarah atau sukarela untuk memberikan pertolongan kepada orang lain untuk menyelesaikan sesuatu masalah yang dihadapi oleh klien. Secara amnya matlamat dalam bimbingan dan kaunseling ini ialah suatu proses perhubungan menolong yang sistematik berasaskan prinsip psikologi. Ia dijalankan oleh kaunselor profesional bagi membantu perkembangan dan penyesuaian peribadi klien yang baik dan menyeluruh. Pertemuan adalah secara sukarela dan berterusan sepanjang hayat berlandaskan Etika Kaunseling. Merujuk pada konsep dan matlamat diatas, setelah menyiapkan kerja kursus ini, banyak perkara yang telah saya pelajari dalam bimbingan dan kaunseling kanak-kanak ini. Sebagai bakal guru kelak, saya harus tahu dan harus mendalami ilmu ni. Sebagai guru biasa, saya juga harus mempunyai sikap bimbingan dan kaunseling ini kerana ianya amat bermanfaat untuk para pelajar saya kelak.

Saya harus memahami serta mendalam tentang bimbingan dan kaunseling ini. Dalam bimbingan dan kaunseling ini saya harus fokuskan kepada murid yang saya mengajar. Sebaik-baiknya saya dapat mencegah murid-murid saya daripada sebarang masalah. Saya tidak boleh melepaskan perkara ini begitu sahaja kepada kaunselor akan tetapi, sebagai guru saya harus mencegahnya terlebih dahulu agar tidak berlarutan. Sebagai guru kita tidak boleh lepas tangan mahupun terlepas pandang tentang masalah yang dihadapi oleh murid kita sendiri. Bukan senang untuk seseorang kaunselor itu menyelesaikan sesuatu masalah. Seeloknya mencegah lebih baik daripada merawat. Setelah seseorang murid itu pernah menghadapi masalah, ianya bukan perkara yang mudah untuk memulihknnya. Selain itu, saya ingin menyatakan agar ibu bapa juga harus peka dengan masalah anak-anak mereka. Kadangkala kita tidak tahu apa yang mereka inginkan sehingga mereka memendam sesuatu. Pihak ibu bapa juga tidak boleh lepas tangan tentang anak mereka kepada kaunselor. Kaunselor hanya dapat membantu tetapi ibu bapa adalah orang kuat untuk menyelamatkan anak-anak mereka daripada didatangi masalah yang sukar. Sikap memandang rendah atau memberi tanggapan yang tidak

sewajarnya pada guru bimbingan dan kaunseling adalah tidak wajar sama sekali. Kita harus ingat tanpa guru bimbingan dan kaunseling di sebuah institusi, kemungkinan besar banyak perkara bermasalah yang terpaksa ditempuhi dan tidak terkawal. Malahan masalah disiplin dikalangan murid sangat berleluasa.

Oleh itu, bimbingan dan kaunseling amat penting dan sebagai warga sekolah, kita harus bersama-sama membantu unit bimbingan dan kaunseling ini untuk kemajuan murid dan sekolah kelak.

Anda mungkin juga menyukai